Anda di halaman 1dari 17

Topik

Pengenalan kepada Reka Cipta

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. 2. 3. 4. 5. Mendefinisi reka cipta; Menerangkan perkembangan sejarah reka cipta; Menyenaraikan pereka cipta dan hasil ciptaannya; Menyatakan kepentingan reka cipta dalam kemahiran hidup; dan Menjelaskan perbezaan antara invensi dan inovasi.

PENGENALAN
Topik ini memberi pengetahuan berkaitan sejarah perkembangan reka cipta. Reka cipta adalah mata pelajaran yang mementingkan penghasilan sesuatu projek, barangan atau produk pengubahsuaian dalam bidang teknologi. Sejarah reka cipta sebahagian besarnya merupakan sejarah artifak-artifak seharian yang ada di sekitar kehidupan kita sehari-hari.

1.1

PENGENALAN REKA CIPTA

Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yang pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

1.1.1

Definisi

Menurut kamus Dewan Bahasa, reka cipta membawa maksud penghasilan suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Proses reka cipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai (lihat Rajah 1.1). Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk prototaip atau model. Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus, elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran.

Rajah 1.1: Manusia zaman batu mereka cipta perkakas dan alat memburu menjadi bentuk yang selesa dipegang atau dibaling

1.1.2

Sejarah Perkembangan Reka Cipta

Sejarah perkembangan reka cipta berkait rapat dengan sejarah manusia. Proses penciptaan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Reka cipta telah wujud seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Namun tiada rekod yang dapat menyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan. Pernahkah anda berhenti sejenak untuk menelaah tentang kewujudan artifakartifak yang telah direka cipta oleh seseorang pada suatu masa dahulu dan mengapa rekabentuknya sedemikian rupa dan mengapa alat-alat itu wujud? Persoalan ini ada kaitan dengan rekaan masa kini, ada rekaan yang diinovasi untuk disesuaikan dengan keperluan dan persekitaran masa kini (lihat Rajah 1.2(a) dan (b)).

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Rajah 1.2(a): Rekaan telefon awal

Rajah 1.2(b): Rekaan telefon pintar terkini (Samsung Galaxy Note II)

AKTIVITI 1.1
1. 2. Gunakan kaedah ISL (Individual Self Learning) dan catatkan sejarah awal reka cipta dan bincangkan semasa tutorial. Apakah yang merangsang perubahan dalam keinginan manusia terhadap reka cipta?

Manusia pada zaman batu hidup sebagai nomad. Zaman itu dikenali Zaman Pra-revolusi Industri. Barangan keperluan harian dibuat sendiri termasuk senjata seperti kapak batu dan lembing. Pada abad ke-17 iaitu Zaman Revolusi Industri, manusia berjaya mencipta peralatan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka. Manusia di zaman itu menghasilkan alatan logam, kerja anyaman dan ukiran. Sistem pembuatan domestik ini dikendalikan dengan menggunakan tangan dan kaki. Pada abad ke-18, yang dikenali sebagai Zaman Revolusi Industri Pertama, enjin stim telah dicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh George Stephenson yang menjadikannya lebih baik. Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks dan maju, zaman berubah dan dikenali pula sebagai Zaman Revolusi Industri Kedua. Manusia banyak bergantung hidup kepada tenaga elektrik, manusia mula mencipta radio transistor dan komputer yang semakin luas penggunaannya.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Pelbagai pendapat berkaitan reka cipta dan zaman perubahannya. Ada pendapat menyatakan bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masihi lagi, antara rekaan awal ialah alat Skru Archimedes ciptaan Archimedes pada tahun 212 SM. Ramai pereka cipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kegunaan manusia. Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama dalam bidang reka cipta sehingga kini. Antara pereka cipta terkemuka ialah, Richard Trevithick (membina keretapi wap pertama pada tahun 1804) dan Alexander Graham Bell (dengan hasil ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876). Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah untuk memenuhi keperluan serta kehendak manusia yang tiada hadnya. Anda biasa melihat barang-barang seharian yang anda gunakan daripada perabot, pakaian, alat-alat elektrik sehinggalah kepada berus gigi. Kebanyakan daripada alat-alat yang anda gunakan dalam kehidupan seharian anda telah direka cipta oleh orang-orang tertentu. Barangan ini dapat memberi maklumat berkaitan rekaannya apabila anda mengkajinya dengan teliti. Reka cipta konkrit menghasilkan benda-benda sebenar seperti pensel, cawan, tong sampah dan seumpamanya. Reka cipta abstrak menghasilkan konsep strategi, taktik, prosedur, peraturan, undang-undang, hasil perundingan, peleraian konflik dan seumpamanya.

1.1.3

Bidang Reka Cipta

Reka cipta merupakan penghasilan sesuatu produk yang baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang mendatangkan faedah kepada manusia dan memenuhi kehendak pengguna. Reka cipta melibatkan bidang-bidang yang berikut: (a) Grafik berkaitan dengan kerja-kerja seperti pengiklanan, pembungkusan dan penerbitan bahan-bahan bercetak. Reka bentuk perindustrian yang dapat dibahagikan kepada rekaan perabot, rekaan produk dan rekaan kenderaan. Tekstil berkaitan rekaan pembatikan, tenunan dan anyaman. Fesyen berkaitan dengan reka bentuk pakaian seragam, fesyen semasa, beg tangan dan kasut.

(b)

(c) (d)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

(e)

Seramik berkaitan dengan reka bentuk pasu, jubin, pinggan mangkuk daripada seramik. Barangan logam halus berkaitan dengan reka bentuk barang kemas, kutleri, ukiran logam. Elektronik berkaitan dengan kerja-kerja reka bentuk bangunan, pengubahsuaian dalaman dan landskap. Ukiran berkaitan dengan kerja-kerja mengukir hiasan rumah, perabot dan cenderamata.

(f)

(g)

(h)

1.2

INVENSI DAN INOVASI

Invensi adalah proses mereka, atau memikir, untuk menghasilkan sesuatu penemuan baru dengan daya usaha sendiri dengan cara melakukan aktiviti eksperimen, memikir dan menjalankan penyelidikan. Penglibatan daya fikir yang tinggi memberi kepuasan kepada pereka walaupun kadang-kadang ia tidak mendapat nilai komersial. Inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk tersebut supaya ia menjadi lebih bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka cipta.

AKTIVITI 1.2
1. 2. Apakah cara-cara lain yang dapat dilakukan oleh para pereka cipta untuk memastikan persekitaran lebih selamat? Ambil peralatan harian, contohnya mesin kelapa, dan fikirkan bagaimana rekaannya dapat dipertingkatkan.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

1.2.1

Perbezaan

Rajah 1.3 menunjukkan inovasi yang berlaku pada mesin taip.

Rajah 1.3: Reka cipta mesin taip yang mengalami inovasi

1.2.2

Evolusi Reka Cipta

Keperluan manusia semakin berubah, reka cipta menjadi semakin penting kerana memenuhi permintaan masyarakat yang menjadi semakin kompleks. Bagi memenuhi permintaan masyarakat ini para pereka cipta bersifat lebih profesional, malahan reka cipta telah mula dianggap sebagai kerjaya yang tersendiri. Sebagai contoh, kereta zaman ini merupakan suatu perkembangan daripada rekaan yang lebih awal (lihat Rajah 1.4(a) dan (b)). Teknologi motor telah menjadi semakin maju yang membawa kecekapan, ekonomi dan ciri keselamatan yang lebih baik. Reka cipta dan reka bentuk kereta yang menggunakan plastik dan aloi aluminium telah mengurangkan berat dan peningkatan mutu dalam reka bentuk enjin telah menghasilkan prestasi yang lebih baik. Evolusi dalam reka cipta dapat dilihat dalam penemuan-penemuan dan perkembangan-perkembangan dalam sains dan teknologi. Perubahan dalam reka cipta dapat dilihat, contohnya persekitaran tempat tinggal yang semakin baik dan berkualiti, perubahan dalam dunia fesyen, gaya berpakaian dan evolusi dalam industri muzik.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Sekiranya anda menghayati perubahan dalam reka cipta, kita akan lebih memahami keadaan-keadaan yang merangsang para pereka cipta. Ia termasuklah bahan-bahan yang digunakan dalam rekaan mereka, teknik-teknik dalam rekaan, kos yang terlibat, masa dan keinginan pereka memenuhi permintaan masyarakat.

Rajah 1.4(a): Daimler dengan kereta pertama menggunakan empat roda yang kini mengalami evolusi dalam reka cipta

Rajah 1.4(b): Barangan/peralatan yang mengalami evolusi

AKTIVITI 1.3
1. Senaraikan pakaian dan jenis telefon mudah alih yang menjadi kegemaran anda. Bandingkan senarai anda dengan senarai rakan anda. Berikan sebab-sebab mengapa terdapat persamaan dan perbezaan dalam senarai anda dan rakan anda.

2.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

1.3

PEREKA DAN HASIL CIPTA

Ciptaan-ciptaan baru dapat memberikan cabaran kepada para pereka cipta. Jika kita lihat, kereta yang pertama dicipta kelihatan seperti kereta kuda. Para pereka cipta dan orang-orang yang membeli kereta awal mungkin rasa selamat dengan rekaan yang biasa dilihat. Pereka cipta terkemuka sama ada dari dunia barat atau timur telah memberikan sumbangan besar kepada kehidupan manusia sejagat. Potensi seseorang pereka cipta boleh dilihat melalui pemerhatian dan hasil kerja yang dihasilkan. Tingkah laku, sikap, keyakinan diri dan sifatnya antara ciri-ciri yang boleh menggambarkan minat seseorang dan potensi yang ada dalam dirinya. Manusia dijadikan dengan pelbagai kecerdasan, minat yang berbeza dan kebolehan yang tersendiri, itulah fitrah kejadian manusia. Seseorang yang berpotensi untuk mereka cipta mempunyai ciri-ciri berikut: (a) Berminat kepada sesuatu yang baru, sama ada barangan atau peralatan kegunaan harian, perindustrian dan juga barangan yang ada kaitan dengan teknologi; Melihat sesuatu perkara atau permasalahan daripada pelbagai persepsi; Sentiasa berminat untuk menghasilkan sesuatu produk; Seorang yang kreatif dalam menyuarakan idea dan pendapat; Sukakan cabaran dan tidak akan berpuas hati terhadap apa yang diangggap normal atau kebiasaan; Seorang yang sukakan kegiatan-kegiatan yang kompleks dan mencabar minda; Memiliki sikap yang positif dan tidak takut mengambil risiko; dan Berkebolehan membuat perkaitan dan perbandingan di antara apa yang telah diketahui dengan apa yang baru dipelajari.

(b) (c) (d) (e) (f) (g) (h)

Benz yang digelar Bapa Kereta (lihat Rajah 1.5(a)) telah menghasilkan enjin kereta Benz yang terkenal (lihat Rajah 1.5(b)).

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Rajah 1.5(a): Benz

Rajah 1.5(b): Enjin kereta Benz

Seterusnya, mari kita lihat beberapa pereka cipta dan hasil ciptaan mereka (lihat Jadual 1.1).
Jadual 1.1: Pereka dan Hasil Cipta Pereka Cipta Komunikasi William Cooke Alexander Graham Bell Guglielmo Marconi J L Baird Pertanian Eli Whitney Cyrus Hill McCormick John Deere Pengangkutan Darat James Watt George Stephenson Karl Benze Kirkpatrick McMillan Gottlieb Daimler Pengangkutan Air Robert Fulton John Philip Holland Kapal stim kayuh Kapal selam 1807 1897 Enjin Stim (wap) Lokomotif/Kepala keretapi Kereta berenjin petrol 3 roda Basikal Kereta berenjin petrol 4 roda 1765 1825 1885 1839 1887 Mesin pengasing kapas dengan biji Mesin penuai Bajak keluli 1793 1831 1837 Sistem kod (Kod Morse) Telefon 1834 1876 1894 1926 Ciptaan Tahun Ciptaan

Wireless
Televisyen

10

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Pengangkutan Udara Otto Lilenthal Wright adik beradik Frank Whittle Heinrich Focke Pembinaan Abraham Darby John McAdam Henry Bessemer Barangan Elektrik Carl von Linde Thomas Alva Edison Henry W Seely Alexandre Godefoy Alva Fisher Arthur Leslie Large Perubatan Anton van Leeuwenhoek Wilhelm Rontgen Mikroskop Radiograf 1632-1723 1895 Peti sejuk Mentol lampu Seterika elektrik Pengering rambut Mesin pencuci pakaian elektrik Cerek elektrik 1874 1880 1882 1890 1906 1922 Jambatan besi Jalan raya bertar Keluli 1779 1816 1855 Pesawat luncur Kapal terbang Enjin jet Helikopter 1891 1903 1937 1937

Rajah 1.6: John McAdam (1756-1836) pencipta penurapan jalan cara moden

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

11

1.3.1

Contoh Reka Cipta dan Inovasi

Reka cipta memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Kriteria reka cipta yang dihasilkan hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut; mudah digunakan, mudah dikawal, mudah disenggara, selamat digunakan, tahan lasak, saiz dan bahan yang bersesuaian dan harga yang berpatutan. Di samping dapat membantu menyelesai dan memudahkan sesuatu masalah, reka cipta dapat membuka peluang pekerjaan bagi membantu manusia mencapai taraf hidup yang tinggi. Reka cipta dan inovasi dalam bidang pendidikan: (a) Satu ketika dahulu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah dan menarik menggunakan papan kapur, kemudian berubah menggunakan white board dan markerpen, tidak lama selepas itu para pendidik beralih menggunakan perisian tertentu dengan bantuan komputer dan projektor liquid-crystal display (LCD) pula. Hasil lukisan dicetak menggunakan mesin pencetak (plotter) dan perisian reka bentuk berbantu komputer (CAD). Pelajar dapat mempelajari teknologi di samping mendapat pengalaman dalam bidang kejuruteraan dan reka bentuk. Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan melalui persidangan terus-menerus di seluruh dunia. Pendidikan jarak jauh diperkenalkan di samping meningkatkan kaedah serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (lihat Rajah 1.7(a) dan (b)).

(b)

(c)

(a)

(b)

Rajah 1.7(a) & (b): Komputer adalah antara hasil reka cipta yang membantu dalam bidang pendidikan

12

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Reka cipta dan inovasi dalam bidang pengangkutan: (a) Kenderaan moden masa kini menjadi semakin efisien berbanding di peringkat awal kenderaan dicipta. Hasil inovasi ini tidak mencemarkan alam sekitar serta tidak mengeluarkan bunyi bising. Terciptanya kereta api elektrik bukan sahaja lebih laju dan memendekkan tempoh perjalanan, malahan mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya. Pengangkutan yang semakin digemari ramai ialah pengangkutan udara, membolehkan manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain dengan cepat.

(b)

(c)

Reka cipta dan inovasi dalam bidang komunikasi: (a) Manusia boleh berhubung hampir ke semua tempat di seluruh dunia ini menggunakan telefon. Terciptanya telefon tanpa wayar mobile phone memudahkan lagi manusia berhubung di antara satu sama lain. Pada masa kini walaupun hanya berada di dalam rumah kita boleh mendapat maklumat dari seluruh dunia menggunakan Internet. Terciptanya alat komunikasi yang canggih, kita boleh berhubung dengan beberapa orang secara serentak. Inovasi di dalam bidang komunikasi ini memberikan kemudahan kepada ahli perniagaan, ahli politik, pasukan angkatan tentera dan para pendidik serta kepada semua ahli masyarakat umumnya.

(b)

(c)

Reka cipta dan inovasi dalam bidang pembinaan: (a) Lebuh raya yang dibina bertujuan memudah dan mempercepatkan tempoh perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain. Pembinaan dan rekaan bangunan pencakar langit seperti Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) yang unik bertujuan menampung keperluan masa kini.

(b)

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

13

Inovasi membentuk atau mengubah melalui perubahan yang mendadak, radikal atau perubahan pada keseluruhan produk; membuat yang baru. Perubahan yang berlaku melalui inovasi sangat sedikit, ini adalah kerana: (a) (b) (c) (d) (e) Inovasi memerlukan orang yang mempunyai keupayaan yang istimewa, iaitu dapat melihat masalah lalu dan menghasilkan satu penyelesaian; Inovasi melibatkan risiko yang tinggi dari segi kewangan jika berlaku kegagalan; Inovasi melibatkan ancaman keselamatan terhadap pereka atau hasil kerja dari penentang perubahan; Inovasi memerlukan keyakinan sepenuhnya terhadap idea yang dilahirkan; dan Inovasi memerlukan pemantapan beberapa bentuk sistem paten yang menawarkan insentif dan perlindungan kepada pencipta.

Penemuan dan penggunaan sains dan teknologi umumnya dianggap sebagai punca utama berlakunya perubahan. Perubahan yang berlaku dalam hidup kita ditentukan sebahagian besarnya oleh keadaan ekonomi, badan korporat, kerajaan dan institusi sosial. Mereka ini menentukan bagaimana dan di mana sejumlah besar wang orang ramai dan syarikat dibelanjakan. Perubahan adalah sesuatu yang berterusan. Idea dan barang baru menggantikan yang lama. Perubahan dalam satu bidang pastinya akan membawa kepada bidang yang lain. Apabila bangun sahaja daripada tidur keesokkan paginya, kita dapati dunia ini tidak sama seperti yang ada pada hari sebelumnya. Semenjak bermulanya tamadun, manusia telah berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka dengan mencipta (inovasi) dan sentiasa memperelok (evolusi) peralatan, bahan dan cara mereka membuat sesuatu.

1.3.2

Kepentingan Reka Cipta dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dijalankan di sekolah berkait secara langsung dengan bidang reka cipta. Terdapat tujuh ciri yang menggambarkan kepentingan reka cipta dalam Kemahiran Hidup. (a) Tumpuan yang lebih diberikan kepada aspek reka cipta konkrit iaitu penghasilan projek;

14

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

(b)

Berorientasikan teknikal kemahiran berfikir;

yang

berasaskan

kemahiran

tangan

dan

(c)

Melibatkan berbagai bidang mata pelajaran seperti kerja kayu, logam, elektrik, elektronik, pertanian dan keusahawanan; Kesepaduan bidang melalui projek gabungan; Melibatkan penggunaan semula bahan terbuang di persekitaran seperti kayu, logam, tekstil, bahan binaan, tin terbuang, komponen elektrik dan elektronik; Projek untuk memenuhi keperluan dalam konteks sekolah, rumah, rekreasi, bisnes dan industri; dan Projek yang dihasilkan harus mempunyai nilai fungsi, harga, kesenian, estetika dan kegunaan harian.

(d) (e)

(f)

(g)

1.3.3

Proses Reka Cipta

Sepertimana yang telah dan akan dibincangkan, reka cipta bermula daripada masalah yang perlu diselesaikan. Penyelesaian masalah ini mungkin untuk kelangsungan hidup, kepuasan atau untuk kebanggaan diri. Walau apa pun tujuan yang hendak dicapai, bidang reka cipta semakin berkembang mengikut keperluan dan tuntutan semasa. Proses reka cipta yang lengkap biasanya akan melalui langkah-langkah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1.8.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

15

Rajah 1.8: Langkah-langkah dalam proses reka cipta

16

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Reka cipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk menjadi lebih sempurna bagi memenuhi kehendak pengguna. Reka cipta boleh melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan inventif. Reka cipta dapat meningkat serta mengubah cara hidup dan kebudayaan manusia. Bidang reka cipta memberi peluang kepada manusia berfikiran lebih kreatif, produktif, dapat menyelesaikan masalah dengan lebih bijak dan berkesan. Reka cipta amat berguna kepada manusia serta mampu menyumbang ke arah kemajuan teknologi, bidang pendidikan, memudahkan komunikasi, meningkatkan bidang pembinaan dan dapat memupuk masyarakat berpengetahuan dan bertamadun. Reka cipta mewujudkan masyarakat yang berdaya saing, mengubah corak kehidupan manusia menjadi lebih bersistem, bersosial dan bersikap lebih mesra alam dan mesra pengguna.

Evolusi Idea Inovasi

Invensi Teknologi

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

17

Atkinson, S., & Mockford, C. (1991). Rekabentuk bahan keluaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Cottis, J. (1991). Model bahan keluaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Garner, S. (1991). Faktor kemanusiaan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hasni Rais, & Jamil Abd Baser. (2007). Reka cipta tingkatan 4 & 5. Selangor: Cerdik Publications Sdn. Bhd. Hubel, V., & Lussow, D. B. (1995). Fokus reka bentuk. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Buku sumber reka cipta tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Liddament, T. (1991). Rekabentuk dalam masyarakat. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Munir Shuib, & Azman Azwan Azmawati. (2001). Pemikiran kreatif. Selangor: Prentice Hall. Stensel, P. (2000). Design technology. Singapore: Pearson Education Asia Pte. Ltd.

Anda mungkin juga menyukai