Anda di halaman 1dari 10

KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA

KUMPULAN:

AHMAD IZZUZZUDDIN
SYAHRIL HISYAM
SITI NURAINE
AZLIN WETTY
KONSEP KAEDAH GABUNGAN BUNYI KATA
 a) Dalam satu set pengajaran-pembelajaran, ‘bunyi huruf dan suku kata terus digabung menjadi
‘perkataan’ dan dibaca.

 b) Mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik
 setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, di mana terdapat dua bunyi.

 c) Suku kata Bahasa Melayu jelas


 misalnya ‘ba tu’,‘ka ki’, ‘ma kan’, ‘ka kak’, ‘i tu’, ‘i tik’, ‘se ko lah’, ‘jam ba tan’, ‘bu nga’, ‘ta nya’ ‘pe nyu’
‘su ngai’ ‘pan tai’, kam pung’, ‘per ja la nan’ dan sebagainya.

 d) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa Inggeris dan Bahasa
Arab.
 dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk bagi gender (laki- laki atau perempuan) untuk
menyatakan ‘banyak’ (plural), untuk menyatakan perbezaan waktu (past tense, present tense) seperti
dalam bahasa Inggeris.
DALAM KAEDAH GABUNGAN BUNYI-KATA…
 murid tidak perlu diajar ‘mengecam seluruh perkataan’ (pandang dan sebut
perkataan) dan menghafal bentuknya, kemudian ‘cerakin’ perkataan untuk
mengenal huruf dan bunyi huruf, seperti dalam kaedah seluruh perkataan.

 kanak-kanak terus ‘membina’ dan ‘membaca perkataan’ berdasarkan suku


kata yang mereka belajar dalam satu pelajaran itu.

 Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara


sistematik berturutan (sequential) berkembang, di mana pelajaran yang lalu
terus diguna untuk belajar membaca pelajaran yang baru.

 Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu.
CONTOH AKTIVITI:-

 Langkah-langkah asas dalam pengajaran membaca dan menulis KGBK.


1. Perkenalkan bunyi vokal mudah a i u, dan cara menulisnya
2. Perkenalkan bunyi konsonan mudah seperti b dan cara menulisnya
3. Bentuk suku kata terbuka (kv) darinya, supaya menjadi ba bi bu dan cara menulisnya.
4. Bina perkataan dari suku kata (kv + kv), seperti ‘baba bibi bubu babu, ibu’
5. Bina rangkai kata atau ayat, seperti ‘ibu abu, babu baba’
6. Murid menulis menyalin apa yang mereka baca: huruf, suku kata dan perkataan.
 Pelajaran berikutnya..
1. Ulang pelajaran unit yang lalu
2. Perkenalkan huruf konsonan baru, misalnya ‘c’
3. Bina suku kata ca ci cu
4. Bina perkataan kvkv seperti ‘caca cucu cuci aci acu’
5. Guna suku kata pelajaran yang lalu ba bi bu, untuk membina lagi perkataan seperti baca bucu
cuba
6. Bina frasa atau ayat seperti cucu aci, ibu cuci ubi, dsb
7. Murid salin apa yang dibaca.
CONTOH MENGGABUNGKAN BUNYI-KATA

 a) pengajaran ‘bunyi’ asas (fonem) beberapa huruf vokal ‘a i u’ dan bunyi satu atau dua
huruf konsonan, misalnya bunyi ‘b’, untuk membentuk bunyi suku kata ‘ba bi bu’, dan

 b) terus membaca perkataan mudah ‘baba, bibi, bubu, ubi, ibu abu’, dan frasa seperti
‘bubu baba’, ‘ibu abu’ yang bermakna, dalam satu atau dua pelajaran saja.

 Perbuatan menggabungkan bahagian (a) dan (b) di atas, iaitu mengabung ‘bunyi’ dengan
terus membentuk perkataan dan membacanya,
MURID DAPAT…

a) mengesan (attack) sesuatu perkataan, dengan melihat bunyi hurufnya dan suku katanya.
 Penting untuk memberi kemahiran atau kecekapan kepada mereka untuk membaca sendiri perkataan
baru. Misalnya setelah murid boleh membaca suku kata ‘ba bi bu‘ dan ‘ca ci cu’ dan boleh membaca
perkataan ‘cucu, baca, cuci’ mereka sendiri akan boleh membaca ‘cuba’ dan ‘bucu’.

b) membaca perkataan yang bermakna serentak dalam suatu pelajaran.


 Dengan ini mereka mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna.
membolehkan pembinaan
dan susunan bahan
pengajaran-pembelajaran
dan peningkatan
kemahiran membaca
dibuat secara berturutan

KELEBIHAN
boleh menggabungkan proses
fasa pertama untuk mengajar ‘mengenal bunyi-huruf’
memudahkan dengan ‘membina-dan-membaca
murid mula belajar perkataan’ dalam satu atau dua
membaca. pelajaran,
AKTIVITI: KAD PERMAINAN

 Guru menyediakan longgokan kad suku kata.


 Mencari kad suku kata yang sama: cth- “ba” dengan “ba”, “ku”
dengan”ku”
 Mencantumkan kad suku kata yang sama: cth: “ba” dengan “ba”, “ku”
dengan”ku”
 Mencantum suku kata supaya menjadi perkataan bermakna:

kuku kaki kaku buka kubu buku


AKTIVITI 2:

 Guru menunjukkan kepada kanak-kanak huruf “ a” dalam kad imbasan dan menyebut nama
huruf “ a” kemudiannya bunyinya “aa”.
 Buat beberapa kali dan suruh kanak-kanak mengikut cikgu membunyikan huruf “a” dengan
jelas.
 Guru menulis huruf “a” di papan hitam kecil dan sebut dan ulang beberapa kali.
 Guru menyuruh murid menyebut bunyi “a -------- aa” beberapa kali.
 Guru menunjukkan kad-kad gambar seperti gambar “api” , “awan” dan “ayam”

Anda mungkin juga menyukai