Anda di halaman 1dari 4

GABUNGAN KAEDAH FONIK DENGAN KAEDAH PANDANG DAN SEBUT Kaedah yang dicadangkan ini menggabungkan kaedah fonik

dan kaedah pandang dan sebut dalam satu pelajaran membaca pada peringkat awal. Kaedah pandang dan sebut juga dikenali sebagai Kaedah Seluruh Perkataan. Kaedah gabungan yang dicadangkan ini berasaskan kepada perkara-perkara berikut: a) Sistem ejaan bahasa Melayu adalah mengikut abjad dan fonemik ertinya ada hubungan yang rapat di antara simbol/huruf dan bunyinya. b) Suku kata perkataan Bahasa Melayu adalah jelas (jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain dengan bahasa Inggeris misalnya). c) Ciri-ciri yang baik daripada kaedah fonik dan kaedah pandang dan sebut boleh digabungkan. d) Murid-murid Melayu yang baru melangkah masuk ke darjah 1 rata-rata telah pun mempunyai perbendaharaan Bahasa Melayu yang mencukupi untuk terus belajar membaca. Melalui kaedah ini guru tidak perlu menunggu murid mengetahui semua nama huruf, bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka membaca perkataan-perkataan atau ayat. Malahan guru tidak begitu perlu memperkenalkan dan mengajar abjad dan bunyi huruf dari a hingga z secara tertib biasa. Kaedah gabungan ini mencadangkan murid diperkenalkan kepada bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan, dan kemudian terus membunyikan suku kata dan perkataan-perkataan yang bermakna, dalam satu hingga dua pelajaran. Dengan cara begini dalam dua atau tiga pelajaran sahaja, murid akan terus dapat membaca beberapa perkataan dan ayat, dan ini membuatkan murid merasa bangga kerana mereka boleh membaca serta faham apa yang dibaca.

Untuk menjelaskan kaedah ini secara terperinci, lihat beberapa contoh berikut: 1. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi dua atau tiga huruf vokal: a, o, u dengan menggunakan kad imbasan (flash card). Buat latihan membunyikan huruf ini beberapa kali, selang-seli. 2. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya: d, k, m dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya semua murid dapat melafazkan bunyi tiap-tiap lambang itu dengan jelas. 3. Gabungkan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata:

da di du ka ki k u sa si su 4. Seterusnya bina beberapa perkataan yang bermakna, misalnya: ba..... ba.... baba bu..... bu.....bubu da..... da..... dada ku..... ku..... kuku 5. Ulangi langkah ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid membacanya: baba bubu dada kuku

6.

Perkenalkan gabungan lain:

a ..... ku..... aku a..... da..... ada i..... ni..... ini i..... tu...... itu

bu..... ku..... buku ba..... ba..... baba bu..... ka..... buka ba..... ju..... baju 7. Suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas:

aku ada buku aku buka baju ini buku aku itu baju aku 8. 9. Kemudian gantikan aku dengan baba dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat ini pula:

buku dia buku baba buku aku/ku 10. Gantikan buku dengan baju, baju, dan kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan. 11. Perkenalkan gabungan bunyi lain pula seterusnya. i ... bu ..... ibu bu ... di ..... budi u ... da ..... uda budi ibu budi ibuku budi uda di ... a ..... dia ka ... ki ..... kaki kaki dia kaki ibu kaki kuda 12. Suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunakan berbagai-bagai perkataan yang dicipta: ibu buku baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda buku uda Kaedah gabungan ini boleh diajar di dalam tiga hingga empat hari, selama sejam sehari. Dalam seminggu sahaja murid-murid boleh mengenal huruf-huruf a, e, i, o : b, d, k dan membaca suku kata, perkataan-perkataan dan ayat yang dibentuk daripadanya. Cadangan yang dikemukan ini berguna kepada guru pemulihan khas sebagai panduan dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran

CARA MENGAJAR MENGGUNAKAN KGBK Kaedah Gabungan Bunyi Kata menyenaraikan beberapan abjad vokal dan konsonan yang perlu diajar mengikut tertibnya. Huruf vokal yang mula-mula diajar ialah a i u dan susunan konsonan berikut; bkcstmngljhyfwqvz

Untuk menjelaskan kaedah ini, Isahak Harun (1979) menggariskan beberapa langkah berikut; i. Mulakan dengan memperkenalkan bunyi tiga huruf vokal a, i dan u. Dengan menggunakan kad imbasan. Buat latihan membunyikan huruf itu beberapa kali, selang seli. ii. Kemudian perkenalkan pula bunyi dua atau tiga huruf konsonan, misalnya b, dan k. dengan menggunakan kad imbasan, dan buat latih tubi beberapa kali supaya murid dapat menyebutkan bunyi tiap-tiap simbol itu dengan jelas. iii. Gabungan bunyi tiap-tiap huruf konsonan dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata. ba bi bu da di du ka ki ku seterusnya bentukkan beberapa perkataan yang bermakna; da da dada ba ba baba bu bu bubu ku ku kuku Ulang ini beberapa kali, kemudian gabungkan dua perkataan menjadi ayat dan latih murid-murid membacanya: dada baba bubu baba kuku baba iv. Perkenalkan gabungan lain; a da ada a ku aku ku da kuda bu ku buku bu ka buka suruh murid-murid membaca ayat-ayat berikut daripada beberapa perkataan di atas; baba ada buku baba ada kuda baba ada bubu baba buka buku kemudian gantikan baba dengan aku dan ulang membacanya. Seterusnya baca ayat-ayat berikut; kuda dia kuda baba kuda aku/ ku Gantikan kuda dengan buku, kuku dan ulang bertubi-tubi dengan kad imbasan. v. Perkenalkan gabungan bunyi lain seterusnya.

i bu ibu bu di budi u da uda budi ibu budi ibuku budi uda da a dia ka ki kaki kaki dia kaki ibun kaki kuda suruh murid membaca ayat-ayat yang menggunaka berbagai-bagai perkataan yang dicipta; ibu buku buku uda baba uda bubu udaku ada kuda dia kaki kuda vi. Seterusnya, bolehlah pula diperkenalkan bunyi konsonan yang lain mengikut susunan yang telah ditetapkan. Galakkan murid-murid mengenal sendiri perkataan-perkataan baru dengan membuat latih tubi. vii. Akhir sekali bolehlah diperkenalkan bunyi gugusan dalam ejaan bahasa Melayu seperti; ng bising, datang, sayang nga nganga, singa sy, sya syarat , syarikat gh (gha) nyanyi, nyaring, punya Selain itu, prinsip yang perlu diingati ketika menggunakan kaedah ini adalah; i. Memperkenalkan terlebih dahulu vokal dan konsonan yang kerap digunakan dalam ejaan Bahasa Melayu, kemudian baru perkenalkan yang kurang digunakan. Hal ini bermakna tidak perlu memperkenalkan huruf dan bunyi mengikut susunan biasa dalam abjad (a-z). ii. Susunan nama-nama huruf dan cara menulis huruf besar boleh dibuat secara tidak langsung kemudian. iii. Tidak perlu memisah-misahkan dengan jauh dan jelas antara langkah mengajar bunyi huruf, bunyi suku kata dan sebutan perkataan. Boleh digabungkan dalam satu pelajaran. iv. Memerlukan latihan membunyikan dan memandang huruf, suku kata dan perkataan tertulis. Dengan itu penggunaan kad imbasan dan papan hitam amat diperlukan. v. Kaedah ini juga cuba untuk mengurangkan penggunaan gambar kerana mengganggu tumpuan murid membunyi dan memandang lambing-lambang bunyi, suku kata dan perkataan dengan cepat. Hal ini bertujuan supaya murid-murid mendapat kemahiran-kemahiran asas untuk membaca sendiri perkataan-perkataan baru dan seterusnya bahan-bahan bacaan secara berperingkat-peringkat. vi. Latihan dan ulangan yang munasabah dan beragam amatlah penting untuk mengukuhkan kemahiran. vii. Latihan menulis bolehlah dilakukan selepas tiap-tiap latihan membaca. Latihan menulis berdasarkan perkataan-perkataan yang dibaca supaya boleh meneguhkan kemahiran membaca.

Anda mungkin juga menyukai