Anda di halaman 1dari 1

Analisis Keperluan Terhadap Pengguna Sasaran Modul

Pembelajaran Kemahiran Menulis Bahasa Arab Berasaskan


Regulasi Kendiri

Sumaiyah Sulaiman1, Nik Farhan Mustapha2, Pabiyah


Toklubok@Hajimaming 3, Wan Muhammad Wan Sulung4, Nik Hanan
Mustapha
(12-pt)
1
Universiti Putra Malaysia, Malaysia, gs46797@student.upm.edu.my
2
Universiti Putra Malaysia, Malaysia, farhan@upm.edu.my
3
Universiti Putra Malaysia, pabiyah@upm.edu.my
4
Universiti Putra Malaysia, Malaysia, w_mhd@upm.edu.my
5
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Malaysia, hanan@iium.edu.my

Abstract

Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa yang penting dalam menguasai bahasa
Arab, terutama bagi pelajar di peringkat pengajian tinggi. Pelajar perlu diberi latihan menulis
yang berterusan melalui modul pembelajaran yang sesuai. Namun begitu, modul
pembelajaran kemahiran menulis yang berasaskan regulasi kendiri masih kurang dalam
pembelajaran bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi. Oleh itu keperluan membangunkan
modul yang bersesuaian untuk tujuan tersebut adalah penting. Penyelidikan mengenai
pembangunan modul memerlukan analisis keperluan dijalankan untuk memastikan produk
dicipta dapat memenuhi keperluan pengguna. Objektif kajian ini adalah untuk meneroka
perspektif pelajar dan pensyarah berkenaan permasalahan dalam kemahiran menulis,
menganalisis keperluan dan spesifikasi modul sebagai langkah pertama untuk membina
bahan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Arab berasaskan regulasi kendiri. Responden
kajian terdiri dari 5 orang pensyarah bahasa Arab dan 6 orang pelajar pengkhususan bahasa
Arab di institut pengajian tinggi yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data kualitatif
diperolehi melalui temu bual separuh berstruktur. Analisis temu bual pensyarah dan pelajar
menemui empat tema utama, iaitu masalah penulisan bahasa Arab pelajar, pemilihan isi
kandungan modul kemahiran menulis, strategi yang diguna pakai oleh pelajar dalam menulis
dan keperluan modul menulis bahasa Arab. Kajian ini dapat menjadi panduan awal bagi
mereka bentuk dan membangunkan modul dalam fasa seterusnya.

Keywords: analisis keperluan, modul pembelajaran, kemahiran menulis, bahasa Arab,


regulasi kendiri

Anda mungkin juga menyukai