Anda di halaman 1dari 3

Soalan

Kepelbagaian aras pengetahuan murid merupakan lumrah dalam sebuah kelas dan
guru seharusnya bijak menangani situasi ini. Merujuk kepada reka bentuk
pengajaran, apakah langkah-langkah yang anda lakukan jika anda berhadapan
dengan situasi tersebut.
Jawapan
Sebagai seorang guru yang cemerlang, guru mestilah bijak mereka bentuk
pengajaran. Antara reka bentuk pengajaran yang sesuai digunakan untuk
berhadapan dengan situasi yang disebutkan di atas adalah reka bentuk model
ASSURE. Dalam model Assure, terdapat 6 langkah yang harus dititikberatkan oleh
seorang guru iaitu Analyse learner (Analisis pelajar), State objective (Nyatakan
objektif), Select method, media, and materials (Pilih kaedah, media dan bahan),
Utilise media and materials (Gunakan media dan bahan), Require learner
participation (Memerlukan penglibatan pelajar) dan Evaluate and revise (Nilai dan
semak).
Langkah pertama iaitu Analyse learner (Analisis pelajar), guru haruslah
menjelaskan terlebih dahulu objektif dan matlamat pengajaran. Antara 3 perkara
penting untuk menganalisis ciri-ciri pelajar adalah ciri-ciri umum yang merangkumi
deskripsi umum tentang umur, tahap, latar belakang sosial ekonomi dan sebagainya.
Kedua adalah kompetensi khusus iaitu berkait dengan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada pelajar tentang tajuk dan kandungan pelajaran. Ketiga adalah stail
pembelajaran yang merujuk kepada kluster trait psikologi yang dapat menerangkan
bagaimana seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas dengan persekitaran.
Soalan-soalan yang boleh digunakan sebagai panduan kepada guru dalam
peringkat ini adalah seperti siapakah kumpulan sasaran?, apakah ciri-ciri mereka?,
apakah

hasil

pembelajaran

yang

hendak

dicapai?

dan

berapa

tempoh

perlaksanaannya.
Langkah kedua iaitu State objective (Nyatakan objektif). Dalam peringkat
ini, guru seharusnya menyatakan apakah objektif pembelajaran terhadap kumpulan
sasar. Objektif mestilah dinyatakan secara eksplisit supaya mudah diukur dan
dicapai. Ia merupakan tahap yang minimum tentang apakah yang sepatutnya

dipelajari oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan. Ia juga harus


difokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk
dipelajari.
Langkah ketiga iaitu Select method, media, and materials (Pilih kaedah,
media dan bahan). Dalam peringkat ini, guru memilih kaedah dan strategi
pengajaran yang paling sesuai dan selaras dengan objektif pengajaran dan
pembelajaran dapat menjamin pencapaian objektif pembelajaran. Terdapat 3
langkah dalam pemilihan iaitu menentukan kaedah yang sesuai dengan tugasan
pembelajaran. Contohnya, set Induksi dimulakan dengan kaedah simulasi, diikuti
dengan kaedah demonstrasi latihan dan latih tubi untuk mempelajari kemahiran
yang baru. Kedua adalah memilih media yang sesuai untuk melaksanakan kaedah
yang dipilih dan ketiga adalah mereka bentuk media.
Langkah empat merujuk kepada utilise media & materials iaitu
penggunaan media dan bahan. Berdasarkan ASSURE, terdapat 5 prinsip bagi
menggunakan media iaitu preview media, memastikan media yang akan digunakan
tidak bermasalah, mengenalpasti lokasi, pelajar dan media yang akan digunakan
mampu memberi pengalaman baru kepada pelajar. Media dan bahan yang
disediakan berpotensi untuk melengkapkan pengalaman dan pengetahuan pelajar.
Dengan kata lain, media yang digunakan perlu mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang bermakna untuk pelajar yang mempunyai pelbagai aras.
Langkah lima merujuk kepada require learners participation iaitu
mendorong penglibatan pelajar. Salah satu daripada aliran falsafah pendidikan
yang diperkenalkan oleh John Dewey pada awal era 1900 ialah pembelajaran
berpusatkan pelajar. Antara aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar yang
memerlukan tindak balas pelajar adalah seperti kuiz, latih tubi dan projek.
pembelajaran berpusatkan pelajar mampu merangsang minda dan tingkah laku
pelajar. Contohnya pembelajaran secara hands-on seperti melabelkan kawasan
perlombongan bijih timah di atas peta pada skrin komputer boleh mencetuskan
pengalaman baru kepada pelajar yang pandai, sederhana, dan lemah. Dari situ,
pelajar belajar mengenalpasti kawasan-kawasan perlombongan pada peta Malaysia
berbanding guru hanya menceritakan sahaja kawsan-kawasan perlombongan

tersebut sehingga pelajar menjadi bosan. Secara tidak langsung,ia dapat memupuk
budaya berfikir dalam kalangan pelajar.
Langkah enam merujuk kepada evaluate and revise iaitu nilai dan
semak. Antara aspek yang harus difikirkan seperti yang disarankan oleh Yusup
(2006):
a. Adakah objektif pembelajaran tercapai?
b. Adakah alat / bahan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan
pembelajaran?
c. Adakah kesemua pelajar menggunakan alat/ bahan media dengan cara yang
betul?
d. Adakah suasana pembelajaran selesa?
e. Adakah peluang pemerhatian individu diberi?
Proses menilai ini sebenarnya berlaku sebelum, semasa dan selepas proses
pengajaran dan pembelajaran. Pembaikan akan terus dilakukan sehingga media itu
benar-benar sesuai dengan tahap pelajar yang berlainan dan mampu mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Bagi saya, menilai dan menyemak semula
bahan amat diperlukan kerana guru bukan sahaja dapat mengenalpasti kekuatan
bahan tersebut malah guru boleh memperbaiki kelemahan bahan itu sehingga ia
sesuai digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk semua pelajar.

Secara kesimpulannya, guru harus menguasai keenam-enam langkah ini


supaya proses pengajaran dan pembelajarannya pada hari tersebut berjaya
mencapai objektif yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai