Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENGENALAN

Litar-litar yang lebih besar boleh dihasilkan dengan memasang komponen-komponen


elektronik pada papan litar tercetak (printed circuit board, PCB) yang digunakan
untuk menyokong secara mekanik dan menyambungkan komponen-komponen
secara elektrik. Litar bersepadu biasanya digunakan sebagai komponen dalam litar-
litar lebih besar yang dipasang pada papan PCB. Apabila komponen-komponen
disambungkan dengan wayar sebagai pengalir, maka litar boleh diluaskan untuk
meliputi atau menyambungkan kawasan yang lebih luas.

Papan reka (breadboard), perfboard atau papan jalur


(stripboard) biasanya digunakan untuk menguji rekaan litar
baru. Papan-papan tersebut membolehkan pereka membuat
perubahan segera pada litar ketika membangunkannya. Litar elektronik mampu
memperlihatkan kelakuan yang amat kompleks, walaupun dikawal oleh hukum-
hakam fizik yang sama dengan litar ringkas.

Litar elektronik boleh digolongkan sebagai litar analog, litar digital, atau litar isyarat
campuran (gabungan litar analog dan litar digital).

2.0 OBJEKTIF

Di akhir kerja amali ini pelajar akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran
melibatkan:

i. Fungsi litar bersepadu, transistor dan komponen yang terlibat serta


penggunaannya.
ii. Melakukan proses penterjemahan dari litar skematik kepada litar bergambar.
iii. Menyusun komponen yang terlibat di atas papan PCB.
iv. Proses pematerian yang sempurna melibatkan komponen-komponen
elektronik seperti litar bersepadu (IC), transistor dan sebagainya.

1
3.0 BAHAN DAN ALATAN

No. Gambar Nama unit


1. Perintang 100k 2

2. Transistor K333 2
C945 P

3. Papan litar PCB 1

4. Kapositor 2

5. LED 4

6. Perintang 470 2

7. Bateri cap 1

2
Peralatan

1) Bekas
2) Pemateri

3) Cerek 4) Timah

5) Mesin penebuk 6) DSEE Ferric Chloride Anhydrous

7) Kertas pasir 8) Pen penanda

9) Bateri
4.0 LITAR SKEMATIK LED FLASHER

D3
D1 LED
LED

3
R1 R2 D4
D2 100 K 100 K LED
LED
R4
470 +
R2 C2
470 4.7F 9 VDC

C1
C C
4.7F Q2
B B
K333
Q1
E E C945
K333
C945

5.0 LUKISAN PENDAWAIAN (LITAR SAMBUNGAN PAPAN PCB)

4
6.0 LANGKAH KERJA

1) Melakar lukisan litar untuk panduan dan


penyusunan komoponen

2) Sediakan peralatan dan komponen yg


berfungsi untuk proses pemasangan
komponen

3) Potong papan PCB mengikut saiz dikehendaki.

4) Buangkan bahagian dan hujung papan PCB


dengan menggosok menggunakan kertas
pasir

5) Dengan menggunakan pen penanda, perlulah


melukis litar tersebut pada papan PCB

6) Tebuk lubang pada papan PCB yang telah


ditandakan dengan mesin penebuk

7) Sediakan bekas dan masukan bahan kimia


iaitu ferric chloride sebanyak setengah
bekas( 100g) dan kemudian ditambah dengan
air panas untuk sebatikan larutan tersebut.

8) Letakkan papan PCB yg telah siap dilukis dan


ditanda ke dalam bekas larutan yang
dibancuh tadi

5
9) Goncang dan ayakkan bekas tersebut supaya
mencepatkan proses hakisan pada papan PCB.

10) Proses tersebut dilakukan selama 15-20minit

11) Pastikan ia tidak direndama terlalu lama


supaya litar tidak rosak (menjadi warna putih :
rosak)

12) Setelah lapisan tersebut terhakis, pindah


papan PCB dan rendamkan ia ke dalam air
bersih selama 5 minit

13) Kemudian papan PCB tersebut, dibilas


dengan air paip.
14) Gosokkan litar tersebut dgn kertas pasir agar
lebih cepat terhakis bekas-bekas tanda yang
tertinggal di litas

15) Keringkan di bawah sinaran cahaya


matahari / kipas selama 10 minit

16) Menguji litar dengan menggunakan meter


pelbagai untuk memastikan kefungsian litar

17) Menyusun kesemua komponen , berdasarkan


lukisan litar yang dilakar sebelum ini.

18) Mematerikan semua komponen pada papan


PCB tersebut

6
19) Setelah siap memateri, litar perlu diuji untuk
memastikan kefungsian litar.

7.0 Gambar Projek

Pandangan hadapan

Gambar 1 (sebelum) gambar 2 (selepas)

Pada awalnya lampu merah menyala, lalu ainya di tukarganti ke bahagian


nyalaan lampu hijau pula. Kedua-dua lampu LED pada litar menyala
dengan terang dan menunjukkan litar berfungsi dengan baik sekali.

Pandangan belakang

Semasa proses soldering dilakukan, ianya dilakukan degan teliti dan


kemas. Ini adalah untuk memastikan keadaan litar berada dalam keadaan
baik dan tiada litar pintas berlaku.

7
8.0 PERBINCANGAN

Kesimpulan dari projek ini, dapat kami simpulkan di sini projek elektronik
papan PCB dan LED flasher berjaya kami laksanakan dan projek yang dihasilkan
berfungsi. Projek amali ketiga ini tidak jauh beza dengan projek amali 2 sebelum ini
keraan melibatkan papan PCB dan proses solder cum projek ini tidak melibatkan
bunyi cuma lampu LED sahaja. Setiap langkah memerlukan pemerhatian yang
terperinci agar tidak berlaku sebarang kesilapan contohnya semasa merendam
papan PCB ke dalam larutan Ferric Chloride Anhydrous untuk menghilangkan
dakwat marker perlu berhati-hati agar tidak tertanggal terus ferum pada papan
kerana akan meyebabkan total loss.

Dari segi memateri pula, langkah keselamatan perlu diambil dengan berhati-hati
semasa proses solder dijalankan. Set terlebih dahulu suhu untuk solder, suhu yang
sesuai diantara 300-400 darjah. Gunakan timah yan tidak terlalu besar agar timah
yang lebur tidak besar dan menjadi tompok dan melebihi garis litar. Proses solder
merupakan proses yang paling penting kerana peratus kejayaan projek bergantung
kepada teknik solder. Jika solder tidak betul maka projek selalunya tidak menjadi
contoh lampu tidak menyala dan sebagainya.

Projek ini melibatkan sambungan komponen elektronik menggunakan papan


PCB dan LED flasher untuk melihat bagaimana sambungan yang dilakukan bersama
timah yang dilebur dapat menghidupkan lampu LED tersebut. Akhir sekali projek
yang dijalankan berjaya dilaksanakan.

9.0 KESIMPULAN

Kesimpulan dari amali 3 ini, banyak ilmu baru yang telah kami pelajari
mengenai elektronik yang melibatkan penyambungan komponen pada papan litar
atau papan PCB Led Flasher yang disediakan. Pertamanya ialah kami dapat
pelajari cara melukis litar sebelum memulakan proses pematerian pada papan litar.
Lukisan skematik perlulah disediakan terlebih dahulu supaya dapat memberi
gambaran awal mengenai projek dan komponen-komponen yang perlu digunakan

8
dan dapat mengetahui susunan serta kedudukan komponen berada di kedudukan
yang betul dan tidak menjejaskan litar daripada berfungsi dengan baik. Setiap
komponen yang akan digunakan mestilah dapat berfungsi dengan baik agar projek
dapat berjalan dengan lancar.

Seterusnya ialah kami dapat pelajari cara memindahkan lukisan skematik


kepada lukisan bergambar. Setelah siap kerja melukis litar pada lukisan bergambar,
lukisan litar tersebut perlu dilukis pula pada papan projek dengan menggunakan pen
penanda. Pen penanda yang digunakan mestilah dari dakwat yang kekal kerana
mengelakkan dari dakwat pen atau lukisan itu hilang apabila direndam dengan
larutan ferric chloride anhydrous. Setelah itu, papan litar akan direndam di dalam
bekas yang mengandungi larutan ferric chloride anhydrous bercampur air panas
selama 10 minit serta bekas itu perlu digoncang agar litar yang dikendaki terhasil
pada papan litar.

Selain itu juga, kami dapat pelajari cara proses memateri komponen pada papan
PCB Led Flasher dengan menggunakan peralatan dan bahan yang betul. Dengan
pematerian yang sempurna, komponen yang ada pada litar akan dapat berfungsi
dengan baik. Proses ini memerlukan kekemasan bagi memastikan komponen
berfungsi dengan betul. Jika proses ini mengalami masalah ia akan menjejaskan
atau menyebabkan litar tidak berfungsi. Contohnya ialah jika kedudukan Transistor
2SC 945 atau Pemuat elektrolitik 4.7 uF berada pada kedudukan yang salah, lampu
LED tidak akan berkelip dan hanya lampu hijau sahaja yang menyala, ini
membuktikan bahawa kedudukan komponen itu salah. Maka, langkah untuk
mengatasi masalah ini ialah meletakkan kedudukan Transistor 2SC 945 atau Pemuat
elektrolitik 4.7 uF di tempat yang betul dengan memastikan kaki komponen tersebut
bersambung dengan komponen lain seperti yang terdapat dalam lukisan litar
skematik. Hasilnya ialah lampu akan menyala berkelip-kelip.

Akhir sekali, produk atau projek yang kami lakukan berjaya dan dapat berfungsi
dengan baik sepertimana yang dikehendaki oleh pensyarah. Projek ini berjaya
disiapkan dan dapat dihasilkan dengan sempurna kerana kami mendapat tunjuk ajar
serta bimbingan yang baik daripada pensyarah yang terlatih dari peringkat awal
hingga akhir projek. Kami harap ilmu yang kami pelajari ini dapat digunakan pada
masa akan datang apabila bertugas di sekolah.

9
10.0 Refleksi

AHMAD HAKIMI BIN OTHMAN (D20141066799)

Melalui amali seperti ini, banyak ilmu baru dapat kami pelajari. Antaranya
ialah kami ditugaskan dalam membuat litar pada papan projek PCB dengan cara
memindahkan atau menterjemah semula lukisan skematik kepada papan projek
tersebut menggunakan pen penanda yang mempunyai dakwat kekal. Dalam
melakukan amali ini bahan-bahan seperti papan PCB, alat pateri, pemotong sisi, pen
PCB wayar, wayar penyambung [jumper]. perintang 100 k, perintang 470R,
transistor 2SC 945, pemuat elektrolitik 4.7 uF, baterry snap, papan projek,
perintang, diod pemancar cahaya(LED), dan multimeter telah diberikan kepada kami
untuk melaksanakan amali ini.

Hasil yang kami perolehi daripada amali ini adalah dapat mempelajari cara
membuat litar pada papan projek. Amali yang dijalankan ini memerlukan kerjasama
dan komitmen daripada semua rakan sekumpulan kerana amali ini mengambil masa
yang agak lama dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Selepas papan projek
direndam, papan projek ini mestilah digosok menggunakan kertas pasir di dalam
bekas yang mempunyai rendaman air kerana jika tidak dilakukan di dalam bekas
berisi air, dakwat pen penanda itu susah keluar dan dikhuatiri akan merosakkan litar
pada papan projek. Di samping itu, kami juga dapat mengenali nilai rintangan
perintang mengikut nilai warna yang ditetapkan.

Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara untuk membuat penyambungan
litar dan cara memateri komponen elektronik yang dibekalkan pada papan projek
dengan betul mengikut lakaran yang ditetapkan dengan bimbingan dan bantuan
daripada rakan sekumpulan serta daripada pensyarah pembimbing.

Dan hasil dari amali tersebut kami dapat melaksanakan amali ini dengan
jayanya dan dapat menyelesaikan dan menyiapkan projek ini dengan cepat. Akhir
sekali, melalui amali seperti ini juga diharap kami dapat mempraktikkan atau
menggunakan ilmu yang ada mengenai amali papan projek PCB ini pada masa akan
datang apabila bertugas mengajar di sekolah kelak.

10
11
Refleksi

MUHAMMAD HANIF BIN FAZIL (D20141066775)

Pada minggu ini, tugasan amali yang diberikan kepada kami adalah membuat projek
elektronik menggunakan papan pcb led flasher. Kami dibekalkan dengan bahan
dan komponen elektronik seperti papan PCB, alat pateri, pemotong sisi, pen PCB
wayar, wayar penyambung [jumper]. perintang 100 k, perintang 470R, transistor
2SC 945, pemuat elektrolitik 4.7 uF, baterry snap, papan projek, perintang, diod
pemancar cahaya(LED), multimeter, dan lain-lain.

Selain itu, melalui amali seperti ini kami dapat mempelajari sesuatu yang baru
dan kami juga dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang melibatkan
fungsi litar bersepadu, transistor dan komponen yang terlibat serta penggunaannya.
Selain itu juga, kami diamanahkan oleh pensyarah bertugas untuk melakukan proses
penterjemahan projek dari litar skematik kepada litar bergambar. Penterjemahan
projek ini bertujuan untuk mengenal pasti senarai komponen dan peralatan yang
diperlukan dan ianya juga untuk memberi bayangan awal kepada kami mengenai
amali projek yang perlu kami lakukan.

Seterusnya, kami juga dapat mempelajari cara mengatur dan menyusun


komponen yang terlibat di atas papan PCB pada kedudukan yang betul. Dengan
bimbingan dan tunjuk ajar pensyarah yang bertugas kami diajar cara melakukan
pematerian yang sempurna melibatkan komponen-komponen elektronik yang telah
dibekalkan. Hasil daripada amali ini, kami dapat mengenalpasti atau mencari punca
penyebab projek tidak berfungsi. Antaranya ialah LED warna hijau sahaja yang
menyala dan tidak berkelip, manakala lampu merah pula tidak menyala. Mengikut
pemerhatian kami, projek ini tidak berfungsi kerana kedudukan transistor yang
salah dan terbalik adalah puncanya kerana ianya tidak berada pada kedudukan yang
sepatutnya. Langkah yang dapat kami ambil ialah dengan cara mengubah
transistor tersebut pada kedudukan yang betul dengan mengikut kedudukan kaki
transistor seperti di dalam lukisan litar bergambar.

Akhir sekali, saya berharap hasil daripada amali ini dapat memberi
perubahan dalam memajukan diri dan mampu berusaha menguasai bidang
elektronik dengan jayanya.

REFLEKSI

ZULFADHLI ZAMIR BIN MAT REJAB (D20141066803)

12
Dalam amali ini proses yang dibuat adalah membuat projek elektronik
menggunakan. papan pcb led flasher. Bahan-bahan telah diberikan kepada kami
adalah seperti papan pcb led flasher. Kami dibekalkan dengan bahan dan
komponen elektronik seperti papan PCB, pemuat elektrolitik 4.7 uF, baterry snap,
papan projek, perintang, diod pemancar cahaya(LED), multimeter, alat pateri,
pemotong sisi, pen PCB wayar, wayar penyambung [jumper]. perintang 100 k,
perintang 470R, transistor 2SC 945, dan lain-lain.

Hasil yang kami perolehi daripada amali ini adalah :-


a) Dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang baru mengenai projek
elektronik yang melibatkan papan PCB.
b) Dapat mengetahui fungsi litar bersepadu, transistor dan komponen yang
terlibat serta penggunaannya.
c) Dapat mempelajari cara melakukan penterjemahan dari litar skematik kepada
litar bergambar.
d) Dapat memepelajari cara menyusun komponen yang terlibat di atas papan
PCB pada kedudukan yang betul.
e) Dapat menguasai kemahiran melakukan pematerian yang sempurna
melibatkan komponen-komponen elektronik seperti yang diberikan kepada
kami.
f) Dapat mengenali nilai rintangan perintang mengikut nilai warna yang
ditetapkan.
g) Mempelajari cara untuk menyambungkan litar pada papan projek dengan
betul mengikut lakaran yang dibuat
h) Dapat mempelajari teknik mencari punca masalah pada litar terutamanya
melibatkan transistor. Antara punca masalahnya ialah kedudukan
transistor terbalik pada papan projek yang menyebabkan hanya lampu LED
hijau sahaja yang menyala. Langkah untuk atasi masalah ini ialah dengan
cara mengubah transistor tersebut pada kedudukan yang betul mengikut
kedudukan kakinya pada litar skematik dan litar gambar rajah projek.
Akhir sekali, kami dapat melaksanakan amali ini dengan jayanya dan dapat
menyelesaikan tugasan projek amali ini dan berharap ia akan membantu kami
semasa dalam proses P&P di sekolah nanti.
Refleksi

MIOR IDRIS BIN AHMAD HALIM (D20141066785)

Amali 3 yang telah dilakukan iaitu menganalisis dan membuat projek


elektronik menggunakan. papan pcb led flasher. Pada amali kali ini, kami
dibekalkan dengan beberapa komponen seperti papan projek iaitu papan PCB,
perintang 100 k, perintang 470R, transistor 2SC 945, pemuat elektrolitik 4.7 uF, alat

13
pateri, pemotong sisi, pen PCB wayar, wayar penyambung [jumper], baterry snap,
papan projek, perintang, dan diod pemancar cahaya(LED).

Dalam amali ini, kami diajar cara melakukan penterjemahan dari litar
skematik kepada litar bergambar dan dapat memepelajari cara mengatur komponen
yang terlibat di atas papan PCB pada kedudukan yang betul. Selain itu juga, kami
diajar cara melakukan pematerian yang sempurna melibatkan komponen-komponen
elektronik yang telah dibekalkan.

Hasil daripada amali ini juga, kami mempelajari cara untuk menghasilkan litar
pada papan projek dengan cara merendam papan projek tersebut ke dalam bekas
yang mengandungi larutan ferric chloride anhydrous bercampur air panas yang
memerlukan masa selama 10 minit untuk menghasilkan litar yang dikehendaki.
Bukan itu sahaja , bekas itu perlu digoncang agar litar yang dikendaki terhasil pada
papan litar dan pen penanda yang digunakan mestilah pen penanda yang
mempunyai dakwat yang tidak mudah luntur warnanya serta proses ini dilakukan
sebelum aktiviti memateri komponen pada papan projek. Seterusnya, selepas papan
projek direndam, ia perlu digosok dengan menggunakan kertas pasir di dalam bekas
yang mengandungi air supaya memudahkan dakwat pen penanda dihilangkan dan
untuk mengelak dari litar pada papan projek rosak.

Akhir sekali, saya berharap hasil daripada amali ini dapat membantu saya
pada masa akan datang dalam menjalankan projek yang melibatkan penggunaan
papan projek PCB led flasher dan melalui ilmu seperti ini dapat memudahkan saya
dalam melakukan projek reka cipta pada semester akhir nanti.

14

Anda mungkin juga menyukai