Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Wakaf merupakan instrumen kewangan yang berfungsi sebagai pemangkin kepada


pembangunan sesebuah negara, malah terlibat dalam pembinaan tamadun suatu ketika
dahulu. Hal ini kerana fungsi dan peranan wakaf atau juga disebut sebagai sektor ketiga ini
adalah sangat besar. Sebagai buktinya adalah perkembangan negara dan peningkatan taraf
hidup di negara Turki yang dibantu oleh mekanisma wakaf. Antara hasil daripada aktiviti
wakaf adalah pembinaan institusi keagamaan dan pendidikan, kemudahan awam, pertanian,
perladangan dan banyak lagi. Ramai yang beranggapan bahawa undang-undang wakaf di
Malaysia menjadi penghalang utama pembangunan wakaf di Malaysia. Undang-undang
wakaf didapati tidak seragam kerana wujud pada peringkat negeri dan tertakluk di bawah
bidang kuasa Majlis Agama Islam Negeri (MAIN). Tanah wakaf masih terbengkalai dengan
kekusutan kes di mahkamah, terutamanya di Pulau Pinang, Johor dan Terengganu.
Hakikatnya, undang-undang wakaf di Malaysia yang menjadikan MAIN sebagai “pemegang
amanah tunggal” harta wakaf di negeri berkenaan menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa
pihak, termasuk pemegang amanah persendirian dan kadangkala benefisiari di bawah wakaf
khas. Oleh sebab itu, undang-undang sering dilihat sebagai penghalang kepada pembangunan
wakaf di Malaysia. Walau bagaimanapun, kini sudah ada kemajuan dalam bidang wakaf di
Malaysia, misalnya penerimaan wakaf tunai dan wakaf korporat. Peranan kewangan Islam
kian berkembang dengan adanya pilihan untuk membiayai pembangunan wakaf melalui
konsep seperti istisna, musyarakah mutanaqisah, tawarruq dan baru-baru ini, konsep sukuk
mula diperkenalkan. Selain itu, bab ini juga turut menghuraikan hikmah pensyariatan wakaf
serta perbincangan mengenai rukun dan syarat wakaf serta klasifikasi wakaf berdasarkan
mawquf, mawquf ‘alaih dan kaedah pewakafan.

1
DEFINISI

Perkataan Wakaf secara umumnya membawa maksud sesuatu yang didermakan untuk
kegunaan orang ramai atau bagi keperluan yang berkaitan dengan agama Islam. Dilihat
daripada aspek budaya pula, wakaf lebih dikenali sebagai binaan kecil yang dijadikan tempat
berehat, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu Pantai Timur. A Concise
Encyclopedia of Islam (2002) pula mentakrifkan wakaf sebagai dana keagamaan yang
manfaatnya dibuat secara berkekalan dan harta asal wakaf tersebut tidak boleh digunakan
untuk tujuan selain yang telah ditetapkan oleh pewakaf.

WAKAF MENURUT BAHASA

Perkataan wakaf berasal dari terma waqf atau awqaf (kata jamak) dalam bahasa Arab yang
memberi erti “menahan”, “tegah” atau “berhenti”. Perkataan lain yang sama erti dengan
perkataan wakaf ialah habs yang juga bermaksud ”berhenti” atau “menahan”. Ulama fiqh
bersepakat mentakrifkan al-waqf daripada sudut bahasa dengan perkataan al-habs, kerana
perkataan ini lebih hampir dengan pengertian syarak. Dalam kalangan pengikut Mazhab
Maliki di Maghribi, Algeria dan Tunisia, wakaf disebut sebagai hubus (sebutan jamak
daripada perkataan habs). Orang Perancis juga telah menerima hobous sebagai istilah sah
dalam bahasa rasmi mereka (Har et al., 1975).

Muhammad al-Syarbani (t.th) dalam kitabnya al-iqna menyebut apabila seseorang berkata
“saya wakafkan sesuatu” bermaksud “saya menahannya”. Dengan kata lain, terma wakaf
membawa maksud “pembekuan” hak milik bagi faedah tertentu. “Berhenti” pula bermaksud
pemilikannya terhenti dengan menyerahkannya secara keseluruhan kepada Allah SWT.

2
WAKAF MENURUT SYARAK
Istilah wakaf tidak disebut secara langsung di dalam al-Quran dan hadith. Istilah ini adalah
hasil daripada tafsiran oleh ahli-ahli fiqh berasaskan kepada ibadah sadaqah jariah yang juga
disebut sebagai al-sadaqah al-muharramah. Tujuan pelaksanaannya adalah untuk manfaat
ahli waris atau untuk kebajikan umum. Terdapat perbezaan pandangan ulama fiqh dalam
mengemukakan takrifan mengenai wakaf. Hal ini kerana, dalil-dalil daripada al-Quran dan
hadith yang membincangkan tentang wakaf begitu terbatas dan bersifat umum. Justeru, tidak
hairanlah jika wujud perbezaan pandangan dalam kalangan ahli fiqh ketika membahaskannya,
di atas faktor pengalaman masing-masing dan pengaruh masyarakat setempat.

WAKAF MENURUT PERUNDANGAN

Perkataan “wakaf” telah ditafsirkan dalam semua undang-undang wakaf sama ada bawah
statut khusus wakaf ataupun statut-statut pentadbiran agama Islam atau perundangan Islam
negeri-negeri. Namun demikian, kebanyakan definisi atau pentakrifan wakaf tersebut hanya
menyentuh tentang harta wakaf termasuk tanah yang dikategorikan sebagai harta tak alih dan
tidak dihuraikan secara terperinci di kebanyakan negeri di Malaysia kecuali beberapa negeri
yang lain iaitu Melaka, Selangor, Terengganu, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

3
Pensyariatan Wakaf

Wakaf merupakan salah satu instrumen sedekah berasakan tabarru’ yang berkenalan
pahalanya. Wakaf mempunyai hikmah dan kelebihan yang tersendiri jika dilakukan dengan
niat ikhlas kenara Allah SWT. Di atara tujuan dan hikmah pensyariatan wakaf ialah:

1. Mendekatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub ilallah).


2. Menzahirkan pengabdian diri (ta’abbud) kepada Allah SWT.
3. Mendapat pahala kebajikan yang berkekalan semasa hidup dan selepas meninggal
dunia.
4. Berkongsi manfaat harta dalam kalangan masyarakat Islam seperti membina masjid
dan sekolah untuk menghidupkan syiar Islam dan aktiviti keilmuan.
5. Mengukuhkan perpaduan ummah.
6. Memastikan pengekalan pemilikan dan perkongsian aset umat Islam.

Pensyariatan wakaf perlu dilihat menurut perspektif al-Quran dan Hadith sebagai dasar dan
rujukan para ulama. Ibadat menginfakkan harta termasuklah wakaf sangat dituntut dalam
Islam dengan tujuan untuk memperoleh pahala dan kebaikan.

Firman Allah S.W.T, mafhumnya:

“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu
dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan
maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Surah Al-Imran :92

Dari segi perundangan pula, institusi wakaf dianggap satu institusi yang sudah lama wujud
apabila dilihat semula sejarah wakaf bermula sejak zaman Rasulullah SAW sehinggalah
sekarang. Walaupun Al-Quran tidak menyebut berkaitan wakaf secara langsung, namun
perundangan Islam merujuk kepada sunnah dan perbuatan Rasulullah SAW berkaitan wakaf
dalam menghasilkan perundangan wakaf. Di samping itu, Islam juga menggalakkan kita
untuk mengambil jalan mudah selagi mana ianya selari dengan hukum syarak.

Hal ini dijelaskan dalam firman Allah, mafhumnya:

4
“Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.” Surah
Al-Baqarah :185

A. Wakaf Menurut Perspektif Islam.


Al-Quran telah menyediakan asas kukuh dalam mendorong amalan berwakaf
menerusi ayat-ayat mengenai konsep bersedekah yang berkaitan dengan maksud
mendekatkan diri kepada Allah SWT dan melalakukan amal kebajikan dengan
matlamat akhir untuk mendapatkan ganjaraan yang dijanjikan Allah SWT pada Hari
Akhirat kelak. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberi pinjaman kepada Allah, sebagai


pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipat gandakan balasanya dengan
berganda-ganda banyaknya? Ingatlah Allah jualah yang menyempit dan meluaskan
(pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan” (Surah al-
Baqarah 2:245).

B. Wakaf Mengikut Perspektif Hadith


Terdapat banyak yang menunjukkan bahawa rasulullah SAW bukan sahaja
mengalakan amalan berwakaf, malahan banginda sendiri mengamalkan dengan
bersungguh-sungguh sehingga menjadi ikutan dan contoh dalam kalangan para
sahabat dan kaum muslimin. Antara hadith yang paling popular ialah Abu Huraiah
RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya:

“Apabila mati anak Adam akan terhentilah amalanya kecuali tiga perkara: sedekah
jariah atau ilmu yang bermanfaatkanya atau anak soleh yang
mendoakannya”(Riwayat Muslim)
Menurut para ulama’ maksud sedekah jariah dalam hadith diatas ialah amalan
berwakaf yang sangat digalakan oleh orang islam dimana ianya dapat memberi pahala
secara kekal dan berpanjanagan kepada pewakaf selagi mana harta diwakafkan dapat
dimanfaatkan secara kekal oleh penerimanya sama ada melibatkan wakaf am atau
wakaf khas.

5
Rukun Dan Syarat Wakaf
Dalam membicarankan tentang rukun-rukun yang berkaitan dengan ibadah wakaf,
para fuqaha membahagikan kepada empat iaitu:

A. Waqif
Waqif atau pewakaf ialah orang yang memberikan atau menyerahkan harta miliknya
untuk dijadikan harta wakaf. Bagi membolehkan harta yang diwakafkan itu sah
menurut syarak, pewakaf hendaklah:
a) Seorang yang berakal dan cukup umur
b) Seorang yang merdeka dan pemilik harta yang hendak diwakafkan
c) Seorang yang cerdik dan bukan di bawah sekatan undang undang dengan
sebab muflis atau sebagainya.
d) Seorang yang berkemampuan untuk menguruskan hartanya.

B. Mawquf
Mawquf atau harta yang diwakafkan secara prinsipnya mestilah harta yang dimiliki
oleh waqif secara sah, daripada sumber yang halal, bersifat kekal atau tahan lama dan
tidak mudah rosak serta memiliki nilai atau manfaat yang yang diharuskan oleh
syarak. Selaindaripada itu, mawquf tersebut mestilah:
a) Harta yang bentuk objek dan tentukan (ta’yin) dengan jelas
b) Milk senpurna pewakaf, boleh dipindah milik, tiada pertindihan pemilikan
orang lain dan bukan harta amanah pihak lain.
c) Harta yang boleh digunakan selamanya atau boelh diambil manfaat dalam
jangka masa yang lama
d) Harta yang kegunaanya diharusakan di sisi hokum syarak. Mewakafjkan harta
yang boleh berfungsi untuk perkara yang diharamkan seperti peralatan hiburan
yang malailaikan adalah tidak sah.

6
C. Mawquf ‘Alaih
Mawquf ‘Alaih atau penerima wakaf adalah individu atau oerganisasi yang menerima
manfaaat hart wakaf sam ada penerimanya telah ditentukan secra khusus (mu’ayyan)
a) Penerimaan tersebut mestlah dengan tujuan yang diharuskan syarak dalam
mencari keredhaan Allah SWT dan mendekatkan diri kepada-Nya.
b) Wujud dan dapat ditentukan dengan jelas
c) Bole dan layak menerima manfaat
d) Bukan diwakafkan semata-mata untuk kepentingan manfaat diri pewakaf
sahaja
e) Bukan ahli maksiat, kafir herbi atau murtad.

D. Sighah
Para ulama telah menetapkan bahawa setiap mawquf atau harta yang hendak
diwakafkan mestilah disertakan dengan lafaz ijab bagi menetukan keasahihan ibadah
wakaf tersebut. Walau bagaimanapun kad wakaf adalah tetap sah meski pun tanpa
lafaz penerimaan atau ijab atau qabul oleh pihak mauquf ‘alaih. Syarat –syarat sighah
ialah:
a) Hendaklah menyatakan dan menetukan harta wakaf dengan jelas dan
mengandungi elemen keberkekalan iaitu untuk selama -lamnya
b) Perlaksanaan sighah wakaf hendaklah dibuat secara muktamad iaitu berkuat
kuasa serta merta, tidak boleh ditarik balik, tidak boelh diubah-ubah tujuannya
dan tidak boelh tertakluk kepada syarat-syarat lain yang boleh membatalkan
wakaf.
c) Menyatakan penerimaan wakaf dengan jelas.

7
Majlis Agama Islam Negeri Negeri

MAIN adalah pemegang amanah tunggal bagi semua harta wakaf sebagaimana yang termaktub dalam
Akta, Ordinan atau Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan Enakmen wakaf Negeri-Negeri.
MAIN bertanggungjawab dalam mentadbir harta wakaf sama ada yang membabitkan harta alih atau
harta tak alih yang merangkumi perkara perkara berikut:

1. Semua wakaf , sama ada wakaf am atau wakaf khas


2. Semua nazar am
3. Segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan
memajukan agama Islam atau bagi faedah orang –orang islam mengikut syarak.

Syarat Dan Tanggungjawab Mutawalli

Menurut Muhammad Zain Haji Othman (1982), seseorang yang hendak dilantik sebagai
mutawalli bagi mentadbir dan menguruskan harta wakaf perlulah memenuhi syarat-syarat
yang telah ditentukan, iaitu berakal, baligh, adil, boleh dipercayai dan mampu
menyelenggarakan urusan-urusan wakaf.

Secara lebih khusus, beliau hendaklah terdiri daripada seseorang yang bertanggungjawab dan
sihat secara fizikal dan mental. Sekiranya terdapat kekurangan daripada syarat-syarat yang
telah dinyatakan di atas, pihak berkuasa boleh menarik balik tugasnya dan berhak
menggantikannya dengan orang yang difikirkan lebih layak daripadanya. Dalam menjalankan
tugas sebagai pemegang amanah, mutawalli yang dilantik untuk menguruskan sesuatu harta
wakaf hendaklah melaksanakan empat tanggungjawab asas, iaitu:

1. Memelihara dan menjaga harta wakaf.


2. Melakukan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada harata wakaf.

8
3. Menerima hasil pelaburan harta wakaf.
4. Membahagikan harta kepada pihak yang berhak menerimanya
(Muhammad Zain Haji Othman:1982; Baharuddin Sayin:1994).

Pembangunan Harta Wakaf Negeri-Negeri

Setiap harta wakaf sama ada wakaf alih mahupun wakaf tak alih hendaklah diuruskan
dan dibangunkan secara professional bagi memastikan kewujudan manfaat yang
berkekalan.
Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan dalam Senarai II, Senarai Negeri
memperuntukkan secara jelas tentang kedudukan wakaf sebagai harta keagamaan
yang terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Bagi tujuan pengurusan dan
pentadbiran wakaf, perundangan negeri memberikan bidang kuasa kepada Majlis
Agama Islam Negeri (MAIN) sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf bagi
kedua-dua wakaf, iaitu wakaf am dan wakaf khas.11 Seksyen2, Akta Pentadbiran
Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) yang
mentakrifkan wakaf am sebagai “wakaf yang berkekalan atas modal dan pendapatan
daripada harta bagi maksud- maksud agama dan khairat yang diiktiraf oleh hukum
syarak, dan harta yang diwakafkan sedemikian”. Manakala, wakaf khas ertinya
“wakaf yang berkekalan atau bagi suatu tempoh terhad atas modal harta bagi maksud-
maksud agama atau khairat yang diiktiraf oleh hukum syarak, dan harta yang
diwakafkan sedemikian, yang berpendapatan daripadanya diberikan kepada orang-
orang atau bagi maksud-maksud yang ditetapkan dalam wakaf itu.

DANA PEMBANGUNAN HARTA WAKAF

Terdapat pelbagai kaedah pembiayaan yang boleh diguna pakai dalam


mengembangkan harta wakaf tunai dan harta tanah, khususnya menerusi pelaburan
dan pasaran modal seperti ekuiti, tawarruq, sukuk, derivatif dan sebagainya. Dana
wakaf tunai boleh berkembang dan menghasilkan keuntungan dengan cara

9
menyimpannya di akaun deposit patuh syarak yang akan menghasilkan dividen atau
hibah tahunan. Selain daripada itu, sumber pembangunan mawquf juga boleh
diperoleh melalui pembiayaan daripada sumber dalaman dan sumber luaran.

a) Sumber dalaman

Merujuk kepada dana yang disalurkan oleh MAIN atau dana daripada pihak tertentu secara
terus kepada mana-mana pelaksanaan projek pembangunan yang kemudiannya diserahkan
kepada MAIN selaku pemegang amanah tunggal untuk diurus oleh Badan Pentadbir wakaf
institusi pendidikan.

b) Sumber Luaran

Sumber luaran merujuk kepada dana yang disalurkan oleh pihak luar bagi tujuan perkongsian
modal, pinjaman atau sebagainya. Terdapat dua bentuk sumber luaran bagi menjana dana
pembangunan harta tanah wakaf, iaitu pembiayaan bagi pembinaan aset dan pembiayaan bagi
pembelian aset.

SAHAM WAKAF

Saham wakaf adalah kombinasi antara dua perkataan iaitu saham dan wakaf. Saham dari segi
bahasa ialah bahagian iaitu bahagian dalam modal sesuatu perniagaan. Saham dari segi istilah
ekonomi dan undang-undang perniagaan ialah bahagian yang diserahkan oleh perusahaan
ketika dia bergabung di dalam suatu projek perusahaan daripada perusahaan modal.

Oleh itu, saham wakaf bolehlah didefinisikan sebagai modal yang dikeluarkan oleh para
pewakaf kepada pihak tertentu yang mempunyai kelayakan menguruskan dana wakaf bagi
melaksanakan sesuatu perkara dengan niat wakaf. Bagi mengesahkan modal yang telah
dikeluarkan tersebut, pewakaf akan diberikan sijil pengesahan menyertai skim saham wakaf.
Bezanya saham wakaf dengan saham biasa adalah saham wakaf tidak boleh dijual beli, tidak
boleh dihadiahkan kepada sesiapa sahaja sebagai hibah, tidak boleh dijadikan harta pusaka
dan tidak boleh dijual atau digadai.

10
Ini bertepatan dengan matlamat berwakaf yang disyariatkan adalah untuk melihat harta yang
diwakafkan itu dapat dimanfaatkan dengan harapan ganjaran serta pahala atas penggunaan
harta tersebut dapat mengalir kepada si pewakaf. Oleh itu, timbullah beberapa konsep yang
diwujudkan semata-mata memberi kemudahan berwakaf agar si pelakunya dapat mencapai
dan memperolehi apa yang diinginkan melalui amalan berwakaf tersebut. Maka salah satu
daripadanya konsep tersebut ialah saham wakaf.

PERBELANJAAN PENGURUSAN HARTA WAKAF

Wakaf merupakan ibadah yang berkekalan pahala walaupun pewakaf sudah meninggal dunia.
Konsep wakaf ialah menahan sesuatu benda atau harta dan menggunakan hasil manfaatnya
untuk matlamat kebajikan. Imam Sayuti menyenaraikan beberapa jenis wakaf iaitu ilmu yang
disebarkan, doa anak yang soleh, sedekah jariah dan lain-lain. Sesuatu yang bernilai jika tidak
diurus dengan efisyen menyebabkan tidak dapat dimanfaatkan untuk penggunaan umat.
Antara cabaran perbelanjaan pengurusan harta wakaf ialah kekurangan dana dan kelemahan
dalam perancangan dan pembangunan tanah. Berpotensi untuk berdaya maju tetapi diberi
sewa dengan kadar yang rendah. Sumber kewangan amat terhad dan kebanyakkan hasil harta
wakaf digunakan untuk perbelanjaan pengurusan wakaf itu sendiri.

PERLANTIKAN NAZIR ATAU MUTAWALI OLEH PEWAKAF

Dari segi fekah semua mazhab membolehkan pewakaf melantik dirinya sendiri sebagai
pentadbir wakaf (mutawalli/nazir) atau dia juga boleh melantik orang lain ataupun pihak
pewaris sendiri sebagai pentadbir wakaf berkenaan. Mengikut pendapat mazhab Hanbali, hak
ini berpindah kepada pewaris (mawquf alayhi) jika dia seseorang atau segolongan tertentu
yang baginya atau bagi mereka wakaf itu dikhaskan. Tetapi jika wakaf itu dikhaskan kepada
umum (tiada pewaris tertentu yang dinamakan), maka hak ini berpindah kepada pemerintah
menurut mazhab Hanbali. Manakala mazhab Hanafi pula berpendapat sama ada pewakaf
melantik dirinya sebagai pentadbir atau tidak, hak mentadbir adalah dipegang oleh dirinya,

11
selepas itu berpindah kepada wasinya kalau ada dan selepas itu kepada pemerintah. Begitu
juga peranan yang sepatutnya boleh dimainkan oleh mahkamah syariah (kadi) dalam hal-hal
berkaitan wakaf ini perlulah difikirkan kembali kerana sejak dari zaman awal Islam, pihak
kadi (mahkamah syariah) memang telah terlibat secara langsung berhubung masalah wakaf.

KESIMPULAN

Institusi wakaf memainkan peranan yang signifikan terhadap pembangunan sosioekonomi


ummah bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat Islam serta menjamin kesinambungan
syiar Islam. Aspek pembangunan, pendanaan dan pelaburan merupakan tiga faktor utama
yang saling berkaitan dalam menentukan hala tuju institusi wakaf di Malaysia. Strategi
pelaburan harta wakaf secara mampan yang menggabungkan aspek penghayatan terhadap
objektif penubuhan wakaf, pematuhan prinsip syariah dalam mekanisme pelaburan, strategi
peruntukan aset (aset allocation), mempelbagaikan pilihan pelaburan, serta pengurusan risiko
yang cekap menerusi jaminan pengekalan modal aset wakaf merupakan antara faktor yang
penting bagi memaksimumkan pulangan pelaburan wakaf. Pengurusan agihan manfaat wakaf
secara telus, berintegriti dan penuh akauntabiliti oleh semua pentadbir wakaf di Malaysia
juga amat signifikan ke arah meningkatkan keyakinan dan kepercayaan rakyat Malaysia
untuk membudayakan amalan berwakaf. Wakaf merupakan suatu cabang dalam bidang
muamalat yang terbuka luas padanya pintu ijtihad selaras dengan ciri murunah (fleksibiliti)
dalam perundangan Islam, lebih-lebih lagi dalam aspek yang melibatkan kemaslahatan
ummah.

12
SENARAI RUJUKAN

1. JAWHAR, 2018. Panduan Pengurusan Wakaf. Putrajaya: : Jabatan Waqaf, Zakat


dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri, hlm. 11, 12, 16, 17, 18, 19, 26,
27, 28, 29.
2. http://jurnalkanun.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2016/02/5-Wakaf.pdf

3. http://conference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC%20005.pdf

13
14

Anda mungkin juga menyukai