Anda di halaman 1dari 10

WAHYU

Pengertian wahyu dapat diberikan dalam dua bentuk, iaitu: '

1. . Pengertian bahasa

2. Pengertian istilah

Pengertian Bahasa

Wahyu menurut pengertian bahasa membawa maksud berikut :

1. Memberitahu sesuatu dengan cara yang tidak jelas atau samar-samar dan segera.
2. Sesuatu yang ditulis atau al-Risalah yang membawa maksud kerasulan.
3. Segala yang disampaikan semra rahsia kepada pIhak lain supaya dapat diketahuinya.
4. Wahyu membawa maksud sesuatu yang ditulis atau ' al-Maktub
5. Segala apa yang disampaikari oleh Allah secara rahsia kepada makhluknya baik manusia dan
binatang.
6. Segala apa yang disampaikan oleh makhluk sesama mereka.

Sebagai kesimpulannya, penurunan wahyu menurut bahasa ialah turun dari tempat yang tinggi. Ini
sebenarnya hanya sebagai majaz atau simbolik sahaja untuk menunjukkan ketinggian al-Qur'an dan
kemuliaannya.

Pengertian Istilah

Wahyu menurut pengertian istilah ialah:

Segala apa yang disampaikan oleh Allah secara rahsia kepada para Nabi dan rasuI-Nya, seperti: al-
Qur'an dan Hadis. '

Wahyu membawa pengertian yang lebih umum dan lebih luas daripada pengertian al-Qur'an. Hal itu
kerana al-Qur'an merupakan wahyu Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad, tetapi tidak
semua wahyu itu berupa al-Qur'an. Di mana ada yang berupa hadis, kitab Zabut, Taurat dan lnjil
adalah juga wahyu Allah.

Sebagai rumusannya, penurunan wahyu mengikut pengertian istilah ialah penurunan dari Luh
Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia, dan dari Langit Dunia kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui
perantaraan Malaikat Jibril yang mengambil masa lebih kurang 23 tahun.

Jenis-jenis wahyu dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu:

Wahyu itu termasuklah segala jenis percakapan di antara seorang hamba dengan Tuhannya. Iaitu di
sebalik hijab. Contohnya: Rasul mendengar kata-kata tersebut tetapi tidak melihat siapa yang
menuturkannya, seperti Allah bercakap dengan Nabi Musa. Sebagaimana firman Allah:
Terjemahan: Dan Allah telah berkata-kata kepada nabi Musa dengan kata-kata (secara langsung,
tidak ada perantaraan) (Surah al-Nisa' 164)

Wahyu itu juga merupakan melalui ilham atau dalam bentuk ilham. Iaitu Allah mencampakkan ke
dalam hati RasuI-Nya dalam bentuk ilmu dan pengetahuan yang benar

Wahyu juga dalam bentuk mimpi yang benar. Sebagai contohnya Nabi Ibrahim bermimpi akan
menyembelih anaknya lsmail. Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur'an melalui firman Allah:

Terjemahan: Nabi Ibrahim berkata: ‘Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam
mimpi bahawa aku akan menyembelihmu... (Surah aI-Saffat ayat 102)

Wahyu datang dengan perantaraan Jibril. Sebagaimana firman Allah: surah al syu’ara’ 193-195

Wahyu Allah kepada Nabi Muhammad di atas Langit Ketujuh pada malam Isra' dan Mi'raj. Iaitu
tentang sembahyang lima waktu. Martabat wahyu jenis ini tidak dapat diketahui caranya, hanya
Allah yang mengetahuinya, Nabi juga tidak mengentahuinya. Namun ia adalah benar sebagaimana
sabit dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

IV. CARA PENURUNAN WAHYU

Berdasarkan penjelasan berkaitan dengan jenis-jenis wahyu, secara lebih teperinci dijelaskan
berkaitan dengan cara penurunan wahyu. Apa yang dimaksudkan dengan cara penurunan wahyu di
sini sebenarnya ialah penurunan al Qur'an. Untuk itu cara penurunan aI-Qur'an kepada nabi dalam
dua cara:

1. Penurunan Wahyu dengan erti al-iihaa’. Iaitu memberi wahyu.

2, Penurunan Wahyu dengan erti al-Muuha Bih Iaitu yang diwahyukan.

Penurunan wahyu dgn erti al iihaa’

Wahyu mengikut konsep ini dapat dibahagikan kepada tiga jenis. Sebagaimana yang terkandung di
dalam firman Allah:

Terjemahan: Dan tidaklah layak bagi seseorang manusia bahawa Allah beRata-kata dengannya
kecuali dengan jalan wahi (dengan diberi ilham atau mimpi), atau dari sebalik dinding (dengan
mendengar suara sahaja), atau dengan mengutuskan utusan (malaikat) lalu utusan itu
menyampaikan wahi kepadanya dengan izin Allah akan apa yang dikehendakiNya...

(Surah aI-Syura ayat 51)


a. Perkhabaran atau wahyu yang diturunkan daripada Allah melalui ilham tanpa sebarang
perantaraan. Wahyu jenis ini juga termasuk mimpi-mimpi para nabi dan Rasul yang benar.
Contohnya Nabi Ibrahim bermimpi menyembelih anaknya Ismail. Sebagaimana firmar Allah:

Teriemahan: ...Nabi Ibrahim berkata' . "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam
mimpi bahawa aku akan menyembelihmu...". (Surah al-Saffat ayat 102)

b. Nabi dan Rasul mendengar kalam Allah atau Allar berbicara dengan mereka di sebalik hijab
atau tabir Contohnya, kisah Nabi Musa yang menerima perlantikar dan perutusan
kerasulannya. Sebagaimana firman Allah : surah thaha: 11-12

Bahagian ini juga termasuk wahyu yang diterima oleh Nabi Muhammad pada malam Isra' dan Mikraj
supaya menunaikan sembahyang lima waktu secara langsung tanpa sebarang perantaraan.

c. Penerimaan wahyu melalui perantaraan Malaikat Jibril. Wahyu jenis ini dapat dibahagikan
kepada dua bentuk:

i. Nabi dapat melihat sendiri kehadiran Malaikat Jibril. Wahyu melalui perantaraan Malaikat Jibril ini
pula dapat dibahagikan kepada dua bentuk pula:

Pertama: Nabi dapat melihat Malaikat Jibril dalam rupa bentuknya yang asli. Contohnya: Ketika Nabi
keluardaripada rumahnya selepas kerinduan lama terputus wahyu, selepas menerima wahyu
pertama di Gua Hira'. Apabila melihat Malaikat Jibril yang begitu besar Nabi ketakutan dan pulang
semula ke rumahnya dan berselimut. Dengan itu turunlah ayat Surah aI-Muddaththir. Sebagai firman
Allah: mudatsir:1-3

Kedua: Malaikat Jibril menemui Nabi dengan menyamar atau menyerupai bentuk manusia biasa.
Contohnya: Sewaktu Nabi bersama sahabat dalam satu majiis kemudian Malikat Jibril datang dengan
berpakaian serba putih dan bertanya Nabi dengan cara menyoal tentang Iman, Islam dan Ihsan.

ii. Nabi tidak dapat melihat Malaikat Jibril ketika menerima wahyu,tetapi Baginda hanya mendengar
dan dapat mengetahui kedatangan Malaikat Jibril melalui suara seperti suara lebah atau bunyi
loceng. Wahyu yang diterima dalam bentuk ini merupakan yang paling berat bagi Nabi sehingga
kadang kadang Baginda mengeluarkan peluh yang banyak, walaupun keadaan cuaca yang sejuk.

Penurunan Wahyu Dengan Erti al-Muuha Bih

Wahyu jenis ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:

a. al-Qur'an
b. Hadis

Walaupun pada dasamya Hadis adalah ucapan Nabi, namun ia sebenamya adalah wahyu daripada
Allah. Maknanya daripada Allah, cuma dituturkan oleh Nabi melalui susunan bahasa Baginda sendiri.
Sebagaimana firman Allah: (surah an Najm: 3-4)

V. KEPENTINGAN WAHYU

Berkaitan dengan kepentingan wahyu dapat dihuraikan dalam dua keadaan:

1. Kepentingan Wahyu Terhadap Individu

2. Kepentingan Wahyu Terhadap Masyarakat

Kepentingan Wahyu Terhadap Individu

Antara kepentingan wahyu terhadap individu ialah:

1. Wahyu dapat memandu individu muslim itu supaya patuh kepada Allah dan menjauhi segala
larangan-Nya tanpa sebarang keraguan.
2. Wahyu memandu akal individu supaya berfikir dan mengamati dan menggunakan sebaik
mungkin nikmat Allah.
3. Seseorang hamba itu akan teguh iman dan akidahnya kepada Allah dan tidak melakukan
penyelewengan dalam iktikadnya.
4. Seseorang itu dapat menjadi muslim yang terbaik dan contoh kepada orang lain pada masa
hidupnya.
5. Wahyu memberi cahaya dan sinaran kepada individu dan menyingkap ke arah jalan yang
baik dan pertunjuk. Seterusnya dapat membezakan di antara jalan yang baik daripada jalan
yang buruk dan individu itu menjadi bertanggungjawab.

Kepentingan Wahyu Terhadap Masyarakat

Antara kepentingan wahyu terhadap masyarakat ialah:

1. Menjamin kemaslahatan masyarakat.


2. Menggariskan hak dan tanggungjawab secara individu yang mana periu dilakukan terhadap
masyarakatnya, lalu ia menjamin kehidupan masyarakat dan membentuk kehidupan yang
mulia.
3. Menguatkan hubungan kemasyarakatan dengan cara dapat menjinakkan dan dapat
membina masyarakat di atas dasar kesatuan umat, yang dibina di atas dasar akidah dan
kekuatan iman kepada Allah, disamping masing-masing tahu peranan masing-masing.

VI. TOKOH PENULIS WAHYU

Tokoh penulis wahyu yang akan dibincangkan di sini ialah empat orang tokoh pemuka sahabat,
mereka ialah:

1. ZAID BIN THABIT

Nama penuh beliau ialah Abu Sa'id Ibn Thabit Ibn aI-Dahhak Ibn Zaid Ibn Lawahan Ibn ‘Amru lbn Abd
al-Manai Ibn Ghannam Ibn Malik Ibn Najjar aI-Ansari. Ibu Zaid bernama alt Nawar binti Malik lbn
Mu‘wiyah lbn Ali. Beliau dilahirkan di Madinah 11 tahun sebelum Nabi berhijrah, iaitu bersamaan
tahun 611 M.. Zaid Ibn Thabit telah meninggal dunia pada tahun 45 Hijrah bersamaan tahun 665 M.

Zaid Ibn Thabit hidup dalam keadaan yatim di mana bapanya terkorban dalam peperangan Bu‘ath
yang berlaku pada tahun ke-5 sebelum nabi berhijrah dan pada waktu itu Zaid baru berusia 6 tahun.
Semenjak dari kecil lagi Zaid sentiasa mendampingkan diri dengan Nabi dan mempelajari ilmu agama
serta menghafal al-Qur’an. Berkat usaha dan minat yang begitu mendalam oleh beliau terhadap ilmu
agama dan al-Qur’an, beliau telah berjaya menjadi seorang yang alim dan salah seorang sahabat
yang terkemuka dalam ilmu pengetahuan, khasnya ilmu yang berkaitan dengan alQur'an, Ulum al-
Qur'an, Tafsir dan Hadis. Sebagai bukti keilmuan beliau ialah, Ibn Abbas sendiri sering mengunjungi
Zaid Ibn Thabit untuk mempelajari ilmi-ilmu agama dan Ibn Abbas mengakui ilmu yang ada pada Zaid
itu bukan setakat usahanya tetapi pemberian daripada Allah. Ibn Abbas amat menghormati Zaid
sehinggakan beliau sanggup memegang tali kenderaan yang ditunggangi oleh Zaid, tetapi Zaid segera
melarangnya, bahkan lantas Ibn Abbas menjawab: Kami disuruh melakukan begini terhadap ulama
kami. Lalu Zaid segera memegangtangan Ibn Abbas dan menciumnya sambil berkata: Kami disuruh
melakukan begini terhadap keluarga Nabi kami.

Zaid Ibn Thabit merupakan salah seorang yang pintar. amanah dan warak. Beliau juga merupakan
salah seorang pemuka sahabat yang terkenal sebagai penulis wahyu Disebabkan sifat peribadi Zaid
yang mulia, berilmu dan dipercayai, menyebabkan Nabi telah melantik beliau sebagai penulis wahyu
pada setiap kali wahyu diturunkan oleh Allah kepada Baginda. Nabi juga pernah melantik Zaid
sebagai penulis surat untuk diutuskan kepada kaum Yahudi. Baginda berbuat demikian disebabkan
Zaid dapat memahami bahasa masyarakat Yahudi.

Di sebabkan beliau merupakan seorang yang berilmu juga, sewaktu berada di kota Madinah, Zaid
telah menjadi tumpuan umat Islam untuk menimba ilmu daripadanya. Dalam konteks lain pula,
beliau juga pernah menjadi hakim dalam perbicaraan, memberi fatwa dan sebagai guru aI-Qur'an.
Pada zaman khalifah Abu Bakar al-Siddik, Zaid Ibn Thabit terus diberi penghormatan yang tinggi dan
diberi kepercayaan penuh, seterusnya beliau telah dilantik sebagai penulis dan pengumpul aI-Qur'an
untuk disalin semula dalam mashaf. Dalam melaksanakan tugas yang besar dan berat itu, Zaid telah
dibantu oleh sahabat-sahabat lain. Segala amanah dan kerja yang telah dipertanggungjawabkan
terhadap beliau telah berjaya dilaksanakannya dengan baik hingga akhirnya terhasil Mashaf Abu
Bakar yang mana penulisannya mengambil masa setahun.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar aI-Khattab dan Uthman, Zaid pernah ditugaskan dan
diamanahkan untuk mengawal keadaan kota Madinah sewaktu Khalifah Umar dan Uthman
menunaikan ibadat haji. Pada masa pemerintahan khalifah Uthman juga Zaid telah dilantik sebagai
ketua kepada komiti atau Jawatankuasa penulis dan pengumpul al-Qur'an untuk disalin semula bagi
tujuan diselaraskan dari sudut tulisan dan bacaan. Hal itu, kerana pada masa itu timbul perselisihan
dan persengketaan di antara sesama orang Islam akibat perbezaan tulisan dan cara bacaan,
khususnya di antara penduduk Sham dengan Iraq. Zaid merupakan orang Ansar yang dipilih sebagai
ahli komiti itu, manakla tiga orang ahli lain semuanya kalangan orang Quraisy. Tugas menyalin
semula al-Qur'an dengan menggunakan satu tulisan itu telah dilaksanakan pada penghujung tahun
24 Hijrah dan awal tahun 25 Hijrah. Zaid telah melaksankan tugas itu dengan baik hingga terhasilnya
Mashaf Flasm Uthmani yang wujud hingga sekarang. Antara lain juga, pada masa pemerintahan
khalifah Uthman Ibn Affan, Zaid Ibn Thabit pernah dilantik sebagai Kadi dan Menteri Kewangan di
Madinah.

2. UBAI BIN KA‘AB

Nama penuh beliau ialah Ubai lbn Ka‘ab lbn al-Qais yang berasal daripada golongan Ansar Madinah.
Ubai merupakan salah seorang daripada kabilah al-Khazraj. Tentang tarikh lahir Ubai, ahli sejarah
tidak dapat membuat catatan yang tepat dan tidak dapat dinyatakan bilakah beliau dilahirkan dan di
mana. Begitu juga tentang tarikh kematian beliau, ahli sejarah telah berselisih pendapat, ada yang
mengatakan Ubai meninggal dunia pada tahun 19 Hijrah dan ada pendapat lain mengatakan beliau
meninggal dunia pada tahun 32 Hijrah.

Mengikut sejarahnya, Ubai pada asalnya merupakan salah seorang daripada Pendita agama Yahudi.
Setelah Ubai memeluk Islam, beliau sentiasa berdamping dan menghadiri majlis bersama Nabi dan
akhirnya beliau berjaya muncul sebagai salah seorang sahabat yang alim dalam ilmu yang berkaitan
dengan al-Qur'an dan Ulum aI-Qur’an. Ubai banyak dan sering bersama nabi dalam siri menyertai
peperangan untuk menyebarkan Islam dan menentang orangorang kafir, seperti: Peperangan Badar,
Uhud, Khandak dan lainnya. Selepas kewafatan Nabi, Ubai masih memberi sumbangan dan
menyertai siri peperangan menentang orang-orang kafir, seperti Peperangan al-Jabrah pada zaman
pemerintahan khalifah Umar al-Khattab.

Ekoran Ubai memiliki sifat peribadi yang mulia, amanah dan bertaqwa serta berilmu itu, Nabi telah
melantik beliau sebagai salah seorang penulis wahyu. Melalui pengiktirafan yang diberikan oleh
Baginda dan disamping Ubai seorang yang alim dalam bidang berkaitan dengan hal-hal aI-Qur'an dan
ilmunya, maka Ubai telah mendapat jolokan sebagai "Penghulu Segala Qurra' " atau juga dikenali
sebagai' ‘Sayyid al-Qurra’. Ubai ibn Ka‘ab juga adalah tokoh Tafsir. Buktinya ialah seorang tokoh
Tafsir daripada kalangan Tabi'in yang bernama Masruq telah mengakui kedudukan Ubai dalam
bidang ilmu Tafsir dengan berkata: Aku telah bergaul rapat dengan sahabat Rasulullah s.a.w, maka
aku dapati semua ilmu mereka terkumpul pada enam orang sahabat: Iaitu Umar, Ali, Abdullah Ibn
Abbas, Ubai, Abu alDarda' dan Zaid lbn Thabit.

Selain Ubai terkenal sebagai salah seorang daripada penulis wahyu dan ilmu yang berkaitan dengan
al-Qur'an, Ubai juga merupakan salah seorang sahabat yang alim dalam ilmu Hadis. Hal itu kerana
beliau sering berdamping dengan nabi dan menyertai majlis ilmu. Ekoran daripada itulah, Ubai juga
terkenal sebagai salah seorang perawi atau periwayat hadis Nabi. Apa yang dapat dipastikan, di
mana dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim, terdapat lebih kurang 164 buah hadis yang telah
diriwayatkan oleh Ubai.

3. MU‘AZ BIN JABAL

Beliau ialah Abu Abdul Rahman Mu‘az lbn Jabal lbn Amir lbn ‘Aus al-Ansari aI-Khazraji. Mu‘az
dilahirkan 20 tahun sebelum berlakunya Hijrah, iaitu bersamaan tahun 603 M. Mu‘az meninggal
dunia di pinggir Jordan, iaitu kampung yang bernama ‘Amuas dan jenazah beliau dikebumikan di
Ghurbistan pada tahun 18 Hijrah, bersamaan tahun 639M. tanpa meninggalkan seorang pun anak.

Mu‘az merupakan tokoh yang berjasa dan unggul. Beliau memeluk Islam ketika berusia 18 tahun.
Antara lain, Mu‘az terkenal dengan salah seorang sahabat yang alim. Mu‘az merupakan seorang
yang bijaksana, budi pekerti mulia, amanah dan disegani oleh semua golongan dan peringkat serta
seorang yang pemurah. Disebabkan kepintaran dan ilmu pengetahuan yang ada pada Mu‘az serta
beliau merupakan salah seorang sahabat yang mahir dalam perkara yang berkaitan dengan ilmu
Fekah, Hadis, Tafsir serta beliau menghafaz al-Qur'an, maka Nabi telah mengutusnya supaya menjadi
mufti dan Gabenor di Yaman serta berdakwah untuk penduduk di situ pada tahun 10 hijrah. Antara
bukti Mu'az seorang yang pakar dalam bidang Fekah dan telah dipercayai oleh Nabi sebagai mufti di
Yaman dapat dilihat daripada hadis Baginda yang mana Nabi pernah bertanya dan menemuduga
beliau sebelum Nabi mengutuskan beliau untuk berdakwah dan sekali gus menjadi mufti di situ. Nabi
menguji beliau tentang bagaimana beliau akan menghukum apabila dibawa atau dibentangkan
sesuatu masalah kepada beliau. Hal tersebut termaktub di dalam hadis yang diriwayatkan oleh
Ahmad dan Abu Daud:

Terjemahan: Bagaimanakah nanti engkau akan memutuskan hukum apabila diba wa kepada engkau
sesuatu permasalah? Mu'az menjawab: Saya akan memutuskan hukum berdasarkan Kilab Allah. Nabi
bertanya lagi: Sekiranya kamu tidak dapati di dalam Kitab Allah? Jawab Mu'az: Saya akan
memutuskan berdasarkan Sunnah HasuI-Nya. Tanya Nabi lagi: Sekiranya engkau tidak menemui di
dalam Sunnah? Jawabnya: Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan perkara tersebut
atau membenarkan begitu saja. Nabi pun menepuk dada sambil bersabda: Segala Puji bagi Allah
yang telah memberi taufiq kepada utusan Rasulullah ke arah sesuatu yang diredhai oleh Rasulullah.
Muaz telah menetap di Yaman hingga Nabi wafat. Semasa pemerintahan Abu Bakar, Mu‘az kembali
ke Madinah buat seketika untuk menyertai dan bersama-sama dengan Abu 'Ubaidah bin AI-Jarrah
untuk memerangi penduduk Syam. Dalam konteks lain pula, semasa hayatnya, Mu'az telah banyak
sekali berjasa dan memberi sumbangan dalam Islam serta untuk meninggikan dan mengembangkan
agama Islam yang maha suci. Beliau telah banyak bersamasama Nabi untuk menyertai peperangan
demi memerangi orang kafir, seperti: Perang Badar, Uhud, Khandak serta lainnya. Mu‘az merupakan
salah seorang daripada 70 orang Ansar yang telah menyertai Perjanjian Aqabah Kedua yang
berlangsung di antara Nabi dan penduduk Madinah atas tujuan untuk menjemput Nabi supaya
berhijrah ke Madinah.

Selain daripada bertindak sebagai salah seorang penulis wahyu dan penghafal al-Qur'an, Mu‘az juga
turut meriwayatkan Hadis daripada Nabi. Di mana dalam Sahih [Bukhari dan Muslim terdapat 157
buah hadis yang telah diriwayatkan oleh Mu‘az.

4. MUAWIYAH IBN ABU SUFIAN

Nama penuh beliau ialah Muawiyah Ibn Salehar Ibn Harb Ibn Umaiyyah Ibn Abdul Syams Ibn Abdul
Manaf al-Quraisy. Beliau telah dilahirkan di Kota Mekah pada tahun 20 sebelum berlaku Hijrah Nabi
ke Madinah, iaitu bersamaan tahun 603 M. Muawiyah merupakan pengasas kepada tertubuhnya
kerajaan Umaiyyah pada tahun 41 Hijrah dan beliau meninggal dunia di Damsyik pada tahun 60
Hijrah.

Muawiyah terkenal sebagai salah seorang sahabat yang pintar dan cekap. Beliau berasal daripada
kalangan orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan terhormat di kalangan masyarakat
Arab. hal itu selari dengan keturunan dan kedudukan keluargannya yang terhormat di dalam
masyarakat Arab semenjak sebelum Islam lagi. Selain terkenal sebagai salah seorang yang bijak dan
pintar, beliau juga terkenal dengan seorang yang petah bercakap, berpidato, berdebat dan berhujah.
Muawiyah merupakan seorang yang mempunyai perancangan dan wawasan yang tinggi dan jitu,
lantaran itu, beliau sentiasa tenang di dalam menghadapi sesuatu, gigih dan sentiasa sabar dalam
menghadapi rintangan dan perjuangan hidup.

Walaupun Muawiyah bukan merupakan daripada kalangan orang yang awal memeluk Islam, namun
selepas beliau memeluk Islam pada tahun Pembukaan Kota Mekah, iaitu tahun 8 Hijrah, beliau
begitu tekun mendalami Islam serta sentiasa bersama nabi untuk mengikuti pengajian agama.
Setelah beliau memeluk Islam, disebabkan beliau merupakan seorang yang bijak, pandai menulis dan
pintar, maka Nabi telah melantik beliau sebagai penulis wahyu.

Selepas kewafatan Nabi, Muawiyah sentiasa bersamasama kaum muslimin serta memberi
sumbangan kepada Islam. Pada masa pemerintahan khalifah Abu Bakar, beliau bersama-sama
saudaranya Yazid Ibn Abu Sufian telah dilantik untuk menjadi ketua bagi meluaskan jajahan Islam
dan untuk memerangi musuh. Disebabkan keteguhan iman, perancangan rapi, semangat dan
kesabaran serta kebijaksanaan beliau, maka banyak negara dan wilayah telah berjaya ditakluki,
termasuklah Beirut.

Pada masa pemeritahan Khalifah Umar aI-Khattab pula, Muawiyah telah diutuskan ke Ardan dan
dilantik sebagai ketua di sana. Selepas itu, beliau juga pernah dilantik sebagai Gabenor di Syam atau
Damsyik untuk menggantikan tempat saudaranya Yazid bin Abu Sufian. Muawiyah telah diberi
kepercayaan oleh Khalifah Umar untuk menjadi Gabenor di sana kerana beliau seorang yang pintar,
bijaksana dan mempunyai sifat kepimpinan yang baik.

Pada masa pemerintahan khalifah Uthman, Muawiyah telah diberi kepercayaan yang penuh oleh
khalifah Uthman untuk mentadbir dan bertindak sebagai pemerintah atau dengan memiliki kuasa
sepenuhnya di seluruh negeri Syam. Selain dari itu juga, beliau telah dilantik sebagai ketua kepada
seluruh gabenor yang ada. Ekoran daripada beliau menjadi Gabenor di Syam, telah menyebabkan
beliau mendapat pengaruh dan disanjung tinggi oleh seluruh penduduk Syam.

Setelah khalifah Uthman mati terbunuh, umat Islam telah melantik Saidina Ali sebagai khalifah
keempat. Saidina Ali bercadang untuk melucutkan jawatan Muawiyah sebagai ketua Gabenor-
Gabenor serta melucutkan jawatan beliau sebagai Gabenor di Syam, namun setelah mengetahui
perkara itu, Muawiyah telah bangkit menentang Ali dan ingin menuntut bela di atas kematian
Uthman dan menyuruh Ali membuat hukuman segera terhadap pemberontak dan pembunuh
terlibat. Ali menunggu keadaan reda untuk mengambil tindakan, kerana pemberontak itu ramai dan
mereka masih berkeliaran pada waktu itu. Lantaran itu, Muawiyah telah menuduh Ali bersyubhat
dalam pembunuhan Uthman dan tidak mahu menyelesaikan masalah.

Keadaan itu dan ketegangan serta perselisihan pandangan dan pendapat di antara Ali dengan
Muawiyah menyebabkan berlakunya peperangan saudara di antara Ali dan Muawiyah yangmana
akhirnya negara Islam terpecah kepada dua pemerintahan dan ketua. Iaitu Muawiyah menjadi ketua
dan memerintah di Syam dan Ali memeritah di Iraq, tanpa campur tangan mana-mana pihak.
Khalifah Ali telah mati dibunuh oleh golongan Khawarij bernama Abdul Rahman Bin Muljim dan
seterusnya tapuk pemerintahan di Iraq telah diganti oleh puteranya Hassan. Walau bagaimana pun
pada tahun 41 H, Hasan telah rela hati menyerahkan kuasa pemerintahan yang disandangnya itu
kepada Muawiyah. Tahun penyerahan kuasa itu di namakan dengan 'Am al-Jama'ah atau Tahun
Bersatu. Justeru itu, tapuk dan kuasa pemerintahan Islam yang terpecah dua itu menjadi satu.

Muawiyah kekal sebagai pemerintah hingga ia tua. Dalam masa pemerintahan beliau, negara Islam
terus berkembang dan dapat menakluki negara luar hingga ke Lautan Atlantik pada tahun 43 Hijrah
dan selepas itu beliau mengepung Kota Konstantinople dari laut dan darat, akhirnya pada tahun 48
Hijrah kota tersebut berjaya ditawan. Muawiyah merupakan pemerintah pertama yang menjadikan
kota Damsyik sebagai pusat pemerintahan yang menggantikan Madinah. Beliau seterusnya orang
pertama yang melantik pengawal peribadi serta melantik pengawal yang menjaga pintu kota.
Selain daripada terkenal sebagai ketua pemerintah dan pemimpin yang bijaksana dan unggul,
Muawiyah juga merupakan salah seorang penghafaz al-Qur'an. Antara lain, Muawiyah juga terkenal
sebagai periwayat Hadis daripada Nabi. Di mana di dalam Kitab Sahih Bukhari dan Muslim terdapat
63 buah hadis yang telah diriwayatkan oleh Muawiyah.

Anda mungkin juga menyukai