Anda di halaman 1dari 3

CATATAN REFLEKSI INTERNSHIP

1. Isu / Perkara yang difokus:


Sudut Pembelajaran Environmental Classroom

2. Analisis isu / perkara yang difokus:


2.1 Kekuatan:
Projek yang dijalankan ini dapat menggalakkan interaksi antara guru
pelatih dengan guru sekolah untuk mendapatkan maklumat berkaitan
dengan subjek RBT. Kami telah berbincang dengan mentor bagi
mendapatkan idea-idea yang sesuai untuk membina sudut pembelajaran
peta I-think. Selain itu, kami juga berbincang dengan guru lain di sekolah
tersebut untuk mendapatkan idea yang kreatif bagi menghiaskan dan
memaparkan maklumat berkenaan RBT pada sudut pembelajaran
tersebut.

Kekuatan kedua projek tersebut adalah mencungkil kreativiti guru


pelatih dalam menghasilkan sudut pembelajaran yang mampu menarik
perhatian dan memberikan maklumat kepada warga sekolah secara
tidak langsung. Kami telah menjalankan sesi sumbang saran untuk
berfikir dan mencari idea bagi menghasilkan sudut pembelajaran dengan
cara yang kreatif agar dapat menarik perhatian murid-murid dan juga
guru untuk menambah ilmu pengetahuan berkenaan.

Kekuatan ketiga projek tersebut adalah meninggalkan sumbangan


dan kenangan kepada warga sekolah yang dapat memberikan maklumat
yang bermanfaat kepada pihak sekolah terutamanya guru RBT Tahun 5.
Maklumat-maklumat berkenaan subjek RBT yang terkandung pada
sudut pembelajaran akan sentiasa membekalkan ilmu pengetahuan
kepada murid-murid yang melawatnya. Selain itu, kebanyakan
maklumat-maklumat tersebut telah dikukuhkan dengan laminate-nya
supaya tahan lama dan kemas.
2.2 Kelemahan:
Antara masalah yang dihadapi adalah dari segi pengurusan masa.
Hal ini berlaku kerana guru pelatih perlu menjalankan pelbagai tugasan
dalam tempoh internship ini. Kami perlu menyiapkan tugasan dari
pensyarah IPG, menjalankan PdP untuk tindakan penyelidikan,
mengantikan kelas serta mengambil bahagian dalam program sekolah
pada hujung minggu. Masa yang terhad telah menyebabkan proses
pelaksanaan projek telah tergendala sedikit sebanyak. Walau
bagaimanapun, kami telah berusaha untuk mengatasi masalah tersebut
melalui cara saling tolong-menolong dan bekerjasama dalam
menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Dalam proses untuk membina rangka peta I-think, kami juga


mengalami masalah iaitu kekurangan bahan yang boleh digunakan
untuk membuat rangka tersebut. Hal ini menyebabkan jenis bahan yang
digunakan kurang variasi dan hasil kerja menjadi kurang menarik.
Contohnya, warna cat sembur hanya ada beberapa jenis seperti warna
biru, hijau dan coklat. Tambahan pula, pembinaan rangka peta tersebut
memerlukan kemahiran dalam penggunaan pelbagai alatan tangan oleh
guru pelatih seperti menggergaji, menukul dan sebagainya. Hal ini turut
menjadi satu cabaran kepada kami yang memakan masa yang lama
untuk menyiapkannya.

3. Cadangan penambahbaikan:
Saya telah mendapat pelbagai pengajaran daripada penganjuran
program ini. Kekuatannya akan saya kekalkan dan kelemahannya pula saya
akan memperbaiki pada masa akan datang. Beberapa cadangan
penambahbaikan telah disenaraikan sebagai usaha untuk menambah baik
kualiti pelaksanaan program sebegini pada masa-masa akan datang.
Antaranya ialah saya harus menyediakan jadual waktu untuk membahagikan
tugas antara masa untuk membuat projek serta masa untuk membuat kerja
kursus, mengumpul data-data intervensi dan sebagainya. Selain itu, saya
juga harus menyenaraikan tugas-tugas yang perlu dibuat dan laksanakan
tugas yang paling penting terlebih dahulu agar kerja yang lain tidak
tertangguh.

Berdasarkan kelemahan-kelemahan yang terdapat semasa


menghasilkan peta I-think untuk sudut pembelajaran, terdapat beberapa
cadangan penambahbaikan yang boleh dibuat bagi meningkatkan
keberkesanan projek pada masa akan datang. Sebelum memulakan sesuatu
projek, satu perancangan yang teliti perlu disediakan terlebih dahulu
termasuklah langkah-langkah kerja, senarai bahan yang digunakan dan
jadual waktu untuk menyiapkan kerja. Hal ini amat penting supaya dapat
memudahkan perjalanan projek yang lancar serta menjamin kualiti hasil
kerja yang memuaskan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Tandatangan: .. Tandatangan: .

Nama : . Nama : .

Tarikh : . Tarikh : .

Anda mungkin juga menyukai