Anda di halaman 1dari 14

MAAHAD TAHFIZ DARUL ULUM AL-BASRIYAH

LOT 116, KG PELINDUNG, BESERAH,


26100 KUANTAN, PAHANG.

Nama Pengkaji :

AHMAD SHAFIE BIN MOHAMAD


GURU BAHASA ARAB

Tajuk Kajian Tindakan :

MEMBANDING BEZA KALIMAH BAHASA ARAB : PENGGUNAAN QUIZIZZ


DALAM PEMBELAJARAN
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar tingkatan 1B, yang lemah
dalam membanding beza di antara feᶜel (kata kerja) dan isim (kata
nama)serta isim mufrad (kata nama khas) dan isim jamak taksir (kata
nama am). Pelajar yang terlibat adalah seramai 7 orang yang juga
merupakan pelajar kurang menguasai. Tujuan kajian ini dijalankan
adalah untuk mengesan dan membimbing para pelajar ini agar dapat
menguasai kemahiran ini dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Kajian ini
berkaitan kaedah untuk menentukan isim (kata nama) dan feᶜel (kata
kerja) serta isim mufrad (kata nama tunggal) dan jamak taksir (kata
nama plural). Pelaksanaan memfokuskan kepada proses pengecaman
perubahan di hujung perkataan dengan menggunakan teknik
pengulangan pada perkataan yang telah dipelajari dengan
menggunakan kaedah kuiz secara inovasi melalui aplikasi quizizz.com.
Tinjauan awal yang telah dilakukan ialah mengenal pasti masalah
pelajar melalui semakan latihan pelajar, latihan lisan, pemerhatian dan
temu bual. Pengesanan awal terhadap masalah ini telah mendorong
saya memikirkan kaedah yang sesuai dan ringkas yang boleh
dipraktikkan oleh pelajar pada masa akan datang.

Kata kunci : Pdpc Berinovasi, Inovasi Pendidikan, Bahasa Arab,

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sebagai seorang Guru Bahasa Arab, saya dapati 7 orang pelajar saya daripada kelas
Tingkatan 1B yang merupakan murid sederhana tidak dapat menjawab dengan kurang tepat
latihan yang diberikan terutama sekali soalan yang berkaitan pengkelasan isim (kata nama)
dan feᶜel (kata kerja) serta isim mufrad dan isim jamak. Perkara ini merupakan kefahaman
asas yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam matapelajaran Bahasa Arab. Apabila saya
bertanya kepada pelajar tersebut, bahagian topik yang mereka rasa mengelirukan dan tidak
boleh dijawab, mereka menyatakan bahawa mereka keliru dibahagian ini. Jawapan yang
diberikan oleh murid ini membuatkan saya terfikir untuk mencari satu teknik penerangan
yang ringkas dan mudah untuk pelajar saya.

Saya juga ada meminta pendapat dengan guru-guru lain memandangkan hanya saya di
antara guru yang mengajar Bahasa Arab kelas 1B. Mereka mencadangkan pelajar ini perlu
diberi banyak latihan dan latih tubi. Saya berpendapat mungkin penerangan saya tidak
difahami oleh pelajar. Oleh itu saya perlu memikirkan satu teknik penerangan yang lebih
ringkas, mudah dan berinovatif untuk mengelakkan masalah ini berlanjutan dan menjejaskan
pencapaian pelajar.

1
2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian kes ialah untuk menyelesaikan masalah murid saya yang gagal menjawab soalan
pengkelasan isim (kata nama) dan feᶜel (kata kerja) dengan menggunakan teknik
pengulangan dengan menggunakan aplikasi atas talian quizizz.com terhadap 7 orang murid
tingkatan 1B di Maahad Tahfiz Darul Ulum al-Basriyah, Kuantan.

Dengan membantu pelajar untuk menguasai kandungan ini, murid dapat mengingat dalam
tempoh yang panjang dan dapat menjawab soalan yang diberikan dengan betul dan penuh
minat.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Selepas kajian ini selesai dijalankan, pelajar diharap dapat mencapai objektif berikut:

3.1 OBJEKTIF UMUM

3.1.1 Meningkatkan penguasaan murid dalam Bahasa Arab

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

3.2.1 Murid dapat mengkelaskan isim dan feᶜel dengan tepat dan betul.
3.2.2 Menggalakkan murid membina ayat-ayat ismiyyah dan feᶜeliyyah.
3.2.3 Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang ceria dan
menyeronokkkan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran saya terdiri daripada 7 orang pelajar tingkatan 1B yang didapati
mempunyai masalah dalam mengkelaskan isim dan feᶜel serta isim mufrad dan isim jamaᶜa
dengan betul. Pelajar ini adalah dari kalangan pelajar sederhana dari segi kemahiran
membanding beza.

2
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 TINJAUAN MASALAH

Tinjauan terhadap masalah mengenal pasti kelemahan mereka. Langkah


pembetulan hanya dilakukan berdasarkan tinjauan yang dijalankan terhadap
mereka berdasarkan kepada beberapa cara berikut:

5.1.1 Semakan buku latihan

Semakan buku latihan digunakan bagi mengesan kelemahan murid.


Kelemahan murid jelas dapat dilihat berdasarkan jawapan dan hasil
kerja yang telah dilaksanakan murid.

5.1.2 Pemerhatian

Saya telah menggunakan kaedah pemerhatian dalam kajian ini.


Pemerhatian ini telah dibuat semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah, melalui respon kepada soalan-soalan
yang diajukan, latihan bertulis dan ujian pra.

5.1.3 Temu Bual

Kaedah lain yang saya gunakan ialah melalui temubual yang mana ia
dilakukan secara tidak formal terhadap pelajar kumpulan sasaran.
Temu bual ini secara tidak langsung dapat mengenali punca sebenar
murid tidak dapat menguasai kemahiran mengingat dan memadan.

5.1.4 Soal Selidik

Borang soal selidik disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk


mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan matapelajaran Bahasa
Arab. Borang ini perlu diisi oleh pelajar untuk mendapatkan maklumat
yang tepat.

Bi Penyataan Tidak Setuju Setuju


l
1 Saya tidak faham cara cikgu
mengajar
2 Saya boleh bezakan ٌ‫ ِكتَاب‬dan ُ‫يَ ْكتُب‬
3
3 Saya boleh bezakan ‫ قَلَ ٌم‬dan ‫أَ ْقاَل ٌم‬
4 Saya minat matapelajaran Bahasa
Arab
Jadual 5.1.4

5.1.5 Ujian Pra

Ujian Pra dijalankan untuk menguji tahap sebenar kefahaman murid


dalam mengkelaskan isim dan feᶜel serta isim mufrad dan isim jamaaᶜ
taksir dengan betul. Ujian Pra dijalankan sebelum sesi bimbingan
bermula. Soalan ujian pra terdiri daripada 10 soalan objektif pelbagai
bentuk (OPB) dan pelajar dikehendaki menjawab di atas kertas ujian
tersebut. Tempoh masa menjawab adalah 10 minit.

Keputusan hasil ujian pengkelasan isim (kata nama) dan feᶜel (kata kerja)
Bil Pelajar Bil jawapan yang betul
7 2/10
6 2/10
5 3/10
4 4/10
3 5/10
2 6/10
1 5/10

Keputusan hasil ujian pengkelasan isim mufrad (kata nama khas) dan isim jamaaᶜ
taksir (kata nama am)
Bil Pelajar Bil jawapan yang betul
7 3/10
6 3/10
5 4/10
4 4/10
3 5/10
2 5/10
1 4/10

Jadual 5.1.5

5.2 REFLEKSI DARI TINJAUAN MASALAH

Hasil dapatan daripada tinjauan masalah yang telah dilakukan, saya mendapati
pelajar sasaran saya sememangnya kurang mahir untuk membuat pengkelasan isim
(kata nama) dan feᶜel (kata kerja) dengan betul. Sebahagian daripada mereka juga

4
tidak faham untuk mengkelaskan isim (kata nama) dan feᶜel (kata kerja) serta isim
mufrad (kata nama khas) dan isim jamaaᶜ taksir (kata nama am) itu sendiri. Daripada
ujian pra untuk pengkelasan isim (kata nama) dan feᶜel (kata kerja) yang dilaksanakan
hanya 1 orang sahaja yang hanya betul 6/10 daripada soalan. Manakala ujian pra
untuk pengkelasan isim (kata nama) dan feᶜel (kata kerja) pula hanya 2 orang sahaja
yang hanya betul 5/10 daripada soalan .Walaubagaimanapun kesemua daripada
mereka masih meminati matapelajaran Bahasa Arab. Saya amat gembira melihat
dapatan ini dan mendorong saya untuk terus membantu mereka memahami dan
menguasai kemahiran ini.

5.3 PELAKSANAAN TINDAKAN

Setelah saya mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid, saya bercadang
untuk menukar kaedah penerangan kepada penerangan yang lebih ringkas dan
menarik iaitu menggunakan teknik pengulangan latihan dengan menggunakan kuiz
atas talian quizizz.com. Selepas itu saya akan memberi ujian pos kepada pelajar
terlibat bagi melihat peningkatan kefahaman pelajar.

Sepertimana sedia maklum, untuk memanfaatkan kemudahan ICT dan


menyambut baik saranan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam merealisasikan
PPPM Gelombang kedua, iaitu memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia. Bagi menyahut seruan itu pelaksanaan interversi kepada
pelajar yang mengalami masalah dalam subjek bahasa Arab diperkasakan. Di antara
usaha itu ialah dengan meggunakan aplikasi di sesawang http://www.quizizz.com.
Kandungan yang dimasukkan ke dalam aplikasi ini akan memudahkan sebarang
bentuk ujian, kuiz dan latih tubi berbentuk gamifikasi mudah untuk dilaksanakan.

Gamifikasi dan pembelajaran berasaskan permainan (gamed-based learning )


sering digunakan dalam proses pembelajaran pada abad ke-21. Kedua-duanya
mempunyai pendekatan yang sama dalam menerapkan budaya inovasi dalam
pengajaran yang mampu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
menjadi lebih interaktif serta dapat meningkatkan kualiti pendidikan negara.
Pendekatan dalam PdP seharusnya melangkah seiring dengan perkembangan
teknologi masa kini, justeru mengambil fokus kaedah gamifikasi dalam pendidikan
memberikan nafas baru yang boleh digunakan secara bermanfaat antara pendidik dan
pelajar. Gamifikasi juga boleh digunakan sebagai pilihan atau pelengkap kepada
kaedah pengajaran untuk mencapai matlamat pengajaran atau pendidikan (Cankaya &
Karamate, 2009)

5.3.1 Penerangan kaedah pengulangan teknik kuiz atas talian quizizz.com

5
Penggunaan untuk teknik pengulangan melalui kuiz yang dijalankan dengan
secara inovasi dengan menggunakan platform aplikasi quizizz.com. Guru hanya perlu
memasukkan data yang diambil dari buku teks. Selepas itu, soalan berkonsepkan Objektif
Pelbagai Bentuk (OPB) diadaptasi secara maya agar boleh diulang guna berkali-kali.

Jadual 5.3.2

5.3.3 Ujian Pos

Ujian pos telah dijalankan setelah bimbingan teknik kuiz atas talian quizizz.com
selesai dan dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar saya. Sebanyak 10 soalan telah
diberikan kepada pelajar dan mereka dikehendaki menjawab dalam masa 10 - 15
minit. Soalan yang diberikan adalah sama dengan soalan ujian pra, akan tetapi aras
soalan adalah setara. Dapatan hasil ujian adalah seperti jadual berikut:

Jumlah markah murid /10


12

10

8
Jumlah markah murid /10
6

0
Adawiah Ibtisam Auni Aida Adni Sharifah Irna

Jadual 5.3.3
Pencapaian murid berdasarkan markah dalam ujian pos

5.4 PENILAIAN

Keputusan ujian pra dan ujian pos disimpan dan direkod. pelajar dapat mengingat
kandungan yang diajar dan dapat membuat pengkelasan dengan tepat dan betul.
Mereka juga dapat menjawab soalan akhir dengan tepat dan betul. Murid sasaran
kelihatan gembira dengan aktiviti dan teknik gamifikasi yang digunakan.

5.5 REFLEKSI KAJIAN

6
Berdasarkan keputusan ujian pos yang telah dijalankan ke atas pelajar sasaran, (Rujuk
jadual 5.5). Tindakan intervensi telah berjaya menyelesaikan fokus kajian iaitu
membantu meningkatkan penguasaan 7 orang pelajar dalam membuat pengelasan
mengkelaskan isim dan feᶜel serta isim mufrad dan isim jamaaᶜ taksir dengan tepat
dan betul. Saya berasa gembira dengan peningkatan pencapaian ini.

Daripada kajian ini, saya berharap pencapaian pelajar-pelajar saya akan terus
meningkat dan mereka dapat mengingat setiap perbezaan ini agar dapat menjawab
soalan akhir tahun dengan tepat dan betul.

100
90
80
70
60
50
40 Ujian Pra
30 Ujian Pos
20

a
Pr
10

ian
0

Uj
)

i)

a)

i)

)
h)

am

na
ah
un

dn
id
ya

rif

(Ir
tis

(A
(A

(A
wi

ha
(Ib

7
da

4
3

(S

ar
ar
ar

ar
(A

laj
6
laj
laj

laj
ar
1

Pe
ar
Pe
Pe

Pe
laj
ar

laj
Pe
laj

Pe
Pe

Jadual 5.5
Perbandingan peratus pencapaian antara ujian pra dan ujian pos

6 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Berdasarkan daripada kajian ini, untuk kajian seterusnya, saya akan memikirkan kaedah
mudah untuk menngingat dan mengenalpasti isim (kata nama) dan feᶜel (kata kerja)
berdasarkan gambar dan tahu fungsinya dengan baik. Sasaran kajian pada kali ini adalah
pelajar tingkatan 1B juga. Kajian ini akan dilaksanakan kerana semasa kelas pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Arab saya mendapati beberapa orang pelajar masih belum dapat
mengingat istilah. Saya berharap dengan usaha penambahbaikan ini akan dapat memupuk
semangat pelajar untuk mempelajari bahasa al-Quran ini.

7
7 JADUAL PERLAKSANAAN KAJIAN

Bil Aktiviti Tempoh / Tarikh Perlaksanaan

1 Mengenal pasti fokus kajian 16 April 2018

2 Menulis kertas cadangan / proposal 1 Mei 2018

3 Ujian pra 7 Mei 2018

4 Menganalisa data ujian pra 2 hari (8 Julai – 9 Julai 2018)

5 Merancang tindakan 10 Julai 2018

6 Menjalankan tindakan 3 hari (11 Julai -13 Julai 2018)

7 Ujian pos 14 Julai 2018

8 Menganalisa data ujian pos 2 hari (15 Julai -16 Julai 2018)

9 Menulis Laporan Kajian 22 Julai 2018 – 29 Julai 2018

Jadual 7

8 RUJUKAN

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran


Malaysia. 2008. Manual Kajian Tindakan. Kuala Lumpur: BPPPDP, KPM

Chow Fook Meng, 2011. Kajian Tindakan: Konsep & Amalan dalam Pengajaran.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Cankaya, S., & Karamete, A. 2009. The effects of educational computer games on
studentsÕ attitudes towards mathematics course and educational computer games.
Procedia-Social and Behavioral Sciences, 1(1), 145-149

8
Lampiran 1

SOALAN UJIAN PRA DAN POS

DAPATAN UJIAN PRA

Keputusan hasil ujian pengkelasan isim (kata nama) dan feᶜel (kata kerja)
Bil Pelajar Bil jawapan yang betul
7 2/10
6 2/10
5 3/10
4 4/10
3 5/10
2 6/10
1 5/10

Keputusan hasil ujian pengkelasan isim mufrad (kata nama khas) dan isim jamaaᶜ
taksir (kata nama am)
Bil Pelajar Bil jawapan yang betul
7 3/10
6 3/10
5 4/10
4 4/10
3 5/10
2 5/10

9
1 4/10

Lampiran 2

DAPATAN UJIAN POS

Jumlah markah murid /10


12

10

8
Jumlah markah murid /10
6

0
Adawiah Ibtisam Auni Aida Adni Sharifah Irna

Lampiran 3

NAMA-NAMA MURID KUMPULAN SASARAN

BIL NAMA MURID TINGKATAN

1B
1 RABIATUL ADAWIYAH BINTI ANUAR
IDRIS
1B
2
IBTISAM AHLAMI BINTI DIN
1B
3
AUNI SAFIAH BINTI ABDULLAH
1B
4
AIDA MAWADDAH BINTI ZOL KEFELY
1B
5 NUR ADNI NASUHA BINTI MUHAMAD
RADZI
6 SHARIFAH AIDA BATRISYIA BINTI SYED 1B
ABD RAHMAN

10
7 IRNA SYAFIRAH BINTI NOR AFIAN 1B

Lampiran 4

11
12
13

Anda mungkin juga menyukai