Anda di halaman 1dari 31

1.

PENGENALAN

Secara umumnya, visual bukan tayangan atau media bukan tayangan


terbahagi kepada 2D dan 3D. Contoh bahan 2D adalah peta, gambar, fail
tegak, carta, gambar, guntingan akhbar, gambarajah, kad-kad cantuman
atau imbasan. Manakala contoh bahan 3D adalah glob, relia (benda
sebenar), model, diorama, mock-ups (topeng serkup), topeng, contohcontoh spesimen, mobail, boneka dan akuarium. Untuk mengelaskan
visual atau bahan pengajaran, ciri-ciri fizikal media tersebut dijadikan
rujukan. Jadual berikut merupakan pengkelasan media bukan tayangan.

Bil
Jenis Media
1 Bahan Grafik
2 Gambar Kaku/Pegun
3 Bahan Pameran 3
4

Dimensi
Papan Pengajaran

Contoh
Lukisan, Poster, Kartun, Carta dan Graf
Gambar Foto, Kad Imbasan dan Poskad
Model, Boneka, Diorama dan Pupet
Papan kapur, Papan putih, Papan Fannel
dan Papan buletin

1.2

JENIS-JENIS DAN PENGGUNAAN PAPAN PENGAJARAN

Bahan-bahan 2D mungkin memerlukan cara untuk memaparkannya.


Biasanya papan paparan digunakan. Antara papan paparan yang boleh
digunakan ialah:
1

Papan Tulis

Papan Putih

Papan Magnetik

Papan Flip

Papan Pameran / Papan Kenyataan

Papan Flanel

Papan Gulung

Papan Slip

Papan Elektronik

Untuk memilih papan paparan yang bersesuaian, kriteria berikut boleh


dijadikan rujukan:

Sesuai dengan kurikulum

Tepat dan kemaskini

Bahasa yang digunakan jelas

Dapat meningkatkan minat pelajar

Tidak bias

Mudah

Penggunaan warna yang sesuai

1.2.1 PAPAN TULIS

Papan Tulis juga dikenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam atau Papan
Hijau. Ciri-ciri papan tulis ialah:

Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik


darjah

Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau peralatan istimewa.

Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan


mudah.

Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan


sampingan.

1.2.2 PAPAN PUTIH

Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih


yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan menggunakan pena berisi
dakwat khas yang mudah dipadamkan. Ciri-ciri papan ini ialah:

Tidak ada habuk

Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz

Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut

Boleh dihasilkan sendiri

1.2.3 PAPAN MAGNETIK

Papan Magnetik diperbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil


akan melekat di atas permukaan tersebut untuk melekatkan kertas atau
kad visual di atas papan tersebut. Ciri-ciri papan ini ialah:

Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik


dan mudah

Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca


seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh
digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa

Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau


pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengalih visual ke
tempat baru atau dapat tindan tindihkan visual-visual itu

1.2.4 PAPAN FLIP

Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran


sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit
condong kebelakang. Ciri-ciri papan ini ialah:

Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid

Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk
belajar secara berkumpulan

Dapat menunjukkan carta jenis bersiri dengan mudah

1.2.5 PAPAN PAMERAN / PAPAN KENYATAAN

Papan ini digunakan untuk menampal maklumat-maklumat serta untuk


mempamerkan hasil kerja pelajar seperti lukisan karangan dan lain-lain.
Papan kenyataan boleh dibuat secara melekat terus pada bahagian
dinding atau dibuat secara mudah alih serta berkaki. Ciri-ciri papan ini
ialah:

Sangat mudah untuk menyebarkan maklumat

Senang ditampal maklumat

Tidak memakan ruang

Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru

1.2.6 PAPAN FLANNEL

Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keping


kain flannel boleh bercantum apabila dilekapkan, sifat istimewa ini
dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan
secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu
kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad
visual itu bolehlah dilekapkan ke atas permukaan papan flannel dengan
mudah. Ciri-ciri papan ini ialah:

Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.

Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.

Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan

Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan


serta-merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan
kedudukan visual tersebut

Menggalakkan penglibatan pelajar sepenuhnya dalam tajuk yang


disampaikan

seperti

aktiviti

mencantum

gambar, sesi bercerita dan sebagainya

Senang disimpan, dibawa atau digunakan

1.2.7
PAPAN GULUNG
8

ayat,

memadankan

Papan

gulung

mempunyai

satu

keistimewaan,

iaitu

bahan-bahan

pengajaran guru boleh disediakan dengan terperinci terlebih dahulu.


Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan
tersebut kepada pelajar. Ciri-ciri papan ini ialah:

Mudah dibuat

Mudah dibawa, digunakan atau disimpan

Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih


awal dengan baik dan sempurna

Sesuai untuk semua mata pelajaran dan boleh digunakan didalam


atau diluar bilik darjah

1.2.8 PAPAN SLIP


9

Papan ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf
boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur
plastik jernih atau bahan-bahan lain. Ciri-ciri papan ini ialah:

Boleh dibuat sendiri

Senang dibawa serta dapat digunakan didalam atau diluar bilik


darjah

Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat

Menggalakkan penglibatan pelajar didalam kelas

1.2.9 PAPAN ELEKTRONIK


10

Papan elektronik lebih biasa dipanggil Smart Board atau


Interactive White Board

Papan jenis ini berciri interaktif

Ia merupakan sejenis papan putih yang memaparkan imej daripada


monitor computer. Permukaan papan ini berfungsi sebagai satu
papan sentuh (touch screen) yang besar

Papan elektronik ini mempunyai saiz yang berlainan. Komputer


yang disambungkan kepada papan elektronik ini boleh dikawal
melalui menyentuh permukaan papan elektronik ini

Ini boleh dilakukan dengan menggunakan jari ataupun dengan


menggunakan elektronik pen yang khas untuk tujuan ini

1.3

BAHAN 2 DIMENSI (2D)

11

Bahan
adalah

2D

atau

dua

demensi

bahan-bahan

visual yang

dilukis atau dicetak atau


digambarfotokan di atas

sekeping

kertas atau permukaan

rata.

1.3.1 GAMBAR ATAU GAMBAR FOTO


Gambar foto sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna
merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda
yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem.
Ianya dihasilkan dengan menggunakan kamera digital atau kamera bimbit.

Gambar hitam putih


Gambar berwarna yang
diatas kertas
dirakamkan menggunakan
kamera digital
1.3.2

GRAFIK

Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam putih atau
berwarna warni. Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati
kerana telah terbukti berlakunya perbezaan interpretasi mengenai mesej
yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap individu mempunyai
pandangan dan interpretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu
grafik yang dilihatnya. Guru mestilah sentiasa memberi pandangan
12

semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif


yang diperlukan.

Grafik rama-rama

Grafik burung, gunung dan


terung

1.3.3 CARTA
Carta merupakan kumpulan gambarajah yang menunjukkan acara-acara
yang kompleks atau perkara yang telah berlaku dalam jangka masa
tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama iaitu melibatkan
gambaran satu proses atau pun aliran perubahan sesuatu. Umumnya
carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti
dapat menyampaikan mesejnya melalui visual. Terdapat pelbagai jenis
13

carta,

contohnya,

organisasi,

garis

carta
aliran

(time lines), carta aliran


(flow chart) dan graf.

Carta Organisasi
Carta yang menunjukan hubungan atau rantaian pentadbiran ataupun
pemerintahan di dalam sesuatu organisasi kumpulan dan sebagainya.

Carta Klasifikasi
Carta yang digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori
bahan-bahan tertentu, peristiwa, spesis dan taksonomi haiwan atau
tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

14

Carta Masa
Carta yang menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna
untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

Carta Jadual

15

Carta yang menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi


penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan
berlaku.

Carta Urutan
Carta yang menggambarkan satu siri urutan atau sekuen atau prosedur
atau tatacara atau aliran suatu proses atau tindakan tertentu. Carta ini
selalunya dibuat mendatar agar perkembangannya mudah diikuti serta
difahami langkah-langkah satu persatu.

Carta Flip

16

Carta flip secara umumnya mempunyai fungsi yang sama dengan slaid
atau filem jalur projektor di mana ia mempamerkan gambar visual dalam
sesuatu tempoh tertentu sahaja. Satu siri carta akan selaku seperti jalur
filem

untuk

menerangkan

sesuatu

subjek.

Seperti

jalur

filem,

keberkesanannya bergantung kepada sejauh manakah integrasi antara


perbincangan dengan visualnya. Carta ini jarang disediakan untuk
menyampaikan sesuatu dengan mendalam. Biasanya ia adalah rumusan
daripada isi-isi penting sahaja.
Terdapat beberapa prinsip semasa untuk menghasilkan carta flip yang
berkesan. Antaranya:

Peraturan 7 x 7 (7 perkataan dalam 1 baris, 7 baris dalam 1 muka


surat)

Menyusunkan teks dan grafik dalam bentuk C, O, S, Z, L dan T

Huruf bersaiz 2-3 inci (5-7.5cm)

Huruf untuk tajuk bersaiz 4 inci (10cm)

1.3.4 POSTER
Poster

adalah

satu

lukisan

atau

cetakan

yang

menggabungkan

penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna dalam satu


persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej
tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai daya penarik kepada satu
peristiwa atau acara yang bakal diadakan. Poster boleh digunakan
dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk
17

yang dinamik dan berwarna bagi menarik perhatian serta boleh


menyampaikan mesej dengan spontan.

Poster rokok membunuh

Poster anti dadah

1.3.5

KAD IMBASAN (FLASH CARD)

18

Kad imbasan merupakan satu kad yang mempunyai maklumat ringkas,


contohnya, nombor, perkataan, huruf dan sebagainya. Maklumat pada kad
imbasan perlu jelas, ringkas dan tepat. Ianya merupakan bahan yang
sangat sesuai digunakan dalam bilik darjah prasekolah. Kad imbasan
tulisan selalunya berukuran 1/8 daripada kertas manila.

1.3.6 KAD GAMBAR

19

Kad gambar merupakan kad imbasan yang mempunyai gambar. Ianya


selalu berukuran daripada kertas manila. Selalunya hanya satu gambar
sahaja yang terdapat pada satu kad.

1.4

BAHAN 3 DIMENSI (3D)

20

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai


bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Bahan 3 dimensi adalah
benda yang memiliki panjang, lebar, dan tinggi. Antara kekuatan bahan 3D
ialah:

Pelajar boleh mempelajari tentang masa ini kerana objek-objek


yang digunakan adalah mudah didapati dalam kehidupan harian.

Menggalakkan pelajar melibatkan diri dalam pengalaman konkrit.

Menambahkan dan melanjutkan pengetahuan pelajar.

Membantu dalam perkembangan konsep dari segi kronologi,


perubahan dan tujuan.

Namun begitu, bahan 3D juga terdapat kelemahannya iaitu:

Terdapat bahan 3D yang sukar diperolehi dalam pasaran.

Kekangan masa untuk membina bahan 3D tertentu.

Memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan bahan 3D yang


berskala besar.

1.4.1

RELIA

Relia adalah bahan-bahan yang sebenar atau maujud. Kelebihan bahan


relia ialah pelajar boleh melihat, menyentuh, merasa dan mendengar
sesuatu yang sebenar. Terdapat 2 jenis relia iaitu relia asli dan relia awet.
Relia Asli

21

Ini

merupakan

bahan

hidup

yang

sebenarnya dan masih hidup seperti cacing


tanah, belalang dan sebagainya atau bahan
sebenar bukan hidup seperti mesin, jentera dan lain-lain.

Relia Awet
Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan di dalam bekas
tertentu.

1.4.2 MODEL
22

Model adalah binaan rupa bentuk bahan yang mungkin diperbuat daripada
bahan keras seperti tanah liat, plastisin, getah, simen plaster, kotak atau
kayu.

Model Berskala / Model Pepejal


Model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda
asal atau dalam saiz yang lebih kecil dengan berpandukan kepada skala
pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat
menyerupai benda yang asal. Contoh model kapal terbang dan model
glob.

Model Olok-Olok/ Model Pergerakan


23

Model yang diubahsuai daripada rupa


bentuk

benda

yang

sebenar

untuk

menunjukkan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal.


Biasanya model olok-olok dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa
menghiraukan

skala

pembesaran

tertentu

tetapi

masih

dapat

menunjukkan keadaan asal yang sebenar.

Model Keratan Rentas


Model ini merupakan model besar yang menunjukkan keratan rentas pada
satu bahagian tertentu pada satu benda untuk memperlihatkan rupa
bentuk bahagian dalam benda tersebut. Contohnya model keratan rentas
gigi.

24

1.4.3 DIORAMA
Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun
rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi
pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di muzium yang
mempamerkan

pemandanganpemandangan

zaman silam.

25

atau

keadaan

semasa

1.4.4 AKUARIUM
Akuarium adalah tempat untuk memelihara hidupan dalam air. Ianya boleh
disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca, ataupun balangbalang plastik. Ikan-ikan tropika boleh dibela dalam akurium tersebut

1.4.5 TERRARIUM
Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti
mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptelia-reptelia kecil yang tidak
merbahaya. Kotak-kotak, botol atau bekas yang diperbuat daripada kaca
atau plastik boleh digunakan untuk membina terrarium. Kemudian,
masukkan tanah, tumbuhan, batu dan kayu untuk melengkapkan terrarium
dan ditutup rapi.

26

1.4.6 BONEKA, PATUNG, TOPENG


Boneka boleh digunakan sebagai alat bantu mengajar yang berkesan.
Beberapa

jenis

boneka

boleh

dihasilkan

untuk

kegunaan

guru

termasuklah:

Boneka sarung tangan

Boneka tali

Wayang kulit

Topeng

Boneka Sarung Tangan


Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Malah
tangan yang dilukis boleh dijadikan boneka. Pelbagai watak boleh
diwujudkan seperti haiwan dan kartun

27

Boneka Bertali
Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras
seperti Plaster of Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan pada
bahagian-bahagian tertentu yang boleh digerakkan. Semasa digunakan,
tali-tali ditarik-tarik atau digoyangkan untuk membuat anggota-anggota
boneka tersebut bergerak.

28

Wayang kulit
Rupa bentuk boneka ditulis di atas kertas tebal, diwarnakan dan
bentuknya dipotong keluar. Lidi-lidi dilekatkan untuk menggerakkannya
berdasarkan cerita tertentu. Selain itu, OHP juga boleh digunakan untuk
memainkan boneka manakala skrin putih digunakan untuk menayangkan
bayang-bayang boneka.

29

Topeng
Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan
kertas yang dipotong halus-halus dan gam. Topeng amat sesuai untuk
situasi main peranan atau lakonan.

30

1.5

KESIMPULAN
Media pengajaran membawa maksud peralatan perkakasan dan

bahan (perisian) media yang telah dikenalpasti, dipilih, dibina atau dipinda
untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan
pembelajaran.
Secara amnya terdapat dua jenis media atau sumber pengajaran
dan pembelajaran yang biasa digunakan iaitu media cetakan dan media
bukan cetakan. Media cetakan merujuk kepada sebarang media yang
berasaskan teknologi cetakan seperti buku, majalah, gambar atau gambar
foto, risalah, surat khabar, carta, peta dan sebagainya. Media bukan
cetakan pula lebih merujuk kepada bahan tayangan dan bahan bukan
tayangan seperti model, diodrama, papan pengajaran, bahan audio visual.
Setiap

media

atau

sumber

pengajaran

dan

pembelajaran

mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan sesuai digunakan pada suasana


atau keadaan yang tertentu. Pemilihan media yang tepat dan bersesuaian
oleh seseorang pendidik amat berkait rapat dengan keberkesanan
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Media yang sesuai bagi
sekumpulan pelajar dan keadaan persekitaran mungkin tidak sesuai pada
sekumpulan pelajar yang lain pada persekitaran yang berbeza.

31

Anda mungkin juga menyukai