Anda di halaman 1dari 11

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)

UNIT
10.1(a)
HASIL PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:
1. Mengenal dan
menamakan bentuk 2D
Segiempat sama
Segiempat tepat
Segitiga
Bulat

1. Murid duduk secara berkumpulan ( 4 orang ).


Edarkan kertas mahjong, warna air, berus lukisan
dan satu bentuk 3D kepada setiap kumpulan.

BAHAN BANTU
MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Bentuk 3D (kuboid, kon
& piramid)
2. Kertas mahjong
3. Warna air
4. Berus lukisan
5. Pen marker
6. Lembaran Aktiviti
10.1(a)
Bagi aktiviti
pengukuhan:
1. Bentuk 3D
2. Gunting
3. Gam

PERBENDAHARAAN KATA
Warna air
Berus lukisan
Cap
Serupa
Beza
Buka
Kongsi

2. Secara berkumpulan, minta murid bergilir-gilir


mewarnakan salah satu permukaan bentuk 3D dan
kemudian capkan ia pada kertas mahjong. Ulangi
aktiviti ini dengan menggunakan warna yang
berlainan bagi setiap permukaan. Kemudian minta
mereka menuliskan nama kumpulan pada kertas
mahjong tersebut.
3. Kumpulkan semula warna air dan berus lukisan. Soal
jawab:
Siapa dapat bentuk ini?
(Lukiskan bentuk segiempat sama di papan
putih.)
Bentuk ini dipanggil segiempat sama.
(Tulis segiempat sama dan minta murid
menuliskannya di bawah segiempat sama
mereka.)
Pada pepejal manakah ada segiempat sama ini?
Berapakah bilangan segiempat sama pada ...
(nama bentuk 3D)?
4. Perkenalkan bentuk-bentuk 2D yang lain melalui sesi
soal jawab yang serupa. Bincang tentang bentuk 2D
yang terdapat pada kesemua bentuk 3D yang lain.
5. Selepas sesi perbincangan, edarkan Lembaran
Aktiviti 10.1(a) kepada setiap murid. Minta mereka
melekatkan lembaran tersebut dalam buku latihan.

AKTIVITI PENGUKUHAN
1. Edarkan satu bentuk 3D yang dihasilkan dalam
Unit 9.1 kepada setiap murid. Minta mereka buka
pita pelekat pada bentuk 3D tersebut, gunting
setiap bentuk 2D yang ada dan lekatkannya dalam
buku latihan.
2. Minta murid berkongsi dapatan mereka dengan
murid yang lain. Bincangkan perbezaan dan
persamaan bentuk-bentuk 2D yang terhasil.
3. Kemudian minta murid melukis dan menuliskan
nama bentuk-bentuk 2D tersebut dalam buku
latihan.

99

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)

Lembaran Aktiviti 10.1(a)


Saya boleh mengenal dan menamakan bentuk 2D.
Nama: __________________ Kelas: _________
Bentuk 3D

Tarikh:____________

Bentuk 2D yang ada

100

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)

UNIT
10.1(b)
HASIL PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:
1. Mengenal dan
menamakan bentuk 2D
Bintang

1. Tunjukkan sebiji buah belimbing. Potong buah


belimbing
itu
secara
melintang
untuk
memperlihatkan corak yang terbentuk. Minta murid
memerhatikan bentuk tersebut dengan teliti. Soal
jawab:
Apakah bentuk yang dapat kamu lihat?
Bentuk ini dipanggil bintang.
(Lukiskan bentuknya dan tulis bintang di
papan putih.)
Apakah yang kamu dapat terangkan tentang
bentuk ini?
Di manakah dapat kamu lihat bentuk ini?

BAHAN BANTU
MENGAJAR

101

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Buah belimbing
2. Pisau
3. Papan potong

2. Ulang semula semua bentuk 2D yang telah


dipelajari. Minta murid menyebut, mengeja dan
menuliskan nama bentuk-bentuk tersebut dengan
betul.
3. Edarkan Lembaran Kerja 10.1.

Bagi aktiviti
pengukuhan:
1. Penyangkut baju
2. Benang/tali
3. Gunting
4. Kad manila
5. Gam
6. Krayon
7. Penebuk kertas
8. Loceng kecil

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

102

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


Buah belimbing
Potong
Corak
Tebuk
Lubang
Ikat
Benang
Penyangkut baju
Loceng

1. Edarkan kad manila dan Lembaran Aktiviti 10.1(b)


kepada setiap murid.
2. Minta murid sambungkan titik-titik, tuliskan nama
bentuk dan warnakan bentuk tersebut.
3. Kemudian minta murid lekatkan lembaran yang
telah siap pada kad manila dan guntingkan bentuk
tersebut.
4. Bantu murid untuk menebuk lubang di bahagian
atas setiap bentuk itu dan mengikat benang
padanya. Selepas itu ikatkan hujung benang yang
satu lagi pada penyangkut baju. Hasilnya akan
kelihatan seperti berikut:

5. Gantungkan loceng kecil pada penyangkut baju


tersebut sebagai hiasan.
6. Pamerkan hasil kerja murid ini di dalam kelas.
Mereka juga boleh membawa pulang hasil seni
mereka sebagai hiasan di rumah.

Lembaran Aktiviti 10.1(b)

103

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)

UNIT 10.2
HASIL PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

104

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


Murid berupaya:
2. Menyatakan ciri-ciri bagi
bentuk 2D
Sisi
Penjuru

BAHAN BANTU
MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Keratan bentuk 2D
bersaiz besar

1. Ulang semula bentuk-bentuk yang telah dipelajari.


2. Gunakan keratan bentuk untuk yang berikut:
Perkenalkan perkataan sisi lurus dan sisi
melengkung.
Minta
murid
menggunakan
pergerakan tangan untuk membanding-bezakan
kedua-duanya.
Perkenalkan perkataan penjuru. Minta murid
mengunakan jari untuk marasai bahawa ianya
tajam bila disentuh.
Minta murid membilang jumlah sisi dan penjuru
pada setiap bentuk 2D.
2. Tanpa dilihat oleh murid, lipat dua kesemua keratan
seperti berikut:

Bagi aktiviti
pengukuhan:
1. Pembayang/Tekateki/Puzzle gambar
bentuk 2D
2. Sampul surat
3. Pen/Pensel
4. Kertas A4
3. Tunjukkan kepada murid. Soal jawab:
Teka bentuk ini.
Bagaimana anda tahu ianya ... (nama bentuk yang
disebutkan oleh murid tadi)?
Apabila saya buka lipatan ini, apakah bentuk yang
saya dapat? Terangkan kenapa.
(Minta murid meneka dengan melukis
gambar atau menggambarkan bilangan/jenis
sisi dan penjuru.)
4. Edarkan Lembaran Kerja 10.2.

PERBENDAHARAAN KATA

AKTIVITI PENGUKUHAN

105

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


Keratan
Sisi
Penjuru
Lurus melengkung
Lipat
Buka
Teka
Stesen

1. Bentukkan kumpulan (4 orang). Adakan permainan


Mencari Bentuk 2D.
2. Letakkan
pembayang/teka-teki/puzzle
gambar
bentuk 2D dalam sampul surat di setiap stesen
untuk diselesaikan oleh setiap kumpulan.
3. Pada akhir permainan mereka harus menyerahkan
jawapan.
4. Pemenangnya ialah kumpulan yang dapat menjawab
soalan dengan cepat dan tepat.
5. Contoh pembayang/teka-teki adalah seperti berikut:
Sayang emak duduk di sisi,
Sayang ayah tinggal di sini,
Bentuk ini sama sisi,
Siapa tahu bentuk ini?
(Segiempat sama)
Pergi sekolah muka berseri,
Seronok sekali belajar di sini,
Berkelip di langit cantik berseri,
Cuba teka bentuk ini?
(Bintang)
Buat kaya bersama bonda,
Boleh dihidang di hari raya,
Badan saya macam roda,
Cuba teka siapa saya?
(Bulat)
Dalam semak nampak besi,
Dari jauh nampak bercahaya,
Saya ada tiga sisi,
Cuba teka siapa saya?
(Segitiga)
Pergi Melaka membeli ragi,
Cantik berseri berbaju kebaya,
Badan saya empat segi,
Cuba teka sampai berjaya.
(Segiempat tepat)

UNIT 10.3
HASIL PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

106

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


Murid berupaya:
1. Mengkelaskan bentuk
2D

Aktiviti ini dijalankan di luar bilik darjah.


1. Letakkan 2 gelung rotan. Asingkan bentuk 2D
mengikut bentuknya, contohnya, segitiga dengan
segitiga, dan segiempat sama dengan segiempat
sama.

BAHAN BANTU
MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Gelung rotan/plastik
2. 1 set bentuk 2D
berwarna biru
3. 1 set bentuk 2D
berwarna merah
4. 1 set bentuk 2D bersaiz
kecil
5. 1 set bentuk 2D bersaiz
besar
6. Set bentuk 2D
Bagi aktiviti
pengukuhan:
1. Gelung rotan/plastik
2. 1 set bentuk 2D
berwarna biru
3. 1 set bentuk 2D
berwarna merah
4. 1 set bentuk 2D bersaiz
kecil
5. 1 set bentuk 2D bersaiz
besar
6. Set bentuk 2D

2. Soal jawab:
Saya sedang mengkelaskan bentuk-bentuk ini
kepada 2 kumpulan.
Cuba teka bagaimana saya kelaskan bentuk ini?
Bincang dengan kawan.
(Beri
beberapa
ketika
untuk
mereka
berbincang.)
Apakah yang sama tentang bentuk ini?
Apakah yang berbeza tentang bentuk ini?
Apa
yang
kamu
nampak
tentang
jenis
(saiz/warna/sisi/penjuru) bentuk yang ada di
dalam gelung rotan ini?
Bolehkah kita letakkan ... (tunjukkan bentuk
bulat/bintang/segiempat tepat) di sini?
Mengapa? Mengapa tidak?
3. Ulang Langkah 2 dengan memilih mana-mana dua
ciri berikut:
Merah dan biru
Besar dan kecil
Sisi melengkung dan sisi lurus
Mempunyai penjuru dan tidak mempunyai
penjuru
Mempunyai sisi dan tidak mempunyai sisi
4. Bentukkan dua kumpulan. Edarkan bentuk 2D
kepada setiap murid dan letakkan dua gelung untuk
setiap kumpulan. Secara berkumpulan, minta murid
mengkelaskan bentuk 2D ke dalam gelung rotan
yang betul mengikut cirri-ciri yang diberi. Soal
jawab:
Adakah semua bentuk ini dalam gelung rotan
yang betul?
Mengapa? Mengapa tidak?
5. Edarkan Lembaran Kerja 10.3.

107

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


PERBENDAHARAAN KATA
Gelung rotan
Mengkelaskan
Teka
Sama
Berbeza
Mempunyai
Pusing
Kiri
Kanan
Hayun
Goyang
Langkah
Dengar
Di tengah
Berdiri
Setempat
Memeriksa

AKTIVITI PENGUKUHAN
Aktiviti berikut dijalankan di luar bilik darjah.
Aktiviti 1

Bentukkan empat kumpulan.

Untuk setiap kumpulan, letakkan 2 gelung


rotan pada jarak yang sesuai.

Label setiap gelung rotan, contohnya,


merah dan biru, besar dan kecil, sisi
melengkung dan sisi lurus, mempunyai
penjuru dan tidak mempunyai penjuru.

Edarkan bentuk 2D kepada setiap murid.

Aktiviti bermula apabila guru meniup


wisel.

Murid pertama dalam setiap kumpulan


akan berlari ke arah gelung rotan dan
meletakkan bentuk tersebut ke dalam
gelung rotan yang betul.

Dia kemudiannya berlari semula ke


kumpulannya dan menepuk tangan murid
berikutnya.

Teruskan permainan sehingga selesai.


Kumpulan yang paling awal menamatkan
permainan dikira sebagai pemenang.

Aktiviti 2
Bentukkan dua kumpulan.
Edarkan bentuk 2D kepada setiap murid.
Secara berkumpulan, minta murid membentuk
bulatan besar.
Sambil memegang bentuk 2D, mereka menyanyi dan
bergerak mengikut lagu berikut (mengikut irama
yang sesuai):
Pusing ke kiri
Pusing ke kanan
Hayunkan tangan
Goyangkan badan
Langkah ke depan
Buat kumpulan ... (sebutkan nama bentuk 2D)
Sejurus selepas guru menyebutkan bentuk 2D, murid
yang memegang bentuk yang disebutkan itu akan
berkumpul di tengah bulatan dan menunjukkan
bentuk itu kepada semua.
Murid yang lain berdiri setempat dan memeriksa
jawapan rakan.
Soal jawab:
Adakah semua bentuk ... (nama bentuk 2D) berada
di tengah bulatan?
Mari kita lihat.

UNIT 10.4
108

UNIT 10: BENTUK DUA DIMENSI (BENTUK 2D)


HASIL PEMBELAJARAN
Murid berupaya:
2. Menghasilkan rekaan
dengan bentuk 2D

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
1. Bentukkan kumpulan (3 orang). Edarkan kertas
mahjong, gunting, gam, krayon/pensel warna dan
Lembaran Aktiviti 10.4 kepada setiap kumpulan.
2. Minta murid memotong bentuk 2D dan lekatkan di
atas kertas mahjong.
3. Minta murid menghasilkan rekaan yang paling cantik
atau yang paling kreatif dengan bentuk tersebut.

BAHAN BANTU
MENGAJAR
Bagi sesi pengajaran &
pembelajaran:
1. Kertas mahjong
2. Gunting
3. Gam
4. Krayon/Pensel warna
5. Lembaran Aktiviti 10.4

4. Mereka
boleh
mewarna/mencorakkan
dengan pelbagai motif.

bentuk

5. Minta murid menerangkan hasil rekaan mereka.


6. Pilih rekaan yang terbaik dan pamerkan di papan
kenyataan.
7. Edarkan Lembaran Kerja 10.4.

Bagi aktiviti
pengukuhan:
1. Bahan yang sesuai
untuk membuat kolaj,
lukisan atau cetakan/cap

PERBENDAHARAAN KATA
Rekaan
Corak
Motif
Kolaj
Cetak
Cap
Kain
Kad manila

AKTIVITI PENGUKUHAN
Minta murid untuk menghasilkan rekaan dalam bentuk
yang lain, contohnya kolaj, cetakan/cap dan lukisan.

109

Anda mungkin juga menyukai