Anda di halaman 1dari 4

TUGASAN 3: PENULISAN ESEI

PENGALAMAN YANG DIPEROLEH SEMASA MELAKSANAKAN TUGASAN 2

1.0 PENGENALAN

Tugasan kerja kursus bagi kursus Kemahiran Belajar (GKB) mengandungi empat
tugasan. Tugasan 1 dan 3 dilaksanakan secara individu, manakala tugasan 2 dan 4
dilaksanakan secara berkumpulan. Jumlah ahli dalam setiap kumpulan ialah empat orang
dan setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu artikel kajian. Dalam kumpulan saya,
kami telah memilih artikel kajian nombor tujuh iaitu kajian tentang kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah
menengah. Di dalam tugasan 2, setiap kumpulan dikehendaki menggunakan alat dari
pengurusan grafik contohnya peta minda, peta pemikiran dan CoRT I dan IV untuk
mempersembahkan maklumat dan isi penting di dalam artikel kajian. Dalam melaksanakan
tugasan 2, pelbagai cabaran dan masalah yang dihadapi untuk menyiapkan tugasan
tersebut.

2.0 MASALAH YANG DIHADAPI

Dari segi masa, berlaku kekangan dan masa tidak mencukupi untuk menyiapkan
tugasan. Hal ini dikatakan demikian kerana, terdapat banyak program luar yang
dilaksanakan oleh IPG terutamanya pada hujung minggu yang mewajibkan pelajar untuk
hadir ke program tersebut. Selain itu, baru-baru ini, Pembimbing Rakan Siswa telah terlibat
dengan program bersama rumah kebajikan Fitrah Qaseh serta program kepimpinan ke
Pulau Pinang yang dijalankan pada hujung minggu dimana sepatutnya waktu tersebut
sesuai untuk berbincang tentang tugasan dan menyiapkan tugasan. Selanjutnya, masalah
untuk berkumpul bagi menyiapkan tugasan kerana terdapat beberapa ahli kumpulan yang
tidak dapat menghadirkan diri kerana terdapat urusan lain yang perlu diselesaikan.

Selain itu, terdapat banyak tugasan bagi kursus yang lain yang perlu disiapkan. Hal
ini menyebabkan masa tidak mencukupi untuk menyiapkan semua tugasan. Tambahan
pula, tarikh diberikan soalan kerja kursus dan tarikh menyerahkan tugasan bertembung
dengan tugasan bagi kursus yang lain.

Di samping itu, terdapat isi kandungan artikel yang tidak dapat difahami maksudnya.
Hal ini demikian kerana, terdapat perkataan yang jarang dijumpai di dalam penulisan dan
perlu merujuk Kamus Dewan bagi memahami maksud yang ingin disampaikan. Bukan itu
sahaja, isi-isi penting dalam artikel agak terhad dan menyukarkan kami menghuraikan isi
tersebut dengan lebih meluas.

Kekangan yang seterusnya ialah masalah dalam membuat persembahan


menggunakan pengurusan grafik. Saya dan ahli kumpulan mengalami sedikit kekeliruan
tentang rupa bentuk dalam alat-alat pengurusan grafik serta mengalami masalah dalam
membezakan antara peta pemikiran dan peta minda. Kami tidak mempunyai kemahiran
dalam menggunakan alat-alat grafik dan memerlukan tunjuk ajar.

Tambahan pula, berlaku sedikit percanggahan pendapat tentang kehendak soalan


serta berlaku salah faham tentang isi-isi penting berkaitan artikel. Percanggahan ini berlaku
kerana, pemahaman dan pendapat setiap ahli kumpulan yang berbeza.

3.0 CARA MENGATASI

Bagi menyiapkan tugasan tersebut, masalah yang dihadapi perlu diatasi dengan
segera agar tugasan dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang masalah. Bagi
masalah dalam pengurusan masa, kami telah menetapkan satu tarikh untuk berkumpul
dimana masa yang ditetapkan dibincangkan terlebih dahulu dan menetapkan tarikh tersebut
sekiranya semua ahli kumpulan berkelapangan. Selain itu, jadual membuat tugasan perlu
dirangka dan membuat tugasan lebih awal agar tidak tergesa-gesa membuat tugasan yang
lain. Kami perlu merancang jadual pembelajaran yang sistematik agar pengurusan masa
untuk menyiapkan tugasan lebih teratur.

Seterusnya, masalah tidak dapat memahami kehendak soalan dapat diatasi dengan
membuat perbincangan di dalam kelas yang melibatkan semua pelajar di dalam kelas
tersebut. Perkara ini perlu dilakukan agar semua pelajar faham tentang apa yang soalan
inginkan serta aspek-aspek yang perlu ada dalam pembentangan, penulisan esei dan
penghasilan produk individu dan kumpulan.

Di samping itu, kita boleh merujuk maksud sesuatu perkataan di dalam kamus
ataupun di dalam laman web sekiranya terdapat perkataan yang tidak dapat difahami. Kita
juga boleh bertanya kepada pensyarah dan rakan-rakan yang lain agar kita lebih faham
tentang makna tersirat sesuatu perkataan atau ayat.

Terakhir, masalah dalam pembinaan pengurusan grafik dapat diatasi dengan melayari
internet untuk mencari maklumat tentang jenis-jenis pengurusan grafik dan cara
memaparkannya. Kita boleh belajar dari youtube tentang cara penggunaannya. Dalam hal
ini, kemajuan ICT hendaklah dimanfaatkan dengan sebaiknya bagi mencari maklumat
berkaitan tugasan.

4.0 PENGETAHUAN YANG DIPEROLEHI

Pengetahuan yang saya perolehi dari artikel ini ialah, pemikiran yang kritis dan kreatif
diberi penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. KBKK
ini diwujudkan bagi melahirkan pelajar yang mampu berfikiran luas, dapat memberi hujah
dan pendapat tentang sesuatu maklumat yang diperolehi, mengeluarkan idea, membuat
keputusan dan dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Selain itu, alat bantu mengajar yang
digunapakai oleh guru juga penting bagi mengembangkan lagi proses mental pelajar dan
berani menyuarakan pendapat.

Selain itu, saya juga dapat mengetahui tentang makna kemahiran berfikir dan makna
pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran berfikir ini penting agar sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan subjek yang dipelajari tidak
terikat dalam silibus sahaja. Malah ia boleh dikembangkan lagi dan menguji kefahaman
pelajar. Seterusnya, saya juga dapat mengetahui tentang set induksi pengajaran dimana
aktiviti ini dilakukan sebelum memulakan sesi pembelajaran dilaksanakan. Aktiviti ini dapat
menarik minat pelajar dan mengetahui tentang tajuk yang akan dipelajari. Set ini samada
aktiviti soal jawab ataupun berbentuk grafik. Set induksi ini mempunyai unsur kemahiran
berfikir dimana ia dapat mencungkil pengetahuan sedia ada pelajar.

5.0 PENGALAMAN

Pengalaman yang saya dapat daripada tugasan ini, ialah pada mulanya saya
mengeluh kerana perlu menyiapkan empat tugasan dalam masa sebulan sahaja. Tetapi
saya sedar bahawa tugasan yang kita perolehi amat baik untuk meningkatkan lagi ilmu
pengetahuan dan dapat mengeluarkan idea. Dalam masa yang sama, saya juga berasa
gembira kerana dapat bekerjasama dalam kumpulan dan menyuarakan hujah dan pendapat
masing-masing tentang tugasan yang dilaksanakan. Hal ini dapat menghubungkan sel-sel
otak dan meningkatkan fungsi kognitif kerana berfikir tentang sesuatu. Selain itu, ICT
memainkan peranan penting untuk memudahkan pelajar menyiapkan tugasan kerana
dengan hanya di hujung jari sahaja, kita dapat mengakses pelbagai maklumat di serata
dunia. Tugasan ini banyak memberikan pengajaran kepada saya iaitu untuk mengelakkan
kita terburu-buru membuat kerja kursus, kita perlu mencipta jadual pembelajaran yang
sistematik agar kita dapat menggunakan masa dengan sebaiknya.
6.0 PENUTUP

Oleh hal yang demikian, kita perlu menyusun strategi sebelum melakukan tugasan
agar ianya dapat disiapkan dengan baik. Kerjasama antara kumpulan amat penting untuk
memastikan tugasan yang diberikan dapat disiapkan dan dihantar sebelum tarikh hantar
telah tamat. Kemahiran dalam membuat pengurusan grafik perlu dikuasai kerana ia dapat
menyampaikan dan mempersembahkan maklumat dengan lebih teratur dan kita dapat
mengetahui tentang isi utama. Pengurusan grafik juga dapat menarik minat kanak mahupun
pembacanya untuk melihat dan memahami sesuatu maklumat atau ilmu pengetahuan.

Anda mungkin juga menyukai