Anda di halaman 1dari 3

Kaedah Fonetik

Fonetik berasal daripada perkataan Yunani bunyi atau suara yang


bermaksud kajian terhadap bunyi fizikal percakapan manusia. Bidang ini berkaitan
dengan sifat fizikal bunyi, serta proses penghasilan fisiologi, penerimaan auditori,
dan persepsi neurofizikal. Fonetik ini mengkaji unsur-unsur bunyi bahasa yang
digunakan dalam pertuturan.
Fonetik boleh dibahagi kepada empat cabang iaitu fonetik penghasilan bunyi,
fonetik akusik, fonetik auditori dan fonetik forensil. Fonetik penghasilan bunyi adalah
berkenaan dengan penghasilan bunyi percakapan seperti kedudukan, bentuk dan
pergerakan organ percakapan seperti bibir, lidah dan lipatan vokal. Fonetik akustik
pula berkenaan dengan sifat akustik percakapan seperti sifat gelombang bunyi,
seperti kekerapan dan harmonik bunyi. Manakala fonetik auditori adalah berkenaan
dengan persepsi bunyi seperti bagaimana bunyi diterima oleh telinga dalam dan
seterusnya ditafsir di dalam otak. Akhirnya adalah fonetik forensik adalah kegunaan
ilmu fonetik iaitu sains percakapan bagi tujuan forensik.
Kaedah fonetik merupakan kaedah asas membaca yang menekankan
hubungan antara huruf (symbol) dengan bunyi. Kaedah ini amat sesuai untuk
mengajar membaca kepada kanak-kanak yang baru mengenal huruf. Penggunaan
kaedah lain bukan sahaja tidak sesuai untuk kanak-kanak peringkat ini, malah
menyusahkan kerana lambat untuk mengusainya, mengelirukan dan membebankan
memori mereka.
Belajar membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan satu proses. Proses itu
bermula dengan memperkenalkan bunyi secara sistematik iaitu seseorang murid
tersebut harus bersedia lebih awal seperti mengetahui bunyi-bunyi huruf, boleh
menyebutnya dengan baik serta dapat mengingati dalam tempoh yang lama.
Seterusnya mereka perlu kenal huruf berkenaan dari segi bentuk, rupa dan cara
menulis huruf tersebut di samping dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi
yang dilafazkan.
Kanak-kanak seawal usia tiga tahun dapat mengecam dan membezakan
bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk. Oleh itu, dengan teknik yang betul anak-anak dapat
mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang
ditunjukkan dengan cepat. Kanak - kanak dapat menyebut bunyi aa apabila melihat
huruf a (nama huruf ei) dan bunyi ii apabila melihat huruf e. Sehubungan itu,
apabila anak-anak melihat perkataan ani, dia akan menyebut bunyi aa nn
ii ( bunyi ani) bukannya ei en ai (bunyi enai).
Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah
asosiasi adalah yang terbaik. Melalui kaedah asosiasi, bunyi aa tersebut boleh
dikaitkan dengan aksi terkena api. Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit
aaa... panasnya! Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi
dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan.
Guru tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus cukup sekadar
beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Sila dapatkan siri cepat membaca Bacalah
Anakku yang telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf
yang sesuai terlebih dahulu. Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat
menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa
Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal a i dan u
lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi a i u diperkenalkan terlebih dahulu. Lebih-lebih
lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi
konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya b n m s dan k.

Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku, ajar
anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan ,
contohnya b dan a i dan u untuk membaca ba bi dan bu. Melalui kaedah
fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ba menjadi ba ; tidak juga menghafal suku
kata ba; tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi beh (bagi
huruf b) dan aa (bagi huruf a).

Setiap kaedah membaca sudah tentu mempunyai kelebihan dan kelemahan
masing-masing. Manakala kelebihan kaedah fonetik adalah murid dapat mengaitkan
huruf yang dilihat dengan bunyi seperti huruf c disebut cah, d disebut dah dan
sebagainya. Selain itu, kaedah ini juga mengurangkan bebanan memori murid
kerana murid tidak perlu menghafal huruf-huruf. Seterusnya, guru tidak perlu
memperkenalkan semua huruf vokal dan konsonan sekaligus. Akhir sekali
penggunaan asosiasi bunyi dan gambar dapat mempercepat proses mengingat.




Dalam menjalankan kaedah fonetik, beberapa kelemahan dapat dikenal pasti.
Antaranya ialah kaedah ini masih memerlukan murid-murid menghafal bunyi huruf
yang kurang bermakna pada permulaannya. Kaedah ini juga tidak sesuai
diaplikasikan kepada murid-murid yang slow learner dan hanya sesuai digunakan
oleh murid-murid yang pandai. Selain itu, kaedah ini memerlukan masa yang
panjang untuk murid mengenal semua bunyi huruf dan suku kata sebelum mereka
membaca perkataan dan ayat-ayat yang bermakna. Murid juga perlu bersedia lebih
awal sebelum membaca. Akhirnya kaedah ini hanya sesuai untuk murid-murid yang
telah mahir menyebut dan boleh mengingati bunyi huruf yang telah diajarkan.

Sebagai kesimpulannya, kaedah fonetik menekankan penguasaan murid
terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya. Kaedah ini hanya memerlukan
mereka mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa perlu menghafal nama-nama
huruf berkenaan.

Anda mungkin juga menyukai