Anda di halaman 1dari 10

Tugasan 2: Laporan Projek

Pada 15 Mac 2019 yang lalu, saya dan dua orang ahli kumpulan yang lain
iaitu Nur Ameera binti Abdul Malik serta Intan Suzanna binti Abdul Ghaffar telah
pergi ke SK Panagatan Keningau untuk menguji keberkesanan inovasi kami. Kelas
tahun 5 telah dipilih bersesuaian dengan topik yang terkandung dalam inovasi kami
iaitu Teknik Tiupan Tahun 5.
Penilaian projek inovasi dilaksanakan untuk meneliti hasil produk terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran serta mengetahui kesukaran yang dihadapi
dalam penggunaannya semasa proses pembelajaran. Penilaian inovasi perlu diberi
perhatian sewajarnya agar inovasi yang dicipta tidak merugikan malah memberi
manfaat terhadap guru dan murid.
Inovasi digital yang kami hasilkan adalah berkonsepkan Bahan Bantu
Mengajar yang akan guru gunakan diawal sesi pengajaran dan pembelajaran
sebelum proses menghasilkan karya bermula. Inovasi tersebut berbentuk multimedia
interaktif, di mana murid berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman
menggunakan bahan tersebut dengan bimbingan guru. Perkara ini, dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan serta selari dengan
pembelajaran Abad ke-21.

1
Sebelum kami memperkenalkan inovasi digital kepada murid-murid, guru
terlebih dahulu meminta murid untuk menjawab beberapa soalan berkenaan dengan
Teknik Tiupan. Hasil daripada soal selidik tersebut, didapati sebilangan besar murid
tidak dapat menjawab dengan betul. Ini menunjukkan, bahawa pengetahuan sedia
ada murid berkenaan dengan Teknik Tiupan adalah lemah.

2
Setelah guru mengajar berbantukan produk inovasi kami, sekali lagi murid
diminta untuk menjawab ujian bertulis bagi menilai kefahaman mereka. Soalan yang
sama diberikan semula kepada murid dan perbandingan markah telah dibuat
sebelum dan selepas inovasi diperkenalkan. Kami mendapati hampir kesemua murid
berjaya menjawab dengan betul soalan yang diberikan setelah selesai inovasi. Ini
menunjukkan, bahawa projek inovasi kami adalah berkesan dan berjaya mencapai
objektif. Murid-murid juga nampak lebih berkeyakinan sewaktu menjawab soalan
ujian pos berbanding ujian pra.

3
Karya teknik tiupan yang murid hasilkan juga boleh dikatakan amat baik. Ini
kerana, kesemua karya yang dihasilkan menepati kriteria yang guru tetapkan iaitu
mempunyai corak pelbagai saiz, hasil aplikasi penyedut minuman dengan diameter
berbeza dan penggunaan warna primer dan sekunder dalam karya. Suasana pdp
juga berjalan dengan amat lancar dan sistematik berbantukan projek inovasi kami.
Murid-murid lebih faham dan tidak terlalu banyak bertanya sewaktu proses
penghasilan karya.

4
Setelah semuanya selesai, guru telah menjalankan sesi temubual bersama
murid-murid yang dipilih secara rawak. Soalan-soalan yang diutarakan adalah
berkaitan dengan teknik tiupan seperti apakah alat dan bahan yang terlibat dalam
menghasilkan karya tiupan. Turut disoal ialah perasaan murid sepanjang sesi pdp

5
berbantukan bahan inovasi. Murid-murid yang disoal berjaya menjawab dengan baik
dan betul soalan guru berkenaan dengan teknik tiupan. Mereka juga mengatakan
bahawa pembelajaran pada hari ini adalah menyeronokkan kerana terdapat
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

6
Inovasi sering dikaitkan dengan penciptaan produk atau nilai tambah yang
diyakini dapat memberikan impak positif kepada sesebuah masyarakat, organisasi
dan negara. Terdapat dua kategori inovasi iaitu inovasi yang terhasil daripada
penambahbaikan serta inovasi baharu dan asli. Inovasi yang kami hasilkan bukanlah
sesuatu yang baru, kerana sebelum ini telah ramai golongan pendidik yang
menggunakan perisian ‘powerpoint’ sebagai Bahan Bantu Mengajar. Namun apa
yang menjadi nilai tambah atau kelainan terhadap projek kami ialah susun atur dan
penggunaan elemen multimedia seperti grafik, audio dan video yang berbeza,
namun masih bersesuaian dengan topik pembelajaran.
Secara keseluruhannya, dapat saya katakan bahawa inovasi yang telah kami
hasilkan sememangnya mencapai objektif. Keberkesanannya sudah terbukti melalui
hasil keputusan ujian pos serta hasil temu bual bersama murid. Penggunaan inovasi
digital yang kami hasilkan sebagai BBM boleh membantu guru untuk meningkatkan
kefahaman murid berkaitan dengan Topik Teknik Tiupan. Walaubagaimanapun,
setiap perkara pasti ada kekuatan dan kelemahan, Untuk inovasi kami, kelemahan
yang saya kenalpasti ialah inovasi ini hanya dapat digunakan untuk satu topik sahaja
iaitu Teknik Tiupan Tahun 5. Ini bermakna, inovasi ini hanya relevan sekali sahaja
penggunaannya sepanjang setahun untuk kelas tahun 5 sahaja. Keterbatasan ini
menyebabkan tidak semua murid dan guru boleh memanfaatkan kebaikan inovasi
ini. Bagi menyelesaikan masalah ini, guru boleh mempelbagaikan lagi tajuk dan topik
Pendidikan Seni ke dalam inovasi supaya ianya boleh dimanfaatkan oleh lebih
banyak murid bukan sekadar tahun 5 semata-mata.
Projek inovasi ini tidak berhenti setakat di sini sahaja. Guru akan menambak
baik dan mengaplikasi inovasi ini dalam pdp pada masa hadapan serta mencuba
berkongsi dengan guru-guru lain tentang inovasi ini demi kebaikan bersama.

7
Lampiran

8
9
10

Anda mungkin juga menyukai