Anda di halaman 1dari 15

Analisis Keperluan Terhadap Pengguna Sasaran Modul

Pembelajaran Kemahiran Menulis Bahasa Arab Berasaskan


Regulasi Kendiri

Sumaiyah Sulaiman1, Nik Farhan Mustapha2, Pabiyah


Toklubok@Hajimaming 3, Wan Muhammad Wan Sulung4, Nik Hanan
Mustapha5
(12-pt)
1
Universiti Putra Malaysia, Malaysia, gs46797@student.upm.edu.my
2
Universiti Putra Malaysia, Malaysia, farhan@upm.edu.my
3
Universiti Putra Malaysia, pabiyah@upm.edu.my
4
Universiti Putra Malaysia, Malaysia, w_mhd@upm.edu.my
5
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia, hanan@iium.edu.my

Abstract
Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa yang penting dalam menguasai
bahasa Arab, terutama bagi pelajar di peringkat pengajian tinggi. Pelajar perlu diberi
latihan menulis yang berterusan melalui modul pembelajaran yang sesuai. Namun begitu,
modul pembelajaran kemahiran menulis yang berasaskan regulasi kendiri masih kurang
dalam pembelajaran bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi. Oleh itu keperluan
membangunkan modul yang bersesuaian untuk tujuan tersebut adalah penting.
Penyelidikan mengenai pembangunan modul memerlukan analisis keperluan dijalankan
untuk memastikan produk dicipta dapat memenuhi keperluan pengguna. Objektif kajian ini
adalah untuk menganalisis keperluan dan spesifikasi modul sebagai langkah pertama untuk
membina bahan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Arab berasaskan regulasi kendiri.
Responden kajian terdiri dari 5 orang pensyarah bahasa Arab dan 6 orang pelajar
pengkhususan bahasa Arab di institut pengajian tinggi yang dipilih secara persampelan
bertujuan. Data kualitatif diperolehi melalui temu bual separuh berstruktur. Analisis temu
bual pensyarah dan pelajar menemui empat elemen utama iaitu elemen bahasa, tema,
strategi pembelajaran kendiri dan aktiviti. Turut diperolehi keperluan modul menulis
bahasa Arab. Kajian ini dapat menjadi panduan awal bagi mereka bentuk dan
membangunkan modul dalam fasa seterusnya.

Keywords: analisis keperluan, modul pembelajaran, kemahiran menulis, bahasa Arab,


regulasi kendiri
1.0 Pengenalan

Kemahiran menulis merupakan antara kandungan yang terdapat dalam


kurikulum pembelajaran bahasa Arab di peringkat Institut Pengajian tinggi
Malaysia. Sekalipun kemahiran ini agak sukar, namun ia perlu dikuasai oleh
semua pelajar kerana menulis merupakan proses untuk menyampaikan idea
atau pendapat dengan tepat (Nur Hafizah, 2015). Dalam konteks
pembelajaran Bahasa Arab, pelajar akan dapat menulis dengan baik
sekiranya berjaya melalui proses-proses pembelajaran penulisan bahasa
Arab yang bermula dengan mengenali huruf, menulis huruf, menulis huruf
sambungan, menulis perkataan dan akhirnya menulis ayat-ayat pendek
(Rosni, 2009). Biasanya pelajar pada peringkat pengajian tinggi tidak lagi
menghadapi masalah dalam menulis ayat di dalam bentuk mudah. Namun
begitu situasi akan berbeza apabila pelajar mula menulis karangan.
Beberapa persoalan telah timbul daripada ketidakupayaan pelajar menulis
dalam Bahasa Arab. Ia sudah menjadi rahsia umum bahawa penguasaan
bahasa Arab dalam kalangan mahasiswa amat mendukacitakan (Ku
Fatahiyah, Awatif dan Hairun Najuwah, 2014). Apatah lagi apabila
akibatnya ialah ketidakupayaan menulis kertas ilmiah tahun akhir (Azlan
dan Rosni, 2015). Beberapa cadangan dan kajian juga telah dilakukan oleh
beberapa pengkaji untuk memastikan pelajar dapat menulis karangan bahasa
Arab dengan baik melalui teknik-teknik tertentu dan proses pembelajaran
seperti pendekatan strategi bagi mengatasi masalah kemahiran menulis
bahasa Arab (Rofian, Redzaudin, Akmar dan Effendy, 2014 dan Rosni &
Azlan, 2015). Kelemahan kurikulum dan strategi pembelajaran yang kurang
berkesan juga antara punca kesalahan pelajar Melayu dalam bahasa Arab
(Ab. Halim dan Mohd. Azidan (2017). Tambahan pula modul kemahiran
menulis bahasa Arab peringkat pengajian tingi Malaysia terhad (Mohamad
Rofian, Ahmad Redzauddin & Khairatul Akmar (2016) dan kurang
menekankan unsur psikologi. Antara strategi yang membantu pelajar ialah
strategi pembelajaran yang bersifat kendiri seperti regulasi kendiri. Hal ini
kerana pembelajaran regulasi kendiri (self-regulated learning) merupakan
konstruk psikologi yang semakin mendapat perhatian para pendidik
mutakhir ini, kerana kemahiran ini menyokong pembelajaran aktif dan
mampu menghasilkan pencapaian akademik yang tinggi (Zimmerman,
2012). Melihat kepada senario ini, maka suatu usaha dalam menyediakan
bahan pembelajaran, serta merangka pendekatan atau teknik terbaik dalam
melaksanakan proses pembelajaran kemahiran menulis perlu dikaji dan
direalisasikan agar usaha mempelajari bahasa Arab menjadi suatu yang
benar-benar berhasil dan matlamat pembelajaran mereka tercapai.

2.0 Sorotan Literatur

Bahasa Arab merupakan kursus yang ditawarkan di semua peringkat


pengajian di Malaysia bermula dari sekolah rendah hingga peringkat
Institusi pengajian tinggi (IPT). Pembelajaran kemahiran menulis bahasa
Arab bertujuan supaya pelajar mampu mengaplikasi penulisan bahasa Arab
dengan baik, selain mampu menulis teks berdasarkan bahan bacaan yang
telah mereka baca. Pelajar sepatutnya mampu untuk membuat rumusan dan
laporan terhadap sesuatu peristiwa yang telah mereka dengar, lihat dan baca
(al-Naqah, 1985). Namun, kemampuan menulis bahasa Arab dengan baik
masih belum dikuasai oleh pelajar, walaupun mereka sudah pun berada
pada peringkat pengajian tinggi. Isu ketidakupayaan pelajar menulis bahasa
Arab sering diperdebatkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Terdapat
beberapa kajian yang menunjukkan penguasaan bahasa Arab dalam kalangan
pelajar lepasan IPTA yang mengambil pengkhususan bahasa Arab tidak
mencapai tahap kecekapan berbahasa yang baik (Ab. Halim, 2009 dan
Sueraya et al., 2010).

Jika disorot kepada kajian lalu, beberapa kajian telah dijalankan bagi
menganalisis permasalahan penulisan pelajar seperti kajian Khazri dan Ku
Esah (2012), kajian Azlan dan Rosni (2015) serta kajian Rofian, Redzaudin,
Akmar dan Effendy (2014). Berdasarkan kajian Anida (2003); Nurazan
(2004); Kamarul Syukri (2009b); Sueraya dll. (2010); Mastura & Kaseh
(2012) dan Rosni dll. (2016), dapat dirumuskan bahawa antara sebab
berlaku kelemahan dalam penguasaan bahasa Arab ialah mereka kurang
menggunakan strategi pembelajaran bahasa. Sebaliknya kajian mendapati,
pelajar boleh menangani masalah dengan menggunakan strategi
pembelajaran (Oxford, 1990) dan pelajar yang didedahkan dengan pelbagai
strategi ternyata mampu meningkatkan kebolehan bahasa (Mastura &
Kaseh, 2012) & Rosni (2016b). Dalam hal ini, pembelajaran berasaskan
kendiri seperti regulasi kendiri atau Self-Regulated Learning (SRL) adalah
pendekatan yang sesuai kerana ia menggambarkan motivasi dalaman yang
ditadbir sendiri serta kawalan sumber dan persekitaran untuk
mengoptimumkan output pembelajaran (Ng, 2010). Regulasi kendiri
merupakan proses pembelajaran yang menfokuskan kepada seseorang
pelajar secara kendiri menilai, memantau keadaan semasa dan membuat
penambahbaikan untuk mencapai tahap yang optima dalam pembelajaran
(Zimmerman, 1989). Strategi pembelajaran ini bergantung kepada
keupayaan pelajar merangsang pemikiran mereka sewaktu proses
pembelajaran, mengekalkan pemikiran mereka dalam tindakan dan emosi
bagi mencapai sasaran yang telah mereka tetapkan (Nota, Soresi &
Zimmerman, 2004). Zimmerman dan Martinez-Pons (1986) telah
menyenaraikan 14 strategi pembelajaran regulasi kendiri yang kerap
digunakan oleh pelajar iaitu penilaian kendiri, pengorganisasian, penetapan
matlamat dan perancangan, mencari maklumat, menyimpan rekod dan
pemantauan, penstrukturan persekitaran, latihan dan hafalan, mencari
bantuan rakan sebaya, mencari bantuan guru, mencari bantuan orang
dewasa, membuat semakan terhadap ujian, menyemak dan mengkaji semula
nota teks. Instrumen temu bual berstruktur yang dipanggil jadual temubual
pembelajaran regulasi kendiri (SRLIS) digunakan bagi menilai bagaimana
strategi ini dilaksanakan.

Jika dimbas kembali, sebahagian besar kajian terdahulu memfokuskan hasil


penulisan bukan kepada strategi dan proses menulis karangan. Kajian-kajian
yang telah dijalankan hanya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi
oleh pelajar dan bukannya mengenal pasti keperluan sebenar bahan
pembelajaran. Oleh itu, kajian ini dilakukan berdasarkan keperluan pengkaji
untuk mendapatkan data bagi menghasilkan modul kemahiran menulis
bahasa arab berasaskan regulasi kendiri pelajar IPT. Hal ini bertepatan
sebagaimana dicadangkan pengkaji terdahulu. Kajian Saipolbarin et.al,
(2016) mencadangkan satu modul pengajaran pola ayat dicadangkan untuk
diaplikasi dalam pengajaran bahasa Arab di peringkat universiti. Analisis
keperluan dilakukan bagi mengenal pasti keperluan modul sebelum modul
dibangunkan dan dinilai dalam fasa seterusnya (Saedah Siraj, Norlidah
Alias, Dorothy DeWitt, & Zaharah Hussin, 2013). Sebuah modul yang
menepati keperluan dan tujuan pembelajaran yang berasaskan teori regulasi
kendiri yang akan dibina dan dinilai keberkesanannya. Aspek psikologi,
situasi kehidupan, dan kandungan yang bersesuaian serta diadun bersama
dengan teori regulasi kendiri menjadi asas utama dalam membina modul ini.

3.0 Metodologi

Kajian ini berbentuk kualitatif yang melibatkan sebelas orang responden


terdiri dari lima orang pensyarah dan enam orang pelajar di beberapa IPT
sekitar lembah Klang. Responden dipilih secara pensampelan bertujuan
dalam kalangan pensyarah bahasa Arab dan pelajar pengkhususan bahasa
Arab. Pemilihan peserta berdasarkan beberapa kriteria antaranya
pengalaman yang luas serta kesanggupan menjadi peserta kajian. Temu bual
dijalankan secara bersemuka bagi mendapatkan kadar respon yang tinggi
(Chua, 2011). instrumen kajian iaitu protokol temu bual separa berstruktur
yang dibentuk telah diuji kesahan kandungan dan bahasanya oleh tiga orang
pakar yang dipilih. Temu bual merangkumi soalan-soalan yang berkaitan
dengan latar belakang responden, masalah-masalah yang dihadapi oleh
pelajar ketika menulis serta keperluan menghasilkan modul kemahiran
menulis. Data telah direkod dan ditranskripsikan secara verbatim seterusnya
dianalisis mengikut tema menggunakan perisian Atlas. TI versi 8.

4.0 Dapatan Kajian

Berdasarkan dapatan temu bual terhadap 11 orang responden, beberapa


cadangan isi kandungan modul kemahiran menulis dan keperluan modul
menulis bahasa Arab bagi pelajar telah diperolehi. Pensyarah dilabel
sebagai P, manakala pelajar dilabel sebagai PL.

4.1 Pemilihan isi kandungan modul kemahiran menulis


Dapatan isi kandungan modul kemahiran menulis boleh disimpulkan
melalui rajah berikut:

Pemilihan isi kandungan modul kemahiran menulis

Strategi
Unsur Bahasa Tema Aktiviti pembelajaran Teknikal
kendiri

Bercetak, panduan
penggunaan dan
Interaksi dengan
Qawalib Nahu dan Sorof Aktiviti harian Latihan pemeringkatan
penutur jati
dari mudah kepada
susah

Rajah 2: Pemilihan isi kandungan modul kemahiran menulis


Dapatan temu bual mendapati terdapat beberapa elemen yang dicadangkan
sebagai isi kandungan modul kemahiran menulis yang boleh dibahagikan
kepada beberapa bahagian iaitu elemen bahasa, tema, strategi pembelajaran
kendiri dan aktiviti.

Elemen bahasa: pembelajaran berdasarkan qawalib, aplikasi Nahu dan


Sorof dalam ayat. Ungkapan SP(1), SP (3) dan SP(5) seperti di bawah ini
menjelaskan hal yang dinyatakan di atas:

Terdapat responden juga mencadangkan agar tema penulisan sekitar aktiviti


harian mencakupi diari, e-mel dan blog sebagaimana kata-kata di bawah:

Responden mengakui kepentingan strategi pembelajaran dalam,


justeru mencadangkan penerapan elemen strategi sebagai isi kandungan
modul. Ini dapat dikesan dalam contoh transkripsi berikut:

“…mungkin dari strategi juga…kita beri motivasilah,..maknanya


siapa yang paling banyak dlm satu hissoh… boleh menyumbang sampai
lima ayat, kita beri token… Dapat berapa bintang hari ni…inshaAllah
walaupun mereka bukan kanak2…tapi supaya mereka ada usaha dan supaya
tidak malu untuk tidak langsung bercakap..” (muafah)

“…bila nak menanamkan supaya pelajar kita minat kepada


penulisan Bahasa Arab kan, maknanya dia tidak dapat tidak kita perlu
menanamkan rasa minat dan kecintaan mereka terhadap Bahasa Arab
sendiri. Ha tu paling penting lah…guru-guru perlu mempelbagaikan lah
strategi pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat pelajar terhadap
Bahasa Arab. (redzuan)

Malah, dapatan temubual menunjukkan pelajar sedar kepentingan modul


dan mengakui keperluannya bagi pendedahan strategi bagi membantu
meninykatkan penulisan sebagaimana pernyataan berikut:

“Pendedahan strategi menulis bahasa Arab penting. Sebagai panduan


kepada student. Macam tadi, erm... ramai yang cakap macam penulis ni satu
benda yang susah kan. mungkin sebab dia tak tahu kot. Dia tak diberi
pendedahan tentang kaedah-kaedah nak menulis. Kalau ada lecturer yang
boleh bagitahu, so, saya rasa itu better kot”. (PL1)

“Saya rasa perlu. Kalau tak silap saya, sekolah dulu ada maharoh
kitabah…” (PL2)

“Of corse perlu… Sebab, kalau tak ada strategi menulis, kita lost, …so, bila
kita dah tau strategi tu, kita boleh aaa kita boleh olah laa kita punya idea
tu”. (PL3)

Manakala sudut aktiviti, responden mencadangkan agar diperbanyakkan


latihan, malah ada yang mencadangkan interaksi dengan penutur jati.

Ciri-ciri lain seperti bercetak, ada panduan penggunaan, modul


pembelajaran kendiri yang mesra pelajar, pemeringkatan dari asas kepada
yang lebih kompleks juga merupakan cadangan responden terhadap ciri
modul:

4.2 Keperluan modul menulis bahasa Arab bagi pelajar

Dapatan analisis temu bual menunjukkan bahawa modul kemahiran menulis


bahasa Arab berasaskan regulasi kendiri wajar dibina bagi bakal guru.
Kesemua pensyarah bersetuju keperluan pembinaan modul kemahiran
menulis bahasa Arab yang bercirikan pembelajaran kendiri.

“Pada pandangan saya, memang sangat perlu diadakan satu modul untuk
kemahiran menulis yang dibina berasaskan kepada regulasi kendiri
kerana… dengan ada modul ni dapat memberi peluang mengasah kemahiran
menulis secara bertahap dan pelajar-pelajar mempunyai bimbingan aaa..
secara berperingkat” (P1)

“Modul untuk kemahiran berbahasa tu sangat penting rasanya…mmm…


sebab menulis ni tidak cukup dengan sekadar semasa dia buat dalam
pertemuan bersemuka antara pelajar dengan pensyarah kan…sebabnya
kemahiran untuk menulis ni …dia perlu satu pembiasaan…sama juga
dengan bercakap …Kalaulah dia tak buat latihan tu semasa tidak dalam
kelas, maknanya kemahiran tu akan berkuranganlah… jadi maknanya ada
ruang yang boleh dimaksimumkan. Jadi sangat baik kalau ada modul
penulisan (P2)

“Saya rasa memang amat perlu bagi membantu pelajar aaa..menulis dan
mereka mengetahui langkah-langkah. Bila kita mempunyai modul, ia
mempunyai langkah-langkah yang tersusun dan ini membantu pelajar
Dengan lebih baiklah…sekiranya tiada modul mereka akan bebas tanpa
panduan. (P5)

5.0 Perbincangan

Kajian ini turut memperlihatkan terdapat beberapa elemen yang boleh


diambil kira sebagai cadangan konstruk kandungan modul berdasarkan
pandangan responden. Dapatan ini boleh diambil kira dalam pemilihan isi
kandungan modul yang akan dibina nanti. Kesemua 11 responden
menyatakan kesepakatan perlunya bahan pembelajaran kemahiran menulis
bahasa Arab yang sesuai bagi meningkatkan kemahiran bahasa mereka.
Analisis temu bual mendapati terdapat cadangan dari responden bagi
memasukkan interaksi pelajar dengan penutur jati sama ada secara
bersemuka atau berkenalan dengan budaya Arab seterusnya pelajar boleh
menulis kembali apa yang dialami dalam penulisan mereka. Kesimpulannya
modul yang dibangunkan mengandungi elemen-elemen berikut:

 Terdapat elemen bahasa,


-Pembelajaran berdasarkan qawalib,
-Aplikasi Nahu dan Sorof dalam ayat.
 Menyatakan objektif pembelajaran
 Tema penulisan aktiviti ialah harian@diari@emel.
 Terdapat pendedahan strategi kemahiran menulis.
 Mencadangkan kaedah-kaedah penulisan yang berkesan hendaklah
diperkenalkan kepada pelajar
 Terdapat banyak latihan untuk pelajar
 Terdapat kepelbagaian aktiviti
 Pemeringkatan daripada mudah ke susah
-Menggunakan bahasa yang mudah dan bersesuaian dengan
keupayaan pelajar
 Mesra pelajar: panduan penggunaan

Dapatan kajian ini bersesuaian dengan cadangan Rosni (2012) bahawa


pemilihan bahan penting bagi menjayakan tulisan supaya proses penulisan
dapat memberi motivasi kepada mereka. Sebaliknya bahan yang sukar akan
menyusahkan pelajar dan menurunkan minat mereka untuk menulis.
Kaedah-kaedah penulisan yang berkesan hendaklah diperkenalkan kepada
pelajar supaya mereka dapat menggunakannya dalam penulisan (Azlan,
2015). Penekanan terhadap perkataan atau kosa kata juga perlu diambil
kira. Sebagaimana dicadangkan oleh Che Radiah, Norhayuza dan Mohd
Zaki (2017) bahawa penguasaan kosa kata yang luas merupakan
menyumbang ke arah pembentukan karangan yang baik dan sempurna. Ia
adalah tunggak dalam sesebuah karangan dan aset penting dalam
penguasaan kemahiran berbahasa (Rosni, 2012, Norhafizah, 2015).

Berdasarkan hasil temu bual pelajar dan pensyarah ini mendapati terdapat
kesepakatan antara pelajar dan pensyarah mengenai isu kemahiran menulis
dan keperluan modul menulis bahasa Arab. Keperluan modul kemahiran
menulis bahasa Arab disambut baik oleh kedua-dua pihak. Ini bertepatan
dengan Hyland (2003) bahawa para guru perlu mengenal keperluan diri
pelajar dalam bahasa kedua (L2) untuk merekabentuk kurikulum dan
perancangan pelajaran. Penambahbaikan juga perlu dilakukan terhadap
modul bahasa Arab yang terdapat di pasaran (Ghazali Yusri dan Ahmad,
2006) dan modul latihan menulis pelajar IPT perlu dipelbagaikan dan
diperbanyakkan (Rosni, 2012). Rentetan dari dapatan kajian fasa satu iaitu
analisis keperluan, pengkaji dapat mengambil manfaat dari dapatan ini bagi
menyokong pembinaan satu modul kemahiran menulis berasaskan regulasi
kendiri bagi pelajar pengkhususan bahasa Arab di peringkat pengajian
tinggi.

6.0 Kesimpulan

Kajian ini adalah kajian analisis keperluan yang telah dijalankan bagi
meneroka pandangan pensyarah dan pelajar yang berpengalaman dalam
pembelajaran dan pengajaran kemahiran menulis bahasa Arab. Hasil
analisis menunjukkan modul kemahiran menulis bahasa Arab wajar
dibangunkan. Pembangunan modul juga perlu mengambil kira
permasalahan pelajar dan keperluan sedia ada supaya modul yang
dihasilkan sesuai digunakan oleh pelajar peringkat IPT). Kajian ini telah
berjaya menyenaraikan masalah penulisan bahasa Arab yang dihadapi oleh
pelajar dan elemen isi kandungan modul kemahiran menulis berdasarkan
cadangan responden. Selain itu, kajian ini telah meneroka beberapa strategi
yang diguna pakai oleh pelajar dalam menulis. Strategi ini boleh dijadikan
panduan bagi membantu pelajar mengatasi masalah menulis berasaskan
regulasi kendiri. Keperluan modul menulis bahasa Arab berdasarkan
kesepakatan pakar juga diperolehi melalui kajian ini. Dapatan kajian ini
merupakan langkah awal bagi merancang pembinaan bahan pembelajaran
kemahiran menulis bahasa Arab yang sesuai dengan keperluan pelajar
peringkat pengajian tinggi di Malaysia.

Rujukan

Ab. Halim Mohamad. (2009). Tahap Komunikasi dalam Bahasa Arab


dalam Kalangan Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia.
Journal of Islamic and Arabic Education, 1, 1–14.

Ab. Halim Mohamad & Mohd. Azidan Abdul Jabar. (2017). Faktor
Kesalahan Bahasa yang Mempengaruhi Pelajar Melayu dalam Mempelajari
bahasa Arab. Jurnal AL-ANWAR, Persatuan Bekas Mahasiswa Islam
Timur (PBMITT) Volume 1 (3); June 2017: 21-32

Abd Aziz bin Mahayudin, Mohamad Fauzi Yahya dan Balqis Kamarudin
(2015). Dlm. Prosiding Persidangan Kebangsaan Bahasa Arab (NCAL) (pp.
211-217). Bandar Baru Bangi: Aras Mega Sdn Bhd.

Abdul Rahman Abdullah dan Gazilah Mohd. Isa (2016) Pnyt. Zamri Arifin,
Mohd. Muhiden Abd Rahman & Alee Jehlee. Prosiding IConTALL 2016
Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Arab dan Sastera Arab kepada
Penutur bukan Arab (pp. 212-218). Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti
Kebangsaan Malaysia. ISBN 978-983-9368-73-4

Abdullah Mohd Adam Khair (2013) ‫دى‬MM‫ا ل‬MM‫تنمية مهارة تصحيح األخطاء الكتابية ذاتي‬
‫ المستوى المتقدم‬: ‫طالب كلية معارف الوحي اإلسالمي باستخدام التغذية الراجعة‬
Pnyt. Sahrir, Muhammad Sabri and Chik, Abdul
Rahman and Zakaria, Abdul Wahab and Ahmed Mahmoud, Ahmed
Ragheb and Md Ghalib, Mohd. Feham  ‫ آفاق‬:‫مجاالت تعليم اللغة العربية‬
‫( مستقبلية‬Majalat ta'lim al-lughah al-'Arabiyah afaq mustaqbaliyah)
= Fields of Teaching Arabic Language: Future Horizons. Series of
books in ICALL 2013, 1 (1). IIUM Press, Kuala Lumpur. ISBN
9789674182786

Al Muslim Mustafa (2014) Mawarid Al Akhtho’ Al Lughawiyyah inda Al


Tullab Al Maliziyyin. Qadhaya Mua’sorah Fi Ta’lim Al Lughah Al
Arabiyyah (Jilid 1) Pnyt. Moktar Hussain, Mohamad Shukri Hamzah,
Hakim Zainal, Nik Muhamad Rahimi Nik Yusuf, Tengku Abdul Ghani
Tengku jusoh, Omar Shang Hong, Besam. Unit Bahasa Arab. Fakulti
Pengajian Islam. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. ISBN:
978-967-5478-88-8.

Amizan Helmi Muhammad. (2013). Turuq tadrib maharat alkalam lil


mutanazirin bil madaris atthanawiyyah fil malizia. Tesis Sarjana.
Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai : Universiti Sains Islam
Malaysia.

Aziyun Othman. (2012) Penulisan Hamzah Dalam Kalangan Murid Dan


Guru Bahasa Arab: Satu Tinjauan. Persidangan Kebangsaan
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12) •
disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar
Hussain, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim
Zainal, & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian
Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi •ISBN 978-967- 5478-
49-9

Azlan Shaiful Baharum. (2013). Kesalahan Bahasa Dalam Penulisan


Berformat Dalam Kalangan Pelajar Pengkhususan Bahasa Arab Di
Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia. Tesis Doktor Falsafah.
Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai: Universiti Sains Islam
Malaysia.

Azlan Shaiful Baharum & Rosni Samah (2015). Persepsi Pelajar Universiti
Awam terhadap Kesalahan Bahasa Arab, Faktor Penyumbang dan
Implikasi. Sains Humanika, 6(1). Retrieved from
http://www.sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/vi
ew/595/537
Che Radiah Mezah, Norhayuza Mohammad dan Mohd Zaki Abd Rahman.
(2017) Kemahiran Mengarang Bahasa Arab. Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Arab. Serdang: Penerbit UPM Press. ISBN 978-967-344-347-3

Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd.

Mohd Firdaus Yahaya, Mohd Shahrizal Nasir, Wan Abdul Hayyi Wan
Omar, Zulazhan Ab. Halim, & Essmat Nasr Sweedan (2014).
Kemahiran Menulis Dalam Bahasa Arab Menerusi Aktiviti Jawlah
Lughawiyyah. Issues in Language Studies, 3(1), 36–53.

Ghazali Yusri Bin Abd Rahman & Ahmad Bin Salleh. 2006. Kemahiran
Menulis Tulisan Arab Di Kalangan Pelajar-Pelajar UiTM: Kelemahan Dan
Cara Mengatasinya. Laporan Penyelidikan Akademi Pengajian Bahasa,
Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Hyland, K. 2003. Second Language Writing. Cambridge: Cambridge


University Press.

Khazri Osman & Ku Siti Esah Ku Ibrahim. 2012. Analisa Kesalahan Pelajar
Dalam Penulisan Bahasa Arab: Kajian Kursus Maharat Al-Kitabah.
Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab
2012. (PKEBAR’12) Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi. 130-138.

Ku Fatahiyah Ku Azizan Awatif Abd Rahman Hairun Najuwah Jamali


(2014) Tahap Kemahiran Asas Bahasa Arab di IPT Malaysia. GSE E-
Journal of Education E-ISSN: 2289-6880 Vol 1 No 2 2014

Lina Malini binti Mat Nafi, L., Khidmat Akademik, J., Islam Antarabangsa
Sultan Ismail Petra, K., Puri, N., Bharu, Kamarul Shukri bin Mat Teh
STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA: SATU PENGENALAN
KONSEP DAN MODEL. Jurnal KIAS, 172–197.

Mohd Fauzi Abdul Hamid. (2012). Istratijiat Al-Muhakah Wa Turuquha Fi


Ta’lim Al-Insya’ Wa Taalulmihi Ala Mustawa Al-Syahadah Al-Diniah
Al-‘Aliah (STAM): At-Tathbiq Lada Altulab Wal Tolibat Bissanah
Assadisah Minal Madrasah Althanawiyyah Aldiniah Bandar Baru Salak
Tinggi. Tesis Sarjana. Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai : Universiti
Sains Islam Malaysia.
XNor Hafizah binti Aziz, A. (2015). Penggunaan Imitasi Dalam Penulisan
Karangan Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Universiti. Universiti
Malaya.

Mohamad Rofian, Ahmad Redzauddin, Khairatul Akmar & Muhammad


Daoh (2016). Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016
(IRSYAD 2016)

Mohd Nazmi Desa. (2009). Meningkatkan Kemahiran Menulis Kedudukan


Hamzah Dalam Perkataan Arab Dalam Kalangan Pelajar PISMP
Bahasa Arab di IPGM Kampus Tuanku Bainun Dengan Dengan
Menggunakan Modul Asadullah. Prosiding Wacana Pendidikan Islam
Siri Ke - 7 ( Peringkat Nusantara) (pp. 37-47). Gontor: Institut Studi
Islam Darussalam.

Muhammad Kamil al Naqah. (1985). Ta’lim al lughah al arabiyyah


linnatiqina biha. Saudi Arabia: Universiti Ummul Qura.

Noor Anida Awang, Norhayati Che Hat, & Nurazan Mohmad Rouyan.
(2014). Analisa Kelemahan Kemahiran Menulis Bahasa Arab dalam
Kalangan Pelajar UniSZA. In A. M. M. & M. S. N. • Zamri Arifin,
Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar,
Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman (Ed.), Prosiding
Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 (pp. 1–11).
Bangi: Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam,
UniSZA.

Normah Husin. (2014). Analisa Kesalahan Pelajar Dalam Penulisan Bahasa


Arab: Menulis Resume. International Research Management and
Innovation Conference 2014 (IRMIC2014) KL, 17 – 18 November
2014 (pp. 17–18). Bandar Seri Putra, Kajang.

Nurazan M. Rouyan. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa dalam


Pembelajaran Bahasa Arab: Kajian di KUSZA. MA dissertation.
Banggi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurhamimi bin Zainuddin & Muhammad Faham Muhammad Ghalib.


(2012). Astratijiyyat al- Tullab ghoir al-Mutakhossisin fi al-Lughoh al-
Arabiyyah fi Ta’allum Maharat al- Kitabah 'Abr Barnamaj Wiki . Journal of
Islamic and Arabic Education, 4(1), 31–44.

Oxford, R., 1990. Language Learning Strategies: What Every Teacher


Should Know. Newbury House, New York.

Richey, R.C., Klein, J.D.,& Nelson, W. A. (2004). Developmental research:


Studies of instructional design and development.

Rofian, M., Ahmad, I., Ghazali, R., Akmar, K., Latif, A., Jabatan, P., …
Selangor, U. (2016). Kerangka Pembinaan Modul Kemahiran Menulis
Karangan Bahasa Arab Untuk Penutur Bukan Arab Di Ipta Malaysia.
In Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2016
(IRSYAD 2016) (pp. 581–592). Bangi, Selangor: Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor.

Rosni bin Samah. (2009). Isu pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Nilai:
Universiti Sains Islam Malaysia

Rosni bin Samah. 2012. Pembinaan Ayat Bahasa Arab Dalam Kalangan
Lepasan Sekolah Menengah Agama. GEMA Online™ Journal of
Language Studies . 12(2), 555-569.

Saedah Siraj, Norlidah Alias, Dorothy DeWitt, & Zaharah Hussin. (2013).
Design and developmental research: Emergent trends in educational
research. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia.

Saferul Hafiz Saari. 2013. Istikhdam Tariqah Fi Iktisab Almufradat


Asshafiah Lada Thullab Kulliyah Dirasat Allughah Araisah Bi Jamiah
Al-Ulum Islamiah Almaliziah. Tesis Sarjana. Fakulti Pengajian Bahasa
Utama. Nilai : Universiti Sains Islam Malaysia.

Saipolbarin Ramli, Nazri Atoh, Zarima Mohd. Zakaria dan Ahmad Fikri
Husin (2016) Aplikasi Penggunaan Formula Pola Ayat Dalam Penulisan
Teks Arab Dalam Kalangan Pelajar Ismp Bahasa Arab UPSI. Kertas Kerja
dibentangkan dalam Persidangan Bahasa Arab Kebangsaan 2016 (PABA).
Kuala Lumpur: Universiti Malaya, September.

Siti Aisyah Ishak@Isah dan Zamri Arifin (2016) Saiz Kosa Kata Bahasa
Arab dan Hubungannya dengan Kemahiran Menulis. Pnyt. Zamri Arifin,
Mohd. Muhiden Abd Rahman & Alee Jehlee. Prosiding IConTALL 2016
Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa Arab dan Sastera Arab kepada
Penutur bukan Arab (pp. 212-218). Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti
Kebangsaan Malaysia. ISBN 978-983-9368-73-4

Sueraya Che Haron et al., (2010), Understanding Arabic-Speaking Skill


Learning Strategies among Selected Malay Learners: A Case-Study At
The International Islamic University Malaysia (IIUM), Contemporary
Issues in Education Research; Aug 2010; ProQuest Education Journals.

Suzaanna et al. (2012) Kaedah Transliterasi: Strategi Pembelajaran Bahasa


Dalam Menguasai Kemahiran Menulis Bahasa Arab

Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. (2006). Strategi pembelajaran


bahasa Melayu pelajar pelbagai etnik bukan Melayu. Jurnal
Pendidikan. Universiti Malaya. 115-132.

Anda mungkin juga menyukai