Anda di halaman 1dari 3

Pembentangan Laporan Projek -

1. Memberi maklum balas kekuatan dan kelemahan dalam pembentangan laporan projek
adalah salah satu sesi yang penting dalam memberi penilaian satu-satu projek. Bincangkan.

i) Definisi
a) Definisi maklum balas: Maklum balas merupakan tindak balas kepada
sesuatu perkara yang disampakain oleh penerima kepada penghantar.
Maklum balas penting untuk memastikan maksud maklumat yang
disampaikan oleh penghantar pertama sama maksud dengan apa yang
ditafsirkan oleh penerima pertama. Tanpa maklum balas, kecekapan dan
keberkesanan komunikasi tidak dapat dilaksanakan
(https://www.slideshare.net/smklbting6/proses-ko). Maklum balas boleh diberi
atau didapatkan melalui berbagai kaedah iaitu mengemukakan soalan-soalan
sama ada daripada penghantar atau penerima, reaksi-reaksi bukan lisan
yang kelihatan, ‘rephrasing’ atau ‘paraphrasing’ iaitu merumuskan semula
mesej dan ringkasan-ringkasan (https://www.slideshare.net/KhairulTaib/5-
komunikasi-di-khalayak). Komunikasi akan membentuk dua jenis maklum
balas iaitu secara positif atau negatif. Maklum balas secara positif akan
memudahkan komunikasi dapat diterima bagi memudahkan penghantaran
dan penerimaan mesej tersebut. Kedua-dua maklumbalas positif dan negated
ini boleh berlaku secara maklumbalas internal melihat diri sendiri sebagai
akibat dari mesej yang disampaikan. Maklum balas memainkan peranan
yang penting agar sesuatu program dapat diperbaiki lagi pada masa yang
akan datang. Tanpa maklum balas, pihak penganjur tidak dapat mengetahui
apa kelemahan dan kekuatan dari sudut pandang pihak luar berkenaan
dengan program yang telah dianjurkan.

b) Definisi kekuatan: Kekuatan merupakan keupayaan struktur untuk


menahan daya yang bertindak ke atasnya. Ia merupakan struktur yang
kuat dapat menampung beban yang berat dan tidak mudah retak, pecah,
patah atau runtuh (https://pt.slideshare.net/RosnaniGhazali1/kekuatan-dan-
kestabilan-struktur/2). Definisi kekuatan juga adalah, 1. tenaga, daya:
makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasaan, keteguhan,
kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat
dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~
iman keteguhan iman; (Kamus Dewan Edisi Keempat).
c) Definisi kelemahan: Keadaan atau hal lemah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua).
Kelemahan merujuk kepada perkara yang kurang dan memberi impak yang
kurang baik terhadap sesuatu perkara. Kelemahan akan menjadi penghalang
kepada kesempurnaan dan kejayaan sesuatu aspek secara menyeluruh.

ii) Ciri-ciri kekuatan dan kelemahan yang perlu dihuraikan


a)Ciri-ciri kekuatan:
Sebelum: Antara kekuatan yang boleh diperhatikan sebelum pelaksanaan
projek adalah dari segi pengurusan organisasi yang cekap. Dalam hal ini,
kejayaan pengerusi dalam mengendalikan ahli jawatankuasa kerja dalam
menggerakkan mereka perlu diberi pujian. Sekiranya pengerusi berjaya
memainkan peranan dengan sebaik mungkin, maka projek yang dilaksanakan
dapat dijalankan dengan sebaiknya. Peranan pengerusi sahaja tidak
memadai jika tiadanya sokongan dan kerjasama daripada jawatankuasa
kerja. Ini kerana, sesuatu projek tidak akan terlaksana tanpa kerjasama
daripada semua pihak. Oleh itu, sumbangan daripada setiap jawatankuasa
boleh dimasukkan sewaktu memberikan maklumbalas dari segi kekuatan
projek seni.
Semasa: Aspek yang boleh diperhatikan adalah dari segi kelancaran projek
seni pada hari kejadian. Semakin sedikit kesilapan yang ada, semakin tinggi
potensi projek seni tersebut dapat dijayakan mengikut perancangan. Dalam
hal ini, apa-apa sahaja perkara yang dilihat sebagai sesuatu yang positif
sewaktu hari kejadian boleh dianggap sebagai kekuatan projek seni. Sebagai
contoh, setiap aktiviti dapat dijalankan mengikut tentatif program. Punca
mengapa perkara ini dapat dicapai ialah peranan daripada AJK aktiviti yang
cekap dalam memastikan setiap aktiviti mula dan tamat pada waktu yang
ditetapkan.
Selepas: Setelah tamat projek seni, antara perkara yang boleh diperhatikan
ialah kerjasama semua AJK dalam membersihkan dan mengemas semula
tempat yang telah digunakan. Perkara-perkara lain yang dilihat sebagai
kekuatan juga boleh diulas dalam bahagian ini.

b)Ciri-ciri kelemahan:
Sebelum: Antara perkara yang boleh diperhatikan adalah berkenaan dengan
pengurusan ahli jawatankuasa. Perlu dilihat dengan terperinci samaada
setiap AJK dapat melaksanakan tugas mereka atau tidak. Selain itu, perkara-
perkara lain seperti kekurangan dana dan tiada sokongan daripada ibu bapa
juga boleh dimasukkan dalam bahagian ini.
Semasa: Segala perkara yang menyumbang kepada ketidaklancaran
program boleh diambil sebagai kelemahan. Sebagai contoh, kelemahan dari
segi teknikal dan audio yang menyebabkan program terganggu perlu
dinyatakan agar dapat diperbaiki pada masa yang akan datang.
Selepas: Perhatikan perkara yang tidak menepati objektif projek seni dan
perkara yang berlaku tidak seperti dirancang agar dapat dipertingkatkan pada
masa akan datang.
iii) Berikan contoh sebenar maklum balas kekuatan dan kelemahan projek seni
anda di sekolah
Nama Projek Seni: Pesta Seni Kanak-kanak SK Liau, Apin-Apin
Kekuatan:
-Projek seni ini mendapat sambutan yang baik daripada murid, ibu bapa dan
komuniti yang terdiri daripada masyarakat yang tinggal di sekitar sekolah.
Sambutan ini memeriahkan lagi Pesta Seni yang dijalankan.
-Setiap aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan dengan baik. Ini kerana
AJK aktiviti telah melaksanakan tugas mereka dengan amat baik dengan
persediaan yang amat rapi.

Kelemahan:
-Sewaktu majlis perasmian, terdapat masalah teknikal iaitu sekolah tiba-tiba
sahaja ‘blackout’ sewaktu Ketua Kampung sedang memberikan ucapan.
Disebabkan pihak penganjur tidak membuat persediaan awal untuk
menghadapi masalah ini, maka majlis tergendala buat seketika. Ini
menyebabkan kekalutan dan masa terbuang. Pada masa akan datang, pihak
sekolah boleh menyediakan microphone wireless yang menggunakan bateri
atau boleh dicas yang tidak memerlukan penggunaan tenaga eletrik secara
langsung.

Ulasan:
Secara keseluruhannya, Pesta Seni Kanak-kanak yang telah dijalankan
berjaya mencapai objektif projek. Walaubagaimanapun, masih terdapat
beberapa aspek yang perlu diperhatikan lagi.

iv) Kekangan yang dihadapi dalam menyediakan maklum balas


Antara kekangan dalam menyediakan maklum balas ialah pihak penganjur
program tidak dapat menerima kritikan yang diberikan. Tidak dinafikan,
terdapat individu yang tidak boleh menerima kritikan walaupun ianya
bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Bagi mengatasi hal ini,
pertama sekali orang yang ditugaskan memberi maklum balas perlulah
memberikan maklum balas secara berhemah. Perkataan yang sopan dan
tidak terlalu kasar namun memudahkan mesej disampaikan perlu diguna bagi
mengelakkan salah faham. Pihak yang diberi maklumbalas juga perlulah
bersifat terbuka dalam menerima maklum balas daripada orang lain. Perlu
diingat tanpa maklum balas, kita tidak tahu kesilapan yang ada dan akan
terus menerus melakukan kesilapan yang sama.

Anda mungkin juga menyukai