Anda di halaman 1dari 23

ANALISA ARTIKEL TAHAP PENGUASAAN KOD BRAILLE BAHASA MELAYU

Nama pelajar: Aina Laili Asyiqin Binti Abdul Shafri

1.0 PENDIDIKAN KHAS DAN PENDIDIKAN INKLUSIF

1.1 KONSEP PENDIDIKAN KHAS DAN PENDIDIKAN INSKLUSIF

Menurut (Lee. K. C dan Sailajah, 2018).

- Pendidikan khas merupakan cabang daripada pendidikan inklusif namun


perbezaannya terletak pada keberadaan pelajar

- Pendidikan insklusif : para pelajar diletakkan secara bersama-sama dengan


pelajar yang mengikuti aliran perdana

- Pendidikan khas : pelajar diletakkan secara ekslusif secara bersama-sama dalam


kumpulan yang memiliki kecacatan yang sama.

1.2 KAJIAN UMUM TENTANG PENDIDIKAN KHAS

- Dalam penelitian yang telah dilakukan oleh penyelidik telah mendapati bahawa
masih terdapat banyak kelompangan kajian yang masih lagi belum terisi oleh mana-
mana kajian.

- Menurut Ilias, M. F., Ismail, M. F., & Jasmi, K. A. (2013), dalam sistem pengajaran
dan pembelajaran dalam pendidikan khas sebenarnya memerlukan usaha yang
terbaik untuk memastikan perkembangan dalam sistem pengajaran dalam
pendidikan khas yang dapat meningkatkan sikap pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik dalam pendidikan khas berlaku.

- Kajian-kajian berkenaan dengan pendidikan khas perlu terus diperkasakan dengan


menghadirkan kajian-kajian baharu dalam membantu untuk menampung keperluan-
keperluan dalam pendidikan khas.

- Menurut pengkaji, kajian ini boleh dibangunkan dengan menggunakan tiga pemboleh
ubah bersandar iaitu:

 penguasaan

 sikap

 minat terhadap pembelajaran pendidikan khas.

- Dilakukan terhadap pelajar IPG yang mengambil jurusan pendidikan khas bidang
masalah penglihatan.
- Menurut Abdul Rahim Selamat (1994), dalam kajiannya berpendapat bahawa kajian-
kajian berkenaan dengan pendidikan inklusif perlu terus diperjuangkan dengan
melaksanakan beberapa strategi dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran
berkesan agar dapat mengatasi masalah penguasaan dan penerimaan pelajar
terhadap mata pelajaran yang diajarkan oleh guru kepada para pelajar.

- Menurut Saiful Azam Khoo Abdullah. (2019) tahap penguasaan dan kepakaran guru
dalam kalangan pendidikan khas dan pendidikan inklusif hendaklah dipertingkatkan
daripada masa ke semasa

- Pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas perlulah sentiasa diselaraskan


dengan baik agar proses pembelajaran yang menyeluruh dapat diterapkan dalam
sistem pendidikan pada masa kini. (Bassok, D., 2016)

- Penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran dua hala yang berkesan perlu
untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar secara menyeluruh dalam kelas
(Hussin, M. K. A., &Hamdan A. R.. (2015)

1.3 KEPENTINGAN PENDIDIKAN

- Menurut Guralnick, M. J., & Bruder, M. B. (2016). mendapati bahawa keperluan


dalam bidang pendidikan pada masa kini semakin meningkat dan terus diberikan
keutamaan bagi memastikan tidak ada pelajar yang ketinggalan dalam arus
perkembangan pendidikan moden

1.4 FAKTOR KEGAGALAN PEDAGOGI TERDAHULU

- Tidak memperuntukkan masa yang mencukupi kepada murid


- Tiada bahan bantu mengajar digunakan

1.5 KEPENTINGAN PENDIDIKAN KHAS DAN INSKLUSIF

1. Memastikan pembangunan dalam sistem pendidikan dapat berjalan dengan lancar


- Menurut Maizatul Azmah Ab. Latif et. al. (2015) pula menjelaskan bahawa
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas dan
pendidikan inklusif adalah amat perlu dalam memastikan pembangunan dalam
sistem pendidikan dapat berjalan dengan lancar.

2. Memastikan pelajar aliran pendidikan khas mendapat tahap pendidikan yang sama
dengan murid tipikal lain
- Menurut Baglieri, S. (2016) kemajuan para pelajar dalam pendidikan khas perlu
seiring dengan kemajuan pelajar yang mengikuti aliran perdana ia dilakukan bagi
mengelakkan pelajar yang berada dalam aliran pendidikan khas ini tidak
ketinggalan dengan arus dan pembangunan pendidikan pada masa kini.

3. Memberi kesan sinifikan terhadap perkembangan pendidikan pelajar

- Menurut Horn, E. M., et al (2016) penekanan dalam aspek kurikulum dalam


pendidikan amat penting bagi kanak-kanak yang mengikuti aliran pendidikan
khas kerana memberikan kesan yang signifikan terhadap perkembangan
pendidikan dalam diri pelajar.

- Menurut Hur, E., Buettner, C. K., & Jeon, L. (2015,) pengajaran berpusat murid
sebenarnya dapat membantu dalam meningkatkan keberkesanan dalam
pengajaran yang menjurus kepada peningakatan penguasaan dalam
kalangan pelajar.

- Mampu memberikan peluang pembelajaran yang bersifat proaktif dan dinamik


dalam membantu perkembangan ilmu pengetahuan para pelajar

- Menurut Hamdan, A. R. Anuar, M. K., Khan, A. (2015). mendapati bahawa minat


pelajar dalam mempelajari pendidikan khas kerana ia dapat membantu dalam
membentuk ilmu pengetahuan bagi mereka

4. Membantu kanak-kanka hidup berdikari di masa hadapan

- Menurut Muhammad Radhana, (2017) mendapati bahawa bagi kanak-kanak


yang sedang membesar mendapatkan pendidikan di sekolah adalah penting
untuk membolehkan mereka hidup berdikari pada masa hadapan.

5. Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara murid dan guru

- Menurut H. Muhammad Shohib (2011) dalam proses pengajaran dan


pembelajaran ternyata penguasaan pelajar untuk mempelajari dunia pendidikan
khas adalah amat penting. Hal ini kerana kaedah konvensional dalam
pembelajaran OKU Penglihatan yang tertumpu pada pendengaran dan hafalan

6. Dapat membantu untuk meningkatkan minat para pelajar untuk meneruskan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran

7. Pengubahsuaian ini akan dapat membantu dalam melengkapkan keperluan bagi


golongan pelajar yang dimasukkan dalam pendidikan khas.
1.6 PERANAN GURU DALAM PENDIDIKAN KHAS

1. Berperwatakan baik dan menjaga tingkah laku

- Seseorang guru perlu mempunyai perwatakan yang terbaik dalam pengajaran


dan pembelajaran dalam pendidikan agar:

 dapat meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap apa yang mereka


pelajari semsa dalam pembelajaran dalam kelas.. (Chang, y. C. et al, 2016)

 dapat membantu untuk meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap


pembelajaran yang mereka semasa dalam bilik darjah.

- Menurut Hussin, M. K. A., &Hamdan A. R.. (2015) yang menjelaskan bahawa


tingkah laku guru dapat meningkatkan tahap penguasaan pelajar dalam
pendidikan inklusif#

- Menurut Nor Shidah Salleh et. al. (2009) yang mendapati bahawa sikap dan
perwatakan guru terhadap pendidikan khas perlu dibentuk dalam usaha untuk
menangani masalah dalam pendidikan khas

2. Menyediakan keperluan alat bantu mengajar yang sesuai

- Menurut M. Mustaqim Mohd Zarif, A.K. Mohamed, K.A. Mohamad & M.A.
Yusoff. (2008) guru perlulah menyediakan bahan bacaan yang sesuai
dengan kemampuan seseorang pelajar yang memiliki kecacatan dalam
penglihatan

- Menurut Abdul Razaq et. al, (2010) telah menemukan bahawa keperluan
guru pendidikan khas untuk mengajar atau memberi latihan penggunaan
alat bantu penglihatan kepada murid ketidakupayaan penglihatan

- Kejayaan latihan penggunaan alat bantu penglihatan dengan


menggunakan tulisan braile seharusnya menjadi matlamat kepada
seseorang guru

3. Meningkatkan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar

- Menurut Zainal, M.,et al. (2002) mendapati bahawa seseorang guru perlu
meningkatkan tahap kelajuan membaca sebenarnya amat membantu
sistem penguasaan pelajar dalam aktiviti membaca

- Menurut Oh-Young, C., & Filler, J. (2015) guru hendaklah sentiasa


meningkatkan kemahiran dalam sistem pengajaran dan pembelajaran
mereka akan dapat membantu meningkatkan penguasaan pelajar dari masa
ke semasa.

4. Berusaha menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas

- Menurut Ishak, H., Tamuri, A. H., Majid, R. A., & Bari, S. (2012)
mendedahkan tahap penguasaan dan kesedaran seseorang guru dan pelajar
adalah amat perlu dalam membantu mereka sama sama menjayakan
proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

- Menurut Lalvani, P., & Hale, C. (2015) mendapati usaha yang profesional
dilakukan oleh guru sememangnya akan dapat membantu dalam
meningkatkan tahap kefahaman dan pemahaman serta penguasaan pelajar
terhadap apa yang mereka pelajari dalam kelas.

5. Memberi sokongan yang sewajarnya kepada murid

- Menurut Kurth, J. A., Lyon, K. J., & Shogren, K. A. (2015) sokongan


daripada guru amat penting dalam memastikan perkembangan dalam
sistem pendidikan berlaku kerana akan dapat membantu meningkatkan
penguasaan pelajar menerusi peningkatan efikasi pelajar untuk meneruskan
proses pembelajaran dalam kelas dengan baik

- Menurut Othman et. al, (2008) menyokong dapatan kajian di atas dengan
menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua untuk
melaksanakan penglahiran lebih banyak modal insan yang dapat membantu
meningkatkan kefahaman dan proses pengajaran secara lebih efektif
dan berkesan.

6. Melaksanakan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang guru pendidikan khas


dengan sebaik mungkin

- Menurut Muhammad Radhana Alfaris. (2017) yang mendapati bahawa tahap


pemahaman pelajar sebenarnya perlu terus diberikan perhatian dalam usaha
untuk meningkatkan tahap pencapaian dan kebolehan guru untuk
melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang mereka pikul

- Menurut Whittaker, S.G. & Lovie-Kitchin, J. (1993) menyokong dapatan kajian


di atas dengan menjelaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab semua
untuk melaksanakan penglahiran lebih banyak modal insan yang dapat
membantu meningkatkan kefahaman dan proses pengajaran secara
lebih efektif dan berkesan
- Menurut Spungin, S.J. & Ferrell, K.A. (1991) yang menyatakan bahawa sikap
dan tanggungjawab para guru dalam pendidikan inklusif perlu dibina
dalam usaha untuk meningkatkan kefahaman para guru dan bakal tenaga
pengajar pada masa akan datang tentang amanah dan tanggungjawab yang
mereka perlu pikul sebagai seorang pendidik.

- Menurut Nissa, (2016) yang mendapati bahawa sikap guru terhadap


pendidikan inklusif adalah amat perlu tinggi bagi memastikan mereka berjaya
dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka
dengan baik.

- Menurut Saiful Azam, (2019) dapatan kajiannya mendapati bahawa kesan


daripada sikap guru terhadap pendidikan inklusif menyebabkan kesukaran
guru dalam melaksanakan aktiviti tugasan pengajaran dan pembelajaran
secara berkesan.

- Tanggungjawab besar yang dipikul oleh guru dalam sistem pendidikan


tidak mungkin tercapai sekiranya guru tidak memenuhi tahap profesionalisme
yang tinggi terutamanya dari aspek pengetahuan (Shukri Sulaiman, 2010)

7. Memberi pendedahan tentang cara membaca dan menulis kod-kod Braille

- Menurut Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad (2011) dari sudut medium
penyampaian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
komponen asas kurikulum adalah dengan membaca dan menulis
menggunakan kod-kod Braille

8. Mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah pembelajaran dalam kalangan


pelajar masalah penglihatan

- Golongan guru perlu mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah


pembelajaran dalam kalangan pelajar untuk meningkatkan minat dalam
kalangan pelajar mempelajari kod braile

1.7 CABARAN PENDIDIKAN KHAS DAN PENDIDIKAN INKLUSIF

1. Menurut Abdul Rahim et. al. (2019) masih banyak yang belum memahami ataupun
sekadar tahu tentang apa itu tulisan Braille. Mereka cenderung belum mengetahui
tulisan Braille itu seperti apa.
2. Menurut Abdul Rahim et. al, (2019) mendapati bahawa tahap kefahaman guru
berkenaan dengan pendidikan inklusif dan pendidikan khas masih lagi lemah.
3. Kekurangan latihan dan bimbingan yang guru pelatih terima menyebabkan
kekurangan dalam kemampuan mereka dalam mengajar pendidikan inklusif
4. Kesukaran bagi guru untuk memahami secara lebih mendalam akan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian untuk mereka gunakan dalam
konteks pembelajaran pendidikan inklusif Mohd Najib & Sanisah, (2006).
5. Menurut Maizatul Asmah et. al, (2015) kekurangan masih berlaku kerana para guru
kebanyakkan lebih tertumpu untuk melaksanakan tugasan hakiki sahaja.
6. Menurut Saiful Azam, (2019) dapatan kajiannya mendapati bahawa kesan daripada
sikap guru terhadap pendidikan inklusif menyebabkan kesukaran guru dalam
melaksanakan aktiviti tugasan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan
7. Menurut Pratiwi & Annisa, (2018) mendapati bahawa perubahan siakp guru dalam
pengajaran pendidikan khas menyebabkan permasalahan berlaku kepada murid
8. Menurut Binns, M.A., Bunce, Dickinson, C., Harper, R., Tudor-Edwards, R.,
Woodhouse, M., Linck, P., Suttie, A., Jackson, J., Lindsay, J., Wolffsohn, J., Hughes,
L. & Margain, T.H. (2012) mendapati minat guru dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam pendidikan khas ada berkurang disebabkan oleh kesukaran
dalam melaksanakan aktiviti pengajaran kepada pelajar.

2.0 KANAK-KANAK MASALAH PENGLIHATAN

2.1 DEFINISI KANAK-KANAK MASALAH PENGLIHATAN

- Menurut Legge, G.E., Ross, A.J., Isenberg, L.M. &LaMay, M.J. (1992) Masalah cacat
penglihatan merujuk kepada masalah yang melibatkan fungsi mata sebagai deria
penglihatan
- Menurut Leat, S.J. & Karadsheh, S. (1991), mendapati bahawa Murid Bekeperluan
Khas Masalah penglihatan ini merujuk kepada murid yang bermasalah fungsi deria
penglihatan yang juga melibatkan murid yang tidak pernah dapat melihat atau murid
yang buta sejak kecil, mahupun murid yang pernah melihat namun lama-kelamaan
mereka kehilangan penglihatan sedikit ataupun keseluruhan.
- Kanak-kanak yang mengalami masalah cacat penglihatan memerlukan pendidikan
khas yang bersesuaian dengan keperluan kanak kanak ini supaya dapat
mengoptimumkan pembelajaran dan pencapaian mereka berbanding dengan kanak-
kanak tipikal
- Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan merupakan murid yang disahkan
oleh pengamal perubatan kerajaan atau swasta sebagai murid kurang upaya
penglihatan yang berbeza dari sudut keupayaan deria yang memerlukan proses
pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan konteks pelajar sekolah
2.2 KEPERLUAN KANAK-KANAK MASALAH PENGLIHATAN

1. Keperluan alat bantu mengajar


- Menurut Nissa Tarnoto. (2016) golongan berpendidikan khas yang buta
penglihatan memerlukan alat bantuan belajar yang bersesuaian dengan
kemampuan mereka untuk memudahkan mereka memahami dan mendapatkan
maklumat dengan mudah terutamanya pada awal peringkat pembelajaran
mereka
2. Keperluan latihan untuk menggunakan alat bantu penglihatan
- Menurut Mohamad Sugiarmin, (2010) mendapati bahawa Latihan dan
pemantauan penggunaan alat bantu penglihatan dapat membantu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran secara lebih efektif dan berkesan.

- Menurut Abdul Razaq et. al, 2010 telah menemukan bahawa keperluan guru
pendidikan khas untuk mengajar atau memberi latihan penggunaan alat bantu
penglihatan kepada murid ketidakupayaan penglihatan

3. Keperluan perisisan ICT


- Menurut Fathil, N. S., Zain, N. Z. M., & Muhammad, K. (2016) penggunaan
sesuatu perisian yang berbantukan ICT dapat meningkatkan kecekapan dan
sikap terhadap pembelajaran pendidikan khas.
4. Keperluan bimbingan dan pengajaran yang sesuai
- Menurut Maizatul Azmah Ab. Latif et. al. (2015) yang mendapati para pelajar
yang menghadapi masalah penglihatan memerlukan bimbingan dan pengajaran
yang berkesan bersesuaian dengan kekurangan pancaindera yang mereka miliki.
5. Keperluan ransangan dan bimbingan motivasi

- Menurut Wong Huey Slew dan Sandiyao Sebestian (2002) kanak- kanak cacat
penglihatan memerlukan lebih banyak rangsangan dan motivasi dalam jangka
masa yang panjang untuk mencapai pengalaman pembelajaran sentuhan yang
sama seperti kanak- kanak tipikal.

6. Kemahiran sentuhan mereka perlu dikembangkan dan ditingkatkan jauh lebih tinggi
berbanding dengan kanak- kanak tipikal.
- Menurut Siti Khalilah Ibrahim, Afiqatul 'Aqilah Azizan, Maryam Shahidah Hasni,
Fatimah Nazihah Mohd Nazir (2012) hasil dapatan kajiannya mendapati bahawa
kaedah bantuan mengajar dengan menggunakan deria sentuhan merupakan
salah satu kaedah yang digunakan oleh individu yang mengalami masalah
penglihatan untuk mengesan apa sahaja yang berada di sekeliling mereka.
- Menurut Ali, Mohd Fadzli dan Fuziyah Man. 2011. hasil dapatan kajiannya
mendapati bahawa kaedah bantuan mengajar dengan menggunakan deria
sentuhan merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh individu yang
mengalami masalah penglihatan untuk mengesan apa sahaja yang berada di
sekeliling mereka.

2.3 KEPENTINGAN ALAT BANTU PENGLIHATAN

1. Dapat meningkatkan rangsangan dan dorongan kepada pelajar yang mengalami


buta penglihatan untuk mempelajari sesuatu dengan lebih berkesan
2. Dapat menghasilkan sebuah pembelajaran yang terbaik.
3. Dapat membantu mengesan apa sahaja yang berada di sekeliling mereka.
4. Silver et al. (1995) telah menemukan bahawa penggunaan alat bantu mengajar akan
dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran agar ia bersifat optimum
5. Ferri, b. A., & connor, d. J. (2005) menjelaskan bahawa penggunaan sesuatu alatan
bantuan mengajar sebenarnya dapat meningkatkan tahap penguasaan guru dan
pelajar dalam menjayakan sistem pembelajaran di dalam kelas.

6. Mohd nur adzam rasdi (2012) mendapati bahawa dalam proses pengajaran
berkenaan dengan pendidikan khas terutamanya yang menghadapi masalah buta
sebenarnya memerlukan sesuatu alatan yang mampu bertindak sebagai
perangsang dan pendorong bagi seseorang untuk melakukan kerja secara
berhemah

2.4 KESUKARAN KANAK-KANAK MASALAH PENGLIHATAN

- Menurut Pratiwi Widyasari dan Annisa Ainina Novara. (2018) kajian mendapati murid
ketidakupayaan penglihatan sebenarnya menjadi penghalang kepada proses
pembelajaran mereka
- Margrain, H.T. (2000) mendapati kebergantungan terhadap penglihatan adalah perlu
malah lebih banyak penggunaan mata dalam melakukan sesuatu terlebih dahulu
berbanding deria-deria lain. Penglihatan yang bermasalah akan mengehadkan
sesuatu aktiviti termasuklah pembelajaran.
- Murid Berkerperluan Khas Masalah Penglihatan ini tidak dapat membentuk
pengalaman dan pengetahuan melalui deria penglihatan dan mereka terpaksa
menggunakan deria-deria lain khususnya pendengaran dan juga melalui sentuhan.
3.0 BRAILLE

3.1 SEJARAH TULISAN BRAILLE

 Tulisan Braille dicipta oleh Louis Braille.

Latar belakang Louis Braille:

- dilahirkan pada 4 Jan 1809 di Perancis

- memiliki kecacatan fizikal (buta) disebabkan kemalangan sewaktu zaman


kanak-kanak

 Keadaan beliau yang buta menyebabkan kesukaran kepada beliau untuk


melakukan sesuatu apatah lagi untuk tujuan melakukan sesuatu pekerjaan.

 Oleh itu, beliau sentiasa berusaha untuk melakukan sesuatu agar dapat
membolehkan beliau mempelajari dan memahami sesuatu walaupun buta.

 Lalu, Beliau telah menghadiri kursus pembelajaran di Institut Nasional Pemuda


Buta di Paris, Perancis, sebagai pelajar untuk merealisasikan impian belajarnya.

 Pada masa itu, proses pembelajaran yang berlaku hanya menggunakan bahan-
bahan daripada buku cetakan yang dicipta tetapi susah untuk menghasilkan,
sukar dibaca, dan sukar untuk menulis.

 Pada mulanya, beliau sendiri seperti pelajar lainnya, juga menghadapi kesukaran
dalam meneruskan proses pembelajaran dalam keadaan dirinya yang memiliki
kecacatan fizikal,

 Banyak kali percubaan demi percubaan dilakukannya tanpa putus asa kerana
percaya kejayaan akan mendatang

 Ketika menghadiri Institut, Braille ingin lebih banyak buku untuk dibaca.

 Dia bereksperimen dengan cara untuk membuat abjad yang mudah dibaca
dengan hujung jari.

 Ketika berusia 15 tahun, dia menciptakan sistem yang kita kenal sekarang
sebagai Braille

 Sistem penulisan ini dikembangkan oleh Kapten Charles Barbier de la Serre,


seorang Kapten tentera Perancis.
 Selama bertahun-tahun Louis Braille cuba untuk memudahkan membaca tulisan
timbul yang dicipta oleh Kapten Charles kerana kaedah Night Writing
(Sonography Code) yang diciptanya untuk menghantar maklumat rahsia di
medan peperangan

 Tulisan ini juga hanya sesuai untuk menulis perkataan atau ayat pendek sahaja
dan tidak sesuai digunakan untuk mereka yang bermasalah penglihatan (Birch,
1996).

3.2 KONSEP BRAILLE

- Braille adalah sistem titik timbul yang boleh dibaca dengan jari bagi orang buta
atau mempunyai tahap penglihatan yang rendah.

- Braille bukan bahasa

- Braille ialah kod yang boleh digunakan oleh banyak bahasa seperti (Inggeris,
Sepanyol, Arab dan etc)

- simbol Braille ini dikenali sebagai sel Braille

- tulisan timbul ini juga dikenali sebagai kod Braille Louis Braille

- Braille pula bermaksud sistem tulisan bagi orang buta yang terdiri daripada titik-
titik timbul yang mewakili aksara tertentu, dan dapat dibaca secara
menyentuhnya dengan jari, yang menggunakan kod yang mempunyai peraturan
dan kaedah penggunannya tersendiri (Mustaqim (2014))

- Noor Najihan Jaafar & Kauthar Abd. Kadir (2008) dalam kajiannya telah
mendapati bahawa pengenalan tulisan Braille merupakan proses pembelajaran
secara biologi manusia

3.3 CIRI-CIRI TULISAN BRAILLE

1. Simbol Braille ini dikenali sebagai sel Braille

2. Mengandungi 6 titik timbul (2 titik dari kiri ke kanan dan 3 titik dari atas ke bawah)

3. Terdapat 64 kombinasi yang menggunakan 1 atau lebih daripada 6 titik itu

4. Sel tunggal boleh digunakan untuk mewakili

i. huruf
ii. abjad

iii. nombor

iv. tanda baca

v. sebilangan besar perkataan

3.4 KELEBIHAN TULISAN BRAILLE

1. Lebih senang dan cepat berbanding tulisan rumi yang ditimbulkan

- Louis Braille dan rakan-rakannya di Royal Institution for blind Youth, Paris
mendapati membaca dan menulis dengan titik-titik timbul ini lebih senang dan
cepat berbanding tulisan rumi yang ditimbulkan

- Dengan pengembangan modul ini huruf Braille dapat dengan mudah dipelajari
karena di dalam modul ini disusun dengan sederhana dan mudah difahami.
(Zakaria bin Yahya ,2008)

- Menurut Adzam (2012) mendapati bahawa pelajar amat berminat untuk


mempelajari tulisan Braille disebabkan ia merupakan tulisan yang mudah untuk
difahami dan dipelajari meskipun terdapat beberapa kesukaran dalam proses
menghafal

2. Dapat membantu dalam meningkatkan keupayaan seseorang untuk melakukan


tugas membaca dan menulis meskipun seseorang itu memiliki masalah
penglihatan.
3. Memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan

- Kebanyakan guru-guru yang mengaplikasikan penggunaan tulisan Braille dalam


proses pengajaran dan pembelajaran telah mendapati bahawa kehadiran tulisan
braile membantu dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
secara dinamik dan berkesan

- Menurut M. Mustaqim Mohd Zarif. (2009) Penciptaan sistem tulisan Braille telah
memberikan peluang kepada golongan pelajar OKU Penglihatan dan
membolehkan meneruskan proses pembelajaran seperti biasa, meskipun
hakikat keadaannya berbeza dengan pembelajaran golongan biasa yang tidak
menghadapi masalah penglihatan

- Menurut M. & Khairuddin Omar. (2009) proses pembelajaran biasa semua terkait
dengan penglihatan namun dalam konteks pendidikan bagi OKU yang
menghadapi masalah penglihatan menggunakan tulisan Braille sebagai satu
cara untuk memudahkan proses pembelajaran dengan baik

4. penggunaan konsep pembelajaran dalam tulisan Braille mempunyai idea-idea yang


sangat jelas
5. Mendorong murid-murid ini untuk lebih aktif dalam aktiviti berkaitan ilmu dan
pengetahuan.
6. kewujudan tulisan sistem Braille menjadikan daya sentuhan sebagai salah satu
saluran resepsi ilmu sebagai ganti kepada deria penglihatan.
7. Menurut Fuady Azis (1969), Tulisan Braille dapat membantu dalam menyelesaikan
masalah seseorang yang menghadapi masalah penglihatan
8. Dapat menarik minat pelajar kerana dianggap sebagai sesuatu yang menarik

- Menurut Silver, J., Gilbert, C.E., Spoerer, P. & Foster. A. (1995) hubungan yang
signifikan antara minat pelajar untuk mempelajari tulisan Braille hal ini kerana
tulisan Braille memberikan dimensi baharu dalam ilmu pengetahuan dan ia
dianggap sebagai sesuatu yang menarik untuk dipelajari

- Menurut Simon, C. & Huertas, J. (1998) penggunaan tulisan Braille sebenarnya


mampu memberikan kesan psikologi iaitu dalam membantu meningkatkan
minat seseorang untuk mempelajari sesuatu yang baru.

- Menurut Goodrich, G.L., Mehr, E.B., Quillman, R.D., Shaw, H.K. & Wiley, K.J.
(1977) penulisan dan penghasilan aktiviti pembelajaran yang dilakukan dengan
menggunakan Braille telah dapat diwujudkan hal ini sudah tentu dapat
meningkatkan minat kepada para pelajar yang ingin menyelami aspek
pembelajaran dalam pendidikan khas

- Menurut Gompel, M., Van Bon, W.H.J. & Schreuder, R. (2004) dalam kajiannya
mendapati tahap minat pelajar meningkat apabila mempelajari tulisan Braille
untuk tujuan proses pembelajaran.

9. Dapat membuka peluang pendidikan bagi kanak-kanak masalah penglihatan

- Menurut Carver, R.P. (1989) Murid yang berkeperluan khas yang OKU bahagian
penglihatan lebih berminat dalam pembelajaran berasaskan tulisan Braille kerana
itulah peluang dan ruang kepada mereka untuk berpeluang dalam
mendapatkan peluang pendidikan
- Dapat memberikan peluang dan ruang kepada mereka untuk meneroka
secara mendalam berkenaan dengan cara mempelajari sistem pendidikan khas
terutamanya kepada golongan pelajar yang mengalami masalah buta
penglihatan.

10. Tulisan Braille merupakan sistem yang memberikan solusi, kaedah dan teknik
yang berkesan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran bagi
golongan OKU yang menghadapi masalah penglihatan

3.5 BRAILLE WRITER

- tulisan Braille dihasilkan oleh mesin Braille witer

- mempunyai enam kunci utama (dihitung dengan 6 titik sel Braille.

- mempunyai satu bar ruang

- mempunyai spacer baris

- mempunyai ruang belakang

- kombinasi kekunci Braillewriter boleh ditolak pada masa yang sama

4.0 LITERASI BRAILLE

4.1 DEFINISI LITERASI

- Literasi juga dikenali sebagai seorang yang celik huruf

- Menurut Kamus bahasa Inggeris Cambridge online, literacy hanya bermaksud


keupayaan untuk membaca dan menulis

4.2 DEFINISI LITERASI BRAILLE

- Literasi Braille didefinisikan sebagai keupayaan membaca dan menulis bagi


memenuhi keperluan seharian murid-murid masalah penglihatan (Troughton 1992).

4.3 PERKEMBANGAN LITERASI BRAILLE

- Pada tahun 1958

 "Orang yang celek huruf (literasi) adalah orang yang mempunyai


pemahaman, membaca dan menulis ringkas ringkas pernyataan yang
berkaitan dengan kehidupan sehariannya.

- Pada tahun 1978


 "Seseorang itu mempunyai literasi fungsional yang boleh terlibat dalam
semua aktiviti yang celek huruf diperlukan untuk berfungsi dengan berkesan
kumpulan dan komunitinya

 perkembangan hanya berfokus kepada usaha bagi membantu tugasan


membaca, menulis dan mengira.

 Namun, usaha bagi proses pembelajaran masih perlu diperlukan untuk


mengaktifkan proses kognitif dan pemikiran dalam diri seseorang pelajar
supaya mereka dapat memahami secara mendalam apa yang mereka
pelajari

- Pada tahun 2003

 amalan pengajaran dan pembelajaran dalam tulisan braile mengalami proses


perkembangan peranan dan fungsi dalam memastikan proses pembelajaran
secara berkesan dapat berlaku.

 antara perkembangannya dapat kita lihat adalah keupayaan untuk mengenal


pasti, memahami, mentafsir, mencipta, berkomunikasi dan mengira,
menggunakan bahan bercetak dan bertulis yang berkaitan dengan konteks
yang berbeza-beza

4.4 PROSES MENTERJEMAH PENULISAN

i. Penjanaan teks

- Keupayaan melambangkan idea dalam unit-unit bahasa terutamanya dalam


perkataan, ayat dan perenggan

ii. Mentranskripsikan teks

- Keupayaan menukarkan perkataan ke dalam bentuk tulisan atau braille bagi


murid-murid masalah penglihatan

4.5 KEMAHIRAN MENGEJA DAN MEMBACA

i. Maksud:

- Proses perkembangan berperingkat mengikut tahap kefahaman murid-murid


terhadap perhubungan huruf-bunyi.

- Perhubungan antara huruf- bunyi akan menjadi lebih bermakna apabila tahap
kefahaman mereka meningkat
- Menurut arter dan mason (1994) mengeja merupakan suatu tugas yang
sukar bagi murid-murid masalah penglihatan, mereka perlu belajar untuk
membaca dan menulis kod braille gred 1, kod braille gred 2(singkatan) dan
mengingati keseluruhan ejaan tersebut supaya dapat menulis dengan betul
(mccall 1999).

ii. Kepentingan:

1. Meningkatkan konteks pemahaman perkataan berkenaan dengan tulisan


Braille

2. Dapat meningkatkan keupayaan dalam membaca kod dan mengekod


perkataan singkatan Braille

3. Komponen literasi yang amat penting bagi murid untuk belajar dan
memahami konteks perkataan khususnya pembelajaran bahasa

4. Dapat menguasai subjek bahasa Inggeris di dalam kelas.

iii. Menurut kajian:

- McCall, (1999) menyatakan bahawa kemahiran membaca yang dimiliki oleh


seseorang itu, adalah amat penting maka dengan itu, penguasaan terhadap
tulisan itu sebenarnya amat penting dalam kalangan golongan pelajar
masalah penglihatan di samping dapat membantu pemahaman pelajar
dengan baik

4.6 KELEBIHAN PENERAPAN LITERASI BRAILLE DALAM PDP

1. Kecekapan dan ketepatan dalam membaca dan menulis memudahkan akses


kepada maklumat, pembangunan pengetahuan, penyertaan aktif, fungsi, dan
kebebasan dalam konteks sosial

2. Menurut Argyropoulos dan Martos (2006), membantu dalam membolehkan


mereka yang mengalami kecacatan fizikal iaitu buat dapat bersaing dengan
pelajar yang lainnya.

3. Menurut Zakaria bin Yahya. (2008). membantu mereka dalam meningkatkan


tahap penguasaan mereka pembelajaran mereka terhadap sesuatu subjek
yang diajarkan kepada mereka

4. Menurut Riris Rahmanitasari, (2016) penerapan tulisan Braille dalam PDP dapat
memberikan penguasaan kepada para pelajar dan dalam masa yang sama
dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada guru yang mengajar.
5. Menurut Hj. Norakyairee Hj. Mohd Raus, Mohd Nur Adzam Rasdi, Norazman
Alias, Norhasnira Ibrahim, Norullisza Khosim, dan Noornajihan Jaafar. (2013)
yang juga mendapati penggunaan tulisan Braille membolehkan mereka
berdikari dalam mencipta kejayaan demi kejayaan dalam pembelajaran

6. Penguasaan tulisan Braille dapat membantu seseorang pelajar itu melihat dan
belajar dengan lebih jauh dan berkesan berbanding para pelajar lainnya
( Manisah Mohd Ali & Noorfaziha Hassan, 2014)

7. Meningkatkan keupayaan guru untuk mengajar dan dalam masa yang sama
dapat meningkatkan kebolehan dan kemampuan pelajar untuk mengikuti
segala aspek pembelajaran secara berkesan

4.7 KESAN KURANG PENGUASAAN TERHADAP BRAILLE

1. Menurut Lee Lay Wah dan Lee Bee Hiang (2010) Kurangnya pengetahuan yang
dimiliki tentang huruf Braille, bagaimana proses latihan penulisan huruf Braille
menyebabkan motivasi guru dan pelajar menjadi kurang untuk mengajar
dan belajar berkenaan dengan tulisan Braille.
2. Guru yang tidak berkemampuan untuk membantu murid dalam menghafal kod
ini menyebabkan murid kurang cekap dan kurang berkebolehan dalam
membantu diri mereka untuk mempelajari sesuatu yang diajarkan kepada
mereka
3. Menyebabkan permasalahan berlaku dalam konteks pemahaman dan kognitif
pelajar

4.8 CABARAN LITERASI BRAILLE KANAK-KANAK MASALAH PENGLIHATAN

1. Untuk mencapai tahap ketepatan ejaan sepertimana yang dicapai oleh murid-
murid tipikal

2. Guru mempunyai masalah dalam mengajarkan tulisan braile kepada pelajar

3. Bagaimana guru atau individu yang cacat atau masalah penglihatan boleh
memenuhi cabaran untuk membawa komuniti mereka kefahaman Braille dan
fungsinya sebagai alat literasi utama.

4.9 LANGKAH MENINGKATKAN LITERASI BRAILLE KANAK-KANAK MASALAH


PENGLIHATAN

1. Mengikuti Garis panduan awal membaca dari International Reading Association


(IRA 1998), National Research Council (NRC 1998), National Institutes of Child
Health and Human Development (NICHD 2001), dan Office of Special Education
Programs (OSEP 1996)

2. Aplikasi tulisan braile perlu terus diperkenalkan bagi membantu dan


memberikan peluang kepada golongan oku untuk mendapatkan peluang
pembelajaran seperti kanak-kanak yang lainnya.

3. Johnston (2004) mencadangkan bahawa perlu ada penyemakan semula dan


memperbaharui keperluan latihan guru yang bertanggungjawab dalam
mengajar Braille

4. Tingkat kepekaan juga dapat ditingkatkan melalui latihan untuk


meningkatkan kepekaan hasil rabaan terhadap titik-titik timbul yang menjadi
formasi huruf pada tulisan Braille.

5.0 PENGUASAAN KOD BRAILLE

5.1 PERANAN GURU DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BRAILLE

1. Guru perlu meningkatkan kesedaran awam tentang Braille dan faedahnya


kepada mereka yang menggunakannya.

2. Membangunkan kemahiran celik huruf Braille merupakan salah satu matlamat


utama proses pendidikan untuk pelajar masalah penglihatan

3. Menurut V, Argyropoulos, (2019) hasil refleksi pelajar sarjana pendidikan khas dari
dua buah universiti di Eropah, menekankan perlunya latihan lanjut ke dalam kod
Braille dari segi kesusasteraan dan sains notasi.

4. Pengetahuan Braille dan arahan Braille telah dikenal pasti oleh Majlis untuk
Kanak-Kanak yang Luar Biasa (CEC, 2003) sebagai salah satu kemahiran yang
paling penting yang diperlukan untuk guru-guru pendidikan khas masalah
penglihatan (Pogrund & Wibbenmeyer, 2008).

5. Penguasaan Braille juga adalah salah satu kemahiran asas sebagai syarat guru
pendidikan khas masalah penglihatan termasuk mengenal pasti konsep Braille
(Puttman, B & Tiger, F 2015)

6. corak pengajaran dan pembelajaran yang diberikan oleh guru hendaklah selaras
dengan keperluan dan kepentingan pelajar yang mengalami masalah penglihatan
(Norhasnira Ibrahim et. Al, 2015)
7. kajian ini mendapati bahawa bukan murid sahaja yang memerlukan latihan malah
guru juga memerlukan latihan dan bimbingan yang menyeluruh agar dapat
melaksanakan tanggungjawab kerja ini dengan baik

8. Yob, A., C. M. See, and S. Selamat. (2008) yang menemukan bahawa minat guru
dan pelajar dapat dirangsangkan dengan baik menerusi pelaksanaan proses
pembelajaran dua hala yang lebih aktif dan dinamik.

4.2 TAHAP PENGUASAAN BRAILLE DALAM KALANGAN GURU

- Guru pendidikan khas yang mengajar kanak-kanak buta hendaklah menguasai


aspek kecekapan membaca teks dalam Braille,

- Guru boleh menulis teks dengan betul dan menggunakan kaedah pengajaran
yang sesuai

- Guru menggunakan kaedah pengajaran dan media yang bersesuaian mengikut


piawaian dan keperluan guru untuk kanak-kanak masalah penglihatan.

- Guru juga perlu menguasai dua komponen dalam proses menterjemah penulisan
iaitu penjanaan teks dan mentranskripsikan teks.

- Burns, Peggy. (1993) mendapati bahawa kepelbagaian teknik dan kaedah


dalam penerapan tulisan Braille dalam pengajaran untuk bakal guru
pendidikan khas mampu meningkatkan minat guru mengajar dan mampu
meningkatkan keinginan dan kesediaan para guru untuk mempelajari tulisan
braile untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan khas

- Jika guru mempunyai masalah dalam mengajarkan tulisan braile kepada pelajar.
Sudah tentu perkara ini sebenarnya akan mengganggu proses pembelajaran
berlaku dengan berkesan dalam proses pengajaran dalam kelas

4.3 PERANAN PELAJAR DALAM PENGUASAAN BRAILLE


1. Pelajar perlulah bersikap positif
- Menurut Maizatul Azmah Ab. Latif et. al. (2015) perubahan sikap ke arah yang
lebih positif juga dapat membantu pelajar untuk meneruskan pembelajaran
dengan aktiviti pengayaan atau meneruskan dengan pembelajaran bahagian
seterusnya
2. kanak- kanak cacat penglihatan perlu berusaha lebih gigih untuk mengembangkan
kemahiran mereka.
3. Menurut Whittaker, S.G. & Lovie-Kitchin, J. (1993) kanak- kanak cacat penglihatan
perlu mengembangkan dan meningkatkan kemahiran sentuhan mereka jauh
lebih tinggi berbanding dengan kanak kanak tipikal
4. Pelajar perlulah mempunyai rasa minat yang tinggi untuk menguasai tulisan Braille
- Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad (2011) mendapati bahawa tahap
kesedaran yang tinggi dalam kalangan pelajar telah membuka minat kepada
diri mereka untuk mempelajari dunia pendidikan khas dengan menggunakan
tulisan Braille,
- Corn, A.L. & Koenig, A.J. 2002. menemukan bahawa terdapat minat yang
mendalam dalam kalangan pendidikan khas yang buta penglihatan untuk
mendapatkan peluang pembelajaran bagi memberikan ilmu pengetahuan kepada
diri mereka.
5. Pelajar perlulah berusaha untuk mempelajari kod Braille

- Salah satu faktor penting yang boleh mempengaruhi kejayaan dalam proses
pembelajaran kod Braille terdiri dari kompetensi pelajar yang mengikuti program
pendidikan khas masalah penglihatan yang mengajar Braille.

5.0 PENGUASAAN KOD BRAILLE BAHASA MELAYU

5.1 KOD BRAILLE BAHASA MELAYU

- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menerima bahawa Kod Braille


Bahasa Melayu Pindaan merupakan kod yang digunapakai oleh individu masalah
penglihatan di sekolah seluruh Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
(2014).

5.2 DEFINISI PENGUASAAN KOD BRAILLE BAHASA MELAYU

- Penguasaan Kod Braille Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar adalah


pengetahuan asas Kod Braille Bahasa Melayu di peringkat sekolah

- Tahap penguasaan pelajar dapat dilihat melalui pencapaian peperiksaan bagi subjek
Kod Braille Bahasa Melayu yang dikeluarkan oleh Unit Penilaian Dan peperiksaan
(UPP) di IPG Kampus Ilmu Khas.

5.3 KEPENTINGAN KOD BRAILLE BAHASA MELAYU

- membolehkan murid masalah penglihatan menghadapi persaingan di peringkat


antarabangsa

- mampu berdiri sebaris dengan individu tipikal


- membekalkan pelajar dengan kemahiran tetapi juga dapat digunakan dan relevan
dengan bidang yang diceburi

- para pelajar perlu menguasainya dalam memantapkan lagi kemahiran-kemahiran


mereka supaya dapat memberikan satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan.

5.4 TAHAP PENGUASAAN KOD BRAILLE DALAM KALANGAN MURID

- Berdasarkan penelitian Carver (1989), kadar kelajuan membaca murid masalah


penglihatan di gred 9 lebih rendah iaitu sebanyak 63% berbanding murid tipikal lain

- Di dalam kajian itu juga menunjukkan adanya, kesan signifikan terhadap kadar
perubahan dalam diri pelajar setelah diajarkan oleh guru mereka

- Berdasarkan kajian Gompel et al. 2004) kadar perubahan kemahiran membaca


sebenarnya banyak memberikan pengaruh yang begitu kuat dalam proses pengajaran
dan pembelajaran

5.5 FAKTOR KELEMAHAN PENGUASAAN KOD BRAILLE DALAM BAHASA MELAYU

1. Pelajar lemah dalam pengetahuan asas Kod Braille Bahasa Melayu di peringkat
sekolah

2. Pendapat ini disokong oleh kajian Surif et al. (2006) yang menyatakan bahawa tahap
penguasaan Kod Braille Bahasa Melayu yang kurang memuaskan menyebabkan
pelajar tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik.

3. Terdapat kurangnya penguasaan dalam kalangan tenaga pengajar pada masa


kini yang perlu terus diperkasakan dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan
pendidikan yang terbaik kepada para pelajar.

5.6 PERSEPSI PELAJAR MENGENAI KEPENTINGAN PENGUASAAN KOD BRAILLE

- Daripada dapatan kajian yang telah diperolehi, pelajar mempunyai kesedaran yang
tinggi dan menganggap penguasaan Kod Braille Bahasa Melayu adalah penting
untuk kerjaya mereka

- Menurut Ibrahim, (2002) kefasihan membaca dan menulis kod Braille Bahasa Melayu
harus disokong oleh faktor luaran dan dalaman.

 Faktor dalaman antaranya berasaskan sikap dan penerimaan individu


terhadap kepentingan penggunaan Kod Braille Bahasa Melayu
4.7 CARA MENGUASAI KEMAHIRAN KOD BRAILLE BAHASA MELAYU

1. Melalui latihan dan menambah pengetahuan tentang pembacaan dan penulisan


Braille.

2. Melalui mata pelajaran teknikal dengan mengikuti kursus dan menanamkan rasa
minat dan tidak jemu untuk mempelajarinya.

 Menurut Amran (2003), kesedaran tentang keperluan dan kepentingan Kod


Braille Bahasa Melayu akan menimbulkan sikap yang positif dalam kalangan
pelajar

 Menurut Md. Desa (2003), persepsi guru teknikal terhadap kepentingan


penggunaan Kod Braille Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran
mata pelajaran teknikal adalah tinggi

3. Hafalan kod braille


 Menurut Corn, A.L., Robert, S.W., Randall, T.J., Jennifer, K.B., Karen, W. & Ana,
P. (2002). Penggunaan tulisan Braille ini adalah begitu mudah dengan
melakukan penghafalan kod.
 Dengan kaedah hafalan, murid dapat mengekod gabungan Kod Braille ke dalam
bentuk perkataan dengan mudah.
 Murid perlu berupaya dalam menghafal kod agar memudahkan mereka untuk
melaksanakan tugasan pembelajaran

5.0 PENUTUP

1) Masih terdapat banyak dimensi dan perspektif kajian dalam pendidikan khas yang
memerlukan kajian lanjutan dan perlu dibangunkan dengan segera.
2) Kajian berkenaan dengan pendidikan khas sememangnya amat signifikan untuk
dikaji dalam usaha untuk melahirkan lebih banyak modal insan yang memiliki
kecacatan fizikal untuk meraih kejayaan dalam arena pendidikan
3) Pelajar ipg berperanan besar dalam menjadi perintis kajian pendidikan khas
memandangkan mereka memikul tanggungjawab sebagai pendidik dan berusaha
untuk mencorakkan dan membentuk ilmu pengetahuan kepada pelajar yang
mengikuti aliran pendidikan khas

Anda mungkin juga menyukai