Anda di halaman 1dari 5

SOALAN LATIHAN TOPIKAL QAWAID FIQH

KAEDAH PERTAMA (AL UMUR BIMAQASIDIHA)

1. Terangkan pengertian al umur bimaqasidiha beserta huraian dan contoh.


2. Jelaskan syarat, tujuan dan waktu berniat.
3. Cuba kenal pasti lima contoh amalan yang tidak memerlukan niat.
4. Huraikan hukum bagi masalah furu’ dibawah:
a. Dany meminum air mineral dengan berniat minum arak.
b. Salem melakukan persetubuhan dengan isterinya yang sah ttapi beliau menyakini
bersetubuh dengan wanita lain.
c. Taslim menyetubuhi seorang wanita dengan saangkaan dan menyakini wanita itu
adalah isterinya.
d. Puan Sally telah berkabung selama 3 hari dengan tidak memakai wangian
disebabkan kematian suami orang.
e. Samad memerah anggur dan barli untuk dijadikan minuman kordial.
5. Berikan empat contoh perbuatan yang menunjukkan perbezaan antara ibadat dengan
adat.
6. Tentukan dan huraikan kaedah terbitan bagi masalah tersebut.
a. Kasim bersumpah dengan kalimah Allah tidak makan sate ayam.
b. Fariha bersumpah “Demi Allah! Aku tidak akan memakan makanan yang
dihadiahkan oleh Saimah.
c. Asiah ingin mengerjakan solat Zohor dan melafazkan lafaz solat Zohor tetapi ketika
angkat takbir dia meniatkan solat Asar.
d. Samsiah solat Maghrib secara berjemaah di masjid tetapi dala solat tersebut dia
berniat solat sunat tahiyyatul masjid.
e. Sayyid Malik memanggil hambanya yang bernama “Hurrah”
SOALAN LATIHAN TOPIKAL QAWAID FIQH
KAEDAH KEDUA (AL YAKIN LA YUZALU BI AL SYAKKI)

1. Terangkan pengertian al yakin la yuzalu bi al syakki beserta huraian dan contoh.


2. Kemukakan dalil yang berkaitan dengan kaedah al yakin la yuzalu bi al syakki.
3. Jelaskan enam contoh hukum furu’yang terkecuali daripada kaedah al yakin la yuzalu bi
al syakki.
4. Huraikan maksud pecahan kaedah terbitan dibawah beserta contoh.
a. (Asal sesuatu itu kekal sebagaimana keadaan sebelumnya)
b. (Asalnya seseorang bebas daripada tanggungjawab)
c. (asalnya sesuatu itu tiada)
d. (Asalnya setiap kejadian diambil kira masa yang terdekat)
e. (Asalnya sesuatu ucapan dikira berdasarkan makna yang hakiki)
5. Tentukan kaedah terbitan dan terangkan berdasarkan isu atau permasalahan dibawah.
a. Pemuda A yang yakin suci namun dia masih ragu sama ada berhadas atau tidak.
b. Sepasang suami dan isteri yang baru mendirikan rumahtangga bertelingkah di mana
si isterinya membuat pengakuan bahawa suaminya gagal menunaikan
tanggungjawab nafkah zahir.
c. Seorang penjenayah yang telah mencederakan seseorang mengatakan,”Itulah satu
kesan cedera di lengan yang saya buat kepada awak”. Namun si magsa mengatakan,
“Awak telah mencederakan di beberapa tempat, tetapi saya telah menutup dengan
balutan serta hanya Nampak satu tempat yang cedera sahaja”.
d. Rashid mendakwa jam tangan Rolex yang baru dibelinya ada kerosakan, sedangkan
penjual menafikan dakwaan tersebut.
e. Jaziman terlihat kesan air mani pada seluarnya sedangkan dia tidak ingat bila ia
berihtilam.
f. Pak Darwish telah mewakafkan sejumlah harta kepada waladnya.
SOALAN LATIHAN TOPIKAL QAWAID FIQH
KAEDAH KETIGA (AL DARAR YUZAL)

1. Terangkan pengertian al darar yuzal beserta huraian dan contoh.


2. Kemukakan dalil yang berkaitan dengan kaedah al darar yuzal.
3. Jelaskan skop kaedah dan berikan tiga contoh aplikasi yang termasuk dalam kaedah al
darar yuzal.

4. Tentukan hukum aplikasi dibawah:


a. Melafazkan kalimah kufur ketika dipaksa melakukan perbuatan maksiat.
b. Memakan bangkai atau benda haram sewaktu kebuluran demi menyelamatkan diri.
c. Doktor melihat aurat wanita ajnabi yang hendak menerima rawatan daripadanya.
d. Mengambil harta barang orang yang berhutang yang enggan membayarnya.

5. Huraikan maksud pecahan kaedah terbitan dibawah beserta contoh.


a. Ad darurrot tubihul mahzhurat
b. Maa ubihah liddaruroti tuqaddiru biqadariha
c. Ad daroru la yuzal biddarori
d. Darr ul mafasidi muqaddam ala jalbil masolih
e. Al haajatu tunazzilu manzilat ad daruroti kaa nat aamah aw khassah

6. Terangkan kaedah terbitan yang ketiga dalam kaedah Al darar Yuzal dengan
memberikan lima contoh hukum yang termasuk dalam kaedah ini.
SOALAN LATIHAN TOPIKAL QAWAID FIQH
KAEDAH KEEMPAT (AL MASYAQQAH TAJLIBU AL TAYSIR)

1. Terangkan pengertian al masyaqqah tajlibu at taysir beserta huraian dan contoh.


2. Kemukakan dalil yang berkaitan dengan kaedah al masyaqqah tajlibu at taysir.
3. Jelaskan lima sebab-sebab rukhsah atau takhfif beserta contohnya.
4. Huraikan bentuk rukhsah atau takhfif yang dijelaskan oleh Ibnu Nujaym beserta
contohnya.

5. Jelaskan pengertian kaedah terbitan, huraian dan contoh dibawah ini.


a. Apabila sesuatu itu sempit maka hendaklah diperluaskan
b. Apabila sesuatu itu luas, hukumnya hendaklah disempitkan.

6. Tentukan hukum rukhsah berdasarkan isu dibawah:


a. Qasar solat bagi mereka yang musafir kadarnya kurang dua marhalah.
b. Muamalah jual beli secara bay’i salam.
c. Minum air kencing dengan tujuan menyelamatkan diri kerana kebuluran.
d. Melihat bakal tuning sebelum berlangsungnya perkahwinan.
e. Seorang balu keluar rumah dan mencari pekerjaan masih dalam tempoh iddah.
f. Memakai pakaian sutera bagi lelaki kerana menghidapi penyakit kulit.
SOALAN LATIHAN TOPIKAL QAWAID FIQH
KAEDAH KELIMA (AL ‘ADAH MUHAKKAMAH)

1. Terangkan pengertian al ‘adah muhakkamah beserta huraian dan contoh.


2. Kemukakan dalil yang berkaitan dengan kaedah al ‘adah muhakkamah.
3. Terangkan perbezaan antara adat dan uruf.
4. Terangkan lima skop kaedah dan jenis-jenis al ‘adah.
5. Nyatakan kehujjahan al ‘adah dan bahagiannya dari sudut hukum beserta dengan
contoh.
6. Jelaskan syarat-syarat adat diterima dalam masyarakat.

7. Jelaskan pengertian kaedah terbitan, huraian dan contoh dibawah ini.


a. Pengamalan orang ramai adalah hujah yang wajib beramal.
b. Setiap perkara yang diketahui berdasarkan uruf yang sama seperti apa yang
dinyatakan dalam syarat.
c. Penetapan berdasarkan uruf sama seperti penetapan berdasarkan nas.tidak
diingkari berlaku perubahan hukum disebabkan perubahan zamansemua perkara
yang dibawa syarak berbentuk mutlak dan tiada dasar yang menjelaskannya
daripada sudut syarak serta bahasa. Ia dikembalikan kepada uruf kebiasaan.

Anda mungkin juga menyukai