Anda di halaman 1dari 20

Topik

X Lukisan

9
1. 2. 3.

Berkaitan (Elektronik)

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: Melakarkan simbol komponen elektronik; Melukiskan litar skematik elektronik; dan Melukiskan litar bercetak elektronik.

PENGENALAN

Lukisan berkaitan (elektronik) melibatkan beberapa jenis lukisan. Antaranya lukisan simbol, lukisan skematik, lukisan bergambar dan lukisan litar bercetak. Setiap lukisan mempunyai fungsi yang tersendiri dalam membantu mengenal pasti dan membezakan setiap komponen elektronik yang digunakan.

9.1

LUKISAN SIMBOL

Lukisan elektronik menggambarkan reka bentuk litar komponen elektronik. Setiap komponen elektronik dilukis dengan menggunakan simbol piawai. Simbol piawai ini disusun dan disambungkan untuk membentuk satu litar lengkap. Lukisan elektronik lazimnya digunakan dalam reka bentuk litar, pemasangan komponen dan penyenggaraan peralatan elektonik.

9.1.1

Komponen Pasif

Komponen pasif merupakan komponen yang tidak boleh menghasilkan tindak balas apabila arus mengalir melaluinya. Rajah 9.1, 9.2, dan 9.3 menunjukkan simbol-simbol komponen pasif yang selalu digunakan dalam lukisan elektronik.

TOPIK 9 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK) W 157

Rajah 9.1: Komponen pasif elektronik

158 X

TOPIK 9

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK)

Rajah 9.2: Komponen pasif elektronik II

TOPIK 9 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK) W 159

Rajah 9.3 : Komponen pasif elektronik III

AKTIVITI 9.1 Lukiskan lima jenis simbol komponen pasif yang terdapat dalam sebuah penerima radio.

9.1.2

Komponen Aktif

Komponen aktif merupakan komponen yang akan menghasilkan tindak balas apabila arus mengalir melaluinya. Simbol-simbol komponen aktif adalah seperti di Rajah 9.4 , 9.5 dan 9.6.

160 X

TOPIK 9

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK)

Rajah 9.4: Komponen aktif elektronik

TOPIK 9 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK) W 161

Rajah 9.5: Komponen aktif elektronik II

162 X

TOPIK 9

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK)

Rajah 9.6: Komponen aktif elektronik III

TOPIK 9 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK) W 163

9.1.3

Komponen Khas

Simbol-simbol komponen khas adalah seperti di Rajah 9.7, 9.8 dan 9.9.

Rajah 9.7: Komponen khas elektronik

164 X

TOPIK 9

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK)

Rajah 9.8: Komponen khas elektronik II

TOPIK 9 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK) W 165

Rajah 9.9: Komponen khas elektronik III

AKTIVITI 9.2 1. 2. Lukiskan lima jenis simbol komponen aktif yang digunakan dalam litar penguat audio. Lukiskan lima jenis simbol komponen khas yang selalu anda guna untuk membuat projek elektronik.

166 X

TOPIK 9

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK)

9.2

LUKISAN SKEMATIK

Litar skematik ialah litar penyambungan simbol piawai komponen elektronik. Simbol piawai ini disusun atur dan disambungkan mengikut fungsi kendalian litar lengkap. Setiap simbol perlu di labelkan. Rajah 9.10 menunjukkan litar skematik bagi sebuah litar penguat.

Rajah 9.10: Litar skematik penguat elektronik

9.2.1

Lukisan Bergambar

Lukisan bergambar adalah lukisan sebenar kedudukan komponen elektronik tersebut dipasang. Biasanya lukisan ini dapat membantu seseorang memahami penyambungan litar tersebut seperti di Rajah 9.11.

Rajah 9.11: Lukisan bergambar litar bekalan kuasa

TOPIK 9 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK) W 167

9.2.2

Lukisan Rajah Blok

Lukisan rajah blok biasa digunakan untuk mewakili fungsi bahagian dalam litar skematik. Sebagai contoh, litar penguat audio mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pra-penguat dan penguat kuasa seperti di Rajah 9.12.

Rajah 9.12: Rajah blok penguat audio

9.3

LUKISAN LITAR BERCETAK

Papan litar bercetak (printed circuit board) merupakan sejenis papan yang disalutkan dengan lapisan nipis kupram. Papan litar bercetak terbahagi kepada satu lapisan (single layer), dua lapisan (double layer) dan sebagainya. Pemilihan papan litar tercetak bergantung kepada kegunaan kita. Contoh papan litar tercetak adalah seperti di Rajah 9.13.

Rajah 9.13: Papan litar tercetak

9.3.1

Melukis Litar Bercetak

Kaedah untuk melukis papan tercetak terbahagi kepada dua, iaitu secara manual atau berkomputer. Jika menggunakan kaedah manual, pengguna perlu melukiskan garisan-garisan sebagai talian pengalir dengan menggunakan pen khas papan litar tercetak tersebut sebelum menjalankan proses punaran dengan menggunakan ferric choride.

168 X

TOPIK 9

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK)

Dengan perkembangan teknologi komputer yang bergitu pesat, reka bentuk litar tercetak kini boleh dilakukan dengan menggunakan perisian-perisian seperti Orcad, Electronics Work Bench dan lain-lain lagi. Pemindahan reka bentuk yang sudah siap boleh dipindahkan ke papan tercetak dengan menggunakan mesin pencetak laser. Rajah 9.14 menunjukkan papan litar bercetak yang telah siap di proses.

Rajah 9.14: Papan litar tercetak yang telah diproses Sumber: cdineflickr.com

Rajah 9.15 menunjukan papan litar bercetak yang telah direka bentuk.

Rajah 9.15: Papan litar tercetak yang telah direka bentuk Sumber: cdineflickr.com

TOPIK 9 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK) W 169

9.3.2

Menterjemah Lukisan Bercetak

Menterjemahkan lukisan bercetak perlu dilakukan dengan teliti kerana kesilapan reka bentuknya tidak boleh diubah selepas melalui proses punaran. Sebagai contoh, anda dikehendaki menterjemahkan litar skematik pengelip pengetar kepada litar papan bercetak seperti di Rajah 9.16.

Rajah 9.16: Litar skematik pengelip pengetar

Langkah-langkah untuk menterjemah daripada litar skematik ke litar papan tercetak adalah seperti berikut. (a) Sediakan papan litar bercetak berukuran 120mm x 80mm seperti di Rajah 9.17 dan lukiskan saiznya di atas kertas sureh (tracing paper) atau kertas graf. Tandakan jarak kaki komponen dengan menggunakan komponen asal di atas kertas sureh (tracing paper) atau kertas graf seperti Rajah 9.18. Kemudian pindahkan kedudukan kaki komponen yang telah anda tandakan ke permukaan lapisan kuprum papan litar bercetak. (Anda boleh menanda dengan menggunakan pensil). Seperti Rajah 9.19. Dengan bantuan pencil, lukiskan talian pengalir yang ingin anda sambungkan di atas papan tercetak tersebut. Seperti di Rajah 9.20. Kemudian dengan menggunakan pen papan litar bercetak lukiskan semula penyambungan pengalir yang anda rekakan itu. Proses ini mustahak

(b) (c)

(d) (e)

170 X

TOPIK 9

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK)

kerana selepas proses punaran dilakukan hanya rekabentuk yang telah dilukiskan itu akan ditinggal. (Rajah 9.21)

Rajah 9.17: Ukuran saiz papan bercetak

Rajah 9.18: Tandakan jarak komponen di atas kertas

TOPIK 9 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK) W 171

Rajah 9.19: Tandakan jarak komponen di atas papan bercetak

Rajah 9.20: Lukiskan sambungan pengalir

172 X

TOPIK 9

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK)

Rajah 9.21: Litar papan bercetak yang telah siap dilukis

Rajah 9.22 menunjukkan proses punaran sedang dijalankan.

Rajah 9.22: Proses punaran sedang dijalankan Sumber: cdineflickr.com

TOPIK 9 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK) W 173

AKTIVITI 9.3 Merujuk kepada Rajah 9.16, anda dikehendaki mereka bentuk sebuah litar papan bercetak yang berukuran 50mm u 50mm.

9.3.3

Memindahkan Lukisan Litar Bercetak Kepada Lukisan Skematik

Rajah 9.23 menunjukkan litar bercetak lampu pengelip yang menggunakan IC555. Untuk melukis semula litar skematiknya kita perlu menyureh mengikut setiap titik sambungan yang ada pada litar papan bercetak. Kemudian menyusun semula kedudukan komponen supaya litar skematik tersebut kelihatan kemas.

Rajah 9.23: Litar lampu pengelip IC555

Langkah-langkah untuk menyureh litar daripada papan bercetak adalah seperti berikut: (a) (b) (c) (d) Kenal pasti jenis komponen pada litar bercetak dan terjemahkan kepada simbol piawai. Kenal pasti pin 1 dan 8 IC555. Kenal pasti kaki anod dan katod bagi LED dan kaki + bagi pemuat. Pastikan punca bekalan kuasa yang diguna.

174 X

TOPIK 9

LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK)

(e) (f) (g)

Mula sureh dari pin 1 IC555 dan lukiskan semua komponen yang bersambung pada pin tersebut. Contoh, pin 1 IC 555 bersambung terus ke talian VE sahaja. Setelah selesai menyureh semua komponen susun semula kedudukan komponen supaya nampak teratur dan tersusun seperti rajah 9.24.

Rajah 9.24: Litar skematik lampu pengelip

AKTIVITI 9.4 Merujuk kepada Rajah 9.23, anda dikehendaki menyurehkan litar papan bercetak tersebut. Pastikan kedudukan LED berada di sebelah kanan litar skematik.

TOPIK 9 LUKISAN BERKAITAN (ELEKTRONIK) W 175

x x x x

Simbol piawai elektronik terbahagi kepada komponen pasif, komponen aktif dan komponen khas. Lukisan skematik merupakan litar penyambungan simbol-simbol piawai komponen elektronik. Lukisan rajah blok menerangkan fungsi setiap bahagian bagi litar skematik. Litar bercetak adalah penterjemahan daripada litar skematik.

Komponen aktif Komponen khas Komponen pasif

Lukisan skematik Proses punaran

Giesecke, Mitchell, Spencer, Hill, Dygdon. (1980). Technical drawing. USA: Macmillan Publishing Co.,Inc. Bab 21: Electronic Diagram Mohd Noh b Sarip, Azman b Mohamed Dum, Md Nasir b Abd. Manan, & Masnin b Karmin. (2003). Lukisan kejuruteraan Tingkatan 5. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Unit 10 : Lukisan elektronik

Anda mungkin juga menyukai