Anda di halaman 1dari 10

LATAR BELAKANG MODUL ( NUSRAH )

i) Masalah

Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab j-QAF akan berkesan


sekiranya murid-murid dapat menguasai mata pelajaran Jawi dan al-Quran,
maka secara tidak langsung mereka dapat mempelajari Bahasa Arab dengan
baik dan berkesan.

Permasalahan yang berlaku ialah murid tidak menguasai iaitu kurang


berkemampuan untuk membezakan bentuk huruf, kedudukan titik dan
perbezaan baris.

ii) Tafsiran tentang masalah yang dihadapi

Semasa minggu transisi tahun 1, murid tidak dapat mengenal huruf,


membezakan bentuk huruf, kedudukan titik dan perbezaan baris. Kegagalan
murid untuk menguasai huruf-huruf tunggal adalah disebabkan oleh beberapa
masalah berikut:

a) Sukatan mata pelajaran Bahasa Arab yang kurang menekankan


tentang pengenalan huruf-huruf tunggal.

b) Penekanan adalah tertumpu kepada pengusaan perkataan tanpa


mementingkan penguasaan murid terhadap huruf.

c) Masa pengajaran dan pembelajaran yang terhad berbanding sukatan


mata pelajaran yang banyak.

d) Persepsi ibubapa dan murid terhadap kepentingan Bahasa Arab.

e) Buku-buku rujukan yang terdapat di pasaran tidak bersesuaian dengan


sukatan j-QAF.

iii) Analisis terhadap punca masalah


Setelah dikenalpasti, permasalahan ini berpunca daripada:

a) Murid gagal mengenal huruf tunggal, bersambung dan berbaris.

b) Kaedah mengajar yang diketengahkan oleh para guru kurang


bersesuaian iaitu guru meneruskan pengajaran dan pembelajaran
dengan memperkenalkan kalimah sacara terus tanpa
memperkenalkan huruf terlebih dahulu kepda murid yang lemah.

c) Kecelaruan penguasaan murid terhadap Jawi dan Iqra’ membuatkan


murid bermasalah dalam mempelajari Bahasa Arab.

d) Persepsi atau tanggapan murid bahawa Bahasa Arab merupakan mata


pelajaran yang susah dan kurang usaha untuk mempelajarinya
dengan lebih bagus.

e) Persekitaran yang kurang membantu dan tidak kondusif untuk


membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

f) Kurangnya bahan bantu belajar yang membantu pembelajaran murid.

g) Sikap ibubapa yang kurang menekankan pembelajaran Bahasa Arab


lepada anak-anak mereka.

h) Murid mendapat pelbagai tugasan yang kadangkala membebankan


murid.

MAKLUMAT BERKAITAN MODUL

1. Tajuk modul

”AN-NUSRAH”

”AN-NUSRAH” dalam bahasa Malaysia bermaksud pertolongan. Nama


”AN-NUSRAH” dipilih kerana bersesuaian dengan matlamat modul yang
memfokuskan aspek yang terpenting iaitu penguasaan huruf-huruf
hijaiyyah untuk murid-murid yang lemah. Modul ini dibahagikan kepada
tiga fasa iaitu mengenal huruf-huruf tunggal, menyebut kalimah dan
menggunakan kalimah-kalimah dalam Bahasa Arab.

2. Tujuan

Tujuan utama modul ini dibina adalah untuk memudahkan pembelajaran


murid murid yang belum menguasai huruf-huruf hijaiyyah dalam P & P
Bahasa Arab

3. Rasional

Modul ini amat praktikal untuk dilaksanakan sewaktu P & P Bahasa Arab
dalam usaha membantu murid-murid yang belum menguasai kemahiran
mengenal, menyebut dan membaca.

4. Sasaran

Murid tahun 1 dan kumpulan murid yang belum menguasai huruf-huruf


hijaiyyah.

5. Strategi Pelaksanaan / Tindakan

Modul ini dibahagikan kepada tiga fasa utama iaitu:

Fasa pertama

i) mengenal huruf-huruf tunggal ‫ ي‬- ‫ا‬

ii) mengenal huruf-huruf tunggal berbaris ‫ ي‬- ‫ا‬

iii) mengenal huruf-huruf bersambung ‫ ي‬- ‫ا‬


Di peringkat permulaan, fasa pertama ini akan dijalankan pada
minggu transisi tahun 1 selama sebulan. Selepas tamat tempoh transisi
selama sebulan, tindakan yang dilakukan adalah menjalankan ujian
diagnostik bagi mengenal pasti kejayaan murid-murid yang terlibat dalam
modul ini.

Setelah murid-murid tersebut dikenalpasti, murid-murid tersebut


dibahagikan kepada dua bahagian iaitu mumtaz dan jayyid. Semasa kelas
arus perdana, murid mumtaz akan membantu murid jayyid secara
berpasangan atau berkumpulan menggunakan modul ”AN-NUSRAH” 15
minit sebelum berakhir masa mata pelajaran Bahasa Arab.

Bagi murid kelas KIA 2M, guru akan mengaplikasikan modul ini 15
minit sebelum berakhir masa Bahasa Arab.

Untuk 2 bulan yang seterusnya, modul ini diteruskan dengan


mengambil masa selama 15 minit sebelum berakhir pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab di dalam kelas. Guru akan dibantu oleh
dibantu oleh murid-murid yang mumtaz. Selepas tamat tempoh 3 bulan
pertama, ujian diagnostik yang kedua dijalankan bagi mengukur tahap
kemampuan murid.

Fasa Kedua

Penyebutan kalimah

Murid yang telah melepasi ujian diagnostik pada fasa pertama


sebanyak 70% ke atas akan mengikuti fasa yang kedua. Bagi murid yang
gagal mencapai 70% ke atas,mereka akan mengikuti fasa pertama
sehingga berjaya menguasainya. Fasa kedua ini juga dilaksanakan
selama 3 bulan. Murid didedahkan dengan beberapa kalimah yang
mudah. Bagi murid yang beum menguasai fasa pertama akan dilanjutkan
masa selama sebulan dalam fasa pertama untuk benar-benar menguasai
fasa tersebut.

Setelah tamat tempoh 3 bulan fasa kedua, ujian diagnostik


dilakukan untuk mengukur tahap penguasaan murid bagi meneruskan
fasa yang ketiga

Fasa Ketiga

Penggunaan kalimah

Fasa ini dijalankan selama 3 bulan. Dalam fasa yang ketiga,


sebahagian besar daripada murid telah berjaya menguasai huruf-huruf
tunggal. Dalam fasa ini murid-murid akan ditekankan penggunaan
beberapa kalimah-kalimah yang mudah untuk membentuk ayat. Setelah
berakhirnya 3 bulan, ujian dijalankan bagi mengukur tahap pencapaian
murid dalam ketiga-tiga fasa.

6. Bahan Bantu Belajar

a) Kad Imbasan Huruf / Perkataan

Memperkenalkan huruf, bentuk dan baris secara umum. Guru akan


memperkenalkan huruf dan perkataan melalui nyanyian. Ketiga-tiga fasa
ini menggunakan bahan bantu belajar kad imbasan.

b) Gambar

Modul ini juga menggunakan gambar-gambar berdasarkan kalimah-


kalimah yang diketengahkan. Gambar-gambar ini adalah berfungsi untuk
memberikan kefahaman yang lebih terhadap perkataan yang
diajar.Penggunaan gambar juga dapat membantu murid mengingati
kalimah dalam tempoh yang lama.
c) Permainan

Modul ini juga mendedahkan murid kepada permainan bagi membantu


murid menguasai Bahasa Arab dengan baik.

Fasa Pertama

Permainan boling yang menekankan penguasaan huruf-huruf tunggal.

Kaedah permainan:

 Lima pin boling disusun dan setiap pin dilekatkan huruf-huruf


tunggal ‫ ج‬- ‫ا‬.

 Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.

 Murid diminta membaling bola ke arah pin dan murid menyebut


huruf secara berkumpulan.

 Setiap pin yang telah dijatuhkan dan beserta jawapan yang betul
akan diberikan 2 mata oleh guru.

 Kumpulan yang paling tinggi catatan mata dan menjatuhkan pin


yang banyak beserta dengan sebutan huruf yang betul akan dikira
sebagai pemenang.

Fasa Kedua

Permainan puzzle

 Guru menunjukkan kepada murid bentuk kalimah-kalimah yang


telah dicantumkan.

 Seterusnya,guru menceraikan huruf-huruf tersebut dan meminta


murid mencantumkan kembali huruf-huruf untuk membentuk
kalimah. Melalui proses ini, murid dapat mengenal huruf-huruf
bersambung dan mengenal pasti kedudukan titik pada huruf dalam
kalimah.

Fasa Ketiga

Nyanyian

 Guru melatih tubi ayat-ayat mudah melalui nyanyian.

Permainan Kincir ilmu

 Guru berperanan memperkenalkan perkataan-perkataan melalui


permainan kincir ilmu.

 Guru memberikan satu perkataan kepada murid, murid cuba


memadankan perkataan yang sesuai untuk membentuk kalimah
yang betul.

 Murid yang dapat memadankan kalimah dengan tepat dan dapat


menyanyi dengan betul dikira sebagai pemenang.

7. Kehendak Pembelajaran

1. Murid dapat mengenal huruf-huruf hijaiyyah tunggal tanpa baris.

2. Mengenal huruf hijaiyyah bersambung tanpa baris (bersambung di


hadapan, di tengah dan di akhir)

3. Mengenal huruf hijaiyyah berbaris

a) Mengenal huruf hijaiyyah tunggal tanpa baris

b) Mengenal huruf hijaiyyah bersambung tanpa baris

 Huruf bersambung di hadapan


 Huruf bersambung di tengah

 Huruf bersambung di akhir

c) Memperkenalkan huruf hijaiyyah berbaris

 Huruf berbaris fathah

 Huruf berbaris kasrah

 Huruf berbaris dhommah

 Huruf berbaris tanwin-fathatan

 Huruf berbaris tanwin-kasratan

 Huruf berbaris tanwin-dhommatan

 Huruf berbaris sukun

 Huruf berbaris syaddah

7. Kriteria Kejayaan

Mumtaz :Murid dapat melepasi ujian diagnostik pada setiap fasa dan
mendapat 80 % ke atas setiap kali ujian diagnostik
dijalankan.

Jayyid Jiddan :Murid yang dapat melepasi setiap ujian diagnostik dengan
memperolehi 60 % - 79% ke atas.

Jayyid :Murid yang dapat melepasi setiap ujian diagnostik dengan


memperolehi 50 % - 59% ke atas.

Maqbul : Murid yang dapat melepasi setiap ujian diagnostik dengan


memperolehi markah melebihi 40%.

PENILAIAN FASA 2

Nama : ………………………………………………
‫‪Tahun : ………………………….‬‬

‫‪ .1‬ب – ا – ب = ‪...................‬‬

‫‪ .2‬ت – ا‪ -‬ج = ‪...................‬‬

‫‪ .3‬ث – و – ب = ‪...................‬‬

‫‪ .4‬خ – ش‪ -‬ب = ‪...................‬‬

‫‪ .5‬ج – م‪ -‬ي‪-‬ل = ‪...................‬‬

‫‪ .6‬أ – ح‪-‬م‪-‬ر = ‪...................‬‬

‫‪ .7‬ج – و‪-‬ر‪-‬ب = ‪...................‬‬

‫‪ .8‬أ‪ -‬خ – ض‪ -‬ر = ‪..................‬‬

‫‪ .9‬ج – د‪-‬ي‪-‬د = ‪..................‬‬

‫‪ .10‬ط‪-‬و‪-‬ي‪-‬ل = ‪markah 100 .................‬‬


‫‪PENILAIAN FASA 3‬‬

‫……………………………………………… ‪Nama :‬‬

‫………………………… ‪Tahun :‬‬

‫‪ .1‬ثَوْ بٌ َج ِم ْي ٌل‬

‫‪َ .2‬جوْ َربٌ أَ ْخ َ‬


‫ض ٌر‬

‫‪َ .3‬حاسُوْ بٌ َج ِد ْي ٌد‬

‫‪ِ .4‬خ َما ٌر أَصْ فَ ٌر‬

‫‪ .5‬زَ ْه َرةٌ َج ِم ْيلَةٌ‬

‫‪َ .6‬م ْس ِج ٌد نَ ِظي ٌ‬


‫ْف‬

‫‪ .7‬نَ ْع ٌل قَ ِد ْي َمةٌ‬

‫ك لَ ِذ ْي ٌ‪U‬ذ‬
‫‪َ .8‬ك ْع ٌ‬

‫‪ .9‬ظَ ْه ٌر قَ ِو ٌّ‬
‫ي‬
‫ف يَد َِو ٌّي ‪markah 50‬‬
‫‪ .10‬هَاتِ ٌ‬

‫‪ .1‬عين‬

‫‪ .2‬نعل‬

‫‪ .3‬رسالة‬

‫‪ .4‬خمار‬

‫‪ .5‬حاسوب‬

‫‪markah 25‬‬
‫‪ .1‬س ‪ +‬و ‪ +‬د ‪ +‬ا ‪ +‬ء = ‪...................‬‬

‫‪ .2‬ظ ‪ +‬ه ‪ +‬ر = ‪...................‬‬

‫‪ .3‬ق ‪ +‬و ‪ +‬ي = ……………‪..‬‬


‫‪ .4‬ن ‪ +‬ظ ‪ +‬ي ‪ +‬ف = ‪....................‬‬

‫‪ .5‬ز ‪ +‬ي‪ +‬ل = ‪....................‬‬

‫‪25 markah‬‬

Anda mungkin juga menyukai