Anda di halaman 1dari 10

1

KAEDAH FIQH

KAEDAH KE-5: ‫العادة محكمة‬


o KONSEP KAEDAH:
 Pengertian
 Huraian pengertian
 Contoh
 Dalil
o BAHAGIAN/ JENIS ‫العادة‬
o PERBEZAAN ANTARA URUF SAHIH & URUF FASID
o SYARAT ‫العادة‬
o KAEDAH TERBITAN:
‫استعمال الناس حجة جيب العمل هبا‬ o

‫املعروف عرفا كاملشروط شرطا‬ o

‫التعيني بالعرف كالتعيني بالنص‬ o

‫ال ينكر تغري األحكام بتغري األزمان‬ o

‫كل ما ورد به الشرع مطلقا وال ضابط له فيه وال يف اللغة يرجع فيه إىل العرف‬ o
o CONTOH SOALAN SEBENAR

1. KONSEP KAEDAH ‫العادة محكمة‬


PENGERTIAN o Adat dijadikan sebagai rujukan hukum.
HURAIAN o Adat akan menjadi rujukan bagi mensabitkan hukum syarak. Walau
PENGERTIAN bagaimanapun, adat hanyalah menjadi rujukan bagi mensabitkan hukum syarak
apabila tidak terdapat nas bagi hukum yang hendak disabitkan. Maka apabila
ada nas mestilah diamalkan berdasarkan nas itu dan tidak harus lagi beramal
dengan adat.
CONTOH o Jual beli secara unjuk-mengunjuk (tanpa lafaz ijab dan qabul)

o Lafaz "‫ "ولد‬hanya untuk anak lelaki sahaja.


o Masuk masjid tanpa menanggalkan kasut dianggap sebgai menghina
kemuliaan dan kesucian masjid.
2

o Pemberian lelaki semasa pertunangan dikira sebagai hadiah bukan mas


kahwin.
DALIL o Al-A’raf: 199
‫خذ العفو وأمر بالعرف‬
“Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah dengan perkara yang
baik”.

o Hadis Rasulullah SAW:


‫د اهلل‬CC‫و عن‬CC‫يئا فه‬CC‫ا رأوه س‬CC‫ وم‬،‫ن‬CC‫د اهلل حس‬CC‫و عن‬CC‫نا فه‬CC‫لمون حس‬CC‫ا رآه املس‬CC‫فم‬
‫سيئ‬
“Apa yang dinilai oleh kaum muslimin baik, maka ia adalah baik di sisi Allah. Apa
yang dinilai buruk oleh kaum muslimin, maka buruklah ia di sisi Allah.”

2. BAHAGIAN/ JENIS ‫العادة‬


SUDUT
BAHAGIAN/JENIS HURAIAN/ CONTOH
OBJEKURUF LAFZI o Uruf/ adat yang berkaitan dengan penggunaan perkataan/
(Uruf Perkataan) lafaz untuk makna-makna yang sudah menjadi kebiasaan
orang ramai.
o Contoh:
- Penggunaa perkataan/ lafaz "‫ "ولد‬hanya untuk anak
lelaki sahaja.
URUF AMALI o Uruf/ adat yang berkaitan dengan perbuatan yang sudah
(Uruf Perbuatan) menjadi kebiasaan orang ramai.
o Contoh:
- Jual beli secara unjuk-mengunjuk tanpa lafaz ijab
dan qabul.
TEMPAT URUF AM o Uruf/ adat yang berkaitan dengan perkataan/ perbuatan
yang sudah menjadi kebiasaan kebanyakkan penduduk
semua negara Islam di dalam satu-satu masa.
o Contoh:
- Masuk masjid tanpa menanggalkan kasut dianggap
sebagai menghina kemuliaan dan kesucian masjid.
URUF KHAS o Uruf/ adat yang berkaitan dengan perkataan/ perbuatan
yang sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan
penduduk sesebuah negara/ negeri/ kawasan tertentu.
o Contoh:
- Di Malaysia, seseorang yang memasuki rumah tanpa
menanggalkan kasut adalah dianggap sebagai
menghina tuan rumah, namun di sesetengah tempat
seperti di Jordan menganggap sebaliknya.
3

HUKUM URUF SAHIH o Uruf/ adat yang berkaitan dengan perkataan/ perbuatan
yang sudah menjadi kebiasaan dilakukan oleh orang
ramai yang tidak bercanggah dengan dalil syarak.
o Contoh:
- Tidak menghalalkan yang haram
- Tidak mengharamkan yang halal
- Tidak membatalkan yang wajib

URUF FASID o Uruf/ adat yang berkaitan dengan perkataan/ perbuataan


yang sudah menjadi kebiasaan dilakukan oleh orang
ramai dan ia bercanggah dengan dalil syarak.
o Contoh:
- Pergaulan bebas tanpa menutup aurat di antara
perempuan dengan sepupu lelaki adalah bercanggah
dengan nas syarak yang mengharamkan pendedahan
aurat kepada bukan mahram.

3. PERBEZAAN ANTARA URUF SAHIH & URUF FASID

BIL URUF SAHIH URUSF FASID


1 Uruf yang tidak bercanggah dengan nas Uruf yang bercanggah dengan nas syarak.
syarak
2 Tidak menghilangkan maslahah @ tidak Menghilangkan maslahah @ membawa kepada
mendatangkan kerosakan kerosakan
3 Harus beramal dengannya Haram beramal dengannya
4 Contoh: Contoh:
Harus orang melayu membayar mas Pergaulann bebas tanpa menutup aurat di antara
kahwin kepada isteri sebelum dia perempuan dengan sepupu lelaki adalah
bersetubuh. bercanggah dengan nas al-Quran dan hadis.
4

4. SYARAT ‫العادة‬
Untuk membolehkan uruf/ adat itu diambil kira dan dibinakan hukum ke atasnya, para ulama
telah mensyaratkan beberapa perkara berikut yang mesti dipenuhi:
o Adat tidak berlawanan dengan nas syarak seperti menghidangkan arak dalam majlis
keraian, pendedahan aurat dan sebagainya.

o Adat tersebut telah diamalkan oleh masyarakat secara menyeluruh.

o Adat dalam satu-satu tindakan itu sudah wujud ketika hendak dilakukan tindakan
tersebut.

o Tidak wujud sesuatu perkataan atau perbuatan yang terus terang menyalahi adat.

o Adat tersebut tidak mendatangkan mudarat.

o Adat tersebut diamalkan secara berterusan.

5. KAEDAH TERBITAN

)1( ‫استعمال الناس حجة يجب العمل بها‬


PENGERTIA Apa yang dilakukan oleh orang ramai merupakan hujah yang wajib diamalkan.
N
HURAIAN Segala perkara yang telah menjadi amalan kebiasaan masyarakat, ia seharusnya
PENGERTIA diikuti.
N
DALIL o Hadis Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya unta betina milik al-Barra’ bin ‘Azib telah memasuki pagar seorang
lelaki dan merosakannya. Lalu Rasulullah SAW menetapkan hukuman: terhadap
pemilik harta perlulah menjaga harta mereka pada siang hari dan pemilik haiwan
ternakan pula mengawal ternakan mereka pada malam hari.”

CONTOH/ o Permasalahan tentang sukatan dan timbangan yang tiada nas mengenainya.
HUKUM Justeru, apa yang diamalkan oleh penduduk sesuatu kawasan, ia seharusnya
diikuti.
o Mengikut adat/ uruf, sekiranya seseorang membeli barangan berat seperti
almari, kos penghantarannya ditanggung oleh penjual dan barangan itu diterima
di rumah pembeli. Jika berlaku pertelingkahan, maka penyelesaiannya
diputuskan menurut adat/ uruf.
o Amalan bayaran sewa sewaktu akad meskipun manfaat belum digunakan adalah
kebiasaan yang dipersetujui oleh semua di Negara ini.
5

‫) المعروف عرفا كالمشروط شرطا‬2(


PENGERTIAN Sesuatu yang telah terkenal menurut uruf seperti sesuatu yang disyaratkan
dengan sesuatu syarat.
HURAIAN Sesuatu perkara yang telah terkenal dalam kalangan masyarakat sebagai suatu
PENGERTIAN adat/ uruf, ia mempunyai kekuatan hukum yang sama dengan apabila perkara
itu dinyatakan sebagai suatu syarat yang harus berlaku antara mereka.
CONTOH/ o Sesiapa yang menggunakan barang orang lain tanpa sesuatu akad, namun
HUKUM ianya telah menjadi suatu adat/ uruf di mana pengguna mesti membayar
wang atas penggunaan barang tersebut. Maka wajib ke atas pengguna
menjelaskan bayarannya kerana amalan ini sudah terkenal dalam
masyarakat.
o Akad nikah dengan mas kahwin RM 10 000.
o Sesiapa yang melihat kebakaran di rumah jirannya bermakna diizinkan
untuk memasuki rumah tersebut kerana menolong memadamkan
kebakaran.
o Papan tanda jalan yang menunjukkan “no entry” ini menunjukkan tidak
harus masuk ke jalan tersebut.
o Tanda had laju 110 KM menunjukkan tidak harus memandu melebihi had
tersebut.
o Penjual menyerah barang dan pembeli menyerah wang. Maka pada adatnya
menunjukkan kerelaan bersama jadi itu sudah menunjukkkan ijab qabul.
*PENGECUALIAN Namun dikecualikan daripada kaedah terbitan ini dalam perkara berkaitan
dengan apa yang diperlukan untuk memenuhi sesuatu akad, walaupun dari
sudut adat/ uruf tidak terkenal, ia tetap diterima sebagai suatu syarat.
Contohnya:
o Penjamin hendaklah hadir dalm memberi jaminan
o Syarat menahan/ memegang barang yang dijualkan untuk
menyempurnakan bayaran harga barang tersebut.
6

‫) التعيين بالعرف كالتعيين بالنص‬3(


PENGERTIAN Menentukan dengan dasar uruf seperti menentukan dengan nas.

HURAIAN Sesuatu penetapan hukum berdasarkan adat/ uruf yag telah memenuhi syarat-syarat
PENGERTIAN sebagai dasar hukum, adalah sama kedudukannya dengan penetapan hukum yang
didasarkan kepada nas, dan ia harus dilaksanakan sebagaimana yang ditetapkan dengan
nas.
CONTOH/ o Di Malaysia, sewa rumah tidak termasuk bil air dan elektrik.
HUKUM o Seseorang yang menyewa rumah, maka dia boleh masuk ke situ, tinggal di siti
bersama keluarganya, juga boleh menerima tetamu. Ini kerana adat kebiasaan yang
menentapkan bentuk dan cara menggunakan manfaat rumah tersebut.
o Semua perkara yang tidak ditetapkan melalui nas syarak, maka sudut iktibarnya
berdasarkan adat kebiasaan penduduk sesebuah negeri apa yang berlaku secara
meluas dalam kalangan mereka.

‫) ال ينكر تغير األحكام بتغير األزمان‬4(


PENGERTIAN Tidak dapat diingkari adanya perubahan hukum ekoran perubahan masa.
HURAIAN Hukum yang dibina berdasarkan kepada uruf/ adat turut berubah apabila uruf/ adat
PENGERTIAN berubah.
CONTOH/ o Ekoran sukar mencari saksi benar-benar adil pada zaman sekarang, ulama
HUKUM berpendapat diterima penyaksian saksi yang tidak mencapai syarat keadilan
sempurna. Namun begitu, perlu diusahakan mencari saksi paling adil dalam
kalangan mereka.
o Ketika suasana masyarakat teruk akhlaknya dan menularnya wabak AIDS dan
siflis, pasangan yang inngin berkahwin diwajibkan menjalani kursus perkahwinan
dan pemeriksaan kesihatan biarpun sebelumnya ia tidak diwajibkan.
o Pada zaman menular fitnah, golongan wanita ditegah keluar soalt berjemaah di
masjid bersama kaum lelaki.
o Khalifah Umar tidak memotong tangan pencuri pada zaman kebuluran dan kemarau
dengan pertimbangan keadaan kesulitan ekonomi.
o Khalifah Umar tidak membahagikan tanah daerah taklukan kepada perajurit yang
menaklukinya demi kemaslahatan generasi akan datang.
o Khalifah Umar tidak memberi zakat kepada muallaf dengan pertimbangan Islam
sudah kuat.
o Diharuskan menetapkan hukum untuk menyekat pelacuran, maksiat dan segala
faktor jenayah pada zaman merebaknya sifat fasiq. Orang pertama yang membawa
dasar tersebut ialah kahlifah Umar bin Abdul Aziz.
o Perlantikan dan pemilihan jawatan hakim dan qadi zaman mutakhir sukar dicari
benar-benar adil dan warak. Maka, harus dilantik mereka yang paling kurang sifat
fasiq dan terdekat memiliki sifat adil.
SEBAB o Kerana perubahan uruf penduduk tempatan
HUKUM o Kerana darurat
7

BOLEH o Kerana kerosakan akhlak masyarakat


BERUBAH o Kerana perubahan tempat. Seperti Imam Syafie tatkala tiba di Mesir, beliau telah
MENGIKUT merubah sebahagian fatwanya sewaktu di Baghdad kerana uruf di Mesir berbeza
MASA dengan uruf di Baghdad.
o Contoh:
- Larangan mengambil upah mengajar al-Quran adalah fatwa yang dikeluarkan
oleh ulama qadim tetapi setelah berlaku perubahan uruf/ dat maka para ulama
muta’akhir memberi fatwa harus mengambil upah mengajar al-Quran agar
pengajian al-Quran tidak terhapus.
- Hukum unta yang hilang
Rasulullah melarang mengambil unta yang hilang. Baginda menyuruh
dibiarkan sahaja unta yang hilang mendapatkan makanan dengan sendirian
sehingga ditemui oleh tuannya. Kemudian, pada zaman pemerintahan
Uthman, beliau telah memerintahkan supaya diambil unta yang hilang dan
dijualkannya, kemudian apabila tuannya datang maka diberi harga unta itu
kepada tuannya. Tindakan Uthman itu kerana beliau dapati manusia pada
zamannya telah dihinggapi penyakit kerosakan akhlak dan tangan mereka
memanjang pada yang haram. Maka hukum ini akan lebih menjamin unta
yang hilang dan hak tuannya lebih terpelihara kerana dibimbangi ia aka
dicuti oleh orang yang sudah runtuh akhlaknya.

HUKUM o Hukum yang tidak akan berubah dari keadaannya yang asal walaupun keadaan
YANG TIDAK masa dan tempat telah berubah ialah:
BOLEH - Hukum yang mewajibkan perkara-perkara wajib
BERUBAH - Hukum yang mengharamkan perkara-perkara haram
- Hukuman hudud
HUKUM o Hukum yang boleh berubah berdasarkan maslahah, masa, tempat dan suasana ialah:
YANG - Kadar dan jenis keseksaan hukuman takzir
BOLEH
BERUBAH

‫) كل ما ورد به الشرع مطلقا وال ضابط له فيه وال في اللغة يرجع فيه إلى العرف‬5(
8

PENGERTIAN Semua perkara yang dibawa oleh syarak bentuk mutlak dan tiada dasar yang
menjelaskannya sudut syarak dan Bahasa, ia dikembalikan kepada uruf.
HURAIAN Segala masalah hukum yang ada ketetapannya dalam syarak, namun ia secara mutlak
PENGERTIAN sahaja maka hendaklah dirujuk kepada uruf/ adat.
CONTOH/ o Tentang penyerahan barang di antara penjual dan pembeli dalam akad jual beli.
HUKUM o Tentang tempat penyimpanan dalam jenayah mencuri.
o Tempoh/ kadar haid. Kebiasaannya 6-7 hari, manakala maksimanya 15 hari.
o ‫وأشهدوا ذوى عدل منكم‬
Maka keadilan merupakan syarat untuk menerima kesaksian. Menurut fuqaha
keadilan ialah sesuatu sifat/ bakat/ perwatakan yang medorong menghayati
sifat ketakwaan dan memelihara maruahnya. Oleh itu apa sahaja yang boleh
merosakan maruah maka ia dianggap akan mencacatkan keadilan. Namun
begitu, sesuatu yang dianggap boleh merosakan maruah adalah berbeza
dengan sebab berbeza tempat dan keadaan. Oleh itu, Segala masalah hukum
yang ada ketetapannya dalam syarak, namun ia secara mutlak sahaja maka
hendaklah dirujuk kepada uruf/ adat.

o ‫وللمطلقات متع باملعروف‬


Isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat mut’ah dengan cara yang patut.
Maka uruf dirujuk dalam menentukan kadar nafkah isteri dan mut’ah
perempuan yang diceraikan.

o ‫البيعان باخليار ما مل يتفرقا‬


Penentuan perpisahan dalam kes khiyar majlis harus dirujuk kepada uruf.

*PENGECUALIAN o Jual beli al-Mu’atah1. Menurut mazhab Syafie asalnya tida sah. Tetapi jika ia
sudah menjadi kebiasaan, menurut pendapat yang lebih tepat yang juga disokong
oleh imam al-Nawawi, hukumnya diharuskan.
o Jika ditinjau dari sudut lafaznya, maka ia hendaklah dirujuk kepada adat
kebiasaan yang mengharuskannya.
o Dalam kes kerja pertukangan, menurut adat kebiasaan mereka itu bekerja dengan
mendapat gaji, maka mereka tidak berhak mendapat apa-apa habuan lagi jika
mereka tidak mensyaratkannya.

6. CONTOH SOALAN SEBENAR

o [STPM U2/ 2013]


1
Penjual dan pembeli bersetuju di atas sesuatu penetapan harga tanpa adanya lafaz ijab dan qabul.
9

(a) Terangkan kaedah ‫ العادة حمكمة‬dari segi pengertian dan dalil. [6]

(b) Dengan memberikan contoh, huraikan kaedah ]6[ .‫استعمال الناس حجة جيب العمل هبا‬
(c) Dengan memberikan contoh dan hukumnya, jelaskan perbezaan antara adat yang sahih
dengan adat yang fasid. [8]

o [STPM P2/ 2015]

(a) Terangkan pengertian adat sahih dan adat fasid berserta contoh. [4]

(b) Jelaskan maksud kaedah ‫ املعروف عرفا كاملشروط شرطا‬berserta contoh.


[6]

(c) Bincangkan kaedah ‫ان‬CC‫ري األزم‬CC‫ام بتغ‬CC‫ري األحك‬CC‫ر تغ‬CC‫ ال ينك‬dari sudut pembinaan hukum
syarak. [10]

o [STPM P2/ 2016]

(a) Berdasarkan kaedah al-‘adah muhakkamah, nyatakan lima syarat harus beramal dengan
adat. [5]

(b) Jelaskan dua perbezaan antara uruf sahih dengan uruf fasid berserta contoh. [6]

(c) Berdasarkan kaedah al-‘adah muhakkamah, huraikan hukum dan nyatakan kaedah
terbitan bagi persoalan yang berikut:
(i) Penggunaan sistem kilogram bagi timbangan yang berlaku dalam jual bel sayuran
dan buah-buahan di Malaysia pada masa kini. [3]

(ii) Encik A telah melafazkan akad menyewa sebuah rumah dan mendiami rumah
tersebut bersama-sama dengan dua orang rakannya. [3]

(iii) Kerajaan mewajibkan pasangan yang ingin berkahwin mengikuti kursus


perkahwinan dan menjalani pemeriksaan kesihatan bagi membendung penyakit
kelamin. [3]

o [STPM U2/ 2016]


10

(a) Terangkan kaedah .‫التعيني بالعرف كالتعيني بالنص‬ ]3[

(b) Berdasarkan kaedah ‫ال ينكر تغري األحكام بتغري األزمان‬, huraikan empat sebab hukum
boleh berubah mengikut masa. [8]

(c) Aplikasikan kaedah Kullu ma warada bihi al-syar’u mutlaqan wa la dabita lahu fihi wa
la fi al-lughah yurja’ fihi ila al-‘urf pada nas yang berikut:

(i) [3]
‫وللمطلقات متع باملعروف‬
(ii) [3]
‫وأشهدو ذوى عدل منكم‬
(iii [3]
) ‫البيعان باخليار ما مل يتفرقا‬
o [STPM U2/ 2017]

(a) Terangkan kaedah ‫هبا‬ ‫ استعمال الناس حجة جيب العمل‬berserta contoh. [4]

(b) Huraikan kaedah ‫رطا‬CC C‫روط ش‬CC C‫ا كاملش‬CC C‫روف عرف‬CC C‫املع‬ dengan memberikan tiga contoh.
[8]
(c) Kaitkan kaedah ‫األزمان‬ ‫ ال ينكر تغري األحكام بتغري‬dalam permasalahan yang berikut:
(i) Hakim membenarkan saksi yang kurang adil ketika ini berbanding dengan saksi
yang adil lima tahun sebelum ini untuk memberikan kesaksian di mahkamah. [2]
(ii) penetapan kadar minimum mahar telah berubah daripada RM22.50 kepada
RM300.00. [2]
(iii) Bakal pengantin kini diwajibkan untuk menghadiri kursus praperkahwinan
sedangkan kursus ini tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
[2]
(iv) Memakai tali leher dan berkot yang diperkenalkan oleh orang bukan Islam tidak
dianggap melanggar etika berpakaian dalam Islam. [2]

Anda mungkin juga menyukai