Anda di halaman 1dari 8

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU TAJUK 1

Konsep Pengurusan Bilik Darjah Richards (1990)mentafsirkan pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan
kawalan guru ke atas tingkah laku pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menurut Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh


didefinisikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Pengurusan bilik darjah yang berkesan akan membantu mencapai matlamat seperti berikut: Menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai. Membentuk suasana pembelajaran yang positif. Mmenjalinkan hubungan interpersonal antara guru-murid dan murid-murid. Menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum. Meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p&p. Mengurangkan masalah disiplin. Pengurusan rutin yang berkesan. Murid belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri.

Pengetahuan tentang Keperluan Murid-murid Menurut Abraham Maslow, keperluan manusia adalah mengikut hierarki dan
boleh dibahagikan kepada dua, iaitu keperluan fisiologi dan keperluan psikologi.

Keperluan fisiologi merangkumi keperluan untuk makanan, rehat, udara,


pembuangan kotoran dan kejantinaan.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU TAJUK 1

Keperluan psikologi pula terdiri daripada keperluan untuk keselamatan, kasih


sayang, penghargaan, kesempurnaan diri, keinginan untuk pengetahuan dan estetik. Estetik Pengetahuan Penyempurnaan Kendiri Penghargaan Diri Kasih Sayang Keselamatan Fisiologi Primer Sekunder

Murid juga mempunyai keperluan akademik. Ia termasuk keperluan untuk: (a) Memahami Objektif Pengajaran Murid akan terdorong untuk melibatkan diri dalam proses p&p sekiranya mereka jelas tentang tujuan aktiviti pembelajaran dan peranan mereka dalam aktiviti tersebut (b) Melibatkan Diri dengan Aktif dalam Proses Pembelajaran Penglibatan aktif bererti pembelajaran bertumpu kepada murid dan guru memainkan peranan sebagai fasilitator. (c) Berinteraksi secara Positif dengan Rakan Sebaya Interaksi dan pertukaran idea melatih murid menjelaskan pandangan mereka, menghormati pandangan rakan sebaya dan pada masa yang sama membina pengetahuan yang baharu.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU TAJUK 1

(d) Pembelajaran yang Berkaitan dengan Kehidupan Seharian dan Minat Murid Pembelajaran menjadi bermakna jika berkaitan dengan pengalaman murid kerana murid boleh menggambarkan dan memahaminya dengan lebih jelas. (e) Masa untuk Menyiapkan Tugasan atau Berinteraksi Guru yang menentukan aktiviti boleh menetapkan tempoh yang sesuai yakni murid akan tahu had masa dan berusaha ke arah menyiapkan tugasan. (f) Pengalaman Kejayaan Ini membantu meningkatkan estim diri murid dan memberikan keyakinan terhadap kemampuannya dalam proses pembelajaran. (g) Maklum Balas yang jelas dan Realistik Penilaian adalah satu komponen dalam pembelajaran dan maklum balas yang tepat boleh merangsang murid memperbaiki mutu dan pencapaian akademiknya.

Pengurusan Bilik Darjah


(a) Merancang Guru akan merujuk sukatan pelajaran untuk menentukan objektif dan hasil pembelajaran. Memilih topik Menentukan pendekatan yang paling sesuai Memilih strategi dan kaedah mengajar Membentuk aktiviti atau tugasan Menyusun pengalaman pembelajaran

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU TAJUK 1

Menetapkan tempoh bagi setiap aktiviti atau tugasan Membentuk penilaian Menyediakan sumber p&p serta aktiviti pemulihan dan pengayaan Mengambil kira tempat pembelajaran. (b) Mengelola Guru perlu memberikan arahan yang jelas, memaklumkan peraturan dan prosedur, menyelaras dan mengatur aktiviti serta bahan pembelajaran, mengagihkan tugasan, membahagikan murid kepada kumpulan, menentukan kedudukan dan susunan murid atau kumpulan. (c) Mengawal Guru perlu memantau, memastikan muridnya selesa, cukup bahan pembelajaran dan sedang melibatkan diri dalam pembelajaran. (d) Membuat Refleksi Guru menganalisis dan menilai keberkesanan amalan beliau,

pendekatan, strategi dan kaedah yang digunakan, aktiviti atau tugasan, bahan bantu mengajar serta bentuk penilaian yang digunakan semasa pengajaran beliau. (e) Menjalin Hubungan Guru-murid Guru perlu menunjukkan kerjasama, iaitu menggalakkan murid berfungsi sebagai satu pasukan.

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU TAJUK 1

CIRI-CIRI GURU YANG EFEKTIF DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH


a) Kualiti Peribadi (i) Bersemangat dan Proaktif Memotivasikan murid. Murid berasa selamat dan menaruh kepercayaan terhadap guru. Menstabilkan peraturan dan rutin bilik darjah. Bina persekitaran pembelajaran yang selamat. Menyemak pembelajaran yang lepas. Menjelaskan matlamat sepenjang tahun. (ii) Sensitif dan Peka terhadap perbezaan cara belajar dan keperluan murid. Mengubahsuaian cara pengajarannya dengan mengambil kira

perbezaan yang wujud di dalam bilik darjah. Mewujudkan peluang pembelajaran untuk semua murid. Mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. (iii) Bersikap peramah,mesra dan usaha mengenali murid Menjalin hubungan antara guru dengan murid. Ciri-ciri Guru yang Efektif Mesra, peramah, penyayang Tenang Kejenakaan Tabah dan tidak mudah putus asa Analatikal Kreatif Proaktif, bersemangat Inspirasi,motivasi Empati, simpati Spontan Fleksibel Yakin Sistematik Adil

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU TAJUK 1

Ciri-ciri Guru yang Kurang Efektif Cepat marah Tidak yakin Pesimis (b) Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran (i) Kandungan mata pelajaran Meliputi lebih daripada fakta, istilah dan konsep umum. Berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea Kebolehan memindahkan ide antara satu disiplin ke disiplin yang lain. Contoh: Guru yang efektif akan berusaha memperoleh ilmu dan kemahiran cara mengurus idea serta membuat perkaitan antara idea, kemahiran berfikir dan berhujah, pola perubahan yang terkandung dalam satu-satu disiplin, dan kebolehan memindahkan idea antara satu disiplin ke disiplin yang lain. (ii) Strategi Pengajaran Seiring dengan penggunaan pendekatan konstruktivis dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha mereka. Contoh: Guru yang efektif akan memberi penekanan kepada kolaborasi antara murid dalam usaha mereka menuntut, dan memahami diri sendiri. (iii) Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran. Memperuntukkan masa dan usaha dalam memastikan pelaksanaan pengajaran. Membuat refleksi bagi mendapat maklum bals dan menambahbaikan pengajaran. Autokratik Tiada daya usaha Tegar

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU TAJUK 1

Dalam masa yang sama, beliau akan membuat refleksi bagi mendapat maklum balas dan menambahbaik pengajaran agar menjadi lebih baik, menarik pada masa seterusnya. Contoh: Guru yang efektif akan memperuntukkan masa dan usaha yang mencukupi dalam memastikan pelaksanaan pengajaran adalah selaras dengan perancangan dan matlamat tercapai. (iv) Kemahiran mengurus bilik darjah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif membentuk peraturan bersama murid-murid memantau aktiviti bilik darjah menangani masalah tingkah laku murid. (v) Kemahiran motivasi mempunyai strategi-strategi tertentu untuk memupuk motivasi kendiri murid-muridnya melalui peluang pendidikan yang diberikan dan

pengalaman dan matlamat dan kebolehan mereka. (vi) Kemahiran Komunikasi Meliputi komunikasi lisan dan bukan lisan. Mengamalkan prinsip bercakap. Mengekalkan kritikan pada tahap minimum Mempunyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif,

manipulative atau pasif. Meningkatkan kemahiran komunikasi melalui latihan, praktis Contoh: Guru efektif yang mengamalkan prinsip bercakap bersama dan bukannya kepada murid-murid, ibu bapa, pentadbir dan sebagainya. Seterusnya guru efektif juga megekalkan kritikan pada tahap minimum, mempuyai gaya komunikasi bersifat asertif berbanding agresif, manipulatif

EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU TAJUK 1

atau pasif, dan yang terakhir berusaha meningkatkan kemahiran komunikasi murid-murid melalui latihan, praktis dan sebagainya. (vii) Kemahiran Teknologi Menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa Mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mempelbagaikan bahan multimedia sebagai alat sokongan. Guru yang efektif seharusnya menguasai kemahiran teknologi selaras dengan perkembangan sains dan teknologi semasa dan seterusnya mengintegrasikan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas serta mempelbagaikan bahan multimedia sebagai alat sokongan. (viii) Kemahiran Penilaian Membantu guru mengetahui jika hasil pembelajaran telah dicapai. Menggunakan bentuk penilaian formal dan tidak formal. Membantu guru mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan. (c) Penghayatan dan amalan nilai Tanggungjawab terhadap murid Tanggungjawab terhadap ibu bapa Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi Negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Anda mungkin juga menyukai