Anda di halaman 1dari 10

127

TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH


OUM
TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH

PENDAHULUAN

Skop perbincangan dalam topik ini akan membahaskan mengenai ayat-ayat di dalam al-
Quran yang bersifat Muhkam dan Mutasyabih. Beberapa kupasan mengenai topik ini akan
disentuh seperti:

(i) Takrif ayat Muhkam dan Mutasyabih.
(ii) Pembahagian Mutasyabih.
(iii) Hikmah-hikmah Mutasyabih.

OBJEKTIF

Beberapa objektif utama di gariskan dalam perbincangan ini ialah:-

1. mempraktikkan al-Quran sebagai sumber rujukan utama dalam pelbagai aspek
kajian;

2. mengetahui takrif sebenar ayat Muhkam dan Mutasyabih;

3. mengetahui hikmah disebalik ayat al-Quran yang bersifat Mutasyabih;

4. menghayati keindahan bahasa al-Quran yang tiada tandingannya; dan

5. menolak tanggapan bahawa al-Quran itu adalah hasil karangan manusia dengan
bersandarkan ayat Muhkam dan Mutasyabih.

9.1 PENGENALAN: AYAT MUHKAM & MUTASYABIH

Dalam al-Quran terdapat ayat yang menunjukkan bahawa kesemuanya adalah Muhkam.
Firman Allah Swt:

`. `. `-' `` `. `.`. .` .,- -

Maksudnya: Alif, Laam, Raa'. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan
tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan
penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam
pengetahuanNya
1
.





1
Surah Hud: 1


128
TOPIK 9
MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM
Selain itu terdapat juga ayat yang menunjukkan kesemuanya mutasyahih iaitu melalui
firman Allah Swt:

` .` `-' .- ,' ` ' `` `.`- .` .` - `.`,`
`. ` `.``.` - `.`,`. : .` .`, ` . `.`
` ` `

Maksudnya: Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang
bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan
indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh
kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada
Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang
tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah Allah;
Allah memberi hidayah dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya
(menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah
(disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi
hidayah petunjuk kepadanya
2
.

Dan dalam ayat-ayat yang lain ada memberi petunjuk bahawa sebahagiannya muhkam
dan sebahagiannya lagi mutasyabih sebagaimana firman dalam al-Quran:

. .` .' :`, . `` `. `.`-' `` ' ' . ` -' `., `
` ' `.,. ` ..``, `` . ` ` . ` ' `. `
' ` . ` ..`-` . ... ` `` ` ` .
.`' ..

Maksudnya: Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-
Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap,
tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu
(atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang
samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan
menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya
kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar
dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya
menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir
maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta
mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata: "Kami beriman kepadanya,

2
Surah al-Zummar: 23


129
TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH
OUM
semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran
dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran
3
.

Kesemua ayat-ayat yang dikemukan di atas tidak memberi makna yang bertentangan
antara satu sama lain. Muhkam-nya al-Quran bermaksud kesemua ayatnya tersusun
begitu kemas, halus, tidak terdapat kelemahan dari sudut lafaz atau kecacatan dari sudut
makna. Ia seumpama satu bangunan yang bediri teguh. Sementara itu makna ayat yang
mengatakan ia adalah mutasyabih dari konsep ia menyerupai antara satu ayat dengan
ayat yang lain dalam susunan dan keelokannya. Kesempurnaan Mutasyabih al-Quran ini
sampai ke tahap Ijaz pada lafaz-lafaz dan makna-maknanya. Sehingga kamu tidak dapat
melebihkan antara kalimah-kalimahnya atau ayat-ayatnya dari sudut tarikan, kehalusan
dan Ijaz, ia seumpama satu untaian rantai yang tidak tahu manakah penghujungnya.

Manakala ayat yang bermaksud sebahagiannya muhkam dan sebahagiannya mutasyabih
adalah bermaksud sebahagian ayat al-Quran memberi makna petunjuk yang jelas
mengikut kehendak Allah Swt. Sebahagian ayat-ayatnya lagi petunjuk ayatnya
tersembunyi ini bermakna ayat-ayat yang jelas maksudnya adalah muhkam manakala
ayat-ayat yang tersenbunyi maknanya adalah mutasyabih. Secara keseluruhannya tidak
ada pertentangan antara keseluruhan al-Quran adalah muhkam atau keseluruhan al-
Quran adalah mutasyabih atau sebahagian al-Quran muhkam dan sebahagiannya lagi
adalah mutasyabih.

9.2 TAKRIF MUHKAM & MUATASYABIH

Dalam menentukan takrifan Muhkam dan Mutasyabih, ulama khilaf kepada beberapa
pendapat:-

(i) Muhkam bermakna petunjuk ayat yang jelas dan tidak mungkin ia nasakh.
Mutasyabih pula ialah makna yang tersembunyi tanpa diketahui samada akal atau
naqli. Ia adalah apa yang disimpan dalam ilmu Allah Swt seperti berlaku kiamat,
huruf-huruf muqataah di permukaan surah dan lain.

(ii) Muhkam ialah apa yang diketahui kehendaknya samada secara zahir atau takwil.
Mutasyabih pula ialah tersembunyi dalam ilmu Allah Swt seperti kiamat, keluar
Dajjal, huruf di permukaan surah. Pandangan ini ialah dikalangan sunnah

(iii) Muhkam ialah apa yang memadai dalam memenuhi tanpa memerlukan keterangan
lain. Mutasyabih pula ialah yang tidak memadai dengan ayat tersebut dan
memerlukan kepada keterangan.









3
Surah Ali Imran: 7



130
TOPIK 9
MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM
9.3 PEMBAHAGIAN MUTASYABIH

Punca Mutasyabih secara umumnya ialah kesamaran makna dalam lafaz atau kesamaran
dalam makna atau kesamaran makna dan lafaz.

Pertama: Mutasyabih dalam lafaz terbahagi kepada dua iaitu Mufrad dan Murrakkab.
Mufrad berlaku dari sudut penggunaan kalimah yang pelik atau makna yang berbagai.
Contoh kalimah yang pelik ialah Firman Allah Swt:

, ''

Maksudnya: Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput
4
.

Bermaksud ternakan binatang, dalilnya ialah Firman Allah yang ada selepas itu:

` `. `.` '

Maksudnya: Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu
5
.

Contoh tasyabuh Mufrad dengan sebab mempunyai banyak makna ialah Firman Allah
Swt:

- `.,`, ` . ,

Maksudnya: Lalu ia memukul berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga
pecah berketul-ketul)
6
.

Bermaksud Nabi Ibrahim mendapatkan patung berhala kaumnya dan memukulnya
dengan tangan kanan bukan tangan kiri. Atau memukulnya dengan amat kuat. Digunakan
al-Yamin dalam ayat kerana ia adalah yang terkuat antara dua anggota tersebut. Dan
makna ketiga ialah Nabi Ibrahim memukulnya dengan sebab al-Yamin (sumpah) yang
dibuatnya dan disebut dalam al-Quran:

. ,' .` .' ` .' ..` ``

Maksudnya: Dan demi Allah, aku akan jalankan rancangan terhadap berhala-berhala
kamu, sesudah kamu pergi meninggalkan (rumah berhala ini)
7
.

Kesemua makna yang dikemukakan itu adalah harus untuk makna al-Yamin.



4
Surah `Abasa: 31
5
Surah `Abasa: 32.
6
Surah al-Soffat: 93.
7
Surah al-Anbia: 57.


131
TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH
OUM
Contoh tasyabah dalam Murakkab dengan sebab ringkas ialah Fiman Allah Swt:

. `.`- . ' .=` , .`- . ~ . ` . ` .
-` ., `.`- . ' .` -. `' `. `.``' : `' . ' ..`

Maksudnya: Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim
(apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang
kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika
kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah
dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki.
Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan
kezaliman
8
.

Ayat ini datang dalam bentuk ringkas dan makna tersirat disebaliknya. Makna ayat ialah
jika kamu bimbang tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim dalam peliharaan kamu
selepas kamu mengahwini mereka maka hendaklah kamu berkahwin dengan wanita yang
berkenan dihati kamu. Dengan kata lain jika kamu merasa berat dan susah untuk
mengahwini anak-anak yatim bimbang kamu akan menzalimi mereka maka di hadapan
kamu wanita lain dan berkahwin dengan wanita yang kamu suka.

Ada juga yang menyatakan sesungguhnya terdapat sebilangan yang merasa bimbang
menjaga anak-anak yatim tetapi mereka tidak merasa bersalah dalam melakukan zina,
lalu Allah Swt menurunkan ayat ini. Justeru maknanya ialah jika kamu takut melakukan
zina gantikanlah zina dengan perkahwinan di mana Allah Swt akan melimpahkan
rahmatnya ke atas kamu dengan luas, maka berkahwinlah kamu dikalangan wanita yang
kamu sukai samada 2, 3 dan 4.

Kedua: Tasyabuh dari sudut makna contohnya ialah sama ayat al-Quran yang menyebut
tentang sifat Allah Swt, ayat-ayat tentang hari kiamat, ayat-ayat berkaitan nikmat syurga
dan azab neraka. Akal manusia tidak mungkin dapat menyelami hakikat sifat Allah Swt,
begitu juga tentang kedahsyatan hari kiamat.

Ketiga: Tasyabuh dari sudut lafaz dan makna. Contohnya amat banyak dalam al_Quran,
antaranya Firman Allah Swt:

:.'` . `., . ` `-- `, ' .' `.`' ..`,`
.`,~ `. ` ` .`' ..`,` ` ,.`' .` `. ..`-`

Maksudnya: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak
bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan
amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki
rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah

8
Surah al-Nisa: 3.



132
TOPIK 9
MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM
perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya,
serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya"
9
.

Orang yang tidak memahami adat bangsa arab pada zaman jahiliyyah tidak akan dapat
memahami nas ini dengan tepat. Terdapat cerita menyatakan bahawa di kalangan ansar
apabila mereka berihram mereka tidak akan lagi memasuki rumah melalui pintu. Jika ia
dari penduduk Madar, mereka akan menebuk lubang dibelakang rumah untuk masuk dan
keluar ketika berihram dan jika dari penduduk Wabar, mereka akan keluar dari belakang
khemah. Dengan kelakuan mereka itu, lalu Allah Swt menurunkan Firmannya
sebagaimana ayat di atas. Kesamaran dalam ayat ini adalah berkaiatan lafaz dengan
sebab terlalu ringkas dan jika dipanjangkan maknanya ialah tidak ada kebaikan jika kamu
mendatangiku (memasuki) rumah melalui pintu belakang ketika kamu berihram haji atau
umrah. Kesamaran makna pula ialah nas dalam ayat ini dapat difahami setelah
mengetahui adat bangsa arab ketika jahiliyyah. Dan makna ayat tak akan difahami jika
tidak mengetahui adat tersebut.

9.4 MUTASYABIH DAN KATEGORINYA

Ulama membahagi mutasyabih kepada tiga bahagian:-

1. Semua manusia tidak mengetahui perkara yang berkaitan dengan zat Allah, haqiqat
dan sifatnya, waktu kiamat dan seumpamanya tentang perkara ghaib, semuanya ini
tersimpan di sisi Allah Swt.

` `- .`, . ,`` . .` `. ` ` `- `
. ,`` . `- . ~ `. . .~ . . . '

Maksudnya: Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib,
tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Dia mengetahui apa
yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia
mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur
yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh
Mahfuz) yang terang nyata
10
.

. ` `. ` .` ` .`, `. ` -` ' .` ` `
`.
.` ` `.' `' `..` . `., `-



9
Surah al-Baqarah: 189.
10
Surah al-Anam: 59


133
TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH
OUM
Maksudnya: Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan
Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya
tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang
betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan
tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi manakah ia akan mati. Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya
11
.

2. Semua manusia mampu mencapai dan mengetahuinya melalui kajian dan
pembelajaran. Ia seperti mutasyabih yang berlaku dengan sebab ijmak seperti yang
telah diterangkan.

3. Hanya diketahui dikalangan ulamak, contoh dalam bahagian ini begitu banyak
dimana Allah Swt melimpahkan ke dalam hati-hati hambanya yang bersedia dan
berusaha untuk memahami kitabnya.

Al-Raghib berkata Mutasyabih terbahgi kepada tiga :-

(i) Perkara yang tidak dapat diketahui seperti waktu qiamat, keluar Rabbah dan
seumpamanya.

(ii) Perkara yang manusia mengetahuinya seperti lafaz-lafaz yang pelik.

(iii) Perkara yang hanya diketahui ulamak. Ini seperti doa Rasulullah Saw kepada Ibn
Abbas:


` '` `` `` ``, `.`,

Maksudnya: Ya Allah fahamkannya dengan kefahaman agama yang mendalam dan
ajarkannya ilmu tawil.

9.5 HIKMAH-HIKMAH MUTASYABIH

Walaupun mutasyabih terbahagi kepada tiga tetapi terdapat juga mutasyabih yang
diketahui ulamak. Dan ulamak telah mengkaji tentang hikmah di sebalik wujudnya
mutasyabih dalam al-Quran mengikut pembahagian berikut :-

1. Perkara yang hanya diketahi Allah Swt

Antara hikmah dalam bahagian pertama ini ialah;

(i) Rahmat Allah Swt terhadap manusia yang daif dan lemah serta tidak mampu
mengetahui semua perkara. Jika satu bukit hancur dengan sebab tajalli Allah Swt
dan nabi Musa rebah pengsan maka bagaiman jika Allah Swt tajalli dengan zat dan
hakikat sifatnya kepada manusia?. Untuk itu Allah Swt telah menyembunyikan dari

11
Surah Luqman: 34.



134
TOPIK 9
MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM
manusia mengetahui waktu kiamat sebagai rahmat kepada mereka agar mereka
sentiasa bersedia menghadapinya.

(ii) Hikmah yang kedua ialah sebagai ujian adakah manusia beriman dengan perkara
ghaib yang dibawa dengan khabar yang tepat? Orang-orang yang mendapat
hidayah akan berkata kami beriman dengannya meskipun tidak mengetahui secara
tepat. Manakala orang-orang yang mempunyai hati yang buruk kekal
mengingkarinya.

(iii) Dan hikmah yang ketiga ialah mutasyabih menjadi dalil dan bukti bahawa manusia
itu lemah dan jahil meskipun mempunyai ilmu. Ia juga bukti keesaan kudrat Allah
Swt dan dialah yang Esa yang mengetahui segala. Manakala manusia
keseluruhannya tidak dapat menguasai ilmunya melainkan apa yang dikehendakinya
dan di sana manusia akan tunduk patuh dengan khusyuk sambil berkata seperti
malaikat berkata dalam surah al-Baqarah: 32.

. :-`` . . . ` :` .' `., `.,-

Maksudnya: Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak
mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami;
sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

Imam Fakhr al-Razi berkata jika sekiranya semua ayat al-Quran itu muhkam sudah
tentu ianya untuk satu mazhab sahaja dan secara jelasnya ia membatalkan seluruh
mazhab yang berlainan denganya. Dan ini menakutkan pendokong mazhab-mazhab
untuk mengkajinya. Adapun dengan wujudnya al-Mutasyabih dan al-Muhkam
bersama telah memberi ruang kepada setiap mazhab untuk berusaha dalam
membenarkan mazhab masing-masing. Disini pengkaji yang ikhlas akan sampai
kepada kebenaran.

2. Manusia mampu mencapai dan mengetahui Mutasyabih melalui kajian dan
pembelajaran.

3. Hanya diketahui dikalangan ulama.

4. Sebagai ujian dan cubaan terhadap kekuatan umat Islam. Firman Allah Taala pada
ayat 7 surah Ali Imran yang bermaksud;

Sesungguhnya orang yang dalam hatinya condong kepada kesesatan maka mereka
mengikuti ayat-ayat yang mutashabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk
mencar-cari takwilnya

Jadi orang yang tidak tahan dengan ujian mereka akan ingkar dengan ayat-ayat
mutashabihat. Mereka enggan menuruti ajaran Al-Quran sehingga mereka bertindak
mengikut sesuka hati.






135
TOPIK 9 MUHKAM DAN MUTASYABIH
OUM
5. Menggambarkan kekurangan dan kedaifan manusia. Sebanyak dan sesungguh
mana pun usaha manusia masih terdapat kekurangan dan kelemahan. Kekuasaan
dan kebesaran Allah Allah melalui ilmu-ilmunya jelas kelihatan. Maha
mengetahuinya merangkumi perkara-perkara yang samar, rahsia sehingga malaikat
pun tidak mengetahuinya. Buktinya melalui ayat 32 surah Al-Baqarah yang
bermaksud;

Mereka menjawab Maha suci Engkau tidak ada yang kami ketahui selain daripada
apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah yang maha
mengetahui dan maha bijaksana.

6. Mendorong usaha-usaha mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan. Ayat-ayat
mutashabihat yang mengandungi makna dan uslub yang pelbagai mendorong umat
Islam mengkaji pelbagai disipilin ilmu. Ia merangkumi ilmu-ilmu bahasa, kimia, fizik,
astronomi, ekonomi, teknik, geografi kedoktoran dan sebagainya.

7. Menggalakkan penggabungan dalil-dalil Naqli dan Aqli. Orang-orang yang mahu
mengkaji ayat-ayat mutashabihat akan melengkapkan dirinya dengan ilmu-ilmu
pengetahuan umum dan ilmu-ilmu agama. Penggabungan begini akan melahirkan
satu penafsiran yang lebih baik. Seandainya kesemua ayat Al-Quran Muhkamat
tentunya orang tidak terdorong untuk mengakaji sesuatu melalui alat-alat ilmu
pengetahun umum.

Antara hikmah mutasyabih dalam bentuk kedua dan ketiga sebagaimana di atas
ialah membenarkan lagi Ijaz al-Quran. Ini bermaksud manusia akan terus membuat
kajian dan pengamatan terhadap setiap kalimah yang bersifat mustasyabihat. Pada
masa itu ia akan menjurusnya memasuki medan ilmu balaghah, iaitu ilmu yang
membincangkan ketinggian sastera dan rahsia-rahsianya. Perbincanganya akan
berkait dengan ijaz, itnab, musawah, taqdim, takhir, al-dhikr, al-hazf, haqiqah, majaz
dan seumpamanya.

9.6 HIKMAH-HIKMAH MUHKAMAT

Secara ringkasnya ayat-ayat muhkamat dalam Al-Quran berfungsi seperti berikut;

1. Menjadi rahmat kepada umat Islam. Kerahmatan ini jelas kepada orang yang tidak
mempunyai kemampuan bahasa Arab yang tinggi. Merekatidak perlu susah-susah
mempelajari dan memahami sesuatu maksud dan erti bagi sesuatu ayat. Ayat-ayat
ini mudah terang dan jelas difahami kehendaknya.

2. Mudah melaksanakan perintah. Susulan daripada faedah pertama mereka juga
mudah melaksanakan apa saja kehendak melalui ayat yang sudah jelas maksudnya.

3. Mendorong manusia memahami dan menghayati perintah al-Quran. Dengn
adanya ayat Muhkamat mendorong mereka untuk cuba memahami kenhendak-
kehendak al-Quran dan terus mengamalkan kandungannya.

4. Memudahkan belajar isi al-Quran. Kerana ayatnya jelas dan terang dan lafaz-
lafaznya mudash difaham, maka hilanglah kesusahan umat untuk mempelajari isi
kandungan al-Quran seluruhnya.



136
TOPIK 9
MUHKAM DAN MUTASYABIH

OUM
5. Memudahkan penafsiran. Kerana ayatnya yang terang maka mudahlah untuk
menfasir atau memberi penjelasan terhadap maksud ayat-ayat al-Quran. Pentafsir
tidaklalgi perlu untuk mencari-cari takwilan yang sesuai kerana semua lafaznya
terang dan jelas.

6. Membantu para dae. Antara lain hikmah ayat muhkamah ialah membantu para
daie atau pendakwa dan juga guru-guru untuk menerangkan isi kandungan kitab
suci Al-Quran kerana ia telah pun jelas dan terang maknanya.

7. Mempercepat hafazan ayat-ayat Al-Quran. Ayat-ayat yang mudah difahami akan
memudahkan penghafalan kerana kefahaman ayat sangat kuat membantu
penghafalan ayat-ayat al-Quran.

Anda mungkin juga menyukai