Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN PENGUKUHAN PELAKSANAAN PBS DALAM KALANGAN GURU

PERBANYAKAN LATIHAN DAN BENGKEL DALAM PENTAKSIRAN

Ilmu pentaksiran sangat penting kepada seseorang guru bagi melaksanakan pentaksiran yang
telus. Dengan ilmu ini pentaksiran guru akan mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi. Kajian Stiggins (2005) juga mendapati tidak ramai guru yang betul‐betul bersedia dalam
melakukan pentaksiran bilik darjah kerana mereka tidak berpeluang untuk mempelajari teknik‐
teknik dan amalan pentaksiran yang betul. Selama ini wakil setiap sekolah akan dihantar untuk
mendapatkan ilmu tersebut dan akan menyampaikan semula kepada guru-guru sama ada secara
formal atau tidak formal. Kesannya, maklumat yang disampai mungkin bukan sepenuhnya atau
mungkin berlaku kesilapan penyampaian maklumat. Dengan dapatan kajian Tan (2010) yang
mendapati guru kurang yakin melaksanakan PBS disebabkan kurang pengetahuan dan
kemahiran, maka pihak JPN harus turun ke sekolah-sekolah secara berperingkat untuk memberi
pendedahan yang secukupnya. Guru boleh bersoal jawab dan berkongsi masalah yang dihadapi
serta mendapat maklum balas serta-merta. Penyampaian ilmu ini mungkin boleh dibuat dua kali
setahun memandangkan masalah akan timbul setelah melalui proses pelaksanaan. Maka proses
pentaksiran akan berjalan dengan lancar apabila semua permasalahan telah dapat diselesaikan,
walaupun secara perlahan-lahan.

PEMANTAUAN YANG KONSISTEN DAN BERMATLAMAT

Pihak JPN/PPD mahu pun pentadbir sekolah seharusnya memantau semasa proses pentaksiran
berlaku dan bukan memantau guru-guru dari segi lisan yang bertulis. Ini adalah kerana laporan
bertulis mungkin boleh direka dan bukan dalam keadaan sebenar. Maka sebaiknya pemantauan
perlu dilihat sendiri oleh pegawai yang bertanggungjawab sejauh mana pelaksanaannya. Ia juga
berguna untuk mengesan masalah yang dihadapi oleh guru semasa proses pentaksiran berlaku.
Dengan itu penambahbaikan boleh segera dibuat bagi mengatasi segala permasalahan yang
ditanggung oleh guru. Kekerapan pemantauan juga boleh menjamin kualiti sesuatu pentaksiran.
Ini adalah kerana guru-guru perlu sentiasa bersedia dengan proses sebelum, semasa dan selepas
pentaksiran. Kajian secara online yang dibuat oleh LP pada September 2012, mendapati 90%
guru tahun 1, 2 dan 3 serta 83% guru tingkatan 1, tidak jelas tentang konsep pentaksiran. Guru-
guru ini menyatakan pentaksiran dilakukan selepas pengajaran sedangkan pentaksiran boleh
dilakukan semasa proses pengajaran dan pembelajaran (Stiggins 2005). Maka dengan adanya
pemantauan, masalah sebegini boleh dikesan dan tunjuk ajar boleh diberikan secara langsung.

KURANGKAN GANGGUAN DALAM PENTAKSIRAN

Program sekolah harus dikurangkan supaya tiada gangguan semasa pentaksiran dijalankan. Pihak
pentadbir perlu memberi kerjasama dengan tidak terlalu membebankan guru dengan tugasan
yang bukan melibatkan pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana guru perlu lebih masa
untuk yang melibatkan aktiviti pentaksiran di mana guru perlu merancang dengan teliti dan
menepati objektif pengajaran yang telah ditetapkan di awal pengajaran dan pembelajaran.
Program sekolah yang kerap diadakan di waktu persekolahan sedikit sebanyak mengganggu
perancangan guru dalam melaksanakan pentaksiran. Kalau dilihat rasional kepada perlunya
pelaksanaan PBS adalah (King & Brathwaite, 1991):

i. ia menaksir sesuatu objektif yang tidak dapat ditaksir melalui ujian bertulis biasa.
ii. ia memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan atau kemahiran yang
mereka kuasai.

Maka dengan ini perlunya guru dan pelajar beri penumpuan penuh kepada aktiviti pengajaran
dan pembelajaran untuk memastikan kualiti pentaksiran mencapai piawaian yang ditetapkan.

RUMUSAN

Guru yang melaksanakan PBS seharusnya diberi pengetahuan dalam pentaksiran supaya
keseragaman dan kejituan dalam memberi skor. Pihak sekolah perlu mengurangkan aktiviti-
aktiviti yang mengganggu guru dalam PdP. Pihak atasan juga perlu memantau dan sentiasa
memberi penekanan dalam aktiviti pentaksiran. Pelajar dan ibu bapa perlu diberi pendedahan
tentang kepentingan PBS supaya memudahkan guru bekerjasama dengan mereka.

Anda mungkin juga menyukai