Anda di halaman 1dari 39

INOVASI DAN PERUBAHAN

DALAM PENDIDIKAN

STRATEGI PENGGUNAAN PERKEMBANGAN REKABENTUK REKABENTUK


PENGAJARAN TEKNOLOGI PERSEKITARAN RESOS PENTAKSIRAN
INOVATIF DALAM PEMBELAJARAN DAN PENILAIAN
PENDIDIKAN YANG INOVATIF

5.1 STRATEGI PENGAJARAN INOVATIF

Hasil Pembelajaran :
 Menerangkan inovási dan perubahan dalam pendidikan.
 Mengenal pasti pelbagai strategi pengajaran inovatif dalam pendidikan.
 Mengaplikasi strategi inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran

5.1.1 Pembelajaran Berasaskan Projek (Project Based Learning / PBL)

Pengenalan
Strategi PBL adalah berasaskan tugasan amali secara sistematik atau terancang
dalam jangka masa yang tertentu merujuk kepada prinsip-prinsip yang disyorkan
oleh Merill. Murid-murid akan diberi tugasan berupa masalah yang mungkin akan
dihadapi dalam situasi kehidupan seharian yang mungkin dapat diselesaikan
melalui keadah pembelajaran berasaskan tugasan atau projek. Kaedah PBL
bermula dengan penyelidikan tentang problem based learning dalam perubatan.

Definisi PBL
Proses pembelajaran ini berfokuskan tugasan berdasarkan isi pelajaran yang

19
melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan satu laporan yang
lengkap dan betul secara holistik. Pelajar dapat melalui pengalaman belajar yang
kompleks berdasarkan situasi sebenar terhadap permasalahan autentik yang
memerlukan pemikiran kritis. Proses pembelajaran memerlukan pelajar
mengaplikasi pelbagai sumber maklumat, menentukan dan mengurus sumber,
masa dan bahan pembelajaran. Pelajar mempunyai autonomi dalam membina
pembelajaran masing-masing dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka akan
turut meningkat.

Ciri – ciri PBL

Langkah – langkah PBL :

20
Rajah 5 : Langkah-langkah pelaksanaan PBL

Kriteria Pemilihan projek PBL


Projek perlu menarik dan bermafaat serta dapat membina kemahiran baru,
namun masih berfokus kepada aktiviti
pembelajaran bukannya pentaksiran .

Contoh aktiviti PBL: Pembelajaran dalam


bilik darjah – ‘Uniform Sekolahku’

Peranan Guru dalam PBL


 Membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran yang sesuai
 Terapkan kaedah inkuiri – menjana hipotesis, membuat ramalan dan
menyelesaikan masalah

21
 Pastikan pelajar mempunyai pengetahuan tentang projek yang hendak
dijalankan
 Alat pengukuran informal
 Aplikasi teknik pengurusan mutakhir
 Wujudkan suasana pembelajaran dan penerokaan
 Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus

Contoh aktiviti PBL: Pembelajaran luar bilik


darjah – kajian di lapangan

Apakah kelebihan PBL ?


 Memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topik tugasan yang
dijalankan.
 Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaaan individu.
 Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea
dan pandangan masing-masing.
 Menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

5.1.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)

Pengenalan

Perkembangan Pembelajaran Berasaskan Masalah atau “Problem Based


Learning” kini semakin diperluaskan penggunaanya kerana kaedah ini lebih
efektif dalam menyelesikan pemasalahan berkaitan pembelajaran teori dan
pengiraan. Konsep ini bermula pada 1950an apabila kaedah ini diaplikasi di

22
Case Western Reserve Medical School, McMaster University Medical School dan
University of Mexico Medical School.

Konsep PBM

Pembelajaran berasaskan masalah disokong oleh konsep pembelajaran secara


kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses
pembelajaran yang lebih berkesan dan efaktif. PBM merangkumi cabaran
kepada keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang
dibincangkan, melibatkan penggunaan akal dan fikiran yang kritikal serta
menyeluruh, kemahiran meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi
keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran kendiri, gerak kerja
berpasukan dan menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan
gigih dalam menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.
Apakah kemahiran yang diperoleh daripada PBM?

Hasil daripada pendekatan pengajaran berasaskan masalah, pelajar akan


dapat :

i. belajar menyelesaikan masalah berdasarkan realiti permasalahan yang


sebenar.
ii. menguasai kemahiran pemikiran aras tinggi (high order thinking skills).
iii. kemahiran menyelesaikan masalah.
iv. kemahiran mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.
v. kemahiran pembelajaran secara kendiri (Self-Directed Learning Skills).
vi. kemahiran bekerja secara berkumpulan.
vii. menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.

Ciri- Ciri PBM

23
Langkah-langkah Pembelajaran Berasaskan Masalah

i. Kemukakan masalah
ii. Jelaskan hasil pembelajaran
iii. Sediakan persekitaran pembelajaran yang selamat
iv. Sediakan bimbingan & strategi “coaching appreticeship” dan “scaffolding”
v. Sediakan resos pembelajaran (modul pembelajaran, sumber pengayaan/
pemulihan, multimedia)
vi. “Debriefing”
viii.Penilaian – secara berkumpulan dan individu

24
Haiwan juga berusaha untuk mengatasi masalah!

5.1.3 Pembelajaran Elektronik

Pengenalan
Pembelajaran elektronik (e-pembelajaran) adalah salah satu pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infastruktur ICT bagi
penyebaran pengetahuan dan pelaksanaan pembelajaran kolaboratif
(collaborative learning). E-pembelajaran boleh diaplikasikan dalam pelaksanaan
kursus atau program secara jarak jauh dan juga untuk tujuan meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran bersemuka (face-to-face teaching and
learning) bagi kursus atau program yang dilaksanakan secara konvensional.

Konsep pembelajaran elektronik


Dimensi pembelajaran secara kolaboratif melalui perbincangan atau interaksi
secara bersemuka dapat dilanjutkan dan diperluas lagi secara dalam talian selari
(synchronous) atau tidak selari. Melalui pendekatan ini juga, pelajar mempunyai
masa pembelajaran yang lebih anjal untuk berinteraksi sesama mereka atau
dengan pensyarah. Pelajar dapat menjimatkan masa dalam proses pengukuhan
fakta perbincangan melalui carian maklumat di internet tanpa perlu
meninggalkan sesi perbincangan dalam talian. Infostruktur ICT dalam aspek e-
pembelajaran, terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan komputer
(sistem server, sistem rangkaian dan komputer pengguna), perisian serta aplikasi

25
e-pembelajaran dan pelbagai kategori pengguna (pengajar, pelajar, pereka
bentuk pengajaran, pembangun kandungan dan staf teknikal). 

Dunia tanpa sempadan, peluang belajar pula


tiada batasnya.

Pendekatan Pembelajaran Elektronik


› Online learning >Technology based learning
› Web based learning >Web based training
› Computer based training >Computer based learning
› Technology enhanced learning >Computer supported collaborative
learning

Jenis-jenis Pembelajaran Elektronik


i. Pembelajaran dalam talian sepenuhnya (Full – time online learning)
ii. Pembelajaran blended (dalam talian + bersemuka)

Jenis Komunikasi Pembelajaran Elektronik


i. Synchronous (Serentak)-Pertukaran maklumat berlaku at “real time”
ii. Asynchronous (Tidak serentak)-Pertukaran maklumat tertangguh

Bentuk Penyampaian P & P Pembelajaran Elektronik


i. Cetak seperti jurnal, artikel, rencana, majalah, e-book
ii. Video seperti klip video, rakaman video, siaran satelit
iii. Audio seperti rakaman audio dan podcast

Ciri – ciri Pembelajaran Elektronik

26
i. mengikut kadar kendiri pelajar
ii. mengikut kehendak atau keperluan pelajar
iii. memenuhi kepelbagaian gaya pembelajaran
iv. Capaian lebih mudah dan luas
v. Perlukan kemahiran komputer dan internet

5.1.4 Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang (PBLS)

Pengenalan
Pembelajaran dalam talian atau “web based learning” adalah proses
pembelajaran sepenuhnya melalui laman sesawang dan tiada pertemuan
bersemuka antara guru dengan pelajar.

Konsep PBLS
PBLS menggunakan gabungan streaming video, penerangan berbantukan
power point, penerangan audio dan penyampaian-penyampaian lain dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran lebih luas dan kaya dengan
sumber pembelajaran yang pelbagai dengan pautan laman berkaitan serta audio
dan video. Maklumat pembelajaran, pentaksiran dan perkongsian idea serta
pandangan menjadi lebih mudah, pantas dicapai dan dapat disebarkan melalui
paparan menerusi laman sesawang.

Fungsi PBLS dalam 7 aplikasi


i. Pengumuman real time
ii. Teks, html, spread sheet, video, powerpoint, fail audio
iii. Buku gred real time
iv. Pautan luar (External links)
v. Ruang perbincangan maya (Chat rooms)

27
vi. Kuiz automatik
vii. E-mel

5.2 PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN

5.2.1 Pengenalan Konsep


Konsep Teknologi: Teknologi bukan alat semata-mata tetapi merangkumi proses,
idea dan teknik moden dalam merancang yang melibatkan teori, pendekatan,
dan kaedah di mana teknologi menjadi alat pemangkin kejayaan untuk mencapai
tujuan atau menyelesaikan masalah.

Konsep Pengajaran: Proses kerjasama antara pelajar dalam usaha


menghasilkan kecekapan dan keberkesanan serta mencipta konteks
pembelajaran dengan galakkan penglibatan pelajar. Pengajaran juga melibatkan
aktiviti menyampaikan maklumat, memindahkan maklumat, mendorong
pembelajaran dan meningkatkan mertabat manusia ke aras yang lebih baik.

Konsep Teknologi Pengajaran: Gabungan manusia dan media yang


diaplikasikan dengan kemahiran dan teknik moden menerusi sistem dan
pendekatan ke arah pencapaian P&P berkesan.
Domain Teknologi Pengajaran (1994). Terdapat lima domain dalam teknologi
pengajaran iaitu :
i. Reka Bentuk- Reka bentuk sistem pengajaran; Reka bentuk mesej; Strategi
pengajaran; ciri pelajar
ii. Pembangunan -Teknologi percetakkan, audiovisual, berasaskan komputer,
bersepadu.
iii. Penggunaan- Penggunaan media, difusi dan inovasi; pelaksanaan ; Polisi
dan Peraturan.
iv. Pengurusan- Pengurusan projek, sumber, sistem penyampaian, pengurusan
maklumat.

28
v. Penilaian- Analisis masalah, Pengukuran rujukan kreteria, Penilaian formatif,
Penilaian Sumatif.
Setiap domain mempunyai teori dan amalan masing-masing. Oleh itu ia boleh
berfungsi dengan sendirinya atau berinteraksi dengan domain yang lain.
Dengan memahami konsep dan domainnya, kita dapat berusaha ke arah
mempertingkat kualiti pengajaran yang kita laksanakan serta pembelajaran yang
dihasilkan.

5.2.2 Perkembangan Teknologi Dalam Pengajaran

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menegaskan bahawa penyaluran


maklumat yang lebih berkesan seharusnya menggunakan teknologi maklumat.
Kini kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) berubah kepada kaedah yang
lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display
(LCD), kamera video digital dan pelbagai kemudahan lain dalam bilik darjah.
Dalam era digital ini, komputer digunakan untuk menyelesaikan pelbagai
masalah. Salah satu penggunaan Information Communication Technology (ICT)
dalam P&P ialah melalui penggunaan komputer. Di negara kita pengetahuan dan
penggunaan komputer di sekolah semakin berkembang. Guru dan pelajar juga
digalakkan melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan
maklumat untuk tujuan P&P. Selain daripada perisian untuk pengajaran Sains,
Matematik dan bahasa Inggeris yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran,
guru-guru boleh mengambil inisiatif membina perisian mereka sendiri dengan
menggunakan komputer riba yang juga dibekalkan oleh KPM.

Guru-guru sedar akan era ICT masa kini dengan perkembangan teknologi yang
telah membawa satu ledakan maklumat kepada pendidikan negara. Senario P &
P kini amat memerlukan guru-guru yang kreatif dan inovatif supaya hasil
pembelajaran dapat dicapai dengan lebih efektif. Oleh itu guru perlu
memperkembang kebolehan untuk mencipta, menghasilkan dan

29
memperkembang sesuatu. Dengan seruan Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) yang menggalakkan penggunaan ICT dalam P & P, guru perlu bertekad
untuk memahirkan diri melaksanakan hasrat KPM. Guru perlu bersikap
produktif, proaktif dan responsif terhadap kecanggihan teknologi ini. Oleh itu
sebagai guru yang menggalas wawasan negara untuk mencapai taraf negara
maju pada tahun 2020 dan demi menghadapi gelombang perubahan sistem
pendidikan yang terlalu mencabar ini, serta sebagai pemangkin pendidikan
cemerlang dan berkualiti, guru perlu bertekad menyiakan dan melengkapkan diri
dengan kemahiran ICT yang terkini untuk dikongsikan kepada murid.

5.2.3 Pelaksanaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)


Menurut sumber dari Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) teknologi maklumat
ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul
data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna di
samping menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik,
suara, animasi dan maya. Teknologi komunikasi pula membolehkan individu
atau kelompok individu bertukar-tukar data dan maklumat dalam ruang waktu
dan tempat yang tidak terbatas, cepat dan serentak melalui rangkaian setempat
atau global. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa ICT merujuk kepada
kemampuan teknologi itu sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran
yang memberi sokongan kepada pelajar, guru serta organisasi pendidikan bagi
menyempurnakan amanah dan dijadikan sebagai salah satu kaedah
melaksanakan kegiatan P & P yang terancang dan menarik.

Kemahiran ICT meliputi pengetahuan tentang perisiaan pemprosesan perkataan,


pemprosesan grafik, hamparan elektronik dan pengkalan data selain
pengetahuan tentang kemahiran asas pengendalian komputer serta fungsi
perkakasan komputer. Selain itu kamahiran ICT turut menyentuh keupayaan
untuk menggabungkan ICT dalam P & P secara cekap dan efektif. Disarankan
bahawa cara yang ideal untuk meningkatkan kemahiran guru terhadap
penggunaan ICT adalah dengan menyediakan latihan kemahiran ICT . Apabila

30
telah melalui sesi latihan, guru-guru akan lebih berkeyakinan untuk
menggunakan ICT bagi tujuan pengajaran.
Perlu ditekankan bahawa kejayaan ICT dalam pendidikan bukan hanya terletak
pada teknologi tetapi juga faktor-faktor lain seperti pendekatan pedagogi, jenis
pelajar, tahap pencapaian pelajar, keperluan pelajar, guru dan persekitaran bilik
darjah.

5.2.4 Penggunaan Teknologi Dalam Pengajaran


Penggunaan teknologi dalam P&P telah dapat meningkatkan kualiti pengajaran.
Kewujudan teknologi maklumat dan teknologi multimedia telah memberi kesan
yang kuat hingga merubah kaedah dan teknik pengajaran tersebut. Antaranya
ialah :
i. media tayang seperti powerpoint, video, filem dan papan interaktif.
Penggunaan multimedia dalam pengajaran banyak membantu guru untuk
mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang.
ii. Internet dalam pengajaran – penggunaan emel, blog, portal dan laman
sesawang memberi ruang untuk guru membimbing dan mengukuhkan
pembelajaran.
iii. Perpustakaan Maya - E-jurnal dan e-buku. Perpustakaan maya
membolehkan pelajar mengakses pengkalan data (database) untuk
mendapatkan maklumat.
iv. Web-based learning – Bahan P&P dengan mudah boleh dipaparkan di laman
sesawang. Dengan cara tersebut maklumat mudah diakses oleh pelajar.
v. Pembelajaran secara atas talian (On-line learning) – Kewujudan rangkaian
pendidikan yang berkesan membolehkan pendidikan jarak jauh dilakukan
vi. Penggunaan ICT dalam P & P- Dalam konteks ini, tiada satu cara pun boleh
dikatakan sebagai terbaik dan mesti digunakan. Pendekatan terbaik yang
sebenarnya ialah penggunaan ICT sesuai dengan keperluan murid, serta
dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang
munasabah. (PPK, 2001). Selain itu, penggunaan ICT dalam P&P

31
dikategorikan kepada 4 (PPK, KPM, 2001), iaitu:-
a. ICT untuk pembelajaran tutorial : Digunakan untuk menyampaikan
kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Ini
termasuk pembelajaran ekspositori, demonstrasi sesuatu fenomena dan
latihan atau latih tubi.
b. ICT untuk pembelajaran penerokaan (eksploratori): Penerokaan
berlaku apabila ICT digunakan sebagai medium untuk mencari dan
mengakses maklumat daripada internet, CD-ROM dan sebagainya.
Mendapatkan koleksi maklumat yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-
guru berkongsi artikel, sumber pengajaran dan rancangan pengajaran
atau berkongsi data untuk dianalisis. Pelajar boleh melihat demonstrasi
yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid.
c. ICT sebagai alat aplikasi : ICT membantu pelajar melaksanakan
tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat
P & P. Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan
perkataan oleh murid untuk menghasilkan karangan atau PowerPoint
yang digunakan untuk membuat persembahan. Perisian aplikasi khusus
seperti GSP, PowerPoint dan lain-lain adalah termasuk kategori alat
aplikasi yang boleh digunakan untuk membantu murid melaksanakan
aktiviti pembelajaran.
d. ICT sebagai alat komunikasi : ICT membuka ruang kelas menjadi
ruang maya dan membolehkan pembelajaran berlaku tanpa dibatasi
ruang dan waktu serta mengikut rentak pelajar tersebut. ICT juga
membuka peluang bagi semua pelajar yang berlainan keupayaan dan
kebolehan untuk mengembangkan potensi mereka dan merangsang
pendidikan sepanjang hayat. Komunikasi interpersonal juga boleh berlaku
seperti penyertaan dalam kumpulan perbincangan eletronik, bilik darjah
global yang melibatkan pelajar-pelajar bertukar pendapat tentang sesuatu
topik dan hubungan elektronik dengan pakar.

32
5.2.5 Impak Teknologi Dalam Pengajaran
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak memberi
kesan yang baik kepada murid-murid khususnya yang berada di sekolah rendah.
Namun begitu terdapat juga kelemahan yang timbul kesan penggunaan ICT
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana
guru dapat membuat persiapan dan bersedia lebih awal dalam menjalankan
proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui cara ini guru dapat mencari
maklumat-maklumat berkenaan dengan pengajaran dengan lebih baik
seterusnya dapat menyampaikannya kepada pelajar secara berkesan. Melalui
penggunaan alat ICT sebagai alat bantu mengajar proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan berkesan. Contohnya dengan
menggunakan alat seperti powerpoint, flash, video, visual guru-guru hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka. Melalui cara ini proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan lebih mudah, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan
gambaran dan persembahan menarik serta mudah untuk difahami.Justeru,
pelajar tidak akan mudah berasa jemu dan bosan dalam menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran kerana tertarik dengan gaya persembahan yang
ditunjukkan melalui penggunaan ICT.
Di samping itu penggunaan ICT juga dapat menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan. Dengan adanya ICT guru dapat mempelbagaikan proses
pengajaran dan pembelajaran serta tidak hanya tertumpu kepada teknik
pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan
menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT. Melalui
penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan kepada pelajar dengan lebih
terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.Contohnya penggunaan
internet sebagai alat untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini mengenai
dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet juga membolehkan guru

33
dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini dengan lebih cepat
serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat digunakan
dalam aktiviti pembelajaran. Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran
akan lebih berkesan kerana maklumat-maklumat dapat terus di akses ke dalam
sistem.

Rumusan
Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting
kerana ICT dapat meningkatkan kemahiran guru dan pelajar. Melalui
penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar akan
didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan berkenaan ICT seperti komputer,
LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan sebagainya. Semua alatan
dan bahan yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai-bagai fungsi dan
kegunaannya yang tersendiri untuk menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-
teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang
dipelajari di samping menyimpan,memproses dan merekod setiap maklumat
yang diperoleh. Kemahiran dalam menggunakan ICT ini mampu memberikan
nilai tambah kepada guru agar dapat menggunakannya untuk menyampaikan
ilmu kepada pelajar agar kemahiran-kemahiran tersebut mudah untuk difahami.
Di samping itu guru juga dapat menambahkan pengetahuan mengenai
sistem ICT melalui pengalaman yang diperoleh semasa menjalankan proses
pengajaran
Idea Anda:
tersebut. Ini kerana
Cuba kongsikan pengalaman anda dalam
penggunaan pelbagai teknologi dalam semasa proses
pengajaran pengajaran dan
pembelajaran guru
dan pelajar akan saling berinteraksi tentang apa yang dipelajari serta bertukar-
tukar pendapat mengenai keberkesanan menggunakan sistem ICT ini di samping
memberi cadangan bagi meningkatkan lagi kualiti penyampaiannya. Melalui cara

34
ini guru dan pelajar akan berusaha lagi untuk menambahkan pengetahuan
mengenai teknologi ICT ini. Dalam era dunia tanpa sempadan kini guru dan
pelajar perlu menggunakan setiap teknologi yang ada agar tidak ketinggalan
khususnya dalam bidang pendidikan yang banyak menggunakan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran .Pengetahuan yang mendalam mengenai
ICT amat penting kepada guru-guru agar dapat diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran untuk memudahkan lagi pemahaman murid-murid.
Selain itu manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran adalah dapat memberikan peluang pembelajaran yang sama
kepada semua pelajar yang terdiri daripada pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas
tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang
diajar oleh guru. Justeru, melalui penggunaan ICT murid-murid dapat memahami apa
yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan ICT tersebut. Contohnya
melalui pengunaan alat seperti powerpoint,grafik,audio,video dan sebagainya maka
murid-murid akan lebih memahami setiap apa yang diajar kerana mereka diberikan
gambaran dan persembahan yang lebih mudah untuk difahami berbanding proses
pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk pengkuliahan semata-mata. Melalui cara ini
setiap masalah yang timbul dapat segera dimaklumkan oleh pelajar kepada guru kerana
mereka mudah bertindak balas terhadap sistem yang diajar menggunakan ICT.

Perbincangan:
Bincangkan mengapa teknologi diperlukan dalam proses
pengajaran pada masa kini?

5.3 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Hasil Pembelajaran:
 Mengenal pasti ciri-ciri dalam perkembangan persekitaran pembelajaran
 Menyesuaikan dan menyediakan diri dengan perubahan

35
Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan perkembangan persekitaran
pembelajaran?

Dalam menuju Wawasan 2020, Malaysia kini semakin maju dalam pelbagai
bidang termasuklah bidang teknologi maklumat dan komunikasi atau lebih
dikenali dengan IT (Information Teknology). IT menjadi satu keperluan dalam
kehidupan masyarakat pada hari ini. Anda tentu sedar bahawa IT merupakan
alat utama dalam era maklumat kerana IT menjadi teras dalam komunikasi
antara manusia dan pembekal maklumat kepada masyarakat. Menurut Mohd
Izham (2007) peranan IT menjadi begitu penting terutama dalam bidang
pendidikan sebagai asas penyaluran ilmu. Selaras dengan perkembangan
semasa ini, secara tidak langsung memberi implikasi dan impak yang serius
terhadap profesion keguruan seterusnya mendesak warga guru bersedia
menerima perubahan serta sentiasa peka dengan perubahan budaya pendidikan
dan misi pendidikan negara.

Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi


mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. Hanya manusia yang
berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke
arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara.
Pendidikan masa kini bukan sahaja berkehendakkan manusia mengamalkan
budaya fikir tetapi bersama-sama menggabungkan penggunaan teknologi dalam
sebarang tindakan.

Guru pada hari ini berdepan dengan pelajar yang dikenali sebagai generasi
internet. Mereka lebih selesa dengan dunia internet dan cekap serta pantas
menguaai kemahiran dalam pelbagai unsur baharu dalam internet. Maka
persekitaran pembelajaran juga perlu berubah daripada bilik darjah formal
kepada bilik darjah maya, seterusnya akan mengubah persekitaran
pembelajaran kepada pembelajaran personal.

36
Layari Internet
Adakah anda pernah mendengar tentang istilah Personalised Learning
Environment (PLE), Virtual Learning Environment, Intelligent Learning
Environment (ITL) dan Open Learning Environment (OLE)

Mari kita fahami istilah-istilah di atas, PLE adalah pembelajaran yang berlaku
secara online dalam pelbagai bentuk mengikut pilihan pelajar, VLE pula adalah
pembelajaran yang berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan
iaitu pembelajaran yang berlaku secara online dan pertemuan formal, juga
dikenali sebagai blended. ILE adalah persekitaran pembelajaran yang berlaku
dalam situasi penyelesaian masalah, yang lebih kepada bentuk pembelajaran
konstruktivisme dan discovery learning.

Adakah anda telah memahami istilah perkembangan persekitaran


pembelajaran tersebut? Jika tidak, teruskan pembacaan anda bagi melihat
dengan lebih jelas tentang perbezaan istilah tersebut dalam jadual perbandingan
di bawah.

Personalised
Virtual Learning Intelligent Learning Open Learning
Learning
Environment Environment Environment
Environment

37
Pembelajaran berlaku Pembelajaran berlaku Situasi penyelesaian Satu pendekatan
secara online dalam secara online masalah pembelajaran yang
pelbagai bentuk pilihan sepenuhnya atau ---------------------------- memberi fleksibiliti dan
pelajar secara gabungan Konstruktivisme pilihan kepada pelajar
------------------------- (online dan pertemuan ----------------------------- terhadap ‘apa’, ‘bila’,
Pembelajaran formal) – dikenali Discovery learning ‘kadar’, ‘di mana’, dan
formal dan informal sebagai blended ‘bagaimana’ mereka
boleh berlaku ------------------------- belajar
------------------------- Pelajar perlu berdaftar ------------------------
Maklumat isi pelajaran ------------------------- e-learning
diperoleh melalui Maklumat dan aktiviti ------------------------
pelbagai media pembelajaran menggalakkan
perisian dimuatkan dalam portal pemikiran yang
------------------------- pembelajaran dan berbeza dari pelbagai
Pelajar sendiri yang papan buletin perspektif
menentukan arah dan -------------------------- -------------------------
halatuju Kawalan dibuat melalui menyediakan
pembelajarannya Learning Management pembelajaran sendiri
-------------------------- System (LMS) dan dan memberikan
Interaksi sosial berlaku Virtual Learning autonomi kepada
melalui penggunaan Environment pelajar
pelbagai media dan -------------------------- -------------------------
perisian sosial Tiada interaksi sosial Media elektonik
-------------------------- (pangkalan data,
Word processor, tutorial komputer, video
E-mel, Audio, dll), media cetak (buku
Weblog, teks, artikel jurnal),
Photo Sharing Service, atau manusia (pakar,
Web browser- ibu bapa, guru, rakan
Firefox, windows, sebaya)
Instant messaging
skype dll.

Jadual Perbandingan PLE, VLE, ILE dan OLE

Mengumpul Maklumat
Dapatkan maklumat lanjut melalui internet ciri-ciri yang
membezakan persekitaran pembelajaran maya dan persekitaran

38
pembelajaran personal.

Menurut Jarvela (2006), sistem pembelajaran personal terdiri daripada tujuh


dimensi kritikal iaitu :
1. Pembangunan kemahiran dalam bidang spesifik.
2. Mengaraskan bidang pendidikan melalui pimpinan untuk meningkatkkan
kemahiran pembelajaran dan motivasi pelajar.
3. Menggalakkan pembelajaran melalui pembangunan motivasi
4. Kolaborasi dalam membina pengetahuan
5. Membangunkan model baru untuk kajian
6. Menggunakan teknologi sebagai satu alat sosial dan kognitif personal
7. Peranan baharu guru berdasarkan penggabungan pendidikan yang lebih
baik dalam pembelajaran masyarakat.

Kesemua dimensi ini adalah penting dalam usaha membangunkan sistem


pembelajaran personal. Pendidikan di alaf baharu hasil daripada ledakan dan
perkembangan teknologi dan pelbagai cabaran harus ditangani oleh guru
dengan bijak. Guru di bilik darjah harus memahami fenomena perubahan ini dan
berusaha menggabungkan pelbagai ilmu, kemahiran dan kreativiti ke arah
melahirkan satu corak penyampaian yang berkesan dan bermakna.

Rehat

5.4 REKA BENTUK RESOS

39
Hasil Pembelajaran :
 Menjelaskan perkembangan ciri-ciri reka bentuk resos dalam pendidikan
 Merancang dan merangka reka bentuk resos yang inovatif

Definisi Reka Bentuk Resos


Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksana dan
menilai bahan pengajaran. Satu bidang sains untuk mencipta spesifikasi resos
pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian, dan
penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran suatu
unit pelajaran kecil atau besar dalam suatu pelajaran dengan berasaskan bahan
yang akan digunakan. Mengikut Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki
bin Miskun dalam buku, “Guru dan Cabaran Semasa”, (2010), rekabentuk resos
merupakan suatu proses sistematik untuk merekabentuk, membangun,
melaksana dan menilai bahan pengajaran sains untuk mencipta spesifikasi resos
pengajaran dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan
penyelenggaraan. Seringkali kita mendengar perkataan resos dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Di sekolah juga terdapat sebuah bilik khas untuk
menyimpan bahan bantu mengajar yang dipanggil Bilik Sumber atau Bilik Resos.

40
Satu proses sistematik untuk mereka
bentuk, membangun, melaksana dan
menilai bahan pengajaran

Guru dan pelajar mempunyai Teknologi e-pembelajaran


pilihan yang amat luas untuk REKABENTUK membuka laluan pengajaran
memilih jenis teknologi yang RESOS secara maya (melalui internet)
sesuai dengan mudah dan pantas.

Bidang sains untuk mencipta spesifikasi resos pengajaran


dengan terperinci untuk pengembangan, penilaian dan
penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh memudahkan
pembelajaran suatu unit pelajaran dengan berasaskan
bahan yang akan digunakan

Konsep Reka Bentuk Resos


Rekabentuk resos digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis bahan
pengajaran dan pembelajaran menggunakan resos tradisional seperti bahan
bercetak, bahan 2-D dan 3-D ataupun resos terkini seperti bahan berbantukan
komputer melalui pelbagai media audio-visual, pengaksesan maklumat,
pembelajaran secara online dan jaringan sosial.

Tujuan Reka Bentuk Resos


Sistem pendidikan Malaysia sedang mengalami perubahan dan transformasi
yang pesat. Corak pendidikan masa kini semestinya sudah banyak berubah jika
dibandingkan dengan masa yang lampau. Perkembangan teknologi maklumat
membawa implikasi yang besar terutamanya dalam konteks pendidikan.
Pengajaran-Pembelajaran Bantuan Komputer (PPBK) adalah salah satu cara
pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular di kalangan
para pendidik selain dari resos traditional yang tidak berasakan teknologi.

41
Tujuan rekabentuk resos dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah;
 Mendorong murid menanam sifat berdikari sewaktu meneroka bidang
ilmu.
 Pembelajaran berpusatkan murid.
 Menggunakan konsep Pembelajaran Masteri.
 Meningkatkan kualiti serta keberkesanan sistem pendidikan
keseluruhannya.
 Bahan pengajaran berbantu komputer di pasaran adalah kurang sesuai
dan tidak menepati objektif Falsafah Pendidikan Negara kerana pakar
komputer yang menghasilkan bahan P&P tidak mahir dalam aspek
pedagogi.
      
Jenis Reka Bentuk Resos

BERASASKAN TEKNOLOGI ICT BUKAN BERASASKAN ICT

e-buku Bahan 2-D


Buku dalam bentuk elektronik namun Bahan yang bercetak, dilukis, digambarkan pada
kandungannya sama dengan buku bercetak. kertas atau apa permukaan 2D. Contoh seperti
gambar, poster, bahan grafik, dll.
e-majalah Bahan 3-D
Majalah dalam bentuk elektronik namun Bahan yang merupai bahan sebenar. Contoh
kandungannya sama dengan majalah bercetak. spesimen, diorama, model 3D, boneka, dll.
e-portfolio
Alat interaktif dinamik untuk memuatkan
pengumpulan bahan pembelajaran murid, artifak,
catatan interaksi guru dan murid.
Blog dan Forum
Kolaborasi dan bimbingan dalam talian.

42
1. Reka Bentuk Berasaskan Teknologi

Model Reka Bentuk Resos

43
1. Model Berorientasikan Bilik Darjah

Model berorientasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan.


Guru hanya memilih media yang sesuai dengan objektif pengajarannya bukan
membina media seperti dalam model yang berorientasikan sistem. 

Model-model ini tidak berhajat menjadikan guru sebagai pembina bahan


kerana tugas guru lebih banyak ditumpukan kepada pengajaran. Guru hanya
merancang pelajaran untuk satu atau dua waktu dan menyediakan reka bentuk
pengajaran sebelum masuk ke bilik darjah.  Contoh-contoh model
RP beroreintasikan bilik darjah adalah model Gerlach dan Ely (1980), model
ASSURE (1996),model Kemp (1985) dan model Dick dan Reiser (1989). Berikut
adalah dua contoh model berkenaan:

Dalam model ASSURE (Heinich, Molenda, dan Russell, 1993) terdapat enam
langkah:

A - Analyse learners (Analisis pelajar),
S - State objectives (Nyatakan objektif),
S - Select media and materials (Pilih media dan bahan),
U - Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan),
R - Require learner participation (Libatkan pelajar dalam pembelajaran),
E - Evaluation/reviem (Penilaian/Semak semula bahan).

Dalam model Dick dan Reiser (1989 ) terdapat Lapan langkah:


(a) Tentukan matlamat,
(b) Analisis ciri pelajar,
(c) Tulis objektif,
(d) Pilih/semak buku teks,
(e) Bina ujian,
(f) Bina aktiviti pengajaran,
(g) Pilih media pengajaran,

44
(h) Laksana pengajaran.

2. Model Berorientasikan Produk


Contoh model yang berorientasikan produk adalah model Van Patten (1989),
model Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) dan model Bergman dan Moore
(1990).

3. Model Berorientasikan Sistem


Contoh  model yang berorientasikan sistem adalah model IDI (1973), model
IPISD (1975), model Dick dan Carey (1979), model Diamond (1989) dan
model Seels dan Glasgow (1990). Berikut adalah contoh bagi produk dan
satu contoh bagi sistem.

i)   Dalam model jenis produk Leshin, Pollock dan Reigeluth (1990) terdapat tujuh


langkah:
a.  Analisis masalah
b.  Analisis domain
c. Analisis dan susun tugasan,
d.  Analisis dan susun isi sokongan pelajaran,
e.  Tentukan peristiwa dan aktiviti pengajaran,
f.   Lakukan reka bentuk mesej interaktif,
g.  Nilai pengajaran.

ii)  Dalam model jenis sistem Dick dan Carey (1979) terdapat sembilan langkah:


a. Kenal pasti matlamat pengajaran,
b. Buat analisis pengajaran,
c. Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar,
d. Tulis objektif prestasi,
e. Bina item ujian rujukan kriteria,
f. Bina strategi pengajaran,
g. Bina dan pilih bahan pengajaran,

45
h. Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif,
i. Semak semula pengajaran.

Peringkat Reka Bentuk Resos

Dalam peringkat merekabentuk resos, guru perlu juga mengambilkira aspek


perancangan pengajaran yang akan dilaksanakan. Untuk memastikan
pengajaran yang baik dapat dilaksanakan, reka bentuk resos pengajaran yang
sesuai haruslah dipertimbangkan. Peringkat reka bentuk resos ialah:

1. Analisis Murid - Merangkumi tiga perkara iaitu ciri-ciri umum, kompentensi


khusus peringkat masuk dan gaya pembelajaran. Ciri-ciri umum meliputi
umur, tahap, tingkatan dan latar belakang sosioekonomi.

2. Nyatakan Objektif - Merupakan penyataan yang menentukan tingkah laku


spesifik yang boleh diukur dan dilakukan murid setelah mengikuti sesuatu
pengajaran. Menyatakan objektif dapat  membantu guru dalam merancang
resos pengajaran. Pemilihan kaedah, media dan bahan adalah berdasarkan
tingkat kebolehan murid, dan objektif pengajaran. Oleh kerana kebiasaanya
setiap kelas terdiri daripada murid pelbagai kebolehan, berkumpulan dan
pengajaran secara kelas. Justeru penggunaan media dan bahan perlulah
pelbagai.

Pada peringkat ini terdapat beberapa langkah yang perlu dipertimbangkan


antaranya adalah seperti berikut :
    beri gambaran awal tentang bahan yang akan digunakan
       penyediaan bahan
     sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang
menggunakan bahan yang dipilih
       sediakan murid menerusi set induksi atau pernyataan objektif
    sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat
dilaksanakan dengan berkesan dan diingati oleh murid.

46
3. Penglibatan murid
   la penting untuk memastikan pembelajaran benar-benar berlaku. Aktiviti yang
boleh dijalankan untuk melibatkan murid ialah seperti latih tubi, latihan, kuiz
dan sebagainya. Guru juga boleh melibatkan murid dalam kaedah
berkumpulan.

4. Penilaian
Nilai dan semak adalah penting untuk melihat keberkesanan sesuatu perkara
serta untuk menyediakan langkah-langkah untuk meningkatkan
keberkesanannya. Penilaian meliputi pencapaian murid berdasarkan
kemahiran, sikap dan objektif. 

Ciri-Ciri Rekabentuk Resos

- Kos yang berpatutan (boleh juga guna bahan terbuang)


- Mempunyai identiti kebangsaan
- Menepati arahan  dan kurikulum
- Bersesuaian dengan pencapaian murid
- Hiasan berpada dan ketepatan teknik

Kesan Kelebihan Reka Bentuk Resos

Reka bentuk resos mempunyai banyak memberikan manfaat dan kelebihan


kepada guru dan murid khususnya jika digunakan dengan bijaksana. Antara
kelebihan reka bentuk resos ialah memberikan banyak sumber maklumat kepada
guru untuk mengajar. Ini akan menjadikan guru lebih kreatif dan cekap. Guru dan
murid juga boleh mengakses maklumat daripada pelbagai sumber. Selain itu,
guru juga boleh mempelbagaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

47
Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas akan menarik minat
murid untuk belajar. Di samping dapat mengemaskini bahan-bahan pengajaran
dengan lebih bersistematik. Reka bentuk resos juga dapat menjimatkan masa
guru untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

48
Kelebihan Rekabentuk Resos

49
50
5.5 REKA BENTUK PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN YANG INOVATIF

Hasil Pembelajaran
Mengemukakan reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang inovatif

Konsep Penilaian
Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi
menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Ia
sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan
dalam mentafsir hasil pengukuran yang bertujuan memberikan maklumat
tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Ia merangkumi aspek
pengujian dan pengukuran

Tujuan Penilaian
i. Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar
ii. Membantu guru membuat perbandingan antara pelajar dengan
pelajar mahupun antara satu kelas dengan kelas yang lain.
iii. Membuat perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut
dengan subjek lain.
iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dengan yang rendah
pencapaiannya.
v. Membantu guru melakukan pengayaan dan pemulihan.
vi. Membolehkan guru menilai bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran
vii. Meningkatkan keberkesanan pengajaran guru

Prosedur dalam penilaian


i. Persediaan Ujian.
ii. Pentadbiran Ujian (Pemilihan Lokasi).
iii. Pemeriksaan Dan Pengukuran Ujian.
iv. Membuat Analisis.
v. Interpretasi / Dapatan / Tindakan.

51
Pentaksiran Pembelajaran
Tujuan pentaksiran adalah untuk memastikan pembelajaran berlaku seperti yang
dirancang selain membantu guru merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Pentaksiran dapat memberikan manfaat kepada guru dan murid
dalam bentuk maklum balas bagi meningkatkan pengajaran dan pembelajaran.
Pentaksiran pembelajaran mempunyai pelbagai bentuk dan ciri.

Ciri-ciri Pentaksiran Pembelajaran di dalam bilik darjah:

Berpusatkan pelajar
Memberikan penekanan terhadap pembelajaran di dalam bilik darjah dan
bagaimana untuk menjadikan pembelajaran lebih berkesan
Arahan guru
Fungsi guru di sini ialah menentukan perkara-perkara yang hendak dinilai,
bagaimana hendak menilai serta bagaimana hendak menggunakan maklumat
yang diperoleh untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran
Manfaat bersama
Penglibatan pelajar dalam membuat penaksiran kendiri akan menjadikan pelajar
lebih memahami isi pelajaran. Guru juga akan mendapat idea baharu untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Formatif
Melalui pentaksiran, guru dapat menjadikan pembelajaran di dalam bilik darjah
lebih berkualiti dan bukan semata-mata untuk tujuan penggredan. Melalui
pentaksiran pembelajaran, guru dapat membuat penambahbaikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

Konteks pembelajaran spesifik


Pentaksiran bagi sesuatu kelas tidak semestinya sesuai untuk kelas yang lain.
Pentaksiran yang dilakukan biasanya khusus untuk keperluan bilik darjah, guru,
pelajar dan mata pelajaran yang tertentu sahaja.

52
Berterusan
Pentaksiran yang berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran
berupa satu bentuk maklum balas yang memberikan maklumat tentang
perkembangan pembelajaran pelajar.

Amalan pengajaran yang baik


Pentaksiran membolehkan amalan pengajaran yang baik dimanfaatkan sebaik-
baiknya.

Perkembangan Dalam Pentaksiran Pembelajaran

A. Pentaksiran Prestasi
Menilai perkembangan pembelajaran pelajar secara langsung apa yang
dapat dibuat, bagaimana proses dan pengalaman pembelajaran. Proses ini
menilai keupayaan pelajar dalam melakukan sesuatu atau menggunakan
sesuatu kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang baharu. Pentaksiran
dibuat melalui pemerhatian terhadap apa sebenarnya dialami dan dihasilkan
oleh pelajar. Pentaksiran prestasi juga dikenali sebagai pentaksiran autentik.

Kelebihan pentaksiran prestasi.


i. Merekod apa yang diketahui dan dilakukan oleh pelajar
ii. Menilai keupayaan pelajar berfikir, membuat analisis, sintesis dan penilaian
iii. Memudahkan guru membuat pentaksiran secara individu berdasarkan
pemerhatian secara berterusan.
iv. Memudahkan guru merancang pengajaran berdasarkan keupayaan pelajar.
v. Memudahkan pihak sekolah, ibu bapa dan sebagainya memperoleh
maklumat terperinci tentang pembelajaran pelajar.
vi. Memudahkan guru mengurus pengajaran dan pembelajaran dengan lebih
bermakna.

53
Komponen-komponen pentaksiran prestasi:
i. Senarai semak perkembangan
ii. Portfolio pembelajaran
iii. Laporan pembelajaran

Ciri-ciri pentaksiran prestasi


i. Pelajar terlibat dalam aktiviti berbentuk autentik
ii. Tugasan akan jadi lebih bermakna, berbentuk aplikasi kemahiran,
pengetahuan dan integrasi KBKK
iii. Bagi mendapatkan tugasan yang baik, penggunaan bahasa dan laras
bahasa yang betul perlu digunakan
iv. Dua bentuk tugasan prestasi iaitu berasaskan projek dan berasaskan produk
v. Penekanan diberikan terhadap kedalaman pemahaman dalam melaporkan
tugasan

Tugas guru dalam pentaksiran prestasi


i. Tentukan matlamat tugasan
ii. Sediakan hasil pembelajaran yang eksplisit
iii. Sediakan tugasan berdasarkan keadaan sebenar (real world)
iv. Sediakan langkah pelaksanaan tugasan yang lengkap bagi membimbing
pelajar
v. Bina pentaksiran dalam tugasan iaitu dalam bentuk kontekstual
vi. Guna borang penilaian agar pentaksiran dilakukan dengan adil dan tepat

B. Pentaksiran Berasaskan Portfolio


Portfolio ialah satu bentuk bukti proses perkembangan pembelajaran.
Penyediaan portfolio merupakan antara keperluan dalam pentaksiran prestasi.
Penyediaan portfolio yang sistematik mengandungi ciri-ciri berikut:

54
CRADLE iaitu:
Collecting-mengutip
Reflecting-refleksi dan catatan jurnal
Assessing-penaksiran
Documenting- mendokumentasi
Linking- perkaitan
Evaluating-penilaian

Ciri-ciri Portfolio yang sistematis


i. Komprehensif
Pengumpulan data yang tepat dan pelbagai

ii. Terancang dan sistematik


Mengandungi perancangan yang baik sebelum dilaksanakan.

iii. Bermaklumat
Maklumat yang dimasukkan mestilah yang bermakna kepada guru.

iv. Dibuat khusus


Menepati tujuan dan matlamat penyediaannya.

v. Autentik
Maklumat yang dimasukkan berkait rapat dengan tugasan autentik pelajar.

Prosedur pentaksiran portfolio


i. Kenal pasti tujuan dan fokus
ii. Rancang isi
iii. Reka bentuk analisis
iv. Sediakan tatacara penyampaian
v. Kenal pasti prosedur pengesahan
vi. Laksanakan model pentaksiran

55
C. Pentaksiran Kendiri
Penaksiran kendiri melibatkan pelajar menilai diri sendiri; apa yang telah
dipelajari dan bagaimana dia mempelajarinya. Pelajar akan memantau
perkembangan dan kemajuan pembelajaran mereka berdasarkan objektif dan
hasil pembelajaran.

Langkah-langkah pentaksiran kendiri:


i. Membuat refleksi pengalaman yang lalu
ii. Mengingat semula apa yang telah berlaku
iii. Menggambarkan semula idea yang telah dipelajari
iv. Menyimpan rekod tindakan yang telah diambil
v. Menentukan hala tuju akan datang

Strategi pentaksiran kendiri


i. Modeling - menggunakan hasil kerja yang baik sebagai contoh

ii. Kemahiran menyoal secara berfokus

-pelajar diminta membina soalan untuk mendapatkan maklumat tambahan

iii. Pengurusan grafik

-bentuk visual yang dapat membantu pelajar menstruktur pemikiran mereka


dalam bentuk diagram

iv. Membuat refleksi pembelajaran- catatan jurnal tentang apa yang dialami

v. Penilaian rakan sebaya - maklum balas daripada rakan sebaya

vi. Senarai semak

-untuk mentaksir sikap pelajar, tingkah laku dan tindakan pelajar semasa
proses pembelajaran

vii. Portfolio digital – penggunaan ICT dalam pentaksiran pembelajaran

viii. Aplikasi teknik pentaksiran bilik darjah

-menggunakan pelbagai aktiviti penaksiran untuk pembelajaran

56
D. Pentaksiran Berasaskan Komputer
i. Pentaksiran ini merupakan pentaksiran yang disediakan, ditadbir dan
disemak oleh komputer.
ii. Terdapat perisian khas untuk kegunaan guru.
iii. Pentaksiran pembelajaran lebih menarik dan boleh mendapat maklum balas
secara langsung
iv. Prestasi pelajar akan ditentukan oleh program komputer berdasarkan aras
kesukaran soalan
v. Electronic votting system membolehkan guru membuat pentaksiran selepas
pengajaran dan pembelajaran selesai
vi. Tahap penguasaan pembelajaran pelajar dapat diukur dengan cepat dan
tindakan susulan dapat dibuat.

Fikirkan
Bagaimanakah pentaksiran masa kini yang inovatif berbeza
dengan penaksiran tradisional?

Tamat

Rujukan:

Jarvela, S. (2006). Personalised Learning? New Insights into Fostering Learning


Capacity. Persinalising Education – ISBN-92-64-03659-8© OECD 2006.

Mohd Izham Mohd Hamzah & Noraini Atan (2007). Tahap kesediaan guru Sains
dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E) Jun 2007; 45-60.

57

Anda mungkin juga menyukai