Anda di halaman 1dari 19

SARJANA SASTERA (PENDIDIKAN)

PENDIDIKAN BAHASA MELAYU


___________________________________________________________________________

PMC 571
PENDIDIKAN LITERASI BAHASA MALAYSIA
________________________________________________________

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

TAJUK : KEMAHIRAN MENJANA IDEA KARANGAN


MENGGUNAKAN TEKNIK BoKERA DI SEKOLAH RENDAH

NAMA PENYELIDIK : NORAZLINA BINTI MD AKHIR

NO MATRIK : S-PM0004/20

NAMA PENSYARAH : DR. MUHAMMAD ZUHAIR BIN ZAINAL

1.0 PENDAHULUAN
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, telah
menobatkan Bahasa Melayu sebagai mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan
menengah (Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), 2003). Salah satu kemahiran yang
perlu dikuasai dalam Bahasa Melayu adalah kemahiran menulis. Apatah lagi kemahiran ini
akan diuji sepenuhnya dalam peperiksaan Pentaksiran Penilaian Sekolah Rendah (PPSR) bagi
kertas Bahasa Melayu Penulisan. Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid
menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan
dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu
diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan
yang jelas dan kemas (KPM, 2016). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu Tahun Enam telah menggariskan beberapa objektif kemahiran
menulis yang perlu dicapai oleh murid. Antaranya ialah; menulis secara mekanis dengan
betul dan kemas; membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul; mencatat dan
menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan
bahasa yang santun; dan menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul
(KPM, 2014).

Pelbagai masalah berkaitan penguasaan penulisan karangan yang telah dinyatakan


dalam kajian-kajian lepas. Terdapat murid yang menghadapi masalah untuk memulakan
proses menulis karangan apabila kekurangan idea dan menjadikan karangan yang ditulis tidak
bermutu (Che Zanariah, 2011). Kajian daripada Aisyah, Zamri dan Azwa (2016) mendapati
sikap tidak minat mengarang merupakan faktor paling besar yang mempengaruhi penulisan
karangan Bahasa Melayu dalam kalangan responden kajian mereka. Natijahnya, responden
kajian sukar menulis perenggan isi dan perenggan pendahuluan dalam menulis karangan.
Sikap guru yang mengajar menggunakan kaedah konvensional telah merumitkan lagi isu ini.

Zamri et al. (2016) menegaskan, guru Bahasa Melayu memainkan peranan yang
sangat penting dalam masalah pengajaran kemahiran menulis ini. Guru Bahasa Melayu harus
mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid dan segera membantu murid supaya mereka
tidak ketinggalan dalam pelajaran. Justeru, untuk mengatasi masalah ini, pengkaji mengambil
pendekatan berbentuk intervensi dengan membina borang grafik yang berupa alat berfikir
dengan menggabung jalin kaedah pengurusan grafik dan kaedah penyoalan dalam kemahiran
berfikir. Selaras dengan saranan KPM supaya mengaplikasikan pembelajaran abad ke-21
dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.
Banyak contoh Pengurusan Grafik, namun dalam membina borang grafik aspek
penulisan karangan, pengkaji telah pengurusan grafik menjana idea. Mengikut Som dan
Mohd Dahalan (1998), pengurusan grafik ialah satu bentuk ilustrasi atau lakaran yang
digunakan sama ada untuk merancang, mengurus, meneliti, menganalisis atau menghasilkan
sesuatu idea atau pemikiran dengan lebih sistematik, jelas dan berkesan. Walau pun
pengurusan grafik ini disediakan dengan contoh-contoh tertentu, guru boleh mereka cipta
pengurusan grafik sendiri atau mengubah suai pengurusan grafik yang sedia ada mengikut
keperluan dan peringkat pembelajaran murid (Som dan Mohd Dahalan, 1998). KPM (2014)
dalam buku panduan KSSR BM Sekolah Kebangsaan Tahun 6 juga menegaskan bahawa bagi
meningkatkan penguasaan kemahiran menulis, pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik, seperti
maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah, simbol dan lain-lain perlu
digunakan untuk menyatakan atau menyampaikan idea. Justeru, terbentuklah borang
kerangka karangan aktiviti untuk menjana idea penulisan karangan yang juga dinamakan oleh
pengkaji sebagai Teknik BoKERA.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu

Saya merupakan seorang guru yang berkhidmat selama lapan tahun di sekolah jenis
kebangsaan tamil. Saya telah diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
bagi Tahun 5 Unmai di sekolah SJK(T) Ladang Henrietta. Di sekolah ini hanya terdapat dua
buah kelas bagi setiap tahun persekolahan.

Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas, saya dapati seramai 14
orang dari 27 orang murid menunjukkan masih belum menguasai penulisan karangan yang
melayakkan mereka mendapat markah lebih baik dalam ujian dan peperiksaan yang dibuat
pada peringkat sekolah . Murid- murid ini masih terpinga-pinga mencari idea penulisan,
malah tidak tahu bagaimana untuk menyusun idea dan menulis huraian idea. Murid juga tidak
dapat menyiapkan penulisan karangan dalam masa yang ditetapkan kerana kebanyakan masa
dihabiskan dengan berfikir untuk mengeluarkan idea. Idea dan isi karangan juga tidak
mencukupi dan berulang-ulang penggunaannya.

Selain itu, saya mendapati murid sukar menulis perenggan isi dan perenggan
pendahuluan dalam menulis karangan. Hasilnya, penulisan karangan murid hanya berkisar
kepada satu perenggan sahaja, idea serta huraian bertindan dan berlaku pengulangan isi
utama. Markah penulisan karangan dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) semasa
murid di Tahun 4 juga menunjukkan pencapaian yang mendukacitakan. Murid menghadapi
masalah untuk memulakan proses menulis karangan apabila kekurangan idea dan menjadikan
karangan yang ditulis tidak bermutu.

Saya juga telah mengenal pasti dan menggariskan lima kelemahan penulisan karangan
Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun 5 Unmai iaitu kesilapan mentakrif tajuk
karangan dengan tepat, kelemahan mengembangkan isi karangan, kelemahan penggunaan
ayat-ayat gramatis, pengolahan kurang menarik dan penyampaian idea yang lemah dengan
tiada pertautan antara ayat bagi isi tersurat dengan isi tersirat.

Oleh itu, dalam usaha mengatasi masalah ini, pengkaji telah membina teknik
BoKERA dan kajian penyelidikan ini akan meneroka peningkatan kemahiran menjana idea
dan mengolah huraian berdasarkan isi utama karangan menggunakan teknik BoKERA ini.

1.2 Sorotan Literatur

Umum ketahui, sekolah-sekolah di Malaysia padat dengan murid-murid yang datang daripada
pelbagai latar belakang, budaya dan bahasa yang berbeza. Selain itu terdapat juga perbezaan-
perbezaan lain misalnya kebolehan, tahap pemikiran, minat dan bakat (Mok, 1996). Hal ini
terjadi kerana terdapat dalam kalangan murid yang kebolehan belajar yang dapat menerima
setiap pengajaran yang diajar dengan cepat dan terdapat juga yang memerlukan bimbingan
serta pemulihan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, pelbagai trend
pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan mengikut kesesuaian dan kehendak murid-
murid berdasarkan perbezaan-perbezaan yang wujud.

Oleh itu, kemahiran menulis mestilah dikuasai oleh murid bermula daripada sekolah
rendah lagi sebelum masuk ke alam sekolah menengah untuk mengelak permasalahan yang
berkaitan dengan kemahiran menulis berlaku seperti kekeliruan dalam menulis huraian isi,
penggunaan ayat yang gramatis, penghasilan karangan yang lengkap dan menarik untuk
dibaca serta kesalahan tatabahasa seperti penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam
penulisan.

Keupayaan menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat
serta dapat mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kamahiran menulis
ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di samping
tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
2.0 FOKUS KAJIAN

Saya mengajar di kelas 5 Unmai yang terdiri daripada 27 orang murid yang tidak mempunyai
masalah pembelajaran disebabkan mereka merupakan murid – murid yang berada pada aras
sederhana dan baik . Semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah, saya mendapati hanya 14 orang murid belum menguasai cara menyusun idea dan
menulis huraian idea dalam penulisan karangan dengan baik. Oleh yang demikian, kajian ini
difokuskan kepada meneroka peningkatan kemahiran menjana idea dan mengolah huraian
berdasarkan isi utama karangan.

Hasil daripada pemerhatian, saya mendapati masalah yang dihadapi oleh murid
disebabkan murid kurang mahir dalam mentafsir tajuk karangan dan membuat pengolahan isi
utama karangan yang kurang menarik. Oleh itu saya telah melaksanakan teknik BoKERA
bagi mengatasi masalah murid semasa pengajaran bahagian karangan di bilik darjah ataupun
secara atas talian.

Guru haruslah menggunakan strategi yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan
murid dapat mempraktikkan ketika mereka membuat latihan atau mengulang kaji pelajaran.
Pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik juga menjadi faktor yang mempengaruhi
dalam penulisan karangan. Saya merasakan bahawa masalah ini dapat diselesaikan dengan
menggunakan teknik dan strategi yang sesuai. Ini berdasarkan tinjauan yang telah dilakukan
oleh saya terhadap masalah penulisan karangan dalam kalangan murid sekolah terutamanya
murid bukan penutur jati oleh pengkaji terdahulu.

Perkara yang sama juga berlaku di sekolah tempat saya mengajar . Walaupun banyak
kajian telah dilakukan di tempat lain, namun masih belum ada kajian tentang masalah
menguasai penulisan karangan menarik dengan ayat yang gramatis dilakukan di sekolah,
terutamanya murid- murid yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Maka
wajarlah kajian ini dilakukan bagi meningkatkan kemahiran penulisan karangan dalam
kalangan murid Tahun 5 Unmai ini.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian yang akan saya jalankan ini, terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai pada
akhir kajian saya. Terdapat dua bentuk objektif yang ditetapkan dalam kajian saya ini, iaitu
objektif umum dan objektif khusus.
3.1 Objektif Umum

3.1.1 Meneroka peningkatan kenahiran olahan menjana idea penulisan karangan murid
setelah menggunakan teknik BoKERA

3.2 Objektif Kursus

3.2.1 Membantu murid yang belum menguasai kemahiran membina idea dan menulis
huraian lengkap bagi menghasilkan karangan yang baik.
3.2.2 Melatih murid membina dan mengolah sendiri idea menggunakan BoKERA bagi
menghasilkan karangan yang lengkap.
3.2.3 Mengenal pasti kelemahan aspek tatabahasa yang turut menyumbang kepada masalah
penguasaan penulisan karangan yang baik.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kajian saya ini merujuk kepada murid Tahun 5 Unmai di SJKT Ladang Henrietta. Seramai
27 orang murid di dalam kelas tersebut. 27 orang murid yang terdiri daripada 15 orang murid
lelaki dan 12 orang murid perempuan berbangsa India. Secara amnya, usia sampel ini adalah
dalam lingkungan sebelas tahun.

Semua responden ini merupakan murid yang berada pada tahap yang pelbagai iaitu
sederhana dan baik. Semua responden ini juga mengikuti sesi persekolahan seperti biasa
waktu-waktu persekolahan. Murid-murid Tahun 5 Unmai ini menetap di kawasan sekitar
sekolah dan juga taman perumahan di kawasan Padang Serai dan Kulim. Kebanyakan mereka
daripada golongan keluarga yang berpendapatan sederhana dan rendah.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan berpandukan model kajian tindakan yang telah dicadangkan oleh
Lewin, (1946) dan Laidlaw, (1992). Terdapat empat elemen utama dalam model ini iaitu
mereflek (reflect), merancang (plan), bertindak (action) dan memerhati (observe). Kajian
tindakan bermula dengan saya menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu pengajaran, dalam
masalah ini, iaitu tentang penulisan karangan yang baik. Kemudian saya akan menyediakan
satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.
Seterusnya, guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses
pelaksanaannya disamping melihat proses perkembangan hasil daripada tindakan yang
dibuat. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1). Apabila
masalah itu masih tidak dapat diatasi, maka pengkaji bolehlah memulakan proses semula ke
Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu diselesaikan. Pada gelung kedua, mesti
ada satu penambahbaikan supaya langkah yang diulang, lebih baik dan mampu memberi
perubahan kepada masalah. Model kajian tindakan ini ditunjukkan dalam Rajah 1.

Rajah 1: Gelungan Kajian (adaptasi daripada Lewin, 1946 dan Laidlaw, 1992)

Saya telah pun memikirkan tindakan yang perlu diambil bagi menangani masalah ini
dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan dengan menggunakan Borang
Kerangka Karangan Aktviti (BoKERA). Dengan menggunakan borang ini, saya akan
melaksanakan intervensi yang pelbagai untuk penambahbaikan amalan pengajaran dan
pembelajaran mengenai penulisan karangan yang lengkap dan baik. Borang menggunakan
teknik penyoalan seperti siapa, di mana, kenapa dan bagaimana bagi mencungkil isi-isi dan
huraian karangan. Kesemua teknik penyoalan ini, saya memberi fokus kepada penggunaan di
mana murid perlu menyonal diri sendiri berkaitan isi karangan dan menulis jawapan dalam
ayat lengkap menggunakan BoKERA yang diberikan.
5.1 Peracangan Tindakan

Tinjauan awal dilaksanakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti masalah utama yang
menjadi fokus dalam kajian tindakan ini. Tinjauan ini dilakukan sewaktu sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah bersama dengan responden sepanjang tempoh kajian
dilakukan dan melalui data awal yang dikumpul iaitu melalui semakan buku latihan dan
pemerhatian semasa sesi bimbingan.

5.1.1 Ujian Diagnostik

Bagi mengenal pasti masalah secara mendalam lagi, saya telah menjalankan Ujian
Diagnostik. Ujian ini dilakukan bertujuan bagi mencari sama ada betul atau tidak murid yang
saya pilih merupakan responden yang bersesuaian dengan kajian saya. Selain daripada itu,
saya hendak mencari bukti kukuh bahawa responden yang saya pilih memang bermasalah
dengan topik kajian yang telah saya pilih.

5.1.2 Ujian Pra

Instrumen ini saya gunakan selepas pemilihan responden dilakukan. Segala maklumat
berkaitan dengan ujian ini direkodkan bagi tujuan perbandingan dengan Ujian Pasca yang
akan dijalankan selepas sesi intervensi dijalankan.

5.1.3 Program Intervensi – Teknik BoKERA

Borang Kerangka Karangan Aktiviti (BoKERA) dibina secara berstruktur sebagai alat
berfikir dalam bentuk pengurusan grafik dan penyoalan untuk membantu murid menjana idea
dan menyusun isi karangan penulisan. Hal ini kerana idea, olahan idea dan susunan idea
merupakan perkara utama yang menentukan kecemerlangan sesebuah karangan. Oleh itu,
BoKERA ini dibina dengan harapan dapat digunakan oleh murid untuk menghasilkan satu
perenggan lengkap, tersusun dan tidak terpesong daripada tugasan karangan yang diberikan.

Borang ini berfokus kepada pengajaran proses mengarang seperti yang dinyatakan
dalam kajian Zaleha & Zubaidah (2014). Pengajaran proses mengarang ini akan membuat
pemetaan kognitif dalam ingatan murid. Susunan binaan ayat-ayat dalam BoKERA
menyebabkan proses murid membina ayat huraian menjadi lebih mudah. Sekeping lembaran
BoKERA mewakili enam perenggan lengkap sesebuah karangan. Perenggan pendahuluan
dan penutup, murid boleh menulis mengikut kreativiti sendiri berdasarkan tajuk.
Rajah 2 : Paparan BoKERA

Untuk memastikan murid dapat menjana idea, guru menggunakan teknik penyoalan
seperti siapa, di mana, kenapa dan bagaimana bagi mencungkil isi-isi dan huraian karangan.
Murid perlu menyoal diri sendiri berkaitan isi karangan dan menulis jawapan dalam ayat
lengkap menggunakan BoKERA yang diberikan. Kajian Norliza dan Wan Muna Ruzzana
(2018) mendapati melalui teknik penyoalan, murid akan dirangsang untuk berfikir. Dengan
bertanya soalan khusus dan kemudian datang dengan jawapan, seseorang akan
mengumpulkan banyak maklumat dan idea tentang topik yang sedang dibuat. Bagi murid
tahun lima, memadai dengan tiga soalan bagi membentuk tiga ayat huraian dalam sesebuah
perenggan. Setelah murid dapat membuat pemetaan BoKERA dalam kognitif mereka, helaian
borang ini tidak perlu digunakan lagi. Murid perlu memahirkan diri mereka dengan teknik ini
tanpa menggunakan borang ini. Secara ringkas, contoh murid menjana idea menggunakan
borang ini adalah seperti Rajah 3 di bawah. Murid perlu sentiasa bertanya pada diri sendiri
soalan-soalan berkaitan isi utama dan jawapan mestilah dalam bentuk ayat yang lengkap.
Rajah 3: Contoh Penggunaan BoKERA

Apabila murid telah menyiapkan pengisian BoKERA seperti Rajah 3 di atas, cantumkan
semua ayat jawapan dalam satu perenggan seperti paparan di bawah:

Pada hari Sabtu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan. isi utama
Sukan tahunan tersebut diadakan di padang sekolah SJKT Ladang Henrietta. idea 1
Semua guru dan murid –murid tahun 1 hingga tahun 6 terlibat dengan temasya ini. idea 2
Temasya sukan tahunan peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Encik Razlan idea 3
bin Moktar pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kulim Bandar Baharu.

Untuk membina perenggan isi berikutnya, murid akan mengulangi proses bertanya dan
menjawab soalan itu dalam BoKERA lain pula. Bagi murid yang lebih cemerlang, guru boleh
menambah bilangan soalan dan juga bilangan BoKERA yang digunakan untuk menghasilkan
lebih banyak huraian dan idea.
5.1.4 Ujian Pasca

Setelah selesai sesi intervensi, satu ujian pasca akan dijalankan bagi mendapatkan maklumat
serta bukti yang dapat menunjukkan kaedah yang telah digunakan dapat memperlihatkan
perubahan dari segi penguasaan kemahiran menulis huraina karanagan dalam kalangan
murid. Keputusan ujian pasca dianalisis dengan membuat banding beza dengan ujian pra bagi
membuktikan bahawa kaedah yang digunakan berjaya.

5.1.5 Soal Selidik

Soal selidik dilakukan ke atas murid untuk mendapatkan maklumbalas berkaitan dengan sesi
intervensi yang telah dijalankan. Setelah selesai sesi intervensi, satu ujian pasca akan
dijalankan bagi mendapatkan maklumat serta bukti yang dapat menunjukkan kaedah yang
telah digunakan dapat memperlihatkan perubahan dari segi penguasaan kemahiran dalam
kalangan murid. Keputusan ujian pasca dianalisis dengan membuat banding beza dengan
ujian pra bagi membuktikan bahawa.

5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data

Pengumpulan data merupakan satu cara yang sistematik mendapatan sesuatu maklumat yang
dikehendaki. Berdasarkan kajian yang dijalankan, terdapat beberapa instrumen dalam kaedah
pengumpulan data iaitu ujian diagnostik, ujian pra, ujian pasca dan soal selidik yang
dirasakan sesuai.

5.2.1 Ujian Diagnostik

Saya menjalankan ujian ini bagi mengenalpasti masalah murid dalam pembelajaran dan ianya
lebih bersifat topikal. Dari ujian ini saya dapat mengenal pasti murid yang akan dijadikan
subjek kajian tindakan saya.

5.2.2 Ujian Pra

Ujian dan latihan yang diberikan untuk menilai dan mengesan kefahaman murid terhadap
sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.
5.2.3 Ujian Pasca

Ujian yang dijalankan sebelum sesuatu intervensi dilaksanakan untuk dijadikan panduan serta
digunakan untuk membuat perbandingan dengan ujian pasca yang akan dijalankan selepas
intervensi dilaksanakan. Ujian ini boleh digunakan untuk membandingkan prestasi murid
sebelum dan selepas sesuatu rawatan atau program inovatif seperti dalam reka bentuk
bercorak eksperimental.

5.2.4 Soal Selidik

Soal selidik merupakan kaedah pengumpulan data yang kerap digunakan oleh pengkaji. Ia
merupakan suatu cara yang paling mudah memperoleh data atau maklumat yang diperlukan
untuk membolehkan pengkaji mengetahui keadaan sebenar tentang isu-isu pengajaran dan
pembelajaran. Ianya mestilah dibina selaras atau memenuhi objektif atau masalaha yang
sedang dikaji. Soalan soal selidik ini merupakan soalan jenis tertutup iaitu subjek kajian
hanya perlu menanda jawapan “Ya” atau “Tidak” sahaja.
BORANG SOAL SELIDIK MURID
TAHUN 5 UNMAI
TAHUN 2021

BIL. SILA JAWAB DENGAN JUJUR Ya (/)


Tidak ( x )
1. Pengajaran guru menyeronokkan

2. Teknik yang guru gunakan sangat mudah

3. Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu

4. Keluarga beri bimbingan di rumah

5. Bimbingan yang guru beri mencukupi

6. Belajar menyeronokkan

7. Kerja sekolah yang diberi mudah

8. Saya suka menulis

9. Saya suka membaca

10. Saya faham arahan guru

11. Percakapan guru terlalu laju


5.2.5 Pemerhatian

Selain daripada kaedah yang disebut di atas, saya juga menggunakan kaedah pemerhatian
dalam mengumpul maklumat. Pemerhatian akan dilakukan sepanjang aktiviti intervensi
dilaksanakan. Melalui pemerhatian yang dilakukan saya dapat melihat perkembangan serta
kefahaman murid terhadap intervensi yang dilaksanakan dan saya dapat mengubah teknik
pengajaran semasa aktiviti sedang dijalankan. Ini akan memberikan impak yang tinggi dalam
memperbetulkan kesalahan yang dilakukan murid semasa aktiviti.

5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data

Pada bahagian ini, saya akan memperkatakan serta menghurai berkaitan dengan cara
menganalisis data atau maklumat yang telah dikumpul melalui instrumen pengumpulan data
yang telah digunakan.

5.3.1 Ujian Diagnostik

Pemeriksaan kertas soalan dilakukan setelah ujian selesai dijalankan dan mmarkah dikumpul
dan dianalisis setiap jawapan yang diberikan murid. Seterusnya kumpulan sasaran dibentuk
berdasarkan analisis yang telah dijalankan. Melalui ujian ini, saya cuba mengenalpasti
kesalahan dan meneliti setiap kesalahan yang dilakukan. Seterusnya saya menyenaraikan
faktor-faktor yang menyebabkan kesalahan itu dilakukan.

5.3.2 Ujian Pra dan Ujian Pasca

Ujian Pra dilakukan sebelum intervensi dijalankan dan ujian pasca dijalankan selepas
intervensi dilaksanakan. Setiap skor markah ujian yang dijalankan akan direkodkan dan di
akhir kajian iaitu apabila proses penyediaan laporan akan dibuat, skor markah yang dikumpul
akan dianalisis dengan membuat banding beza bagi melihat sama ada terdapat peningkatan
atau tidak. Jika perbezaan yang berlaku menunjukkan positif, bermakna intervensi yang
dilaksanakan memberi impak yang baik terhadap kefahaman dan penguasaan kemahiran
dalam kalangan subjek yang dipilih.

Seterusnya saya akan menunjukkan perbezaan skor bagi setiap murid yang menjadi
subjek kajian dalam bentuk peratusan menggunakan jadual seperti di bawah.
Jadual : Skor Ujian Pra dan Ujian Pasca.
Nama Skor Ujian Pra Skor Ujian Pasca
Murid Peratus % Peratus %
1
2
3
4
5

5.3.3 Soal Selidik

Bilangan subjek yang menjawab “Ya” bagi setiap soalan akan dihitung dan peratusannya
akan dikira. Begitu juga bagi bilangan subjek yang menjawab “Tidak”. Kemudian saya akan
membina carta bar bagi menunjukkan perbezaan peratus jawapan bagi setiap soalan soal
selidik. Melalui gambaran carta bar yang dibina, saya akan membuat rumusan yang akan
menjadi panduan dalam kajian tindakan saya ini.
Jadual : Kiraan peratusan soalan soal selidik.

Bil Soalan Ya % Tidak %

1 Pengajaran cikgu menyeronokkan.

2 Teknik yang cikgu gunakan sangat mudah

3 Saya minat mata pelajaran Bahasa Melayu

4 Keluarga beri bimbingan di rumah

Bimbingan yang cikgu beri mencukupi


5

6 Pengajaran menyeronokkan

7 Kerja sekolah yang diberi mudah

8 Saya suka menulis

9 Saya suka membaca

10 Saya faham arahan cikgu

11 Percakapan cikgu terlalu laju

5.3.4 Pemerhatian
Bagi kaedah pemerhatian yang dilakukan semasa sesi intervensi dilaksanakan, maklumat
yang di perolehi akan di catat dalam borong catatan nota lapangan dan seterusnya refleksi
akan dibuat berdasarkan maklumat tersebut.

BORANG CATATAN NOTA LAPANGAN


Nama Peserta :
Nama Pencatat:
Bil
Tarikh/Hari Masa/Tempat Latihan Catatan
.
5.4.1 JADUAL PELAKSANAAN

Tahun 2021
Bil Aktiviti Catatan
Jan Feb Mac Apr Mei Jun Julai Ogos Sept Okt Nov
Taklimat Kajian Tindakan
Mengenalpasti masalah dan
pemgumpulan data awal
. Bacaan dan taksiran maklumat
Menentukan fokus kajian
Merancang tindakan intervensi
Menulis porposal
Penyediaan media pengajaran
Melaksanakan tindakan
Pengumpulan data selepas
perlaksanaan intervensi
Menganalisis, mentafsir dan
membuat kesimpulan
Menulis laporan kajian
Pembentangan dapatan kajian
6.0 KOS PERBELANJAAN
HARGA JUMLAH
BIL JENIS BAHAN KUANTITI
SEUNIT KOS

1 Kertas A4 3 RM 10.00 RM 30.00

2 Dakwat pencetak 1 RM 80.00 RM 80.00

3 Cetakan bahan dan kajian 100 RM 0.10 RM10.00

Bahan Sumber Pengajaran dan


4 1 RM 20.00 RM 20.00
Pembelajaran (BSPP)

5 Penjilidan laporan kajian 2 RM 10.00 RM 20.00

JUMLAH RM 150.00

Kos yang terlibat sepanjang perancangan dan pelaksanaan kajian tindakan adalah seperti
berikut:

7.0 RUMUSAN

Penggunaan alat berfikir yang terkandung dalam kemahiran berfikir merupakan aspek
penting dalam penguasaan kemahiran menulis dan memberi kesan positif terhadap
pencapaian murid. Penggunaan BoKERA dalam kajian ini juga memberi impak positif
terhadap peningkatan kemahiran menulis. Penghasilan BoKERA ini merupakan satu tindakan
bagi menyelesaikan masalah murid yang lemah mencari idea untuk menulis karangan
lengkap. Sekali gus mengubah cara pengajaran guru dengan menggunakan kaedah PAK-21
dengan mengambil kira tahap kognitif murid. Suzana (2015) menyatakan bahawa kejayaan
dan kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan menjadi kenyataan sekiranya
pengajaran guru masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengambil kira aspek
kemahiran berfikir murid.

Kajian ini juga boleh dijadikan panduan untuk semua warga pendidik dalam usaha
mencari bahan pengajaran tambahan bagi mengatasi masalah penulisan karangan murid.
Selain itu, para pendidik juga disarankan agar menggunakan pelbagai alat berfikir lain dalam
pengajaran Bahasa Melayu. Guru Bahasa Melayu seharusnya menjadikan aktiviti mengarang
dalam PdPc penulisan karangan sesuatu pembelajaran dan pengalaman yang menyeronokkan
untuk murid. Peranan guru juga sangat penting di sekolah sebagai pembimbing dan pemudah
cara kepada murid-murid dalam pembelajaran kemahiran menulis. Justeru, pelaksanaan PdPc
kemahiran menulis harus menggunakan pelbagai alat pemikiran yang berimpak tinggi agar
usaha untuk meningkatkan penguasaan kemahiran menulis dalam kalangan murid dapat
dicapai.
RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa
Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu,
1–12.
Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman. (2011). Pelaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Kemahiran Menulis Di Sekolah Rendah. Malay Language Education
Journal (MyLEJ), 1(1), 67–87.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah Penyelidikan. Shah Alam: McGraw-Hill Education.
Creswell, J. W. (2012). Planning, conducting, and evaluating quantitative and
qualitative research. Educational Research. Ohio: Prentice Hall.
Cohen, L., Manion, L., & Morrison, K. (2007). Review: Research Methods in Education.
British Journal of Educational Studies. London: Routledge Falmer.
Denzin, NK. (1978). The Research Act: A Theoretical Introduction in Sociological Methods.
McGraw-Hills: New York.
Hasnah Mohamed. (2016). Meningkatkan Kemahiran Menulis Melalui Penggunaan Track
Changes. Malaysian Journal of Learning and Instruction, 13 (2016), 135–159.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Menengah: Bahasa
Melayu Sekolah Kebangsaan Tahun Enam. Putrajaya: Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga.
Putrajaya: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia
Khairuddin Mohamad. (2011). Literasi Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Zaleha Ahmad & Zubaidah Othman. (2014). Kemahiran Menulis: Peningkatan Kemahiran
Dalam Kalangan Pelajar Melalui Program ‘Tinta Emas.’ Seminar Bahasa
Melayu:146–155.

Anda mungkin juga menyukai