Anda di halaman 1dari 5

Refleksi Individu 1

Nama : Mohammad Shaimie Bin Rashid

No Matrik : A166172

Jantina : Lelaki

Kaum : Bajau

Program Pengajian : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Pendidikan) Sukan Dan
Rekreasi

Nama Tutor : Dr. Faridah Binti Mydin Kutty

Soalan 1

Apakah yang telah anda perolehi pada hari ini yang mana anda tidak mengetahui
sebelumnya?

Terdapat pelbagai perkara yang telah saya perolehi pada hari ini. Sebelum ini, saya tidak
mengetahui apa itu pemikiran kreatif, kritis dan inovatif. Setelah belajar subjek Kemahiran
Berfikir dalam Pendidikan, saya mengetahui lebih mendalam tentang kemahiran berfikir
terutamanya dalam pendidikan. Seperti yang sedia maklum, kaedah pendidikan pada masa kini
ialah Pembelajaran Abad ke-21. Oleh hal yang demikian, melalui subjek ini, saya merasakan
bahawa betapa pentingnya seorang guru untuk berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif. Hal
ini kerana, guru yang sebegitu akan dapat membentuk murid yang boleh berfikir aras tinggi.

Seterusnya, saya juga mengetahui tentang isu-isu dalam pemupukan pemikiran kreatif
dan kritis serta inovatif dalam kalangan pelajar. Setelah menemu bual guru dan juga murid,
terdapat pelbagai isu yang telah berbangkit tentang kemahiran berfikir aras tinggi ini. Dengan
melakukan aktiviti, maka, saya telah mengetahui bahawa tugas seorang guru bukanlah mudah
seperti khabar angin yang sering diperkatakan oleh orang ramai. Beban tugas guru bukan sahaja
mendidik, malah guru berperanan dalam memupuk pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam
diri pelajar. Terdapat pelbagai isu dan halangan yang dihadapi oleh guru dalam memastikan
setiap murid boleh berfikir aras tinggi.
Soalan 2

Apakah yang menarik kepada anda tentang idea-idea permasalahan berkaitan isu ……..
yang dibentangkan pada hari ini?

Tugasan ini adalah tentang isu-isu dalam pemupukan pemikiran kreatif, kritis dan inovatif
dalam kalangan pelajar. Antara perkara yang menarik saya tentang idea-idea permasalahan
berkaita isu pemikiran kritis dan keratif serta inovatif dalam kalangan pelajar adalah seperti
guru diminta untuk mengajar lebih daripada satu subjek dan di luar bidang masing-masing.

Saya merasakan bahawa guru tidak sepatutnya mengajar lebih daripada satu subjek dan
di luar bidang mereka. Hal ini kerana, guru tidak mempunyai tempoh masa yang mencukupi
untuk mengajar subjek yang terlalu banyak. Masa yang diperuntukkan sangat singkat dan
terhad semasa PdPC. Namun begitu, sebagai bakal guru, saya harus bersedia sekiranya
menghadapi masalah seperti ini. Oleh hal yang demikian, persediaan sebelum mengajar perlu
dititik beratkan supaya tidak menghadapi masalah seperti ini. Malah, sebagai bakal guru
Pendidikan Sukan dan Rekreasi, saya bukan sahaja perlu fokus terhadap subjek tersebut,
namun, saya haruslah mempunyai pengetahuan tentang subjek yang lain dan sentiasa bersedia
sekiranya saya diarah untuk mengajar subjek yang diluar bidang saya pada masa akan datang.

Seterusnya, isu yang berkaitan dengan kebisingan murid semasa PdPC dijalankan dan
sukar dikawal juga menarik saya. Seperti yang kita sedia maklum, murid sememangnya sukar
untuk dikawal apabila di dalam kelas. Guru yang berperanan untuk mengawal tingkah laku
murid semasa PdPC dijalankan. Lanjutan itu, arahan guru yang terlalu kompleks meningkatkan
isu pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan murid. Oleh itu, saya telah
mempelajari bahawa murid mempunyai tahap kefahaman yang berbeza. Sebagai seorang guru
pada masa akan datang, saya harus mengetahui lebih lanjut tentang gaya pembelajaran setiap
murid.

Soalan 3

Apakah yang anda setuju/tidak bersetuju dalam proses pencarian/pembinaan masalah


dalam kumpulan anda? Kenapa?
Saya merasakan bahawa saya bersetuju dalam proses pencarian kerana saya mendapatkan
maklumat dengan menemu bual guru dan murid. Hal ini bermakna, saya mendapatkan
maklumat dengan merasai pengalaman sebenar daripada seorang guru dan murid berkaitan
dengan isu pemikiran kreatif, kritis dan inovatif. Guru dan murid tersebut sendiri yang
berkongsi maklumat tersebut dengan kami yang membolehkan saya dan rakan saya memahami
dengan lebih lanjut.

Soalan 4

Apakah halangan yang perlu di atasi dalam menjalankan tugasan ini dan nyatakan
cadangan anda untuk mengatasinya

Setiap yang kita lakukan pasti ada cabaran dan halangan, begitu juga dengan saya sepanjang
melakukan aktiviti ini. Antara halangan dan cabaran yang saya hadapi adalah seperti mencari
sekolah yang kami hendak pergi untuk menjalankan kerja lapangan ini. Dari segi
pengangkutan, semua ahli kumpulan saya hanya mempunyai motor sahaja. Kami menghadapi
masalah untuk mencari sekolah yang berdekatan sahaja bagi memudahkan perjalanan kami ke
sana.

Oleh itu, kami memilih sekolah yang terdekat iaitu Sekolah Kebangsaan Seri Putra iaitu
terletak di Kajang, Selangor. Rentetan itu, sekolah ini agak berdekatan dengan kami dan
memudahkan perjalanan kami untuk melakukan aktiviti di sekolah tersebut.

Halangan yang seterusnya adalah seperti sukar untuk menghubungi guru yang kami
ingin temu bual. Namun begitu, saya tidak berputus asa dan berusaha untuk menghubungi guru
tersebut sehingga dapat. Berkat usaha dan kesabaran, urusan dengan guru tersebut berjalan
dengan lancar.

Selain itu, masalah komunikasi sesama ahli kumpulan merupakan salah satu halangan
yang kami hadapi. Masalah komunikasi ini mendorong kepada kurang bekerjasama dalam ahli
kumpulan. Namun begitu, saya merasakan bahawa masalah ini perlu diselesaikan secepat
mungkin. Oleh hal yang demikian, saya mulai berkomunikasi dan berbincang dengan semua
ahli kumpulan untuk memberi kerjasama supaya masalah ini dapat diatasi.

Soalan 5

Apakah yang anda setuju/tidak setuju dalam aktiviti yang dijalankan pada hari Ini?
Kenapa?

Pada pendapat saya, saya amat bersetuju untuk melakukan aktiviti seperti ini. Hal ini demikian
kerana, saya telah belajar banyak perkara melalui aktiviti ini. Tugasan ini iaitu kami diarah
oleh tutor untuk membuat kerja lapangan di sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu-
isu dalam pemupukan pemikiran kreatif, kritis dan inovatif dalam kalangan pelajar.

Apabila kami menjalankan tugasan ini, secara tidak langsung, membantu dalam
meningkatkan pengetahuan saya. Rentetan itu, dengan menggunakan kaedah inkuiri semasa
menemu bual seorang guru dan seorang murid di Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra yang
mampu menghasilkan output pembelajaran. Malah, aktiviti ini membantu saya dalam
menjawab soalan sebenar yang meningkatkan pengetahuan secara holistik.

Jika dilihat dari aspek yang lain, proses pembelajaran melalui aktiviti ini ialah belajar
melalui pengalaman sebenar. Apabila saya merasai pengalaman sebenar, saya dapat melakukan
pelbagai perkara secara praktikal dan mengalami sendiri. Oleh itu, saya telah mempelajari
pelbagai aspek tentang pengetahuan tentang kemahiran berfikir dalam pendidikan dengan
melakukan aktiviti ini dan mendorong saya untuk lebih faham.

Selain itu, saya merasakan bahawa aktiviti ini merupakan salah satu kaedah yang
memerlukan saya untuk menghuraikan isu dan persoalan yang rumit. Aktiviti ini
menggalakkan persefahaman, dapat membantu saya meneroka lebih dalam dan mendapatkan
maklumat dengan cara yang bermakna. Seterusnya, aktiviti ini membantu saya dalam
memperolehi beberapa kemahiran. Antaranya adalah seperti kemahiran abad ke-21. Kemahiran
pembelajaran abad ke-21 membantu saya sebagai bakal seorang guru untuk mengaplikasikan
pada masa akan datang. Malah, saya juga memperolehi kemahiran pengurusan masa dan
perancangan. Hal ini kerana, saya telah merancang untuk menemu bual seorang guru dan
seorang murid pada masa yang sesuai.

Anda mungkin juga menyukai