Anda di halaman 1dari 32

FAKULTI APLIKASI SAINS SOSIAL

SEMESTER: JANUARI 2017

AMSU5103

KAEDAH PENGAJIAN USULUDDIN

NO. MATRIKULASI : CGSO151025


NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON : 016-7403346
E-MEL : HaBiBi_EzZaTi1211@yahoo.com.my

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR BAHRU


AMSU5103

KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN .............................................................................................................. 3

2.0 SEBAB MEMILIH AGAMA SIKH, HINDU DAN KRISTIAN .................................. 5

2.1 Responden Beragama Hindu dan Kristian Merupakan Sahabat ..................................... 5

2.2 Responden merupakan orang yang kuat pegangan agama ............................................. 6

2.3 Ingin Mengetahui Dengan Lebih Lanjut Tentang Agama Sikh ...................................... 6

2.4 Agama Kristian Mempunyai Kaitan Dengan Agama Islam ........................................... 6

2.5 Adat Melayu Banyak Dipengaruhi Oleh Agama Hindu ................................................. 7

3.0 PERBANDINGAN KONSEP TUHAN AGAMA SIKH, HINDU DAN KRISTIAN ... 8

3.1 Agama Sikh ..................................................................................................................... 8

3.2 Agama Hindu .................................................................................................................. 9

3.3 Agama Kristian ............................................................................................................. 10

4.0 PERBANDINGAN KONSEP TUHAN SIKH, HINDU DAN KRISTIAN DENGAN


ISLAM ..................................................................................................................................... 13

4.1 Sikh vs Islam ................................................................................................................. 13

4.2 Hindu vs Islam .............................................................................................................. 14

4.3 Kristian vs Islam ........................................................................................................... 15

5.0 PENDAPAT DAN PEMBETULAN PERSEPSI ......................................................... 17

6.0 GAMBAR TEMUBUAL BERSAMA PENGANUT LAIN ........................................ 19

7.0 KESIMPULAN ............................................................................................................. 22

BIBLIOGRAFI ........................................................................................................................ 24

LAMPIRAN ............................................................................................................................. 25

2
AMSU5103

1.0 PENGENALAN

Sudah menjadi fitrah bagi manusia untuk mencari Tuhan. Manusia memang dilahirkan
dengan naluri dan sifat ingin tahu yang tinggi. Manusia sentiasa mencari-cari siapa pencipta
dan pentadbir kepada seluruh alam ini. Bahkan, para pengkaji sejarah ketamadunan manusia
telah menemukan kesan-kesan agama dan kepercayaan yang manusia anuti di setiap
ketamadunan manusia yang mereka kaji. Naluri beragama itu memang wujud di dalam hati
manusia, mereka mencari-cari siapa Tuhan. Edward Taylor, seorang ahli antropologi
merumuskan maksud agama sebagai “kepercayaan kepada makhluk rohani” (Taylor, 1903).
Makhluk rohani adalah sesuatu benda yang wujud namun tidak dapat dilihat.

J.G. Frazer telah menyatakan bahawa agama itu adalah perbuatan manusia menyembah atau
menghormati kekuatan yang jauh lebih besar daripada manusia, yang dianggap mengatur dan
menguasai perjalanan alam semesta serta hidup manusia (Rahman, 2005). Di dunia ini,
pelbagai agama telah lahir hasil daripada usaha manusia untuk mencari Tuhan. Agama yang
dikatakan tertua di dunia ialah agama Hindu. Selain agama Hindu, terdapat pelbagai agama
lagi seperti agama Islam, Kristian, Buddha, Sikh, dan Animisme. Selain itu, terdapat juga
golongan yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan yang dipanggil “Free Thinker” atau
Athies. Setiap agama percaya akan kewujudan suatu kuasa agung yang melangkaui
kemampuan manusia, yang mengatur kehidupan manusia dan alam ini.

Hari ini, manusia semakin maju dan berani untuk berbahas soal perbandingan agama di
universiti tempatan mahupun di peringkat antarabangsa. Tujuan perbahasan tersebut tidak
lain tidak bukan, adalah untuk mewujudkan kedamaian, saling memahami dan menghormati
di antara satu sama lain. Salah seorang tokoh yang terkenal dalam membahaskan perihal
perbandingan agama ini ialah Dr. Zakir Naik.

Mengambil realiti yang berlaku di Malaysia, kita dapat melihat pelbagai bangsa yang berbeza
agama dan budaya masih boleh tinggal di sebuah negara yang sama. Perbezaan ini
menjadikan Malaysia negara yang unik. Namun, bagi memahami dan mewujudkan toleransi,
kefahaman terhadap agama orang lain perlu dilakukan secara berhemah. Ini kerana, isu
agama merupakan suatu isu yang amat sensitif. Sejarah telah membuktikan bahawa
perbezaan agama telah mewujudkan pergaduhan dan peperangan. Misalnya, tercetusnya
peperangan di Rohingya, Myanmar antara kaum Rakhin dengan orang Buddha adalah

3
AMSU5103

berpunca daripada kebencian terhadap agama orang lain. Oleh itu, amatlah penting bagi
setiap anggota masyarakat untuk memahami dan menghormati agama orang lain. Ilmu
perbandingan agama adalah penting agar salah faham terhadap agama orang lain dapat
dielakkan, sekaligus mewujudkan toleransi dan keharmonian.

Justeru itu, tugasan ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan menghuraikan secara ilmiah
tentang konsep ketuhanan agama-agama lain. Bagi menyempurnakan tugasan ini, saya telah
menemubual enam orang responden daripada 3 agama berbeza, iaitu 2 orang responden
beragama Sikh, 2 orang responden beragama Hindu, dan 2 orang responden beragama
Kristian. Kemudian, perbandingan dari segi konsep ketuhanan dibuat secara terperinci di
antara ketiga-tiga agama tersebut iaitu agama Sikh, Hindu dan Kristian. Setelah itu, konsep
ketuhanan bagi ketiga-tiga agama tersebut dibandingkan pula dengan konsep ketuhanan
agama Islam. Seterusnya, saya akan memberikan pendapat peribadi saya terhadap konsep
ketuhanan ketiga-tiga agama yang dikaji serta menjawab salah faham yang wujud sebelum
saya mengkaji ketiga-tiga agama tersebut. Bersama-sama dengan tugasan ini juga, saya akan
lampirkan soalan temubual yang saya gunakan untuk menemubual para responden dan
gambar ketika sesi temubual di antara saya dengan dengan para responden berlangsung.

4
AMSU5103

2.0 SEBAB MEMILIH AGAMA SIKH, HINDU DAN KRISTIAN

Sepertimana yang telah saya nyatakan di dalam bab sebelum ini, saya telah menemubual 6
orang responden yang terdiri daripada 2 orang responden yang beragama Sikh, 2 orang
responden beragama Hindu dan 2 orang responden beragama Kristian. Memandangkan
Malaysia merupakan negara bermasyarakat majmuk, maka sudah tentulah lebih mudah untuk
saya mencari responden yang beragama lain selain agama Islam. Penjelasan mengapa saya
memilih ketiga-tiga agama ini adalah seperti berikut:

2.1 Responden Beragama Hindu dan Kristian Merupakan Sahabat

Responden yang beragama Hindu merupakan sahabat baik saya ketika sekolah menengah.
Beliau bernama Praveena. Saya telah menemubual beliau dan ibunya, Puan Vijayletchimi
menerusi video calling pada hari Selasa, 28 Februari 2017. Memandangkan beliau merupakan
sahabat baik saya, maka sudah tentulah beliau lebih mudah memberi kerjasama dalam sesi
temubual. Ini kerana, saya telah pergi sendiri ke Kuil Hindu di berhadapan dengan pasaraya
Giant Tampoi dan cuba untuk menemubual beberapa orang responden di sana. Sayangnya,
mereka tidak tahu berbahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris. Kemudian, saya telah pergi
ke sebuah Kuil di hadapan pasaraya Galleria Kotaraya dan cuba untuk menemubual dua
orang responden di sana, namun mereka enggan memberi kerjasama. Akhirnya, saya telah
menghubungi sahabat saya dan beliau adalah calon responden terbaik kerana beliau lebih
mesra dan mudah memberi kerjasama.

Manakala, responden yang beragama Kristian pula merupakan sahabat ibu saya. Beliau
bernama Puan Geraldine Shenarita dan suaminya Encik Hilary Anchang amat baik dan
mudah memberi kerjasama. Oleh sebab agama merupakan isu yang sensitif, maka tidak
semua orang di luar sana yang sudi untuk ditemubual. Maka, memilih responden yang
merupakan sahabat sendiri adalah langkah yang terbaik sekali.

5
AMSU5103

2.2 Responden merupakan orang yang kuat pegangan agama

Sahabat saya dan ibunya yang beragama Hindu sememangnya saya kenali sebagai orang yang
kuat pegangan agama. Begitu juga dengan responden yang beragama Kristian dan suaminya,
yang merupakan sahabat ibu saya. Mereka memang dikenali sebagai seorang yang kuat
agama dan sering pergi ke Gereja. Dalam usaha mendapatkan informasi yang tepat bagi
menyempurnakan tugasan ini, sudah tentulah saya akan memilih responden yang mengetahui
dengan mendalam mengenai agama yang dianutinya. Dengan itu, barulah saya dapat
mengumpulkan data dan informasi yang benar-benar tepat dan diperlukan oleh tugasan ini.
Ini kerana, tidak semua penganut sesuatu agama itu benar-benar mengetahui berkenaan
dengan agama yang mereka anuti. Terdapat sesetengah penganut hanya mengikuti agama
yang dianuti oleh ibu bapa mereka tanpa mengetahui dengan lanjut apa yang mereka sembah,
kitab apa yang mereka perlu rujuk dan sebagainya.

2.3 Ingin Mengetahui Dengan Lebih Lanjut Tentang Agama Sikh

Saya kurang mengetahui tentang agama Sikh. Saya tidak tahu apa yang mereka sembah.
Justeru, saya memilih agama Sikh kerana saya mahu mengetahui dengan lebih lanjut
mengenai agama Sikh. Tambahan pula, Gurdwara Sikh terletak tidak jauh dari kampus Open
University Malaysia cawangan Johor Bahru. Saya dan rakan-rakan sekelas telah pergi ke
Gurdwara Sikh tersebut pada hari Sabtu, 25 Februari 2017. Kami telah menemubual Encik
Ravinder Singh dan isterinya Puan Kavitha Kaur yang datang ke Gurdwara bersama anak
perempuan mereka. Alhamdulillah, sesi temuramah berjalan lancar. Mereka sangat peramah
dan memberi kerjasama yang baik kepada kami.

2.4 Agama Kristian Mempunyai Kaitan Dengan Agama Islam

Sepertimana yang kita sedia maklum, agama Kristian mempunyai kaitan rapat dengan agama
Islam. Pada asalnya, ia merupakan agama samawi, yang mana Nabi Isa a.s menerima wahyu
daripada Allah SWT dan Baginda menyampaikan wahyu kepada umat Baginda. Baginda
mengajar umatnya agar mengesakan Allah dan berbuat baik sesama manusia. Namun,
pengikutnya telah memesongkan ajaran agama mereka. Malahan sehingga kini, terdapat

6
AMSU5103

gerakan yang berusaha untuk memurtadkan orang-orang Islam di serata dunia termasuklah di
Malaysia. Oleh itu, saya ingin mengetahui lebih lanjut mengenai agama Kristian supaya dapat
mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan agama Kristian dengan Islam.

2.5 Adat Melayu Banyak Dipengaruhi Oleh Agama Hindu

Kita telah sedia maklum bahawa bangsa Melayu sememangnya kaya dengan adat. Namun,
adat mereka banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur agama Hindu. Hal ini berkait dengan
sejarah lalu yang mana bangsa Melayu pada zaman dahulu beragama Hindu sebelum
kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Antara adat Melayu yang dipengaruhi oleh unsur dari
agama Hindu ialah adat bersanding di atas pelamin, adat berinai dan adat melenggang perut.
Adat bersanding dikatakan sebagai meniru persandingan Tuhan orang Hindu. Oleh itu, saya
tertarik untuk mengkaji dengan lebih lanjut berkenaan dengan agama Hindu bagi membuat
perbandingan dengan agama Islam agar segala perbuatan yang bertentangan dengan agama
Islam dapat dielakkan. Sekaligus, menyedarkan masyarakat agar meninggalkan amalan yang
bertentangan dengan syariat Islam.

7
AMSU5103

3.0 PERBANDINGAN KONSEP TUHAN AGAMA SIKH, HINDU DAN


KRISTIAN

3.1 Agama Sikh

Seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, saya telah menemubual dua orang responden
beragama Sikh, iaitu Encik Ravinder Singh dan Puan Kavitha Kaur di Gurdwara Sahib di
bandar Johor Bahru. Apabila saya bertanya tentang Tuhan serta bilangan agama Sikh, Encik
Ravinder Singh menyatakan bahawa mereka percaya Tuhan mereka, iaitu Waheguru itu
adalah satu bilangannya (Singh R. , 2017). Saya juga telah bertanya tentang bagaimanakah
gambaran Tuhan beliau dan beliau menjawab:
“Tuhan saya tiada wajah dan Tuhan saya ada di mana-mana. Ia selalu berada di dalam diri
manusia.” (Singh R. , 2017)

Manakala, apabila ditanya tentang bagaimanakah sifat Tuhan mereka, isteri beliau, Puan
Kavitha pula menjawab:
“Sifat Tuhan kami adalah bertolak ansur dengan kesilapan manusia serta tidak kejam (Kaur,
2017).

Berdasarkan jawapan kedua-dua responden, jelaslah bahawa penganut Sikh tidak


menjasadkan Tuhan mereka, tidak seperti agama Hindu yang berkonsepkan politeisme.
Agama Sikh adalah berkonsepkan monoteisme, iaitu percaya kepada Tuhan yang satu, serta
bersifat nirankar, iaitu tidak berjasad (formless) (Gill, 2008). Monoteisme ialah pengikutnya
mempercayai kepada kewujudan satu Tuhan sahaja, manakala politeisme ialah percaya
kepada kewujudan banyak Tuhan (Wangu, 2008).

Menurut sejarah, agama Sikh merupakan agama termuda yang dilahir pada abad ke-15, hasil
gabungan ajaran agama Hindu dan Islam (Rahman, 2005). Ia mengambil konsep Tuhan yang
satu daripada Islam dan menggabungkannya dengan konsep ketuhanan Hindu yang
mempercayai tuhan itu wujud dalam setiap diri manusia serta kejadian makhluk (Rahman,
2005). Kebanyakan agama mempunyai pengasasnya. Begitu juga dengan agama Sikh yang
mempunyai pengasas iaitu Guru Nanak Dev dan berikutnya diteruskan penyebarannya oleh 9
orang guru selepasnya dengan berbekal kitab suci Guru Granth Sahib. (Mamat, 2016).

8
AMSU5103

3.2 Agama Hindu

Saya juga telah menemubual 2 orang responden beragama Hindu iaitu Praveena dan ibunya,
Vijayletchimi menerusi “video calling”. Apabila ditanya mengenai siapakah Tuhan agama
Hindu dan bilangannya, Praveena menjawab:
“Orang Hindu percaya kepada 3 Supreme God (Tuhan yang berkuasa) iaitu Brahma, Vishnu
dan Shiva. Tuhan Brahma tugasnya membina, Vishnu tugasnya memberi kehidupan atau
memelihara dan Shiva yang memusnahkan. Ia dipanggil konsep Trimurti.” (Somunaidu,
2017)

Manakala, ibunya, Puan Vijayletchimi pula menambah:


“Sebenarnya kami bukannya percaya kepada banyak Tuhan. Tuhan kami satu, tapi ia banyak
kelahiran, iaitu Tuhan Vishnu dilahirkan sebagai Brahma dan Shiva.” (Krishnasamy, 2017)

Praveena turut menyatakan bahawa orang Hindu percaya bahawa Tuhan itu berada di dalam
diri setiap manusia. Apabila ditanya mengenai sifat Tuhan di dalam agama Hindu, beliau
menjawab:
“ Sifat Tuhan Siva ialah memusnahkan hasad dengki, mementingkan keamanan dan juga
bersifat garang. Tuhan Vishnu pula bersifat sukakan keamanan dan penyayang. Tuhan
Brahma pula bersifat adil dan ia mencipta manusia.” (Somunaidu, 2017)

Puan Vijayletchimi pula menyatakan bahawa:


“Setiap Tuhan ada isteri dan anak. Contohnya, Tuhan Shiva berkahwin dengan Tuhan
Parvati dan mendapat anak Vinagar dan Murugan. Tuhan Murugan bersifat mementingkan
ilmu dan Tuhan Vinagar pula mementingkan keamanan dunia.” (Krishnasamy, 2017)

Berdasarkan jawapan kedua-dua responden, kita dapati bahawa penganut agama Hindu
percaya bahawa Tuhan itu banyak dan beranak-pinak. Konsep ketuhanan yang mereka
pegang adalah “trimurti” iaitu mempercayai tiga tuhan yang berkuasa iaitu Brahma, Vishnu
dan Shiva. Ia hampir menyamai konsep Kristian yang meyakini konsep tiga dalam satu atau
disebut “trinity”. Walaubagaimanapun, jika dilihat kembali kepada sejarah, pada abad
kesembilan sebelum Masihi, kepercayaan agama Hindu adalah mirip kepada pengesaan
kerana mereka percaya kesemua tuhan-tuhan mereka adalah berasal daripada tuhan yang satu
(Shalaby P. D., 2001). Kemudian, daripada tuhan yang satu itu, keluarlah alam daripada
9
AMSU5103

zatnya sendiri, dia yang memeliharanya sehingga dimusnahkan serta dipulangkan semula
kepadanya (Shalaby P. D., 2001). Hal ini bertepatan dengan apa yang dinyatakan oleh
responden iaitu Tuhan mereka asalnya satu tetapi mempunyai banyak jelmaan. Tuhan
Brahma adalah Tuhan yang mewujudkan alam ini, Tuhan Vishnu pula yang memeliharanya
dan manakala, Tuhan Shiva pula yang membinasakannya.

Agama Hindu tidak mempunyai pengasas kerana ianya tidak dapat dipastikan siapa
pengasasnya. Ianya dalam suatu agama yang terhasil daripada susunan hidup bangsa Arya
dan mengalami evolusi. Begitu juga dengan kitab sucinya, para penyelidik Barat
berpandangan bahawa kitab veda lahir tidak kurang dua puluh kurun sebelum masihi
(Shalaby P. D., 1966). Penganut Hindu mempelajari tentang ketuhanan, tatacara hidup dan
tugas manusia melalui kitab mereka.

Kitab “Bajapanaburana” iaitu salah satu kitab suci agama Hindu ada menyebut mengenai
kisah seorang sami yang menghadap kepada ketiga-tiga tuhan tersebut dan bertanya: “yang
mana di antara kamu tuhan yang sebenar? Mereka menjawab: “Ketahuilah wahai sami,
bahawa di antara kami tidak ada perbezaan langsung. Tuhan yang satu lahir dengan tiga
rupa mengikut tugas-tugasnya; iaitu mencipta, memelihara dan membinasakan, tetapi
sebenarnya dia adalah satu. Siapa yang menyembah salah satu dari yang tiga maka seolah-
olah dia menyembah mereka semua atau menyembah yang tunggal maha tinggi.” (Salam,
1953)

3.3 Agama Kristian

Saya telah menemubual dua orang suami isteri beragama Kristian pada 2 Mac 2017 menerusi
aplikasi “whatsapp”. Mereka ialah Puan Geraldine Shenarita dan suaminya, Hilary Anchang.
Apabila ditanya mengenai siapakah Tuhan agama Kristian, Puan Geraldine menjawab:
“Nama Tuhan saya ialah Jesus Christ, bilangannya satu. Sifatnya ialah menyayangi manusia
serta membawa manusia mengikuti ajaran-ajaran yang baik dalam menjalani kehidupan
(Shenarita, 2017).

10
AMSU5103

Kemudian, Encik Hilary Anchang menghuraikan lagi:


“Tuhan yang disembah hanya satu, iaitu Jesus Christ penyelamat. Agama kami
berkonsepkan 3 dalam satu, sebab itu bila pembuka sembahyang tanda salib. Dalam nama
Bapa, Anak dan Roh Kudus, Amen.” (Anchang, 2017)

Ini bermakna, agama Kristian mempercayai Tuhan yang satu, namun dalam diri Tuhan
terdapat 3 unsur, iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus. Inilah yang dipanggil
konsep triniti. Pengasas agama Kristian dikatakan ada dua orang, iaitu Jesus dan Paulus,
manakala kitab rujukan adalah kitab Bible (Rahman, 2005). Pengasas yang pertama iaitu
Jesus, mengajar konsep ketuhanan monoteisme, manakala Paulus memperkenalkan konsep
triniti. Agama Kristian mengetengahkan konsep Tuhan menjelma di dalam diri manusia
sebagai Jesus yang turun ke dunia dan mengorbankan dirinya untuk menebus dosa warisan.
Oleh sebab itu, Jesus digelar penyelamat, sebagaimana yang disebut oleh Encik Hilary.

Jika kita bandingkan kembali dengan agama Hindu yang berkonsepkan trimurti, dapatlah kita
simpulkan bahawa agama Kristian menghampiri dengan konsep agama Hindu, iaitu
mempercayai Tuhan boleh menjelma kepada 3 jelmaan. Prof. Dr. Ahmad Shalaby
berpendapat bahawa konsep 3 dalam satu ini diambil daripada Hindu, yang mana para sami
Hindu telah menjadi perintis jalan kepada orang-orang Kristian untuk menghasilkan
pegangan yang dinamakan tiga dalam satu, satu dalam tiga (Shalaby P. D., 1966). Inilah dia
konsep triniti. Justeru itu, bolehlah kita kategorikan bahawa agama Kristian ini bukanlah
agama monoteisme yang meyakini satu tuhan sahaja, sebaliknya, ia adalah agama politeisme.
Bahkan, agama Kristian juga menyamai agama Hindu yang mana mereka percaya tuhan
boleh menjelma di dalam diri manusia. Begitu juga dengan agama Sikh, mereka percaya
bahawa manusia boleh bersatu dengan tuhan dan guru kedua, iaitu Guru Angad telah
mendakwa bahawa guru pertama, iaitu Guru Nanak adalah jelmaan tuhan di bumi (Rahman,
2005). Ketiga-tiga agama mempunyai persamaan dari segi konsep penjelmaan tuhan.

Bagi memudahkan kita melihat perbandingan, Rajah 6.1 berikut merupakan ringkasan
perbandingan konsep ketuhanan di antara ketiga-tiga agama:

11
AMSU5103

Perbandingan Konsep Ketuhanan di antara Sikh, Hindu dan Kristian

Sikh Hindu Kristian


Memanggil Tuhan mereka Nama Tuhan mereka ialah Nama Tuhan mereka ialah
sebagai Waheguru. Brahma, Vishnu, dan Shiva. Jesus Christ.

Berkonsepkan monoteisme. Berkonsepkan politeisme. Berkonsepkan politeisme.

Percaya kepada Tuhan yang Percaya kepada Tuhan yang Percaya kepada Tuhan yang
satu, tidak berjasad serta satu juga, tetapi boleh satu juga, tetapi di dalam diri
bersifat abadi. Namun, Guru menjelma kepada 3 jelmaan. Tuhan terdapat 3 unsur lain
Angad mendakwa Guru iaitu Tuhan Bapa, Tuhan
Nanak adalah jelmaan tuhan Anak dan Roh Kudus. (3
di bumi. dalam 1)

Konsep Tuhan yang satu. Konsep Trimurti. Konsep Trinity.

Pengasasnya bernama Guru Tiada pengasas. Jesus dan Paulus.


Nanak Dev.

Kitab suci Guru Grant Sahib. Kitab Veda. Bible.

Rajah 3.1

12
AMSU5103

4.0 PERBANDINGAN KONSEP TUHAN SIKH, HINDU DAN


KRISTIAN DENGAN ISLAM

Setelah dibandingkan di antara agama Sikh, Hindu dan Kristian, kita dapati bahawa setiap
agama tersebut mempunyai konsep ketuhanan yang tersendiri. Begitu juga dengan agama
Islam, ia membawa konsep ketuhanan yang berbeza dengan agama-agama lain di dunia. Bagi
mengetahui dengan lebih lanjut perbezaan tersebut, perbandingan akan dibuat di antara
agama Islam dengan ketiga-tiga agama Sikh, Hindu dan Kristian pula.

4.1 Sikh vs Islam

Agama Sikh didakwa sebagai agama paling muda yang lahir pada abad ke-15 di India
(Rahman, 2005). Sebagaimana yang telah disebutkan di dalam bab sebelum ini, agama Sikh
berpegang kepada konsep monoteisme iaitu percaya Tuhan yang satu. Namun, mereka
percaya tuhan juga wujud di dalam alam semulajadi ini, termasuklah di dalam diri manusia.
Selain itu, penganut Sikh percaya bahawa Tuhan itu bersifat nirankar, iaitu tidak berjasad
atau berbentuk, Tuhan juga bersifat abadi serta sempurna dan manusia tidak mampu
menghuraikannya (Singh S. , 1998). Konsep ini menyamai konsep ketuhanan yang dibawa
oleh agama Islam. Namun, apa yang membezakan konsep ketuhanan Sikh dengan Islam ialah
agama Sikh menyatakan Tuhan ini terbahagi kepada dua aspek, iaitu Tuhan Nirguna dan
Tuhan Sirguna (Rahman, 2005). Bagi menghuraikan panjang lebar mengenai Tuhan Sirguna
dan Nirguna, Mohd Rosmizi Abd Rahman telah menyatakan di dalam bukunya “Siri
Perbandingan Agama- Panduan Memilih Agama”:
“Dalam konsep penciptaan, Tuhan Nirguna dipercayai menghasilkan dua perkara daripada
dirinya. Yang pertama adalah bunyi abadi yang dikenali dengan nama Shabada dan yang
kedua adalah cahaya Jot. Daripada kedua benda ini, lahir Tuhan Sirguna. Seterusnya,
Tuhan Sirguna mencipta seluruh makhluk dengan menggunakan dirinya. Oleh itu, Tuhan
Sirguna menjelma atau wujud dalam setiap kejadian dan makhluk.” (Rahman, 2005)

Berdasarkan huraian ini, dapatlah difahami bahawa agama Sikh menyelaras dan
menggabungkan konsep ketuhanan dan ajaran-ajaran daripada agama Islam dan Hindu.
Agama Sikh mencedok konsep monoteisme daripada agama Islam dan mencedok konsep

13
AMSU5103

panteisme daripada agama Hindu. Menurut Kamus Dewan, panteisme bermaksud fahaman
yang menyamakan Tuhan dengan kuasa dan hukum alam serta Tuhan itu berada di mana-
mana di dalam alam dan cakerawala (Baharom, 2002). Malahan, sebagaimana agama Hindu,
mereka turut mempercayai prinsip karma samsara.

Sedangkan Islam pula berpegang kepada konsep tauhid iaitu mengesakan Allah SWT, Allah
itu tunggal dan tidak ada sekutu mahupun yang menyamai-Nya. Allah SWT itu maha
sempurna, memiliki sifat-sifat keagungan, tidak menyerupai makhluk, bersifat qadim serta
berdiri dengan sendirinya, sentiasa hidup, abadi tiada pengakhiran (Al-Ghazali, 2011).
Namun, Islam menolak kepercayaan panteisme yang menyatakan Tuhan menjelma ke dalam
diri makhluknya sama ada alam mahupun manusia.

4.2 Hindu vs Islam

Agama Hindu merupakan agama tertua yang dikatakan wujud sejak beribu tahun lalu,
sebelum zaman Nabi Ibrahim (Rahman, 2005). Ia berkonsepkan trimurti iaitu mempercayai
Three Supreme God, iaitu Tuhan Brahma, Vishnu dan Shiva. Setiap Tuhan mempunyai
tugasnya masing-masing. Jika dibuat perbandingan, konsep agama Hindu yang mempercayai
banyak tuhan (politeisme) dan dewa sememangnya bercanggahan dengan konsep ketuhanan
monoteisme yang dibawa oleh Islam. Menurut Islam, perbuatan menyembah selain Allah
dianggap sebagai mensyirikkan Allah SWT. Allah SWT Maha Berkuasa dan tidak
memerlukan pembantu dalam mentadbir alam ini.

Seperti agama Hindu, agama Islam juga tiada pengasas. Islam adalah agama wahyu yang
diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW selaku utusan-Nya dan bukannya
agama ciptaan manusia. Sedangkan agama Hindu pula dicipta oleh golongan pendeta, penyair
dan ketua-ketua agama (Shalaby P. D., 1966). Justeru, agama Hindu mengalami perubahan
dan evolusi mengikut peredaran zaman. Agama Islam pula berpandukan kitab suci Al-Quran
selaku rujukan utama yang merupakan kalam Allah yang suci dan bersifat qadim. Ianya kekal
dan fleksibel merentasi zaman. Manakala, kitab Veda yang menjadi rujukan penganut Hindu
pula mempunyai pelbagai versi dan diperbaharui mengikut zaman.

14
AMSU5103

Selain itu, penganut agama Hindu percaya bahawa Tuhan boleh menjelma ke dalam alam dan
manusia pula boleh bersatu dengan Tuhan. Tuhan juga dipercayai berkeluarga dan beranak
pinak. Sedangkan Islam pula menyatakan sebaliknya, Tuhan itu Maha Suci, manusia tidak
boleh bersatu dengan Allah, Allah juga tidak beranak atau diperanakkan, sebagaimana firman
Allah SWT di dalam surah Al-Ikhlas ayat 1-4 yang maksudnya:

“Katakanlah (Muhammad), “ Dialah Allah, Yang Maha Esa.” (1)“Allah tempat meminta
segala sesuatu.” (2)“(Allah) yang tidak mempunyai anak dan tidak pula diperanakkan.” (3)
“Dan tidak ada sesuatu pun yang setaraf dengan-Nya.”(4)
(Al-Quran Al-Karim Tafsir Al-Haramain, 2015)

4.3 Kristian vs Islam

Agama Kristian mengangkat Jesus Christ sebagai Tuhan mereka. Mereka mendakwa tuhan
mereka satu, namun mengandungi tiga unsur iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus.
Ini bermakna, penganut Kristian percaya bahawa Tuhan itu adalah dalam bentuk 3 dalam 1
atau trinity. Penganut Kristian mendakwa Tuhan Bapa ialah Pencipta alam. Dia tinggal di
dalam syurga, manakala Tuhan Anak, iaitu Jesus diutuskan ke dunia untuk menjadi
penyelamat manusia daripada dosa warisan dan Roh Kudus pula adalah roh Tuhan yang
boleh masuk ke dalam diri orang-orang suci (Sidang Pengarang Sinar Jimit, 2003). Tuhan
menjelma di dalam diri Jesus untuk menebus dosa warisan dengan cara menyalib dirinya. Hal
ini sudah tentu berbeza dengan Islam yang mendukung prinsip Allah Maha Esa, tiada sekutu
bagi-Nya, Maha Suci daripada memiliki perwatakan makhluk. Bahkan, Allah telah
memerintahkan manusia yang ingin memohon keampunan-Nya dengan cara bertaubat
nasuha. Malahan, menurut Islam, seseorang manusia itu tidak memikul dosa orang lain
kerana setiap manusia itu akan dipertangggungjawabkan ke atas setiap perbuatan mereka
sendiri.

Menurut pandangan Islam, agama Kristian pada asalnya adalah agama samawi sepertimana
agama Nabi Ibrahim yang mengajak manusia mentauhidkan Allah SWT. Agama ini
diturunkan di kalangan kaum Yahudi, yang diutuskan Nabi Isa a.s kepada mereka sebagai
utusan Allah. Nabi Isa a.s bukanlah Tuhan, tetapi seorang utusan Allah yang diwahyukan
kepadanya kitab suci Injil yang kemudiannya telah diselewengkan daripada ajaran

15
AMSU5103

sebenarnya. Al-Quran telah merakamkan tentang Nabi Isa a.s itu adalah utusan Allah di
dalam Surah Ali Imran ayat 48-49 yang bermaksud:
“Dan Dia (Allah) mengajarkan kepadanya (Isa) Kitab, Hikmah, Taurat dan Injil. Dan
sebagai Rasul kepada Bani Israil...”
(Al-Quran Al-Karim Tafsir Al-Haramain, 2015)

Nabi Isa a.s dilahirkan oleh ibunya Mariam Binti Imran, seorang wanita suci tanpa seorang
bapa. Mariam adalah gadis perawan yang sentiasa beribadah kepada Allah SWT dan
kelahiran Nabi Isa a.s daripada rahimnya adalah bukti kekuasaan Allah SWT. Kemudian,
Paulus telah mendakwa bahawa Jesus (Nabi Isa a.s) adalah anak Tuhan. Tuhan telah turun ke
dunia dan menjelma dalam diri Jesus untuk menebus dosa warisan seluruh manusia (Rahman,
2005). Dosa warisan yang dimaksudkan di sini ialah dosa perbuatan Nabi Adam dan Hawa
yang melanggar perintah Tuhan sehingga menyebabkan mereka terkeluar dari Syurga.
Sedangkan, Nabi Isa a.s tidak pernah menyebut mengenai dosa warisan, sebaliknya
menyuruh kaumnya bertaubat nasuha untuk memohon keampunan Allah SWT.

16
AMSU5103

5.0 PENDAPAT DAN PEMBETULAN PERSEPSI

Sejujurnya, selama ini saya berpandangan bahawa ketiga-tiga agama Sikh, Hindu dan
Kristian tidak mempercayai Tuhan yang satu. Setelah menemuramah para responden, barulah
saya mengetahui bahawa kesemua mereka sebenarnya mempercayai tuhan itu pada asalnya
satu. Cuma, mereka menginterpretasikan konsep tuhan mereka dengan cara yang berbeza
dengan Islam. Misalnya, agama Hindu menjasadkan tuhan mereka dan menjelmakan mereka
kepada 3 jelmaan (trimurti). Manakala, orang Kristian pula membahagikan tuhan yang satu
itu kepada tiga peribadi (triniti).

Bagi agama Sikh pula, selama ini saya menyangka bahawa mereka menyembah berhala
sepertimana penganut agama Hindu. Setelah menemubual dan membuat pembacaan, barulah
saya mengetahui bahawa agama Sikh adalah berkonsepkan monoteisme yang mempercayai
kewujudan tuhan yang satu. Ia juga merupakan gabungan dua ajaran agama, iaitu agama
Islam dan agama Hindu. Bahkan, apa yang menariknya ialah, kitab sucinya iaitu Guru Grant
Sahib mengandungi himpunan sabda daripada orang Islam, Hindu dan Sikh (Gill, 2008).
Ternyata konsep ketuhanan agama Sikh hampir menyamai konsep tauhid di dalam Islam.
Mereka juga tidak menjasadkan Tuhan mereka sepertimana Islam, yang menolak bahawa
Allah itu berjasad seperti makhluk. Malahan, setelah menemubual 2 orang responden yang
beragama Sikh, barulah saya mengetahui bahawa mereka juga bersembahyang 5 kali sehari.
Mereka juga tidak memakan daging halal yang disembelih secara Islam. Ini kerana, mereka
menganggap sembelihan itu menyeksakan haiwan.

Menurut agama Hindu pula, mereka mendakwa Tuhan itu boleh menjelma kepada tiga.
Namun, pada asalnya kesemua Tuhan tersebut adalah Tuhan yang sama, asalnya satu. Selama
ini, saya tidak mengetahui apakah yang disembah oleh penganut Hindu sebenarnya kerana
terlalu banyak dewa yang mereka puja. Selain itu, penganut agama Hindu juga
bersembahyang pada setiap pagi dan juga ketika matahari tenggelam. Saya diberitahu oleh
responden bahawa mereka bersembahyang di pagi hari sebagai menyembah tuhan matahari.
Berdasarkan penelitian saya, saya berpendapat bahawa konsep ketuhanan agama Hindu
banyak dipengaruhi oleh alam semulajadi. Mereka merasakan bahawa setiap kejadian alam
yang menakjubkan mempunyai roh dan jiwa seperti manusia. Hal ini menyebabkan semakin
banyak bilangan tuhan atau dewa yang disembah.

17
AMSU5103

Lambang salib pula menjadi simbol agama Kristian. Ia sebagai lambang Jesus (atau yang
dipanggil Nabi Isa a.s oleh Islam) yang disalib pada tiang. Agama Kristian telah mengalami
evolusi dan pembaharuan besar berbanding ajaran asalnya. Perubahan bermula apabila Paulus
telah mengubah dan menokok tambah kitab Bible sehingga terhasil pelbagai versi kitab
Bible. Oleh itu, pembawa agama Kristian boleh dinisbahkan kepada dua orang, iaitu Jesus
dan Paulus. Konsep menyembah tuhan yang satu telah diajar oleh Jesus. Buktinya, Jesus
berkata di dalam Bible Deuteronomy:
“Engkau diberi melihatnya untuk mengetahui, Tuhanlah Allah, tidak ada yang lain kecuali
Dia.” (Bible Deuteronomy, 4:35) (Rahman, 2005)

Namun, Paulus telah mengubah konsep ketuhanan yang diajar oleh Jesus kepada konsep
trinity. Paulus mendakwa dirinya Nabi dan menerima pengajaran daripada Jesus, sedangkan
beliau tidak pernah berguru dengan Jesus. Jika diteliti, ajaran yang dibawa Jesus dengan
Paulus banyak percanggahan. Misalnya, Jesus menyangkal dirinya Tuhan, tetapi Paulus
mendakwa Jesus adalah Tuhan. Selain itu, Jesus menjadi utusan di kalangan kaumnya sahaja
iaitu Yahudi, namun Paulus telah menyebarkan kepada kaum selain Yahudi. Justeru itu, jelas
sekali bahawa konsep ketuhanan yang dibawa oleh Jesus adalah monoteisme. Inilah ajaran
asal agama Kristian, sebelum Paulus mengubah konsep ketuhanan ini kepada triniti. Pada
pandangan saya, apa yang terjadi ini akan menyebabkan penganutnya celaru. Bahkan secara
rasionalnya, konsep ketuhanan adalah tunjang bagi sesebuah agama. Ianya tidak sepatutnya
berubah-ubah.

Hasil daripada temubual dengan para responden, saya mendapati bahawa kesemua responden
mempercayai kewujudan tuhan. Saya juga berpendapat bahawa mereka mempunyai
pengetahuan terhadap agama mereka serta mengamalkan ajaran agama yang diwarisi sejak
turun temurun. Ini kerana, mereka berupaya untuk menyatakan konsep ketuhanan mereka
apabila ditanya.

18
AMSU5103

6.0 GAMBAR TEMUBUAL BERSAMA PENGANUT LAIN

Gambar 6.1

Gambar 6.2
Saya menemuramah Encik Ravinder Singh dan Puan Kavitha Kaur di hadapan Gurdwara
Sahib Jalan Terus, Johor Bahru pada 25 Februari 2017.

19
AMSU5103

Gambar 6.3

Saya menemubual Praveena dan ibunya, Puan Vijayletchimi (berada di sebelahnya) menerusi
video calling pada 28 Februari 2017.

20
AMSU5103

Gambar 6.4
Saya telah menemubual Puan Geraldine Shenarita dan suaminya Hilary Anchang yang berada
di Sarawak. Percubaan saya untuk menghubungi mereka menerusi video calling tidak berjaya
memandangkan keadaan talian yang kurang baik. Justeru, kami berhubung melalui aplikasi
whatsapp pada 2 Mac 2017 dan beliau telah mengirimkan gambar beliau dan suami.

21
AMSU5103

7.0 KESIMPULAN

Tugasan perbandingan agama ini benar-benar membuka mata saya. Apatah lagi, kita tinggal
di Malaysia, sebuah negara majmuk yang berbilang bangsa dan agama. Kita perlu
menghormati penganut agama lain agar kita dapat berhati-hati dan tidak menyentuh isu
sensitif penganut agama lain. Sesungguhnya, Islam mementingkan keharmonian dan
kedamaian di dalam masyarakat. Meskipun Islam merupakan agama rasmi negara, namun
penganut lain tidak dihalang untuk terus menganuti agama masing-masing. Sesungguhnya,
Allah SWT telah menegaskan di dalam Surah Al-Baqarah ayat 256:
“Tiada paksaan dalam (menganut) agama Islam, sesungguhnya telah jelas (perbezaan)
antara jalan yang benar dengan jalan yang sesat.” (Al-Quran Al-Karim Tafsir Al-Haramain,
2015)

Saya bersekolah di sekolah aliran kebangsaan dan sudah biasa bercampur dengan penganut-
penganut agama lain. Oleh sebab itu, saya memilih agama Hindu untuk dikaji kerana saya
boleh menemubual sahabat sekolah saya dan sekaligus lebih mudah untuk mendapatkan
maklumat. Sejarah agama Kristian pula mempunyai perkaitan dengan Islam, manakala agama
Sikh pula kurang saya ketahui. Faktor ini menyebabkan saya tertarik untuk memilih agama-
agama tersebut untuk dijadikan kajian daripada sudut konsep ketuhanan.

Konsep ketuhanan agama Sikh adalah monoteisme, manakala konsep ketuhanan agama
Hindu adalah trimurti dan konsep ketuhanan Kristian pula adalah triniti. Perbandingan
konsep ketiga-tiga agama ini menunjukkan bahawa konsep ketuhanan yang dibawa oleh
agama Sikh adalah mirip kepada Islam. Manakala, konsep ketuhanan agama Kristian pula
adalah mirip kepada agama Hindu yang menjelmakan satu tuhan kepada tiga jelmaan.
Namun, pada asasnya, ketiga-tiga agama ini mempercayai pada asalnya tuhan itu adalah satu.
Berbeza dengan Islam, konsep ketuhanan yang dipegang adalah berasaskan Allah SWT itu
Maha Esa, satu sahaja bilangannya dan tidak dijelmakan ke dalam diri makhluk. Agama
Islam juga mengajar umatnya mengakui Nabi Muhammad SAW itu utusan Allah. Baginda
bukanlah pengasas agama Islam dan bukan juga Tuhan. Sedangkan, bagi agama Kristian,
mereka mengangkat pengasasnya menjadi Tuhan. Manakala, agama Hindu pula menjelmakan
tuhan-tuhan mereka dalam bentuk yang pelbagai. Aqidah Islam berpegang bahawa manusia
tidak perlu menyingkap zat Allah atau dalam erti kata lain, tidak boleh menjasadkan-Nya.

22
AMSU5103

Islam adalah agama yang sesuai dengan fitrah manusia kerana ia datang daripada Pencipta
manusia itu sendiri. Umat Islam diwajibkan mengimani tauhid rububiyyah, uluhiyyah dan
asma’ wa al-sifat. Tauhid rububiyyah ini dimiliki oleh semua manusia tanpa mengira
pegangan agama, kerana ianya bererti meyakini kewujudan tuhan yang mencipta alam ini.
Alam tidak terjadi dengan sendirinya melainkan ada pencipta yang menciptakannya.
Manakala, tauhid uluhiyyah menurut Dr. Yusof Al-Qaradawi ialah mengesakan Allah dengan
ibadah dan melaksanakan ketaatan kepada-Nya serta tidak mensyirikan-Nya dengan sesuatu
(Ahmad, 2004). Tauhid asma’ wa al-sifat pula ialah meyakini dengan jazim bahawa Allah
bersifat dengan sifat kesempurnaan. Tauhid uluhiyyah dan asma’ wa al-sifat tidak dimiliki
oleh orang lain melainkan orang-orang Islam sahaja.

Persepsi saya yang salah telah dapat diperbetulkan setelah menyempurnakan tugasan ini.
Misalnya, selama ini, saya menyangka bahawa penganut agama Sikh menyembah berhala
seperti Hindu. Namun, sebenarnya mereka juga mempercayai tuhan yang satu. Dengan
mengetahui konsep ketuhanan agama lain dan membandingkannya dengan agama Islam, saya
semakin yakin dengan kebenaran aqidah Islam yang saya genggam selama ini. Namun,
sebagai orang Islam, kita perlulah menghormati dan berhemah dalam bergaul dengan orang-
orang bukan Islam. Mudah-mudahan akhlak islamiyyah yang kita tunjukkan menjadi medium
dakwah yang berhikmah dan sekaligus dapat menarik golongan bukan Islam untuk masuk
Islam. Semoga tugasan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

(4,770 patah perkataan)

23
AMSU5103

BIBLIOGRAFI
Ahmad, S. A. (2004). Apa Perlunya Tuhan & Agama. Pahang: PTS Publications &
Distributors.
Al-Ghazali, I. (2011). Mukhtasar Ihya' Ulumuddin. (Z. H. Al-Hamid, Trans.) Kuala Lumpur:
Darul Nu'man.
Al-Quran Al-Karim Tafsir Al-Haramain. (2015). Selangor: Karya Bestari Sdn Bhd.
Anchang, H. (2017, 3 2). Konsep Tuhan Agama Kristian. (N. Ezzati, Interviewer)
Baharom, H. N. (2002). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Gill, S. S. (2008). Peranan Gurdwara dalam Pembentukan Identiti Sikh di Malaysia: Antara
Ideal dan Praktis. Akademika, 27-50.
Kaur, K. (2017, 2 25). Konsep Ketuhanan Sikh. (N. Ezzati, Interviewer)
Krishnasamy, V. (2017, 2 28). Konsep Ketuhanan Agama Hindu. (N. Ezzati, Interviewer)
Mamat, P. M. (2016). Kaedah Pengajian Usuluddin. Selangor: Meteor Doc Sdn Bhd.
Rahman, M. R. (2005). Siri Perbandingan Agama - Panduan Memilih Agama. Selangor: PTS
Millennia Sdn Bhd.
Salam, M. A. (1953). Falsafatul-Hind Al Qadimah. Tsaqafatul-Hind, 10.
Shalaby, P. D. (1966). Agama Masehi. Perbandingan Agama, 72-110.
Shalaby, P. D. (2001). Perbandingan Agama: Agama-Agama yang Terbesar di India (Hindu
- Jaina - Buddha). Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Shenarita, G. (2017, 3 2). Konsep Ketuhanan Agama Kristian. (N. Ezzati, Interviewer)
Sidang Pengarang Sinar Jimit. (2003). Pendidikan Tauhid. Selangor: Mid Modal Industries
Sdn Bhd.
Singh, R. (2017, 2 25). Konsep Ketuhanan Agama Sikh. (N. Ezzati, Interviewer)
Singh, S. (1998). Masyarakat Minoriti Sikh di Malaysia. Latihan Ilmiah Universiti
Kebangsaan Malaysia, 20.
Somunaidu, P. (2017, 2 28). Konsep Ketuhanan Agama Hindu. (N. Ezzati, Interviewer)
Taylor, E. B. (1903). Primitive Culture (4 ed.). London.
Wangu, M. B. (2008). World Religions ( Hinduism) (Vol. 6). New Delhi: Viva Books Pvt
Ltd.

24
AMSU5103

LAMPIRAN

SOALAN TEMUBUAL RESPONDEN BERAGAMA SIKH

Saya telah menemubual dua orang suami isteri beragama Sikh bersama seorang anak
perempuan mereka dalam lingkungan usia 10 tahun di hadapan Gurdwara Sahib Jalan Terus,
Johor Bahru pada 25/2/2017 (Sabtu). Responden pertama bernama Ravinder Singh,
responden kedua bernama Kavitha Kaur.
1. Terangkan konsep ketuhanan agama anda.
 Apakah nama Tuhan anda?
 Berapakah bilangan Tuhan anda?
 Apakah sifat Tuhan anda?

Jawapan husband: Nama Tuhan saya Waheguru, bilangan Tuhan saya satu sahaja.
Antara sifat Tuhan saya ialah boleh bertolak ansur dengan kesilapan manusia dan tidak
kejam.

2. Terangkan prinsip agama anda.


 Berapakah prinsip dalam agama anda? Nyatakan.
 Apakah yang akan terjadi jika prinsip atau ajaran agama tidak dilakukan oleh
penganutnya?
 Siapakah pengasas agama atau orang yang menyampaikan prinsip itu kepada
manusia?
 Apakah perkara yang disuruh dan dilarang oleh agama anda?

Jawapan Husband: Kami adalah berketurunan satria dan kami berpegang kepada 5K
iaitu Kesh (berambut panjang), Kirpan (sejenis pisau ataupun keris), Kach (sejenis
seluar pendek).
Jawapan Wife: Kangha (sikat rambut kecil).
Jawapan anaknya: Kara (sejenis gelang besi).
Wife: Perempuan perlu menutup kepala dengan selendang apabila memasuki
Gurdwara, manakala lelaki perlu menutup kepala dengan serban. Dalam agama kami,
lelaki dipanggil Singh (Satria), wanita dipanggil Kaur (puteri).

25
AMSU5103

Husband: Pengasas agama sikh adalah Guru Nanak yang dibawa 500 tahun yang
lalu. Kami dilarang minum arak, merokok, menghisap dadah, tidak boleh memakan
makanan orang Islam iaitu binatang yang disembelih secara mengikut cara Islam.
Kami disuruh vegetarian. Jika ingin makan daging, kami hanya akan memakan
haiwan yang dipotong terus kepalanya. Bagi kami, haiwan yang dipotong secara
sembelihan di leher itu akan menyakitkan binatang berbanding dengan haiwan yang
dipotong terus kepalanya. Oleh sebab itu, kami tidak makan haiwan yang disembelih
mengikut cara Islam. Kami juga dilarang memotong rambut dan melakukan kegiatan
tidak bermoral seperti hubungan seks luar nikah. Jika kami berbuat salah atau dosa,
tidak ada denda. Cuma kami perlu menyucikan diri dengan memperbanyakkan
sedekah memberi makan kepada orang lain. Misalnya, setiap jumaat kami akan
memberi sedekah makanan kepada orang awam yang lalu lalang di hadapan
Gurdwara ini.

3. Kitab rujukan agama Sikh.


 Apakah nama kitab agama anda?
 Berapa kerapkah anda perlu membaca kitab anda?
 Apakah ajaran yang terkandung di dalam kitab anda? Nyatakan.
Jawapan Husband: Nama kitab Guru Granth Sahib, ianya di dalam Bahasa
Punjabi.
Jawapan Wife: kami perlu membaca kitab 5 kali sehari.
Jawapan Husband: ajaran dalam kitab kami sama seperti dalam ajaran agama
lain, iaitu kami disuruh berbuat baik. Kami disuruh mengikut ajaran Nabi.
Dalam agama Sikh, kami percaya ada 10 Nabi, dan kami ada 11 buah kitab.
Kitab terakhir adalah Guru Granth Sahib. Nabi terakhir ialah Guru Gobind
Singh.
Jawapan Wife: Kami juga disuruh sembahyang 5 kali sehari, iaitu pagi,
tengahari, petang, malam (dalam jam 7) dan sebelum tidur.

26
AMSU5103

4. Perayaan dalam agama Sikh.


 Apakah perayaan utama dalam agama Sikh? Nyatakan bila.
 Mengapakah perayaan tersebut disambut? Sempena apa?
Jawapan Wife: satu sahaja perayaan iaitu Vasakhi. Ia bersempena kelahiran
Khalsa. Kami akan menyambut hari Vasakhi pada 14 April nanti.

5. Mazhab di dalam agama Sikh.


 Adakah agama anda mempunyai mazhab/aliran? Nyatakan.
 Anda merupakan pengikut mazhab yang yang mana?
 Apakah yang menyebabkan timbulnya pelbagai mazhab ini?

Jawapan Husband: Agama kami tiada mazhab, tiada kasta.

27
AMSU5103

JAWAPAN TEMUBUAL RESPONDEN BERAGAMA HINDU

Saya telah menemubual dua orang responden beragama Hindu menerusi video calling pada
28 Feb 2017 (Selasa). Responden pertama bernama Praveena A/P Somunaidu dan responden
kedua Vijyaletchimi A/P Krishnasamy.
1. Terangkan konsep ketuhanan agama anda.
 Apakah nama Tuhan anda?
 Berapakah bilangan Tuhan anda?
 Apakah sifat Tuhan anda?

Praveena: Kami percaya kepada 3 Tuhan yang Berkuasa yang iaitu Brahma (yang
membina), Vishnu (yang memberi kehidupan) dan Shiva (yang memusnahkan). Ia disebut
konsep Trimurthi.
Vijayletchimi: Sebenarnya kami Tuhan kami bukan banyak bilangannya, tetapi kami
percaya Tuhan itu satu, cuma banyak kelahiran, iaitu, Tuhan Vishnu dilahirkan sebagai
Brahma dan juga Siva.
Praveena: Kami orang Hindu percaya bahawa Tuhan itu berada di dalam diri setiap orang.
Sifat Tuhan Shiva ( yang memusnahkan) ialah memusnahkan hasad dengki, mementingkan
keamanan, serta bersifat garang. Tuhan Vishnu (yang memberi kehidupan) pula bersifat
sukakan keamanan dan penyayang. Tuhan Brahma (yang membina) pula bersifat adil dan
mencipta manusia.
Vijayletchimi: Setiap Tuhan ada isteri dan anak. Contohnya, Tuhan Shiva berkahwin dengan
Tuhan Parvati dan mendapat anak Vinagar dan Murugan. Tuhan Murugan bersifat
mementingkan ilmu dan Tuhan Vinagar pula mementingkan keamanan dunia.

2. Terangkan prinsip agama anda.


 Berapakah prinsip dalam agama anda? Nyatakan.
 Apakah yang akan terjadi jika prinsip atau ajaran agama tidak dilakukan oleh
penganutnya?
 Siapakah pengasas agama atau orang yang menyampaikan prinsip itu kepada
manusia?
 Apakah perkara yang disuruh dan dilarang oleh agama anda?

28
AMSU5103

Praveena: Hindu mementingkan empat perkara ini, pertama ibu, kedua, bapa, ketiga, guru
dan keempat Tuhan.
Vijayletchimi: Tuhan terletak nombor empat kerana apabila kita lahir ibu yang didik kenal
Tuhan, kemudian bapa, kemudian guru. Tanpa mereka, kita tidak akan mengenal Tuhan.
Praveena: Agama kami mementingkan hormat ibu bapa dan sembahyang. Kami disuruh
vegetarian, tidak boleh makan lembu, tidak boleh minum arak, tidak boleh menipu dan tidak
boleh melakukan seks bebas. Kalau seseorang tidak mengikut ajaran agama, dia akan masuk
neraka.
Vijayletchimi: Orang Hindu percaya kepada kelahiran semula. Seseorang itu boleh
dilahirkan semula beberapa kali dalam bentuk binatang dan akhir sekali barulah menjadi
manusia. Kami juga percaya kepada “karma”. Konsep karma ini contohnya, seseorang yang
semasa mudanya berbuat jahat kepada ibu bapa, apabila dia sudah tua, anaknya pula akan
berbuat jahat kepadanya.
Praveena: Maknanya, perbuatan jahat yang dilakukan seseorang akan mendapat balasan jahat
juga.

3. Kitab rujukan agama Hindu.


 Apakah nama kitab agama anda?
 Berapa kerapkah anda perlu membaca kitab anda?
 Apakah ajaran yang terkandung di dalam kitab anda? Nyatakan.

Praveena: Nama kitab kami Baghavad Gita. Ia sama seperti kitab Veda dan ditulis dalam
Bahasa Sanskrit.
Vijayletchimi: Dalam agama Hindu, tiada paksaan untuk membaca berapa kerap kitab suci
kami. Dalam sehari, kami sembahyang dua kali, sekali waktu pagi ketika matahari terbit dan
sekali ketika senja iaitu waktu matahari tenggelam.
Praveena: Sembahyang waktu pagi itu ada kaitan dengan sembah Tuhan Vinagar.
Kandungan kitab ada macam-macam, terlalu banyak. Contohnya berkaitan dengan kehidupan
manusia, apa tugas-tugas manusia, perkara yang disuruh dan dilarang, semuanya terkandung
dalam kitab.

29
AMSU5103

4. Perayaan dalam agama Hindu.


 Apakah perayaan utama dalam agama Hindu? Nyatakan bila.
 Mengapakah perayaan tersebut disambut? Sempena apa?

Praveena: Perayaan utama ialah Deepavali. Ia disambut bersempena dengan kemenangan


Tuhan Parvati mengalahkan syaitan. Ia membawa cahaya kepada dunia. Sebab itulah ketika
Deepavali kami akan menyalakan pelita. Kami juga akan menghias rumah dengan “kolam”.
Vijayletchimi: Selain itu, kami ada perayaan Thaipusam yang disambut bersempena Tuhan
Murugan, perayaan bersempena Tuhan Siva.
Praveena: Kalau di India, ramai penganutnya bekerja sebagai petani. Jadi, kami sambut
perayaan Pongal untuk mensyukuri matahari yang menjadikan tanaman subur. Kalau awak
lihat orang Hindu ikat tebu, letak beras dalam pasu itu adalah bersempena perayaan Pongal.

5. Mazhab di dalam agama Hindu.


 Adakah agama anda mempunyai mazhab/aliran? Nyatakan.
 Anda merupakan pengikut mazhab yang yang mana?
 Apakah yang menyebabkan timbulnya pelbagai mazhab ini?

Praveena: Tentang mazhab saya tidak pasti. Apa yang saya tahu Hindu mengamalkan
sistem kasta, tetapi di Malaysia sudah berkurangan. Tiada paksaan untuk masuk agama
Hindu, sesiapa pun boleh anuti. Kalau nak masuk agama Hindu, seseorang perlu pergi ke kuil
bersembahyang dan mandi di Sungai Ganges di India.

30
AMSU5103

JAWAPAN TEMUBUAL RESPONDEN BERAGAMA KRISTIAN

Saya telah menemubual dua orang responden, iaitu Geraldine Shenarita dan suaminya Hilary
Anyang pada 2/3/2017 (Jumaat).

1. Terangkan konsep ketuhanan agama anda.


 Apakah nama Tuhan anda?
 Berapakah bilangan Tuhan anda?
 Apakah sifat Tuhan anda?

Geraldine Shenarita: Nama Tuhan Jesus Christ, bilangan Tuhan saya satu. Sifatnya
menyayangi manusia, mengampunkan orang yang berdosa, membawa manusia mengikuti
ajaran-ajaran yang baik di dalam menjalani kehidupan.
Hilary Anyang: Tuhan yang disembah hanya satu, iaitu Jesus Christ penyelamat. Agama
kami berkonsepkan 3 dalam 1, sebab itu bila pembuka sembahyang tanda salib. Dalam Nama
Bapa, Anak dan Roh Kudus, Amen.

2. Terangkan prinsip agama anda.


 Berapakah prinsip dalam agama anda? Nyatakan.
 Apakah yang akan terjadi jika prinsip atau ajaran agama tidak dilakukan oleh
penganutnya?
 Siapakah pengasas agama atau orang yang menyampaikan prinsip itu kepada
manusia?
 Apakah perkara yang disuruh dan dilarang oleh agama anda?

Geraldine Shenarita: Prinsip dalam agama Kristian mengajar penganut Kristian melakukan
perbuatan yang baik. Pengikut yang tidak mengikuti ajaran agama adalah berdosa dan perlu
kembali berdoa kepada Tuhan Jesus Christ serta mengakui kesalahan diri.
Hilary Anyang: Pengasas agama Kristian sudah tentulah Jesus Christ. Kami disuruh
membuat kebaikan sesama umat manusia, dan dilarang membunuh orang, mencuri,
berbohong dan menzalimi orang lain.

31
AMSU5103

3. Kitab rujukan agama Kristian.


 Apakah nama kitab agama anda?
 Berapa kerapkah anda perlu membaca kitab anda?
 Apakah ajaran yang terkandung di dalam kitab anda? Nyatakan.

Geraldine Shenarita: Kitab suci Kristian ialah Bible. Kami perlu membacanya sekerap yang
boleh.
Hilary Anyang: Isi kandungan Kitab Bible ada banyak. Antaranya ialah mengenai
kewujudan bumi, para santa, Jesus Christ menyebarkan ajaran Kristian dan banyak lagi.

4. Perayaan dalam agama Kristian.


 Apakah perayaan utama dalam agama Kristian? Nyatakan bila.
 Mengapakah perayaan tersebut disambut? Sempena apa?

Geraldine Shenarita: Perayaan utama agama Kristian ialah Hari Krismas yang disambut
pada 25 Disember setiap tahun. Ia bersempena hari kelahiran Jesus Christ.

5. Mazhab di dalam agama Kristian.


 Adakah agama anda mempunyai mazhab/aliran? Nyatakan.
 Anda merupakan pengikut mazhab yang yang mana?
 Apakah yang menyebabkan timbulnya pelbagai mazhab ini?

Geraldine Shenarita: Aliran agama Kristian ada banyak. Antaranya Ortodoks, Roman
Katolik, Anglican, dan Methodist.
Hilary Anyang: Saya dan isteri merupakan pengikut aliran Roman Katolik. Punca timbul
pelbagai aliran ialah disebabkan oleh revolusi dalam penyebaran agama dan pengikut agama.

32

Anda mungkin juga menyukai