Anda di halaman 1dari 140

NOTA RINGKAS

PERBANDINGAN AGAMA

DISUSUN OLEH
AB RAZAK BIN ARIPIN
Pensyarah
Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial

1
Kepentingan Ilmu Perbandingan Agama

MAKSUD AGAMA

Menurut kamus dewan perkataan ‘agama’ bermaksud mempercayai tuhan dan segala
kekuasaannya serta sifat tuhan tersebut. Selain itu, mematuhi ajaran sesuatu agama itu dan
mentaati segala yang disuruhnya. Jika pemahaman dari ensiklopedia, agama adalah kepercayaan
kita terhadap tuhan serta kuasa ghaib dan sakti yang hebat. Agama mempunyai tiga perkataan
yang hampir sama tetapi berlainan maksud iaitu ‘agama’ yang didefinasikan sebagai suatu acara,
peraturan dan hubungan yang wujud antara masyarakat dan raja-raja. Manakala ‘igama’ merujuk
kepada hubungan masyarakat dengan dewa dan ‘ugama’ ialah hubungan manusia dengan
manusia yang lain. Ada beberapa pendapat menyatakan bahawa perkataan agama berasal dari
bahasa Sanskrit iaitu ‘gam’ yang bermakna jalan.Ada juga yang menulis bahawa agama berasal
dari perkataan ‘gaan’ dalam bahasa Belanda yang bermaksud jalan. Agama didalam bahasa
Inggeris iaitu ‘religion’ diambil dari perkataan ‘religare’ daripada bahasa Latin yang bermaksud
berhati-hati. Di dalam bahasa arab pula adalah Ad-deen yang membawa pelbagai maksud seperti
suatu keadaan kita terhadap tuhan sebagai pencipta sekalian alam dan pemilik seluruh alam.
Selain itu, keupayaan semula jadi manusia sukarela untuk tunduk kepada sang pencipta dan
kehidupan masyarakat yang hidup belandaskan undang-undang Islam. Sebenarnya maksud
sebenar agama ialah kepercayaan masyarakat kepada satu tuhan atau banyak tuhan. Maka
kepentingan untuk beragama dalam peradaban manusia teramatlah perlu dititikberatkan dan
penting bagi manusia. Ini kerana manusia memang secara semulajadinya memang beragama dan
mempercayai bahawa wujudnya dunia dan persekitaran dengan kehebatan dan kekuasaan tuhan
dan berada diluar batasan manusia untuk melakukan semua ini. Manusia juga beragama kerana
harta warisan dari keluarga terdahulu atau warisan dari nenek moyang. Jika didalam salah silah
nabi atau rasul maka wujudnya agama daripada keturunan mereka. Dan kita mempunyai agama
kerana kita berasa selamat daripada perkara buruk. Namun bagaimana? Mungkin kerana kita
percaya adanya makluk atau tuhan yang akan menyelamatkan kita atau melindungi kita dari
benda jahat seperti syaitan atau makhluk ghaib yang tidak nampak dengan mata kasar. Melihat
kepada tajuk agama ini seakan memberi gambaran yang jelas bahawa terdapat pelbagai agama
yang ada didunia khususnya di Malaysia dan sejauh manakah penglibatan setiap agama dalam

2
mengimbangi status kehidupan atau cara mereka dalam mengawal tindakan masyarakat seperti
kepercayaan,upacara kerohanian dan pantang larang setiap perkara yang dilakukan.

AGAMA DAN ISLAM

Di dalam surah ali-Imran ayat 85 yang bermaksud “Dan sesiapa yang mencari agama selain
agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada
orang yang rugi.” Menurut sumber tafsir Jalalayn ayat ini mentafsikan bahawa jika sesiapa yang
mencari atau berpindah agama selain Islam maka akhiratnya tidak diterima yang Maha Kuasa
dan tempatnya adalah neraka jahannam buat selama-lamanya. Namun jika menurut tafsiran dari
tafsir Quraish Shihab, ayat ini menjelaskan bahawa Allah tidak akan memperkenankan atau
mempersetujui jika sesiapa yang masuk agama selain dari agama utusan Rasulullah SAW iaitu
Islam. Ini membawa makna bahawa Islam adalah agama yang sangat tinggi yang tidak boleh
dikalahkan oleh mana-mana agama walaupun pada mulanya Islam datang dalam keadaan asing
oleh masyarakat arab dahulu. Namun ini tidak bermakna masyarakat lain tidak boleh berlainan
agama malah kita bebas beragama. Didalam Islam kita diajar supaya menghormati agama yang
lain jika mahu Islam dihormati. Didalam surah al-Baqarah ayat 256:

‫سمِي ٌع‬ َّ ‫ام لا اه ۗا او‬


‫ٱَّللُ ا‬ ‫ص ا‬‫سكا ِب ۡٱلعُ ۡر اوةِ ۡٱل ُو ۡثقا َّٰى اَل ٱن ِف ا‬ ِ َّ ‫ت اوي ُۡؤم ِۢن ِب‬
ۡ ‫ٱَّلل فاقا ِد‬
‫ٱست ۡام ا‬ َّ َّٰ ‫ٱلر ۡشد ُ مِنا ۡٱلغ ِّۚاي ِ فا امن يا ۡكفُ ۡر ِبٱل‬
ِ ‫طغُو‬ ِ ِۖ ‫َل ِإ ۡك ارا اه فِي ٱلد‬
ُّ ‫ِين قاد تَّبايَّنا‬ ٓ‫ا‬
‫علِي ٌم‬
‫ا‬

Maksudnya: Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata
kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia
pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali
agama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui.

Tafsiran ayat diatas menyatakan bahawa kita tiada paksaan dalam memilih agama kerana
keterpaksaan beragama sebenarnya kita berada dalam lingkungan samaada ingin melakukan atau
tidak. Akan tetapi jika seseorang menerima taufiq Allah akan membuka jalan dah hidayah
supaya kekal ke jalan yang benar dan secara sukarelah ingin melakukannya tanpa ada paksaan.

3
Lain pula dengan orang yang mempunyai niat yang salah dalam beragama maka pilihannya juga
membawa keburukan dalam dirinya sendiri.

Islam tidak membanding-bandingkan setiap agama kerana sudah diajar didalam Islam untuk
saling menghormati antara satu sama lain namun ini tidak bermakna Islam agama yang kecil
kerana Islam merupakan agama utama dan agama yang paling benar untuk dianuti. Tambahan
lagi, didalam surah Hud ayat 118:

‫اس أ ُ َّمةً اواحِ داة ً اوَلا يازا الُونا ُم ْخت ا ِلفِينا‬


‫اولا ْو شااء اربُّكا لا اجعا ال النَّ ا‬

Maksudnya: Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan


umat manusia semuanya menurut ugama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan
kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.

Demikian ayat diatas, Islam sangat mengakui bahawa wujudnya segala macam agama dan
kepercayaaan yang telah dianuti oleh manusia didunia atau hingga sekarang dan kepelbagaian ini
juga merupakan atas kehendak Allah. Turut diakui bahawa Islam adalah agama yang benar dan
Allah ingin kita meluaskan pemikiran dan kepandaian kita tentang kekuasaan Allah. Oleh itu,
walaupun Islam membenarkan tentang kepelbagaian agama namun bukan bermakna kepercayaan
agama lain itu benar dan kita ada akal untuk menilai yang baik dan juga buruk. Akhir kalam;

َّٰ ْ ‫ٱَّلل‬
‫س ِري ُع‬ ‫ٱَّلل فاإ ِ َّن َّ ا‬
‫ٱَّلل ا‬ ِ َّ ‫ت‬ ‫ف ٱلَّذِينا أُوتُوا ْٱل ِك َّٰت ا ا‬
ِ ‫ب إِ ََّل م ِۢن با ْع ِد اما اجا ٓ اءهُ ُم ْٱلع ِْل ُم با ْغ ۢيًا با ْينا ُه ْم ۗ او امن يا ْكفُ ْر بِـَٔا َّٰيا‬ ‫ٱْل ْسلا ُم ۗ او اما ٱ ْختالا ا‬
ِ ِ َّ ‫إِ َّن ٱلدِينا عِندا‬
‫ب‬ِ ‫سا‬ ‫ْٱلحِ ا‬

Maksudnya: Sesungguhnya agama (yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih
orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka,
karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah
maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.

( Ali-imran : 19)

4
TAKRIF BAHASA:

● Perbandingan/ ‫مقارنة‬/Comparative: hal dibandingkan; perseimbangan; perbandingan dua


perkara atau lebih; menghimpukan sesuatu dengan sesuatu yang lain dan membandingkan
perkara-perkara yang ada pada keduanya; penganalisisan sistematik terhadap persamaan dan
perbezaan Variasi: ibarat, penanda ukur, lebih dari sudut kualiti dan kuantiti

● Agama/‫دين‬/Religion: (inti) akidah/ikatan/kepercayaan kepada Tuhan; (fungsi) tradisi/sistem


kepercayaan kepada Tuhan, peribadatan, amalan, sikap

ISTILAH:

● Ilmu yang membanding agama secara analitik dan sistematik dari sudut persamaan dan
perbezaan

● Ilmu yang mengkaji agama dari sudut kepercayaan, tingkah laku dan institusi

● Ilmu yang membanding agama untuk mengetahui kebenaran dan kebatilan

TUJUAN ILMU PERBANDINGAN AGAMA

● Untuk mengetahui dan memahami agama dan kepercayaan

● Untuk membanding agama-agama dari sudut kepercayaan dan amalan SAPIENTIA /


MAKRIFAH

● Untuk memahami hakikat kepelbagaian agama

● Untuk mengenalpasti hubungan falsafah dan sejarah antara agama

5
KEPENTINGAN

● Membantu mempertahan Islam daripada serangan agama lain dengan hujah diyakini

● Menyedari ketinggian Islam berbanding agama lain

● Mengetahui kebenaran dan kebatilan dalam agama

● Mengambil hikmah dari pelbagai tradisi

● Memahami penyelewengan dalam agama

● Meningkatkan keimanan dan mengukuhkan akidah

● Membantu dalam berdakwah

● Meningkatkan keberanian untuk berdakwah

● Menggalakkan interaksi antara agama

● Mengukuhkan toleransi dan keharmonian beragama

KEDUDUKAN HUJAH AL-QURAN:

● Allah menurukan semua Kitab (Ali ‘Imran 3: ayat1-4)

● Hubungan dengan agama terdahulu (al-Syura 42:13)

● Islam agama yang benar (Ali ‘Imran 3:19)

● Mencari selain Islam tidak diterima (Ali ‘Imran 3:85)

● Orang-orang Yahudi menyembunyikan kebenaran (Ali ‘Imran3:71)

● Persoal kepercayaan musyrikin (al-’Ankabut 29:17)

● Penjelasan hakikat ‘Isa (a.s.) (Ali ‘Imran 3:59)

● Pengubahan ayat (al-Nisa 4:46) dan seumpamanya (al-Baqarah 2:75; al-Ma’idah 5:13,41)

6
● Penukaran ayat dan menjadi kufur (al-Baqarah 2:59) dan seumpamanya (al-A’raf 7:162; al-
Baqarah 2:108;)

● Islam agama fitrah dan fitrah/sunnah Allah tidak berubah (al-Rum 30:30) dan seumpamanya
(al-Ahzab 23:62; Fatir 35:43); al-Fath 48:23):

● Sikap terhadap Islam (al-Baqarah 2:120)

● penyelewengan, trinity,pendeta dan rahib Kristian (al-Maidah 5: 82-86)

HUJAH AL-SUNNAH (HADITH DAN SIRAH)

● Bahirah

● Waraqah bin Nawfal

● Dakwah Nabi

● Hijrah ke Habsyah

● Perbahasan dengan Yahudi (al-Nisa 4:82)

● Hatim al-Ta’i

● ‘Abd Allah bin Salam, Tha’labah bin Sa’id, Asad bin ‘Ubayd, Ka’ab ibn Mati’ al-Ahbar

HUJAH AQLI

● Adakah Ilmu perbandingan agama dicipta oleh Barat untuk memusnahkan Islam?

● Hakikatnya ia diasaskan oleh para sarjana Muslim

● Tidak pernah muncul sebagai ilmu sebelum kedatangan Islam kerana masyarakat terdahulu
bersikap ekslusif, tidak mengiktiraf dan ambil tahu agama, budaya masyarakat lain

● Islam muncul selepas wujudnya pelbagai agama

7
● Hubungan dengan Ilmu lain: berkait, menyokong, dan menyempurnakan Ilmu akidah, fiqh,
hadith, sirah, dan sebagainya

● Pada awalnya berdiri di bawah ilmu lain sehingga ia menjadi ilmu tersendiri

● Kesimpulan: Perbandingan Agama adalah syar’i, fardu kifayah, suatu keperluan yang dituntut
dan amat diperlukan

SEJARAH

● Zaman Nabi (Kurun 1H/6M) penurunan wahyu; dakwah; pertembungan kerjasama dan konflik
antara agama: Kristian, Yahudi, Musyrikin Mekah, Majusi dsb, perbandingan agama dalam
bentuk ‘mentah’ dan belum menjadi disiplin

● Zaman Salaf al-Salih (Kurun 1-3H/6-9M) perluasan wilayah; pembukaan kota; masyarakat
agama lain memeluk Islam; percampuran; perkahwinan; perbahasan agama, toleransi Ahli Kitab,
perbandingan agama disentuh secara historikal dalam cakupan pelbagai ilmu: fiqh, tafsir, hadith,
sejarah, dsb

● Zaman Pertengahan (Kurun 2-9H/8-15M) Kebebasan berfikir; kemasukan falsafah;


pengkajian; penerokaan; penterjemahan kitab agama, perdebatan; mempertahan akidah Islam;
Khalifah Abbasiyyah menggalak wacana agama, ilmu mula dibentuk oleh sarjana Muslim namun
masih belum berdiri sendiri; teologikal menjadi dominan disamping historikal; buku- buku
khusus mula ditulis

● Zaman Moden (10-13H/16-19M) Dunia Islam merudum dan melupakan ilmu perbandingan
agama, zaman penjajahan, Muslim mula tercari identiti; Tumpuan kepada ilmu asas: fiqh,
akidah, dan tasawwuf; Perbandingan Agama menjadi malap sehingga ia berkembang di Barat
pada awal kurun ke-19; berpaksi Kristian; evangelisme, kolonialisme; umat Islamkurang
mengkaji dan menumpu menghadapi penjajah dalam aspek politik dan pemikiran, Perbandingan
Agama berdiri sendiri, namun masih belum mantap

● Zaman Kontemporari (14-15H/20-21M) Disiplin ilmu menjadi mapan dan tersusun; semakin
pesat di Barat, mula bibit-bibit diambil perhatian kembali oleh umat Islam, konflik antara agama,

8
terrorisme, Islamophobia dan pelbagai insiden konflik menyebabkan Perbandingan Agama
kembali berkembang kalangan umat Islam sekaligus penyuburan interaksi dan dialog antara
agama, pendekatan rohani dan etika

TOKOH DAN KARYA

● al-Kalbi (737-819M): Kitab al-Asnam

● al-Jahiz (776-868M): al-Radd ‘ala al-Nasara

● ‘Ali ibn Rabban al-Tabari (838-870M): al-Radd ‘ala al-Nasara

● Ibn Jarir al-Tabari (839-923M): Jamiʿ al-Bayan ʿan Taʾwil Ayi al- Qurʾan

● al-Hallaj (858-922M): Akhbar al-Hallaj, al-Tawasin

● al-Mas’udi (896-957M): al-Masa’il wa al-’Ilal fi al-Madhahib wa al- Milal; Sirr al-Hayah

● al-Hasan bin Musa al-Nawbakhti (k9-10M): al-Ara wa al-Diyanat

● al-’Amiri (913-992M): al-I’lam bi Manaqib al-Islam

● al-Musabbihi (977-1029M): Dark al-Bughyah

● al-Biruni (973-1048M): Tahqiq Ma li al-Hind min Maqulat Maqbulah fi al-’Aql aw Mardhulah

● ‘Abd al-Qahir al-Baghdadi (w. 1037M): al-Milal wa al-Nihal

● Ibn Hazm (994-1064M): al-Fisal fi al-Milal wa al-Ahwa wa al-Nihal

● al-Ghazali (1058-1111M): al-Radd al-Jamil

● al-Shahrastani (1086-1158M): al-Milal wa al-Nihal

● Ibn ‘Arabi (1165-1240M): al-Futuhat al-Makkiyyah

● al-Qurtubi (1214-1273M): al-I’lam bima fi Din al-Nasara min al-Fasad wa al-Awham

● Ibn Kammunah (1215-1284M): Tanqih al-Abhath li al-Milal al-Thalath

9
● al-Qarafi (1228-1285M): al-Ajwibah al-Fakhirah

● Ibn Taymiyyah (1263-1328M): al-Jawab al-Sahih li Man Baddala ‘an Din al-Masih

● Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1292-1350M): Hidayat al-Hayara min al- Yahud wa al-Nasara

● Ibn Khaldun (1332-1406M): Kitab al-’Ibar/Muqaddimah

● Anselm Turmeda/’Abd-Allah at-Tarjuman (1355- 1423M): Tuhfat al-Arib fi al-Radd 'ala ahl
al-Salib

●‘Abd al-Karim al-Jili (1366-1424M): al-Insan al-Kamil

● al-Suyuti (1445-1505M): Nuzul ‘Isa ibn Mayam Akhir al-Zaman

● Nur al-Din al-Raniri (w.1658M): al-Tibyan fi Ma’rifat al-Adyan

● Dara Shikoh (1615-1659M): Majma’ al-Bahrayn

● al-Alusi (1802-1854M): al-Jawab al-Fasih lima Laffaqahu ‘Abd al- Masih

● Rahmat Allah Kairanawi al-Hindi (1817-1890M): Izhar al-Haqq

● Friedrich Max Müller (1823–1900): The Sacred Books of the East; Introduction to the Science
of Religion

● Cornelis Petrus Tiele (1830-1902M): Outlines of the History of Religion; Comparative History

● Muhammad ‘Abduh (1849-1905M): al-Islam wa al-Nasraniyyah ma’a al-Ilm wa al-


Madaniyyah

● William James (1842-1910M): The Varieties of Religious Experience

● David Émile Durkheim (1858-1917M): The Elementary Forms of the Religious Life; The
Rules of Sociological Method

● Pierre Daniel Chantepie de la Saussaye (1848-1920M): Lehrbuch der Religiongeschichte

● Ignaz Goldziher (1850-1921M): Muhammedanische Studien; Vorlesungen über den Islam

10
● Carl Eduard Sachau (1845-1930M): Alberuni's India

● Josef Horovitz (1874-1931M): The Earliest Biographies of the Prophet and Their Authors

● Christiaan Snouck Hurgronje (1857-1936M): Mekka

● Sigmund Freud (1856-1939M): Obsessive Actions and Religious Practices; Totem and Taboo;
The Future of an Illusion

● James George Frazer (1854–1941): The Golden Bough

● Heinrich Robert Zimmer (1890-1943M): Myths and Symbols in Indian Art; Civilization and
Philosophies of India

● Miguel Asín Palacios (1871-1944): La Escatologia Musulmana en la Divina Comedia;


Abenházam de Córdoba y su historia crítica de las ideas religiosas

● Reynold Alleyne Nicholson (1868-1945): The Mathnawí of Jalálu'ddín Balkhi; Kashf al-
Mahjub of al-Hajvari

● Cornelis van Arendonk (1881-1946M): De opkomst van het Zaiditisch Imamaat

● Robert Ernest Hume (1877-1949M): The World’s Living Religions

● Wilhelm Schmidt (1868–1954): The Origin of the Idea of God; The Origin and Growth of
Religion

● Joachim Wach (1898-1955M): Types of Religious Experience: Christian and Non-Christian,


The Comparative Study of Religions

● Carl Brockelmann (1868-1956M)

● Carl Gustav Jung (1875-1961M)

● Louis Massignon (1883-1962M): La Passion de Husayn Ibn Mansûr Hallâj

● Hendrik Kraemer (1888-1965M)

11
● Arthur John Arberry (1905-1969M): The Koran Interpreted, Muslim Saints and Mystics;
Mystical Poems of Rumi

● Robert Charles Zaehner (1913-1974M): Zurvan, a Zoroastrian Dilemma; Hinduism; Hindu


Scriptures

● Mircea Eliade (1907–1986): The General Nature of Religion; The Sacred and the Profane;
Symbolism of the Center

● Maximilian Karl Emil "Max" Weber (1864-1920M): The Religion of India: The Sociology of
Hinduism and Buddhism

● Rudolf Otto (1869-1937M): The Idea of the Holy

● Ananda Kentish Coomaraswamy (1877-1947): Hinduism and Buddhism

● Gerardus van der Leeuw (1890-1950M): Religion in Essence and Manifestation: A Study in
Phenomenology

● ‘Abd al-Wahid Yahya (1886-1951M): Introduction to the Study of Hindu Doctrines

● Hamilton Alexander Rosskeen Gibb (1895-1971M): Modern Trends in Islam; Islam: An


Historical Survey

● Muhammad Abu Zahrah (1898-1974M): al-Muhadarat fi al-Nasraniyyah

● Isma'il Raji al-Faruqi (1921-1986M): Islam and Other Faiths

● Toshihiko Izutsu (1914-1993M): Sufism and Taoism: A Comparative Study of Key


Philosophical Concepts; God and Man in the Koran

● ‘Isa Nur al-Din (1907-1998M): Christianity/Islam; Form and Substance in the Religions

● Ahmad Shalabi (1915-2000M): Muqaranat al-Adyan: al- Yahudiyyah, al-Masihiyyah, al-


Islam, Adyan al-Hind al-Kubra

● Wilfred Cantwell Smith (1916-2000M): The Meaning and End of Religion; Questions of
Religious Truth

12
● Eric John Sharpe (1933-2000M): Comparative Religion: a history; Understanding Religion

● Ninian Smart (1927-2001M): World Religions: A Dialogue; Philosophy of Religion

● Franz Rosenthal (1914-2003M): The Muqaddimah: An Introduction to History

● Annemarie Schimmel (1922-2003M): As Through a Veil, Mystical Dimensions of Islam

● Abdul Mukti Ali (1923-2004M): Ilmu Perbandingan Agama di Indonesia

● Geoffrey Parrinder (1910-2005M): What World Religions Teach Us; Encountering World
Religions: Questions of Religious Truth

● Ahmad Deedat (1918-2005M)

● Clifford James Geertz (1926-2006M): The Religion of Java

● Jacques Waardenburg (1930-2015M): Classical approaches to the study of religion; Muslim


perceptions of other religions

● Huston Smith (1919-2016M): The World's Religions; Forgotten Truth: The Common Vision
of the World's Religions

● Peter Ludwig Berger (1929-2017M): The Social Construction of Reality: A Treatise in the
Sociology of Knowledge

● William Stoddart (l. 1925): Hinduism and Its Spiritual Masters

● Hans Küng (l. 1928M): Islam: Past, Present and Future; Global Responsibility: In Search of a
New World Ethic

● Eliot Deutsch (l. 1931): Advaita Vedanta: A Philosophical Reconstruction; Religion and
Spirituality

● John Louis Esposito (l. 1940): Who Speaks for Islam? What a Billion Muslims Really Think;
Unholy War: Terror in the Name of Islam

● William Chittick (l. 1943): The Sufi Path of Love: The Spiritual Teachings of Rumi; The Sufi
Path of Knowledge

13
● Sachiko Murata (l. 1943): The Tao of Islam: A Sourcebook on Gender Relationships in Islamic
Thought

● Karen Armstrong (l. 1944M): A History of God; Jerusalem: One City, Three Faiths;
Muhammad: A Prophet For Our Time

● Diana Eck (l. 1945M): A new religious America: how a "Christian country" has now become
the world's most religiously diverse nation

● Carl W. Ernst (l. 1950M): A translation of The Unveiling of Secrets: Diary of a Sufi Master by
Ruzbihan Baqli; Words of Ecstasy in Sufism

● Zakir Abdul Karim Naik (l. 1965)

● Muda@Ismail Abdul Rahman: Gerakan agama kristian di Malaysia : satu tinjauan khas di
Kuala Lumpur dan Petaling Jaya

● Ghazali Basri: Pengantar Ilmu Perbandingan Agama; Christian mission and Islamic da'wah in
Malaysia; Kristian di Sarawak : suatu kajian kes; Kristianisasi sebagai sebuah gerakan: satu
tinjauan sosiologi; Gerakan Kristian; Pengaruh karismatik dalam agama kristian

● Kamar Oniah: Early Muslim Scholarship in Religionswissenschaft: The Works and


Contributions of Abu Rayhan Muhammad Ibn Ahmad Al-Biruni

● Khadijah Mohd Khambali@Hambali: Triniti Menurut Agama Kristian; Ziarah Menurut


Agama Yahudi; Perayaan-perayaan agama Kristian

ISU / MAWDU’ / KARAKTER / STRUKTUR

● Dimensi: Sejarah (dogma, mitos, etika) – Pra Sejarah / sistematik / ethnosentrik (ritual,
pengalaman, sosial, material)

● kepercayaan / doktrin / teologi

14
● peraturan/undang-undang

● amalan/peribadatan/ritual

● muamalat / pergaulan

● rumah ibadat

● sejarah

● teks suci / kitab

● tinggalan suci dan bersejarah

● tempat suci dan bersejarah

● komuniti agamawan / sami / padri / ulama

● syiar/simbol agama

● mitos

● pengalaman

● institusi

● budaya dan identiti beragama

● isu semasa

● konflik antara agama

● gerakan dakwah dan misionari

● pandangan: kemodenan, sains, globalisasi dsb

● dialog antara agama

● perkahwinan antara agama

● makanan dan produk

15
● dhimmi, minoriti

● kebenaran agama dan penyelamatan

● etika global

● isu global: alam sekitar, social, ekonomi, politik

● agama-agama baru/kepercayaan

● ketidakberagamaan/atheism

CIRI – CIRI UNIVERSAL AGAMA – AGAMA

• Doktrin @ Prinsip Kepercayaan ( prinsip ketuhanan / kuasa / hokum)


• Mitos (kejadian alam semester / kejadian manusia / perkara Ghaib)
• Etika (system nilai / system akhlak / baik / buruk / disuka dan disenangi)
• Upacara Ibadat ( susun atur amalan dalam beragama / penyerahan diri kepada tuhan)
• Sosio Budaya (pola pemikiran / system kehidupan / system pandangan hidup / adat istadat)
• Pengalaman Keronahian (mistik / isotoris / kehidupan kerohanian / pendeta / kesufian)

16
Animisme (English animism)

Orang & Masyarakat Agama & Kepercayaan

Animisme (dari bahasa Latin anima , "nafas, semangat, hidup") adalah kepercayaan agama
bahawa objek, tempat dan makhluk mempunyai intipati rohani yang berbeza. Berpotensi,
animisme memandang semua benda-hewan, tumbuhan, batu, sungai, sistem cuaca, tangan
manusia dan bahkan kata-kata-sebagai animasi dan hidup. Animisme adalah agama tertua di
dunia, "Animism mendahului sebarang bentuk agama yang teratur dan dikatakan mengandung
perspektif rohani dan ghaib tertua di dunia. Ia bermula kembali ke Zaman Paleolitik, pada masa
ketika ... manusia menjelajah dataran memburu dan berkumpul, dan berucap dengan Roh Alam "

Animism digunakan dalam antropologi agama sebagai istilah untuk sistem kepercayaan banyak
orang asli, terutama sekali dengan perkembangan agama yang teratur. Walaupun setiap budaya
mempunyai mitologi dan ritual yang tersendiri, "animisme" dikatakan untuk menerangkan
perspektif "rohani" atau "supernatural" orang-orang pribumi yang paling umum. Perspektif
animistik sangat dipegang dan melekat pada kebanyakan penduduk pribumi yang sering mereka
tidak mempunyai perkataan dalam bahasa mereka yang sesuai dengan "animisme" (atau bahkan
"agama"); Istilah ini adalah pembinaan antropologi.

Sebahagian besarnya disebabkan oleh perbezaan etnolinguistik dan budaya tersebut, pendapat
telah berbeza sama ada animisme merujuk kepada pengalaman pengalaman leluhur yang biasa
berlaku kepada masyarakat adat di seluruh dunia, atau kepada agama yang penuh dengan haknya
sendiri. Takrif animisme yang diterima pada masa ini hanya dibangunkan pada akhir abad ke-19
(1871) oleh Sir Edward Tylor, yang menjadikannya sebagai "salah satu konsep terawal
antropologi, jika bukan yang pertama".

17
Animisme merangkumi kepercayaan bahawa semua fenomena material mempunyai agensi,
bahawa tidak terdapat perbezaan yang sengit dan cepat antara dunia rohani dan fizikal (atau
material) dan jiwa atau semangat atau sentiensi itu tidak hanya wujud pada manusia, tetapi juga
pada hewan, tumbuhan, batu, ciri geografi seperti pergunungan atau sungai atau entiti lain alam
semulajadi, termasuk guruh, angin dan bayang-bayang. Oleh itu, animisme menolak dualisme
Cartesian. Animisme boleh terus menaruh jiwa kepada konsep abstrak seperti kata-kata, nama-
nama sebenar atau metafora dalam mitologi. Sesetengah ahli dunia non-tribal juga menganggap
mereka animis (seperti pengarang Daniel Quinn, pengukir Lawson Oyekan dan banyak Pagan
kontemporari).

Ia berasal dari bahasa Latin anima, yang bermaksud "bernafas" dan "jiwa", dan "makhluk rohani
( jiwa , Roh, semangat, semangat hidup, semangat mati, Nenek moyang , dongeng , Apparition
Bermakna iman).

Apakah makhluk rohani?

Memandang jiwa jiwa sebagai makhluk rohani yang biasa, ia adalah entiti yang tinggal di dalam
tubuh manusia, boleh menggunakannya, dan boleh wujud secara bebas walaupun ia
meninggalkan tempat tinggal (badan). Ia boleh dikatakan bahawa ia menganggap ciri-ciri dan
fungsi rohani dan peribadi sebagai entiti bebas untuk ciri dan fungsi fizikal dan fizikal manusia.
Selagi jiwa tetap dalam perkara itu, ia tetap hidup, tetapi walaupun benda itu hilang, ia
nampaknya terus wujud secara sendiri, sehingga ia juga disebut sebagai makhluk supranatural
atau superhuman, Biasanya, ia dianggap rohani rohani kerana ia tidak dapat dilihat oleh orang
biasa, dan ia dianggap peribadi peribadi kerana ia dianggap mempunyai emosi emosi seperti
manusia. Dalam pengertian ini, jiwa tidak hanya diakui oleh manusia, tetapi juga wujud dalam
haiwan, tumbuh-tumbuhan, objek semula jadi, dan fenomena alam.

18
Teori

Dengan cara ini, kumpulan jiwa yang diiktiraf dalam pelbagai makhluk, benda, dan fenomena
secara kolektif dipanggil makhluk rohani, dan iman dalam makhluk-makhluk ini ditakrifkan
sebagai animisme, dengan itu membincangkan asal-usul dan intisari budaya agama. Ahli
antropologi EB Tyler Ia adalah. Menurut beliau, seorang intelektual dalam masyarakat yang
belum berkembang, yang mencerminkan pengalamannya dalam kematian, penyakit,
kecemburuan, fantasi, dan impian, yakin adanya kewujudan entiti yang tidak material dan
pribadi, atau jiwa, yang dapat dengan bebas meninggalkan badan. Saya pergi ke. Manusia, oleh
analogi, menerapkan idea jiwa ini kepada haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda
semulajadi di sekeliling mereka, pelbagai idea-idea kewujudan rohani dan iman mereka telah
ditubuhkan di sini. Oleh itu, roh, semangat, dan roh mati tidak lain adalah jiwa yang diakui
sehubungan dengan berbagai benda dan makhluk. Idea roh dan roh kemudian berkembang
menjadi politeisme dan monoteisme. Doktrin Tyler seperti yang dijelaskan di atas mengagumkan
para ulama dan budaya pada akhir abad ke-19 dengan penjelasan pintar mereka, tetapi tafsiran
utama dan sikap evolusi mereka bergantung kepada psikologi peribadi juga. Ia sangat dikritik
dari setiap pihak. Oleh Mallet RRMarett Animatisme (Pre-animism) adalah contoh. Walau
bagaimanapun, agamanya, yang berdasarkan intipati agama dengan kepercayaan dalam
kewujudan rohani (animisme), diwarisi pada hari ini sementara secara teoritis diperkuat.

Pelbagai aspek animism

Konsep kewujudan rohani adalah rumit dan pelbagai. Ia sering difahami dengan dikaitkan
dengan kebahagiaan dan kemalangan orang dan masyarakat, pandangan dunia, dan pandangan
dunia lain. Di Okinawa, penyakit dan menangis pada waktu malam dikaitkan dengan Mabuutoshi
(penurunan jiwa), dan upacara diadakan untuk melampirkan jiwa yang jatuh ke tubuh. Pada akhir
kematian seseorang, saudara mara naik ke atas bumbung atau memanggil nama mereka ke arah
bawah sumur, dan kebiasaan memanggil jiwa untuk mengingatkan semula jiwa yang cuba
meninggalkannya dilihat di berbagai tempat. Dikatakan bahawa tujuan memburu kepala di
pelbagai tempat adalah untuk meningkatkan kesuburan pihak yang dapat memburu dengan
memperoleh jiwa yang ada di lehernya. Kematian bermaksud detasmen jiwa yang kekal dari

19
tubuh, tetapi ia sering dipercayai bahawa selepas kematian jiwa akan pergi ke langit, bumi, ruang
bawah tanah, dan tempat-tempat lain, dan akan melawat dunia ini apabila ditentukan. Contoh-
contoh adalah perayaan Tahun Baru dan Bon di Jepun. Semangat hidup (semangat makhluk
hidup yang merangkak atau mengganggu orang lain), semangat mati, roh haiwan, dan lain-lain
dikatakan membahayakan manusia dan membahayakan kesihatan mereka. Rubah, burung
belatuk, dan burung belanda dilihat di berbagai tempat di Jepun adalah contoh-contoh semangat
haiwan. Kehidupan rohani bersamaan dengan roh dan semangat Jepun termasuk Thailand phi
phi, pii, nut kacang Myanmar, anito anito, dan hantu hantu Malaysia. Entah rohani ini sangat
terlibat dalam bahagian utama kehidupan keagamaan rakyat dan seringkali menjadi subjek
kagum dan kagum.

ANIMISME DI MALAYSIA

Animisme mempercayai wujudnya jiwa ataupun roh yang akan memberi kesan serta
mempengaruhi kehidupan manusia contohnya mereka percaya bahawa hantu Pontianak akan
menghisap darah orang bersalin dan diletakkan jarum di pembaringan. Jika pantang larang pula,
mereka tidak dibenarkan membuang lebihan nasi kerana semangat nasi akan pudar dan hilang.
Selain daripada itu, tenaga yang dikenali sebagai tenaga “halus” dipercayai oleh fahaman-
fahaman animisme yang ada didalam diri setiap makhluk tuhan seperti manusia, haiwan,
tumbuh-tumbuhan dan juga benda yang tidak bernyawa seperti bukit-bukau , gunung-ganang dan
besut juga batu logam. Fahaman animisme meminta bantuan daripada dukun atau pembomohan
untuk mendapat kuasa “halus” sebagai teman mereka sebagai bantuan atau untuk membunuh
atau menyinhgkirkan musuh sekeliling. Aapabila sudah menjadikan “halus” sebagai kawan maka
wujudnya penggunaan tangkal atau totem sebagai barang perantara yang boleh melindungi kita
daripada makhluk halus atau sebagai penguat diri.

Di Malaysia, orang asli Sabah dan Sarawak tergolong dalam penganut agama animisme kerana
pegangan mereka terhadap roh nenek moyang kuasa alam semulajadi disekeliling mereka dan
juga kepercayaan mereka terhadap tenaga halus yang boleh melindungi dan mempengaruhi
hidup mereka. Mungkin atara penyebab mreka masih menganuti agama animisme adalah kerana

20
oeninggalan neenk moyang, tinggal didalam hutan dan cara kehidupan mereka yang jauh dari
kebisingan dan kemodenan Bandar. Kelompok suku kaum orang asli terdiri daripada Negrito,
Senoi dan Melayu-proto dan suku kaum Sabah dan Sarawak terdiri daripada Bajau, Bidayuh,
Berawan,Iban, Kadazan, Kayan, Kedayan, Kelabit,Kenyah, Melanau, Murut, Penan dan Rungus.
Setiap suku ini mempunyai sedikit keprcayaan yang berbeza berkaitan dengan agama animisme
kerana mereka tidak tinggal di tempat yang sama.

AMALAN KEROHANIAN AGAMA ANIMISME

Sudah diketahui penganut agama Animisme mempercayai tentang kewujudan tuhan namun
mempunyai panggilan tuhan yang berbeza seperti orang Semai menyebut dengan kata Nyenaang
atau Jenaang dan orang Temuan menyebut dengan kata Moyang. Didalam amalan kerohanian
agama animisme iaitu upacara keagamaan, mereka melakukan amalan berkhatan pada anak
lelaki lebih-lebih lagi pada suku kaum Semelai dan Jah Hut. Sebelum dikhatankan, anak lelaki
perlu berendam didalam sungai oleh seorang yang dipanggil Poyang. Poyang adalah orang yang
pandai dan mengetahui tentang menghalau benda-benda ghaib seperti hantu yang boleh
mendatangkan pelbagai penyakit atau bahaya. Selain itu, didalam perkahwinan kaum Semang,
upacara perkahwinan perlu mengadakan mandi mayang terlebih dahulu oleh kedua-dua orang
pengantin yang diketuai oleh Halak untuk menjauhkan diri daripada gangguan makhluk halus.
Di Sabah pula ada satu kaum yang bernama kaum Murut. Mereka akan mengadakan satu acara
yang dikenali sebagai Basawangan iaitu acara menyambut kelahiran anak. Mereka akan
menjamu pihak keluarga bayi tersebut dengan menyembelih khinzir dan darah khinzir itu dicalit
pada bayi supaya anak itu panjang umur. Para tetamu pula akan membawa hadiah untuk bayi itu.
Tambahan pula, didalam kaum Kadazan dusun, pasangan yang ingin berkahwin akan berjumpa
dengan bomoh yang diketahui sebagai Bobohizan untuk melalui upacara ritual iaitu monogit.
Ritual ini sebenarnya untuk mendapatkan kerasian antara pasangan yang bakal berkahwin.

Didalam upacara kesyukuran pula kebanyakan daripada penganut agama animisme akan
berhubung dengan hasil tumbuhan mereka. Seperti upacara jiis breeg yang diadakan oleh kaum
suku kaum Batek dan Senoi. Jiis breeg adalah upacara kehgembiraan selepas musim buah-
buahan. Suku kaum Kadazan Dusun di Sabah pula mengadakan upacara Tadau Kaamatan iaitu

21
pesta kesyukuran sawah padi yang bernama bambarayon yang turut diraikan dengan makanan
dan minuman yang enak, nyanyian dan tarian kaum Sabah. Seterusnya, kaum Dayak Sarawak
mengadakan pesta Gawai yang popular di Malaysia. Semasa perayaan Gawai, miring iaitu satu
sajian untuk dijamukan kepada roh kepada hasil tanaman mereka dan hari Gawai ini diadakan
pada 1 Jun setiap tahun. Upacara ini dijalankan secara riang ria dengan makanan yang banyak
seperti air tapai yang sangat terkenal dan pesta dirumah panjang.

22
AGAMA ORANG CINA

PENGENALAN
Ilmu Perbandingan Agama ialah ilmu yang menceritakan menceritakan sejarah,
kepercayaan, asal-usul, akhlak dan banyak lagi yang berkait rapat dengannya di antara agama
dengan agama yang lain. Pada pendapat seorang ilmuwan yang bernama Louis H. Jordan,
beliau mengatakan bahawa ianya adalah ilmu yang terkandung di dalamnya ciri-ciri dan
struktur semua agama yang terdapat di dunia dengan tujuan untuk mencari persamaan dan
juga perbezaan agama masing-masing serta sejauh mana hubungan antara agama tersebut.
Pada awalnya, terdapat ramai orang Islam awal dan juga moden yang memeluk Islam
disebabkan oleh minat mereka terhadap ilmu perbandingan agama yang dinyatakan dalam
catatan sejarah Islam.

Terdapat banyak tujuan mempelajari ilmu perbandingan agama. Antaranya ialah untuk mencatat
dan mengumpulakn data mengenai hal-hal yang berkaitan agama. Contohnya seperti
perkembangan agama, sejarah kelahirannya, bagaimana ajaran itu dijalankan, tempat penyebaran
agama tersebut, pengasas/ketua agama dan lain-lain. Ilmu ini juga turut dikenali sebagai satu
kaedah terjadinya hubungan antara umat setiap agama. Dari sini juga terjadinya toleransi atau
tolak ansur antara mereka.

Toleransi dianggap perkara yang sangat penting dalam hidup beragama dan ianya berlaku
apabila mereka dapat memahami antara satu sama lain. Justeru, digalakkan ke atas setiap umat
beragama untuk mengenali agama yang lain supaya tidak berlakunya perkauman atau hidup
dalam kelompok mereka sahaja tanpa bergaul dengan orang lain. Tujuan kedua pula ialah untuk
menyelidik samada agama itu pada awalnya datang dari wahyu Ilahi ataupun dari penyembahan
nenek moyang terdahulu. Secara keseluruhannya, ilmu perbandingan agama dapat melahirkan
insan yang beriman di samping menerapkan penghayatan tentang kebenaran Islam ke dalam diri
seseorang. Misalnya, seseorang itu hanya akan merasakan nikmat kenyang apabila dia telah
melalui kesusahan dalam menahan lapar. Samalah juga seperti seseorang itu tidak akan
menghargainya kehidupan dia di dunia melainkan setelah menghadapi kematian. Jelas
dinyatakan di sini bahawa seseorang itu tidak akan dapat mengetahui kebenaran secara
syumulnya jika tidak mendalami dan menuntut ilmu yang melibatkan agama-agama lain.

23
AGAMA TRADISI ORANG CINA
Penggunaan frasa “amalan dan tradisi keagamaan” ialah merujuk kepada pelbagai
upacara keagamaan yang menjadi amalan bagi mencerminkan kehidupan beragama orang Cina
dan di perantauan sperti yang berada di Malaysia, Singapura dan kepulauan Melayu yang lebih
dikenali sebagai Nusantara. Namun kemudian, amalan keagamaan datuk nenek mereka yang
berasal dari Benua Cina tidak dinafikan mempengaruhi kehidupan beragama mereka di
perantauan.

Pada awalnya, amalan dan tradisi keagamaan orang Cina adalah campuran tiga amalan
agama Buddha, Taoisme, Kungfucinisme serta amalan kepercayaan setempat seperti pemujaan
roh datuk nenek mereka yang sudah diwarisi sejak turun menurun. Keadaan demikian
membawa kepada kepercayaan terhadap berbilang tuhan dan dewa-dewa, bersifat tempatan
yang dipercayai boleh mendatangkan pelbagai kebaikan dan kemewahan serta mengawal
daripada sebarang bencana dan musibah.

Sembahan dan Dewa-dewa Pujaan

a) Fu’k Lu’k Sau

Rajah 1
Tuhan yang popular dalam agama orang Cina ialah Fu’k Lu’k Sau atau lebih dikenali sebagai
tuhan tiga sahabat. Boleh dikatakan setiap rumah orang Cina mempunyai figura tuhan

24
tiga sahabat ini. Fu’k Lu’k Sau sentiasa digambarkan dalam kesepakatan oleh setiap keluarga di
rumah bagi tujuan mendatangkan kekayaan, zuriat lelaki yang berjaya, kebahagian dan
ketenangan jiwa, kesihatan dan makanan yang banyak untuk dinikmati oleh sesebuah keluarga.

• Fu’k merupakan sembahan yang membawa kegembiraan. Fu’k berdiri di tengah-tengah dan
lebih tinggi daripada yang dua lagi.
• Lu’k merupakan sembahan yang membawa kekayaan. Lu’k yang berada di sebelah
kanan sambil memegang cokmar yang melambangkan kekuasaan.
• Sau berada di sebelah kiri sambil memegang buah disebelah tangan dan sebatang
tongkat di sebelah lagi diiringi seekor kancil. Sau adalah sembahan yang membawa
panjang umur

b) Maitreya Buddha

Maitreya Buddha juga agak terkenal bagi sembahan orang Cina. Ia juga dikenali sebagai Buddha
Gembira (The Laughing Buddha). Selalunya patung sembahan ini diperbuat daripada pelbagai
medium seperti tanduk, tulang, kayu, jade, seramik dan sebagainya. Patung ini mempunyai
mimik muka ketawa dan perut yang buncit seperti di rajah 2. Ia melambangkan kegembiraan
serta kekayaan.

25
c) Kuan Yin

Satu lagi yang agak popular, Kuan Yin atau dikenali sebagai Tuhan Rahmat (The Goddess of
Mercy). Kuan Yin merupakan tuhan perempuan yang dipercayai berkuasa memenuhi segala
permintaan setiap orang terutama dalam kesusahan. Selalunya Kuan Yin dilembagakan dalam
keadaan berdiri dengan memakai gaun putih yang labuh sambal
memegang tasbih seperti di rajah 3.

d) Ta-po-Kung

Ta-po-Kung atau Tok Pe Kung dalam sebutan orang Melayu merupakan satu jenis
tuhan orang Cina yang lahir dalam konteks pencampuran budaya orang Melayu dan orang
Cina. Perkataan “Tok” menurut kepercayaan orang Melayu merujuk kepada ‘orang halus’ atau
semangat yang ada pada pohon, busut, sungai dan sebagainya. Zaman dahulu kala, jika

26
sekiranya ada seseorang yang mahu masuk hutan, dia harus meminta izin dahulu dengan
berkata, “Tok! Mohon, anak atau cucu nak tumpang lalu”. “Tok” inilah kemudiannya dipakai
oleh orang Cina apabila mereka membuat sembahan kepada tuhan mereka yang bernama pokung
(tuhan tanah/bumi), semasa mahu memulakan sesuatu kerja yang ada hubungannya
dengan merubah permukaan bumi, seperti membuat bangunan dan sebagainya.
Perkataan po-kung ditambah dengan “Tok” maka jadilah Ta-po-kung dan dalam bahasa
Melayu, Tok pe kung. Amalan yang mereka sentiasa lakukan ialah meletakkan rumah
berbentuk peti warna merah pada suatu sudut di atas tanah dan meletakkan buah-buahan serta
menyalakan lilin atau api daripada lampu minyak seperti di rajah 4. Orang Cina mempercayai
bahawa dengan mengadakan sembahan ini, ia akan menghindarkan sebarang bencana dan
sebaliknya membawa keamanan dan keuntungan.

Perayaan Keagamaan
Pada umumnya semua perayaan keagamaan orang Cina berdasarkan pada calendar bulan.

a) Gong Xi Fa Chai (Tahun Baru Cina)


Kebiasaan Tahun Baru Cina disambut di antara hari yang ke-21 Januari hingga 20 Februari pada
setiap tahun. Perayaan ini disambut bagi mensyukuri kuasa langit dan bumi atas keamanan dan
kemewahan sepanjang tahun yang lalu sambil mengharapkan keadaan yang sama pada tahun
berikutnya. Perayaan ini juga dianggap sebagai turunnya semua roh datuk nenek dan akan
menyaksikan pertemuan semula dengan yang masih hidup pada majlis makan sekeluarga pada
waktu petang petang menjelang hari raya keesokan harinya. Sambutan ini dipenuhi dengan
penyediaan pelbagai jenis makanan bagi menjamu pengunjung yang terdiri daripada sahabat
handai. Perayaan ini berlangsung sehingga hari ke-15.

b) Chap Go Mei
Chap Go Mei merupakan kemuncak bagi perayaan Tahun Baru Cina. Bersempena dengan bulan
purnama inilah dilakukan pemujaan dan upacara agama bagi meraikan roh-roh datuk nenek
mereka. Rumah-rumah mereka dihias dengan lampu-lampu (tang long). Di Pulau Pinang,

27
terdapat tradisi di mana anak-anak gadis mereka membawa limau dan mencampakkannya ke laut
dengan harapan mendapat jodoh yang sesuai.

c) Zhong Yuan
Upacara Zhong Yuan atau lebih dikenali sebagai perayaan hantu lapar dikatakan berasal
daripada pembauran antara fahaman ajaran Buddha, Tao dan Kungfucius. Menurut
kepercayaan orang Cina, mulai dari hari pertama sehingga hari terakhir pada bulan ke-7 bulan
mengikut calendar Cina, roh-roh dari neraka berada dalam keadaan lapar dan keluar berkeliaran
di bumi. Oleh itu, sudah menjadi kewajipan untuk mereka memberikan makanan kepad roh
tersebut.

Antara perkara yang disediakan oleh penganutnya ialah menyediakan makanan seperti
babi panggang, buah-buahan daging masak manis dan sebagainya. Turut juga colok-colok
dalam pelbagai saiz dan warna dibakar serta wang-wang kertas palsu. Roh tersebut juga
disediakan perlbagai bentuk efigi (patung) berupa haiwan atau seumpamanya melambangkan
roh seseorang yang kemudiannya dibakar pada akhir upacara. Efigi tersebut dipercayai dapat
dimanfaatkan oleh roh si mati.

AGAMA TAO
Agama Tao dikenali sebagai ‘Taoisme’ yang membawa maksud pemikiran falsafah yang paling
tua dari Benua China. Pemikiran ini adalah pemikiran yang masih dan sentiasa subur sehingga ke
hari ini. Pengasas agama Tao ini ialah Lao Tze. Beliau dilahirkan pada tahun sebelum Masihi.
Sebelum beliau meninggal, beliau juga ada meninggalkan sebuah hasil karya yang berjudul ‘Tao
Te Ching’ yang bererti Jalan Kekuatan. Lao Tze juga pernah menjadi guru kepada Kungfucius
dan dalam masa yang sama mereka menggunakan dialog berkenaan hakikat manusia dan
keadilan.

PEMIKIRAN LAO TZE TENTANG TAHUN


Tao ialah jalan menuju kebenaran, maka Tao itulah dikenali dengan Kebenaran Mutlak. Alam
semesta dan segala yang ada inilah terpancar daripada “Tao”. Konsep Tao ini dianggap sebagai
konsep pantheism, ia adalah menganggap Tuhan berada pada segala yang ada, iaitu makhluk.

28
PEMIKIRAN TENTANG MENGEHNING DIRI
Lao Tze ialah kembali pada hukum alam (nature). Contohnya ialah seperti bermeditasi
di gunung dengan menghening diri agar dapat menyatu dengan seluruh alam. Bagi mereka hal
ini adalah sesuatu perkara yang murni dan baik. Malah, perkara tersebut dapat memanjangkan
umur seseorang atau dianggap “terus hidup”.

AJARAN LAO TZE


Ajaran Lao Tze berdasarkan kepada prinsip-prinsip pembinaan diri dalam menghadapi
hawa nafsu di dalam pelbagai ungkapan seperti:
“Si bijaksana tidak mengajar dengan perkataan tetapi dengan perlakuan”.
“Nilai baik merujuk pada konsep jahat dan nilai baik merujuk pada konsep hodoh”.
“Orang yang tiada daya juang, tidak seorang pun di dunia dapat (berfaedah) melawannya”.

AJARAN LAO TZE MENGENAI KOSMOS (ALAM SEMESTA)


Semua kejadian makhluk sebenarnya bermula dari “Tao”. Akal Pertama yang azali
dipanggil dengan hakikat kewujudan iaitu datangnya daripada Tao. Pada awalnya, alam ini
ialah lompang (void), dikenal dengan nama Wu Chi iaitu dengan gambaran bulatan (garisan
putus). Dari situlah lahirnya Yang (bulatan terang) yang terbit dari tenaga positif sekaligus
melahirkan Yin (bulatan gelap) dari tenaga negatif. Daripada kedua-dua inilah pula lahirnya
Tai Chi. Yang ialah mewakili alam langit atau alam spiritual. Manakala Yin mewakili alam
bumi yang juga disebut alam fizikal dan material. Tai Chi ialah manifestasi Tao iaitu muncul
daripada hasil hubungan antara Yang dan Yin. Tai Chi juga adalah merupakan simbol agama
Tao.

Wu, Chi, Yang Yin

29
AGAMA KUNGFUCIANISME
Ajaran Konfucianisme diasaskan oleh Kung Fu Tze, seorang tokoh peradaban Cinayang
bertujuan meningkatkan moral dan menjaga etika (akhlak) manusia. Ajaran Konfusianisme ini
bukan agama secara mutlak, akan tetapi aliran falsafah dan moralitimanusia. Selepas kematian
Kung Fu Tze, terdapat kumpulan yang membuat pemujaanterhadap beliau, dan muncul upacara
dan ritual keagamaan serta perayaan yang berkaitandengannya Antara negara yang mempunyai
penganut konfusianisme hari ini ialah negara Malaysia, Singapura, China, Korea Selatan dan
Utara, Vietnam, Hong Kong, Taiwan dan lain-lain negara Asia Timur.

Ajaran yang di bawa oleh Konfucius bukanlah ajaran agama. Akan tetapi beliau telah
menyebarkan ajaran yang lebih menjurus kepada soal kehidupan sosial manusia sesama
manusia. Beliau juga tidak pernah mengkaji mengenai kematian atau sebarang perkara yang
melibatkan kematian atau ilmu ghaib. Ajaran konfusianisme menekankan bahawa manusia
agung mestilah mempunyai sifat yang tetap penuh dengan perasaan kasih sayang dan segala
pergerakannya bebas daripada penyelewengan dan sifat kekerasan.

Kepatuhan dan ketaatan kepada nenek moyang ini menjadi asas kepada sifat dan peraturan untuk
berakhlak baik (Wu Chang) yang menjadi ajaran agama Konfusiunisme. Dalam hal ini,
kepercayaan kepada benda ghaib atau roh-roh itu bukan menjadi ajaran utama, sebaliknya
penghormatan dan ketaatan kepada adat-adat, upacara, peraturan dan nasihat yang telah
ditinggalkan oleh orang-orang bijaksana (nenek moyang) terdahulu. Selain itu, ketaatan
kepada ibu bapa sangat berkait rapat dengan ketaatan kepada nenek moyang. Ini kerana,
ketaatan anak kepada ibu bapa itu berlaku secara berterusan sama ada ketika ibu bapa itu hidup
sehingga mereka mati. Ketaatan yang dimaksudkan oleh Kung bukan sahaja takut semata-mata
kepada ibu bapa, tetapi hormat dan membahagiakan ibu bapa itu adalah ketaatan yang
sempurna.

Riwayat Hidup
Kung Fu Tze atau nama sebenarnya Kong Chiu telah dilahirkan di Kg. Chang Ping
daerah Lu, Duchy pada 551 sebelum Masihi yang kini dikenali sebagai Wilayah Shandong
pada zaman Zaman Chunqiu. Konfucius banyak menulis buku-buku moral, sejarah,

30
kesusasteraan dan falsafah yang banyak diikuti oleh penganut ajaran ini. Seawal usia 15 tahun
beliau telah mempelajari pelbagai jenis pelajaran seperti muzik, sastera, adat-adat lama china,
kepimpinan dan ilmutatacara etika dalam kehidupan, dan sebagainya. Beliau menyebarkan
ajarannya dirumah dandianggarkan semasa beliau berusia 34 tahun, beliau sudah mempunyai
kira-kira 3000 orang murid.

Sebelum meninggal dunia pada umur 72 tahun, beliau telah menghasilkan 6 buahk arya.
Karya beliau kemudiannya dihimpun dan ditulis semula oleh murid-muridnya yang disebut
Lun Yu yang bererti bunga rampai (Analects). Pemikiran beliau banyak tertumpu kepada
sistem etika. Oleh yang demikian, ia bersifat falsafah mengenai hakikat manusia, kehidupan
manusia sebagai individu, dalam keluarga,dalam masyarakat, dan seterusnya dalam kehidupan
bernegara. 6 buah karya Konfucius itu adalah:

1) I Ching : Buku mengenai perubahan yang dijadikan dasar dalam metafizik Konfusianisme.
2) Shih Ching : Terkandung syair dan puji-pujian
3) Shu Ching : Buku mengenai sejarah.
4) Li Chi : Menceritakan tentang upacara-upacara keagamaan
5) Jueh : Buku mengenai seni muzik
6) Chun-Chiu : Menceritakan tentang musim panas dan musim gugur.

Konsep Ajaran Konfucianisme

1)Ren/Jen (Perikemanusiaan)
Ren/jen timbul dalam hubungan manusia dengan manusia.Antara sifat asas yang ada
dalam ren ialah kebaikan kemurnian, kasih sayang dan kemanusiaan. Nilai ren ini membezakan
manusia dengan haiwan kerana manusia boleh menghasikan perasaan baik hati,belas kasihan,
bertanggungjawab dan seumpamanya. Ren menjadi asas kepada sistem etika dalam
Konfusianisme. Ketika Fan Chi iaitu anak murid Kung Fu Tze bertanya tentang ren, Kung
menjawab “cintailah manusia”. Lima nilai yang baik ialah kehormatan, kelembutan hati,
kepercayaan, kerajinan dan belas kasihan”.

31
2) Li (Kesusilaan/upacara)
Li adalah merujuk kepada kepentingan upacara dan kelakuan budi bahasa. Ini bermaksud
Li ialah peraturan-peraturan bagi tingkah laku yang betul. Li juga adalah satu set nilai-nilai
yang diajarkan oleh orang-orang terdahulu bagi menghasilkan masyarakat yang teratur dan
harmoni. Menurut Kung Fu Tze, Li adalah kayu ukur teragung bagi semua perkara politik,
sosial dan individu. Li bermaksud kesopanan, budi pekrti dan perlaksanaan upacara-upacara.
Bagi Kung, segala sesuatu yang berhubung antara manusia dan manusia yang lain sarus diatur
menurut Li.

3) Yi (Keadilan)
Yi dimaksudkan sebagai menjujung tinggi kebenaran,keadilan,kewajipan dan kekuatan.Menurut
Fung Yu Lan,Yi bererti keadaan yang seharusnya terjadi tanpa syarat.Setiap orang mempunyai
perkara serta tugas tertentu yang seharusnya dilakukan dan dari sudut etika ia merupakan hal
yang harus dilaksanakan kerana kebenaran.Raja hendaklah bersifat seperti raja,pembesar
hendaklah bersikap seperti pembesar, ayah hendaklah bersikap seperti ayah,dan anak hendaklah
bersikap seperti anak.

4) Zhi (Kebijaksanaan)
Zhi secara literal bermaksud kearifan atau kebijaksanaan, kecerdasan atau kepandaian.Zhi
merupakan gabungan kata-kata yang bermaksud mengetahui atau menyedari dan juga bermaksud
hari,matahari,atau setiap hari.Maka setiap manusia dikatakan bijaksana jika setiap hari memiliki
kesedaran.

5) Xin (Layak dipercayai)


Seseorang manusia itu harus memiliki sifat layak dipercayai. Ini kerana dengan memiliki sifat
layak dipercayai barulah seseorang manusia akan mendapat kepercayaan daripada orang lain dan
masyarakat.Sifat layak dipercayai adalah landasan utama dari semua hubungan manusia di dunia.
Demikian juga pemerintah yang baik adalah yang mendapat kepercayaan daripada rakyatnya.
Maka untuk mendapat kepercayaan daripada rakyatnya pemerintah tersebut harus memiliki
kriteria dan sifat yang layak dipercayai.

32
Hubungan Sosial dalam Ajaran Konfucianisme
Dalam ajaran Konfusianisme,teori lima hubungan dianggap asas atau panduan kepada sesuatu
perhubuanganyang akan membawa kepada kebahagiaan keluarga dan seterusnya menyumbang
kepada kestabilan dan keharmonian sesebuah negara. Hubungan ini berkait rapat dengan nilai-
nilai dalam Wu Chang dan setiap orang perlu memainkan peranan masingmasiang yang berbeza
setiap satunya.
Antaranya :
a. Hubungan antara suami dengan isteri, iaitu hubungan mesra harus dijalin antarasuami dan
isteri seperti suami mesti jujur terhadap isteri dan isteri harus patuh kepada suami.
b. Hubungan antara bapa dengan anak, iaitu bapa harus berhati baik terhadap anak dananak
harus betanggungjawab terhadap orang tua.
c. Hubungan antara raja dengan pegawai, iaitu raja harus berperikemanusiaan dan pengawai
harus menunjukkan taat setia.
d. Hubungan antara saudara tua dengan saudara muda (adik-beradik), iaitu saudara tuaharus
bermurah hati dan membantu serta yang muda harus patuh dan hormat.
e. Hubungan antara sahabat harus berasaskan kejujuran

PERBANDINGAN AGAMA TAO DAN AGAMA KUNGFUCIANISME


Membuka tirai perbincangan tentang perbezaan agama Tao dan Kungfucius kita
mengetahui bahawa kedua-sua agama ini merupakan agama yang berasal dari tempat yang
sama iaitu Chindan selain daripada dua agama diatas terdapat satu lagi agama iaitu agama
pemujaan nenek moyang mereka. Kedua-dua agama ini mempunyai ciri atau keunikannya yang
tersendiri dan agak berbeza antara satu sama lain. Perbezaan yang pertama antara agama Tao
dan Kungfucius adalah pengasas agama tersebut. Umum sudah diketahui bahawa agama Tao
diasaskan oleh Lao Tze iaitu seorang ahli falsafah cina dan telah mengarang sebuah buku yang
dinamakan Tao Te Ching. Agama Kungfucius atau lebih dikenali sebagai kungfuciunisme
diasaskan oleh Kungfucius atau Kung Fu Tze. Jika diikutkan dalam sejarah cina agama ini
sebenarnya pada permulaan hanyalah aliran falsafah bukan agama. Oleh itu perbezaan
utamanya adalah dari segi pengasasnya dan juga perbezaan konsep agama iaitu agama Tao
lebih kepada aktiviti masyarakat dan agama Kunfucius menumpukan keatas sifat dan etika
seseorang dalam kehidupan.

33
Selain itu, kedua agama ini berbeza kepecayaan tetapi tetap mempercayai bahawa
wujudnya tuhan. Agama Tao adalah agama yang lebih memikirkan atau mengambil peduli
tentang cara semulajadi untuk menangani hidup didunia manakala agama Kungfucius
menekankan kelakuan manusia keatas tuhan. Perbezaan seterusnya yang dilihat agak ketara
ialah symbol agama Tao dan Kungfucius iaitu agama Tao mempunyai symbol yang disebut
sebagai Tai-Chi. Ianya adalah dua symbol kuasa yin iaitu bahagian gelap dengan titik putih
yang memancarkan tenaga positif dan Yang iaitu bahagian putih dengan titik gelap yang
memberi tenaga negatif dan keduanya jika digabungkan menjadi tenaga yang neutral. Simbol
agama Kungfucius pula adalah loceng penggerak dan fungsi loceng ini untuk menggerakkan
hati nurani manusia.

Seterusnya, pendapat mereka dengan adanya tuhan sedikit berbeza kerana Tao
menganggap bahawa tuhan ada dimana-mana iaitu makhluk itu sendiri dan Kungfucius berkata
bahawa orang yang tidak mempercayai bahawa tuhan itu ada dianggap bodoh atau tidak bijak.
Kungfucius juga menganggap bahawa tuhan ada dua iaitu tuhan bumi dan tuhan langit.
Disamping itu juga, setiap agama ini ada perayaannya sendiri seperti agama Tao mereka
mempunyai cuti perayaaan Tahun Baru Cina, 3 hari pesta mati dan hari keturunan. Agama
kunfucius mempunyai cuti perayaan Tahun Baru Cina, hari gurudan hari keturunan.

PANDANGAN ORANG ISLAM TERHADAP AGAMA ORANG CINA, AGAMA


TAO DAN AGAMA KUNGFUCIANISME
Sebenarnya, jika diteliti dengan lebih dekat dan mendlam agama Tao dan kungfucius bukan
agama kepercayaan kerana kedua-dua agama ini lebih menekankan tentang falsafah dan
cara berfikir kepada manusia. Agama tao dan Kungfucius adalah agama ajaran mengikut para
pengkaji agama dan menumpukan aspek-aspek kehidupan dan sifat manusia dalam menghadapi
hawa nafsu. Ianya berbeza dengan kepercayaan atau agama iaitu tidak dinyatakan tentang
kewujudan tuhan dengan lebih mendalam namun orang Cina menganggap bahawa kedua gama
ini sebagai agama walaupun ianya hanyalah ajaran falsafah dan aliran pemikiran. Bahkan lagi,
ianya boleh dikatakan sedikit selaras atau persamaan dengan Islam kerana menceritakan tentang
etika, adab, cara melawan hawa nafsu, pendidikan dan pribadi yang mulia. Namun begitu, bila
mana ianya menceritakan tentang ketuhanan dan kepercayaan yang sangat bertentangan dengan

34
ajaran Islam dan sisi tauhid maka tidak boleh untuk kita mengikut atau terpesong kerana boleh
jadi kita dianggap smensyirikkan Allah.

Jika menyebut tentang titik pertemuan ini, maka segala isi dan tingkah laku dalam agama itu
boleh jadi merapatkan atau boleh jadi merenggangkan kefahaman agama itu. Menyebut tentang
titik pertemuan agama Tao dan agama Kungfucius, apabila percampuran dua agama ini berlaku
maka akan ada politik agama dan ideologi yang bertentangan antara agama ini. Dialog sangat
penting dalam menjamin kebersamaan dan jalinan yang erat. Antara contoh yang boleh diberikan
ialah Agama Tao sangat mengormati wanita tetapi berbeza pula dengan agama kunfucius yang
menganggap status wanita sangat rendah daripada lelaki. Apabila pertemuan dua agama ini
berlangsung didalam perkahwinan ataupun dialog, ianya akan mengundang perbalahan mengikut
cara kedua agama ini berpendapat atau berhujah. Boleh jadi ianya boleh menjadi neutral dan
mungkin boleh mengundang ideologi agama itu sendiri. Oleh itu pentingya dialog dalam agama
agara ketidaksalahfahaman boleh dileraikan. Konflik mungkin akan berlaku tetapi jika diuruskan
dengan dialog yang berhikmah atau saling hormat antara agama ianya boleh mendatangkan
keharmonian dalam bermasyarakat.

35
AGAMA SHINTO

PENGENALAN

Agama Shinto terkenal sekitar 2,500 - 3000 tahun yang lalu di Jepun. Shinto, yang

bermaksud "jalan tuhan", merupakan agama asal Jepun dan diamalkan oleh sekitar 93% dari

penduduk. Agama ini percaya pada banyak Tuhan, menyembah matahari sebagai Tuhan tertinggi

dan percaya bahawa penguasa Jepun adalah keturunan dari Dewa Matahari atau Amaterasu

Omikami.

Agama Shinto memiliki sifat yang cukup unik. Kepercayaan ini juga memiliki aspek

animisme iaitu keyakinan bahawa roh berada dalam pelbagai alam. Oleh itu, Shinto mengajar

manusia untuk menjalani kehidupan yang harmoni dan aman.Tidak seperti agama lain, Shinto

tidak memiliki kitab suci, tidak ada doa-doa dicatatkan, serta tidak memiliki ritual formal wajib.

Jika terdapat ritual, hal tersebut biasanya hanya ditujukan bagi suatu kuil, keluarga atau dewa

tertentu.

Shinto telah hidup berdampingan dengan agama Buddha selama berabad-abad di Jepun,

sehingga banyak dewa tradisional Shinto turut diserap dalam keyakinan Buddha. Tidak ada

persyaratan bahawa seorang pengikut Shinto harus mengingkari semua keyakinan lain. Hal ini

menjelaskan bagaimana Shinto boleh hidup berdampingan dengan Buddha secara aman damai.

Sebagai informasi, kata kamikaze seperti angina dari dewa dimana kami atau kekuatan spiritual

diharapkan menjaga Jepun agar tetap aman dari penjajah asing kerana Pratik Shinto bersifat

lokal, ajaran ini tetap dipraktikkan oleh kebanyakan orang Jepun.

36
AMALAN KEROHANIAN, SPIRITUAL DAN PENYEMBAHAN PENGANUT AGAMA
SHINTO

Agama Shinto tidak memiliki bentuk peribadatan yang sudah ditentukan waktu

pelaksanaannya. Setiap penganut agama Shinto akan mengunjungi tempat suci jika

menghendakinya; boleh setiap 1 atau 15 tiap-tiap bulan atau pada waktu mengadakan matsuri.

Tetapi, penganut yang taat akan melakukan pemujaan dewa pada setiap hari. Pada pagi hari

setelah bangun tidur dan membersihkan diri akan menuju altar keluarga; membongkokkan

badan, bertepuk tangan dua kali, diam sebentar dengan sikap hormat dan khidmat, baru

kemudian melakukan aktiviti keseharian. Pada kesempatan lain akan menghadap ke arah

matahari, gunung, tempat suci atau yang lainnya.

Walaubagaiamanapun tempat yang paling baik untuk melakukan peribadatan atau

penyembahan adalah jinja. Hampir semua bentuk peribadatan atau upacara keagamaan yang

dilakukan di jinja pada hakikatnya merupakan upacara pensucian dalam rangka menyambut

kehadiran Kami.

Upacara keagamaan yang dilakukan di jinja dapat dibezakan dalam tiga tahap:

a. Upacara Penyucian Pendahuluan (kessai)

Kessai atau disebut pula dengan Saikai merupakan rangkaian perbuatan yang bentuknya

pelbagai yang harus dilakukan oleh seseorang sebelum ia melakukan sebarang upacara

keagamaan.

37
b. Upacara Penyucian (harai)
Upacara ini biasanya dilakukan oleh seorang pendeta dengan cara mengibaskan tongkat

pensucian (harai-gushi) di atas kepala orang atau objek yang disucikan. Menurut keyakinan para

pemeluk agama Shinto, perbuatan simbolis semacam itu akan dapat membersihkan dan

mensucikan rohani dari segala macam kotoran.

c. Upacara Persembahan Sesaji


Apabila upacara pendahuluan (kessai) dan upacara pensucian pokok (harai) sudah

dilaksanakan, maka bentuk upacara yang ketiga, iaitu upacara persembahan atau sesaji, dapat

segera dilaksanakan. Upacara ini dimulai dengan mempersembahkan ranting-ranting pohon suci

sakaki, dan dilengkapi pula dengan sesaji berupa padi, sake, dan lain sebagainya.

Selain upacara keagamaan yang disebutkan di atas, dalam agama Shinto purba masih

mempunyai banyak upacara keagamaan yang bentuk dan tujuannya sangat pelbagai bergantung

kepada para dewa, tempat suci dan tujuannya. Upacara kegamaan tersebut disebut matsuri.

Sedang perayaan dalam matsuri dilakukan dalam bentuk peraakan, tari-tari, pertunjukan lakonan,

perlumbaan, dan pesta-pesta berskala besar.

Matsuri berasal dari kata matsuru (pemujaan, pemujaan) yang bermaksud pemujaan

terhadap kita atau ritual yang berkaitan. Dalam teologi agama Shinto, ada empat unsur matsuri:

penyucian (harai), persembahan, bacaan doa (norito), dan kenduri. Maturi tertua yang terkenal

dalam mitologi Jepun adalah ritual yang dilakukan di hadapan Amano Iwato. Matsuri dalam

bentuk bacaan doa masih tetap seperti dalam bentuk Kigansai (permintaan individu untuk jinja

atau tempat suci untuk didoakan dan jichinsai (upacara sebelum pembinaan atau pembinaan).

adalah bentuk awal matsuri.Pada masa ini, Ise Jingū adalah contoh kuil agama Shinto yang

masih memegang matsuri dalam bentuk bacaan doa yang eksklusif untuk lingkaran terhad dan
38
peserta umum tidak dibenarkan mengambil bahagian. jauh dari makna sebenar

matsuri.Pelaksanaan matsuri sering menjadi satu-satunya objektif matsuri, sementara matsuri

hanya kekal sebagai wacana dan tanpa makna agama.

Beberapa matsuri diantaranya :

Gion matsuri Menurut tradisi upacara ini sudah mulai ada sejak 12 abad yang
lampau pada masa pemerintahan maharaja Seiwa. Tujuannya
adalah untuk menolak bahaya penyakit.

Iwa-shimizu-matsuri Pada zaman dahulu perayaan keagamaan ini disebut dengan hojo-
e, dan dilaksanakan pada malam bulan purnama sekitar bulan
Ogos setiap tahun sambil melepaskan benda-benda hidup
seperti burung dan ikan.

Aoi-matsuri Perayaan ini dirayakan setiap tahun sekali, dan menurut cerita
dimulai sekitar enam belas abad yang lampau pada masa
pemerintahan maharaja Kimmei. Tujuan utama perayaan ini
adalah untuk memperoleh hasil pertanian yang berlimpah.

Kanda-matsuri Dirayakan tiap tahun pada bulan Mei di tempat suci Kanda di
Tokyo. Dalam perayaan ini dirayakan dengan perarakan yang
membawa tempat suci dalam ukuran kecil dan juga dengan
perbarisan kenderaan berhias.

Kasuga-matsuri Dikatakan bahwa perayaan ini sudah ada sejak 9 abad yang
lampau, dimulai pada masa maharajaMintoku.

Sanno-matsuri Perayaan ini dirayakan pada bulan Jun setiap tahun, dan
merupakan perayaan yang sering dikenali pula dengan “perayaan
rasmi” atas sebab ia diadakan untuk menggembirakan pihak
pengurusan.

Tenjin-matsuri Secara umum, Tenjin-matsuri adalah perayaan keagamaan yang


dianjurkan oleh kuil-kuil Kitano Tenjin yang meluas di seluruh
negara dan dalam erti khas adalah perayaan yang diadakan setiap
tahun pada bulan Julai di Osaka.

39
Tenno-matsuri Perkataan "tenno" di sini adalah kependekan dari Gozutenno,
nama lain untuk dewa Susanowo. Selama musim panas terdapat
perayaan untuk menyembah dewa ini yang bertujuan untuk
memperoleh keselamatan dari pelbagai penyakit

Selain perayaan keagamaan (matsuri), ada juga upacara peralihan kehidupan manusia

bermula dari kelahiran hingga kematian dunia, yaitu:

(1) Upacara Masa Kanank-kanak;

(2) Upacara Usia Dewasa;

(3) Upacara Perkawinan;

(4) Upacara Usia Lanjut;

(5) Upacara kematian.

Kesimpulannya, Shinto adalah fenomena yang menarik. Tidak mempunyai ajaran dan

dogma sehingga tidak layak disebut agama. Shinto mempunyai kuil atau kuil yang merupakan

salah satu ciri agama. Ini jelas membingungkan bagi sesetengah orang, terutama orang asing

yang cenderung menganggap setiap orang harus mempunyai agama. Di tengah-tengah kekeliruan

ini, penjelasan mudah dibuat yang mengatakan bahawa Shinto adalah agama terbesar di Jepun.

Bagi orang Jepun sendiri, Shinto jelas bukan agama, jadi wajar jika kita tidak pernah mendengar

orang Jepun mengaku sebagai Shinto. Walaupun dalam kehidupan seharian di masyarakat,

perkataan Shinto hampir tidak pernah digunakan. Mereka hanya mengenali kata Jinja, yang

bermaksud kuil sebagai tempat berdoa. Jinja dianggap sebagai simbol kebebasan, iaitu

kebebasan dari simbol agama. Ajaran dan ajaran kebebasan apa pun yang mungkin tidak terdapat

dalam agama lain. Inilah yang menyebabkan agama seperti Islam atau Kristian agak sukar untuk

dikembangkan di negara itu.

40
AGAMA HINDU

PENGENALAN
Ilmu perbandingan agama adalah sebuah ilmu yang membahaskan berkenaan aspek-aspek dalam
agama seperti sejarah, kepercayaan, amalan, akhlak dan lain-lain secara perbandingan antara dua
atau lebih agama. Dalam catatan sejarah Islam, terdapat ramai orang Islam awal yang memeluk
Islam kerana tersentuh dengan ilmu perbandingan agama. Ini termasuklah dalam kalangan
Sahabat Radiya Allahu Anhum, Tabi' in dan Atba' al-Tabi'in Rahimahum Allahu Alayhim.
Contohnya, Salman al-Farisiyy yang dahulunya merupakan seorang Majusi penyembah berhala,
kemudian menganut agama Nasrani dan akhirnya memeluk Islam setelah membanding-
bandingkan ajaran antara agama-agama ini.

Malah, di Malaysia, Tuan Haji Ayub Abdul Rahman dan Shah Kirit merupakan antara individu
yang telah memeluk Islam kerana menggunakan kaedah perbandingan agama dalam cuba
memahami kebenaran agama Islam. Di peringkat antarabangsa pula, individu seperti Maryam
Jameelah (1992) dan Muhammad Asad juga merupakan antara mereka yang berjaya menghayati
agama Islam menerusi kaca mata ilmu perbandingan agama.

Secara umumnya, ilmu perbandingan agama ini dapat menjadi alat untuk meneguhkan iman,
meningkatkan amalan dan mendalamkan penghayatan seseorang berkenaan kebenaran Islam.
Contohnya, seseorang itu tidak akan mengetahui nikmatnya kenyang, setelah dia melalui
kepayahan berlapar. Begitulah juga, seseorang itu tidak akan mengetahui nikmatnya kehidupan,
melainkan setelah melalui kematian. Dalam konteks artikel ini, seseorang itu tidak akan
mengetahui nikmatnya kebenaran, hanyalah setelah melihat beberapa pandangan berlainan dalam
agama-agama lain.

Dalam ungkapan Imam al-Isfarayiniyy (wafat 471H) melalui Kitab Al-Tabsir fi Al-Din dan telah
dipegang oleh jumhur ulama Islam dalam ilmu perbandingan agama, beliau mengungkapkan
seperti berikut:

41
‫عرفت الشر ال للشر ولكن لتوقيه ومن لم يعرف الشر يقع فيه‬
Maksudnya: Aku mengetahui kejahatan bukanlah kerana kejahatan itu, tetapi untuk
membendungnya. Barang siapa yang tidak mengetahui kejahatan mungkin terjebak dengannya.
Dalam ungkapan hikmah ini, para ulama Islam mempelajari perkara yang bercanggah dengan
kebenaran untuk mendapatkan pencerahan yang lebih mendalam berkenaan maksud dan hakikat
kebenaran. Malah, dengan mengetahui perkara yang bercanggah dengan kebenaran, seseorang
itu berupaya mengelakkan dirinya daripada terjebak atau terjerumus dalam perkara-perkara yang
diiktiraf sebagai kebatilan dan kejahatan.

SEJARAH AGAMA HINDU


Hinduisme ialah satu agama atau falsafah yang berasal dari benua India dan kawasan sekeliling
yang berhampiran. Agama ini adalah agama tertua yang diketahui di dunia, dan yang tidak
mempunyai pengasas, kitab, atau bandar suci yang utama. Kitab pertama agama ini ialah Veda
dan banyak kitab yang lain juga termuncul.

Dalam zaman silam, Hinduisme dikenali sebagai Arya Dharma dan orang-orang yang menganuti
agama ini dikenali sebagai Arya. Penduduk asal mereka ilah di wilayah Punjab. Tidak ada suatu
pendapat yang muktamad tentang asal usul orang Arya. Golongan cendikiawan dan sejarawan
masih mempertikaikan dan mengemukakan teori-teori yang bercanggah. Sesetengah pendapat
mengatakan bahawa orang Arya berasal dari kawasan Artik, sesetengah mengatakan Asia
Tengah, dan segelintir mengatakan Mediterranean dan sebagainya. Swami Vivekananda
sebaliknya menegaskan bahawa orang Aryan berasal dari benua India dan bukannya satu bangsa
pendatang dari luar India.Walau bagaimanapun, dari Punjab, orang Arya tersebar ke seluruh
India Utara, sehingga kawasan yang mereka menduduki dikenali sebagai Āryāvarta. Mereka
kemudiannya, merentasi banjaran Vindhya dan bersebar ke seluruh India Selatan. Agastya Muni
dianggap sebagai orang yang telah membawa bangsa Āryan ke Selatan.

Istilah Hinduisme merangkumi berbagai-bagai aliran fikiran dan taifah, serta upacara-upacara
amal yang amat berbeza. Banyak penganut Hindu yang dipengaruhi oleh falsafah Advaita
bersembahyang kepada berbagai-bagai dewa, dan menganggap dewa-dewi ini sebagai
penjelmaan-penjelmaan untuk satu Roh Kosmo Monistik yang agung (Brahman), sedangkan

42
banyak penganut yang lain menumpukan kepada satu konsep mufrad untuk Brahman (Tuhan),
umpamanya Vaishnavisme, Saivisme dan Syaktisme.
Hinduisme ialah agama yang ketiga terbesar di dunia, dengan lebih kurang 900 juta penganut
(angka 2005). Kira-kira 890 juta daripada bilangan itu tinggal di India. Agama Hindu merupakan
agama utama di benua India meskipun India dianggap sebagai sebuah negara sekular. Agama
Hindu menjadi agama rasmi negara Nepal. Dengan peredaran masa, dua cabang utama tumbuh
daripada agama Hindu, iaitu agama Buddha dan agama Jaina.

Pengaruh agama Hindu dan agama Buddha telah tersebar ke negara Sri Lanka, Burma, Tibet,
China, Cambodia, Jepun, Korea dan lain-lain negara Asia lain seperti Malaysia dan kepulauan
Indonesia. Malah, pengaruh kebudayaan dan tamadun India juga telah dikenalpasti di Mexico.
Apa yang menarik tentang perkembangan agama Hindu ialah agama ini tidak pernah disebarkan
dengan penaklukan, penjajahan, peperangan atau sebarang bentuk keganasan. Keamanan, kasih
sayang, simpati, kemanusiaan, dan kebajikan merupakan daya tarikan agama Hindu. Ke mana
sahaja orang Hindu pergi, mereka telah memperkayakan dan meningkatkan kebudayaan dan
tamadun tempatan secara semulajadi tanpa sebarang paksaan. Maka, tidak ada keraguan bahawa
India dan agama Hindu merupakan ibu ketamadunan di Timur. Malah, kini telah terbukti bahawa
idea-idea Hindu juga telah mempengaruhi Greek purba, pusat kelahiran tamadun Barat.

KEPERCAYAAN AGAMA HINDU


Antara keyakinan pertama adalah Widhi Tattwa iaitu kepercayaan kepada tuhan yang esa
dalam segala aspek. Hal ini boleh di kaitkan dengan agama islam di mana rukun iman yang
pertama adalah percaya kepada Tuhan iaitu Allah s.w.t. Tuhan dalam konteks agama Hindu
disebut sebagai Brahman. Filsafat tersebut tidak mengakui bahwa dewa-dewi merupakan Tuhan
tersendiri atau makhluk yang menyaingi derajat Tuhan Konsep Widhi Tattwa ini juga
berlandaskan Dharma iaitu ajaran yang menekankan umatnya agar menyakini dan mengakui
kewujudan Tuhan yang Maha Esa. Dalam filsafat Adwaita Wedantadan dalam kitab Weda,
Tuhan diyakini hanya satu namun orang bijaksana menyebutnya dengan berbagai nama.

43
Keyakinan kedua adalah Atma Tattwa dimana maksud Atma Tattwa adalah kepercayaan yang
terdapat dalam jiwa seseorang. Dalam ajaran Hinduisme, makhluk yang hidup merupakan
percikan daripada Tuhan yang di sebut sebagai Atman.
Keyakinan Ketiga adalah Karmaphala. Karmaphala adalah daripada perkataan karma (
perbuatan dan pahala ). Dalam ajaran ini,setiap perbuatan manusia dinilai dari segi pahala dan
juga dosa dimana setiap perbuatan ada baik dan buruknya.

Keyakinan Keempat adalah Punarbhawa. Makna Punarbhawaa dalah kelahiran semula ataupun
reinkarnasi. Kelahiran semula terjadi kerana jiwa harus menanggung dosa dari perbuatan
kehidupan yang terdahulu. Apabila manusia tidak sempat menikmati hasil perbuatannya seumur
hidup, maka mereka diberi kesempatan untuk menikmatinya pada kehidupan selanjutnya. Maka
dari itu, munculah proses reinkarnasi yang bertujuan agar jiwa dapat menikmati hasil
perbuatannya (baik atau buruk) yang belum sempat dinikmati. Proses reinkarnasi diakhiri apabila
seseorang mencapai kesadaran tertinggi (moksa).

Keyakinan Kelima adalah Mokhsa. Mokhsa adalah dimana keadaan jiwa merasa sangat
tenangdan menikmati kebahagiaan yang tidak terikat dengan berbagai nafsu. Pada saat mencapai
keadaan Moksa, jiwa terlepas dari siklus reinkarnasi sehingga jiwa tidak bisa lagi menikmati
suka-duka di dunia. Oleh karena itu, Moksa menjadi tujuan akhir yang ingin dicapai oleh
penganut agama Hindu.

KONSEP KETUHANAN
Agama hindu terdapat empat konsep ketuhanan iaitu henoteisme, panteisme, monoteisme,
politeisme atau ateisme. Di antra keempat- empat konsep ketuhanan ini konsep monoteisme
adalah paling banyak yang di guna pakai kerana mudah di fahami berbanding dengan konsep-
konsep yang lain.

Monoteisme
Dalam agama Hindu pada umumnya, konsep yang dipakai adalah monoteisme. Konsep tersebut
dikenal sebagai filsafat Adwaita Wedanta yang berarti "tak ada duanya". Selayaknya konsep
ketuhanan dalam agama monoteistik lainnya, Adwaita Wedanta menganggap bahawa Tuhan

44
merupakan pusat segala kehidupan di alam semesta, dan dalam agama Hindu, Tuhan dikenal
dengan sebutan Brahman.

Dalam keyakinan agama Hindu, Brahman merupakan sesuatu yang tidak berawal namun juga
tidak berakhir. Brahman merupakan pencipta sekaligus pelebur alam semesta. Brahman berada
di mana-mana dan mengisi seluruh alam semesta. Brahman merupakan asal mula dari segala
sesuatu yang ada di dunia. Segala sesuatu yang ada di alam semesta tunduk kepada Brahman
tanpa kecuali. Dalam konsep tersebut, taraf para dewa disetarakan dengan malaikat dan bukan
untuk dipuja sebagai Tuhan tersendiri, melainkan dipuji atas jasa- jasanya sebagai perantara
Tuhan kepada umatnya.

Falsafah Adwaita Wedanta menganggap tidak ada yang setara dengan Brahman, sebagai
pencipta alam semesta. Dalam keyakinan agama Hindu, Brahman hanya ada satu, tidak ada
duanya, namun orang-orang bijaksana menyebutnya dengan berbagai nama sesuai dengan
sifatnya yang maha kuasa. Nama-nama kebesaran Tuhan kemudian diwujudkan ke dalam
beragam bentuk (Dewa & Dewi) misalnya Wisnu, Brahma, Siwa, Laksmi, Parwati, Saraswati,
dan lain-lain.

Dalam Agama Hindu Dharma (khususnya di Bali), konsep Ida Sang Hyang Widhi Wasa
merupakan suatu bentuk monoteisme asli orang Bali. "Al- Biruni menyimpulkan bahawa pada
mulanya manusia mempunyai kepercayaan monoteisme murni, penuh kebaikan dan menyembah
Tuhan Yang Maha Esa. Namun nafsu jahat telah membawa mereka kepada perbezaan agama,
falsafah dan politik sehingga mereka menyimpang dari monoteisme"
"Monoteisme dalam agama hindu adalah berbeza dengan monoteisme dalam agama Yahudi dan
islam di sebabkan Hindu menekankan ' kesedaran akan kewujudan Tuhan ' sebagai ciri khas
sedangkan yang lain pula pada dasarnya menekankan ' hasrat dan keadilan.'

KITAB SUCI AGAMA HINDU


Dalam agama Hindu ada kepercayaan bahkan agama itu “diwahyukan” melalui “orang-orang
yang melihat” yang disebut Resi. Karena Resi adalah orang-orang yang telah “mendengar”,
pengetahuan tadi lalu sering disebut dengan “sruti”. Apa yang didengar biasanya lalu dijadikan

45
teks-teks, yang adakalanya disebut dengan mantra-mantra yang sangat dipentingkan dalam
melakukan meditasi juga sering dikatakan sebagai “kemampuan menyelamatkan akal pikiran”.
Kitab dalam agama Hindu adalah tulisan keagamaan yang paling tua dan dan paling besar di
dunia.

A. KITAB SRUTI ( WEDA )


Kitab Sruti termasuk kitab utama dari agama Hindu yaitu Weda. Weda mengajarkan ajaran
tertinggi yang diketahui oleh manusia, dan membentuk sumber yang mutlak dalam Agama
Hindu. Kata Veda diambil dari kata “Vid” yang bererti “mengetahui”. Sruti dalam bahasa
sanskrit bererti “apa yang didengar”. Veda ini adalah kebenaran yang abadi dimana pengamat
weda, yang disebut dengan para Resi, yang mendengar wahyu ini ketika mereka melakukan
penetelitian yang mendalam. Weda bukanlah hasil dari pemikiran manusia, tetapi ungkapan apa
yang disedari melalui persepsi intuisi oleh para Resi Weda, yang memiliki kekuatan yang
dianggap berasal dari Tuhan.Kaum Resi menerima wahyu ini atau mendengarnya, dan kemudian
dirakam dalam empat Weda.
Weda-weda tersebut adalah
Rig Weda,
Sama Weda,
Yajur Weda,
dan Atharwa Weda.

Wahyu ini dimunculkan dalam kesadaran para guru, dan pengalaman-pengalaman intuisi-intuisi
mereka, apa yang mereka dengarkan tentang Yang Ilahi dimuat dalam teks empat kitab Weda
tersebut. Wahyu Weda, dan oleh karananya Weda sendiri dirujuk sebagai Sruti atau “yang
didengarkan” ini kemudian ditambah dengan Smriti atau “kenangan” yaitu tradisi. Kehidupan
keagamaan umat Hindu didasarkan pada naskah suci yang disebut Weda Samhita, yang mereka
yakini sebagai ciptaan Brahma. Hanya para resi saja yang mampu menerima isi Weda tersebut.
Isi Weda pada mulanya berbentuk mantra-mantra, kemudian disusun dalam bentuk puji-pujian.
Keempat Kitab Suci Weda Samitha tersebut ialah :

1. Rig Weda

46
Rig weda berasal dari kata “rig” yang berarti memuji. Kitab ini berisi 1000 puji- pujian kepada
para dewa dalam bentuk kidung, dan masing-masing kidung (sukta) terbagi dalam beberapa bait.
Bagian akhir Rig Weda membicarakan perawatan orang mati, pembakaran dan penguburannya.
Menurut umat Hindu, Rig Weda ini sangat penting ,didalamnya terdapat pengertian dan isyarat
akan agama yang monoteistis dengan falsafah yang monistik. Arah monoteisme tersebut muncul
sekitar DewaPrajapati, tuhan Pencipta. Akan tetapi monoteisme disini belum dalam pengertian
yang tajam seperti pengertian monoteisme modern.

2. Sama Weda
Sama Weda merupakan suatu bunga-rampai Rig Weda, dan sangat menekankan pada tanda tanda
irama musik. Tanda-tanda musik ini kemudian memunculkan muzik Karnatik India, musik klasik
India yang asli. Musik Karnatik berhubungan dengan lagu pengabdian pada para dewa dan
didasarkan atas tujuh suara: Sa, Re, Ga, Ma, Pa, Dha dan Ni. Kombinasi dan permutasi dari tujuh
suara ini digunakan untuk menciptakan irama yang dikenal dengan raga. Sama Weda terdiri dari
1.549 bait. Puji-pujian dinyanyikan diikuti dengan irama musik oleh para pendeta yang disebut
udgatar.

3. Yajur weda
Yayur Weda ini tidak hanya memuat mantra-mantra dan persembahan Soma saja, akan tetapi
juga mantra-mantra yang diucapkan dalam beberapa upacara kecil. Yajur weda memiliki
hubungan yang sangat erat dengan Rig weda dan Sama Weda, dan ketiganya sering disebut
dengan “Tri-Wedi”.

4. Atharwa-weda
Para Atharwan adalah golongan pendeta tersendiri. Dalam Weda ini dijumpai lagi kidung-kidung
yang harus diucapkan pada waktu mempersembahkan Soma. Isi Atharwa Weda berupa mantra-
mantra magis dan doa-doa yang bunyi dan artinya sendiri sudah dianggap sudah memiliki
kekuatan.

47
B. KITAB SMRITI
Smriti berarti “Yang diingat”. Kitab Smriti berasal dari Weda dan dianggap berasal dari manusia
bukan dari Tuhan. Smriti ditulis untuk dan menjelaskan Weda, membuat Weda dapat dimengerti
dan lebih berarti bagi manusia pada umumnya. Semua sumber tulisan selain Weda dan Baghavad
Gita secara kolektif disebut dengan Smriti.

1. Dharma Sastra
Tulisan ini menggambarkan tentang peraturan dalam tingkah laku manusia yang benar, kesihatan
peribadi, administrasi sosial, etika dan tanggungjawab moral. Dharma Sastra yang paling
terkenal adalah Manu Smriti atau Kode manu, yang terdiri dari 2.694 stanza dalam 12 bab.
Manu, nenek moyang ke-65 (inkarnasi dariTuhan dalam bentuk manusia) Rama, yang
menggambarkan tingkah laku dasar untuk mengendalikan diri, tidak melukai, penuh kasih dan
dan terikat, yang ditekankan sebagai syarat untuk membentuk masyarakat yang baik. Manu
Smriti, adalah kodhokum untuk hidup dengan benar, yang secara terus menerus mendominasi
kehidupan etika orang Hindu.

2. Nibandha.
Nibandha adalah bacaan, pedoman, dan ensiklopedia hukum Weda yang menyingggung tentang
tingkah laku manusia, pemujaan dan ritual. Nibandha juga membahas tentang topik pemberian
hadiah, tempat perziarahan suci, dan menjaga tubuh manusia.

3. Purana
Purana membentuk sebagian besar kesusteraan Smriti. Purana ini muncul dalam bentuk
pertanyaan dan jawapan, dan menjelaskan ajaran bawah sedar dari Weda melalui cerita dan
legenda dari raja zaman dahulu, pahlawan, dan sifat-sifat kedewaaan. Purana adalah merupakan
alat yang sangat terkenal untuk mengajarkan ajaran keagamaan.

4. Epos (Cerita Kuno).


Dua epos (itihasa) yang paling terkenal dalam agama Hindu adalah Ramayana dan Mahabhrata.
Epos ini adalah cerita yang paling terkenal diantara orang Hindu.

48
c. Kitab Brahmana dan Anyaraka Berbeza dari naskah atau kitab Samhita, kitab Brahmana
disusun oleh para pendeta Brahmana sekitar abad ke-8 SM. Untuk menjelaskan tentang daya
kekuatan korban. Dengan kata lain, kitab tersebut bukanlah kitab puji-pujian kepada para dewa,
tetapi merupakan kitab yang berisi keterangan-keterangan dari para brahmana tentang korban.
Brahmana juga menekankan dan membahas upacara pengorbanan dan teknik yang benar dalam
pelaksanaannya. Termasuk penjelasan dalam menggunakan mantra dalam upacara dan
menimbulkan kekuatan mistik dari pengorbanan itu. Bahagian ini disebut dengan Brahmana
kerana mereka membahas tugas dari para Brahim (pendeta) yang melakukan pada saat upacara
pengorbanan. Pada bagian akhir kitab Brahmana terdapat tambahan, kemudian tambahan inilah
yang disebut sebagai kitab Anyaraka. Kitab ini berisi tentang renungan sekitar masalah korban
sehingga dianggap sakti. Kerana itu mempelajarinya harus ditempat-tempat yang jauh dari
tempat tinggal manusia, yaitu ditengah-tengah hutan, Aranya (hutan). Aranya “kitab yang berasal
dari hutan” iaitu buku yang dihasilkan dengan bermeditasi di hutan yang sepi yang menandai
transisi dari pengorbanan Brahmanikal menuju filsafat dan spekulasi metafizik, yang kemudian
dimuat dalam Upanisad. Aranyaka terdiri dari interpretasi mistik dari mantra dan upacara, yang
disatukan pada saat mengasingkan diri di hutan, yang menimbulkan kedisiplinan. Pengetahuan
yang didapat oleh para asketis ini dianggap sebagai wahyu.

SISTEM KASTA
Sebagaimana diketahui, struktur kemasyarakatan dalam agama Hindu terbagi menjadi beberapa
kasta, yaitu Brahmana, Ksatria, Waisya dan Syudra. Masing-masing dari pembahagian kasta
tersebut antara lain:

a. Kasta Brahmana
Kasta Brahmana terdiri dari golongan pendeta dan pendidik. Golongan ini berkewajipan
mempelajari kitab-kitab Weda dan mengajarkannya kepada kaumnya, bertanggung jawab
memelihara undang-undang dan agama, dan memegang hak mutlak dalam menerima pemberian
korban yang dilakukan oleh kaumnya.

49
b. Kasta Ksatria
Kasta ksatria terdiri atas golongan raja dan tentara/panglima. Orang-orang yang telah
memperkaya akal pikirannya dengan kitab-kitab Weda sangat patut dan layak dijadikan sebagai
pemimpin, raja, tentera, panglima, dan hakim bagi manusia.

c. Kasta Waisya
Kasta waisya terdiri dari golongan pedagang, saudagar, dan petani. Mereka harus mengetahui
undang-undang perniagaan dan peraturan memungut bunga (riba). Seorang waisya harus
mengetahui semua yang berkaitan dengan aktivitas perdagangan dan pertanian, seperti cara-cara
membajak tanah dan menabur benih, dan juga memiliki pengetahuan bagaimana cara
menimbang dan mengukur dalam urusan jual beli.

d. Kasta Sudra
Kasta sudra adalah kastanya golongan para kuli dan hamba sahaya. Golongan ini harus
mematuhi perintah dari golongan Brahmana yang menjadi pemuka agama yang arif dalam
mengajarkan kitab Weda kepadanya. Dengan kepatuhan ini diharapkan ia diberi kebahagiaan
setelah mati dengan suatu penghidupan baru yang lebih tinggi.

Selain keempat kasta di atas, ada lagi golongan yang tingkatannya lebih rendah dari kasta sudra.
Golongan tersebut dinamakan Paria atau golongan paling bawah dalam agama Hindu, sehingga
dianggap sebagai bangsa yang tak berkasta. Oleh karena tidak memiliki kasta, maka mereka
dijauhkan dari pergaulan hidup sehari-hari.

ADAT RESAM DAN DAN KEBUDAYAAN AGAMA HINDU

i. Amalan perkahwinan agama Hindu


Perkahwinan Hindu secara tradisionalnya dilaksanakan sekurang-kurang sebahagiannya dalam
bahasa Sanskrit, bahasa paling suci bagi semua upacara Hindu. Bahasa tempatan orang yang
terbabit juga digunakan kerana kebanyakan orang India tidak memahami bahasa Sanskrit.
Agama Hindu memiliki banyak upacara yang berubah disebabkan masa tradisi dan perbezaan

50
dalam banyak cara dari perkahwinan moden barat dan juga perbezaan kawasan, keluarga, dan
kasta. Agama Hindu mementingkan perkahwinan dan upacara ini biasanya bewarna-warni dan
memakan masa selama beberapa hari. Rumah peserta juga turut dihiasi dengan belon dan hiasan
yang lain.

Upacara sebelum perkahwinan termasuk pertunangan (termasuk vagdana atau perjanjian lisan
dan lagna-patra pengiiharan bertulis), dan ketibaan pihak pengantin lelaki ke tempat tinggal
pengantin perempuan, sering kali dalam bentuk perarakan rasmi. Upacara selepas perkahwinan
termasuk mengalu-alukan pengantin perempuan ke rumah barunya.

Sungguhpun Hindu moden kebanyakannya berasaskan bentuk puja bagi pemujaan dewa seperti
ditasbiahkan dalam Purana, upacara perkahwinan Hindu pada asasnya adalah Vedic yajna
(persembahan api), dari mana dewa Aryan diseru dalam gaya Indo-Aryan. ia memiliki adal
mendalam dalam upacara silam bagi mengikat ikatan persahabatan/perikatan (malah antara orang
sama jantina atau berlainan spesies dalam konteks mithologi), sungguhpun hari ini, ia hanya
kekal dalam konteks perkahwinan. Saksi utama perkahwinan Hindu adalah dewa api (atau Api
Suci) Agni. Menurut perundangan dan tradisi tiada perkahwinan Hindu dianggap sempurna
kecuali kehadiran Api Suci tujuh keliling dilakukan oleh kedua pengantin bersama-sama. (Dalam
kebanyakan perkahwinan Hindu Selatan India ini tidak diperlukan.)

ii. Perayaan masyarakat Hindu


Perayaan Deepavali atau Diwali ialah suatu perayaan dalam kalangan penganut agama Hindu
menandakan kemenangan oleh kuasa kebaikan terhadap kuasa kejahatan, secara simboliknya
ditujukan dalam erti cahaya yang menerangi kegelapan. Maksud tersiratnya ialah menyemai
nilai-nilai positif dalam diri kita untuk menjadi individu yang lebih baik dengan mengatasi nilai-
nilai negatif dalam diri kita untuk perkembangan rohani.

Hari Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di
seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa
Subramaniam

51
Thaipusam dirayakan pada bulan 'Thai' bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada hari
Thaipusam, bulan penuh melintasi bintang terang, Pusam dalam zodiak Cancer.
Hari Thaiponggal merupakan perayaan semasa musim menuai yang diraikan secara meluas oleh
masyarakat etnik Tamil di negeri Tamil Nadu, Sri Lanka, Malaysia, Singapura, South Africa,
USA, United Kingdom, France, Seychelles, Australia, Kanada dan di tempat yang mempunyai
ramai etnik Tamil. Ponggal juga dikenali sebagai Makara Sankranthi yang disambut diseluruh
India. Pongal dalam bahasa Tamil bererti "melimpah-ruah." Susu lembu yang melimpah apabila
dipanaskan dalam periuk belanga tanah liat melambangkan kekayaan yang melimpah ruah.
Thaiponggal, dirayakan ketika masa menuai, secara tradisi bertujuan berterima kasih kepada
Dewa Matahari (Suryabagawan) dan ternakan ladang yang membantu menghasilkan kekayaan
harta benda

iii. Makanan tradisional agama Hindu


Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai,
dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai
cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia
terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di
restoran india. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai atau makan
malam.Tosai amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk sampingan. Contohnya, sambar,sambal dari buah-
buahan,acar india,kari ayam atau daging kambing dan lain-lain. Di dalam tosai ,ia diisi dengan
kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.

Murukku adalah makanan tradisional kaum India. Murukku telah mengambil tempat di hati
semua masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Murukku adalah makanan ringan yang sedap,
rangup dan senang dibuat dan murah kosnya. Murukku diperbuat daripada tepung kacang tosai/
Urad dhal dan tepung beras dan perasanya bergantung kepada penggemar seperti yang asli atau
yang pedas menggunakan serbuk cili. Murukku biasanya berbentuk bulatan atau berbentuk halus.

52
Murukku dibuat daripada acuan khas seperti cara menekan tepung yang telah uli atau cara
pemutaran.

Vadai merupakan sejenis makanan tradisional kaum India. Terdapat dua jenis vadai iaitu
paruppu vadai dan ulunthu vadai. Paruppu vadai diperbuat daripada kacang dal, hirisan cili hijau,
daun kari, dan bawang merah. Ulunthu vadai pula diperbuat daripada tebung beras dan berbentuk
roda dan berlubang di tengah. Ulunthu vadai biasanya dimakan sekali dengan chutney. Vadai
perlu digoreng dengan minyak yang banyak.

MITOS AGAMA HINDU

1. Hindu adalah pemuja berhala.


Pemujaan hindu merupakan peringatan kepada Tuhan. Tiada penganut Hindu akan mengatakan
bahawa mereka memuja berhala. Sebaliknya, penganut Hindu mempercayai perwakilan fizikal
Tuhan melalui bentuk berhala bagi membantu mereka untuk fokus kepada beberapa aspek
sembahyang ataupun meditasi. Sebagai contoh, seseorang yang baru sahaja membuka perniagaan
yang baru berkemungkinan akan menyembah Ganesh, dewa gajah yang mewakili kejayaan.

2. Hindu menyembah lembu.


Para penganut Hindu tidak bersembahyang kepada lembu, tetapi tidak dinafikan bahawa mereka
melihat semua ciptaan dan semua kehidupan sebagai sesuatu hal yang suci. Penganut Hindu
mempercayai bahawa setiap kehidupan di dunia mempunyai roh yang tersendiri. Dan ini benar,
bahawa lembu diletakkan di posisi yang istimewa di dalam masyarakat Hindu. Inilah sebabnya
kenapa penganut Hindu mengelak daripada makan dagingnya. Lembu dilihat sebagai makhluk
yang lembut, perwakilan keibuan yang menyediakan susu dan pelbagai bentuk rezeki yang lain.
Mereka dihormati kerana nilai-nilai yang wujud pada mereka.

3. Semua penganut Hindu adalah vegetarian.


Majoriti penganut Hindu merupakan pemakan daging. Ianya berpunca dari kepercayaan asas
terhadap Ahimsa, prinsip anti-keganasan. Disebabkan kesemua kehidupan di dunia merupakan

53
manifestasi Tuhan, keganasan terhadap mereka dikirakan bercanggah kepada stabiliti alam yang
semula jadi sifatnya.

4. Wanita
Hindu yang meletakkan „titik merah‟ di dahi mereka telah berkahwin.
Selalunya begitu. Titik merah pada suatu masa merupakan simbol perkahwinan bagi wanita
Hindu. Kini, titik tersebut ataupun Bindi panggilannya, hanya sekadar hiasan. Wanita tua dan
muda – berkahwin ataupun tidak – memakai bindi yang terdiri daripada pelbagai warna sebagai
kenyataan fesyen. Manakala Tilak, yang juga penanda di dahi, mempunyai kepentingan dari segi
agama. Ianya secara umum diperbuat daripada pes gaharu, abu ataupun kunyit merah dan ianya
boleh sahaja diletak dalam bentuk garisan ataupun satu titik.

ETIKA DAN NILAI AGAMA HINDU


Masyarakat India menitikberatkan perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai
kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya
keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda. Sistem keluarga dalam masyarakat
India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma, iaitu tahap yang harus dilalui oleh
manusia dan purusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan seperti aram
dharma, porul artha, inbam karma dan vidul moksha.

Aram dharma diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral
dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini. Selain itu, porul artha ialah
kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan mengumpul
kekayaan melalui cara yang halal. Seterusnya, inbam kama iaitu orang yang mengumpulkan
kekayaan secara halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika.
Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan dan pakaian ahli keluarga. Tambahan pula,
vidul moksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat
kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. Mereka
melakukan kerja amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama.

54
Secara keseluruhannya, agama Hindu menitikberatkan kehidupan yang lebih baik berbanding
kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak melakukan
kerosakan terhadapa makhluk yang lain sama ada manusia atau haiwan. Sekiranya mereka
mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula dengan
mempunyai darjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu
bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya sebaliknya mereka akan dilahirkan dengan darjat
yang rendah. Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan rohnya daripada
kelahiran semula dengan melakukan kebaikan.

ACARA IBADAH KHAS DAN UMUM


Pemuka agama Hindu adalah Wasi. Sedangkan tempat ibadah umat Hindu adalah Pura. Hari
besar agama Hindu disebut Nyepi. Saat Nyepi, umat Hindu berada di dalam rumah dan merfleksi
hidupnya, agar mereka dapat hidup lebih baik. Dasar dari ajaran agama hindu berasal dari kitab
suci Weda, yang merupakan kitab suci agama Hindu. Para umat penganut Hindu selalu
memegang teguh jaran-ajaran yang berasal dari kitab suci Weda.

Dalam ajaran Hindu, ada bermacam-macam ibadah yang dilakukan diantaranya:


1. Trisandhya
Trisandhya adalah pemujaan yang wajib dikerjakan oleh seluruh umat Hindu, tiga kali sehari
(Trisandhya), yaitu Pratah Sandhya, pagi hari menjelang matahari terbit, Madyama Sandhya, di
siang tengah hari dan Pascima Sandhya, saat Maghrib.

2. Suryasewana
Disamping Trisandhya, bagi pemimpin agama, pendeta dan tokoh spiritual yang lain ada
kewajiban melakukan Suryasewana, yaitu pemujaan kepada tuhan sebagai super power, yang
memiliki kemampuan tidak terbatas dalam memancarkan sergi lewat sumber energi yang kita
kenal sebagai matahari (Aditya).

55
3. Bertapa
Dalam ajaran Hindu yang berhubungan dengan kehidupan, manusia melakukan pertapaan untuk
mengawal tenaga dalam dalam dirinya. Dalam hal ini perapaan digunakan sebagai cara
memusatkan tenaga dalam diri untuk kembali kepada Tuhan (moksa). Bagaimanapun, untuk
mencapai tiga tahapan moksa (terserap ke dalam kesedaran Tuhan dengan meninggalkan badan
jasad, terserap ke dalam kesadaran tuhan dengan meninggalkan abu jasmani, dan terserap ke
dalam kesedaran Tuhan dengan tanpa meninggalkan apa-apa) memerlukan tenaga yang besar.
Apalagi untuk mencapai jiwa ketuhanan (jiwa sedar dalam kesedaran Tuhan), hal ini
memerlukan aliran imbang tenaga dalam tubuh dengan tenaga alam semesta sehingga wujud diri
dapat selalu dipertahankan.

4. Sembahyang
Perbuatan keagamaan yang bermaksud mendekati diri dengan tuhan

5. Tirhtayatra (mengunjungi tempat-tempat suci)


Tirthayatra berasal dari bahasa Sanskerta, yakni terdiri dari kata “Tirtha” yang berarti air atau
sungai suci dan “Yatra” yang berarti perjalanan suci.. Dengan demikian, tirthayatra berarti suatu
perjalanan suci untuk memperoleh air suci. Air suci tersebut diyakini sebagai salah satu media
yang digunakan Tuhan ataupun leluhur dalam memberikan anugrah

56
AGAMA BUDHA

PENGENALAN
Agama Buddha adalah agama dan falsafah yang berasaskan ajaran Buddha Sakyamuni(siddharta
Gautama) yang lahir pada kurun yang kelima sebelum masihi.Agama Buddha ini tersebar ke
tengah ,tenggara,timur Asia,Korea,China,dan juga Jepun selepas sahaja kewafatan baginda dan
kesebaran agama Buddha ini selama dua ribu tahun yang lalu.Agama Buddha merupakan agama
yang kedua terbesar di Malaysia,majoriti penganut Buddha di Malayasia terdiri daripada etnik
kaum cina yang berpegang kepada mazhab Buddha Mahayana manakala ada juga yang
mengunakan Buddha Theravada terutamanya bagi komuniti Thai yang kebanyakkan di utara
semenajung Malaysia. Agama Buddha ini mempunyai tiga aliran utama seperti Theravada
,Mahayana dan Vajrayana.

KEPERCAYAAN AGAMA BUDDHA

Pada asalnya terbahagi kepada dua iaitu Theravada dan Mahayana

Bagi aliran Theravada bersifat ortodoks yang hanya menganggap Buddha sebagai satu-satunya
sumber penyembahan ,tiada Buddha lain walaupun apa jua bentuk sekali pun.Theravada adalah
mempunya matlamat utama iaitu pencapaian melalui “lapan jalan mulia”atau juga dikenali
sebagai “jalan kesedaran”,hal ini boleh dikatakan seseorang itu bebas dari kitaran kesengsaraan
dan kelahiran semula.Aliran ini selalunya diamalkan di Seri Langka dan Asia Tenggara

Bagi aliran Mahayana pula,mengangggap, Buddha sebagai figur yang universal yang membawa
maksud :kalau Buddha boleh mungcul pada masa-masa silam ,demikiannya dia boleh mungcul
pada bila-bila masa seperti Amitabha dan kuan yin adalah perjemaan Buddha mengikut mazhab
Mahayana .Aliran Mahayana mengilhamkan pencapaian keBuddhaan melalui bodhisattva iaitu
satu tahap dimana seseorang itu terus berada di kitaran kelahiran semula untuk membantu
manusia lain mencapai kesedaran.

Bagi aliran Vajrayana ,sebuah ajaran yang berunsurkan siddha India mungkin boleh dilihat
sebagai satu aliran baru atau sebahagian daripada aliran Mahayana .Seorang yang beragama

57
Buddha iailah seorang yang memahami kebenaran alam semester melalui pelajaranya yang lama
sampai bertahun-tahun, pengamalan agama dengan penyesiatan pada masanya dan pertapaan
yang dikenali sebagai Bodhi atau “kesedaran”

Pengasas bagi agama Buddhisme adalah Sakyamuni Buddha.Beliau banyak mewujudkan ajaran
dan memudahkan penyebaran Buddhisme.Mengikut agama Buddha sesiapa yang dapat
mempelajari dan juga memahami alam semester nyata yang sebenar seperti Buddha dengan
menurut kata-kata Dharma yang dikenali sebagai Buddha sangha dan mempraktikan dengan
mengamalkan dalam kehidupan yang bermoral dan pemikiran yang suci .

Tujuan seseorang itu penganut Buddha adalah untuk menyelamatkan diri daripada kesengseraan
dalam kehidupan manusia.Untuk mengecapi matlamat ini,penganut Budha harus menyucikan
dan melatih minda sendiri dengan mengamalkan ajaran “lapan jalan mulia” ataupun “jalan
kesederhanaa”supaya memahami kenyataan.

Kandungan khutbah benares ada tiga perkara yang disampaikan oleh Siddharta yang merupakan
asas-asas agama Budha iaitu

“jalan tengah diantara dua keadaan yang ekstrim,”iaitu Jalan tengah yang dimaksudkan oleh
agama Buddha adalah cara terbaik untuk mengatasi dua situasi yang ekstrim.kehidupan yang
mengikut kehendak nafsu di satu sisi merupakan keadaan yang ekstrim dan penyeksaan diri serta
menafikan keperluan jasad adalah satu etsrim, Menurut kepercayaan Buddha kedua -dua keadaan
ini harus dihindari dan menjalani kehidupan berdasarkan pengetahuan kerana akan membawa
kepada ketenangan dan kearifan.

Asas-asas agama Buddha yang kedua “lapan jalan mulia” adalah untuk mengatasi penderitaan
seperti pemahaman yang benar, pemikiran yang benar,ucapan yang benar,kelakuan yang
benar,cara hidup yang benar, usaha yang benar,fikiran yang benar dan meditasi yang benar.

manakala yang ketiga adalah “empat kebenaran yang agung” hakikat penderitaan seperti sakit
adalah penderitaan,berpisah dengan sesuatu dikasihi adalah penderitaan dan banyak lagi.Selain

58
itu,kebenaran mengenai asal usul penderitaan yang berpunca daripada nafsu manusia yang
mahukan kepuasan dengan percaya bahawa selagi manusia melayan nafsunya selagi itu lah
membawa penderitaan.Seterusya adalah kebenaran mengenai pelenyapan penderitaan
,menganggap punca penderitaan haruslah dibuang dan akhir sekali kebenaran mengenai cara atau
jalan melenyapkan penderitaan itu hendaklah melalui jalan lapan mulia.

Kepercayaan Agama Buddha


A. Kepercayaan yang betul
Kepercayaan yang betul bermaksud kepercayaan, keyakinan dan tetap pendirian terhadap sesuatu
perkara. Pnganut agam buddha hendaklah memastikan bahaea yang mereka anuti
adalah betul dan tepat dengan ajaran Gautama buddha. Mereka juga mesti memastikan bahawa
kepercayaan mereka tidak dipengaruhi oleh sebarang bentuk penyelewengan.

B. Kepercayaaan kepada tuhan


Kepercayaan kepada tuhan dalam buddha tidak jelas. Ia lebih bergantung kepada kepercayaan
seseorang penganut. Sekiranya seorang penganut mempercayaai bahawa tuhan itu ada dan
berupaya mendatangkan bukti-bukti tentang kewujudannya, maka beliau boleh berpegang
dengan kepercayaan tersebut, tetapi beliau tidak boleh memaksa orang lain untuk bersama-sama
mempercayainya. Sebagai contoh, masyarakat yang menganut fahaman animisme beranggapan
bahawa pusu atau pokok besar mempunyai keramat tertentu yang menyebabkan sesiapa yang
lalu berhampiran dengannya akan ditimpa benca seperti demam meracau dan sebagainnya. Bagi
penganut buddha, kepercayaan animisme boleh di terima sekiranya ada bukti–bukti yang kukuh
bahawa perkara tersebut benar-benar berlaku.

C. Kepercayaan kepada nabi


Bagi penganut buddha, Ghutama Buddha bukanla seoran nabi, bahkan beliau dianggap sebagai
pengasas pencarian alam yang sejatti dan pembawa ajaran agama. Beliau tidak dianggap nabi
kerana tidak mnerima wahyu daripada tuhan dan tidak percaya kepada kewujudan tuhan,
sebalikny beliau memperolehi pencerahan melalui usahanya yang tidak menegenal rasa jemu
dalam mencari rahsia alam dan kemudian menyebarkannya kepada penganutnya. untuk
memutuskan dakwaan yang mana lebih tepat, ia mememrlukan kepada perincian maksud

59
perkataaa buddha sebagaimana yang dikemukan oleh para pengkaji agama. Perkataan buddha
secara etimologi mempunyai kaitan dengan perkataan dudhi dalam bahasa sanskrit dan pali yang
bermaksud kepintaran dan kefahaman dimana orang-orang india menggunakannya sebagai
gelaran yang mulia untuk mereka memperolehi kesedaran atau ilham. Hakikatnya ilham
merupakan salah atu daripada para nabi menerima wahyu. Akan tetapi, terdapat perbezaan yang
ketara dari sudut cara penerimaan ilham di mana para nabi menerimanya melalui usaha gigih
perantaraaan wahyu sedangkan Gautama buddha memperolehnya melalui usaha gigih yang
dilakukan oleh beliau sendiri. Perkataan nabi juga membawa maksud pembimbingatau guru.
Pengertian ini sesuai disandarkan kepada Gautama Buddha berdasarkan pengiktirafan penganut
buddha terhadap kedudukan beliau sebagai guru dan pembimbing yang mengajar semua jalan-
jalan untuk membebaskan diri dari belenggu kejahilan.

1) Rutin Harian Pendeta Buddha


Buddha menjalankan tugasNya dengan sistematik mengikut rancangan yang telah disediakan.
Sepanjang hari Buddha menyempurnakan tugas-tugas agama kecuali masa-masa tertentu
digunakan untuk memenuhi keperluan fizikalnya. Buddha juga mengkhutbahkan Ajaranya pada
masa-masa tertentu, perhatianNya lebih kepada meningkatkan moral orang ramai. Buddha sudah
mencapai Pencerahan dan usaha-usahaNya adalah untuk membolehkan orang mencapai
Pencerahan juga. Masa sehariNya dibahagikan kepada 5 bahagian sebelum tengah hari, tengah
hari, Kala Pertama (First Watch) Kala Tengah (The Middle Watch) dan Kala Akhir (Last
Watch).

Sessi Sebelum Tengah Hari (4.00 pagi – 12.00 tengah hari)


Setelah bangun dari tidur pada pukul empat pagi Buddha duduk bersamadhi/bertafakur selama
satu jam. Melalui mata hati (Divine Eye) Buddha melihat siapa yang memerlukan
pertolonganNya. Sekiranya terdapat orang yang memerlukan pertolonganNya Buddha akan pergi
menolong mereka tanpa dijemput dan dalam keadaan tertentu Buddha hanya menggunakan
kuasa sakti untuk memandu mereka ke jalan yang benar. Pada pukul enam pagi, Buddha dengan
mangkukNya pergi menerima dana makanan (pindapatta) di bandar yang berdekatan. Adakala
orang menjemputNya makan tengah hari, Buddha pergi ke tempat jemputan. Buddha
menghabiskan makananNya sebelum tengah hari. Selepas makan tengah hari, Buddha

60
mengadakan pengkhutbahan ringkas kepada penganut-penganutNya, Buddha menyentuh tentang
Tiga Permata dan Lima Peraturan (Panca Sila). Sekiranya pendengar itu sudah matang dalam
Ajaran Buddha, Buddha akan menerangkan mengenai Jalan Kesucian. Jika ada yang ingin
menganut Agama Buddha, Buddha menganutinya.

Sessi Tengah hari (12.00 tengah hari – 6.00 petang)


Buddha berhadapan dengan Bhikku-Bhikku, sama ada memberi ceramah mengenai Dhamma
atau dijadikan sesi soal-jawab jika mereka mempunyai pertanyaan atau masalah. Buddha juga
menerangkan kepada mereka tentang meditasi/samadhi/tafakur. Setelah itu Buddha pergi ke
bilikNya melakukan meditasi dan melalui Mata HatiNya, Buddha melihat sekeliling sama ada
ada atau tidak yang perlu ditolongNya. Jika terdapat orang memerlukan bantuanNya, Buddha
akan pergi, jika tidak Buddha akan memberi ceramah Dhamma kepada penganut-penganutNya
yang sentiasa ada menungguNya di dewan, di Vihara, untuk mendengar ceramahNya. Cara
pengajaran Dhamma Buddha adalah setiap yang mengikutinya seolah-olah
mendapat pengajaran yang berasingan berdasarkan peringkat pendedahan yang sudah ada pada
mereka.

Kala Pertama (The First Watch) (6.00 petang– 10.00 malam)


Dalam jangka waktu ini khas untuk Bhikku menemui Buddha untuk mengemukakan apa-apa
keliruan atau tidak faham akan sesuatu Ajaran atau ceramah yang telah diikuti mereka dan
mendengar Dhamma daripada Buddha.

Kala Tengah (The Middle Watch) (10.00 malam– 2.00 pagi)


Tempoh masa ini untuk makhluk-makhluk halus seperti Dewa-dewa, brahmin menemui Buddha
dan menanyakan soalan-soalan mengenai Dhamma. Pertanyaan dan jawapan dicatatkan dalam
Samyutta Nikaya.

Kala Akhir (The Last Watch) (2.00am – 4.00am)


Dari pukul dua pagi hingga tiga pagi Buddha berjalan ke sana ke mari untuk membuat latihan
fizikal (Cankamana). Dari pukul tiga hingga empat pagi, Buddha tidur dengan berbaring sebelah
kanan badanNya. Dari pukul empat hingga lima pagi Buddha menikmati Kesyukuran Nibbana.

61
Dari pukul lima hingga enam pagi Buddha melakukan meditasi Cinta-kasih Kepada Semua
Makhluk (Loving-kindness Meditation).

UPACARAAN KEAGAMAAN
Dalam upacaraan agama Buddha ada tiga objek utama yang sangat signifikan iaitu “triple
Gem”(Tiga permata ) , Buddha dharma(ajaran Buddha) dan Sangha (komuniti Buddha yang
berpegang dengan ajaranya).Upacaraan agama akan dilakukan di tokong Buddha ataupun
dirumah iaitu bermula dengan menyembah patung Buddha serta membaca mentera supaya
memohon perlindungan .

UPACARAAN PERIBADATAN
Beberapa peralatan yang perlu digunakan semasa upacaraan ibadat Buddha iailah menggunakan
loceng iaitu dibunyikan Ketika memulakan kebaktian dan juga mengiringi kelajuan suara
permujaan oleh sami di tokong. Selain itu juga,tasbih juga digunakan oleh seseorang sami dalam
bermeditasi dan pengucapan puji-pujian ke atas Buddha.Tasbih juga melambangkan keterkaitan
semua makhluk dengan alam semesta menurut pandangan Buddha.Seterusnya adalah patung
Buddha yang dijadikan objek penumpuan konsentrasi dalam penyembahan walaupun penganut
Buddha menafikan yang mereka tidak menyembahnya.Kemudiannya peralatan seterusnya adalah
bunga hidup yang melambangkan atau mengingatkan bahawa tiada satu pun yang kekal
sepertimana kita tahu semasa bunga dipetik kelihatan sangat segar tetapi selepas beberapa jam
bunga menjadi layu dan longlai.Seterusya adalah colok yang memberi aroma yang segar kepada
pengunjung vihara (kuil)dan akhir sekali dalam upacaraan ibadat Buddha mengunakan lilin yang
melambangkan kebijaksanaan.

CARA IBADAT AGAMA BUDDHA


Penganut agama Buddha mempunyai kitab suci yang bernama Tripika bagi mazhab theravada.
Tripika ialah istilah yang digunakan oleh berbagai sekte Buddhis untuk mengambarkan naskah
kanon.Di dalam Tripika ini mengandungi tiga “keranjang” atau dipanggil tiga “kelompok” yang
berbeza pengajaranya iaitu SutraPitaka,Vinaya Pitaka dan Abhidharma Pitaka.Manakala kitab
suci mazhab Mahayana iaitu aagama .Didalam aagama terbahagi kepada prajna-paramita
sutra,Avatamsaka sutra,Lotus sutra,Virmalqkirti Sutra dan juga Nirvana sutra Penganut agama

62
Buddha akan berdoa setiap hari dalam kehidupanya tidak kira malam mahupun siang. Doa pula
boleh dibuat secara sederhana ataupun lengkap untuk mendekatkankan diri dan mengikat jodoh
lagi dengan para Buddha dan Bodhisattva.Doa yang dilakukan dengan penuh sujud dan tulus
dapat membuka pintu hati menerima berkah dan kegaiban yang dilimpahkanya sehingga apa pun
yang terjadi dengan tangan lima jari untuk memohon. Doa seharian secara sederhana (1 batang
colok)
1. Bersihkan diri
2. Nyalakan colok kemudian berlutut didepan altar atau menghadap langit
3. Ucapkan nama bhudaya,nama dhamaya,nama sanghaya,nama omitoufo
4. Memberi tanda hormat sebanyak 3kali serta turut mengundang yang dimuliakan kemudian
Menyebut nama (dengan sembah dan sujud saya mengundang kehadiran yang…..untuk hadir
disini)
5. Baca yang dimuliakan….nama sanghyang adibudhaya/nama satyabudhi dhramapala
bhodisatva/nama avalokistevara bhodisatva sebanyak 3 kali sambil memberi hormat
6. membangkitkan 5 tekad:aku bertekad menjalankan kewajiban dengan sebaik-baiknya,
7. aku bertekad menjadi manusia bergu, aku bertekad tidak berbuat jahat dan bodoh lagi,
8. aku bertekad membahagiakan orang-orang yang kukenal,aku bertekad dengan segenap jiwa
dan raga terlahir di tanah suci surga sukhavati
9. Doa pribadi
10. Tancapkan colok 1 per satu (sambil ucapkan semoga terjad kehendaknya)
11. Berdiri ucapkan sabhe shata bhavatu shukiata sebanyak 3 kali
12. Ucapkan sadhu 3kali setiap selesai sembahyang

Doa kepada tyme (3 batang colok)


1. Bersihkan diri
2. Nyalakan colok dan berlutut atau menghadap langit
3. Ucapkan nama bhudaya,nama dhamaya,nama sanghaya,nama omitoufo
4. Kemudian memberi kehormatan 3 kali ke langit “nama sanghyang adibudhaya" (3kali)
5. membangkitkan 5 tekad:aku bertekad menjalankan kewajiban dengan sebaik-baiknya, aku
bertekad menjadi manusia berguna, aku bertekad tidak berbuat jahat dan bodoh lagi, aku

63
bertekad membahagiakan orang-orang yang kukenal,aku bertekad dengan segenap jiwa dan raga
terlahir di tanah suci surga sukhavati
6. Doa pribadi…….
7. Tancapkan colok 1 per satu (sambil ucapkan semoga terjadilah kehendaknya)
8. berdiri ucapkan sabhe shata bhavatu shukiata sebanyak 3kali

UPACARAAN PERAYAAN
Perayaan hari Wesak adalah hari kelahiran Buddha dimana pada hari tersebut Buddha mendapat
“ilham atau penerangan” .Wesak ini dirayakan pada bulan mei iaitu waktu terang bulan
(purnama sidhi) .Dimalaysia hari Wesak adalah hari kelepasan umum dan menganut Buddha
akan merayakan dengan mengadakan perarakan kereta berhias membawa lampu dan lilin sebagai
persembahan kepada tuhan mereka.Selain itu penganut Buddha akan memberi makan dan juga
membahagi-bahagikan derma kepada orang yang kurang bernasib baik seperti miskin,cacat dan
melepaskan burung merpati .Hari wesak juga adalah hari peringatan tentang kematian Gautama
buddha .Selain itu wesak juga dikenali sebagai Visakah puja ataupun Buddha Purmina di India
dan Singapura.

MITOS DALAM AGAMA BUDDHA


Mitos adalah cerita suatu bangsa tentang dewa dan pahlawan zaman dahulu, mengandung
penafsiran tentang asal-usul semesta alam, manusia, dan bangsa tersebut mengandung arti
mendalam yang diungkapkan dengan cara gaib.

1.Agama Buddha itu menyembah patung (berhala)


Berhala adalah patung dewa atau sesuatu yang didewakan yang disembah dan dipuja.
Umat Buddha menggunakan rupang/patung Buddha bukan sebagai sarana pemujaan atau pun
penyembahan, melainkan sebagai simbol penghormatan dan perenungan akan sifat-sifat luhur
serta ajaran Buddha. Meskipun demikian, hal tersebut dicederai dengan banyaknya diantara umat
Buddha yang berdoa dengan meminta-meminta kepada patung Buddha.

2. Naga dalam agama Buddha merupakan salah sejenis makhluk yang terpenting dalam
mitos Cina.

64
Naga dianggap sebagai makhluk yang paling berkuasa dan kedewaan, dan dipercayai sebagai
pengawal segala perairan. Naga melambangkan kuasa besar yang sentiasa mendukung perwira
dan dewa-dewi. Antara naga-naga terkenal dalam mitos Cina ialah Yinglong ("Naga Pembalas")
yang dikatakan sebagai dewa hujan. Ramai yang memuja Yinglong di merata tempat untuk
menerima hujan. Dalam mitos Cina, naga dipercayai mampu membentuk awan dengan nafasnya.
Adakalanya, Bangsa Cina menggunakan istilah "Keturunan Naga" sebagai lambang identiti etnik
mereka.

3. Agama Buddha dianggap mistik karena mereka yang telah melihat penganut agama Buddha
meletakkan di wihara-wihara menemukan banyak buah, bunga, air, dupa (hio) dan lilin. Mereka
beranggapan bahwa itu persembahan untuk Buddha. Semua yang ada di altar Buddha bukanlah
persembahan, karena itu bukan dipersembahkan, melainkan hanya tradisi sebagai lambang
renungan untuk umat Buddha. Agama Buddha berkembang dengan menyesuaikan tradisi
masing-masing .

Maksud bagi yang ada di altar antaranya:


Buah melambangkan rasa manis dari ajaran Buddha
Bunga melambangkan ketidak kekalan. Setelah beberapa hari, bunga akan menjadi layu.
Sehingga bermanfaat menjadi perenungan untuk kita bahwa akan mengalami proses tua, sakit
dan meninggal.
Air melambangkan kesucian dan penyesuaian diri mengikuti keadaan
Harumnya dupa (hio) melambangkan harumnya kebaikan orang akan tersebar ke segala
penjuru.

PANDANGAN ISLAM BERKAITAN AGAMA BUDDHA


BUDDHA BUKANLAH TUHAN MAHAKUASA
Pendiri agama Buddha, Shakyamuni, adalah seorang pangeran di Kapilawastu, sebuah kerajaan
negara kecil yang, saat ini, terletak di daerah perbatasan India utara dan Nepal, 2500 tahun yang
lalu. Setelah menyaksikan duka raga dan jiwa dari para kawulanya, Shakyamuni meninggalkan
kehidupan bangsawannya dan menjalani waktu bertahun-tahun dengan meditasi untuk mencari
cara bagi semua makhluk supaya bebas dari masalah mereka dan mencapai kebahagiaan abadi.

65
Sebagai hasil dari welas asihnya yang kuat terhadap orang lain dan pemahamannya yang
mendalam, ia mampu mengatasi segala kekurangan, keterbatasan, dan masalahnya, serta
mewujudkan semua kemampuannya sehingga ia menjadi seorang Buddha. Buddha bukanlah
Tuhan yang Mahakuasa, tapi secara harfiah berarti seseorang yang “sepenuhnya bangun”
sehingga ia mampu menjadi bantuan sepenuhnya bagi orang lain. Shakyamuni Buddha kemudian
menjalani sisa kehidupannya dengan mengajar orang lain cara-cara untuk bangun yang telah ia
alami sehingga mereka sendiri bisa menjadi Buddha yang sepenuhnya tercerahkan.

PENDAPAT CENDEKIAWAN TERHADAP BUDDHA DI DALAM QURAN


Seorang cendekiawan di pertengahan abad ke-20, Hamid Abdul Qadir, dalam karyanya Buddha
yang Agung: Kehidupan dan Filsafatnya (Arab: Budha al-Akbar Hayatoh wa Falsaftoh),
mendalilkan bahwa Nabi Dhu‟l-Kifl, yang berarti “seseorang dari Kifl”, disebutkan dua kali
dalam Quran (Al-Anbiya' 8 dan Sad 48) sebagai sosok yang sabar dan baik, yang mengacu pada
Shakyamuni Buddha. Meskipun sebagian besar cendekiawan mengenali Dhu'l-Kifl sebagai Nabi
Ezekiel, Qadir menjelaskan bahwa “Kifl” adalah bahasa Arab dari Kapila, kependekan
Kapilawastu. Ia juga menyatakan bahwa penyebutan Quran tentang pohon ara (fig) (At-Tin 1-5)
juga mengacu pada Buddha, mengingat ia mencapai pencerahan di kaki pohon itu. Sebagian
cendekiawan menerima teori ini dan, sebagai dukungan terhadapnya, menyebutkan bahwa
sejarawan Muslim Persia abad ke-11 yang mengkaji sejarah India, al-Biruni, mengacu Buddha
sebagai seorang nabi. Cendekiawan yang lain menolak bukti ini dan menjelaskan, al-Biruni
hanya menggambarkan bahwa orang-orang di India menganggap Buddha sebagai seorang nabi.
Buddha terbina berdasarkan pelbagai konsep dan doktrin yang mempunyai sifat eksklusif dan
inklusif yang tersendiri. Keadilan pada sudut pandang Islam tidak sekadar merangkumi
hubungan dengan manusia atau makhluk melalui penunaian hak dan tanggungjawab, tetapi turut
melibatkan konsep penghambaan kepada pencipta, iaitu Allah s.w.t. Seseorang yang telah
melaksanakan tanggungjawabnya, belum tentu dikira adil, bahkan jika dia menyekutukan Tuhan
maka dia termasuk dalam kategori orang yang zalim (innā al-shirka ladhulmun cadhīm).
Berbanding dengan pada sudut di dalam agama Buddha, Buddha melakukan perubahan
pandangannya terhadap dunia yang sebelum itu dilihat penuh dengansegala kesempurnaan dan
kecukupan, kepada ketidakadilan dan serba kekurangan. Hal ini kewujudan sistem kasta
dalammasyarakat yang hanya menguntungkan kalangan kasta atasan, dan menindas golongan

66
kasta bawahan. Menekankan kepada konsep asas kebijaksanaan terhadap kesaksamaan yang
mendasari doktrin pratītya-samutpāda (kesalingbergantungan), Buddha sama sekali menolak
kewujudan sistem kasta yang bercanggah dengan norma kemanusiaan. Hal ini supaya dapat
memecahkan tembok perbezaan berdasarkan puak, pekerjaan, jantina, tradisi, dan agama.
Bahkan Buddha menyeru kepada dirinya sendiri serta seluruh manusia untuk menjalani
kehidupan sebagai manusia yang sebenar, berteraskan kepada konsep kebebasan dan
kesaksamaan. meskipun tidak memberi penekanan kepada konsepketuhanan, namun keadilan
berkait rapat dengan soal pematuhan kepada peraturan dan undang-undang yang ditetapkan,
tanpa pengecualian. Justeru, hukuman tetap dikenakan kepada merekayang melanggar arahan.
Ini kerana ia berkait rapat dengan soal karma yang perlu dimurnikan daripada segala bentuk dosa
dan kesilapan

Selain daripada nilai keadilan, perbincangannya dalam nilai toleransi dalam kontekskedua agama
berbeza konotasi cakupannya. Di dalam Islam toleransi yang merupakansebahagian daripada
tasamuh tidaklah bermaksud mengiktiraf keabsahan agama lain, selaindaripada Islam
sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis. Toleransi dalam Islam memberi
makna beragama, pada masa sama mempertahankan dasar-dasar yang bersifat absolute yang
tidak bolehdikongsi atau disamaratakan. Tanpa dinafikan ia bukanlah menghalang dari wujudnya
kerjasama antara penganut Islam dengan agama lain dalam konteks kebaikan, kerana hal berkait
dengan akidah adalah terpulang pada masing-masing berpandukan kepada asas lakum dīnukum
waliya al-dīn. Berbanding dengan agama Buddha, tiada ketetapan diletakkan dalam konteks ini,
justeru setiap penganut agama mengiktiraf akan wujudnya sebahagian daripada kebenaran pada
agama lain. Agama Buddha mempunyai nilai toleransi. Penekanan kepada nilai toleransi dan
keamanan sentiasa menjadi keutamaan dalam ajaran Buddha atau dhamm. Toleransi dalam
perspektif agama Buddha dikenali sebagai data, dan konsep ini sangat dekat dengan doktrin
Buddha yang menekankan kepada karakter yang baik moralnya. Justeru, dalam konteks
mencapai nirvana, kesemua faktor termasuk ketinggian nilai moral perlu dipenuhi selari dengan
ajaran Buddha doktrin Lapan Jalan Lapis untuk mengelak daripada pengulangan kitaran samsara
dalam keadaan yang buruk. Ini diperlihatkan menerusi sikap Buddha yang menasihati
pengikutnya supaya tidak berasa marah, tidak berpuas hati, atau tidak suka kepada mana-mana
pihak yang berkata sesuatu yang tidak baik kepadanya, ajarannya atau perintahnya. Jika

67
melakukan perkara demikian, seseorang itu bukan hanya akan membahayakan elemen
kerohanian, bahkan menyebabkan dia tidak mampu untuk mempertimbangkan mereka sama ada
betul atau salah. Berasaskan kepada penolakan sikap mengkritik terhadap agama lain, Buddha
menegaskan, seseorang yang mendongak ke langit dan meludah ke arahnya, air liur tersebut
tidak akan sesekali mengenai syurga, bahkan ia akan kembali jatuh mengenai orang tersebut
Seterusnya pada perbahasan nilai moderat, di dalam Islam yang menggunakan perkataan wasaṭan
manakala agama Buddha menggunakan perkataan Majjhima-Patipada yang berkongsi
sebahagian konsepnya, merujuk kepada kesederhanaan atau jalan pertengahan dan menolak
kepada setiap bentuk keganasan. nilai wasaṭan di dalam Islam merujuk kepada penolakan Islam
terhadap dua bentuk ekstrem sama ada daripada aliran kanan atau aliran kiri, sebaliknya
mengambil pendekatan yang sederhana. Justeru, Islam juga tidak mengajar penganutnya ekstrem
dalam melakukan amal ibadah sehingga menjejaskan kesihatan diri dan tanggungjawab yang
lain, demikian juga dalam konteks berhubung dengan penganut bukan Islam. Justeru, tiadanya
unsur paksaan terhadap penganut agama lain untuk memeluk agama tersebut, tanpa dinafikan
kepada kepentingan menyeru dengan pendekatan yang berhikmah dan terbaik. Manakala bagi
dalam konteks agama Buddha, nilai Majjhima-Patipada merupakan Nilai ini meliputi
kebijaksanaan, kelakuan moral dan disiplin mental. Dua elemen yang pertama (pandangan yang
benar) dan kedua (niat yang benar) ditentukan sebagai proses penerimaan, dalam konteks
membina kebijaksanaan kepada personaliti. Ia juga dianggap sebagai persediaan awal sebelum
menerima nilai kesederhanaan atau jalan pertengahan. Manakala tiga elemen yang seterusnya
(percakapan yang benar, tindakan yang benar, dan pekerjaan yang benar) menekankan kepada
silā atau pembangunan etika yang berfungsi mengeluarkan daripada punca penderitaan.
Pemurnian menerusi perilaku etika akan membimbing kepada tumpuan yang jelas, menahan diri
daripada perilaku yang tidak beretika, seterusnya mengelakkan daripada terjebak dengan mana-
mana percakapan dan perbuatan yang boleh mencemarkan nurani seseorang. Seterusnya tiga
yang terakhir (usaha yang benar, kesedaran yang benar, dan tumpuan yang benar) menekankan
kepada pembinaan disiplin fikiran.

Maka berdasarkan perkara di atas, konsep nilai universal dalam Islam seperti keadilan, toleransi,
dan moderat adalah berdasarkan aspek teologi itu sendiri, dan daripada terbinanya hubungan
dengan Tuhan, maka terhasillah nilai-nilai yang baik sesuai dengan asas kemanusiaan. Manakala

68
agama Buddha, aplikasi nilai-nilai tersebut selain daripada menuruti ajaran Buddha, ia
berperanan dalam memurnikan kerohanian penganutnya, seterusnya dapat mencapai nibbanā
atau pencerahan. Nilai-nilai ini antara lainnya perlu dilihat dalam kerangka kehidupan
bermasyarakat, umpamanya penganut Islam dan Buddha saling bersikap adil dalam menentukan
sebarang hukuman, jika salah seorang didapati melakukan kesalahan. Bahkan tidaklah agama itu
dijadikan sebagai modal untuk menyemai kebencian. Selain itu, dalam mendepani perbezaan
kepercayaan, kalangan penganut agama perlu saling bertoleransi tanpa perlu mengorban atau
menghakis kepercayaan. Setiap pihak berhak berpegang dengan anutannya tanpa boleh ada unsur
pemaksaan untuk menganut agama lain. Hal ini tentunya memupuk perasaan saling mengasihi
antara satu sama lain di atas dasar kemanusiaan. Selain itu, perlu kedua-dua mengambil jalan
yang sederhana dalam mengamalkan ajaran agama, iaitu tidak terlalu ekstrem dan tidak terlalu
sambil lewa, sebagaimana yang dituntut oleh kedua-dua ajaran agama.

ETIKA DAN SISTEM NILAI AGAMA BUDDHA


Mengikut Dewan Bahasa Dan Pustaka, etika membawa maksud étika, prinsip, moral atau nilai-
nilai akhlak (contohnya; adat sopan santun dan sebagainya) yang menjadi pegangan seseorang
individu atau kumpulan manusia, agama, bangsa atau negara. Keadilan adalah kebajikan yang
menyatakan bahawa setiap orang harus menerima apa yang mereka layak. beretika mempunyai
etika atau berpegang pada etika: Amalan yg tidak beretika itu mesti dihentikan segera. Etika
didalam agama Buddha tidak tercipta dari adat ciptaan manusia. Didalam kefahaman agama
Buddha, nafsu akan mengakibatkan penderitaan. Selagimana mereka mengikut atau memuaskan
keinginan nafsu selagi itulah mereka akan menderita mengikut kefahaman agama Buddha.
Mereka yang mahu melepaskan diri dari penderitaan perlulah melepasi empat kebenaran agung
dan jalan lapan lapis mulia dan untuk mencapai kepada 'Empat Kebenaran Mulia' tersebut
seseorang penganut Buddha perlulah melepasi satu tahap yang disebutkan sebagai 'Jalan Lapan
Lapis Mulia. Empat kebenaran mulia ialah kebenaran tentang penderitaan (Dukkha) dimana ia
bermaksud penderitaan berlaku apabila ia berkait dengan lima unsur manusia dan lima unsur itu
ialah hati, anggota atau tubuh, pengamatan, tubuh dan perkaitan melibatkan unsur manusia.
Kehidupan adalah penderitaan, penyakit adalah penderitaan dan mati juga adalah penderitaan
Seterusnya ialah kebenaran tentang dari mana datangnya penderitaan (samudaya). Penderitaan
berlaku apabila terlalu mengikut kepuasan nafsu atau kepuasan keinginan. Selagi manusia

69
mengikut nafsunya atau mengikut egonya, maka penderitaan akan terus berlaku. Seterusnya yang
ketiga ialah kebenaran untuk menghilangkan penderitaan atau cara mengelak penderitaan. Untuk
menghilangkan penderitaan ialah perlulah menghapus kehendak nafsu atau keinginan yang
berlebihan dan mencapai peringkat peringkat menuju ke nirvana1. Dan yang keempat ialah untuk
menghilangkan penderitaan dan mencapai „Empat Kebenaran Mulia‟ ialah dengan melepasi satu
tahap iaitu tahap jalan lapan lapis mulia.

Seperti yang dinyatakan diatas bahawa melepasi Jalan lapan lapis mulia dapat menghilangkan
atau menghapuskan penderitaan. Jalan lapan lapis mulia terbahagi kepada tiga kategori iaitu
kategori pertama ialah Panna yang membawa maksud kebijaksanaan atau pengetahuan. Caranya
ialah pandangan yang benar2 dan pemikiran yang benar3. Pandangan yang benar ialah
memahami dan mengetahui pandangan pandangan yang betul diajar oleh agama Buddha.
Contohnya ialah memahami moral dan kebaikan bersedekah, mengetahui kepentingan
menghormati ibu bapa, mengetahui adanya hukum karma dan sebagainya.

Seterusnya ialah pemikiran yang benar iaitu Pemikiran yang bebas dari nafsu (Nekkhama-
sankappa), Pemikiran yang bebas dari niat jahat (Abyapada-sankappa) dan Pemikiran yang bebas
dari kekejaman (Avihimsa-sankappa).
1 Nirvana: penlenyapan atau pemadaman penderitaan didunia
2 Samma-ditthi
3 Samma-sankappa

Kategori seterusnya ialah moral atau akhlak (Sila). Dalam kategori ini terdapat tiga cara iaitu
pertuturan yang benar4, perlakuan yang benar5 dan nafkah atau rezeki yang benar6. Pertuturan
yang benar termasuklah dalam bercakap perkara yang baik, tidak menipu atau berdusta, tidak
memfitnah, tidak menggunakan kata kata yang kasar dan sombong. Seterusnya perlakuan yang
benar ialah tidak membunuh benda yang hidup atau bernyawa, tidak mengambil hak orang lain,
tidak mengambil perkara yang memabukkan atau menghilangkan kewarasan dan tidak membuat
perkara yang tidak bermoral sama ada dari segi fizikal ataupun mental. Dan cara yang ketiga
dalam kategori moral atau akhlak ini ialah menacri nafkah atau rezeki yang benar. Ia bermaksud

70
tidak melakukan urusniaga atau perniagaan yang berunsur perkara haram bagi agama Buddha
contohnya perniagaan senjata, racun atau benda yang membahayakan.

Dan kategori yang terakhir ialah penumpuan atau perkembangan mental (Samadhi). Dalam
kategori ini juga terdapat tiga cara iaitu usaha yang benar7, kesedaran yang benar8 dan
penumpuan yang benar9. Cara yang pertama iaitu usaha yang benar ialah mengelakkan dari
membuat perkara perkara yang buruk semula, menjauhi dan meninggalkan perkara perkara buruk
atau tidak baik yang wujud dalam diri, membuat kebaikan dan terus membuat perkara kebaikan.
Seterusnya ialah kesedaran yang benar ialah prihatin, mengambil berat atau sedar tentang apa
yang berlaku disekeliling dan mengawal pemikiran. Dan cara yang terakhir ialah penumpuan
yang benar iaitu fokus dan memberi perhatian terhadap perkara perkara diatas sama ada dalam
kategori pengetahuan dan bijaksana (Panca) ataupun moral dan akhlak (Sila) serta bermeditasi.

TITIK PERTEMUAN YANG SESUAI DALAM BERDIALOG DENGAN AGAMA


BUDDHA
Dalam masyarakat yang berbilang bangsa dan berbilang agama di Malaysia ini memerlukan
kesepaduan dan kesatuan dalam mencapai dan membina Negara yang maju dan harmoni. Dialog
dalam agama ini merupakan platform dan cara yang sangat berkesan dalam
4 Samma-vaca
5 Samma-kammanta
6 Samma-ajiva
7 Samma-vayama
8 Samma-sati
9 Samma-samadhi

mencapai kesatuan dan perpaduan antara kaum. Dalam konteks Negara Malaysia sendiri,
terdapat banyak agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia dan semestinya Islam merupakan
agama rasmi dalam Negara Malaysia. Antara agama agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia
ialah Islam, kristian, Buddha, hindu, sikh dan lain lain. Buddha merupakan agama yang kedua
paling ramai dianuti di Malaysia selepas agama Islam.

71
Dialog tidak hanya tertumpu pada hujah, interaksi atau komunikasi yang membincangkan
tentang pendapat, konflik, salah faham dan lain lain yang berkait dengan perkara komunikasi.
Antara dialog yang dapat dibuat dalam mencapai kesepaduan ialah dengan dialog antara
kehidupan dimana dengan melakukan aktiviti gotong royong, sukan atau kemasyarakatan
bersama jiran jiran tanpa mengira bangsa atau agama. Dalam melakukan dialog antara agama ini,
tidak boleh menyentuh sensitivity yang boleh mendatangkan permasalah atau isu yang
melibatkan agama disamping tidak boleh mencemuh agama agama lain.

72
AGAMA JAINA

PENGENALAN

Jainisme, secara tradisi dikenali sebagai Dharma Jain, ialah sebuah agama dan falsafah yang

berasal dari Asia Selatan prasejarah. Kini merupakan kaum minoriti di India moden, komuniti-

komuniti Jainisme semakin bertumbuh di luar India, seperti Amerika Syarikat, Eropah Barat,

Afrika, Timur Jauh, serta tempat-tempat yang lain, dan terus memeliharakan tradisi kezahidan

atau Shraman yang kuno. Jainisme telah amat mempengaruhi bidang agama, etika, politik, dan

ekonomi India selama melebihi dua ribu tahun. Agama ini menegaskan kebebasan rohaniah dan

kesamaan semua hidupan dengan penekanan yang khusus terhadap dasar tanpa kekerasan. Kawal

diri merupakan cara untuk penganut Jainisme mencapai moksha, Keval Gnan, atau kesedaran

sifat roh yang sebenarnya. Jainisme mengistilahkan seorang penganut yang biasa sebagai

shravak, iaitu pendengar. Sangha Jainisme, iaitu mazhabnya, terdiri daripada empat bahagian:

• Biarawan

• Biarawati

• penganut lelaki biasa

• penganut perempuan biasa

Falsafah Jainisme berdasarkan kebenaran-kebenaran yang abadi dan sejagat. Selepas setiap

tempoh yang agak lama, manusia mungkin terlupa kebenaran-kebenaran ini, dan kebenaran-

kebenaran ini akan termuncul sekali melalui ajaran orang-orang yang berihsan, iaitu mereka

yang telah mencapai makrifat atau pengetahuan keseluruhan (Keval Gnan). Secara tradisi, di

alam semesta dan zaman kita, Lord Rishabha atau dianggap sebagai orang pertama yang

73
menyedari kebenaran, diikuti oleh Lord Parshva (877-777 SM) dan Lord Vardhaman Mahavira

(599-527 SM).

ASAL USUL AGAMA JAINA / JAINISME

Jainisme (bahasa Sanskerta: - Jainadharma, bahasa Tamil: Samaṇam) merupakan sebuah agama

kuno di India yang dikatakan berasal daripada keluarga agama Dharma. Agama Jainisme

bermula dari abad ke-6 sebelum masihi di India. Nama Jainisme diperoleh daripada nama Jinas

yang bermaksud penaklukan. Nama Jinas dikurniakan kepada 24 guru (Tirthankara) yang

diturunkan kepercayaan. Sebutan “Jain” menurut Sri Krishna Saksena, berasal daripada

perkataan “Jina” (bahasa Sanskrit), yang bermaksud pemenang atau yang mengalahkan. Agama

ini dibentuk oleh Nataputta Vardhamana, yang merupakan Tirthankara (pesuruh tuhan) yang

terakhir dan dianggap sebagai pengasas Jainisme oleh masyarakat India. Agama Jaina lahir

terlebih dahulu daripada agama Buddha. Agama Buddha mempunyai pengikut yang lebih luas di

luar India, namun agama Jaina terbatas hanya di India saja. Ajaran agama Jainisme mirip dengan

agama Hindu dan Buddha kerana lahir di lokasi yang sama. Astika dan Nastika mencerminkan

perbezaan terbesar antara Jainisme dan Hindu. Prinsip Astika menerima otoritas Weda sebagai

kitab suci serta melibatkan kepercayaan Brahmani. Nyaya, Mimamsa dan Yoga termasuk dalam

ajaran-ajaran berdasarkan Astika manakal prinsip Nastika pula menolak Weda dan kitab-kitab

yang dipakai oleh pemeluk Hindu, yang mana menolak kekerasan. Agama Jainisme merupakan

reaksi terhadap perikeadaan di dalam agama Hindu mengenai perkembangan ajarannya pada

masa lampau.

Kelompok pengikutnya agama ini tergolong daripada golongan minoriti dengan lebih kurang 4.9

juta orang di India. Selainitu, Karma, ahimsa, Moksha dan Reinkarnasi merupakan beberapa

falsafah yang disebarkan di India. Bagi penganut Jainisme, kehidupan di dunia ini yang
74
diabadikan dan dikekalkan oleh peralihan Jiva secara esensial telah meyebabkan keburukan dan

penderitaan.

SIMBOL AGAMA JAINA / JAINISME

Simbol agama Jainisme boleh didefinisikan sebagai alam semesta (Lok). Bahagian bawah simbol

mewakili tujuh neraka (Naraki) manakala bahagian tengah alam semesta bermaksud Bumi dan

planet-planet (Manushyalok). Bahagian atas bererti tempat tinggal surgawi (Devlok) dari semua

makhluk surgawi dan tempat tinggal para Siddha (Siddhashila). Jain percaya bahawa alam

semesta ini tidak diciptakan oleh sesiapa pun malah juga tidak boleh dihancurkan oleh siapa pun.

75
Tangan diangkat bererti berhenti manakala kata di pusat roda adalah “Ahimsa”. Ahimsa bererti

tidak menggunakan kekerasan. Empat lengan swastika mengingatkan kita bahawa selama proses

kelahiran dan kematian kita mungkin lahir menjadi salah satu dari empat nasib:

1. makhluk surgawi

2. Manusia

3. binatang-binatang (termasuk burung, kumbang, dan tanaman)

4. makhluk neraka

Simbol tersebut diwujudkan kerana mereka tidak menggalakan pembebasan dan kelahiran

semula. Seterusnya, pada bahagian paling atas daripada simbol Universal Jain adalah busur

melengkung kecil. Simbol tersebut mewakili tempat tinggal para Siddha.

PENGASAS

Nataputta Vardhamana merupakan pengasas agama Jainisme. Mahavira merupakan nama

panggilan Vardhamana (Sanskerta: Mahavira yang bermaksud pahlawan besar. Vardhamana

dilahirkan sekitar tahun 599 SM di India sebelah timur laut, di daerah yang sama dengan Buddha

Gautama dilahirkan walaupun satu generasi lebih awal.

Vardhamana merupakan anak bongsu dari seorang pemimpin, dan dibesarkan dalam

kemewahan. Beliau merupakan seorang putera kepada Raja Siddhartha dan Permaisuri Trishala,

yang merupakan ahli kasta Kshatriya dan pengikut ajaran Parshva. Pada umur tiga puluh tahun,

beliau keluar mengembara, meninggalkan keluarga (dia mempunyai seorang isteri dan seorang

anak perempuan) untuk mencari kebenaran dan kepuasan spiritual. Selepas meninggalkan

keluarganya, Beliau menghabiskan masa selama dua belas tahun setengah berusaha untuk

76
berpuasa dan membersihkan diri. Akhirnya beliau berjaya mencapai Kevalnyan, (kesedaran) dan

kemudiannya dipanggil Mahavira (nama dari maha, besar, dan vira, wira).

MAHAVIRA BERKELANA

Kira-kira dua tahun lamanya selepas kematian kedua ibu bapanya, Mahavira mengambil

keputusan meninggalkan istana berkelana dengan tujuan untuk mempelajari ilmu, bertapa dan

bermeditasi serta bersumpah untuk tidak bercakap dengan sesiapa pun selama 12 tahun. Ketika

dia berkelana tersebut, berlaku satu peristiwa yang memberi kesan di dalam jiwanya.

Mahavira bertemu dengan seorang pengembala kambing yang dimana peristiwa itu berakhir

dengan dia dibelasah oleh kerana kecuaian dirinya menjaga kambing tersebut yang telah

dibaham oleh serigala. Semasa ditanya tentang kehilangan kambing itu, Mahavira tidak

menjawab kerana akan tempoh puasanya yang belum habis. Beliau berkali-kali ditanya namun

tidak juga dijawab menjadikan penggembala itu naik berang dan terus membelasah Mahavira.

Walaupun terus dibelasah, dia tidak melawan sedikit pun sehingga darah keluar dari tubuhnya

ketika itu. Ini membuatkan penggembala tadi menjadi takut dan berhenti membelasahnya. Atas

sebab rasa bersalah penggembala tadi, maka ia meminta maaf dan Mahavira hanya mengangguk

tanda isyarat dia memaafkannya.

PENGAJARAN DARIPADA PERISTIWA MAHAVIRA BERKELANA

Daripada peristiwa ini terdapat dua pengajaran yang diperolehi. Pertamanya adalah si

penggembala telah faham bahawa “diam” lebih kuat dan bertenaga daripada “berkata-kata”.

Yang keduanya adalah Mahavira memahami bahawa “kerendahan hati lebih baik daripada

sombong dan tenang lebih kuat daripada marah”.

77
Selepas 12 tahun, maka tamatlah tempoh sumpahnya namun Mahavira tidak Kembali kepada

keluarganya tetapi terus mengembara dengan Hasrat mahu menyebarkan pengalamannya kepada

orang lain.

AJARAN-AJARAN MAHAVIRA

Dua perkara asas yang dibawa oleh Mahavira bertentangan dengan ajaran agama Hindu.

Pertama adalah beliau tidak mempercayai tuhan-tuhan agama Hindu yang berbilang-bilang itu.

Penolakan ini menjadikan Mahavira sendiri tidak mempercayai kewujudan Tuhan. Baginya,

tuhan yang terdapat dalam agama Hindu hanya bertujuan untuk memperkukuh kedudukan kaum

Brahmin dan sami supaya dapat terus berkuasa. Baginya, roh-roh yang wujud dalam setiap yang

bernyawa bersifat mutlak dan kekal yang akan mengalami kehidupan semula seperti yang

terdapat dalam agama Hindu. Di sinilah wujudnya persamaan dengan ajaran Hindu.

Kedua, penolakan secara menyeluruh Mahavira terhadap sistem kasta yang ada pada agama

Hindu. Baginya, semua manusia adalah sama, tidak mengira keturunan dan bangsa. Apa yang

penting bagi manusia ialah kesediaan manusia menghadapi penderitaan seperti kelahiran, sakit,

mati dan tidak memperoleh apa yang dihajatkan.

Apabila seseorang itu dapat mengatasi penderitaan, iaitu dengan cara membuang keinginan atau

hajat, maka tebukalah jalan kebahagiaan. Kebahagiaan inilah bagi Mahavira yang disebut

sebagai Nirvana. Adapun seseorang itu hendak memperoleh Nirvana, seseorang itu hendaklah

mempunyai tiga permata jiwa iaitu keyakinan yang benar, pengetahuan yang benar, dan kelakuan

yang benar.

78
Kelakuan yang benar dapat dicapai dengan mengerjakan lima perintah iaitu, jangan membunuh

setiap yang hidup (ahimsa) atau melukai sesuatu yang hidup, baik dengan kata-kata, dengan

fikiran atau dengan perbuatan, jangan mencuri, jangan berdusta, jangan jadi pemabuk dan

berlaku curang. Dan jangan mengini atau berkehendak pada sesuatu.

AGAMA JAINA SEBAGAI PERINTIS AGAMA BUDDHA

Agama yang diperkenalkan oleh Mahavira dikenali dengan nama Jaina atau Jina yang bererti

“penakluk”. Ia ada hubungannya dengan esensi pengajaran agama ini yang menekankan

keperluan menakluki serta melenyapkan keinginan nafsu bagi tujuan mencapai nirvana. Ada

mitos yang menjelaskan konsep Jaina ini. Menurut mereka, Mahavira merupakan Jina yang yang

terakhir daripada sejumlah 24 orang Jina yang semuanya. Jina yang pertama bernama Rishabha

lahir ke dunia jutaan tahun dahulu. Mereka percaya bahawa agama Jaina bukan untuk manusia

sahaja tetapi juga termasuk haiwan, dan semua yang bernyawa.

Kehidupan dan amalan penganut agama Jaina memperlihatkan ciri-ciri berikut:

1) Disebabkan mereka kuat berpegang kepada ajaran ahimsa, iaitu tidak boleh membunuh

sebarang benda yang bernyawa, mereka tidak memakai kasut bagi mengelakkan daripada

terpijak benda-benda halus yang bernyawa, seperti semut, hama dan sebagainya.

2) Mereka terutama para sami menutup mulut dengan kain yang dibuat khas bagi mengelak

daripada terhidu sebarang benda atau habuk ditakuti mengandungi benda-benda bernyawa.

3) Kaum Jaina tidak melibatkan diri dalam pertanian bagi mengelak daripada melakukan pembunuhan ke

atas makhluk seperti cacing, serangga dan lainnya. Oleh yang demikian, mereka hanya melibatkan diri

dalam perniagaan dan perdagangan.

79
4) Golongan pendeta (sami) menjalani kehidupan ruhban (kerahiban) yang terputus dengan dunia luar,

sedangkan orang biasa memberi saran seperti makanan dan keperluan material.

5) Agama Jaina yang dibawa oleh Mahavira boleh dianggap sebagai perintis jalan kepada perkembangan

agama Buddha, sebab esensi ajaran Buddha ialah sama dengan apa yang telah diperkenalkan oleh

Mahavira.

Prinsip-prinsip agama Jaina

Berikut adalah pengangan atau kepercayaan yang dipegang dalam agama jaina:

1. kitab suci

Jainisme mempunyai kitab suci yang bernama Siddhanta yang berarti pembahasan. Kitab suci ini
adalah berupa kumpulan pidato – pidato dan pesan – pesan Mahavira. Pada awalnya pidato dan
pesan – pesan ini hanya disebarkan kepada murid – muridnya kemudian kepada pendeta –
pendeta dan sampai ahli ahli ibadah dalam agama jain hanya melalui lisan, karena takut akan
hilang dan tercampur oleh ajaran – ajaran lain maka dikumpulkan pesan – pesan dan pidato –
pidato tersebut menjadi sebuah kitab, sekitar abad ke-4 SM.[3] dan dapat disebut juga sebagai
Agamas yang berarti perintah/ajaran. Kitab Jainisme ini di susun oleh Ardhamagandhi yang
terdiri dari 12 bab (Angas), dan pada Angas terakhir yini dibagi menjadi 14 Purwa dan 11 Anga.
Para penganut Jain mereka mempercayai bahwa kitab asli yang dari zaman Thirtankara pertama
yaitu terbagi menjadi dua macam yaitu Purwa dan Anga, yang mana mempunyai 14 Purwa,
sedangkan Anga itu sendiri terdiri dari 11 Anga. Dan dari 11 Anga tersebut mempunyai 45 teks.

2. konsep tuhan

Di dalam konsep ketuhanan agama Jaina tidak menerima adanya Tuhan, akan tetapi Jaina tidak
dapat dikatakan sebagai atheis akan tetapi lebih tepatnya non atheis, karena agama Jaina ini
walau mereka tidak mempercayai adanya Tuhan akan tetapi mereka mengakui adanya
keberadaan yang disebut dengan sang maha kuat, akan tetapi sang maha kuat itu sendiri adalah

80
manusia. Agama Jaina mempercayai bahwa manusia, binatang, dan tumbuh – tumbuhan sudah
terdiri dari badan dan ruh. Agama Jaina mempercayai bahwa ruh itu kekal dan mengalami
hukum pengembalian kembali dengan sendirinya.

Alasan Jaina tidak mengakui adanya tuhan karena mereka menganggap bahwa Tuhan itu tidak
penting karena manusia dengan kekuatannya sendiri pun dapat mencapai kelepasannya. Menurut
agama Jaina tuhan bukanlah pencipta dan penguasa dunia, akan tetapi dunia ini sudah ada
dengan sendirinya.

3. konsep alam

Di dalam konseep Alam agama Jaina mempercayai adanya makhluk hidup, adanya makhluk
yang tak hidup, adanya hubungan dari makhluk hidup dan yang tak hidup. Agama Jaina
membegi alam menjadi dua kategori yaitu zat yang hidup (jiva) dan yang tidak hidup (ajiva).
Sedangkan ajiva mempunyai lima bahagian yaitu Benda (pudgala), Dharma, Adharma, Ruang
(akasa), Waktu (kala).

Dan kelima unsur ajiva itu disebut dengan enam dravya, substansi Dravya adalah zat yang ada
dengan sendirinya dan bebas dari unsur – unsur lain. Sedangan unsur lain tidak akan ada tanpa
substansi. Contoh: tanah sebagai substansi telah terdapat dari periuk yang terjadi dari tanah. Jadi,
tanah selalu ada dan telah ada pada apa yang dihasilkannya, sedangkan periuk tidak dapat terjadi
tanpa tanah. bahagian jva dan ajiva adalah kekal, tidak diciptakan, tidak ada mula dan akhirnya,
jadi alam itu tidak ada sebab awal terjadinya, alam ini sudah ada dengan sendirinya.

4. konsep karma, samsara dan moksa

Agama Jain menerima adanya karma dan samsara, yang mana karma yaitu sebab akibat dari
perbuatan manusia. Seperti jika kita berbuat baik maka cepat atau lambat perbuatan baik tersebut
akan di balas dengan kebaikan, dan juga sebaliknya jika kita berbuat buruk maka kita pun akan
menerima keburkan lagi. Karma dapat dibersihkan dengan pembersihan jiwa atau yang disebut
dengan “Nijana” karma akan hilang dari jiwa jika proses nirjana tersebut berjalan lancer dan
tanpa hambatan.

81
Karma adalah energy jiwa yang mana dengan energy tersebut menyebabkan penggabungan jiwa
dengan benda dan kekotoran dari jiwa itu. Karma yang menjadi mata rantai dalam kesatuan
antara tubuh dan jiwa.

Karma masuk kedalam jiwa melalui perbuatan manusia, maka untuk menahan aliran karma yang
lainnya ke dalam jiwa, seseorang harus menutup saluran yang dapat dilalui oleh karma tersebut
dengan cara memperhatikan tubuhnya, cara berbicara, dan akalnya dengan sungguh – sungguh.
Jadi seseorang tidak diperbolehkan untuk memikirkan dan mengingikan berbuat kejahatan. Jadi
cara untuk menahan aliran tersebut dengan cara asketisme atau meditasi.

Setiap karma memiliki perbedaan dalam memberikan efek dan cara untuk membersihkannya.
Karma mempunyai enam warna atau disebut dengan “lesya”. Warna – warna ini memiliki
wataknya masing – masing seperti warna hitam, biru, abu – abu menunjukan karakter yang jelek
sedangkan kuning, merah, putih menunjukan kerakter yang baik.

Proses pembersihan karma disebut nirjana. Jika proses pembersihan ini berjalan secara teratur
maka karma akan hilang dari jiwa, dan jika cara pembersihan ini berhasil terus menerus maka
jiwa akan terasa ringan, karena sesunguhnya materi itu berat sedangkan karma itu adalah materi.
Jika jiwa sudah ringan maka jiwa akan melambung terus ke atas menuju puncak alam semesta,
dan di puncak alam semesta (moksa) tersebut adalah tempat tinggalnya jiwa – jiwa yang telah
terbebaskan.

Moksa pada agama jaina tidak sama seperti hindu yang bersatunya atsman dengan Brahmana.
Akan tetapi moksa dimaknai dengan jwa mencapai kesempurnaan yaitu menemukan kembali
hakikatnya sebagai kesadaran murni, pengetahuan yang tak terbatas, kekuatan yang tak terbatas
dan kebahagiaan.

5.konsep roh

Mahavira mrngajarkan bahwa hanya benda yang hidup yang mempunyai jiwa, tetapi juga semua
benda seperti pohon, air, api dan tanaman juga mempunyai roh. jiwa, menurut jainisme ada dua
bahagian, yaitu jiwa yang masih terikat keduniawian (samsarin), dan jiwa yang telah terbebaskan
(muktif). Jiwa yang masih terjerat kedunawian adalah jiwa yang masuk ke dalam makluk hidup
di dunia dan masih menjalani arus kehidupan. Bahkan jika seseorang hidup perbuatanya jahat,

82
dia bukan saja terlahir lagi dengan rupa makluk hidup, seperti badan babi, ular atau katak,
bahkan mungkin dia akan terlahir menjadi sayur atau bawang. jiwa yang telah terbebaskan
adalah jiwa yang tidak masuk lagi ke dalam arus kelahiran Jiwa seperti ini telah mencapai
kesucian tertinggi dan menempati kesempurnaan di puncak alam semesta tidak lagi berhubungan
dengan kejadian-kejadian duniawi karena telah mencapai nirwana, atau nirviki atau mukti.

Amalan Ritual Dalam Agama Jaina

Ada beberapa ritual yang sangat penting bagi agama jaina yaitu:

1. Samyika yaitu ritual berlatih ketenangan jiwa dengan cara duduk bermeditasi selama 48 menit.

2. Chaturvimshati yaitu pemujaan 24 Tirtankara setelah mencapai sambhav di samayik.

3. Vandan yaitu penghormatan kepada para pendeta dan guru.

4. Praktikramana yaitu pertobatan dengan mengakui dosa yang telah dilakukan serta
menyesalinya.

5. Prathyakyana yaitu penolakan kegiatan tertentu untuk mengurangi karma.

6. Kayotsarya yaitu meditasi jiwa.

Amalan Puasa Dalam Agama Jaina

Puasa dalam agama jaina dilakukan pada hari – hari tertentu. Puasa dilakukan sebagai penebusan
dosa, membersihkan badan dan fikiran sebagaimana Mahavira yang meluangkan waktunya untuk
banyak berpuasa. Ada beberapa jenis puasa yaitu:

1. Puasa penuh : tidak makan dan minum secara penuh dalam jangka waktu tertentu.

2. Puasa sebagian : makan lebih sedikit dari yang diperlukan untuk mencegah lapar.

3. Vruti Sankshepa : membatasi jenis makanan yang dimakan.

4. Rasa Parityaga : menghindari makanan yang disukai

5. Puasa Agung : beberapa pendeta jaina berpuasa berbulan bulan dalam sekali puasa.

Hari-hari Perayaan Dalam Agama Jaina

Ada beberapa festival keagamaan (parvas) dalam jainisme yaitu:

83
1. Paryushana : festival ini dilakukan pada setiap tahun pemurnian diri dengan cara berpuasa,
dalam sekte Svetambara selama 8 hari dan Digambara selama 10 hari berpuasa.

2. Mahavira Jayanti : ulang tahun Mahavira, yang dilakukan pada hari ke13 dua minggu dari
bulan Chaitra sekitar akhir maret/awal april. Penganutnya berkumpul dikuil untuk mendengarkan
dari ajaran Mahavira.

3. Diwali : Peringatan Mahavira mencapai nirwana, yang biasa dilakukan pada bulan
oktober/november.

4. Deepavali : “festival cahaya” yang melambangkan kemenangan baik dari yang buruk, lampu
yang dinyalakan sebagai tanda perayaan serta harapan umat manusia, yang biasa dilakukan 5 hari
berturut-turut, dan biasa terjadi pada oktober/november.

84
AGAMA SIKH

Sikhisme (juga dikenali sebagai agama Sikh; Bahasa Panjabi: ਸ ਿੱਖੀ, sikkhī, IPA: [ˈsɪkkʰiː]) adalah
sebuah agama monoteistik yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak dan sembilan orang guru
lain di Punjab, India pada abad ke-15. Agama Sikhisme adalah agama kelima terbesar di dunia,
dengan lebih daripada 23.5 juta penganut.

Nama anutan ini yang didasarkan perkataan Sikh dipercayai datang daripada bahasa Sanskrit
baik melalui kata शिष्य śiṣya bermakna "murid" atau "pelajar" — (lalu sewarisan dengan
perkataan siswa atau śikṣa yang bermaksud "arahan".

Agama Sikh bermula di Sultanpur, berhampiran Amritsar di wilayah Punjab, India. Pengasas
agama ini ialah Guru Nanak (1469-1539), Agama Sikh percaya kepada adanya satu Tuhan dan
dipanggil WAHEGURU. Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat
Guru. Sebanyak sepuluh Guru telah mengambil alih tempat beliau dan secara perlahan-lahan.
Rangkaian ini berakhir pada tahun 1708 selepas kemangkatan Guru Gobind Singh yang tidak
meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil
Adi Granth. Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Guru Gobind Singh juga telah
menubuhkan sebuah persatuan "Persaudaraan Khalsa Sikh" dan memulakan pemakaian seragam
untuk lelaki dan perempuan Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran "Lima K".

Lima K atau panj kakaar/kakke ini perlu dipakai sepanjang masa kerana diarahkan pakai oleh
mahaguru Sikh yang ke-10, Guru Gobind Sngh Ji. Guru Gobind Singh telah mewajibkan 5 K
dipakai pada tahun 1699 di Anandapur Sahib. Hari itu dinamakan Vasakhi.

Lima K ini termasuklah:

• kesh (rambut yang tidak dipotong)


• kanga (sikat)
• kara (gelang ditangan kanan)
• kirpan (pisau kecil yang tidaklah begitu tajam)

85
• kachha (seluar dalam pendek)

Tempat sembahyang agama Sikh dipanggil Gurdwara. Gurdwara Emas Gurdwara Harmandir
Sahib di Amritsar, India merupakan tempat suci bagi penganut Sikh.

Perkataan guru datang daripada perkataan bahasa Sanskrit gurū, yang bermaksud "pengajar" atau
"mentor". Tradisi dan falsafah Sikhisme telah dibentuk oleh sepuluh orang guru dari tahun 1499
sehingga 1708. Setiap guru menyokong dan menambah mesej yang diajar oleh guru sebelumnya,
menyebabkan pengasasan agama Sikhisme ini. Guru Nanak adalah guru pertama, dan telah
memilih seorang pendidik sebagai guru seterusnya. Gobind Singh merupakan guru manusia yang
terakhir. Sebelum kemangkatan beliau, Guru Gobind Singh mengeluarkan dekri bahawa Guru
Granth Sahib adalah guru terakhir dan abadi bagi orang Sikh.

Berikut merupakan senarai guru Sikhisme dalam turutan:

Menjadi guru Tarikh


# Nama Tarikh lahir Umur Nota
pada kemangkatan

22 September Pengasas agama


1 Guru Nanak 15 April 1469 20 Ogos 1507 69
1539 Sikhisme

Guru Angad 7 September


2 31 Mac 1504 29 Mac 1552 48
Dev 1539

Guru Amar 1 September


3 5 Mei 1479 26 Mac 1552 95
Das 1574

Menyiapkan
Guru Ram 24 September 1 September 1 September
4 46 pembinaan Kuil
Das 1534 1574 1581
Emas

5 15 April 1563 30 Mei 1606 43 Penulis Adi Granth


Guru Arjan 1 September

86
Dev 1581

Guru Hr Pembawa Miri dan


6 19 Jun 1595 25 Mei 1606 28 Februari 1644 48
Gobind Piri

Guru Har 16 Januari


7 3 Mac 1644 6 Oktober 1661 31
Rai 1630

Guru Har 6 Oktober


8 7 Julai 1656 30 Mac 1664 7
Krishan 1661

Guru Tegh 11 November


9 1 April 1621 20 Mac 1665 54
Bahadur 1675

Guru
22 Disember 11 November
10 Gobind 7 Oktober 1708 41
1666 1675
Singh

Agama Sikh bukan terhad kepada bangsa Punjabi sahaja. Malah sesiapa yang mampu membaca
dan memahami isi kandungan Sri Guru Granth Sahib dan mengikuti kod amalan Sikh boleh
menganut agama ini. Upacara masuk agama ini dipanggil Amrit Sanchaar yang bermula dengan
lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau "brotherhood"
Khalsa. Selepas itu, mereka yang ingin memasuk agama ini harus meminum air "Amrit" sejenis
air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul kelima-lima khalsa ini akan membaca lima
Banis yang suci iaitu

Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)


Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak)
Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji)
Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas)
Air ini samalah seperti air baptisme dalam agama Kristian.

87
Pertamanya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang
memasuk agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka.
Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.

ADAT ISTIADAT PENGANUT SIKH


Adat istiadat bermula sejak kelahiran sehinggalah kemangkatan penganut Sikh. Pemberian
hadiah merupakan amalan biasa untuk menyambut kelahiran bayi. Pemberian nama merupakan
upacara penting dan ia dikenali sebagai Naamkaran. Disini bayi yang baru lahir itu akan
diberikan nama selepas Granthi membaca Ardaas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth
Sahib akan dibuka secara rambang. Bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam
muka surat itu. Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut
jantina iaitu Singh bagi lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur. Singh bermaksud "Singa"
dan Kaur pula bermaksud "Puteri".

Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan
melalui satu upacara - pemakaian serban. Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni biasanya
dilakukan oleh para agama Sikh dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.

Bagi seorang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami. Dalam
agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian
masih boleh dilakukan di mahkamah sivil.

BILANGAN PENGANUT SIKH


Terdapat 26 juta penganut Sikh. 75 % menetap di India. 60 % tinggal di negeri Punjab, India
iaitu 2/3 daripada penduduk negeri Punjab. Tempat lain ialah di of Haryana, Himachal Pradesh,
Jammu and Kashmir, Rajasthan, Uttar Pradesh, Uttaranchal, Maharashtra dan Delhi. Ramai
daripada mereka berhijrah ke Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat , Timur Tengah,
Afrika Timur, Asia Tenggara, Eropah Barat, Australia dan New Zealand.

88
AGAMA BAHAI

Bahai ialah sebuah agama monoteisme (iaitu percaya bahawa Tuhan itu tunggal) yang mengikuti
ajaran pengasas mereka Bahá'u'lláh (1817 - 1892). Agama ini diasaskan pada abad ke-19 di
Persia (Iran) oleh Mírzá Ḥusayn-`Alí Núrí (Bahá'u'lláh). Bahai merupakan salah satu dari
beberapa agama yang cuba menggabungkan beberapa agama yang berlainan menjadi satu agama.
Contohnya Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung.

Agama ini mucul di Iran pada tahun 1847M. Ia berlanjutan kepada Bábisme yang diasaskan oleh
Siyyid `Alí-Muhammad dari Shiraz (1850M).

Agama Bahai ialah agama dunia termuda. Pengasasnya, Bahá'u'lláh menganggap bahawa setiap
agama agung disampaikan oleh Pesuruh Tuhan — seperti Musa, Krishna, Buddha, Zarathustra,
Jesus, Muhammad, dan terkini sekali adalah Báb — mewakili bahagian-bahagian dalam
perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Bahá'u'lláh adalah Pesuruh
terkini dalam turutan dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia
moden. Oleh sebab itu , walaupun Ajaran Bahá'í tidak digolongkan ke dalam agama Ibrahim, ia
mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.

Amanat utama pesanan Bahá'u'lláh (Kemuliaan Tuhan) ialah bahawa umat manusia terdiri dari
satu bangsa sahaja dan bahawa pada suatu hari mereka harus bersatu. Beliau pernah berkata:
"Dunia hanya terdiri dari satu negara, yang mana semua orang adalah warganya".

Agama Bahai berbeza daripada agama Islam Syiah, tetapi muncul daripada agama ini
sepertimana dakwaan agama Kristian muncul daripada agama Yahudi dan agama Buddha
daripada agama Hindu.

Terdapat sekitar 6 juta penganut Bahai di lebih daripada 200 negara-negara dunia. Markas utama
agama ini berada di Haifa, Israel.

89
Tiga prinsip utama yang mendasari konsep kesatuan agama dalam ajaran Bahai.

Pertama, rasul yang diutuskan dalam agamaagama merujuk kepada Tuhan yang sama.

Kedua, kebenaran mutlak tidak tertakluk pada satusatu agama sahaja. Bahai menolak ciri autoriti
yang diletakkan pada agama sehingga manusia malas untuk mencari kebenaran sendiri.

Ketiga, keselamatan wujud dalam semua agama dan pada akhir zaman kelak masyarakat Bahai
yakin semua manusia akan menganut ajaran Bahai

Sudut Pandang Islam Terhadap Kesatuan Agama Ajaran Bahai

Secara etimologi, Islam berasal daripada perkataan salima yang membawa maksu selamat dan
aman. Manakala perkataan Islam yang dibentuk daripada perkataan aslama bermaksud
memelihara keselamatan serta menyerahkan diri, tunduk dan patuh jelas menunujukkan Islam
merupakan agama yang sangat mementingkan persaudaraan di antara sesama manusia.
Tuntasnya, Islam bukanlah agama perselisihan dan perpecahan akan tetapi Islam sangat
menganjurkan nilai toleransi serta saling menghormati.

Dalam memperkatakan tentang hubungan antara agama, Islam jelas menunjukkan sikap yang
toleran terhadap agama lain. Islam adalah satu-satunya agama yang mengakui kewujudan agama-
agama lain seperti yang disebutkan di dalam al-Quran. Contohnya berkenaan dengan Ahli Kitab
yang sering diperkatakan dalam al-Quran

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-
kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu
di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau
bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya
(akan keadaan dan amalan kamu). (Surah al-Hujurat 49: 13)

90
Konsep kesatuan agama dalam Bahai menunjukkan konsep ketuhanan Bahai yang mempunyai
unsur pluralisme agama. Pluralisme merupakan satu ideologi yang menyamaratakan kepercayaan
agama setara dengan ajaran yang dianuti. Dengan erti lain, seseorang mempercayai bahawa
kebenaran serta keselamatan terdapat dalam setiap agama tidak kira agama apa yang dianuti.
Kebenaran dianggap bersifat relatif dan subjektif. Agama hanya dianggap wasilah untuk
mencapai kebenaran yang satu yang dikongsi oleh semua agama. Oleh demikian menurut
fahaman pluralisme, sesebuah agama tidak berhak untuk mengatakan bahawa agamanya sahaja
yang benar dan agama lain tidak mempunyai kebenaran

Adapun menurut ajaran Islam, al-Quran jelas menyebutkan tentang kebenaran satu-satunya
agama iaitu agama Islam seperti yang disebutkan di dalam al-Quran:
ِ
“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang
(Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai agama Islam dan
enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang
kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam
kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah,
maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.” (Surah ali-‘Imran 3: 19)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf oleh
Allah. Walaupun al-Quran menyebutkan tentang kewujudan agama-agama lain dan kepentingan
untuk menghormati penganut agama lain, namun begitu daripada sudut kebenaran dalam
penyembahan merupakan hak mutlak ajaran Islam. Tiada agama lain yang boleh disamakan
dengan agama Islam. Seperti firman Allah:

Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya,
dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. (Surah Ali-‘Imran 3: 85)

91
Dalam proses penyatuan agama, ajaran Bahai menuntut agar penganutnya mempercayai bahawa
semua agama membawa kepada satu Tuhan yang sama ditolak dalam Islam kerana agama-agama
yang terdahulu telah dimansuhkan seperti mana kitab-kitab Taurat dan Injil dianggap
menyeleweng setelah kedatangan Rasulullah. Selain itu, ajaran Bahai juga menuntut para
penganut agama lain mempercayai bahawa ajaran yang dibawa oleh Rasul dalam setiap agama
membawa kepada Tuhan yang sama walaupun daripada Tuhan yang berbeza. Hal ini dapat
disanggah dengan meyakini bahawa Nabi Muhammad merupakan utusan terakhir dan menjadi
Rasul kepada semua umat manusia. Oleh yang demikian, Bab dan Baha’ dianggap sebagai nabi
palsu.

Ajaran Bahai dalam mempromosikan kesatuan agama tidak mempunyai konsep kufur iaitu
terkeluar daripada sesebuah agama sekiranya tidak meyakini dan beramal dengan ajaran yang
dianuti. Hal ini dianggap bercanggah dengan Islam kerana al-Quran sendiri telah menyebutkan
kedudukan bagi mereka yang ingkar terhadap Allah dan RasulNya. Seperti firman Allah:

Orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang musyrik, tidak
akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing) sehingga datang kepada mereka
bukti yang jelas nyata. (Surah al-Bayyinah 98: 1)

Isu-isu berkenaan pengisbatan kerasulan Nabi Muhammad, pembatalan agama Yahudi dan
Kristianiti malahan agama-agama lain adalah isu yang telah jelas dan tidak lagi perlu
diijtihadkan kerana ianya bersifat qatiyyah a-thubut wa qatiyyah al-dilalah iaitu sesuatu yang
sumber dalilnya adalah bersifat putus dan indikasi maksudnya juga adalah putus. Dalam hal ini,
setiap individu harus menerimanya sebagai sesuatu yang benar dan tada ruang lagi baginya untuk
mengijtihadkan pengertian atau maksud selain daripada apa yang dapat difaham dan diterima
secara mutawatir sejak zaman berzaman

Sekiranya ditelusuri daripada aspek epistemologi Islam pula, jelas sekali agama tidak boleh
disandarkan pada sangkaan (zann), spekulasi dan andaian tetapi mestilah bersandarkan kepada
ilmu dan kepastian. Ilmu dan kepastian ini adalah anugerah yang diberikan Allah sebagai
hidayah dan petunjuk kepada orang yang beriman. Oleh itu, para ilmuan Islam sejak dahulu

92
bersikap tegas terhadap golongan sufastaiyyah (sophist) yang terdiri daripada kelompok agnostik
(al-la adriyyah) yang menafikan kemungkinan manusia memperoleh ilmu dan kebenaran
bergantung kepada kehendak manusia dan kelompok yang keras kepala (al-inadiyyah) yang
berkeras menolak kebenaran meskipun ianya terang dan jelas. Golongan sufastaiyyah pada hari
adalah apa yang disebutkan dengan fahaman pluralisme agama kerana menolak kebenaran yang
mutlak. Adalah amat penting sekali untuk meletakkan sikap tegas dan jelas dalam
mempertahankan Tauhid yang mencirikan agama Islam sebagai agama yang sebenar di sisi Allah
.

Secara kesimpulannya, kesatuan agama yang dipromosikan oleh ajaran Bahai bagi tujuan
keharmonian umat manusia tidak dapat diterima daripada sudut pandang agama Islam.
Keharmonian sejagat juga merupakan prinsip utama Islam yang mendasari maqasid Islam iaitu
setiap individu bertanggungjawab untuk menjaga agama, nyawa, akal, harta dan keturunan yang
dianggap sebagai maqasid ‘ammah (tujuan menyeluruh). Ini membuktikan bahawa Islam tidak
pernah menganjurkan sikap benci membenci walaupun terhadap penganut bukan Islam. Adapun
dalam hubungan antara agama, Islam meletakkan batas-batas penting dalam kehidupan
beragama. Antara prinsip yang boleh dipegang adalah konsep “teguh pada prinsip dan toleransi
pada sikap” (Zaidi et al, 2007). Teguh pada prinsip bermaksud keyakinan bahawa asas-asas
utama dalam persoalan akidah dan ibadat haruslah dianggap sebagai kebenaran mutlak. Dalam
hal ini, tiada ruang untuk berkompromi dan bertoleransi dengan penganut agama lain. Adapun
toleransi yang dianjurkan dalam Islam adalah pada sikap dan muamalah antara penganut agama
sebagai contoh sikap terhadap kepercayaan agama lain yang tidak memaksa, tidak mencaci dan
tidak berkasar dengan penganut agama lain atas faktor agama yang berbeza.

93
AGAMA YAHUDI

Agama Yahudi merupakan agama yang dikenal sebagai salah satu agama monoteisme mutlak
(tauhid). Ajaran tauhid meletakkan dasar kepercayaan Tuhan Esa pada tempat pertama. Jika
diruntut dari sejarahnya, agama ini merupakan kelanjutan dari agama tauhid yang telah dirintis
oleh Ibrahim/Abraham.

Terdapat tiga istilah yang sering digunakan dalam menamakan umat Yahudi, yaitu: Yahudi,
Ibrani, dan Israel. Istilah Yahudi berasal dari bahasa Arab hãda yang ditasrif: hada-yahudu-
haudan yang memiliki persamaan arti dengan taba-yatubu-tauban-taubata, artinya bertaubat atau
orang yang bertaubat. Kata Yahudi juga dikaitkan dengan nama putera nabi Ya’qub yang
berjumlah 12, yakni putra keempat yang bernama Yahuda.

Sementara istilah Ibrani berasal dari kata abara yang berarti menyeberang. Penamaan ini
dilatarbelakangi kedatangan mereka dengan menyeberangi sungai Eufrat di bawah pimpinan nabi
Ibrahim.

Untuk sebutan Israel, digunakan karena dinisbahkan kepada nabi Ya’qub yang mempunyai nama
lain Israel. Oleh karena itu mereka dikenal sebagai Bani Israel, yang berarti anak keturunan
Israel.

Dari ketiga istilah di atas,Yahudi atau Yudaisme menjadi yang paling populer di dalam literatur-
literatur Barat. Meskipun demikian, orang Yahudi lebih senang jika dipanggil dengan sebutan
Israel.

94
Asal-Usul Agama Yahudi

Yahudi Simbol

Berbicara tentang asal usul agama Yahudi berarti membicarakan pula sejarah Bani Israel. Kedua
aspek ini sulit dipisahkan karena Yahudi sebagai agama, didukung sepenuhnya oleh keberadaan
Bani Israel.

Orang Yahudi sendiri sering menggambarkan bawah sejarah bangsa mereka identik dengan
sejarah umat manusia dengan peradaban dan kebudayaan yang tersebar di seantero dunia.
Mereka juga menggambarkan akidah mereka sebagai akidah yang paling benar dan mulia.

Atas dasar ini pula beberapa oknum Yahudi mencela dan menyerang sejarah bangsa lain
sekaligus meremehkan kesucian agama lain.

Sejarah panjang dari bangsa Israel, dimulai pada tahun 2000 SM. Ketika itu hidup lah Ibrahim di
dalam sebuah keluarga penyembah matahari dan berhala di Kota Ur, Khaldea.

Setelah terlibat konflik dengan penguasa daerah Ur (Namrud). Ibrahim memutuskan untuk
meninggalkan tanah kelahiran dan pergi mengembara ke tempat yang belum tentu arahnya.
Pengembaraan Ibrahim dilakukan dalam rangka menyebarkan agama tauhid sesuai kehendak
Tuhan.

95
Menurut International Bible Student Association, Ibrahim mengembara bersama pengikutnya,
menyeberangi sungai Eufrat menuju ke Kan’an. Peristiwa ini terjadi ada tahun 1943 SM.
Sementara menurut Perjanjian Lama dan al-Quran (Perjanjian Lama kitab kejadian 12: 1-9 dan
Surat as-Saffat ayat 99) kepergian Ibrahim adalah karena perintah Tuhan.

Di Kan’an ini lah lahir keturunan Ibrahim yang terknal yaitu Ismail dan Ishaq (Isac). Ismail
kemudian menjadi nenek moyang bangsa Arab saat ini, sedangkan Ishaq, bapak Ya’qub menjadi
nenek moyang bangsa Yahudi.

Selanjutnya keturunan Isma’il mendiami padang Paran (Hijaz), sementara keturunan Ishaq
mendiami Mesir yang diawali oleh Yusuf. Ketika Yusuf memerintah Mesir pada masa bangsa
Hyksos berkuasa sekitar tahun 1650 SM, ia mengajak ayah, dan saudaranya untuk pindah ke
Mesir. Mereka kemudian bermukim di lembah Gashan Mesir.

Selama 400 tahun, populasi Bani Israel semakin bertambah besar sampai pada lahirnya Musa.
Pada masa kelahiran Musa, Mesir dipimpin oleh Ramses Agung. Seorang Firaun paranoid, yang
memperbudak orang-orang Yahudi dan membunuh keturunan laki-laki mereka.

Meskipun Musa dibesarkan oleh Firaun, namun ketika melihat penderitaan yang diterima
kaumnya ia mulai tergerak untuk membela mereka. Pembelaan Musa diawali dengan membunuh
prajurit Mesir yang menyiksa seorang pemuda Mesir, dan menyembunyikan jenazahnya.

Ketika perbuatannya diketahui Fir’aun maka Musa memutuskan melarikan diri ke Midian, yang
terletak di sebelah utara Palestina. Di tempat tersebut, ia berguru kepda Nabi Su’aib dan menikah
dengan puterinya bernama Zippora.

Musa semakin ingin tahu tentang ketuhanan bangsa Irael yang pernah didengarnya. Keinginan
tersebut terklaksana ketika ia melihat cahaya dari kejauhan yang ternyata merupakan pertanda
akan datangnya wahyu kepadanya.

96
Allah kemudian mengangkatnya sebagai Nabi dan Rasul. Singkat cerita, ia berusaha
membebaskan rakyat Yahudi dari perbudakan dan berdakwah di hadapan Firaun. Dakwah itu
mendapatkan penolakan, akibatnya Musa mengajak bangsa Yahudi melarikan diri menuju tanah
Kan’an (Palestina).

Dalam upaya mengejar Bani Israel, bala tentara Fir’aun tenggelam di laut Merah. Peristiwa
terbebasnya bagsa Israel dari penindasan Fir’aun kemudian dirayakan dalam perayaan hari
Paskah. Setelah upacara paskah ini, bangsa Israel berangkat menuju semenanjung Sinai, di mana
Musa memperoleh wahyu Taurat di bukit Sinai (Tur Sina).

Setelah 40 tahun mengembara di Sinai, Bani Israel baru dapat memasuki tanah Kan’an. Akan
tetapi sebelum memasuki Kanaan, Nabi Musa dan Harun wafat.

Di Palestin ini lah agama tauhid Bani Israel pada perkembagannya berubah menjadi agama
Yahudi. Perubahan tersebut berlangsung sejalan dengan perkembangan bangsa Yahudi.

Yusak bin murid Nabi Musa, yang menggantikan Musa sebagai pemimpin Bani Israel (1280-
1200 SM) telah berhasil merebut tanah Kan’an dari orang-orang Kan’an. Ia lantas mengatur
negeri itu dengan sistem pemerintahan para Qadi.

Setelah berhasil menguasai Kan’an, Bani Israel menjadi lupa pada perjanjiannya dengan Tuhan.
Mereka mulai terpengaruh dengan adat istiadat penduduk asli Kan’an . akibatnya, mereka
semakin menyeleweng dari ajaran Musa, bahkan di antara mereka mulai menyembah kembali
patung sapi emas.

Bangsa Israel kembali mencapai kejayaan ketika dipimpin oleh Raja Talut (1042-1012 SM) yang
merupakan raja pertama bani Israel, Nabi Daud (David) 1012-972 SMS, dan Nabi Sulaiman
(Solomon) 972-932 SM. Pada masa Nabi Sulaiman, kerajaan Israel mencapai puncak
kejayaannya. Daerah kekuasannya meliputi daerah Kan’an, Transyordania, Lebanon, Suriah,
Sinai, sebagian Irak dan pulau-pulau sebelah barat laut Tengah.

97
Pada masa Sulaiman juga, Baitul Maqdis didirikan di atas bukit Zion. Akan tetapi Baitul Maqdis
runtuh ketika dihancurkan oleh tentara Nebukadnezar. Pada masa Raja Persia Cyrus, restorasi
terhadap Baitul Maqdis dilakukan.

Namun, Baitul Maqdis kembali hancur ketika pasukan Romawi di bawah komando Titus
menghancurkan Yerusalem pada tahun 70 M. Sejak saat itu, Baitul Maqdis tidak dibangun
kembali.

Pada masa khalifah Umar, reruntuhan Baitul Maqdis didirikan sebuah masjid yang dikenal
dengan sebutan Masjid Umar.

Kitab Suci Agama Yahudi


Terdapat beberapa kitab yang dianggap sebagai kitab suci Yahudi, seperti Torah (Taurat),
Talmud, Septuaginta, dan Pentateuch. Meskipun demikian, kitab pokok atau yang sering disebut
sebagai Kitab Perjanjian Lama adalah Taurat.

Selain umat Yahudi, Kitab Perjanjian Lama juga menjadi bagian kitab suci agama Kristen. Hal
ini dikarenakan al-Kitab/ Kitab Perjanjian Baru yang disusun oleh Yesus/Isa, sebagian berasal
dari Perjanjian Lama.

Kandungan Kitab Perjanjian Lama diakui oleh Yahudi dan Kristen berbeda-beda menurut
beberapa pendapat. Umat Yahudi mengakui bahwa kandungan Perjanjian Lama tidak selamanya
sama, karena sebagaian pendeta ada yang menambahkan, tetapi ditolak oleh pendeta lainnya.

Agama Yahudi membagi kitab mereka menjadi 3 golongan, yakni:

1) Kitab Taurat (Kejadian, Keluaran, Imamat, Bialangan, dan Ulangan).


2) Kitab Nabi-Nabi yang meliputi: Nabi-nabi yang terdahulu (Kitab Ysak, Qadi, Samuel, dan
Raja-Raja), dan
3) Kitab Nabi-nabi selanjutan (Ysaya, Yeremia, Yezekil, dan 12 nabi kecil mulai dari Hosea
sampai Melekhi).

98
Surat-surat yang terdiri dari Mazmur, Ayub, Amsal, Rut, Nudub, al-Khatib, Ester, Daniel, Ezra,
Nehemia, dan Tawarikh.

Umat Yahudi tidak mengakui Kitab Perjanjian Baru sebagai kitab suci. Sebaliknya, mereka
mengakui beberapa Kitab, diantaranya adalah Talmud. Talmud merupakan kitab yang
menghimpun tafsiran Tarat. Kitab ini merupakan sebuah ensiklopedi tentang hukum peradaban,
kemanusian, dan ketuhanan.

Terdapat dua macam jenis Talmud, yakni Talmud Yerusalem dan Talmud Babilonia. Selain itu,
terdapat pula golongan Yahudi yang lebih memuliakan Talmud daripada Taurat, karena Talmud
juga memuat percakapan para rabbi, dan percakapan itu setingkat dengan percakapan Allah
dengan para rabbi.

Sementara intisari Kitab Talmud dapat dibagi menjadi lima bagian, yang meliputi:

Sejarah tentang:
Qabil dan Habil sampai runtuhya menara Babilonia.
Kelahiran Irahim sampai kehancuran Sodom dan Gomorah.
Masa kelahiran Ishaq sampai Perang Chechem.
Masa Yusuf hingga pengangkatannya sebagai petinggi Mesir.
Kebesaran Yusuf dan kedaangan Ya’qub ke Mesir.
Kematian Ya’qub dan putera-puteranya; Musa keluar dari Mesir.
Contoh-contoh tafsiran kitab seperti, Keluar dari Mesir, hukum-hukum Tuhan, Musa meninggal
dunia, buku Esther, dan raja Sulaiman yang bijaksana.
Riwayat para rabbi atau rahib, ajaran-ajaran mereka dan peristiwa-peristiwa dalam hidup
mereka.
Peribadatan, fatwa-fatwa para rabbi dan legenda-legenda.
Hukum perdata dan pidana.
Inti Ajaran Agama Yahudi

99
Inti ajaran agama Yahudi dikenal dengan sebutan Sepuluh Firman Tuhan atau Ten
Commandments atau Decalogue. Kesepuluh perintah Tuhan tersebut diterima langsung oleh
Musa di bukit Sinai (Tur Sinai), ketika terjadi dialog langsung antara Tuhan dengan Musa.
Wahyu itu kemudian ditulis di atas sobekan kulit-kulit binatang atau batu.

Sepuluh Firman Tuhan tersebut adalah :

Dilarang menyembah selain Tuhan (YeHoVah).


Dilarang menyembah berhala.
Dilarang menyebut nama YeHoVah dengan main-main.
Wajib memuliakan hari sabtu.
Wajib memuliakan ayah dan ibu.
Dilarang membunuh sesama manusia.
Dilarang berzina.
Dilarang mencuri.
Dilarang bersaksi palsu.
Dilarang mengingini istri dan hak milik orang lain.

Ibadah Agama Yahudi


Jenis-jenis peribadatan umat Yahudi hampir sama dengan Islam dalam artian mereka juga
mengenal sembahyang, korban, puasa, khitan, dan sebagainya.

Sembahyang
Orang Yahudi melakukan sembahyang 3 kali sehari setiap jam 9, 11, dan 3 sore. Sementara
dalam kitab Talmud ditetapkan 3 sembahyang dalam sehari, yakni sembahyang pagi, siang, dan
malam.

Ketika berdiri tegak, mereka mengawali dengan tefillah atau amidah dan mengucapkan salawat
19 kali. Amidah sering didahului dengan shema atau syahadah pertama Yahudi yaitu ucapan
sebagai berikut “Dengarkanlah, hai bangsa Israel, Tuhan kita yang kita sembah adalah Esa”.
Setelah itu dilanjutkan dengan pujian terhadap Tuhan, dan diakhiri dengan doa wajib.

100
Sembahyang dapat dilakukan sendiri atau bersama. Untuk tempat sembahyang biasanya
dilakukan di tempat ibadah yang disebut sinagog serta kiblatnya mengarah ke Baitul Maqdis.

Kurban
Kurban dalam bentuk penyembelihan atau pembakaran binatang termasuk ibadah sakral dalam
agama Yahudi. Mereka mengenal 3 jenis kurban : kurban perdamaian, kurban pemujaan, dan
kurban-kurban lain.

Kurban perdamaian adalah kurban yang dilaksanakan untuk memohon perdamaian dengan
Tuhan untuk dosa-dosa yang diperbuat tanpa sengaja. Sementara yang termasuk ke dalam kurban
lain-lain antara lain kurban perjanjian, kurban pertikaian umum, kurban pembunuhan, dan
kurban cemburuan.

Puasa
Di dalam ajaran agama Yahudi terdapat beberapa jenis puasa yang mereka kerjakan. Salah
satunya adalah puasa untuk memperingati kejadian-kejadian bersejarah atau yang mereka sebut
puasa kecil.

Selain puasa kecil, ada pula puasa sembilan hari atau puasa berduka cita. Pada puasa ini, umat
Yahudi tidak boleh minum anggur dan makan daging. Ada pula puasa tiga minggu, yang selama
waktu itu tidak boleh melaksanakan pesta pernikahan.

Tujuan puasa umat Yahudi adalah untuk menghapuskan dosa dan mensucikan diri, di samping
untuk menyatakan rasa keprihatinan atau duka cita. Sementara untuk waktu puasa dimulai sejak
fajar sampai terlihatnya tiga buah bintang pada waktu senja.

Khitan
Sama halnya dengan Islam, umat Yahudi juga melakukan khitan. Perbedaanya khitan Yahudi
dilaksanakan pada hari kedelapan kelahiran dan sekaligus memberi nama pada bayi.

101
Hari-Hari Suci Yahudi
Hari Paskah merupakan hari raya yang dipestaka untuk merayakan pembebasan Bani Israel dari
perbudakan Fir’aun di Mesir.

Hari Pantekosta, adalah hari kelima puluh pasca panen.

Hari perdamian besar, yang dirayakan pada tanggal kesepuluh bulan ke tujuh menurut kalender
Yahudi. Pada hari tersebut semua orang berpuasa dan berkurban untuk menghapus dosa.

Hari Raya Pondok Daun atau hari raya pengumpulan hasil. Hari raya ini dirayakan pada tanggal
15-22 bulan ketujuh kalender Yahudi. Pada saat perayaan, orang-orang Yahudi berada dalam
pondok-pondok yang terbuat dari dahan dan daun tumbuh-tumbuhan.

102
AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga
jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan
dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para
pengikutnya dalam Perjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab
Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan
Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ (Ibrani: ‫יהושע‬,
Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.

Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam
yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran
yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:
Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah
dibaptis),

Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),

Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, seperti Anglikanisme, Reformasi, Luteran,

Methodis, Injili, and Pentekostalisme)

Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk
sebahagian daripada Tritunggal (sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal
Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak
(Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa
Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda
Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga
hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.

103
Jesus Christ

Jesus Christ (8–2 SM hingga 29–36 Masihi), juga dikenali sebagai Jesus dari Nazareth, ialah
tokoh utama agama Kristian. Beliau biasanya dirujuk sebagai "Jesus Christ" atau "Jesus Kristus",
dengan ungkapan "Kristus" yang berasal daripada gelaran Yunani yang bermaksud "Yang
Dilumuran Minyak" (Yunani: Χριστός Christos) yang sepadan dengan perkataan terbitan Ibrani,
"Al-Masih" (bahasa Ibrani: ‫ יהושע‬Yĕhošūa'). Dalam Bahasa Indonesia, beliau digelar sebagai
"Yesus Kristus".

Sumber-sumber maklumat yang utama mengenai kehidupan dan ajaran Jesus ialah empat buah
Gospel hukum gereja dalam Perjanjian Baru iaitu Matthew, Mark, Luke, dan John. Kebanyakan
cendekiawan dalam bidang-bidang kajian bible dan sejarah bersetuju bahawa Yesus adalah guru
Yahudi dari Galilee yang dianggap sebagai penyembuh, dibaptiskan oleh John si Pembaptis, dan
mati disalib atas perintah Gabenor Rom, Pontius Pilate disebabkan tuduhan hasutan terhadap
Empayar Rom. Sebilangan kecil cendekiawan mempersoalkan kewujudan sejarah Yesus.
Pandangan-pandangan penganut agama Kristian terhadap Jesus, walaupun berlainan dan rumit,
bertumpu kepada kepercayaan bahawa Yesus adalah Messiah atau Christ yang dijanji dalam
Perjanjian Lama, serta kepada Kebangkitannya selepas penyaliban. Kebanyakan orang Kristian
mempercayai bahawa Jesus adalah Anak Tuhan yang dihantar untuk memberikan penyelamatan
dan perdamaian dengan Tuhan melalui penebusan dosa-dosa kemanusiaan. Kebanyakan orang
Kristian adalah penyokong Trinitarianisme dan mempercayai bahawa Jesus adalah jelmaan
Tuhan, manakala mereka yang bukan penyokong Trinitarianisme memegang berbagai-bagai
tafsiran yang lain mengenai ketuhanan Yesus. Bidang kajian mengenai persoalan-persoalan ini
dikenali sebagai Kristologi. Kepercayaan-kepercayaan lain yang dikongsi oleh kebanyakan orang
Kristian termasuk Kelahiran Dara, Naiknya Yesus ke langit, dan Kedatangan Kedua pada masa
hadapan. Kebanyakan orang Kristian juga mempercayai bahawa Yesus melakukan mukjizat dan
menunaikan ramalan Bible.

104
Hari Easter

Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus Christ telah
dihidupkan kembali ("dibangkitkan") pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir
bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut
Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ("Holy Week") disambut oleh mereka dan pada Jumaat
sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma
("Palm Sunday") yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan
daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.

Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi
memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi merupakan tradisi kuno Yunani
merayakan datangnya musim bunga. Perayaan musim ini selalunya dirayakan dengan meriah
mengiringi kegembiraan meninggalkan musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah
lambang kesuburan.

Perjanjian Lama
Perjanjian Lama (bahasa Inggeris: Old Testament ) dalam agama Kristian adalah kitab suci yang
pertama dalam dua bahagian kitab suci agama Kristian (satu lagi adalah Perjanjian Baru).
Perjanjian Lama berkait dengan kitab suci agama Yahudi Tanakh dengan beberapa variasi dan
tambahan. Dalam agama Kristian Ortodoks, teks yang sama dikenali sebagai Septuagint yang
diterjemahkan dari bahasa Greek.
Perjanjian Lama dianggap kitab suci untuk kedua-dua penganut Yahudi dan Kristian. Mereka
percaya Tuhan memberi inspirasi untuk manusia menulisnya. Kitab ini mengandungi buku yang
berbeza dan ianya mengenai Tuhan, dan orang Israel.

Perjanjian Baru
Perjanjian Baru (bahasa Inggeris : New Testament) adalah kitab kedua dalam kitab suci agama
Kristian. Bahagian pertama dikenali sebagai Perjanjian Lama atau Tanakh oleh orang Yahudi.

105
Kritikan
Sepanjang sejarah Kristian, ramai telah mengkritik Kristian, gereja, dan Kristian sendiri.
Beberapa kritikan yang khusus menangani kepercayaan Kristian, ajaran-ajaran dan tafsiran kitab.
Sambutan rasmi Kristian kepada kritikan itu digambarkan sebagai Kristian pembelaan suatu
pendirian.

Beberapa bidang kritikan termasuk beberapa tuntutan kitab itu sendiri, etika tafsiran Alkitab
yang telah digunakan dalam sejarah untuk menjustifikasikan sikap dan tingkah laku yang dilihat
oleh pengkritik sebagai jelas nyata, soalan keserasian dengan sains, dan doktrin Kristian tertentu
bahawa beberapa mendapati tidak menyenangkan atau tidak munasabah.

REFORMASI PROTESTAN

Reformasi Protestan atau Zaman Pembaharuan Eropah adalah pergerakan pembaharuan di


Eropah yang bermula pada tahun 1517, tetapi berakar umbi lebih awal daripada itu. Ia bermula
dengan Martin Luther dan berkemungkinan ditamatkan dengan Perdamaian Westphalia pada
tahun 1648.[1] Pergerakan ini bemula dengan percubaan memperbaharui Gereja Katholik Rom.
Kebanyakan penganut-penganut Katholik di barat berasa gusar dengan apa yang mereka pandang
sebagai ajaran songsang dan penyelewengan di dalam institusi gereja itu sendiri, terutamanya
melibatkan pengajaran dan penjualan indulgence atau pengampunan. Perbalahan utama
seterusnya ialah amalan membeli dan menjual kedudukan gereja dan juga pengaruh rasuah di
dalam hierarki gereja yang menular hingga ke jawatan Paus.

Pada 31 Oktober 1517, di Saxony (di dalam kawasan yang kini dipanggil Jerman), Martin Luther
memakukan 95 Dalil-dalil di pintu Gereja Istana Wittenberg, yang berperanan sebagai papan
notis bagi pengumuman-pengumuman berkaitan hal-ehwal universiti.[1] Dalil-dalil ini
merupakan hujah-hujah bagi perbahasan yang mengkritik institusi gereja dan Paus. Hujah-hujah
yang paling kontroversi mensasarkan amalan penjualan pengampunan dan dasar gereja
berkenaan neraka sementara (Purgatory). Golongan pembaharuan yang lain seperti Ulrich
Zwingli dan John Calvin kemudiannya menurut jejak langkah Luther. Amalan dan kepercayaan
gereja yang diserang oleh golongan Protestan ini termasuklah neraka sementara, azab kubur,

106
penyembahan Maria, pelantikan dan penyembahan wali-wali, kebanyakan doa pemujaan, amalan
pembujangan yang diwajibkan ke atas semua paderi selain kekuasaan Paus.

Denominasi Kristian yang paling penting yang mucul hasil daripada gerakan pembaharuan ini
ialan Lutheran, Presbyterian dan Anabaptis. Reformasi Protestan ini turut dikenali dengan nama
Reformasi Jerman, Revolusi Protestan, Pemberontakan Protestan dan di Jerman sendiri sebagai
Reformasi Luther. Proses pembaharuan walau bagaimanapun mempunya sebaba-sebab dan
kesan-kesan yang berbeza di England, yang menyaksikan kemunculan Gereja England. Di sana
zaman tersebut dikenali sebagai Reformasi Inggeris. Denominasi Protestan selepas itu, secara
amnya berasal daripada gerakan pembaharuan awal ini. Golongan pembaharuan ini turut
mempercepat Reformasi-Lawan atau Reformasi Katholik di dalam Gereja Katholik.

ASAS-ASAS AJARAN DALAM AJARAN KRISTIAN


Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin)

Ajaran kristian percaya bahawa manusia sejak dari hari dilahirkan telah pun menanggung dosa.
Menurut ajaran kristian, Adam dan Hawa telah melanggar perintah Allah dengan memakan buah
dari pohon larangan yang di sebut di dalam Al-Quran sebagai Shajarat Al- Khuldi di dalam
taman Syurga atau di dalam bible disebut “The Garden Of Eden― (sila lihat The book Of
Genesis di dalam bible badingkan dengan versi Al-Quran). Disebabkan oleh itu Adam dan Hawa
dianggap berdosa dan disingkirkan dari syurga hasil dari perbuatan mereka itu. Akibat dari
peyingkiran itu keturunan Adam dan Hawa terpaksa menanggung derita dan kesengsaraan akibat
perbuatan mereka. Manusia kemudiannya dikatakan berdosa sejak lahir. Pelbagai cara yang
dibuat untuk menghilangkan dosa ini, menurut perjanjian lama atau Old Testement orang yahudi
mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dosa ini tetapi untuk membersihan dosa
seluruh umat manusia satu pengorbanan yang Agung perlu dilakukan iaitu dengan kematian
Anak Tuhan.

107
Doktrin anak tuhan (The sonship of God)

Untuk menyelamatkan manusia dari derita dan neraka, Tuhan telah menurunkan anaknya
kedalam kandungan Maryam atau Mary yang akhirnya kan dilahirkan sebagai anak tuhan.
Ajaran kristian percaya bahawa Jesus Christ adalah Anak tuhan yang tunggal (lihat John 3:16),
oleh kerana jesus itu lebih hampir dengan tuhan dari orang lain maka sudah sepastinya Jesus itu
amat unik. Perkara inilah yang menyebabkan Jesus telah dilahirkan dengan cara yang amat ajaib
sekali iaitu tanpa melalui proses kelahiran manusia yang biasa.

Doktrin ketuhanan Yesus (The Divinity of Jesus)

Setelah Jesus itu digelar sebagai anak tuhan, Dunia kristian akhirnya menukarkan status Yesus
sebagai Tuhan, sebagaimana dakwaan mereka bahawa Jesus Christ itu sebenarnya adalah tuhan
yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus di dakwa sebagai tuhan adalah
berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban yang ditunjukkannya dan juga kematiannya di
tiang salib. Walaubagaimana pun, sesetengah golongan kristian seperti Jehovah’s Witnesses,
Christadelphians dan juga golongan Unitarian tidak mempercayai doktrin ini.

Doktrin Kesucian Triniti (The Holy Trinity)Tiga abad selepas Jesus Christ, dalam Persidangan
Nicea (325CE), doktrin Holy Trinity ini secara rasminya dijadikan asas dalam ajaran kristian,
walaupun pada awalnya mendapat tentangan dari puak yang berpegang dengan ketauhidan tuhan
tetapi akhirnya puak ini dihapuskan dan akan diceritakan dalam bab yang lebih mendalam
terhadap topik ini nanti. Berdasarkan doktrin ini Tuhan bagi Christian adalah tuhan yang
mempunyai 3 oknum atau dalam bahasa yang lebih mudah tiga dalam satu dan satu dalam tiga.
Aliran utama kristian menyatakan bahawa oknum tersebut adalah Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan
juga Roh Kudus dan ketiga-tiga oknum ini mempunyai kesamarataan kuasa serta ketiga-tiganya
ini adalah satu yang terdapat dalam tiga yang membawa maksud ketiga-tiganya adalah satu pada
hakikatnya. Itulah yang diajar oleh kegerejaan kristian mengenai konsep tuhan, sesuatu doktrin
yang tidak pernah diajar oleh bible yang mereka miliki itu.

108
Doktrin Penyaliban Jesus. (The Cruxifixion Jesus)

Doktrin terakhir dalam perbincangan kali ini adalah doktrin yang menjadi lambang utama dalam
agama Kristian iaitu misteri Penyaliban Jesus di tiang salib. Orang Kristian percaya bahawa
tuhan telah menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia untuk menebus segala dosa-
dosa manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia dari api neraka menerusi kaedah
penyaliban yang kemudiannya bangkit semula (resurrected) atas tujuan yang sama.

Ini adalah diantara doktrin yang menjadi asas bagi penganut kristian sejak dari dulu hingga
sekarang. Ianya akan saya perincikan lagi dalam mesej-mesej yang akan datang dan anda akan
melihat bagaimana doktrin-doktrin yang mereka gariskan yang kononnya menjadi asas ajaran
Kristian itu akan dinafikan oleh kitab mereka sendiri dan juga sejarah kegerejaan yang mereka
agung-agungkan.

109
AGAMA MAJUSI

PENGENALAN

Majusi atau Zoroastrianisme adalah sebuah agama yang tertua di Medes/Parsi. Agama majusi ini
telah diasaskan oleh Zarathustra yang pada awal penyebarannya agama majusi ini di Iran. Dalam
agama majusi ini Zarathustra telah dianggap sebagai nabi oleh setiap penganutnya. Secara
umumnya agama majusi ini menyembah api dan Ahura Mazda sebagai tuhan mereka. Agama ini
juga mempunyai kitab suci bernama Avesta yang telah ditulis sendiri oleh Zarathustra. Pada awal
penyebaran agama ini Zarathustra telah menerima pelbagai ugutan untuk membunuhnya kerana
telah mencabar agama pagan yang sebelumnya menyembah berhala. Ini kerana ajaran yang
dibawa oleh Zarathustra amat bertentangan dengan ajaran agama pagan.

SEJARAH PERMULAAN AGAMA MAJUSI

Zarathustra dilahirkan di Timur Laut Iran. Beliau dilahirkan pada zaman budaya dan agama
politeistik (penyembahan banyak Tuhan). ‘Zoroaster’ adalah nama dari perkataan Yunani yang
dinisbahkan dari nama pengasasnya, Zarathustra. Beliau turut dikenali sebagai Zarathusti dalam
bahasa Parsi dan Zaratosht di Gujerat.

Maklumat mengenai kelahiran Zarathustra dan kehidupan awalnya amat terhad. Apa yang
diketahui hanya melalui teks dalam Gathas yang merupakan bahagian teras dalam kitab suci
Zoroaster iaitu Zend Avesta. Beliau dikatakan lahir dalam kalangan puak Spitama, dan bekerja
sebagai seorang imam dan juga pendidik.

Zarathustra menolak agama yang memiliki banyak Tuhan yang dianut oleh masyarakat Iran pada
waktu itu. Apabila Zarathustra mencapai umur 30 tahun, beliau dikatakan mendapat wahyu dari
Tuhan. Zarathustra percaya, hanya terdapat satu Tuhan sahaja yang berhak disembah dan
mencipta segala perkara di dunia iaitu Ahura Mazda. Manakala kuasa jahat atau syaitan pula
dikenali sebagai ‘Ahriman’.

Pada ketika itu, pemerintah di negeri tersebut menentang idea-idea yang dibawa oleh
Zarathustra. Mereka beranggapan agama, kuasa dan ritual mereka terancam disebabkan ajaran

110
yang dibawa oleh Zarathustra. Bahkan masyarakat disekitarnya waktu itu turut menentang dan
menghina ajaran yang dibawa oleh Zarathustra.

Selepas 12 tahun, Zarathustra telah meninggalkan negerinya untuk mencari tempat yang lebih
terbuka bagi mengembangkan ajarannya. Beliau mendapati sebuah tempat yang diperintah oleh
Raja Vishtaspa di Bactria (kawasan sekitar Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan pada hari ini) ia
agak terbuka dan masyarakat mereka menerima ajaran keagamaan yang diajar oleh beliau.

Raja dan permaisuri disitu mendapat khabar bahawa Zarathustra berdebat dengan para pemimpin
agama di negerinya. Setelah itu, pihak pemerintah memutuskan untuk menerima ajaran
Zarathustra dan menjadikannya sebagai agama rasmi kerajaan mereka. Sejak itu, agama
Zoroaster mula tersebar dan mula turut mempengaruhi kawasan Parsi. Lewat usia 70-an,
Zarathustra meninggal dunia.

Setelah kematiannya, agama Zoroaster bertapak kukuh di Parsi dan menjadi agama rasmi bagi
empayar Archaemenid. Namun, kegemilangannya hanya seketika sehinggalah Parsi diserang
oleh Alexander The Great dan tentera Yunani pada tahun 330 SM.

Peperangan itu telah menyebabkan kebanyakan bangunan kota Parsi hangus dibakar oleh tentera
Yunani. Segala rujukan dan kitab mengenai Zoroaster turut hilang ketika berlakunya peperangan
ini, dan agama ini akhirnya mengalami kemunduran.

Selepas beberapa ratus tahun kemudian, Parsi diperintah oleh dinasti Sassanid (224-651 M) dan
agama Zoroaster mula dihidupkan kembali sepertimana pada zaman Archaemenid dahulu.
Segala kitab dan tulisan mengenai Zoroaster juga dihimpun dan ditulis semula (permulaan era
kesusteraan Pahlavi)

Malah, terdapat banyak doktrin baru yang diwujudkan antaranya, konsep dualisme yang
menyatakan kekuatan antara kuasa baik Ahura Mazda dan kuasa jahat Ahriman adalah setara,
dan kedua-dua kuasa ini sentiasa berlawan.

111
Setelah itu, pada zaman ini turut diperkenalkan konsep kesucian api yang menjadi simbolik
kepada Ahura Mazda; cahaya bagi segala cahaya. Daripada itulah, munculnya golongan
penyembah api melalui kuil yang dinamakan Ateshgah.

Namun agama Zoroaster pada zaman Sassanid menerima kemunduran apabila tentera Mongol
berjaya menawan kawasan mereka. Malah, mereka turut mendapat tekanan daripada tentera
Islam sehingga menyebabkan penganut Zoroaster berpindah ke Utara Iran terutama daerah Yazd
dan Kerman. Bahkan hingga hari ini, penganut Zoroaster masih bertapak di sana dengan jumlah
komuniti yang tidak ramai.

KEPERCAYAAN DALAM AGAMA MAJUSI

Zarathustra mengajar mengenai konsep satu Tuhan dan menentang konsep dewa-dewi serta
penyembahan berhala. Tuhan bagi penganut Zoroaster adalah Ahura Mazda. Sepertimana yang
terdapat dalam kitab suci Zoroaster iaitu Dasatir Shat Vakhsur Zarthusht yang menyatakan;

Dia adalah Esa.

Tidak menyerupai sesuatu.

Tidak bermula dan tidak berakhir.

Tidak memiliki ayah, mak, isteri dan anak.

Tanpa badan atau bentuk.

Tidak dapat dilihat dengan mata dan tidak dapat membayangkan Dia.

Selain itu, mereka juga percaya kepada Ahriman yang menguasai kegelapan atau kejahatan.
Hasil pertentangan inilah wujudnya kepercayaan dualisme antara kuasa baik dan kuasa jahat.
Dualisme ini juga terdapat dalam setiap bahagian kehidupan manusia. Hidup dan mati, siang dan
malam, baik dan jahat. Kehidupan adalah pertentangan di antara kedua-dua kuasa baik dan jahat.

Dalam Zoroaster, mereka turut mempercayai konsep malaikat, yang dikenali dengan nama
Amesha Spentas. Tugas mereka adalah sebagai penolong Tuhan. Agama Zoroaster juga
mempercayai adanya syurga, neraka dan hari akhirat.

112
AJARAN AGAMA ZOROASTER/ MAJUSI

Ajaran Zoroasterisme atau Majusi atau Zoroaster termasuk dalam politeisme atau menyembah
banyak tuhan. Tapi dalam ibadahnya ada 1 tuhan yang paling diagungkan yaitu Ahura Mazda
(tuhan sang bijaksana), namun keberadaan dewa lainnya tetap diakui. Mereka merepresentasikan
dewa mereka sebagai api.

Ajaran ini dibawa oleh seorang filsuf dan sekaligus figur terkemuka Persia pada masa itu yakni
Zarathustra yang dilandasi oleh keraguan akan tuhan / kepercayaan pada masa itu. Kepercayaan
ini berkembang dari Iran, Afghanistan hingga India.

AMALAN KEROHANIAN ATAU RITUAL DALAM AGAMA MAJUSI

Dalam ritual Zoroaster, terdapat satu ibadah yang dinamakan sebagai ‘Naojote’. Ia merupakan
suatu ritual yang dilakukan ke atas kanak-kanak berusia antara 7 hingga 10 tahun. Istilah
‘Naojote’ berasal dari kata ‘Nao’ yang bermaksud baru dan ‘Jote’ atau ‘Zote’ bermaksud
mempersembahkan doa-doa.

Dalam ritual ini, kanak-kanak lelaki dan perempuan akan diberikan Sadre dan Kusti, iaitu
pakaian suci yang perlu dipakai seumur hidup. Setelah menjalani ritual Naojote, kanak-kanak
tersebut dianggap sudah ‘baligh’, seterusnya memiliki kewajiban dan tanggungjawab untuk
menjalani kehidupan dalam Zoroastrianisme.

Para penganut Zoroasterjuga melakukan penyembahan kepada api suci. Ritual itu dilakukan
dalam kuil yang disebut sebagai Kuil Api (Ateshgah).

Dinamakan sebagai Kuil Api kerana dalam kuil tersebut terdapat api yang dibiarkan menyala
secara berterusan sebagai lambang kehadiran dewa. Api bukan saja simbolik kepada kehadiran
Tuhan tetapi sebagai simbol kesucian juga.

Dalam ritual lain, Zoroastrianisme tidak membenarkan pembakaran tubuh orang yang telah
meninggal dunia kerana perbuatan itu dianggap mencemarkan air, udara, bumi dan api. Ini
kerana, unsur-unsur tersebut merupakan elemen alam yang suci bagi Zoroaster.

Bagi penganut Zoroaster yang telah meninggal dunia, mereka akan meletakkan mayat tersebut di
atas Dakhma atau dikenali sebagai ‘Menara Ketenangan (Tower of Silence)’. Di sana, terdapat

113
pembahagian tempat yang diasingkan antara lelaki, perempuan dan kanak-kanak. Sebelum itu,
jenazah akan dibiarkan berada di dalam rumah si mati selama tiga hari.

Satu-satunya Menara Ketenangan (Tower of Silence) Zoroaster yang masih aktif di Mumbai,
India. Selepas tiga hari, mayat tersebut akan dipindahkan ke Dakhma; menara terbuka dalam
keadaan bertelanjang dan terbiar begitu supaya dimakan oleh burung-burung dan serangga.
Manakala sisa-sisa tulang mayat itu akan dibuang ke dalam sungai.

AGAMA MAJUSI PADA PANDANGAN ISLAM

Banyak aspek ajaran agama majusi yang menyaamai ajaran agama islam seperti konsep tuhan
yang Esa, konsep kebaikan dan keburukan, adanya hari kebangkitan dan pembalasan sesudah
mati. Apa yang berbeza ialah ketidakjelasan mengenai dua unsur pencipta.iaitu pencipta
kebaikan yang sumbernya Ahura Mazda dan pencipta kejahatan yang sumbernya ialah Angra
Manyu. Di sini Zaarathustra mungkin terpengaruh dengan dualism ajaran Plato, iaitu body and
mind konsep pemisahan antara dua unsur tenaga. Demikian halnya dengan pensakratan ‘api’
yang kemudiannya dijadikan medium upacara keibadatan. Amalan ini mengheret agama Majusi
kepada agama keberhalaan kerana pensucian api akhirnya membawa kepada objek
penyembahan.

114
DIALOG ANTARA AGAMA

Dialog agama merupakan mekanisme berkesan dalam melahirkan perpaduan kaum dan agama.
Ia perlu diterima secara positif dan selektif oleh penganut agama. Dalam berdialog, terdapat etika
khusus yang perlu dipatuhi oleh pihak-pihak tertentu.

Pertama, ia tidak boleh menjejaskan kerangka dan pemahaman asas yang berteraskan konsep
tauhid yang terkandung di dalam ajaran Islam. Asas tauhid ini seperti mana diperjelaskan oleh
sarjana teologi Islam adalah bersifat tetap dan tidak boleh berubah sehingga kiamat (Ramli,
1998). Hal ini bermakna, walau apa pun bentuk dialog antara agama yang dilakukan, pendekatan
ala sekularisme yang menolak peranan ketuhanan dalam kehidupan manusia dan bergantung
sepenuhnya kepada peranan akal dan nafsu manusia di dalam menentukan segala aspek penting
di dalam kehidupan perlu dijauhkan sama sekali (Muhammad Zainiy, 2001). Lebih buruk lagi,
mengikut pendekatan kajian sekularisme Barat, sebarang elemen yang berkaitan dengan
fenomena ketuhanan dan metafizik akan dianggap sebagai karut dan tidak bersifat empirikal
(Abdul Rahman Abdullah, 2000). Bahkan mereka menganggap bahawa penderitaan manusia
adalah berpunca dari kelemahan manusia yang tertipu dengan berpegang kepada kepercayaan
keagamaan.

Kedua, mengakui tentang elemen universal yang wujud di antara agama besar dunia tanpa
melibatkan persoalan aqidah. Menurut Soroush (2001), ia merangkumi penekanan kepada sistem
moral yang baik, penekanan kepada hukuman terhadap sesuatu perbuatan yang buruk, sikap
alami terhadap alam semesta, penekanan kepada soal penyucian diri untuk tujuan kebaikan dan
penekanan kepada budaya ilmu.

Ketiga, menerima inklusif lawan eksklusif agama. Pemikir-pemikir besar agama seperti Seyyed
Hoessein Nasr (Islam), Hans Kung (Kristian), Gunaseela Vitanage (Buddha) dan Raimundo
Pannikar (Hindu) menjelaskan akan perlunya dikembangkan sikap beragama secara inklusif dan
menolak eksklusivisme (falsafah keterbukaan atau merasa rendah diri sendiri serba betul dan
menafikannya kepada orang lain) kerana di dalamnya ada kecenderungan eksklusif yang
menentang atau menolak agama lain.

115
Kempat, mengelakkan cemuhan budaya serta agama lain (cultural and religious ridicule) dan
mengelakkan perdebatan teologis doktrinal yang berakhir dengan kebuntuan.
Kelima, perlu bersikap toleransi antara penganut agama untuk mengelak sebarang konflik.
Toleransi dalam pergaulan dengan golongan bukan Islam bukanlah toleransi dalam masalah-
masalah keagamaan, melainkan perwujudan sikap keberagamaan pemeluk suatu agama dalam
pergaulan hidup antara orang yang tidak seagama dalam masalah-masalah kemasyarakatan atau
kepentingan umum.

Akhir sekali, memelihara kerukunan di antara penganut agama. Ia bukan bererti merelatifkan
agama-agama yang ada dengan melebur kepada satu totaliti (sinkretisme agama) melainkan
sebagai cara atau sarana untuk mempertemukan, mengatur hubungan luar antara orang luar yang
tidak seagama dalam proses sosial kemasyarakatan

KONSEP DIALOG ANTARA AGAMA


Perbincangan mengenai dialog antara agama adalah sebahagian daripada disiplin ilmu yang
dibahaskan dalam bidang kajian perbandingan agama. Perkataan dialog dalam bahasa Melayu
bermaksud percakapan, perbualan dalam lakonan, cerita atau apa sahaja bentuk pertuturan serta
pertukaran pendapat, perbincangan, perundingan antara dua pihak atau lebih mengenai sesuatu
isu secara terbuka. Dalam bahasa Inggeris, dialogue berasal daripada perkataan Greek dialectic
yang bermaksud discourse atau wacana (Reese, 1996). Merujuk kepada etimologi Greek, istilah
dialog berasal dari dua gabungan perkataan, pertama ia yang bermaksud through yakni
menembusi atau melalui, sementara perkataan kedua adalah logos yang bermaksud "perkataan"
tetapi ia turut membawa pelbagai definisi seperti yang berhubung kait dengan prinsip dan
pandangan mengenai sesuatu perkara. Justeru, dialog membawa maksud sesuatu pandangan, idea
yang dibincang untuk mencapai sesuatu kesimpulan atau matlamat yang bermanfaat kepada
pihak-pihak yang terlibat. Dalam bahasa Arab, dialog disebut al-hiwar, merujuk kepada
etimologinya yang berasal daripada ha, wau, ra. Ibn Manzur (2005) dalam kitabnya Lisan al-
Arab mendefinisikan al-hiwar iaitu dialog sebagai al-ruju yang bermaksud kembali semula atau
dirujuk semula.

116
Swidler (2003) mentakrifkan dialog sebagai perbincangan mengenai sesuatu perkara antara dua
orang atau lebih yang berbeza pandangan dengan tujuan utama setiap pihak dapat mempelajari
daripada pihak lain agar mereka boleh berubah dan berkembang maju. Definisi tersebut,
sekurang-kurangnya mengetengahkan beberapa ciri penting serta andaian awal yang terdapat
pada dialog.
Pertamanya, dialog bertitik tolak dari perbezaan pandangan.

Kedua, ia bukan sahaja memerlukan persefahaman di antara pihak yang terbabit akan tetapi
juga menuntut perubahan dari segi pendirian dan adakalanya, kepercayaan.

Ketiga, dialog turut merupakan tindak balas (reaction) kepada masalah dan kemelut yang timbul,
atau dengan kata lain, ia bersifat pragmatik. Secara lebih terperinci, dialog dalam konteks agama
Kristian merupakan satu gesaan terhadap perkara yang seharusnya dilakukan oleh penganut
Kristian iaitu bercakap atau berkomunikasi dengan penganut agama lain yang tidak hanya
Rahimin Affandi Abd. Rahim et al. melibatkan aktiviti perbincangan tetapi lebih utama lagi ialah
keupayaan mempamerkan cara hidup yang sebenar dan menyenangkan kepada penganut lain.
Sebagaimana yang dinukilkan oleh Thomas Michel (2000) melalui definisi dialog oleh Pope
John Paul, dialog mempunyai pelbagai bentuk dan ekspresi yang pada tradisinya adalah
pertukaran idea antara pakar-pakar agama sebagai wakil rasmi dalam sebuah forum untuk
mewujudkan kerjasama demi kepentingan pembangunan bersama dan pemeliharaan nilai-nilai
agama sehingga kepadaperkongsian pengalaman spiritual mengikut agama masing-masing yang
lazimnya dikenali sebagai "dialog kehidupan" iaitu setiap penganut menyaksikan kehidupan
seharian yang didasarkan dengan nilai-nilai spiritual dan kemanusiaan serta menyemai sikap
saling bantu-membantu demi kepentingan hidup bersama.Ekspresi dialog sebegini direncamkan
dalam empat bentuk dialog antara agama yang terkandung dalam dokumen The attitude of the
church towards the followers of other religions: Reflections and orientations on dialogue and
mission, 1984, 28–35 dan Dialogue and proclamation: Reflection andorientations on
interreligious dialogue and the proclamation of the Gospel of Jesus Christ, 1991, 42 diterbitkan
oleh pihak Vatikan sebagai dialog kehidupan, dialog tindakan/perlakuan, dialog pertukaran
faham agama (teologi) dan dialog perkongsian pengalaman keagamaan. Perkara ini
mengkehendaki penganut

117
Kristian melibatkan diri dalam semua aspek kehidupan dengan mewujudkan
semangat perkongsian bersama penganut agama lain dan mempelajari cara hidup
sebagai Kristian untuk diaplikasikan bersama dengan penganut agama lain dan
merangkumi tatacara berinteraksi, bertingkahlaku, berfikiran dan bertindak balas
mengikut ajaran Kristian.

Idealisme dialog turut diperincikan oleh Azizan Baharuddin (2005) yang menekankan dialog
adalah suatu bicara dengan pihak yang berfikiran berbeza daripada kita dengan tujuan utamanya
belajar cara berfikir yang berlainan dan baru, suatu cara untuk melihat alam dan kehidupan serta
maknanya, bukan debat untuk mengalahkan dan menundukkan orang lain. Beliau menjelaskan
lagi bahawa semua pihak mesti mendengar dengan perasaan yang empati supaya dapat difahami
kedudukan pihak lain dengan setepat yang mungkin dan menonjolkan suatu perlakuan yang
begitu murni dan bermoral iaitu menuntut manusia mengatasi tanggapan negatif dan rendah diri
serta bersifat jujur dani khlas.

Berasaskan pengertian dialog di atas, adalah jelas bahawa secara umumnya dialog adalah satu
elemen komunikasi dan medium interaksi yang melibatkan pertemuan dan perbincangan
mengenai sesuatu isu yang menimbulkan perbezaan pendapat, kesangsian dan salah faham di
antara pelbagai masyarakat yang tinggal bersama. Dialog tidak hanya terbatas pada perkara yang
membincangkan konflik Dialog antara Agama: Realiti dan Prospek di Malaysia dan kemelut
masyarakat tetapi dialog juga berperanan dalam memupuk persefahaman dan perkongsian hidup
bersama.

ETIKA DALAM DIALOG ANTARA AGAMA


Dialog agama merupakan mekanisme berkesan dalam melahirkan perpaduan kaum dan agama.
Ia perlu diterima secara positif dan selektif oleh penganut agama. Dalam berdialog, terdapat etika
khusus yang perlu dipatuhi oleh pihak- pihak tertentu.

Pertama, ia tidak boleh menjejaskan kerangka dan pemahaman asas yang berteraskan konsep
tauhid yang terkandung di dalam ajaran Islam. Asas tauhid ini seperti mana diperjelaskan oleh
sarjana teologi Islam adalah bersifat tetap dan tidak boleh berubah sehingga kiamat (Ramli,

118
1998). Hal ini bermakna, walau apa pun bentuk dialog antara agama yang dilakukan, pendekatan
ala sekularisme yang menolak peranan ketuhanan dalam kehidupan manusia dan bergantung
sepenuhnya kepada peranan akal dan nafsu manusia di dalam menentukan segala aspek penting
di dalam kehidupan perlu dijauhkan sama sekali (Muhammad Zainiy, 2001). Lebih buruk lagi,
mengikut pendekatan kajian sekularisme Barat, sebarang elemen yang berkaitan dengan
fenomena ketuhanan dan metafizik akan dianggap sebagai karut dan tidak bersifat empirikal
(Abdul Rahman Abdullah, 2000). Bahkan mereka menganggap bahawa penderitaan manusia
adalah berpunca dari kelemahan manusia yang tertipu dengan berpegang kepada kepercayaan
keagamaan. Dalam soal ini, Mohamad Kamal (1996) menjelaskan: Mereka mempunyai sikap
yang tidak senang terhadap agama dan menganggap penerusan hidup agama dalam dunia moden
sama ada sebagai a relic of medieval obscurantism atau sebagai satu daripada manifestasi
primitivism dan irrationality dalam diri manusia.

Kedua, mengakui tentang elemen universal yang wujud di antara agama besar dunia tanpa
melibatkan persoalan aqidah. Menurut Soroush (2001), ia merangkumi penekanan kepada sistem
moral yang baik, penekanan kepada hukuman terhadap sesuatu perbuatan yang buruk, sikap
alami terhadap alam semesta, penekanan kepada soal penyucian diri untuk tujuan kebaikan dan
penekanan kepada budaya ilmu. Rahimin Affandi Abd. Rahim et al.

Ketiga, menerima pluralisme agama yang positif. Ia dicirikan dengan:


1. Tidak sekadar menunjuk adanya kemajmukan tetapi keterlibatan aktif yang mana setiap
pemeluk agama dituntut bukan sahaja mengakui keberadaan dan hak agama lain, tetapi terlibat
dalam usaha memahami perbezaan dan persamaan untuk mencapai kerukunan dalam
kepelbagaian.

2. Harus dibezakan dari kosmopolitanisme. Kosmopolitanisme merujuk kepada suatu realiti di


mana pelbagai ragam agama, ras dan bangsa hidup berdampingan di satu lokasi tetapi
interaksinya pada tahap minima.
3. Berbeza dari relativisme yang berkaitan dengan nilai. Kesannya, semua agama adalah sama.

119
4. Bukan sinkretisme iaitu campuran atau paduan unsur tertentu atau sebahagian komponen
ajaran dari beberapa agama untuk dijadikan agama baru (Alwi,1998).

Keempat, menerima inklusif lawan eksklusif agama. Pemikir-pemikir besar agama seperti
Seyyed Hoessein Nasr (Islam), Hans Kung (Kristian), Gunaseela Vitanage (Buddha) dan
Raimundo Pannikar (Hindu) menjelaskan akan perlunya dikembangkan sikap beragama secara
inklusif dan menolak eksklusivisme (falsafah keterbukaan atau merasa rendah diri sendiri serba
betul dan menafikannya kepada orang lain) kerana di dalamnya ada kecenderungan
eksklusif yang menentang atau menolak agama lain (Shaharom, 2003).

Kelima, mengelakkan cemuhan budaya serta agama lain (cultural and religious ridicule) dan
mengelakkan perdebatan teologis doktrinal yang berakhir dengan keperluan.

Keenam, perlu bersikap toleransi antara penganut agama untuk mengelak sebarang konflik.
Toleransi dalam pergaulan dengan golongan bukan Islam bukanlah toleransi dalam masalah-
masalah keagamaan, melainkan perwujudan sikap keberagamaan pemeluk suatu agama dalam
pergaulan hidup antara orang yang tidak seagama dalam masalah-masalah kemasyarakatan atau
kepentingan umum.

Ketujuh, memelihara kerukunan di antara penganut agama. Ia bukan bererti merelatifkan


agama-agama yang ada dengan melebur kepada satu totality (sinkretisme agama) melainkan
sebagai cara atau sarana untuk mempertemukan, mengatur hubungan luar antara orang luar yang
tidak seagama dalam proses sosial kemasyarakatan (Sahibi, 1983).

Kelapan, perlu mengelak tiga gejala buruk yang ditegah oleh semua agama dan etika
kemanusiaan sejagat. Trilogi ini menghasilkan unsur terrorist, iaitu ekstremisme, cauvinisme dan
fanatisisme. Dan terorisme ini berkembang dalam Dialog antara Agama: Realiti dan Prospek di
Malaysia paradigma, strategi dan taktiknya ke arah apa yang disebut hiperterorisme
(hyperterrorism) kesan perkembangan hiperteknologi (Shaharom, 2003).
Secara asasnya, dialog itu perlu disertai oleh golongan pakar dan penganut yang komited,
mengenal pasti isu yang didialogkan untuk kepentingan manfaat bersama, diiringi dengan sifat

120
yang baik dan ingin belajar yang tinggi, lebih memberikan penekanan kepada isu-isu persamaan
tentang bagaimana agama boleh menyelesaikan masalah manusia, tidak mengandungi unsur
perdebatan yang boleh menjatuhkan maruah penganut yang lain, tidak bertujuan
memperkecilkan dan mengubah sesuatu pegangan agama pihak yang lain, serta tidak
mempertikaikan bahagian agama yang bersifat tetap dan tidak boleh berubah (Mohamad
Khatami, 1998).

Sejajar dengan pendekatan positif, Parlimen Agama Dunia (Parliament of the World's Religions)
yang bersidang di Chicago pada tahun 1993 telah menerbitkan Deklarasi Terhadap Etika Global
(Declaration Towards a Global Ethic) yang disediakan oleh Küng (2002). Semua perwakilan
agama dunia memberi komitmen untuk mempromosikan:
1. Budaya yang tidak ganas (non-violence) dan menghormati semua hidupan.
2. Budaya solidariti (perpaduan) dan keadilan ekonomi.
3. Budaya persamaan hak dan perkongsian antara lelaki dan perempuan.

Sehubungan dengan itu, etika-etika tersebut perlu diambil kira dalam hubungan
dialog di antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia khususnya bagi membina satu
persefahaman dalam masyarakat yang beragam cara hidup, budaya dan agama.

REALITI DIALOG AGAMA DI MALAYSIA


Kebiasaannya, sesuatu proses dialog itu akan membabitkan perbincangan antara dua pihak atau
lebih dengan mempunyai unsur pertemuan, komunikasi, persepakatan, pemahaman, perhubungan
dan persefahaman secara kolektif. Terdapat tiga bentuk dialog agama yang berkembang di
Malaysia. Ia tidak bersifat statik tetapi dinamik selari dengan perubahan dan perkembangan
masyarakat.

Pada dasarnya kewujudan tiga bentuk dialog agama ini dalam konteks Malaysia mempunyai
perkaitan erat dengan sejarah hubungan masyarakat Alam Melayu silam yang bersifat terbuka-
selektif dengan difusi budaya ataupun agama asing yang berasal daripada kawasan luar Alam
Melayu (Hashim, 2001a). Rahimin Affandi Abd. Rahim et al.

121
Pertama, dialog dalam kehidupan. Dialog ini berlaku apabila anggota masyarakat yang berbeza
terpaksa ataupun berusaha untuk hidup bersama di luar Batasan kelompok sendiri tanpa dibatasi
oleh ruang lingkup agama. Dalam beberapa kes terpencil, seperti mana berlaku dalam
masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka, etnik bukan Melayu telah mengalami proses asimilasi
yang cukup tinggi dengan masyarakat Melayu, sehingga dilihat telah meleburkan budaya etnik
mereka yang asal (Vaughan, 1974). Mereka akan hidup berjiran, bergotong-royong dan sama-
sama berkongsi perasaan sedih dan duka dalam masalah kemanusiaan. Dialog dalam bentuk ini
paling kerap dikesan berlangsung dalam kehidupan masyarakat Malaysia walaupun kadang-
kadang bersifat superficial dan ditaja khusus dalam bentuk iklan media massa bagi memberi
tunjuk ajar kepada anggota masyarakat. Falsafah pembangunan negara sejak selepas merdeka
hinggalah pada masa sekarang yang menekankan integrasi nasional lebih menekankan elemen
dialog dalam bentuk patriotisme ini tanpa menjuruskan kepada isu nilai-nilai agama
yang cukup serius (Abdul Rahman, 2004).

Kedua, dialog melalui tindakan bersama. Ia dapat direalisasikan apabila setiap penganut agama
yang berbeza bersepakat merancang dan melaksanakan tindakan yang menguntungkan semua
pihak. Pada kebiasaannya, dialog bentuk ini dilakukan oleh non-governmental organisation
(NGO) Islam dan bukan Islam yang bersatu memperjuangkan isu-isu membabitkan kemanusiaan
sejagat seperti isu alam sekitar, kepenggunaan, kemiskinan, pendidikan, dadah, AIDS,
kebebasan demokrasi dan globalisasi. Semua pihak bersetuju dengan peranan setiap agama
dalam pelbagai nilai dan formula bagi menyelesaikan permasalahan masyarakat (Ahmad
Sunawari, 2003).

Selain daripada NGO, terdapat juga badan agama-agama bukan Islam (Malaysian
Consultative Council of Buddhisme, Christianity, Hinduisme and Sikhisme) yang
bernaung di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM); bagi menyuarakan dan
memperjuangkan kepentingan setiap penganut agama bukan Islam di Malaysia (Ibrahim, 2003).
Bagi penganut Islam, badan rasmi ini walaupun ditubuhkan bukan untuk kepentingan politik
sesuatu kaum, tetapi ianya kerap kali menimbulkan pelbagaikonflik keagamaan dan perkauman.
Hal ini boleh dilihat daripada perkara berikut:

122
1. Sikap beberapa aktivis agama bukan Islam yang turut mempersoalkan dan mengapi-apikan isu
pertukaran agama Islam dalam kalangan kaum bukan bumiputera (Mohamed Azam, 2000).
Dialog antara Agama: Realiti dan Prospek di Malaysia

2. Jawatankuasa Teknikal Syariah dan Sivil (JTSS) yang dipertanggungjawabkan untuk


melakukan proses review dan perubahann terhadap sistem perundangan Islam dan sivil agar
kedua-duanya lebih bersifat Malaysia—sering dianggap secara negatif oleh penganut agama
bukan Islam. Hal ini telah menyebabkan proses reviewing ini dijalankan secara low profile bagi
mengelakkan bantahan golongan bukan Islam (Rahimin Affandi, 2003a).

3. Tindakan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity,Hinduism and Sikhism


(MCCBCHS) yang turut mencampuri isu politik; apabila menentang keras cadangan Parti Islam
Se-Malaysia (PAS) untuk menjalankan undang-undang hudud di Kelantan. Begitu juga terdapat
beberapa aktivis bukan Islam yang secara lantang menentang cadangan PAS untuk
membentangkan Akta Kawal propaganda agama bukan Islam di Malaysia—yang disifatkan
sebagai tidak boleh diterima, tidak demokratik dan bertentangan dengan Perlembangaan
Malaysia (Ibrahim,2003).

4. Dasar Islamisasi kerajaan seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam telah dinilai oleh penganut
bukan Islam sebagai usaha untuk memantapkan kedudukan masyarakat Melayu, yang dianggap
sebagai sifat nasionalisme Melayu yang keterlaluan sehingga mengancam kedudukan
masyarakat bukan Islam (Jaffary, 2003).

Ketiga, dialog melalui wacana intelektual. Ia berlaku sama ada dalam bentuk
(1) bilateral (membabitkan dua agama) seperti Dialog Islam-Kristian, ataupun
(2) trilateral (membabitkan agama Abrahamic) seperti agama Islam-Kristian-Yahudi,
ataupun dalam bentuk
(3) multilateral (membabitkan agama Abrahamic dan
budaya).

123
Ternyata dialog bentuk multilateral ini didapati lebih efektif kerana perbincangannya lebih
berfokus dan lebih terkawal (Ahmad Sunawari, 2003). Dialog bentuk ini masih lagi terhad dalam
konteks Malaysia semasa, apabila ia lebih khusus dijalankan hanya di Institusi Pengajian Tinggi
dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) serta tidak diperluaskan skopnya ke dalam
kehidupan masyarakat yang lebih besar. Fenomena ini berlaku kerana dialog itu merupakan satu
bentuk kemahiran insaniah yang wajar dipelajari dan dibudayakan. Selain itu, para pendialog
wajar mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang pengkajian agama dan perbandingan agama
selain memiliki kepakaran dalam bidang kajian teks kitab-kitab suci agama selain Islam dan
benar-benar memahami dan menguasai ilmu berkenaan agama budaya.

Pada peringkat antarabangsa, sebagai respons kepada pertelingkahan yang kerap wujud antara
pihak Barat, Israel, Palestin dan Negara Arab; dialog dalam bentuk trilateral (membabitkan
agama Abrahamic) seperti agama Islam-Kristian-Yahudi lebih kerap diadakan, khususnya oleh
pemimpin agama Abrahamic ini bagi Rahimin Affandi Abd. Rahim et al. meredakan titik
pertelingkahan yang memang mempunyai latar belakang sejarah yang agak panjang (Newby,
1996). Apa yang lebih penting lagi, bertepatan dengan piawaian hak asasi manusia serta
kebebasan agama (New World Order), pihak Barat secara berterusan telah meneliti
perkembangan hubungan dan dialog agama bentuk wacana ilmiah di Malaysia, sebelum
menentukan minat mereka untuk melabur di dalam aktiviti ekonomi di Malaysia (Heath, 1996).

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa trend negatif yang berkaitan dengan realiti dialog
melalui wacana intelektual ini, di antaranya sikap prejudis melulu penganut Islam terhadap
agama lain. Penganut Islam perlu dididik bagi mengamalkan sikap toleransi beragama terhadap
penganut bukan Islam kerana rata-ratanya penganut Islam masih bersikap prejudis kepada
penganut agama lain (Chandra, 1997). Hal ini menyebabkan gerakan kebangkitan semula Islam
yang melanda masyarakat Melayu telah menyisihkan masyarakat bukan Islam di Malaysia. Hal
ini amat mendukacitakan jika dilihat kepada sirah perjuangan mubaligh yang awal di Alam
Melayu, yang mengamalkan pendekatan dakwah ala Sufisme sehingga berjaya di dalam usaha
dakwah mereka. Pendekatan ala Sufisme ini telah menunjukkan sikap yang positif dengan
kepelbagaian agama yang wujud dalam masyarakat Melayu silam (Rahimin Affandi, 2003b).

124
Senario negatif ini telah menyebabkan penganut bukan Islam menjadi takut dan sinikal dengan
perkembangan gerakan kebangkitan semula Islam. Sewajarnya penganut bukan Islam perlu
diperjelaskan bahawa fenomena kebangkitan Islam ini bukanlah imperialisme budaya, kerana
Islam adalah agama universal dan bukan milik orang Melayu semata-mata, dan penyebaran
mesejnya bukan sahaja untuk memperkuatkan kedudukan bangsa itu tetapi juga memberi
kebaikan kepada bangsa-bangsa lain (Jaffary, 2003: 82).

Ia juga dapat dilihat dalam kegagalan pada kebanyakan dasar rasmi kerajaan. Menurut Paul
(1993), beliau mempertikaikan kemampuan impak dialog wacana dalam kehidupan yang
diwujudkan dalam majlis rasmi kerajaan seperti di sekolah dan tempat awam. Ia dianggap kurang
berkesan untuk mewujudkan kesedaran bagi penganut Islam untuk memahami nilai-nilai murni
universal agama lain. Hasilnya, trend ini menyebabkan penganut Islam tidak bersedia untuk
menghadiri majlis masyarakat penganut bukan Islam seperti upacara pengebumian dan majlis
perkahwinan. Sebaliknya masyarakat bukan Melayu seperti penganut Buddha, Hindu, Taoisme
dan Konfucius lebih mudah mengadakan interaksi dengan masyarakat Kristian. Bagi Muhammad
(1987), penganut Islam perlu berusaha untuk memahami reality kehidupan beragama masyarakat
bukan Melayu di Malaysia. Interaksi dalam ruang-ruang yang tidak bercanggah dengan ajaran
Islam seharusnya dimaksimumkan. Sikap memencilkan diri ini hanya bakal menyebabkan

Dialog antara Agama: Realiti dan Prospek di Malaysia


penganut agama lain menjadi terus jahil mengenai Islam meskipun mereka sudah lama hidup
bersama dengan penganut Islam. Keadaan ini sekiranya tidak dibendung akan membentuk
"tembok tersendiri" dalam kalangan bangsa Malaysia sekali gus sikap salah faham masyarakat
bukan Islam terhadap penganut Islam dan sebaliknya semakin membentuk jurang yang lebar
dalam hubungan umat beragama di Malaysia. Hal ini akan memangkinkan lagi kesukaran untuk
mewujudkan dialog antara agama dalam wacana ilmiah di Malaysia secara lebih terbuka.
Lebih lanjut lagi, Paul (1993) menegaskan kegagalan dialog dalam wacana ilmiah ini disebabkan
tiga faktor yang utama:
1. Kekurangan pakar yang benar-benar memahami agama-agama di Malaysia.
2. Penumpuan yang lebih diberikan kepada aspek perbezaan etnik khususnya antara Melayu dan
bukan Melayu.

125
3. Tiadanya sikap keterbukaan dari pihak masyarakat Islam untuk bersemuka serta berdialog
dengan masyarakat bukan Melayu.

Fenomena ini dikuatkan dengan sikap sinikal yang diamalkan oleh penganut Kristian. Pandangan
ini menuntut penganut agama Kristian agar lebih positif dalam menangani dialog agama melalui
wacana ilmiah dengan penganut bukan Kristian. Hal ini dikemukakan oleh Batumalai (1989)
tentang keperluan mengamalkan sikap proaktif dan terbuka bagi penganut agama Kristian untuk
memahami sosio-budaya dan agama masyarakat bukan Kristian khususnya masyarakat Melayu
dalam usaha mendekati mereka. Ringkasnya, kefahaman tentang aspirasi, budaya dan adat
sesuatu masyarakat beragama menjadi prasyarat kepada wujudnya dialog ilmiah di antara
penganut yang beragama bukan Kristian. Sebagai alternatif untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan penganut bukan Islam, beliau mencadangkan:

1. Masyarakat Kristian perlu bersatu meskipun wujud perbezaan mazhab sesama mereka.

2. Mengadakan dialog dengan pihak kerajaan yang dapat dilakukan dengan anggota masyarakat
bukan Islam menyertai NGO bagi menyuarakan hasrat mereka yang tidak bertentangan dengan
dasar kerajaan.

3. Mengemukakan beberapa nilai yang terkandung dalam agama lain seperti Kristian agar dapat
dijadikan sebagai nilai universal rakyat Malaysia. Rahimin Affandi Abd. Rahim et al.

PROSPEK DIALOG ANTARA AGAMA DI MALAYSIA


Trend dialog agama di Malaysia masih mempunyai prospek yang cerah. Kenyataan ini dibuat
berdasarkan kepada realiti fenomena globalisasi yang memungkinkan proses penyebaran
maklumat khususnya tentang sesuatu agama menjadi lebih terbuka dan boleh diperoleh oleh
sesiapa sahaja. Dalam era globalisasi, bentuk perhubungan masyarakat dunia telah berubah
dengan wujudnya ruang siber dan maya (virtual reality) yang tidak pernah berlaku
sebelumnya dalam sejarah manusia.
Ruang siber ini dinyatakan oleh Jalaluddin (2002) sebagai "ruang atmosfera atau ruang udara
yang mengandungi jisim dan jirim yang menjadi laluan gelombang cahaya dan bunyi sebagai

126
medan penghantaran maklumat serta laluan untuk berkomunikasi. Ia dimanfaatkan untuk sistem
komunikasi sama ada dengan menggunakan wayar ataupun tidak. Ia adalah jaluran lebuh raya
maklumat yang boleh melampaui batasan jarak, sempadan, masa dan tempat apabila digunakan
untuk berkomunikasi." Tambah beliau lagi, "kelahiran ruang siber ini mempercepatkan lagi
proses mentamadunkan pemikiran manusia kerana melaluinya penyebaran dan proses
transformasi maklumat lebih mudah dan cepat. Kesan kewujudan ruang siber melalui falsafah
cyborg ini telah melahirkan masyarakat baru (online) yang berbeza daripada masyarakat massa
(industri).

Fenomena ini antara lainnya bakal membolehkan setiap penganut agama mengetahui dan
memahami sesuatu ajaran agama lain dengan lebih mendalam lagi daripada sumber yang betul,
tanpa dipengaruhi oleh sesuatu pandangan yang bersifat berat sebelah (Abdullah Embong, 2001).
Selain itu, keadaan ini turut disokong dengan tersebarnya pelbagai buku dan laman web
berkaitan agama Islam yang menjelaskan sikap ajaran Islam yang menentang keras sebarang
bentuk amalan ekstremisme yang melampau. Hal ini dibuktikan lagi dengan pasca peristiwa 11
September, masyarakat Barat telah berusaha mengkaji ajaran Islam daripada sumbernya yang
sahih; al-Quran dan al-Sunnah. Hasilnya, sebahagian besar masyarakat Barat merasa hairan
kerana sebahagian besar daripada ajaran Islam didapati penuh dengan sifat rahmah (nilai
kemanusiaan) yang amat baik, kemuncaknya boleh dilihat dengan bertambah ramai masyarakat
Barat yang telah memeluk agama Islam (Newby, 1996).Dalam masa yang sama, wujudnya
inisiatif manusia moden tentang pentingnya fungsi agama di dalam kehidupan manusia. Seperti
mana dinyatakan oleh Mohammad Kamal (2001), sebahagian besar masyarakat Barat yang
terdiri daripada sarjana, Ketua Pengawai Eksekutif, hakim dan Islamis (Sarjana pengkaji
Islam di Institusi Barat) mengakui bahawa fenomena keruntuhan moral yang berlaku di Barat
adalah sebagai akibat langsung daripada tindakan manusia Barat yang meninggalkan agama
dalam kehidupan dan lebih mementingkan nafsu serta

127
Dialog antara Agama: Realiti dan Prospek di Malaysia

materialisme semata-mata, yang kononnya mampu memberikan kebahagiaan sejati kepada umat
manusia. Penekanan terhadap isu moral untuk manusia (aspek makanan rohani) mula disedari
oleh sarjana Barat bukan boleh bergantung kepada sumber akal semata-mata, tetapi memerlukan
kepada sentuhan ajaran agama. Hal ini kerana agama dilihat mampu memberikan input
kerohanian kepada jiwa manusia berhubung dengan tujuan hidup, matlamat dan kesudahan
hidup manusia.

Senario ini dapat dilihat dengan wujudnya perpaduan semua agama besar di dunia untuk
mengambil pendekatan dialog, sebagai respons terhadap serangan ganas yang dibawa oleh
fahaman terorisme. Lebih tepat lagi, telah timbul kesedaran tentang pentingnya semua agama
besar di dunia perlu bersatu untuk menangani hegemoni fahaman bentuk baharu yang dibawakan
oleh fenomena globalisasi. Hal ini telah melahirkan dialog antara agama yang dipelopori dalam
kalangan penganut agama terbesar di dunia. Contoh yang jelas bagi menunjukkan kesedaran ini
boleh dilihat daripada pandangan Gereja Katolik yang mengiktiraf semua penganut agama selain
Kristian Katolik akan diterima di sisi tuhan (Rahminah, 2000). Begitu juga halnya dengan
tindakan gereja di England yang memohon maaf dan bersimpati dengan nasib umat Islam di Iraq
yang diserang oleh kuasa besar North Atlantic Treaty Organization. Selari dengan itu, wujudnya
kesedaran umat Islam tentang kepentingan dihidupkan trend dialog agama dalam konteks dunia
moden ini. Trend ini dapat dikesan secara meluas di Malaysia dan Indonesia, tetapi sayangnya
telah mendapat tentangan hebat daripada sesetengah golongan yang menuduh trend dialog agama
yang berdasarkan pluralisme agama ini sebagai mengkhianati ajaran Islam (Hamid Fahmy,
2004). Bagi penganut Islam, trend dialog agama yang dijadikan agenda utama oleh pelbagai
institusi Islam moden perlu disokong, berdasarkan beberapa manfaat utama, antaranya:

1. Elemen positif yang terhasil akibat pengamalan keterbukaan yang disertakan pula dengan sifat
toleransi yang mengakui kewujudan sesuatu pandangan lain, mencakupi dua aspek yang utama,
(a) sifat terbuka dan perlu saling mempelajari terhadap semua mazhab di dalam Islam dan
(b) sifat terbuka terhadap semua penganut agama terbesar dunia. Secara jelas ketinggian tamadun
Barat, Cina, Korea dan Jepun boleh dipelajari kerana ia berpunca daripada ajaran etika dan etos

128
kerja murni yang dimiliki oleh agama besar dunia, seperti Konfuciusme, Shintoisme dan
Prostestant ethic (Shukri dan Razali, 2001).

2. Pendekatan dialog ini boleh dijadikan sebagai wadah utama untuk mengatasi isu polarisasi
kaum yang sedang melanda masyarakat Malaysia semasa. Demi untuk melupakan tragedi 13 Mei
1969 dan mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia, pihak Rahimin Affandi
Abd. Rahim et al. kerajaan dan pelbagai NGO sama ada yang berteraskan agama Islam dan
agama lain telah bertungkus lumus untuk menyumbangkan pelbagai idea bernas bagi
menjayakan program perpaduan ini. Secara majoriti semua NGO bersetuju bahawa faktor agama
boleh menjadi titik perpaduan berbanding dengan faktor etnik dan budaya, memandangkan
semuapenganut agama terbesar di Malaysia meyakini setiap agama tidak menggalakkan
penganutnya bertindak secara ganas dan menindas sesame manusia (Ibrahim, 2003).

3. Sebagai kaedah utama untuk menghapuskan tohmahan buruk yang diberikan oleh media Barat
terhadap ajaran Islam dan penganutnya. Dewasa ini, kelihatannya pandangan negatif yang
dibawa oleh sarjana Barat telah lebih mendominasi dan diterima pakai oleh pihak berkuasa
Barat dalam merangka dasar luar mereka terhadap dunia umat Islam (Gerges, 1999). Rata-
ratanya kalangan orientalis Barat ini memberikan kupasan yang agak stereotype terhadap Islam
dan gerakan Islam moden di seluruh dunia dengan menonjolkan gerakan Islam moden sebagai
golongan pengganas yang hauskan darah masyarakat bukan Islam. Hal ini berlaku disebabkan
antara lainnya kerana faktor agama Islam itu sendiri yang menggalakkan penganutnya bertindak
ganas terhadap golongan bukan Islam (Lewis, 1993). Selain itu, gerakan Islam turut diwar-
warkan sebagai ancaman utama kepada dominasi order baru dunia moden yang ditaja oleh
Amerika Syarikat. Pandangan ini bersesuaian dengan teori clash of civilization yang diutarakan
oleh Samuel Hutington, yang menganggap faktor budaya dan agama, khususnya agama Islam
yang menjadi musuh utama masyarakat Barat, yang harus diperangi secara habis-habisan
(Huntington, 1993). Bagi menangani keadaan ini, kalangan penganut agama perlu mengamalkan
pendekatan proaktif dengan mempergiatkan dialog antara agama dan dialog peradaban untuk
memberi imej yang positif tentang setiap agama dan dalam masa yang sama membina
persefahaman dengan penganut agama lain

129
DIALOG ANTARA AGAMA

DIALOG ADALAH
Perbincangan atau perbahasan antara 2 pihak tenting sesuatu perkara

DIALOG ANTARA AGAMA


Perbincangan, perbahasan serta persefahaman antara satu agama dengan agama yang lain dalam
sesuatu isu

PERTAMA
Isu –Isu Agama, Kepercayaan, Pegangan Hidup, Budaya, Adat Dan Sistem Dalam Agama

KEDUA
Isu –Isu Umum Yang Untuk Kepentingan Bersama Sebagai Ahli Masyarakat Majmuk

TUJUAN DIALOG
• Mencari Kesepakatan Dalam Membina Masyarakat Negara Bangsa.
• Memupuk Keharmonian Agar Boleh Hidup Berdampingan
• Mengelakan Masyarakat Dari Terjebak Dengan Hasutan, Adu Domba Dan Bertindak
Mengikut Emosional
• Islam Sebagai Agama Rahmat Seluruh Alam
• Sebagai SebaHagian Dakwah Bil Hall

PRINSIP ISLAM DALAM BERDIALOG

• Ikhlas Dan Jujur


• Berhujah Dengan Neraca Ilmu
• Terbuka Dan Memberi Ruang Yang Sama
• Rendah Diri Dan Tawadu’
• Bahasa Lunak Dan Beradab
• Bijaksana Dalam Mencari Berdialog
• Mengarah Ke Arah Yang Jalan Kebenaran

130
PRINSIP AGAMA KRISTIAN DALAM DIALOG ANTARA AGAMA

Apa yang terbaik menurut setiap tradisi kita, mencadangkan sepuluh prinsip seperti berikut:

1. Semua yang baik, benar dan indah berasal dari Pencipta yang satu dan Sama iaitu Tuhan. Ini
sesungguhnya benar, tidak kira apa pun agama atau sayap sekular, tidak ada yang dapat
menentang kebenaran iman dan agama ini.

2. Tuhan menyelamatkan semua orang, secara saksama, tanpa diskriminasi.

Tuhan tidak ada golongan atau orang-orang kesayangan. Semua orang dapat menjangkau dan
dapat datang kepada Tuhan dan Roh Tuhan, dan semua manusia tidak pernah berkekurangan
dalam penyelenggaraan Tuhan. Lagipun, setiap agama tidak menolak kebenaran dan kekudusan
agama lain.

3.Tidak ada satu agama atau denominasi yang mempunyai kebenaran penuh dan sejati. Tuhan
adalah tidak terbatas dan tidak dapat digambarkan.

Oleh itu, maknanya, Tuhan tidak dapat digambarkan secukupnya oleh konsep dan bahasa
manusia. Maka, pengetahuan kita tentang Tuhan yang mungkin betul, hanyalah sebahagian
sahaja. Tuhan tidak dapat dikenal sepenuhnya dan gambaran kita tentang Tuhan adalah terbatas.

4. Semua iman dan agama sedang berjalan menuju kepenuhan kebenaran. Tidak ada agama atau
denominasi yang dapat menyatakan kebenarannya secara penuh, ia juga bukan sesuatu yang
kekal diam begitu sahaja sebaliknya harus dilihat sebagai satu titik permulaan perjalanan.

Lagipun, sebagai penganut-penganut pelbagai agama (dan denominasi serta kumpulan-kumpulan


mazhab agama), kita perlu berasa selamat di dalam 'rumah' sendiri, dan perlu mengenal
kebenaran dan keindahan yang diungkapkan oleh ‘rumah’ orang lain.

Kita harus menerima (saya mohon) bahawa terdapat kehidupan manusia lain di mana agama
mereka ditulis dalam bahasa berlainan.

5. Kemajmukan pelbagai agama merupakan satu kekayaan yang dibenarkan oleh Tuhan.

Tuhan kita tidak hanya memberkati kesatuan kita malah Tuhan juga memberkati kepelbagaian
yang membantu memperlihatkan kelimpahan kasih Tuhan.

Aneka agama memang punca ketegangan tetapi kepelbagaian itu dan perjuangan untuk
mengekalkan keharmonian, akan menjadi penyumbang penting kepada kekayaan kesatuan kita.
6. Tuhan adalah 'berselerakan' di dalam dunia agama.

Semua yang mengungkapkan perasaan positif tentang Tuhan — menyumbang kepada


perbendaharaan kekayaan keilahian Tuhan. Oleh itu, dengan melihat aspek ini, pelbagai agama

131
di dunia membantu memperkenalkan Tuhan dan membantu dunia untuk mengingati kewujudan
Tuhan.

7. Semua orang harus mengambil kira imannya berdasarkan hati nurani. Setiap kita harus
bertanggungjawab akan iman dan penyelamatan masing-masing.

8. Secara sengaja, semua agama hebat dunia membincangkan agama lain secara mendalam (dan
bagi seorang Kristian, ini bermakna mereka mengungkapkan misteri Kristus).

Iman yang sejati tahu bahawa kehendak Tuhan adalah sama untuk semua orang dan roh Tuhan
berhembus bebas untuk menjangkau setiap orang.

Oleh itu, kita harus berusaha memahami bahawa Roh Tuhan yang sama, berusaha untuk
menghubungkan dirinya dengan agama-agama, denominasi dan mazhab lain.

9. Kaitan sejarah dengan manamana agama adalah kurang penting, melainkan mencapai
perhubungan peribadi iaitu keakraban atau keintiman dengan Tuhan.

Apa yang Tuhan mahukan sesungguhnya daripada kita, tanpa mengira agama, bukanlah amalan
agama tetapi perhubungan peribadi yang akrab dengan-Nya, yang dapat mentransformasi
kehidupan kita, agar dapat mencerminkan kebaikan, kebenaran dan keindahan Tuhan dengan
jelas.

10. Di dalam kehidupan dan perhubungan kita dengan agama lain, rasa hormat, berbelas kasihan
dan sopan terhadap penganut agama lain harus diutamakan.

Ini tidak bermakna bahawa semua agama adalah saksama dan iman harus direndahkan namun
apa yang penting ialah, kita harus mempunyai ketulusan iman yang mengandungi prinsip-
prinsip: menghormati, sopan terhadap agama lain dan berbelas kasihan.

Sepanjang sejarah, ahli-ahli fikir agung telah bergelut dengan masalah yang satu dan banyak.
Dan, secara sedar atau tidak, semua kita turut bergelut dengan tekanan di antara satu dan banyak,
hubungan antara kesatuan dan kemajmukan, namun, mungkin, ini bukanlah masalah kerana ia
memperlihatkan kekayaan kelimpahan kurniaan Tuhan dan secara manusiawi, kita bergelut
untuk memahami kelimpahan kebesaran kurniaan itu.

132
PERKEMBANGAN AGAMA SELURUH DUNIA

133
134
Rujukan

Abdul Rahman Abdullah. 2000. Wacana falsafah sejarah: Perspektif Barat dan
Timur. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahman Aziz. 2004. Falsafah pembangunan. Sintok, Kedah: Penerbit


Universiti Utara Malaysia.

Abdullah Embong. 2001. Sistem maklumat Islam: Cabaran dan keperluan


maklumat umat Islam di Malaysia dari perspektif agama. In Teknologi
maklumat dan komunikasi: Harapan, cabaran dan barakah. Alor Setar:
INSANIAH.

Ahmad Sunawari Long. 2003. Dialog antara agama-agama: Prasyarat


persefahaman antara agama-agama. In Agama dan perpaduan kaum di
Malaysia, ed. Jaffary Awang. Bangi, Selangor: Fakulti Pengajian Islam,
Universiti KebangsaanMalaysia.

Alwi Shihab. 1998. Islam inklusif: Menuju sikap terbuka dalam beragama.
Bandung: Penerbit Mizan.

Rahimin Affandi Abd. Rahim et al. Amin Abdullah. 2000. Kajian ilmu kalam di IAIN:
Menyongsong perguliran paradigma keilmuan keislaman pada era milenium ketiga. Al-Jamiah
65(6): 84–85.

Azizan Baharuddin. 2005. Dialog peradaban: Perspektif Islam. Kuala Lumpur:


Center for Civilization Dialogue, Universiti Malaya.

Azyumardi Azra. 1999. Renaisans Islam Asia Tenggara: Sejarah wacana dan
kekuasaan. Bandung: PT Remaja Rosdakarya.

Batumalai, S. 1989. Responses to Islamic resurgence in Malaysia: From a


Christian perspective. Asian Journal of Theology 3(1): 1–14.

Chandra Muzaffar. 2001. Globalisation and religion: Some reflection. In


Religion and culture in Asia Pacific: Violence or healing, ed. J. A. Camilleri.
Melbourne: Vista Publication.

________. 1997. Accommodation and acceptance of non-Muslim communities


within the Malaysian political system: The role of Islam. American Journal
of Islamic Social Sciences 13(1): 28–41.

Comber, L. 2001. 13 May 1969: A historical survey of Sino-Malay relations. 2nd


ed. Singapore: Graham Brash.

Gerges, F. A. 1999. America and political Islam: Clash of cultures or clash of

135
interest. Cambridge: Cambridge University Press.

Hamid Fahmy Zarkasyi. 2004. Tantangan sekularisasi dan liberalisasi di dunia


Islam. Surabaya: Penerbit Khairul Bayan.

Hashim Musa. 2004. Pemerkasaan tamadun Melayu Malaysia menghadapi


globalisasi barat. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

________. 2001a. Islam: An overview in history and contemporary world. Jurnal


AFKAR 2: 17–42.

________. 2001b. Merekonstruksi tamadun Melayu Islam: Ke arah pembinaan


sebuah tamadun dunia alaf baru. Kuala Lumpur: Academy of Malay Studies
Universiti Malaya.

Hassan Ahmad. 2006. Memperkasa bangsa melalui kekuatan dalaman: Ke arah


kelahiran Melayu glokal. Kuala Lumpur: Alaf 21 Sdn Bhd.

Dialog antara Agama: Realiti dan Prospek di Malaysia


Heath. P. 1996. Some American perceptions of developing Muslim countries. In
Development, Islamic, Malaysian and American perspectives, ed. Aidit Haji
Ghazali. Kuala Lumpur: INMIND.

Huntington, S. P. 1993. The clash of civilizations? Foreign Affairs Summer


72(3): 22–49.

Ibn Manzur. 2005. Lisan al-Arab. Beirut, Lebanon: Dar al-Kutub al-Ilmiyah.

Ibrahim Abu Bakar. 2003. Beberapa cabaran utama kepada agama-agama di


Malaysia. In Agama dan perpaduan kaum di Malaysia, ed. Jaffary Awang.

Bangi, Selangor: Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan


Malaysia.

________. 1994. Islamic modernism in Malaya. Kuala Lumpur: Penerbit


Universiti Malaya.

Idris Zakaria. 1999. Intelek Eropah dan penentangan terhadap agama. al-
Maw'izah 7: 15–21.

Indrajit Banerji and S. Logan. 2008. Asian communication handbook 2008.


Singapore: Asian Media Information and Communication Centre (AMIC)
and Wee Kim Wee School of Communication and Information, Nanyang Technological
University.

Jaffary Awang. 2003. Toleransi agama dan perpaduan kaum: Response intelek

136
Malaysia – Satu observasi ringkas. In Agama dan perpaduan kaum di
Malaysia, ed. Jaffary Awang. Bangi, Selangor: Faculty of Islamic Studies,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jalaluddin Abdul Malek. 2002. Falsafah reruang siber dan komuniti online:
Cabaran pembangunan alaf baru. In Falsafah dan peradaban pembangunan,
ed. Misran Rokimin. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Kamar Oniah Kamaruzaman. 2001. Inter-faith dialogue: Moving forward, setting


premises and paradigms. In Religion and culture in Asia Pacific: Violence or
healing, ed. J. A. Camilleri. Melbourne: Vista Publication.

Kamaruddin M. Said. 2002. Anomie, etnisiti, jarak sosial, dan jenayah benci:
Analisis sosiologikal peristiwa pergaduhan beramai-ramai di Petaling Jaya
Selatan. In Keluarga, gender dan cabaran sosial di Malaysia, eds. Lukman

Z. Mohamad. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Rahimin Affandi Abd. Rahim et al.

Khoo, K. K. 2003. Kaum, bangsa dan agama dalam peradaban Malaysia. In

Globalisasi dalam peradaban di Malaysia, ed. A. Aziz Deraman. Kuala


Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Küng, H. 2002. Many faith-one tolerance. In The end of tolerance, eds. S. Stern
and E. Seligmann. London: Nicholas Brealey Publishing.

Lewis, B. 1993. Islam and liberal democracy. Atlantic Monthly, February.


________. 1990. The roots of Muslim rage. Atlantic Monthly, September.

M. Periasamy. 2005. Malaysia sebuah negara Islam: Menurut perspektif warga


bukan Islam. Kuala Lumpur: Ministry of Information, Malaysia.

Michel, T. 2000. Dialogue in the context of consecrated life: Working with others
for justice and peace. Oxford, London: Oxford University Press.

Mohamad Abu Bakar. 2001. Pengaruh luar dan pengislaman dalam negeri:
United Kingdom dan Eire dalam kebangkitan semula Islam di Malaysia. In
Jendela masa: Kumpulan esei sempena persaraan Dato' Khoo Kay Kim, ed.

Mohammad Redzuan Othman. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mohamed Azam Mohamed Adil. 2005. Kebebasan beragama dan hukuman ke


atas orang murtad di Malaysia. In Mahkamah Syariah di Malaysia:

137
Pencapaian dan cabaran, ed. Ahmad Hidayat Buang. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.

________. 2000. Bidang kuasa dan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia


pasca Alaf 20: Ke arah mana? Jurnal Syariah 8(2): 103–122.

Mohammad Haji Yusuf. 1993. Hubungan antara kelompok: Rujukan kepada


"Sejarah Melayu." In Psikologi Melayu, ed. Abdul Halim Othman. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohammad Kamal Hassan. 2001. Intellectual discourse at the end of the 2nd
millennium: Concerns of a Muslim-Malay CEO. Kuala Lumpur: International
Islamic University Malaysia Press.

________. 1996. Pembentukan ilmu kemasyarakatan dari perspektif Islam. In


Sains sosial dari perspektif Islam. Bangi, Selangor: Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Mohammad Khatami. 1998. Membangun dialog antara peradaban: Harapan dan


tantangan. Bandung: Mizan.

Dialog antara Agama: Realiti dan Prospek di Malaysia


Mohd. Azizuddin Mohd Sani. 2002. Hak asasi manusia menurut pandangan
Islam dan barat. Kuala Lumpur: Penerbitan PTS.

Muhammad Abu Bakar. 1989. Selepas kebangkitan semula Islam, pengislaman


dan pendakwahan masa kini: Satu overview. Ilmu Masyarakat, 16(Oktober–
Disember).

________. 1987. Penghayatan sebuah ideal. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Muhammad Natsir Mahmud. 1997. Orientalisme: Al-Quran di mata barat.


Semarang: Pustaka Pelajar.

Muhammad Yusoff Hashim. 1992. Pensejarahan Melayu: Kajian terhadap


tradisi sejarah Melayu nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Muhammad Zainiy Uthman. 2001. Islam, sains dan pemikiran objektif: Suatu
perbandingan ringkas. Jurnal YADIM 2: 146–148.

Munawir Sjadzali. 1993. Islam dan tata negara: Ajaran sejarah dan pemikiran.
Jakarta: UII Press.

Newby G. D. 1996. Muslim/non-Muslim relations: Lesson from the past for a

138
better future. In Development, Islamic, Malaysian and American
perspectives, ed. Aidit Haji Ghazali. Kuala Lumpur: INMIND.

Osman Bakar. 2003. Globalisasi dan peradaban. In Globalisasi dalam peradaban


di Malaysia, ed. A. Aziz Deraman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Paul Tan Chee Ing. 1993. Muslim-Christian relations in Peninsular Malaysia.


Islamochristiana 19, 125–151.

Rahimin Affandi Abdul Rahim. 2003a. Adakah Malaysia sebuah negara Islam,
Jurnal YADIM 5, 1–15.

________. 2003b. Al-Quran dan peranan ulama Melayu dalam pemodenan rantau
alam Melayu. In Warisan al-Quran dan peradaban manusia siri 1, ed. Mohd
Radzi Othman, 1–43. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia.

________. 2000a. Fiqh Malaysia: Suatu tinjauan sejarah. In Fiqh Malaysia: Ke


arah pembinaan fiqh tempatan yang terkini, ed. Paizah Ismail, 22–25. Kuala
Lumpur: Akademi Pengajian Islam.
Rahimin Affandi Abd. Rahim et al.

________. 2000b. Orientalisme dan keutuhan ummah Islam: Suatu analisis.


Jurnal Syariah 9(1): 39–41.

Rahminah Muharam. 2000. Hubungan Islam dan Kristian dalam konteks


dokumen vatican 11. Pemikir Oktober–Disember.

Ramli Awang. 1998. Tasawwur rabbani menurut al-Quran dan sunnah. Kuala
Lumpur: Utusan Publication.

Reese, J. S. 1996. Recasting social values in the work of Virginia Woolf. London:
Associated University Press.

Riddel, P. 2001. Islam and the Malay-Indonesian world. Singapore: Oxford


University Press.

Sahibi Naim. 1983. Kerukunan antara umat beragama. Jakarta: PT Gunung


Agung.

Shaharom TM Sulaiman. 2003. Hiperterorisme dan hiperteknologi: Babak baru


pertembungan barat-Islam. Paper presented at Seminar Islam dan Era
Imperialisme Baru organized by Persatuan Ulama Malaysia, Petaling Jaya.

Shukri Ahmad and Razali Mat Zin. 2001. Adab dan etika kerja dalam organisasi.
Sintok, Kedah: Penerbit Universiti Utara Malaysia.

139
Soroush Abdul Karim. 2001. Evolusi dan devolusi pengetahuan keagamaan. In
Wacana Islam liberal: Pemikiran Islam kontemporer tentang isu-isu global,
ed. Charles Kurzman. 411–1424. Jakarta: Penerbit Paramadina.

Swidler, D. L. 2003. Dialogue in Malaysia and the global scenario. Kuala


Lumpur: Center for Civilizational Dialogue, Universiti Malaya.

The National Operations Council. 1969. The May 13 Tragedy: A report. Kuala
Lumpur: The National Operations Council.

Vaughan, J. D. 1974. The manners and customs of the Chinese of the straits
settlement. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Wan Mohd Nor Wan Daud. 1989. The concept of knowledge in Islam and its
implications for education in a developing country. London: Mansell
Publication.

140

Anda mungkin juga menyukai