Anda di halaman 1dari 11

PRESENT BY : NUR SYAADAH BT ALIAS IEB 070113 NURAIN BT NOORDIN IEB 070114

Dikembangkan oleh Keller dan Kopp (1987) sebagai jawapan kepada pertanyaan bagaimana merancang pembelajaran yang dapat mempengaruhi motivasi berprestasi dan hasil belajar Berdasarkan teori nilai harapan yang mengandungi dua komponen iaitu nilai (value) dari tujuan yang akan dicapai dan harapan/jangkaan (expectancy) agar berhasil mencapai tujuan itu

Keller mengembangkan 2 komponen tersebut menjadi empat komponen. Iaitu


Attention (PERHATIAN) Relevance (PERKAITAN) Confidence (PERCAYA DIRI ) Satisfaction (KEPUASAN) Models ARCS adalah model yang terkenal dalam model rekabentuk pengajaran yang digunakan secara meluas. Ia berakar umbi pada banyak teori dan konsep motivasi, khasnya teori jangkaan-nilai atau expectancy-value .

Dalam teori jangkaan, "usaha" dikenalpastikan sebagai

hasilan utama yang boleh diukur. Bagi menghasilkan usaha , 2 prasyarat mesti ditetapkan : (1) Seseorang itu mesti menghargai tugas (2) Seseorang itu mesti percaya ia boleh berjaya melakukan tugas. Oleh itu dalam proses P n P, pengajaran perlu : Disampaikan dalam cara yang melibatkan pelajar dan bererti kepada pelajar Dapat menggalakkan jangkaan positif akan kejayaan pencapaian objektif-objektif pembelajaran.

[A]ttention / Perhatian - strategi untuk

merangsang dan mengekalkan rasa ingin tahu dan minat. [R]elevance / Perkaitan - strategi untuk menghubungkan keperluan, minat dan motif pelajar. [C]onfidence / Keyakinan - strategi untuk membantu pelajar membangunkan jangkaan positif bagi mencapai tujuan pembelajaran. [S]atisfaction / Kepuasan - strategi untuk membekalkan pengukuhan ekstrinsik dan instrinsik. (Keller, 1983)

Gunakan media (televisyen, LCD) untuk melengkapi penyampaian bahan pembelajaran

Gunakan kaedah pengajaran yang pelbagai (kuliah, perbincagan,lakonan

Wujudkan gurau senda yang tidak keterlaluan pada waktu yang tepat.

Memberikan contoh-contoh yang realiti, nyata dan semasa untuk memperjelaskan konsep yang digunakan.

Gunakan teknik bertanya untuk melibatkan pelajar

Orientasi Matlamat Menerangkan objektif dan tujuan berkaitan dengan pengajaran dan kaedah-kaedah spesifik Contoh: Guru menjelaskan objektif dan kepentingan objektif pelajaran. Pemadanan motif Memadankan objektif dengan keperluan dan motif pelajar. Contoh: Guru membenarkan pelajar menyampaikan hasil projek dalam bentuk bertulis, lisan atau grafik demi menyesuaikan gaya dan keperluan pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan muridnya Kebiasaan Menyampaikan isi kandungan dengan cara yang mudah difahami dan berkaitan dengan pengalaman dan nilai pelajar. Contoh: Murid-murid diminta memberi contoh tentang pengalaman diri sendiri yang berkaitan dengan konsep yang telah diterima dalam kelas.

CONFIDENCE (KEYAKINAN)
Menyusun bahan pembelajaran agar mudah difahami iaitu dari mudah ke sukar. Contohnya : Guru mengajar perkaraperkara asas dahulu agar pelajar boleh faham secara berperingkat. Memberi peluang kepada pelajar menjalankan tugasan yang mencabar dan beerti buat mereka. Contohnya :Memberi pelajar menyelesaikan eksperimen dan projek Mengaitkan kejayaan pembelajaran kepada usaha dan kebolehan peribadi pelajar. Contohnya: Guru menulis maklum balas tentang kualiti prestasi pelajar dan memperakukan dedikasi dan kesungguhan pelajar.

Mengucapkan baik, bagus dan seterusnya bila pelajar menjawab dan mengajukan pertanyaan

Memberi tuntunan pada pelajar agar dapat memberi jawaban yang benar

Memuji dan memberi dorongan dengan senyuman, anggukan dan pandangan yang simanatik atas penyertaan pelajar

ARCS adalah pendekatan yang digunakan bagi meningkatkan motivasi pelajar dalam pengajaran. ARCS menyediakan kerangka yang kuat untuk mereka bentuk dan meningkatkan mutu motivasi dalam berbagai-bagai entiti seperti pengajaran di bilik darjah, penyediaan bahan di internet dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

http://ihashimi.aurasolution.com/model_mot ivasi_arcs.htm http://learningtheori.wordpress.com/2010/03/ 08/model-arcs-keller

Anda mungkin juga menyukai