Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN

1. Penaung

Definisi :

 orang yg memberikan perlindungan (bantuan, galakan dll); pelindung: Isteri Perdana


Menteri telah dilantik menjadi ~ Persatuan Wanita Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi
Kedua)

Skop tugas:

 jawatan ini tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengendalian sesuatu program,
tetapi nasihat mereka akan diminta jika diperlukan.
 Penaung selalunya menjadi pelindung pada persatuan dan penjaga imej persatuan.
Biasanya lebih besar dan terkenal sesebuah persatuan, maka penaungnya juga merupakan
orang-orang kenamaan yang terkenal. Contohnya Persatuan Pandu Puteri Malaysia,
penaungnya ialah Raja Permaisuri Agong.

Contoh pelaksanaan tugas di sekolah:

Penaung akan memberi sokongan terhadap apa sahaja penambahbaikkan supaya program
yang dirancang di sekolah dapat memcapai matlamatnya.

Senarai AJK di bawah penaung:

1) Pengerusi- Bertindak menguruskan perjalanan program seperti mempengerusikan


mesyuarat, memantau dan memastikan semua AJK menjalankan tugas.
2) Naib pengerusi- Membantu pengerusi menjalankan tugas-tugasnya.
3) Setiausaha- Menyediakan kertas kerja serta minit-minit mesyuarat, maklumat-maklumat
program dan hal-hal lain berkaitan kesetiausahaan.
4) Timbalan setiausaha- Membantu tugas-tugas setiausaha.
5) Bendahari- Mengendalikan segala urusan yang berkaitan dengan kewangan program
seperti kutipan yuran, bayaran dan sebagainya.
6) Timbalan bendahari- Membantu bendahari.
7) AJK Kecil
2. Keselamatan

Definisi :

 keadaan selamat; keamanan: Pasukan polis menjaga ~ dlm negara. (Kamus Pelajar
Edisi Kedua)

Skop tugas:

 Memeriksa kawasan, tempat dan segala infrastruktur termasuklah peralatan yang


terlibat dalam sesebuah program sebelum program tersebut berlangsung agar sentiasa
berada dalam keadaan selamat.
 Menjaga keselamatan sepanjang program berlangsung
 Memastikan keadaan berada dalam keadaan terkawal sepanjang program.
 Berkerjasama dengan agensi luar seperti pihak polis dan sebagainya sekiranya perlu.
Memaklumkan tentang program yang dianjurkan kepada hospital berdekatan serta pihak
bomba sebagai persediaan sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku.

Contoh pelaksanaan tugas di sekolah:

Memantau disiplin murid sewaktu program berlangsung supaya program berjalan dengan lancar
dan agar dapat mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Memastikan keselamatan
dari segi keadaan ciri fizikal lokasi program dilaksanakan agar bebas daripada perkara-perkara
yang boleh mendatangkan bahaya seperti meja/kerusi yang hampir patah.

Senarai AJK di bawah keselamatan:

1) AJK Keselamatan- Menyediakan first aid dan memaklumkan kepada pihak hospital
berdekatan sebelum program dilaksanakan.
2) AJK Kebajikan- Menjaga kebajikan peserta program seperti memastikan makanan
tersedia sewaktu program berlangsung.

3. Hadiah

Definisi :
 pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg penghormatan, dll):
terimalah ~ kami yg tidak sepertinya ini; dia menerima berbagai-bagai ~ pd hari jadinya;
2. ganjaran (kerana menang dlm perlumbaan, pertandingan, dll): bagi pemenang yg
pertama disediakan ~ sebuah piala perak (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Skop tugas:

 Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata untuk tetamu jemputan, pertandingan


 Menyediakan hadiah dan cenderamata untuk tetamu jemputan dan pertandingan
 Menganggar dan membuat belanjawan yang diperlukan

Contoh pelaksanaan di sekolah:

AJK hadiah perlu berhubung dengan AJK aktiviti atau AJK pertandingan untuk mendapatkan
senarai aktiviti dan pertandingan yang akan diadakan. Seterusnya AJK hadiah perlu berhubung
dengan bendahari untuk mendapatkan makluman tentang peruntukkan kewangan untuk hadiah
dan cederhati. Daripada peruntukkan tersebut, AJK hadiah berbincang dan menentukan senarai
hadiah yang perlu dibeli. Selain itu, AJK hadiah juga perlu memastikan hadiah tersebut
dibungkus atau dibalut dengan baik sebelum program bermula. Sewaktu hari kejadian, AJK
hadiah akan mengambil peranan sewaktu penyampaian hadiah kepada para pemenang dan
peserta.

Senarai AJK di bawah hadiah:

1) AJK cenderahati – Mengurus cenderahati sebagai penghargaan buat tetamu jemputan


seperti ketua kampung, pengerusi PIBG. Menyediakan cenderahati buat panel hakim.
2) AJK sijil- Menyediakan dan mengurus sijil-sijil untuk penyertaan dan untuk para
pemenang.
3) AJK hadiah- Mengurus hadiah untuk setiap pertandingan yang dianjurkan.

4. Kewangan

Definisi :

 hal-hal yg berkaitan dgn wang: Ia sentiasa menghadapi masalah ~. Kementerian ~


Kementerian yg mengurus wang negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Skop tugas:

 Bertanggungjawab terhadap semua hal ehwal kewangan persatuan.


 Menandatangani semua cek dan baucer bersama-sama Presiden/YDP atau Setiausaha.
 Menjaga dan memastikan wang persatuan hanya digunakan untuk perkara yang
berfaedah sahaja.
 Boleh menyimpan wang tunai tetapi dipastikan tidak melebihi apa yang dibenarkan oleh
perlembagaan persatuan. Wang tunai yang lain atau cek diterima hendaklah
dimasukkan dalam akaun persatuan.
 Memastikan perbelanjaan bagi sesuatu tahun tidak melebihi anggaran yang telah
diluluskan oleh mesyuarat agung sebelumnya.
 Mengutip yuran bulanan atau tahunan dari ahli.
 Menyimpan buku penyata, buku akaun bank, buku cek, resit, buku wang keluar masuk
dan buku wang tunai.
 Menyediakan Laporan Kewangan untuk Mesyuarat / Mesyuarat Agung
 Membuat anggaran perbelanjaan untuk program
 Membuat laporan kewangan

Contoh pelaksanaan di sekolah:

Membuat kutipan terhadap guru-guru untuk jamuan makan serta mendapatkan peruntukkan
daripada Guru Besar setelah kertas kerja diluluskan. Bendahari akan mengawal keluar masuk
kewangan dan memastikan rekod tersebut disimpan sebagai laporan pada sesi post-mortem
nanti.

Senarai AJK di bawah kewangan:

1) Bendahari- Mengurus segala perkara berkaitan dengan kewangan sesuatu program.


2) Timbalan bendahari-Membantu bendahari menjalan tugas-tugasnya.

Anda mungkin juga menyukai