Anda di halaman 1dari 3

Nasihat membawa maksud yang dinasihati akan mendapat faedah daripada nasihat yang

telah diberi. Ia juga membawa erti bahawa yang menasihati hendaklah menggunakan
perkataan yang terbaik dan ikhlas bersih dari maksud yang tidak baik. “Siapa yang memberi
nasihat dengan memandang dirinya baik, maka dia akan berdiam diri apabila berbuat
kesalahan. Dan siapa yang memberi nasihat, kerana memandang (apa yang ia ucapkan)
sebagai kebaikan dari Allah untuk dirinya, maka dia tidak berdiam diri apabila berbuat
kesalahan.”

Nasihat sebenarnya boleh diberikan oleh sesiapa saja kepada siapapun dalam rangka saling
mengingatkan dalam kebenaran dan menghindari kesalahan, boleh berupa mengajak kepada
kebaikan atau saling mengingatkan. Nasihat tidak selalu disampaikan dalam bentuk ceramah,
dan juga tidak selalu harus disampaikan oleh seorang Ulama atau seorang Kiayi dan tidak
harus selalu disampaikan dalam sebuah forum keagamaan.

Dari Abi Hurairah dari Rasulullah SAW bersabda,


“sesungguhnya agama itu nasihat , sesungguhnya agama itu nasihat , sesungguhnya agama
itu nasihat“, mereka (sahabat) bertanya siapa yang berhak nasihat ya Rasulullah ? bersabda
(Nabi) “Bagi Allah dan bagi kitabnya Allah, dan bagi utusannya dan bagi imamnya orang
muslim dan bagi umumnya muslim“

Memberi nasihat untuk dijadikan teladan baik dalam rangka mengajak kepada kebaikan
sesama hamba Allah adalah perbuatan yang utama. Akan tetapi memberi nasihat kerana
merasa diri kita adalah orang baik, berilmu dan soleh, adalah perbuatan yang kurang baik.
kerana, apabila suatu waktu ia tergelincir kedalam perbuatan jelek atau salah menyampaikan
nasihat, maka akan tumbuh perasaan malu kerana bersalah, yang menyebabkan ia akan
bersikap diam atau tidak lagi memberi pelajaran atau nasihat-nasihat.

Akan tetapi apabila nasihat yang dijalankan dan pelajaran yang disampaikan didasarkan
kerana wajib menyampaikan ajaran Allah, atau kerana apa yang ia sampaikan adalah
anugerah dan rahmat serta izin Allah semata, maka ketika ia khilaf kerana tergelincir lidah
atau salah ucapan, atau sikap yang tidak pada tempatnya, atau berbuat suatu kesalahan di
mata masyarakat, ia tidak merasa malu, serta terus menyampaikan ajaran dan nasihat. Ia tidak
berhenti, kerana yang ia sampaikan adalah ajaran yang benar, dan kerana izin rahmat Allah
untuknya.

Ada beberapa hal yang harus diperhatikan dalam mengajak kepada kebaikan…
1. Sampaikan nasihat atau ajakan kepada kebaikan dengan hati yang tulus ikhlas, semata-
mata kerana Allah.

2. Berniatlah dalam hati bahwa ajakan yang di laksanakan semata-mata melaksanakan


kewajiban yang diizinkan Allah dalam rangka dakwah Islam, amar ma’ruf nahi munkar.

3. Hindarkan perasaan dari dalam hati, bahwasanya apa yang disampaikan dan nasihat yang
diberikan, adalah kerana kepandaian dirinya sendiri, kecekapan dirinya sendiri, kecekapan
pembicaraannya sendiri, atau ilmu yang ia kuasai. Perasaan seperti ini akan melahirkan rasa
angkuh, kemudian bersifat riya’, yang akan merosak hati dan amal ibadah kita.

4. Kekuatan tekad di dalam jiwa, bahwasanya nasihat dan tabligh yang akan disampaikan dan
yang telah disampaikan, banyak atau sedikit kerana ingin mencari Redha Allah semata,
melalui jihad dakwah yang terpikul dipundaknya.

5. Buatlah sebuah rencana atau cara penyampaian melalui pendekatan yang efektif, sesuai
dengan kemampuan masing-masing, agar apa yang disampaikan diterima oleh Masyarakat,
sesuai dengan tuntunan Allah dan Rasul-Nya.

6. Hendaknya apa yang disampaikan, sudah difahami dan dihayati, dan jika belum difahami
dengan benar mengenai apa yang akan disampaikan, hendaknya dipelajari terlebih dahulu
dengan sungguh-sungguh.

7. Semata-mata apa yang disampaikan, baik berupa nasihat atau ajakan, hendaklah sudah
dijalankan terlebih dahulu atau ia sedang menjalankan apa yang disampaikannya, dengan
maksud bersama-sama mencari kebaikan di Jalan Allah.

8. Selalu meminta petunjuk kepada Allah SWT.

Dengan nasihat dan ajakan kepada kebaikan, seseorang dapat berubah dari yang tidak faham
menjadi faham, dari yang lupa menjadi ingat, dari salah menjadi sedar kerana diingatkan dan
dari tidak baik menjadi baik. Tentunya semua itu tidak terlepas dari Kehendak Allah SWT,
kerana upaya kita hanyalah terbatas dalam mengajak atau saling menasehati, selebihnya
untuk urusan hati dan apakah orang yang diajak menerima atau tidak, tergantung daripada
upaya orang yang diajak tersebut apakah menerima, atau menolaknya, kerana, hanyalah Allah
Yang Maha Kuasa dan membolak-balikkan hati manusia.

Adab-adab memberi nasihat

1. Meluruskan niat sebelum menasihati seseorang supaya tidak ada yang berasa disakiti.
Ikhlas menasihati saudara semuslim semata-mata kerana Allah. Seharusnya seorang yang
ingin memberikan nasihat itu perlulah bersih dari segala bentuk niat yang terpesong kerana ia
akan memberi kesan ke atas nasihat yang ingin diberikan. Janganlah menasihati seseorang itu
kerana ingin menunjukkan kitalah orang yang benar, tetapi tegurlah kerana ingin mengajak
sahabat ke jalan yang benar.
2. Menjaga ukhuwah semasa menasihati. Diusahakan supaya menasihati saudaranya dengan
tidak diketahui orang lain. Sebahagian ulama berkata, “Barangsiapa yang menasihati
seseorang dan hanya ada mereka berdua, maka itulah nasihat yang sebenarnya. Barangsiapa
yang menasihati saudaranya di depan banyak orang, maka yang demikian itu mencela dan
mencelakan orang yang dinasihati.” Islam mengajar umatnya supaya mempunyai akhlak yang
tinggi. Dalam hal menasihati juga terdapat perkara ini. Ini menunjukkan bahawa Islam amat
menjaga hati dan maruah orang yang dinasihati supaya tidak berlaku perpecahan kerana
perkara nasihat.

3. Bersih hati semasa menasihati. Menggunakan bahasa yang halus dan menegur hanya untuk
perkara-perkara yang salah. Kadang-kadang kita sering menggunakan perkataan yang sangat
teruk untuk meluahkan nasihat kita. Dalam ceramah-ceramah dan kuliah-kuliah yang
berbentuk menasihati, kita lebih gemar menyatakan salah orang lain seolah-olah mereka yang
melakukan perkara tersebut sangat jahat dan sudah tiada ruang untuk bertaubat. Seharusnya
selaku seorang pendakwah, nasihat adalah senjata utama yang perlu digunakan sebaiknya.

4. Memikirkan cara yang terbaik untuk menasihati saudara. Seboleh-bolehnya mengenali


dulu saudara yang bakal kita nasihati itu. Nasihatilah mereka dengan kasih sayang dan jadilah
sebahagian dari mereka, kerana dari situ kita akan tahu apa puncanya mereka begitu.

5. Memberi waktu dan kesempatan kepada saudara yang dinasihati untuk mengubah sifat
buruk/ kesalahan yang dilakukannya. Manusia perlukan masa untuk berubah, jangan
memaksa mereka untuk berubah mendadak, ia bukan dalam lingkungan tugas seorang
pendakwah. Dalam berdakwah perlu akan sifat sabar dan berserah kepada Allah. Jadilah
orang yang sentiasa mengharap pertolongan Allah dan jangan mudah putus asa di atas nasihat
yang diberikan kerana itu mungkin ujian yang telah ditentukan oleh Allah untuk menguji
kesabaran.

Sebagaimana peringatan dari Allah SWT dalam QS Al-‘Asr (103) 1-3


“Demi waktu ‘asr sesungguhnya manusia niscaya dalam keadaan rugi, kecuali orang yang
beriman dan beramal solih dan saling wasiat (nasihat) untuk menetapi barang hak , dan
saling berwasiat dengan kesabaran.”
Semoga kita senantiasa di bawah lindungan Allah SWT yang Maha Esa...

.
wallahu a'lam bish-shawab

Anda mungkin juga menyukai