Anda di halaman 1dari 11

5.

Antara perkara yang menjadi perhatian dalam kurikulum adalah pelaksanaan


pembelajaran dan pengajaran dalam talian semasa wabak COVID-19 yang
sedang berlaku.

a. Bincangkan masalah, masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pendidik


dalam menjalankan pembelajaran dan pengajaran dalam talian pada masa
pandemik COVID-19
1. Bharian Online (Sabtu,21 November 2020)
- COVID-19 : Pendidikan Menerusi Dunia Maya Cabaran Baharu Buat
Guru
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/689322/covid-19-
pendidikan-menerusi-dunia-maya-cabaran-baharu-buat-guru

- Jika dahulu peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet


platform aplikasi dalam talian dilarang dibawa ke sekolah, namun kini
sebaliknya apabila dunia pendidikan berada dalam alam maya dan
dilakukan di rumah.
- Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja
menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional
tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila
mereka perlu menyesuaikan diri dengan norma kehidupan dan kebiasaan
baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PnP)
dilaksanakan secara dalam talian.
- Dalam alaf baharu yang mengutamakan kemahiran pembelajaran
sepanjang hayat, tiada pilihan selain memanfaatkan teknologi dan
aplikasi pendidikan dalam talian. Konteks pendidikan masa kini
memerlukan guru menguasai dan mempunyai literasi teknologi
komunikasi dan maklumat (ICT).
- Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac dan
kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), guru-guru tidak
duduk diam dan terus mencurah ilmu menerusi PnP dalam talian.
- Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee
Hasan, berpendapat warga pendidik, khususnya guru, kini perlu
melengkapkan diri dengan penguasaan dalam teknologi digital dan
menguasai ilmu berkaitan 'e-learning', untuk menyampaikan ilmu kepada
pelajar.
- "Semua guru perlu meningkatkan ilmu, kompetensi, keupayaan,
kemahiran, perubahan sikap dan kesiapsiagaan dalam menerima normal
baharu dalam pendidikan terutama pembelajaran dalam talian.
Kesiapsiagaan ini akan dapat dilihat perubahan dari aspek pengajaran,
pentaksiran dan penyampaian ilmu yang mencabar tugas keguruan.
- "Guru perlu mempunyai anjakan paradigma untuk menerima senario
baharu pendidikan global dan menyiapkan generasi yang celik teknologi
maklumat. Ini penting dalam menyiapkan mereka (pelajar) bagi
menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 dan bersedia menjadi generasi
digital," katanya.
- Mengakui wujud kekangan dalam pendidikan dalam talian seperti
masalah capaian Internet, ketiadaan peranti digital pintar serta sikap
murid dan pelajar sendiri, Mohd Azizee menegaskan guru sebaliknya
perlu memikirkan cara untuk memastikan penyampaian ilmu itu tetap
diteruskan.
- Beliau berkata, pelajar yang menghadapi masalah belajar secara dalam
talian perlu diberi peluang berjumpa dengan guru di sekolah bagi
mendapatkan ilmu secara bersemuka yang disifatkan lebih mudah dan
jelas supaya mereka tidak tercicir dalam proses pembelajaran.
- "Kerana tidak semua pelajar boleh menerima cara pembelajaran dalam
talian, masih ada lagi pelajar yang perlu bimbingan secara konvensional
untuk mereka lebih mudah memahami. Yang penting kita hendak
memastikan pelajar itu tidak hilang semangat untuk menimba ilmu,
begitu juga guru tidak hilang semangat untuk menyampaikan ilmu,"
katanya.
- Seorang guru, Zuraini Eusope, 51, memberitahu suasana pengajaran dan
pembelajaran jelas berbeza dalam tempoh PKP berbanding sebelumnya
memandangkan hampir semua kaedah pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) dijalankan secara dalam talian seperti Google Classroom, Google
Meet, Youtube, Zoom Cloud Meeting, dan pelbagai kuiz.
- Bertugas di Sekolah Kebangsaan Marian Convent Ipoh, Perak, beliau
mengakui tidak semua guru celik teknologi maklumat yang dapat
membiasakan diri dengan norma dan normal baharu itu, terutamanya
golongan guru yang dikategorikan sebagai 'orang lama'.
- "Ramai juga guru veteran yang agak sukar menguasai tetapi kebanyakan
kami akan cuba yang terbaik, macam saya juga. Memang ia mengambil
masa tetapi alah tegar perkara biasa. Di mana ada kemahuan di situ ada
jalan, serta perlu yakin boleh walaupun lambat," katanya yang mengajar
mata pelajaran Sains dan Matematik.
- Telah mencurah bakti hampir 25 tahun, Zuraini berkata, walaupun guru
telah menyediakan pelbagai bahan dan persiapan, masih terdapat murid
dan pelajar yang tidak menyiapkan kerja rumah dan tidak menghadiri
kelas di dunia maya, sehinggakan guru perlu menunggu kehadiran anak
murid selama hampir dua jam."... terutama kelas-kelas menduduki
peperiksaan Tahun 6. Sambutan sudah semakin berkurangan walaupun
macam-macam kami (guru) bagi seperti video, kartun, lagu dalam bentuk
PdPc mengikut tajuk. Namun, ada guru yang rajin telefon ibu bapa tanya
dengan berhemah supaya semua murid dapat buat dan ikuti pengajaran,"
jelasnya.
- Lain pula bagi sekolah di kawasan pedalaman, yang menurut Zubair
Shuhaime, 29, seorang guru di SK Kuala Kebulu, Sebauh di Bintulu,
Sarawak, kebanyakan pengajaran dan pembelajaran dalam talian adalah
terbatas kerana berdepan dengan kekangan capaian Internet serta
ketiadaan alat peranti pintar.
- Menurutnya, sepanjang tempoh PKP ini, guru-guru di sekolah yang
dikategorikan sebagai Pedalaman Tiga itu akan menghantar tugasan
melalui aplikasi WhatsApp dalam kumpulan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG), manakala bagi yang tiada akses, guru itu sendiri akan
menghantar tugasan kepada mereka secara bersemuka.
- "Sekolah ini terletak kira-kira lima hingga enam jam dari bandar besar
Bintulu bergantung kepada keadaan cuaca. Bagi perjalanan ke rumah
mereka (murid-murid), guru perlu melalui jalan balak atau menggunakan
perahu. Perjalanan dari sekolah ke rumah mereka yang paling dekat
antara 12 hingga 15 minit dan paling jauh boleh mencecah sehingga dua
jam.
- "Sekiranya murid telah menyiapkan tugasan, mereka perlu menghantar
bukti supaya guru dapat menyemak hasil kerja mereka. Seterusnya
laporan dan bukti pengajaran dan pembelajaran akan dihantar ke pihak
pentadbir," katanya yang telah berkhidmat selama enam tahun di sekolah
itu.
- Mengakui dunia pendidikan di luar bandar berhadapan cabaran lebih
getir, Zubair berkata cabaran lebih besar adalah kepada ibu bapa murid
dan pelajar sendiri sama ada mereka benar-benar prihatin dengan
kepentingan pendidikan anak mereka atau sebaliknya.
- Menceritakan situasi satu keluarga yang tinggal di kawasan terpencil,
beliau berkata, dengan kemudahan telefon pintar yang ada namun capaian
Internet terhad, keluarga itu sanggup berjalan kaki ke kawasan tinggi
yang mempunyai capaian Internet 'kuat' bagi memuat turun tugasan yang
diberikan oleh guru.
- "Mereka sekeluarga akan duduk di situ untuk 'sedut' segala kerja yang
guru beri, dan suruh anak mereka buat dekat situ juga sebab hanya di situ
ada line kuat. Mereka juga tidur bermalam di kawasan berdekatan demi
menyiapkan kerja sekolah, sebab hendak submit semula kena ada line. Ini
contoh ibu bapa yang betul-betul prihatin," katanya.
- Hakikatnya hubungan guru dan ibu bapa membentuk perwatakan dan
kejayaan seseorang pelajar.
- Buat semua guru di Malaysia, meskipun tiada sorak-sorai dan kegirangan
anak murid dan pelajar meraikan beramai-ramai Hari Guru di sekolah,
penghayatan bagi menghargai pengorbanan guru dalam mendidik,
membimbing serta membentuk anak bangsa pastinya sentiasa tersemat di
hati setiap orang.
- Jasa insan bergelar pendidik ini amat besar dan setiap orang menginsafi
hakikat bahawa kehadiran guru dalam kehidupan banyak membentuk
keperibadian dan keterampilan seseorang untuk menjadi manusia berguna

2. Usim.Edu.MY (Sabtu,21 November 2020)


- COVID19: Implikasi Pengajaran dan Pembelajaran Atas Talian
https://www.usim.edu.my/news/in-our-words/covid19-implikasi-
pengajaran-dan-pembelajaran-atas-talian/
- Dr Ehwan Ngadi
- Pensyarah Kolej Genius Insan
- Pada Januari 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
mengisytiharkan situasi pandemik akibat penularan sejenis virus
baharu jenis Korona yang menyebabkan wabak COVID19. Selaras
dengan pengisytiharan wabak ini, semua negara telah menutup semua
sektor termasuklah sektor pendidikan. Langkah penutupan sektor
pendidikan ini menyebabkan semua sekolah dan pusat pengajian
tinggi ditutup bagi memutuskan rantaian penularan wabak yang
berbahaya ini. Akibatnya, proses pengajaran dan pembelajaran secara
bersemuka yang telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi secara
terpaksa dihentikan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).
- Dalam usaha untuk memastikan semua murid tidak ketinggalan dalam
mengikuti pembelajaran, warga pendidik mula menggunakan opsyen
untuk menjalankan kelas secara atas talian. Pelbagai kegusaran yang
timbul apabila ingin melaksanakan kaedah pembelajaran secara atas
talian ini. Ada murid yang tidak mempunyai gajet atau telefon pintar
peribadi, ada yang tidak mempunyai cukup data internet dan ada pula
yang tidak mempunyai capaian internet langsung. Bagi pendidik pula,
wujud kesangsian platform manakah yang sesuai untuk menjalankan
pembelajaran secara atas talian dan kebanyakannya menggunakan
kaedah cuba jaya, iaitu menggunakan mana-mana platform dan lihat
kepada kesesuaian.
- Tiga implikasi utama dilihat menjadi cabaran besar kepada pendidik
bagi menjalankan pembelajaran secara atas talian, iaitu
kebolehcapaian internet dan kestabilan platform pengajaran,
pengurusan emosi serta pentaksiran secara holistik.
- Kebolehcapaian internet menjadi salah satu perkara penting dalam
mengendalikan kelas atas talian. Usaha mengenalpasti tahap
kebolehcapaian internet bagi setiap murid di dalam kelas dapat
membantu guru dalam menentukan kaedah bersesuaian bagi
membolehkan kelas atas talian dapat dijalankan dengan baik. Namun
begitu, beberapa kekangan wujud terutamanya bagi murid yang
tinggal di kawasan yang kurang mendapat liputan internet. Oleh yang
demikian, murid-murid ini perlu dicapai dengan menghubungi mereka
melalui platform yang lebih sesuai seperti aplikasi WhatApps,
Telegram mahupun Messenger. Sekiranya pelajar-pelajar ini tidak
dapat dihubungi melalui aplikasi-aplikasi ini, maka kaedah
konvensional adalah pilihan terakhir dengan mengepos atau
menghantar bahan pengajaran kepada murid. Ini amat penting bagi
mengelakkan murid ketinggalan mengikuti sesi pembelajaran, dan
pada masa yang sama berupaya merangsang sistem kognitif murid
secara berterusan.
- Pemilihan platform bersesuaian amat penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Ini bertujuan mengelakkan berlakunya lag atau
screen freeze yang boleh mengganggu tumpuan pelajar sekiranya
kelas atas talian dilakukan secara bersemuka. Guru perlu mengetahui
tahap kestabilan internet, sama ada rendah, sederhana atau tinggi
sebelum memilih platform pengajaran yang bersesuaian. Menurut
Pusat e-Pembelajaran dan Sumber Pengajaran, Universiti Malaysia
Pahang, sekiranya capaian internet rendah, platform seperti
WhatsApp, Telegram dan Instagram sesuai dijadikan platform
pengajaran murid. Bagi capaian sederhana, platform seperti Youtube
dan Kahoot sesuai digunakan, manakala bagi capaian tinggi, platform
bersemuka seperti Zoom, Microsoft Team, Skype dan Google Meet
sesuai digunakan. Kaedah pengajaran terbeza sesuai dijalankan
menggunakan platform yang berbeza kepada pelajar berdasarkan jenis
capaian internet murid. Meskipun dilihat sebagai satu cara yang
renyah, kaedah ini dilihat berkesan dalam membolehkan pembelajaran
murid dicapai secara maksimum.
- Implikasi kedua pelaksanaan pembelajaran dalam talian adalah
pengurusan emosi. Peringkat awal pelaksanaan PKP seakan
memberikan ‘rahmat’ kepada pelajar kerana tidak perlu hadir ke
sekolah dan menjalani aktiviti PdP harian. Akan tetapi, jangkamasa
PKP yang lama dan dilanjutkan pula dengan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama empat minggu menjadikan
pelajar mulai rasa bosan terkurung di rumah. Murid tidak dapat
bertemu rakan sebaya, bermain dan berbual dengan sahabat karib di
sekolah ataupun menjalani aktiviti ko kurikulum. Ini mengakibatkan
emosi murid mulai mengalami ketidakstabilan. Sesi pembelajaran atas
talian yang mempunyai jadual tertentu yang telah ditetapkan oleh
pendidik perlu juga mengambil kira peranan murid untuk membantu
ibu bapa di rumah. Oleh yang demikian, satu platform kaunseling
khas perlu diwujudkan oleh pihak sekolah. Platform ini perlu diuar-
uarkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungi guru-
guru kaunseling sekiranya mereka mengalami ketidakstabilan emosi.
Sokongan kaunseling amat perlu semasa perintah kawalan pergerakan
ini selain membantu murid berdepan dengan normal baharu
pembelajaran.
- Implikasi ketiga pelaksanaan pembelajaran dalam talian ini adalah
pentaksiran holistic. Persoalan timbul apabila bagaimana pentaksiran
dapat dijalankan bagi memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Jika sebelum ini, pentaksiran dijalankan secara bertulis akibat
daripada penutupan sekolah dan sesi persekolahan, kaedah pentaksiran
secara holistik ini dilihat kaedah paling ideal dalam mengukur tahap
pengetahuan murid. Kaedah pentaksiran ini yang merupakan
kombinasi daripada subjek teras yang merupakan lapisan pertama dan
elektif sebagai lapisan kedua kaedah pentaksiran ini mampu mengukur
keupayaan pemikiran aras tinggi murid. Pada masa yang sama,
kombinasi ini juga boleh disertakan dengan subjek Pendidikan Islam
dan Moral sebagai lapisan ketiga yang berupaya mengukuhkan
penerapan nilai kepada murid.
- Kaedah pentaksiran berasaskan projek yang boleh dilaksanakan
bersama keluarga, kajian kes, ulasan artikel, menjalankan eksperimen
dan merekabentuk poster mampu memenuhi keperluan komponen
pembentukan intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Ini secara tidak
langsung memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin
melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi , rohani
dan intelektual.
- Melihat penularan wabak COVID19 secara positif, ia mencetuskan satu
semangat dan usaha yang luar biasa bagi pendidik di Malaysia dalam
memastikan murid tidak ketinggalan dalam pendidikan. Para
pendidik berusaha sedaya upaya menjadi kreatif dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran. Mereka tanpa segan silu berguru
bagi meningkatkan keupayaan mereka untuk mendidik seiring dengan
kemajuan teknologi. Selari dengan normal baharu, pembelajaran
secara atas talian ini memerlukan komitmen dan sokongan tidak
terhingga ibu bapa dalam membantu pendidik mendidik murid. Ibu
bapa perlu memahami normal baharu pendidikan, memberikan ruang
kepada anak-anak menghadiri kelas atas talian serta turut memantau
sesi pembelajaran dan kerja sekolah mereka. Usaha luar biasa ini tidak
terkecuali memerlukan komitmen murid yang tidak berbelah bahagi.
Penglibatan murid dalam kelas atas talian ini bukan sahaja sekadar
mendengar celoteh pendidik, tetapi memberikan respons serta
menyiapkan tugasan yang diberikan. Sekiranya murid tidak
memberikan komitmen secukupnya, ia seakan ‘bertepuk sebelah
tangan’, manakan jadi ilmu yang dihulurkan bersambut kepada murid.
Jelas bahawa keupayaan memberikan khidmat pendidikan yang
terbaik kepada murid semasa wabak COVID19 ini memerlukan usaha
dan tenaga yang luar biasa daripada semua pihak, ibu bapa, pendidik
dan murid. Justeru, tema BERGURU DEMI ILMU, BINA
GENERASI BAHARU sempena sambutan Hari Guru Peringkat
Kebangsaan tahun ini amat bertepatan dengan situasi semasa yang
sedang dialami oleh negara kita dan seluruh dunia.

b. Terangkan strategi yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang


dibangkitkan dalam a).

Anda mungkin juga menyukai