Anda di halaman 1dari 2

ISLAM MENGGALAKKAN UMATNYA MENCARI HARTA BERDASARKAN SEBAB-SEBAB TERTENTU:

 Memiliki harta merupakan fitrah semulajadi manusia


 Harta dapat digunakan untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga
 Harta yang dimiliki dapat digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan
seperti membantu golongan yang fakir dan miskin.
 Harta dapat mengurangkan kadar kemiskinan umat Islam
 Harta dapat digunakan untuk menunaikan ibadat kepada Allah SWT seperti
menunaikan haji dan zakat.

SUMBER HARTA YANG HALAL

 Harta yang diperolehi melalui perniagaan yang dibenarkan oleh syarak dan undang-undang
negara dan tidak mengandungi unsur-unsur penipuan, perjudian, penganiayaan dan rasuah.
 Harta yang diperolehi daripada hasil pertanian, perternakan dan perikanan yang dihalalkan
 Harta yang diperolehi melalui hasil pertukangan dan seni yang tidak bercanggah dengan
ajaran Islam
 Harta yang diperolehi melalui pekerjaan yang halal samada dalam sector swasta atau
kerajaan, seperti menjadi doktor, guru, peguam, buruh kasar dan sebagainya.
 Harta yang diperolehi melalui perkhidmatan yang diakui oleh syarak seperti perkhidmatan
kaunseling, runding cara dan sebagainya.

LANGKAH MEMPEROLEH HARTA SECARA HALAL

 Melakukan pekerjaan dengan iklas – Contohnya, kita membuat sesuatu pekerjaan yang
disuruh itu dengan niat yang iklas.

 Menceburi bidang yang halal – Contohnya, kita mencari kerja yang halal dan bukan
pekerjaan yang dilarang oleh Islam

 Mengamalkan ahklak yang mulia semasa melakukan pekerjaan - Contohnya, semasa


melakukan pekerjaan kita mesti memupuk sikap nilai murni dan sentiasa bertanggungjawab
melakukan pekerjaan.

 Menjaga ibadat semasa melakukan pekerjaan – Contohnya, menjaga pergaulan batas,


menjaga solat dan menjaga amanah yang diturunkan oleh Allah.

CARA MEMPEROLEHI HARTA SECARA HALAL

 Berniaga secara jujur dan tidak menipu orang lain


 Bekerja secara makan gaji seperti menjadi doktor, guru, jurutera, arkitek dan sebagainya
 Melabur dalam saham-saham yang berteraskan Islam
 Bekerja sendiri seperti bertani, bertukang dan sebagainya

Anda mungkin juga menyukai