Anda di halaman 1dari 13

TAFSIR BI AL-

MA’THUR
Nama Ahli Kumpulan: Alyaa Athirah binti Zainal
Ain Maisarah binti Alim@Halim
DEFINISI TAFSIR BI AL-MA’THUR
• Penafsiran ayat-ayat al-Quran yang dibuat menggunakan penjelasan
dari ayat al-Quran, hadith-hadith Rasulullah saw yang sahih dan
riwayat para sahabat atau dengan sesuatu yang dikatakan oleh
tabiin kerana mereka menerima perkara tersebut daripada sahabat
SUMBER TAFSIR AL-QURAN BI AL-MA’THUR
• TAFSIR AL-QURAN DENGAN AL-QURAN

• Pentafsiran terhadap ayat-ayat yang ringkas.


• Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? (82:17) (surah Al-Infitaar)
Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? (82:18)
(yaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. dan segala urusan pada hari itu dalam
kekuasaan Allah. (82:19)

• Pentafsiran secara yang lebih jelas terhadap ayat yang berbentuk menyeluruh ‘mujmal”.
• (yaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat kepada mereka; (1:7)
• Dalam ayat ini golongan yang dikurniakan oleh Allah dengan nikmat Iman disebut secara mujmal(menyeluruh) dijelaskan
dalam ayat 69 surah al-Nisa’
• Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi
nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah
teman yang sebaik-baiknya. (4:69)
• Pentafsiran dengan mengkhususkan ayat-ayat yang umum
• Di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang maknanya umum kerana lafaznya menunjukkan kepada makna yang
umum sedangkan di dalam ayat yang lain terdapat ayat yang mengkhususkan makna umum yang terdapat dalam
ayat. 
• Surah Al-Baqarah ayat 228 yang bermaksud; “Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu)
tiga kali quru'(Quru’ dapat diartikan Suci atau haidh)”

• Ayat yang mengkhususkan hukum yang umum ini ialah:


Surah Al Ahzab, ayat 49 yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu menikahi perempuan-
perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu mencampurinya, maka sekali-kali
tidak wajib atas mereka ‘iddah bagimu yang kamu minta menyempurnakannya. Maka berilah mereka mut’ah
dan lepaskanlah mereka itu dengan cara yang sebaik-baiknya.”

Dimaksud dengan mut’ah di sini pemberian untuk menyenangkan hati isteri yang diceraikan sebelum
dicampuri.
Ayat ini mengkhususkan hukum iddah bagi isteri yang ditalak tetapi belum disetubuhi tidak ada iddah baginya.
• Pentafsiran melalui ketentuan ikatan(muqayyad) terhadap suatu ayat yang mutlak
• Terdapat beberapa ayat yang menyebut hukum secara mutlak(terbuka) kemudian terdapat di sana ayat mengikat(muqayyad)
ayat yang mutlak maka hukum yang muqayyad hendaklah diambil.
• Contohnya hukum saksi.
Pertama berkaitan saksi dalam urusan jual beli melibatkan hutang-piutang, sewa menyewa dan sebagainya . Firman Allah
Taala: dalam Surah Al-Baqarah ayat 282 (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang
kamu jalankan di antara kamu,
• Ayat yang mutlak ini ditaqyidkan(diikat) dengan saksi bagi wanita yang dirujuk selepas di cerai dan saksi bagi kes wasiat.
• Hukum saksi bagi wanita yang dirujuk disebut dalam ayat:
2. Apabila mereka Telah mendekati akhir iddahnya, Maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik
dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu Karena Allah.
Ayat surah al-Talak mengikat saksi dengan tiga ikatan iaitu dua orang saksi yang bersifat adil dari kalangan orang Islam. (65:2)
• Menurut Imam al-Syafie kesaksian yang mutlak dalam hukum jual beli, diikat dengan kesaksian berkaitan hukum rujuk, maka
saksi dalam urusan jual beli hendaklah terdiri dari dua orang saksi yang bersifat adil dari kalangan orang Islam.
• Pentafsiran melalui ayat-ayat nasakh

• Pentafsiran dengan cara menyesuaikan antara dua perkara yang dilihat secara zahirnya
bertentangan antara satu sama lain
• 59. Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari
tanah, Kemudian Allah berfirman kepadanya: “Jadilah” (seorang manusia), Maka jadilah Dia. (3:59)
12. Allah berfirman: “Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?” menjawab
Iblis “Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah”. (7:12)
• 28. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang
manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk, (15:28)
• 14. Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar, (55:14)

• Pentafsiran menerusi bacaan atau qiraat yang sahih


• 6. Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, Maka periksalah
dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang
menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.(Surah al-Hujurat) (49:6)
• TAFSIR AL-QURAN DENGAN HADITH
• Hadith mentafs irkan terhadap ayat-ayat al-Quran yang mujmal (menyeluruh).
• Beberapa perintah dan kewajipan di dalam al-Quran datang dalam bentuk mujmal tanpa diterangkan cara-cara, syarat-syarat
dan rukunnya, maka sunnah berfungsi menerangakan hukum al-Quran yang mujmal.
• Sebagai contoh tentang ibadat solat yang wajib ditunaikan mengikut waktunya disebut secara mujmal dalam surah al-
Nisa’(ayat 103). Firman Allah:
Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.
Sunnah berupa kata-kata dan perbuatan berfungsi menjelaskan hukum al-Quran yang bersifat umum. Daripada hadith kita
dapat mengetahui waktu solat, bilangan rakaat, rukun-rukun solat, perkara-perkara sunat, makruh dan membatalkan solat.
• Hadith mengkhususkan terhadap sesuatu ayat yang umum
• 11. Allah mensyari’atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu
[Surah al-Nisa’]. (4:11)
• Ayat ini menjelaskan pensyariatan harta pusaka adalah umum untuk semua anak, Seorang anak berhak mendapat harta pusaka apabila bapa
meninggal, namun hukum ini dikhususkan oleh hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud:
Daripada Abdullah bin Amru r.Anhuma dari Rasulullah saw bersabda:
” Seorang yang membunuh tidak boleh mewarisi.”
Hadith ini mengkhususkan hukum yang umum dalam ayat, mana-mana anak yang membunuh bapanya sama ada secara sengaja atau tidak
sengaja tidak berhak mewarisi harta bapanya.
• Hadith menentukan ikatan terhadap sesuatu ayat yang mutlak

• Hadith menjelaskan kemusykilan yang terdapat pada ayat al-Quran


• 187. dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.
(Surah al-Baqarah) (2:187)
• Ada dikalangan para sahabat yang berpendapat maksud benang ialah ‫ل‬JJ‫عقا‬
( JJ‫ ) لا‬hakikat benang itu sendiri yang berwarna putih
dan hitam. Tetapi ianya dijelaskan oleh Rasulullah saw :
Maksudnya: “Tidak begitu ! yang dimaksudkan ialah kegelapan malam dan terangnya siang.”

• Hadith menguatkan kedudukan sesuatu hukum yang terdapat dalam al-Quran


• Contohnya hadith menyokong kenyataan al-Quran yang menjelaskan bahawa harta yang sebaiknya dijadikan sumber rezeki
seseorang. Sabda Rasulullah saw :

Maksudnya: Tidak halal harta seseorang itu melainkan yang diperolehi dengan cara yang baik oleh dirinya sendiri.” Hadith ini
sebenarnya menyokong serta menguatkan lagi firman Allah :
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta sesama kamu dengan cara yang batil.
• Hadith menerangkan dengan lebih meluas apa yang dikemukan oleh al-Quran
• Larangan berkahwin dengan dua adik-beradik(isteri) dalam satu masa disebut dalam al-Quran:
23. dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang Telah terjadi pada masa lampau;
Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
[Surah al-Nisa’]
• Hadith pula menerangkan larangan berkahwin dengan ibu saudara kepada isteri dalam satu masa dan hukum ini tidak disebut
dalam ayat.
• Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bersabda nabi saw:
” Seorang wanita tidak dihimpunkan(dikahwini) bersama ibu saudaranya(dari sebelah bapa) juga bersama ibu saudara(dari
sebelah ibu…”
[ Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim]
• Hadith ini menambah hukuman yang baru itu larangan mengahwini wanita dan ibu saudaranya dalam satu masa kerana ianya
akan memutuskan hubungan silaturrahim dan mengeruhkan keadaan seperti sifat cemburu dan sifat-sifat negatif yang lain.

• Hadith mentafsirkan perkataan-perkataan al-Quran


• 7. bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. (1:7)

• Siapakah yang dimurkai dan sesat dalam ayat di atas?


Diriwayatkan oleh Imam al-Thirmidhi dan Imam Ahmad dari Adi bin Hatim al-Tai R.anhu katanya: Berkata Rasulullah saw:
Sesungguhnya mereka yang dimurkai ialah orang-orang Yahudi manakala mereka yang sesat ialah orang Nasrani.
• TAFSIR AL-QURAN DENGAN PERKATAAN PARA SAHABAT
• Tafsir al-Quran dengan perkataan para sahabat
• Tafsir sahabat adalah antara tafsir yang patut diterima dan dijadikan pegangan kerana mereka menerima ilmu secara
langsung dari Rasulullah saw. Para sahabat menyaksikan wahyu, mengetahui asbab al-Nuzul dan memiliki
kemampuan dalam memahami al-Quran(Ibn Taymiyyah).
• Tafsir para sahabat diterima menjadi pegangan dalam tafsir al-Quran perlulah memenuhi kriteria berikut:
• a) Sanadnya baik dan tidak terputus
• b) Perawinya bersifat adil dan mempunyai hafalan yang baik
• c)Riwayat tidak bertentangan dengan athar sahabat lain yang lebih kuat
• d)Riwayat tidak bertentangan dengan hadith nabi yang sahih
• e)Tidak bertentangan dengan al-Quran
• TAFSIR AL-QURAN DENGAN PANDANGAN TABIIN
• Para ulama berselisih pandangan berhubung tafsir al-Quran dengan pandangan Tabiin adakah ianya termasuk
dalam tafsir bi al-Ma’thur atau tidak?
• Pandangan yang kuat ialah tabiin termasuk dalam tafsir bi al-Ma’thur kerana mereka adalah murid kepada para
sahabat.
PERKEMBANGAN TAFSIR BI AL-
MATHUR
• PERTAMA: Secara Lisan atau periwayatan.
• Berlaku pada zaman sahabat dan permulaan zaman tabiin iaitu kurun pertama hijrah pada zaman
Khulafa’ al-Rasyidin dan kerajaan Bani Ummayah
• Melalui cara ini, para sahabat mengambil penafsiran daripada Rasulullah saw atau para sahabat
meriwayatkan daripada sahabat

• KEDUA: Secara penulisan Bersama dengan hadith


• berlaku pada zaman tabiin dan tabi’ tabiin iaitu pada kurun ke-2 Hijrah pada zaman pemerintahan
kerajaan Abbasi.
• Golongan tabiin dan tabi’ tabiin telah mencatat riwayat-riwayat tafsir sama ada dalam bentuk marfu’
atau mauquf pada sahabat atau kata-kata tabiin yang utama
• KETIGA: Penulisan tafsir bil Ma’thur dengan jalur sanad terasing dari hadith
• berlaku pada zaman Atba’ al-Tabiin iaitu pada kurun ke-2 dan ke-3 hijrah
• Pada peringkat ini tafsir bil Ma’thur ditulis secara berasingan dari hadith
• KEEMPAT: Penulisan tafsir secara lengkap beserta dengan sanad yang bersambung
• berlaku sekitar tahun ke-4 Hijri
• Para mufassirin sepanjang tempoh ini berusaha mengumpulkan riwayat yang ma’thurat
dalam tafsir dari hadith-hadith, kata-kata sabahat, kata-kata Tabiin dan Tabi’ Tabiin
• Pada peringkat ini munculnya tafsir al-Quran yang lengkap mengikut susunan mushaf
dengan menyebut riwayat-riwayat dan pandangan-pandangan yang ma’thur bagi setiap ayat
• KELIMA: Pengguguran Sanad dari tafsir bil Ma’thur
• Peringkat ini adalah peringkat selepas al-Tabari, Ibn Abi Hatim, Ibn al-Mundhir dan Ibn
Mardawayh
• Pada peringkat para pentafsir menggugurkan sanad riwayat-riwayat tafsir dengan tujuan
memudahkan penuntut ilmu tafsir. Mereka menyebut semua riwayat tanpa mengambil kira
riwayat yang sohih dan daif.

Anda mungkin juga menyukai