Anda di halaman 1dari 39

1.

0 PENGENALAN

Islam memerintahkan kepada setiap manusia khususnya umat Islam agar

menutup aurat dengan berpakaian supaya elok dipandang mata dan bagi

membezakan manusia dengan haiwan. Tujuan pakaian dalam perspektif Islam

adalah untuk menutup aurat dan untuk berhias. Sebagaimana firman Allah S.W.T,

Maksudnya:

“Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu

(bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan”. (Al-

A’raaf : 26)

Persoalan mengenai aurat merupakan antara aspek prinsip kepada setiap

muslim terutamanya wanita Islam. Kewajipan menutup aurat terpikul apabila

seseorang telah mencapai usia baligh. Allah S.W.T. mahu manusia mempunyai

pedoman dalam membuat pilihan yang betul dan tepat untuk kebaikan manusia

sendiri khususnya tuntutan menutup aurat.

Budaya fesyen pakaian memang tidak dapat dipisahkan dari kalangan

wanita. Menurut Zurina Hj Mohd Yunus (2002), jika kita perhatikan hari ini wanita

memang suka meniru fesyen pakaian yang baru dilihatnya. Mereka menganggap

pakaian yang mereka tiru itu sesuai dengan mereka. Fashion pakaian yang harus

dipakai oleh setiap wanita Islam tidak ditentukan dengan tetap, sebaliknya Islam

membuka luas kepada umatnya daya cipta atau kreativiti untuk mencipta fesyen

pakaian yang sesuai dengan berpandukan ketetapan syariah.

1
Jika diperhatikan situasi hari ini, lebih ramai wanita Islam memilih fesyen

dan bentuk pakaian jenis kontemporari dan ranggi. Lebih-lebih lagi, pelbagai

koleksi busana muslimah yang wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan

menarik minat wanita Islam berpakaian menepati cita rasa moden dengan

penampilan gaya elegan. Ia dilakukan dengan melihat bagaimana penerimaannya

di kalangan wanita itu sendiri. Ini menggambarkan seolah-olah mereka

memandang kewajipan menutup aurat bukan satu perintah Allah S.W.T. tetapi

hanya sebagai satu tuntutan semasa yang boleh tidak diambil kisah. Begitu juga

dengan cara pemakaian bertudung.

Realiti wanita Islam pada zaman sekarang bertudung. Namun begitu,

adakah mereka memahami menutup aurat itu hanya bermaksud menutup kepala

sahaja atau rambut yang wajib ditutup? Adakah mereka yang bertudung itu atas

dasar memahami tentang hukum-hakam Islam atau akibat pengaruh daripada

keluarga, kawan kawan dan persekitaran? . Oleh itu kajian ini dijalankan bertujuan

untuk mengkaji kefahaman ataupun persepsi pelajar ipdas terhadap fesyen terkini

dan tuntutan menutup aurat berlandaskan syariat Islam.

Seperti yang diketahui, Islam adalah agama yang mengatur kehidupan

penganutnya dalam segala aspek. Antara peraturan yang telah ditetapkan dalam

Islam ialah kewajipan menutup aurat. Firman Allah dalam surah An-nur ayat 31:

2
Maksudnya:

“ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya

menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah

menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang biasa terlihat. Dan hendaklah

mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya.’’

Persoalan yang timbul ialah, walaupun majoriti umat Islam wanita

khususnya tahu tentang kewajipan menutup aurat namun masih terdapat mereka

yang tidak menutup aurat. Malah, terdapat pelbagai cara penutupan aurat yang

dilakukan. Terdapat juga mereka yang berpakaian menutup aurat yang dikatakan

mengikut fesyen dan sesuai dengan peredaran zaman. Keadaan seperti ini seolah-

olah memperlihatkan ketidakjelasan atau ketidakfahaman mereka tentang kaedah

atau konsep menutup aurat di dalam Islam.

Antara sebab perkara ini terjadi kerana, pada zaman ini sudah terlalu

banyak fesyen bermula daripada tudung, seluar, baju sehinggakan jubah telah

dicipta dengan pelbagai variasi berdasarkan hasil kreativiti manusia. Perkara ini

menjadikan terdapat pelbagai fashion pakaian yang lahir hasil dari pemikaran

manusia sama ada pakaian tersebut tebal, nipis, longgar, sempit dan sebagainya.

Hal ini membuatkan ramai wanita yang terpengaruh dengan fashion-

fashion terkini yang kebanyakannya tidak mengikut syariat Islam demi untuk

mengikuti trend pemakaian terkini. Perkara inilah merupakan permulaan kepada

seseorang remaja Islam wanita khususnya untuk jatuh ke lembah kemurkaan

Allah dan mengundang gejala sosial dalam diri seseorang individu muslim itu.

3
Oleh itu, kebanyakan pemakaian wanita muslimah masa kini semakin lari

daripada landasan Islam yang telah ditetapkan. Perkara ini dapat dilihat jelas pada

fesyen-fesyen yang sudah lahir dan diamalkan oleh masyarakat ataupun yang

sering diiklankan oleh media massa pada masa kini. Terdapat pakaian yang

menjolokkan mata sama ada kainnya nipis, singkat ataupun ketat. Hal ini

bertentangan daripada apa yang telah digariskan dalam syariat Islam.

Jika diperhatikan, wujudnya permasalahan dalam pemakaian wanita Islam

yang tidak mengikut syariat Islam pada masa kini adalah disebabkan beberapa

faktor. Antaranya adalah disebabkan oleh institusi keluarga. Sebahagian ibu bapa

kurang menekankan tentang konsep menutup aurat kepada anak-anak mereka.

Seharusnya, institusi keluarga inilah yang perlu memainkan peranan yang besar

dalam mendidik anak-anak untuk mengenal dan mengetahui tentang konsep aurat

yang sebenar.

Foktor yang menyebabkan pemakaian wanita Islam yang tidak mengikut

aurat yang seterusnya adalah berpunca dari sikap segelintir pereka-pereka fesyen

pada masa kini yang lebih mengejar keuntungan dan kemasyhuran dengan

berusaha mencipta sesuatu pakaian rekaan terbaru yang tidak mengikut panduan

yang digariskan dalam Islam. Mereka ghairah mencipta pelbagai rekaan yang

agak menjolok mata untuk mendapat keuntungan dengan meminggirkan etika

sebenar pemakaian dalam Islam.

Seterusnya, media massa juga menjadi sebab sebahagian wanita Islam

pada masa kini terpengaruh dengan fashion pakaian yang tidak mengikut syariat

Islam. Ini kerana, media massa seperti Television, Surat kabar, Facebook,

4
Instagram dan sebagainya sering memaparkan pakaian yang tidak menutup aurat

dengan sempurna. Sehinggakan ada sesetengah media massa yang mengagung-

angungkan fesyen pakaian yang mengikut trend terkini dengan tujuan untuk

mengajak masyarakat mengikuti dan mengaplikasikan pemakaian tersebut dalam

kehidupan mereka. Sebenarnya, berpakaian mengikut fesyen trend terkini

bukanlah menjadi suatu kesalahan. Apa yang menjadi kesalahan apabila kita

mengikuti trend-trend yang tidak mengikuti garis panduan Islam yang boleh

mengundang kemurkaan Allah. Selain mengundang murka Allah, pemakaian yang

menjolok mata ataupun yang tidak mengikut syariat Islam ini mengundang

kepada bermulanya gejala sosial dalam diri individu muslim itu sendiri.

Akhir sekali, masalah ini wujud daripada individu wanita Islam itu sendiri

kerana mereka kurang pemahaman terhadap etika berpakaian dan berfesyen

berpandukan syariat . Mereka mempunyai sikap yang suka mengambil mudah dan

kurang berminat untuk mendalami ilmu tertutamanya berkaitan pemakaian

muslimah berpandukan syariat yang telah banyak dikongsikan ataupun yang telah

diajarkan sebelum ini.

Oleh itu, kajian ini sememangnya penting untuk mengukur sejauhmana

persepsi mereka tentang fesyen terkini dan konsep menutup aurat dengan betul

agar mereka dapat mengaplikasikan perkara yang sebetulnya terutamanya kepada

pelajar wanita Islam Ipdas.

Kajian mengenai persepsi wanita Ipdas terhadap fashion terkini dan konsep

menutup aurat ini mempunyai objektif yang tersendiri. Antaranya adalah untuk

mengetahui sejauhmana kefahaman pelajar-pelajar wanita Ipdas mengenai fesyen

5
yang sering diaplikasikan oleh golongan wanita masa kini. Ia penting bagi

mengetahui sejauhmana pengetahuan responden tentang trend terkini sama ada

mereka mengikut trend pemakaian yang mengikut syariat yang digariskan dalam

Islam ataupun tidak.

Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk melihat semula bagaimanakah

konsep menutup aurat yang mengikut syariat Islam. Perkara ini penting bagi

melihat dan mengkaji tentang etika pemakaian ataupun berfesyen yang

berlandaskan agama Islam di samping untuk mencari keredhaan Allah dengan

menutup aurat.

Disamping itu, kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk melihat kesan

menutup aurat dengan sempurna dalam kalangan pelajar wanita Ipdas. Perkara

ini penting bagi membolehkan kita melihat terdapatnya kesan yang positif

sekiranya kita menutup aurat dengan sempurna. Hal ini dapat menarik pelajar

wanita Ipdas untuk menutup aurat dengan sempurna mengikut syariat Islam.

Kesimpulannya, kajian ini ingin meninjau persepsi para pelajar Ipdas untuk

mengenal pasti tahap pengetahuan mereka tentang fesyen terkini dan tuntutan

menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat Islam. Ia juga perlu

dilakukan untuk menyedarkan golongan wanita agar tidak terus ghairah dalam

memperagakan fesyen dengan alasan ingin mengikut peredaran zaman di

samping untuk mengangkat darjat dan martabat kaum wanita yang pada asalnya

diletakkan di sisi yang paling mulia dan kehormatannya dijaga.

6
2.0 KAJIAN LITERASI

Dalam bahagian ini, penulis akan mengemukakan beberapa huraian daripada para

pengkaji lepas yang mengkaji berkaitan dengan tajuk penulisan. Penulis telah

menemui beberapa definisi tentang tajuk yang dijalankan daripada sumber

rujukan yang boleh dipercayai. Selain itu juga, penulis telah menemui beberapa

pengkaji lepas yang telah mengkaji mengenai persepsi, fesyen dan konsep

menutup aurat.

2.1 Maksud Persepsi

Istilah persepsi dikenali juga sebagai pandangan, gambaran atau tanggapan

seseorang mengenai satu hal atau objek. Persepsi mempunyai banyak pengertian.

Menurut Robbins (2003), persepsi merupakan kesan yang diperoleh oleh individu

melalui pancaindra kemudian dianalisis, diintepretasi dan kemudian dievolusi

sehingga individu tersebut memperolehi sesuatu makna.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat menjelaskan

bahawa persepsi adalah gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran manusia

mengenai sesuatu, pandangan menerusi pancaindera. Oleh itu, persepsi adalah

proses memindahkan maklumat atau informasi kedalam kotak fikiran manusia.

Dalam ilmu psikologi pula, persepsi dikenali sebagai suatu proses

pengamatan seseorang individu terhadap lingkungan atau sesuatu kawasan

dengan menggunakan pancaindera yang dimilikinya seperti mata atau telinga

sehingga individu itu sedar akan segala sesuatu yang berada di lingkungannya.

7
Persepsi mempunyai sifat yang subjektif. Hal ini kerana, ia sebenarnya

bergantung pada kemampuan dan keadaan dari individu itu sendiri sehingga ia

akan ditafsirkan berbeza-beza oleh individu yang lain. Oleh itu, persepsi

merupakan proses perlakuan individu iaitu memberi sesuatu tanggapan, maksud,

gambaran, atau penginterprestasian terhadap apa yang dilihat, didengar, atau

dirasakan oleh pancainderanya dalam bentuk sikap, pendapat, dan tingkah laku

seseorang individu. Hal ini bertepatan dengan pendapat seorang tokoh iaitu Bimo

Walgito (1990), yang mengatakan bahawa persepsi adalah seseuatu proses yang

didahului dengan pancaindera individu itu sendiri kemudian maklumat itu diproses

dan ditafsirkan dalam fikiran seseorang individu sama ada betul ataupun tidak.

Menurut Belch (2007), terdapat empat tahap dalam proses pembentukan

persepsi iaitu sejumlah tahapan ketika seorang individu mengelola informasi yang

masuk dalam dirinya. Keempat tahap itu adalah eksposure, attention,

comprehension dan retention.

 Exposure : Tahap dimana seseorang mulai menerima informasi melalui

pancaindera yang dimiliki. Informasi diperoleh dengan cara melihat ataupun

mendengarkan secara langsung maklumat mengenai suatu hal tertentu.

 Attention : Seseorang mulai menempatkan informasi-informasi yang

diterima ke dalam sebuah stimulus. Maklumat-maklumat tersebut mulai

dicerna melalui pemikiran seseorang.

8
 Comprehension : Seseorang mulai menginterpretasikan maklumat yang

masuk tersebut menjadi sebuah arti yang spesifik. Informasi tersbut

menjadi berkembang dan menjadikannya persepsi yang berbeza antara

setiap individu-individu yang menerima maklumat tersebut.

 Retention : Tahap dimana seseorang itu sudah mula tidak ingat apa-apa

lagi keseluruhan dari apa yang mereka baca, lihat atau dengar walaupun

mereka sudah tertarik dan dapat menginterpretasikan maklumat tersebut.

2.2 Maksud Fesyen

Menurut Idi Subandi Ibrahim (2007), Fesyen adalah sesuatu perkara

mengenai pakaian atau busana. Manakala menurut Thomas

Carlyle mengatakan bahawa pakaian adalah perlambang jiwa dan ianya tidak

boleh dipisahkan daripada peradaban manusia. Ilmu mengenai fesyen adalah

bukan hanya tentang pakaian, tetapi ianya juga perkara yang berkaitan

dengan tindakan sosial.

Fesyen ialah istilah yang merujuk kepada gaya berpakaian, kosmetik,

tingkah laku dan sebagainya yang menjadi kegemaran serta ikutan ramai dan

berubah mengikut masa. Selain itu, fesyen juga merupakan keinginan untuk

sesuatu perubahan dan ini menjadikan ia sebagai sebahagian daripada asas

kehidupan manusia. Menurut Colin McDowell, fesyen merupakan sesuatu yang

berkembang pantas mengikut peredaran zaman dan menurut beliau, fesyen juga

mengikut keadaan sosial, politik dan kebudayaan sesuatu tempat.

9
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat, maksud fesyen

adalah gaya pemakaian, kosmetik ataupun tingkah laku yang menjadi kegemaran

orang ramai. Fesyen adalah salah satu cara bagi suatu kelompok untuk

mengidentifikasi dan membentuk dirinya sendiri sebagai suatu kelompok. Apabila

suatu masyarakat muncul, kemudian masyarakat kapitalis muncul, fesyen pun

muncul. Dan fesyen biasanya mengkomunikasikan atau memiliki kekuatan yang di

ketahui secara umum. Dalam perkara ini, terdapat beberapa hal yang boleh

difahami.

Menurut Simmel dalam bukunya fesyen, terdapat dua kecenderungan

sosial yang penting dalam membentuk fesyen. Apabila salah satu kecenderungan

itu hilang maka fesyen juga tak akan terbentuk. Kecenderungan yang pertama

adalah kebutuhan untuk menyatu dan yang kedua adalah kebutuhan untuk

terisolasi.

2.3 Maksud konsep

Konsep berasal dari bahasa latin conceptum, yang membawa maksud sesuatu

yang difahami. Aristoteles dalam bukunya "The classical theory of concepts"

menyatakan bahawa konsep merupakan penyusun utama dalam pembentukan

pengetahuan ilmiah dan falsafah dalam pemikiran manusia. Menurut Soedjadi

(2000), menyatakan bahawa pengertian konsep adalah idea abstrak yang dapat

digunakan untuk mengadakan klasifikasi atau penggolongan yang pada umumnya

dinyatakan dengan suatu istilah atau kata.

10
Bahri (2008) pula menyatakan bahawa pengertian konsep adalah satu

maksud yang mewakili sejumlah objek yang mempunyai ciri yang sama. Orang

yang memiliki konsep mampu membuat analisis terhadap objek atau perkara yang

dihadapi dalam golongan tertentu.

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat menjelaskan

bahawa konsep merupakan. Ia juga bermaksud satu kognitif unit yang

mempunyai makna. Ia adalah sebuah idea abstrak atau simbol mental ada

kalanya dijelaskan sebagai "unit pengetahuan" dibina daripada unit lain yang

bertindak sebagai ciri-ciri konsep. Sebenarnya, sebuah konsep selalunya dikaitkan

dengan perwakilan serupa dalam sesuatu bahasa atau simbologi seperti

satu perkataan.

2.4 Maksud Aurat

Pengertian aurat menurut bahasa ialah keaiban. Manakala menurut pengertian

dan pandangan syarak ialah bahagian-bahagian tertentu pada bahagian badan

manusia yang wajib ditutupi daripada pandangan orang yang diharamkan

melihatnya iaitu bukan mahram. Perbezaan batas-batas aurat adalah kerana

hubungan keturunan dan kerana tali ikatan seperti perkahwinan, mertua, menantu,

ipar duai dan kerana penyusuan dan sebagainya.

Perkataan aurat juga diambil dari perkataan Arab 'Aurah' yang bererti aib.

Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan

seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. Islam telah

menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah

11
menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup

seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun

adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan

dalam beberapa keadaan antaranya :

 Aurat Ketika Sembahyang

Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali

muka dan tapak tangan.

 Aurat Ketika Sendirian

Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat

dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat

dan lutut.

 Aurat Ketika Bersama Mahram

Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara

pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana

mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki

walaupun mahram sendiri.

Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatsusila wanita terutamanya dalam

menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan

berlaku.

12
3.0 KAJIAN LITERASI

Kaedah kajian merupakan cara atau metod penulis untuk mendapatkan sebarang

maklumat berkaitan dengan tajuk kajian. Kajian ini amat penting bagi menyokong

pelbagai maklumat dan data kajian lepas yang telah dijalankan oleh pengkaji

lepas. Dalam lembaran ini, penulis akan menjelaskan beberapa kaedah yang

digunakan oleh penulis bagi menyediakan kertas penulisan ilmiah. Berikut

merupakan kaedah yang digunakan oleh penulis sepanjang tempoh penulis

menjalankan kajian.

3.1 Sumber Data

Sepanjang menjalankan kajian ini, penulis telah memperolehi data atau maklumat

daripada beberapa sumber yang boleh diterima pakai untuk dijadikan sebagai

bahan rujukan kajian. Berikut kaedah kajian penulis:

3.1.1 Kajian Perpustakaan

Penulis mencari dan mendapatkan maklumat yang berkaitan tajuk kajian

melalui pembacaan yang telah dilakukan di beberapa buah perpustakaan.

Antara perpustakaan yang dikunjungi untuk mendapatkan beberapa maklumat

ialah:

 Perpustakaan Institut Pengajian Islam Dan Dakwah Sabah (IPDAS) Daerah

Keningau.

 Perpustakaan Daerah Keningau

Penulis juga telah melayari laman sesawang seperti google search, scribd,

Academia, dan Slideshare sebagai maklumat tambahan kajian. Hasil daripada

13
pencarian ini, penulis berjaya menemui kajian-kajian lepas yang berkaitan

dengan tajuk kajian dan dapat meningkatkan lagi tahap pengetahuan penulis.

3.1.2 Kaedah Temubual

Selain itu, penulis juga menggunakan kaedah temubual dengan beberapa

pelajar Ipdas yang terdiri daripada beberapa orang pelajar wanita. Kaedah ini

dapat memudahkan lagi penulis bagi mendapatkan maklumat kajian serta

dapat membantu penulis menyiapkan penulisan ilmiah ini.

3.1.3 Kaedah Pemerhatian

Penulis menggunakan kaedah pemerhatian ini bagi membolehkan penulis

memerhatikan kepelbagaian fesyen yang digayakan oleh wanita-wanita pada

zaman ini. Berkat kesabaran dan ketabahan, maka dapatlah penulis

memulakan penulisan setelah berjaya mengkaji dan menggumpulkan

maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian ini.

3.2 Prosedur Kajian

Sepanjang penulis menjalankan kajiani ini, penulis telah mengambil beberapa

inisiatif untuk menyiapkan kajian ini. Di antaranya ialah penulis sendiri

mengunjungi perpustakaan IPDAS dan perpustakaan Daerah Keningau untuk

menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan.

14
Dengan adanya penyelidikan sumber seperti rujukan buku-buku ilmiah, jurnal,

majalah-majalah serta kajian lepas dapat memudahkan penulis menyiapkan kajian

ini.

Selain itu, penulis mengambil langkah untuk menggunkan kemudahan

media teknologi dengan cara melayari sesawang yang berkitan dengan kajian ini

seperti diskriminasi gender dalam pekerjaan, diskriminasi wanita bagi pandangan

agama dan sebagainya yang berkenaan dengan tajuk kajian penulis.

15
4.0 HASIL KAJIAN

4.1 PANDANGAN PELAJAR WANITA IPDAS TENTANG FESYEN TERKINI

WANITA ISLAM.

Melalui kajian yang telah dijalankan, pandangan pelajar wanita Ipdas tentang

fesyen terkini wanita Islam adalah:

4.1.1 Fesyen pakaian moden wanita Islam terkini semakin

berkembang.

Hasil daripada penelitian penulis, hampir keseluruhan responden

mengatakan bahawa fesyen pakaian moden terkini semakin berkembang

mengikut arus zaman. Perkara ini dapat dilihat melalui media-media massa

yang sering memaparkan fesyen-fesyen terkini sama ada yang mengikut

syariat Islam mahupun tidak. Oleh kerana wanita ini mempunyai sifat cepat

tertarik terhadap sesuatu perkara yang baru ataupun yang menarik

perhatian, maka perkembangan sesuatu fesyen itu dilihat dapat

mempengaruhi seseorang individu apabila mereka terjebak mengikut

perkembangan trend pemakaian moden yang sentiasa berkembang.

Menurut Faridah Awang (1992) mengatakan melalui kajian yang

telah dilakukannya bahawa terdapat hampir 68% wanita di Malaysia ini

yang sentiasa mengikuti perkembangan dunia fesyen terkini yang semakin

berkembang. Ini jelas bertepatan dengan konsep berpakaian kerana

fesyen akan sentiasa mengikuti perkembangan dan perubahan.

16
Disamping itu, melalui penelitian penulis juga mendapati bahawa

pada masa kini, perkembangan fesyen pakaian yang dicipta di Malaysia

lebih cenderung kepada pengaruh barat iaitu jenis pakaian yang

mendedahkan tubuh badan, sempit dan tidak mengikut apa yang telah

digariskan dalam Islam. Oleh itu, perkara ini membuktikan bahawa

perkembangan fesyen negara barat mempengaruhi perkembangan fesyen

wanita Islam di negara ini.

4.1.2 Kebanyakan Fesyen Pakaian Wanita Islam Di Pasaran

Sekarang Mementingkan Cita Rasa Semasa.

Seperti yang diketahui, terdapat pelbagai jenis fesyen dan pakaian terkini

yang direka dan telah dipasarkan pada masa ini. Kebanyakan fesyen

pakaian yang direka sememangnya mementingkan cita rasa semasa untuk

menarik perhatian para pelanggan untuk membeli pakaian yang direka

tersebut. Berdasarkan temubual yang penulis telah jalankan mendapati

bahawa pakaian yang digemari oleh wanita Islam pada masa ini

sememangnya mengikut cita rasa semasa. Berdasarkan kajian yang telah

dijalankan oleh pengkaji lepas menyatakan bahawa sebanyak 98.3 %

wanita Islam bersetuju bahawa fesyen pakaian wanita Islam mengikut arus

semasa.

Hal ini bermaksud, tanggapan wanita Islam khususnya di Ipdas

mengenai fesyen sekarang mementingkan cita rasa masyarakat sekarang

adalah betul dan perkara ini selari dengan pendapat pengkaji lepas iaitu

Shofian Ahmad (2004) yang menyatakan terdapat pelbagai fesyen pakaian

17
wanita Islam yang dicipta memenuhi cita rasa masyarakat dan ia sentiasa

akan berubah dari semasa ke semasa. Cita rasa pakaian yang dinyatakan

terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

- pakaian moden yang mengikut trend semasa dan menutup aurat.

- pakaian moden yang mengikut trend semasa tetapi tidak mengikut

syarat etika pemakaian dalam Islam.

Melalui hasil temubual yang dijalankan, responden menjelaskan

bahawa wanita Islam pada masa kini sebahagian besar lebih memilih dan

tertarik kepada pemakaian yang moden mengikut trend semasa tetapi tidak

menutup aurat daripada pakaian yang menutup aurat. Hal ini menunjukkan

fesyen barat semakin mengusai wanita-wanita Islam pada masa kini.

Menurut Shopian Ahmad (2004), menjelaskan bahawa fenomena

perkembangan fesyen berpakaian mutakhir ini telah berusaha

menggabungkan fesyen pakaian Islam dan fashion pakaian moden dari

barat. Mereka beranggapan bahawa tidak salah jika mengikuti

perkembangan dunia fesyen pakaian kerana agama Islam tidak melarang

umatnya mengikuti arus dunia semasa.

Sebahagian daripada mereka turut menjadikan hadis yang

bermaksud “didiklah anakmu mengikut peredaran zaman” sebagai alasan

untuk mengikuti arus perkembangan fashion yang semakin berkembang ini

tanpa menghiraukan batasan-batasan etika pemakaian Islam, wanita

khususnya yang telah digariskan dalam syariat Islam.

18
Walhal, sememangnya Islam tidak melarang umatnya untuk

mengikuti trend semasa asalkan apa yang dibuat dan dipakai oleh mereka

itu mengikut apa yang telah digariskan dalam etika pemakaian dalam Islam

ataupun mengikut apa yang diredhai oleh Allah.

Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kurangnya ilmu pengetahuan

dalam kalangan pelajar wanita Islam itu sendiri. Sebahagian wanita Islam

pada masa ini mempunyai ilmu pengetahuan mengenai batasan aurat

dalam Islam dan konsep berfesyen manakala sebahagian wanita Islam lagi

tidak mempunyai apa-apa pengetahuan mengenai perkara tersebut.

Disebabkan perkara ini, hanya sebahagian sahaja wanita Islam yang

mengamalkan fesyen pakaian yang mengikut syariat Islam.

Walaubagaimanapun, terdapat juga segelintir wanita Islam yang

mengetahui etika dalam pemakaian Islam dan berfesyen tetapi tidak

menghiraukan batasan-batasan yang telah digariskan. Hal ini disebabkan

kurangnya kesedaran tentang perkara ini dan pintu hati-hati mereka

tertutup untuk berubah. Perkara inilah yang mengundang kemurkaan Allah.

19
4.1.3 Fesyen pemakaian yang popular dalam kalangan wanita

Islam masa kini.

Manusia secara fitrahnya mempunyai sifat malu untuk mempamerkan

bahagian anggota badannya yang tersembunyi. Namun, fenomena

perkembangan fesyen pemakaian kini berusaha menggabungkan fesyen

Islam dan fesyen moden barat sehinggalah tercipta fesyen-fesyen baru

khususnya kepada wanita.

Menurut responden, Kebanyakan fesyen direka bersesuaian dengan

cita rasa masyarakat kini. Sebagai cotoh, pemakaian tudung yang semakin

tersasar dari apa yang telah digariskan dalam Islam. Pemakaian muslimah

hari ini tidak lagi menutupi dada bahkan diatas dada dan diperbuat

daripada kain yang melekat dan membentuk tubuh. Selain itu, terdapat

juga wanita yang bertudung seakan selendang dan menampakkan

bahagaian rambut di bahagian kepalanya. Sekiranya fesyen seperti ini

dipraktikkan, maka tidak lengkaplah tuntutan menutup aurat yang sebenar.

Selain itu, fesyen wanita Islam pada hari ini adalah kebanyakannya

terhasil daripada kain yang berwarna terang dan menarik perhatian.

Kebanyakan pakaian yang direka kini mempunyai warna-warna yang terlalu

terang dan menarik perhatian. Tambahan lagi, sesetengah kain yang terang

itu ditambah lagi dengan manik-manik yang berkilau sehinggakan dapat

membuatkan seseorang ajnabi mampu terpesona dengan pakaian tersebut.

Oleh itu, ilmu mengenai perkara ini haruslah dikuasai agar wanita Islam

pada masa kini terlalu fokus dengan dunia fesyen semata-mata.

20
4.2 KONSEP MENUTUP AURAT MENGIKUT SYARIAT YANG SEBENAR

Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab

ayat 33 yang bermaksud :

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu

mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu,

dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah

dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu)

hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari

kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari

segala perkara yang keji)."

Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup

aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,

berzakat dan perintah-perintah yang lainnya. Dengan menutup aurat, wanita

Islam mudah dikenali dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin

mengambil kesempatan.

Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Sekiranya mereka

membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak

langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah

perkara-perkara sumbang,dengan itu juga akan timbullah berbagai-bagai fitnah

dari masyarakat tentang diri mereka. Dalam hal ini allah s.w.t telah berfirman

dalam surah al-ahzab ayat 59 yang bermaksud :

21
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan

perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi

menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih

sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu

mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha

mengasihani."

4.2.1 Tuntutan Dan Maksud Memelihara Aurat

Menurut Muhammad Abdul Aziz (2009), istilah aurat diambil dari perkataan

Arab iaitu 'aurah' yang bererti keaiban. Manakala menurut istilah fiqh pula

aurat bermaksud bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau

dilindungi dari pandangan mata seseorang yang bukan mahram. Cara

berpakaian yang sempurna bagi wanita muslim sebagaimana yang oleh

dikehendaki syara‘ boleh dilihat dalam firman Allah SWT yang bermaksud:

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu

dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan

pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara

yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan

yang baik baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan ingatlah

Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(Surah al-Ahzab: 59)

22
Menerusi ayat di atas jelas menyatakan bahawa pakaian yang dipakai

ketika keluar itu hendaklah dalam keadaan labuh dan menutup seluruh

tubuh pemakainya. Secara umumnya, menurut Lotfiah Zainal Abidin (2004),

ciri-ciri pakaian yang menutup aurat sebagaimana dituntut oleh syara‘ bagi

wanita adalah seperti berikut:

 Pakaian yang longgar. Bukan pakaian sempit yang sehingga

menampakkan susuk atau bentuk tubuh badan.

 Pakaian yang labuh yang menutupi seluruh anggota aurat. Bukan

pakaian yang pendek, singkat atau terbelah yang mendedahkan

perut, dada,leher, tangan, kaki dan punggung.

 Pakaian yang menutup warna kulit anggota aurat dari kelihatan.

Dalam agama Islam, menutup aurat adalah perintah Allah SWT dan

hukumnya adalah wajib bagi setiap individu muslim yang telah baligh.

Menurut Jaafar Salleh (2006) menyatakan bahawa tuntutan menutup aurat

bagi setiap individu muslim yang telah baligh adalah wajib diikuti tanpa

ragu-ragu kerana ianya merupakan tuntutan agama Islam itu sendiri.

Berpakaian dan menutup aurat dalam Islam adalah suatu nikmat

istimewa yang diberikan oleh Allah SWT kepada umatnya. Berpakaian

bermaksud menutup dan melindungi bahagian tubuh badan daripada

terdedah dan dilihat oleh orang lain. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat

26 :

23
Maksudnya:

“Wahai anak-anak adam ! sesungguhnya kami telah menurunkan

kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan

pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang

sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia)

Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka

mengenang (dan bersyukur)”

Ayat ini menjelaskan bahasa betapa sayangnya Allah sebagai pencipta

kepada kita sebagai hambanya. Disebalik pensyariatan ini, kita dituntut

untuk berpakaian yang menutup aurat untuk membezakan kita iaitu

manusia daripada makhluk ciptaan Allah yang lain.

24
4.2.2 Batas-batas aurat wanita

Dalam membincangkan mengenai perkembangan fesyen khususnya kepada

wanita Islam pada masa kini, kita harus mengetahui batas-batas aurat

wanita Islam terlebih dahulu sebagai panduan wanita Islam dalam

berpakaian. Panduan dalam menutup aurat ini penting agar aurat mereka

sentiasa terjaga. Ia merupakan perkara asas yang digariskan dalam Islam

untuk menjaga maruah dan kehormataan seseorang wanita Islam itu

sendiri.

 Aurat wanita sesama wanita

Rasulullah bersabda dalam hadis yang dikeluarkan oleh Ahmad, Muslim dan

lain-lain serta takhrijnya juga terdapat dapat al-Irwa’ (1808) yang

bermaksud:

“janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain, dan janganlah

seorang wanita melihat aurat wanita yang lain”.

Perkara ini menunjukkan sekalipun sesama jantina, terdapat

batasan-batasan aurat yang perlu dijaga. Menurut buku ‘Aurat Di Bawah

Bumbung’ hasil karya Waled, Aishun Rafiq dan Shah Othman (2015),

menyatakan bahawa aurat wanita dengan wanita lain ialah antara pusat

dan lutut.

25
Maksudnya, wanita itu bebas berhias ataupun berpakaian di depan wanita

lain yang mempunyai kaitan atau hubungan persaudaraan dengannya atau

tidak, namun terdapat beberapa garis panduan yang perlu diikuti dan

dititikberatkan.

Oleh yang demikian, seorang wanita Islam itu boleh sahaja

mendedahkan aurat hanya pada bahagian-bahagian tertentu seperti lengan,

kaki dan rambut ketika bersama dengan wanita lain. Perkara ini juga

menunjukkan bahawa hukum menutup aurat wanita Islam sesama wanita

Islam tidaklah terlalu terikat.

 Aurat wanita dengan lelaki ajnabi

Lelaki ajnabi adalah lelaki asing ataupun dikenali sebagai lelaki bukan

mahram. Ini bermaksud, lelaki ajnabi adalah lelaki yang boleh dikahwini

oleh seseorang wanita Islam. Menurut Waleb, Aishun Rafiq dan Shah

Othman (2015) menyatakan bahawa aurat wanita Islam dengan lelaki

ajnabi adalah keseluruhan tubuhnya kecuali tapak tangan dan wajah. Jika

seseorang wanita Islam menunjuk dan membuka aurat atau perhiasannya

kepada lelaki ajnabi, hukumnya adalah haram.

Imam syafie berpendapat perhiasan wanita ini terbahagi kepada dua

makna iaitu perhiasan yang bersifat semula jadi seperti bahagian wajah

termasuk mata, hidung, mulut, betis, tangan dan lain-lain anggota badan.

Perhiasan yang lain pula adalah seperti pakaian, peralatan solek, barang

26
kemas dan sebagainya yang telah ditetapkan oleh mazhab syafie agar

perhiasan seperti ini tidak berlebih-lebihan sehingga menimbulkan fitnah.

Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki ajnabi adalah sangat

penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita Islam. Perkara ini adalah

untuk menjaga kehormatan dan maruah seseorang wanita Islam itu

daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini seperti rogol,

pencabulan dan sebagainya. Perkara ini boleh dikaitkan dengan

pengamalan wanita Islam yang cenderung dengan pakaian yang mengikut

fashion ataupun trend barat sehinggakan mengetepikan konsep berpakaian

dalam Islam dan konsep menutup aurat yang sebenar. Perkara inilah yang

menyumbang kepada kes-kes tersebut apabila para lelaki mudah tergoda

dengan hasutan syaitan disebabkan melihat pemakaian wanita yang terlalu

mementingkan fesyen semata-mata dan mendedahkan aurat mereka .

 Aurat wanita Islam dengan wanita Kafir

Agama Islam tidak melarang sama sekali berinteraksi dengan golongan

bukan Islam. Malah kita disuruh menunjukkan teladan yang baik kepada

mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda :

"Jadilah kamu umpama tahi lalat apabila berada bersama-sama orang

ramai."

27
Maksudnya, agar orang Islam menunjukkan keindahan dalam syariat

Islam. Namun agama Islam telah menetapkan batas-batas dalam pergaulan

walaupun terhadap wanita bukan Islam. Hal ini bertujuan menjaga

kemuliaan dan kehormatan umat Islam. Ia juga bermanfaat bagi

memelihara keselamatan diri daripada fitnah masyarakat yang boleh

membawa gangguan mental serta fizikal. Dalam hal ini, batasan aurat

antara perempuan Islam dan perempuan bukan Islam adalah sama dengan

lelaki yang bukan mahram. Cuma para ulama membenarkan mendedahkan

anggota yang perlu untuk membuat sesuatu pekerjaan.

Wanita kafir merupakan wanita yang bukan menganuti agama selain

dari agama Islam. Aurat wanita Islam ketika bersama dengan wanita bukan

Islam adalah seluruh anggota badan kecuali muka dan dua tapak tangan.

Rasulullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh imam Muslim:

“Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah SAW bersabda: Tidak

halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani.”

Hadis ini menjelaskan bahawa ketika wanita Islam itu bersama atau

bergaul dengan wanita bukan Islam sekalipun diruang yang tertutup seperti

didalam rumah, wanita Islam itu wajib menutup aurat sebagaimana ia

menutup auratnya ketika berhadapan dengan lelaki ajnabi.

28
4.2.3 Syarat Pemakaian Wanita Yang Telah Digariskan Dalam

Syariat Islam.

Seiring dengan perkembangan dunia fesyen pada masa kini, sebenarnya

wanita boleh memakai apa sahaja pakaian asalnya bertepatan dengan apa

yang telah digariskan dalam syariat Islam. Wanita ini mempunyai maruah

dan harga diri yang tinggi, oleh itu para wanita mempelajari tuntutan

sebenar dalam menutup aurat. Oleh itu, antara perkara yang telah

digariskan dalam syariat Islam adalah:

 Pakaian yang tebal dan tidak jarang

Adalah menjadi kewajipan untuk menutup aurat denga kaian yang

tebal atau keras yang boleh menyembunyikan warna kulit dan yang

tidak menjelaskan sifatnya. Sekiranya kain tersebut nipis atau jarang

sehingga nampak susuk tubuh badan kita, maka kain itu tidak boleh

digunakan oleh wanita Islam ketika solat mahupun diluar waktu solat.

 Menggunakan pakaian yang labuh

Kesemua jenis pakaian seperti baju, blaus ataupun jubbah haruslah

labuh hingga menutup pinggul dan labuh sehingga menutup

pergelangan tangan. Di samping itu, pakaian yang labuh juga harus

diikuti dengan pakaian yang longgar. Maksud longgar adalah pakaian

yang tidak melekat dibadan hingga menampakkan bentuk badan si

pemakai baju.

29
 Warna dan corak pakaian

Warna pakaian yang terlalu terang tidak dibenarkan dalam Islam. Ini

kerana, pakaian yang terlalu terang merupakan tarikan semula jadi

kepada kaum lelaki untuk melihatnya. Perintah menutup aurat

memutup aurat tidak hanya bertujuan untuk memelihara anggota

badan tertentu daripada terdedah, malah memelihara kehormatan

dan keselamatan seorang wanita. Rasulullah SAW bersabda daripada

hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud:

“Barang siapa berbangga-bangga (mempamerkan diri) maka di hari

akhir dipakaikan kepadanya pakaian kehinaan kemudian dibakarnya

bersama”

Hal ini bermaksud, pakaian wanita tidak seharusnya harus

mempunyai warna dan corak yang mampu menarik mata dan

perhatian kaum ajnabi kerana perkara ini boleh membuka jalan bagi

syaitan untuk menggoda dan menghasut manusia ke lembah

kemaksiatan.

 Lelaki dan Wanita berbeza pakaiannya

Maksudnya pakaian yang khusus untuk lelaki tidak boleh dipakai oleh

wanita, begitu juga sebaliknya. Rasulullah SAW mengingatkan hal ini

dengan tegas menerusi sabdanya yang bermaksud:

30
"Allah mengutuk wanita yang meniru pakaian dan sikap lelaki, dan

lelaki yang meniru pakaian dan sikap perempuan."

(Bukhari dan Muslim)

Baginda juga bersabda bermaksud:

"Allah melaknat lelaki berpakaian wanita dan wanita berpakaian

lelaki." ?

(Abu Daud dan Al-Hakim)

31
4.4 HUBUNGKAIT ANTARA FESYEN TERKINI TERHADAP PEMAKAIAN

WANITA ISLAM

Seperti yang diketahui, pakaian juga merupakan keperluan fitrah bagi seseorang

manusia. Hal ini dapat dilihat daripada sejarah Nabi Adam dan Hawa ketika

mereka berjaya digoda oleh Iblis laknatullah sehingga terlucut pakaian yang

membaluti tubuh mereka seperti mana firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 22:

Maksudnya :

“Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua dalam larangan

dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan buah pohon itu, terdedahlah

kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulai menutupnya

dengan daun-daun daripada syurga.”

Situasi ini jelas dapat diperhatikan pada ketika itu, perintah penutupan

aurat belum lagi disyariatkan namun ketika kejadian itu, Nabi Adam dan Hawa

menggunakan daun-daun sebagai pakaian bagi mereka melindungi aurat masing-

masing. Situasi ini membolehkan kita memahami bahawa berpakaian adalah salah

satu perkara yang penting untuk menjaga kehormatan diri sendiri. Bagi mereka

yang tidak merasakan aurat adalah sebahagian daripada kehormatan diri, mereka

tidak mengambil berat akan hal-hal berkaitan pakaian atau pendedahan aurat.

32
Oleh yang demikian, aurat ini merupakan perkara yang seharusya diketahui

dan difahami oleh segenap masyarakat yang beragama Islam khususnya wanita.

Menurut responden, sekiranya bahagian ini difahami dengan jelas, maka

mudahlah bagi individu untuk berfesyen tanpa melanggar syariat Islam. Ini kerana,

untuk mengikuti perkembangan fesyen terkini sebenarnya tidak salah, selagi kita

mengikuti etika-etika pemakaian yang digariskan dalam Islam.

Perkara ini juga penting kerana aurat merupakan sesuatu yang perlu dijaga

agar kehidupan seseorang diberkati oleh Allah Ta’ala dan jauh daripada hasutan

syaitan yang merupakan musuh utama umat Islam sejak zaman Nabi Adam lagi.

Menurut responden juga, pengetahuan mengenai konsep menutup aurat yang

mendalam adalah menjadi keperluan bagi setiap wanita Islam bagi

mempersiapkan diri mereka untuk mengalami perubahan trend manusia dari

semasa ke semasa. Hal ini kerana, dunia fesyen sememangnya sentiasa

berkembang dan perkembanganya itu seiring dengan perkembangan fesyen

negara-negara barat yang sememangnya jauh dari landasan syariat Islam dan

tidak mengikut etika berpakaian dalam Islam.

Ini kerana, jika diperhatikan pada hari ini, fenomena perkembangan dunia

fesyen pada hari ini jelas tersasar daripada syariat dan landasan agama Islam iaitu

dengan gabungan rekaan fesyen pakaian Islam dan fesyen pakaian moden dari

barat sehingga terciptanya pakaian yang menjolok mata dan tidak menepati

syariat Islam. Keadaan ini semakin berterusan berlaku dengan penciptaan

pelbagai jenis rekaan pakaian demi memenuhi cita rasa masyarakat semata-mata.

33
Oleh yang demikian, para pereka fesyen pakaian perlunya ada

pengetahuan mengenai aurat wanita. Ini kerana, dengan adanya pengetahuan

mengenai aurat dan digabungkan dengan perekaan fesyen, sudah pasti akan

terhasilnya ciptaan pakaian yang menepati syariat Islam. Tambahan pula, perkara

mengenai penutupan aurat ini adalah merupakan kewajipan agama yang

sudahpun diketahui oleh seluruh umat Islam pada masa ini.

Menurut responden juga, tuntutan menutup aurat itu diwajibkan

berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran, hadis dan hasil daripada kesepatakan

para ulama. Oleh itu, seharusnya setiap penganut ajaran Islam wanita khususnya

sudah mengetahui tetang perkara ini. Namun hakikatnya pada masa ini, hampir

sebahagian umat Islam yang mengabaikan dan menganggap remeh tentang

tuntutan dan kewajipan menutup aurat. Selain itu, perkara yang menyedihkan

adalah cara atau trend pakaian segolongan individu terutamanya wanita tidak

menepati dengan apa yang digariskan oleh syarak. Pakaian mereka bukan untuk

menutup aurat sebaliknya hanya untuk sebagai perhiasan semata-mata agar

kelihatan cantik dan bergaya apabila dipandang.

Tambahan pula, terdapat tanggapan sesetengah individu bahawa adalah

memadai apabila memakai tudung sahaja dan ianya sudah dikira sudah menutup

aurat. Sedangkan pakaian yang dipakai ternyata tidak menepati tuntutan menutup

aurat sebagaimana yang dikehendaki oleh syarak demi untuk mengikuti fesyen

yang terkini.

34
Contohnya apabila hanya memakai seluar yang ketat atau pakaian yang

pendek, nipis dan sebagainya sama ada mereka sedar atau tidak bahawa

pemakaian mereka itu agak menghairahkan dan terlalu menarik perhatian para

ajnabi. Di samping itu, terdapat juga sebahagian wanita Islam yang memakai

pakaian lengkap dan menutup aurat hanya pada waktu-waktu tertentu sahaja

seperti ketika menghadiri majlis-majlis keagamaan ataupun sekiranya

mengunjungi kematian. Sikap sebahagian wanita-wanita muslimah seumpama

inilah menunjukkan bahawa mereka belum memahami maksud sebenar menutup

aurat itu dan bagaimana cara melaksanakannya mengikut perkembangan fesyen

pakaian terutamnya pada masa ini.

Oleh yang demikian, melalui soal selidik terhadap responden yang

dijalankan, dapat disimpulkan bahawa ilmu mengenai kosep menutup aurat ini

perlu dipelajari dengan mendalam dan seterusnya diamalkan oleh seluruh umat

Islam. Responden berpendapat, seiring dengan perkembangan dunia fesyen

pakaian yang semakin berkembang ini, umat Islam khususnya golongan wanita

mudah terpengaruh dengan fesyen-fesyen yang melanggar etika pemakaian

dalam Islam. Dengan adanya ilmu mengenai konsep menutup aurat ini, umat

Islam khususnya wanita akan mengikuti perkembangan fesyen dengan

menyelitkan etika berpakaian yang sepatutnya.

35
5.0 CADANGAN KAJIAN

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh penulis, terdapat beberapa

cadangan yang ingin dikemukakan mengenai kajian persepsi pelajar wanita Islam

mengenai fesyen terkini dan konsep menutup aurat. Seperti yang diketahu, fesyen

terkini semakin berkembang sehinggakan fesyen pakaian yang kita dapat lihat

pada hari ini terlalu jauh daripada syariat Islam. Oleh itu, antara cadangan bagi

menyelesaikan masalah ini adalah:

 Melalui peranan Ibu bapa

Ibubapa mempunyai kedudukan yang tinggi pada pandangan masyarakat

dan agama. Fungsi ibubapa dalam membentuk anak-anak sukar dicari

ganti. Melalui mereka anak-anak mengenal kasih sayang, nilai-nilai

kehidupan dan erti kasih sayang. Islam sendiri menuntut supaya ibubapa

diberikan kedudukan yang tinggi dalam institusi keluarga dan masyarakat.

Oleh yang demikian, ibu bapa harus memberi contoh teladan yang baik

kepada anak-anak mereka terutamanya dari segi berpakaian. Sekiranya ibu

bapa mengamalkan dan mengajarkan kepada anak-anak mereka cara-cara

menutup aurat dengan sempurna, nescaya apabila anak-anak mereka ingin

mengikuti perkembangan fesyen terkini, mereka masih menitikberatkan etika

pemakaian yang digariskan dalam Islam. Oleh itu, sememangnya ibu bapa

memainkan peranan yang amat penting dalam pembentukan masyarakat

dan tamadun manusia masa hadapan. Baik dan buruk tamadun yang

dilahirkan adalah ditentukan oleh ibubapa selain dari faktor-faktor utama

seperti suasana dan sistem pemerintahan.

36
 Melalui rakan sebaya

Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting kepada

pembentukan dan pembangunan seseorang individu. Ini kerana sebahagian

remaja dipengaruhi oleh pendapat, pandangan dan tingkah laku rakan

sebaya yang mana lebih tinggi daripada pengaruh ibu bapa bagi sesetengah

individu.

Hal ini kerana, kadang kala seseorang merasa lebih selesa

berbincang, berkongsi pandangan, bercerita masalah mereka dengan rakan

sebaya mereka. Pengaruh rakan sebaya boleh diterima secara positif dan

negatif.. Menurut Kamus Dewan Edisi Ke-4, rakan sebaya ialah sahabat yang

sama umurnya dan mempunyai lingkungan latar belakang yang sama dan

suka bersama dalam pelbagai aktiviti dan matlamat atau dalam kata lain

mempunyai minat yang sama. Berdasarkan definisi ini, kata kunci yang

penting untuk dikaitkan dengan pengaruh sosioemosi kanak-kanak itu ialah

"mempunyai minat yang sama". Apabila minat itu sama, bagi mereka rakan

sebaya itu merupakan sumber informasi dan orang yang boleh dipercayai.

Oleh yang demikian, rakan sebaya juga mempunyai peranan yang

besar dalam mempengaruhi seseorang individu dalam segala aspek. Sebagai

rakan yang baik, kita seharusnya memberikan contoh yang baik kepada

rakan-rakan kita. Contohnya, walaupun mengikuti perkembangan dunia

fesyen, pakaian yang kita pakai harus menepati syariat Islam seperti pakaian

yang labuh dan longgar dan tidak menarik perhatian orang ramai semasa

memakainya. Sekiranya perkara ini diamalkan, nescaya konsep berpakaian

dalam Islam ini akan diamalkan oleh semua masyarakat.

37
 Melalui Ilmu pengetahuan yang sempurna

Kurangnya didikan agama merupakan faktor yang mendorong sebahagian

wanita Islam pada masa ini terlalu mementingkan fesyen sehinggakan lupa

mengenai batasan-batasan aurat yang perlu dijaga dalam Islam. Oleh itu,

ilmu pengetahuan mengenai konsep menutup aurat ini sangat penting untuk

dipelajari dan diamalkan.

Sebagai seorang manusia yang bertamadun, kita seharusnya

berusaha untuk menimba pelbagai ilmu pengetahuan tentang semua perkara

yang telah menjadi kebiasaan kepada kita. Hal ini kerana, sekiranya kita

mempunyai pengetahuan tentang sesuatu perkara seperti konsep menutup

aurat, nescaya kita akan mengamalkan perkara tersebut. Hal ini kerana,

secara lazimnya seseorang itu mendapat didikan tentang perkara ini daripada

ibu bapa, rakan-rakan atau mereka mempelajarinya secara formal di sekolah

ataupun madrasah.

38
6.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya,

39

Anda mungkin juga menyukai