Anda di halaman 1dari 3

KESAN PEMANSUHAN UPSR.SEBAB TAK SETUJU.

1) Kesan mansuh UPSR murid acuh tak acuh nak belajar sebab tak ada target.
2) Murid darjah 6 kurang memberi penekanan ungtuk mempersiapkan diri menghadapi sekolah
menengah.
3) UPSR dapat merangsang murid atau pelajar dan pihak sekolah untuk bertindak secara
konkrit demi persiapan diri untuk tahap seterusnya.
4) Seorang guru Mohd Fadhli Salleh turut bersetuju dengan pandangan guru terbabit dan
percaya tidak ada peperiksaan membuatkan murid belajar tanpa satu matlamat.
“Ada benarnya pada saya.
Tak ada exam buatkan murid belajar tanpa suatu matlamat dan tak ada apa mereka nak
target.
“Exam push murid untuk lebih usaha, lebih rajin, dan fokus.
Tak dak exam budak acuh tak acuh je lah belajar.
“Tiada apa nak ditargetkan. Macam larian tanpa garisan penamat, tak dak orang akan berlari
bersungguh-sungguh. Nak lari, lari lah.

5) Kebimbangan akan pemansuhan UPSR ini akan menjejaskan kualiti pengajaran guru dan
berlakunya ketidakadilan dalam pengurusan hal-ehwal sekolah. Tambahan pula, kesibukan
ibubapa menyebabkan mereka tidak ada masa untuk membimbing anak-anak mereka.
Jikalau tidak merujuk kepada keputusan peperiksaan, para ibubapa tidak tahu macam mana
hendak menilai kemajuan anak mereka.
6) Apabila UPSR dimansuhkan sekaligus, pelajar tidak akan belajar secara sungguh-sungguh,
sebahagian guru mungkin juga tidak akan mengajar dengan serius jika peperiksaan
pentaksiran tidak wujud, oleh sebab pemikiran pelajar sekolah rendah belum matang,
mereka jarang ada initiative dalam pembelajaran.

7) KESAN NEGATIF PEMANSUHAN UPSR


 mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang
 menjejaskankualiti penilaian terhadap tahap prestasi pelajar yang berasaskan
peperiksaan standard
 menghilangkan budaya saling bersaing di sekolah
 peningkatan gejala ponteng sekolah kerana kurangnya insentif bagi pihak pelajar
untuk mengikuti setiap kelas
Pemansuhan UPSR turut meninggalkan beberapa kesan buruk. Pemansuhan UPSR akan
mengurangkan bilangan pelajar yang memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
SPM. Hal ini demikian, kerana pelajar hanya menduduki peperiksaan SPM buat sekali sahaja selepas
belajar selama sebelas tahun. Oleh itu, pelajar tidak mempunyai pengalaman yang secukupnya
sebelum menduduki peperiksaan SPM. Maka, data yang menunjukkan bilangan pelajar yang
cemerlang dalam peperiksaan SPM akan memperlihatkan pola yang merosot. Hal ini jauh berbeza
apabila dengan kewujudan UPSR ,pelajar akan mendapat pengalaman peperiksaan sebenar yang
pertama dalam UPSR di peringkat sekolah rendah sebelum mengambil peperiksaan PMR dan SPM di
sekolah menengah. Dengan ini, kesilapan yang pertama boleh dibaikpulihkan pada peperiksaan kali
kedua iaitu PMR. Hal ini membolehkan pelajar lebih berpengalaman dan berkeyakinan tinggi untuk
menduduki peperiksaan SPM selepas melalui dua peperiksaan awam yang dianggap peringkat
percubaan untuk kecemerlangan dalam SPM. Tegasnya, pengalaman pelajar dalam peperiksaan
amat pentng untuk menjamin peningkatan bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM.

Selain itu, pemansuhan UPSR turut menjejaskan penilaian terhadap tahap pretasi pelajar yang
berasaskan peperiksaan standart. Hal ini demikian, kerana guru di sekolah kurang berupaya untuk
menyediakan soalan yang standart dan setara dengan UPSR . Mereka hanya mampu menyediakan
ujian bulanan mengikut sekolah masing-masing sahaja untuk menilai perkembangan pelajar.
Penilaian perkembangan pretasi pelajar sebegini seolah-olah tiada hala tuju yang tertentu di
samping tidak dapat menilai perkembangan prestasi pelajar dengan tepat. Hal ini jauh berbeza
apabila UPSR dapat menilai keupayaan pelajar dalam menguasai perkara asas 3M iaitu membaca,
menulis dan mengira. Tambahan lagi, UPSR juga penting untuk menentukan tahap pencapaian
pelajar dengan tepat sebelum mereka melangkah ke alam sekolah menengah lagi. Jelasnya,
peperiksaan awam UPSR perlu dikekalkan untuk penilaian perkembangan pretasi pelajar yang
standart.

Pemansuhan UPSR juga menghilangkan budaya saling bersaing di sekolah rendah. Budaya saling
bersaing penting dalam kalangan pelajar sejak dahulu lagi. Hal ini demikian, kerana budaya saling
bersaing bukan sahaja mampu melahirkan pelajar yang mempunyai keazaman yang tinggi untuk
memperoleh keputusan peperiksaan yang cemerlang, malahan hal ini turut menjadi alternatif lain
untuk memberi dorongan kepada pelajar lain supaya mempertingkatkan prestasi mereka.Ekorannya,
data yang menunjukkan bilangan pelajar yang cemerlang dalam SPM akan meningkat. Kita sedar
bahawa peperiksaan awam akan diutamakan berbanding dengan ujian bulanan yang diadakan di
sekolah masing-masing.Oleh itu, pemansuhan UPSR dan PMR akan meninggalkan ujian bulanan
sahaja untuk menilai pretasi pelajar. Sebagai kesannya, para pelajar hilang semangat mahupun
inisiatif untuk saling bersaing antara satu sama lain. Tegasnya,pemansuhan UPSR wajar dibatalkan
supaya mengekalkan budaya saling bersaing daripada lenyap semasa ketibaan SPM nanti.

Tindakan memansuhkan UPSR boleh menyumbangkan kepada peningkatan gejala ponteng


sekolah dalam kalangan pelajar khususnya pelajar sekolah rendah. Hal ini demikian, kerana pelajar
menganggap bahawa kehadiran ke sekolah seolah-olah sia-sia dan membuang masa serta boleh
diabaikan tanpa perlunya pemikiran dan alasan yang berpatutan. Ketiadaan peperiksaan UPSR boleh
menjadi alasan bagi pelajar yang ponteng sekolah. Bagi pelajar sekolah rendah yang semangat hadir
ke sekolah, pasti suatu hari nanti mereka akan terasa sesak dan seolah-olah belajar tanpa tujuan.
Maka, tidak hairanlah apabila mereka lebih mengutamakan perkara lain seperti menghadiri kenduri ,
mengunjungi pusat beli belah dan seumpamanya yang menjadi menu utama selepas pemansuhan
UPSR. Mereka juga berpendapat bahawa sukatan pembelajaran hanya diuji dalam ujian bulanan
biasa sahaja sebaliknya bukan lagi penting untuk kelulusan yang cemerlang dalam peperiksaan
awam UPSR sekiranya peperiksaan awam ini dimansuhkan. Kesannya, pelajar tidak mementingkan
kehadiran ke sekolah sebaliknya meletakkan kepentingan terhadap perkara lain. Oleh itu, jelasnya
pemansuhan UPSR dan PMR akan menggalakkan gejala ponteng sekolah.

Anda mungkin juga menyukai