Anda di halaman 1dari 5

MPU3193

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

ULASAN REFLEKSI

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN ROHAINI BINTI AMIN

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMAD SYAHIN BIN MOHD SHAKIRIN

(23BE02122)

ISM PENDIDIKAN ISLAM DENGAN MULTIMEDIA

SESI I 2023/2024
Kelebihan (Plus):
1. APAKAH KELEBIHAN SEBELUM,SEMASA,DAN SELEPAS MENYIAPKAN
TUGASAN FIS?
Pada mulanya, apabila menerima tugasan bagi subjek FIS MPU3193 Falsafah Isu Semasa,
saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan tugasan ini kerana pengetahuan
sedia ada kumpulan kami tentang subjek Falsafah Isu Semasa amatlah sedikit. Apabila
menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar dan muncul di kotak minda saya ialah
mampukah kami menyiapkan tugasan ini dalam masa yang di tetapkan. Ini kerana kami
merupakan pelajar yang berlainan kelas walaupun masih dalam satu fakulti. Di samping itu
juga, terdapat beberapa tugasan kerja khusus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh
yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya
untuk melaksanakanya bersama ahli kumpulan saya yang lain.

Semasa menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan yang saya perolehi semasa
membuat tugasan ini bersama kumpulan saya. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk
diberikan sama rata. Komitmen atau rasa tanggungjawab diperlukan semasa melakukan kerja
berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disapkan. Kami telah membuat
membuat tugasan mengenai “Kepentingan Adab Dalam Amalan Berpolitik Di Malaysia”.
Kami membuat pertemuan sebanyak dua minggu sekali untuk bertanya mengenai
perkembangan serta bertukar pendapat jika perlu. Kami juga tidak mempunyai masalah untuk
berjumpa kerana bilik kami adalah di blok yang sama cuma berlainan tingkat.

Selain itu, perpustakaan juga merupakan tempat untuk kami memperoleh bahan untuk
dimasukkan di dalam tugasan yang diberikan. Buku-buku di dalam perpustakaan terlalu
terhad untuk kami menemukan bahan rujukan jadinya ada diantara kami yang pergi ke
perpustakaan luar untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci berkaitan dengan tajuk
kami supaya tugasan dapat disiapkan dengan lebih tepat dan menarik. Antara buku rujukan
yang kami guna ialah buku “Politik Malaysia Perspektif Teori Dan Praktik” di mana menjadi
panduan utama dalam melakukan tugasan ini. Tambahan pula, kami juga melayari internet
untuk memperoleh maklumat, kami menggunakan internet kerana tidak mahu ketinggalan
untuk menggunakan teknologi masa kini yang telah maju dan canggih.

Pn Rohaini juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam kelas agar kami tidak
berlengah dan menangguhkan kerja kursus ini. Jika beliau tidak melakukan perkara ini, kami
tidak dapat menyiapkan tugasan dan akan melakukanya pada masa-masa akhir. Hal ini akan
menyebabkan tugasan yang dihantar kurang berkualiti dan markah yang akan peroleh tidak
memuaskan. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat
kumpulan kami untuk menghasilkan tugasan yang terbaik.

Selepas menyiapkan tugasan ini saya telah mendapat banyak pengalaman. Kami
mempunyai kekurangan yang begitu banyak. Apa yang dapat dipelajari, sebagai seorang
mahasiswa Universiti Islam Selangor, alasan sibuk dengan projek kerja khusus adalah tidak
wajar dikatakan kerana pembahagian masa yang baik perlu ada dalam setiap individu. Saya
juga harus sedar bahawa subjek “Falsafah Isu Semasa” ini bukanlah subjek yang boleh
dipandang rendah kerana ia mampu memberikan kesan yang positif kepada diri sendiri serta
masyarakat di luar. Kami dapat menyelesaikan tugasan yang diberi pada waktu yang
ditetapkan walaupun kami dihimpit dengan kekurangan dan kelemahan. Pada pendapat saya,
perbincangan di ‘Whatsapp’ bukanlah tidak efektif tetapi dengan melakukan perbincangan
secara berkumpulan dengan betul, pelbagai perkara dapat diselesaikan dalam sesebuah
perbincangan. Oleh yang demikian, sikap bekerjasama ini adalah nilai yang perlu
dititikberatkan dalam menyiapkan tugasan kerja berkumpulan. Tanpa nilai-nilai tersebut
setiap perancangan atau perbincangan akan menghadapi lebih banyak masalah dan hasil kerja
akan kurang bermutu.

Kelemahan (Minus):
2. APAKAH KEKURANGAN/KELEMAHAN SEBELUM,SEMASA DAN
SELEPAS MENYIAPKAN TUGASAN FIS?

Kelemahan sebelum menyiapkan tugasa FIS ini ialah cabaran dalam memilih ahli
kumpulan. Hal ini kerana, Pn Rohaini telah mengarahkan kami semua untuk memilih ahli
kumpulan dari kelas yang berbeza. Situasi ini memberi cabaran kepada saya untuk memilih
ahli yang dapat memberikan kerjasama sewaktu tugasan berlangsung. Terdapat juga beberapa
ahli kumpulan saya yang berdiam diri selepas mengagihkan tugasan kerja di dalam group
‘Whatsapp’ sehingga perlu mesej berulang kali baru membalas. Keadaan ini menambahkan
rasa tidak puas hati terhadap ahli kumpulan.

Seterusnya, kelemahan semasa ingin menyiapkan tugasan ini ialah pada awalnya agak
sukar bagi saya untuk memahami tugasan video yang diberikan. Hal ini demikian kerana,
saya perlu menonton dua video pendek mengenai Sang Kancil dan Buaya serta memahami
bahasa klasik yang digunakan dan juga perlu memahami isi kandungan cerita yang ingin
disampaikan. Saya perlu mengkaji dan meneliti intipati video tersebut sebelum membuat
ulasan dan huraian bagi menyiapkan tugasan kertas kerja. Selain dari kertas kerja, kami juga
perlu membuat satu poster dengan menggunakan aplikasi ‘coggle’ untuk dibentangkan di
Dewan Kuliah. Kumpulan kami melakukan pelbagai cara untuk menggunakan aplikasi ini
berbanding ‘canva’ yang jauh lebih mudah serta senang diguna pakai setiap golongan
mahasiswa pada masa kini.
Selain itu, selepas kami menyiapkan tugasan kertas kerja, kami mempunyai masalah seperti
untuk mencetak kertas di pusat koperasi atas alasan kertas habis serta mesin pencetak warna
rosak. Hal ini menyebabkan, kami perlu ke kedai di luar kawasan Universiti untuk mencetak
kerja khusus serta kertas saiz A3 untuk poster.

Menarik (Interesting):
3. APAKAH YANG MENARIK SEBELUM,SEMASA DAN SELEPAS
MENYIAPKAN TUGASAN FIS?

Perkara yang menarik sebelum menyiapkan tugasan FIS ini ialah tajuk tugasan dapat
dipilih oleh pelajar sendiri mengikut kerjasama ahli kumpulan masing-masing. Ini
membolehkan pelajar untuk memilih tajuk yang sesuai untuk memperoleh maklumat serta
mudah untuk dikupas sewaktu pembentangan berjalan. Selain itu, setiap kumpulan boleh
memilih seramai 6 orang pelajar. Ini memudahkan dalam pengagihan tugasan berkumpulan
serta dapat bertukar maklumat sesama sendiri. Semasa menyiapkan tugasan FIS, kami
sekumpulan dapat mendalami ilmu falsafah berkaitan tajuk yang dipilih oleh ahli kumpulan.
Selain itu, kami juga dapat mengenali tokoh-tokoh yang membangunkan ilmu falsafah di
dalam subjek FIS ini. Selain itu, saya juga dapat berfikir secara logik ataupun kritis dalam
menjalankan sesuatu benda dan juga dapat menentukan keputusan yang dilakukan dalam
menilai hujah sesuatu idea. Secara tidak langsung ianya dapat mengajar saya serta ahli
kumpulan dengan lebih mendalam serta terperinci mengenai tentang subjek ini. Kami juga
bertungkus-lumus dalam menyiapkan tugasan yang diberi serta mendapatkan maklumat
dengan lebih lanjut.

4. BAGAIMANA SAYA AKAN BAIKI KELEMAHAN YANG SECARA TIDAK


LANGSUNG MEMBANTU SAYA SEBAGAI SEORANG PELAJAR?

Antara langkah yang boleh di ambil bagi memperbaiki kelemahan yang didapati oleh
kumpulan kami ialah sentiasa bersedia menghadapi masalah dan cabaran yang akan datang.
Tidak kira perbincangan dilakukan secara online ataupun bersemuka. Dengan ini masalah-
masalah yang kecil tidak akan menggangu perjalanan dan akhirnya akan menjanjikan hasil
kerja yang baik dan pada masa yang sama dapat memberi markah yang cemerlang kepada
pelajar. Sebagai seorang pelajar yang tidak berkemahiran untuk membuat sesuatu tugasan
atau kerja yang diberikan, perlulah tidak malu untuk bertanya kepada orang yang lebih
berilmu seperti penyasarah yang berpendidikkan tinggi dengan ini sedikit sebanyak dapat
membantu meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar dalam menganalisis atau menyemak
tugasan mereka sendiri sebelum dihantar. Dengan ini kerja akan jadi lebih mudah dan
pantas.

Anda mungkin juga menyukai