Anda di halaman 1dari 8

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan. Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya kami dapat menyiapkan tugasan yang telah diberi dengan lancarnya. Oleh itu, dalam ruang penghargaan ini, ingin kami merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah terlibat dan membantu kami dalam proses untuk menyiapkan tugasan ini. Pertamanya, kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah bagi kursus Literasi Bahasa (WAJ3104) iaitu Puan Faizah binti Abu kerana tidak jemu mambantu kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Segala ilmu dan bimbingan yang telah diberikan oleh pensyarah tersebut telah banyak membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini dengan lancarnya. Seterusnya, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua ibu bapa kami kerana telah memberi sokongan padu kepada kami ketika ingin menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan mereka, kami mungkin tidak mampu untuk menyiapkan tugasan ini dengan lancarnya. Oleh itu, segala jasa dan pengorbanan mereka kami tidak akan lupa sehingga akhir hayat. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan kami yang turut membantu dalam proses menyiapkan tugasan ini. Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakanrakan kami yang sudi memberi pendapat yang membina dan berkongsi idea-idea kreatif bagi memastikan proses menyiapkan tugasan ini berjalan dengan lancar dan memenuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Kami amat menghargai segala pendapat yang telah diberikan Setinggi-tinggi penghargaan juga kami ucapkan kepada individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini. Segala kerjasama dan bantuan yang telah disumbangkan amat kami hargai.

PENGENALAN
Secara amnya literasi merupakan perkara yang memberi penekanan kepada kebolehan membaca dan menulis. Secara khusus, literasi bermaksud keupayaan dalam menggunakan kemahiran membaca dan menulis atau juga keupayaan dalam menggunakan kemahiran berbahasa seperti bertutur, mendengar, membaca dan menulis. 2 aspek yang diberi penekanan adalah bacaan dan tulisan, kedua-dua ini perlu dikuasai oleh semua murid bagi memastikan proses pemindahan ilmu sentiasa berjalan lancar dan seterusnya membantu mereka untuk meneroka ilmu dan meningkatkan mutu hidup. Prabacaan dan pratulisan merupakan tahap dimana untuk memastikan kesediaan murid dalam menempuhi tahap yang seterusnya dalam proses membaca dan menulis. Prabacaan dan pratulisan ini dianggap sebagai tahap permulaan bagi seseorang pelajar untuk menguasai kemahiran yang seterusnya yang lebih mencabar. Tahap permulaan ini penting dan perlu dikuasai oleh semua murid bagi mengelakkan berlakunya pengajaran kemahiran yang sia-sia pada peringkat yang seterusnya. Bagi aspek pertama iaitu prabacaan, guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa iaitu mengenal dan mengecam huruf. Ianya meliputi kemahiran pengamatan pendengaran, penglihatan, aktiviti kordinasi psikomotor, latihan menajamkan daya ingatan dan latihan bahasa pertuturan. Aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih keupayaan mata mengecam bentuk, manakala aktiviti pengamatan pendengaran untuk mempertingkatkan ketajaman pengamatan pendengaran. Aktiviti permainan huruf, sukukata dan perkataan sebagai pengukuhan bagi pergerakan tangan dan mata. Bagi prabacaan, terdapat 3 kaedah yang utama yang boleh digunakan bagi memastikan kesediaan dalam diri pelajar untuk menguasai kemahiran membaca berlaku.setiap kaedah ini disusun dengan langkah atau peringkat yang teratur beserta dengan aktiviti yang sesuai yang boleh dilaksanakan bagi mencapai objektif pembelajaran. 3 kaedah tersebut adalah, kaedah fanetik, kaedah abjad dan juga kaedah pandang sebut. Bagi kaedah pertama iaitu kaedah fonetik, kaedah ini menekankan kepada amalan penyebutan bunyi huruf, suku kata, ayat-ayat dan tidak tekankan kepada hafalan nama-nama huruf. Kaedah ini menekankan hubungan antara huruf dengan bunyi. Kanak-kanak perlu bersedia dengan lebih awal bagi

memastikan kaedah fonetik ini berjalan lancar. Persediaan awal termasuklah mengetahui bunyi huruf, tahu cara sebutannya dengan baik dan seterusnya mengingatinya. Antara teknik pengajaran yang boleh digunakan dalam pelaksanaan kaedah ini adalah tenik asosiasi iaitu asosiasi bunyi dan asosiasi gambar. Teknik ini mengaitkan bunyi huruf dengan bunyi sekeliling yang sentiasa didengar. Sebagai contoh, untuk membunyikan huruf a iaitu aa, bunyinya boleh dikaitkan dengar bunyi jeritan iaitu aaaaaa. Sepanjang perlaksanaan kaedah fonetik ini, bunyi huruf tidak perlu diperkenalkan secara sekaligus, memadai sekadar memperkenalkan dengan beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Pengenalan bunyi huruf yang mudah terlebih dahulu berbanding bunyi sukar perlu diambil kira. Antara contoh aktiviti yang boleh dilakukan adalah aktiviti membunyikan huruf vokal dan konsonan. Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan murid dapat mengenali dan mengecam bunyi bagi setiap huruf. Bagi memastikan murid mampu untuk menguasai dan mengingati bunyi-bunyi yang diajar, pengenalan kepada bunyi-bunyi huruf asas terlebih dahulu ditekantan. Manakala aktiviti seterusnya ialah aktiviti asosiasi benda dengan bunyi huruf. Aktiviti ini menggunakan gambar dan setiap gambar mewakili bunyi huruf. Sebagai contoh, gambar ayam ditunjukkan dan diletakkan huruf a pada gambar tersebut. Perkara ini akan membantu pelajar untuk mengenal bahawa huruf a melambang bunyi ejaan perkataan ayam. Aktiviti seterusnya adalah membatang suku kata dan perkataan. Aktiviti ini bertujuan untuk memastikan pelajar dapat membunyikan suku kata iaitu gabungan antara konsonan dan juga vokal. Aktiviti ini memerlukan bimbingan dari guru. Aktiviti penggabungan suku kata juga boleh menggunakan gambar bagi mengukuhkan lagi tahap penguasaan murid dalam penggunaan kaedah fonetik ini. Aktiviti yang terakhir dalam kaedah fonetik adalah latihan membaca frasa dan ayat. Aktiviti ini merupakan aktiviti lanjutan setelah murid mnguasai aktiviti membatangkan suku kata. Aktiviti membaca frasa dan ayat ini akan membantu murid untuk melancarkan lagi tahap bacaan mereka. Bermula dengan bacaan frasa hinggalah kepada ayat bacaan ayat. Kaedah kedua pula ialah kaedah abjad. Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja kerana penekanan dalam penggunaan kaedah ini adalah hafalan huruf dan juga teknik mengeja.penggunaan kaedah ini memerlukan murid untuk mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad. Permulaan pengajaran kaedah ini dimulai dengan pengenalan huruf. Kesemua huruf

besar dan kecil akan diperkenalkan serentak, namun penekanan diberikan kepada pengenalan huruf kecil kerana penggunaannya yang lebih kerap dan banyak. Pengajaran kedua adalah dengan membunyikan huruf-huruf yang telah dihafal. Daripada cantuman huruf yang dihafal, bunyi suku kata yang digabungkan yang membentuk perkataan akan diperkenalkan. Kaedah ini membantu murid untuk mengeja dan membaca semua perkataan, namun kaedah ini melambatkan proses pemahaman kerana masa banyak dihabiskan ketika membaca. Antara aktiviti yang boleh disediakan bagi menjalankan pengajaran kaedah abjad ialah dengan aktiviti menyebut nama huruf besar dan kecil. Aktiviti ini memerlukan bimbingan daripada guru kerana pengenalan huruf merupakan perkara yang penting dalam kaedah ini. Guru perlu memastikan murid mengingati setiap simbol huruf. Antara aktiviti yang dapat membantu pelajar menghafal adalah dengan pelakasaan pengajaran secara didik hibur. Sebagai contoh, nyanyian lagu ABC. Lagu yang dinyanyikan dapat membantu pelajar untuk menguatkan lagi daya ingatan mereka. Aktiviti seterusnya selepas pengenalan kepada huruf adalah aktivitimenyebut suku kata vokal dan gabungan konsonan dan vokal. Aktiviti ini boleh dilakukan menggunakan aktiviti kad kertas yang menarik. Gabungan suku kata akan dipaparkan pada kad dan warna bagi setiap suku kata adalah berbeza bagi membantu murid untuk melihatnya dengan lebih jelas. Aktiviti seterusnya adalah aktiviti mengeja suku kata, mengeja perkataan dan mengeja frasa. Ketiga-tiga aktiviti ini boleh dilakukan dengan menggunakan gambar kerana melalui gambar pelajar tahu apakah bunyinya dan seterusnya mencari suku kata yang mempunyai bunyi yang sama. Aktiviti yang terakhir adalah aktiviti membaca ayat. Aktiviti ini bertujuan untuk melancarkan lagi teknik ejaan pelajar dan seterusnya memahami bahan bacaan. Akitiviti ini boleh dilakukan secara berpandukan gambar ataupun tidak berpandukan gambar. Kaedah yang terakhir adalah kaedah pandang dan sebut. kaedah ini

melibatkan dua aktiviti iaitu membunyikan perkataan dan membunyikan ayat berdasarkan gambar. Tujuan utama aktiviti ini adalah bagi memastikan murid dapat mengecam perkataan atau ayat dengan tidak mengeja.kaedah ini lebih praktikal kerana tumpuannya adalah kepada perkataan dan ayat yang bermakna.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah aktiviti menyebut perkataan dimana guru hanya perlu menyediakan beberapa gambar dan suku kata yang membentuk ejaan gambar tersebut dan meminta pelajar untuk menyebut apa yang ditunjukkan, secara tidak langsung, pelajar akan mengecam perkataan yang ditunjukkan bersama gambar. aktiviti ini juga boleh dilakukan dengan keadaan di mana perkataan yang merujuk kepada gambar dicerakinkan. Seterusnya murid dikehendaki untuk membina dan membaca ayat. Dalam melaksanakan kaedah ini, bahan bantu mengajar amat diperlukan. Bahan bantu mengajar seperti kad imbasan amat diperlukan kerana murid akan melihat gambar dan menyebutnya

perkataannya. Kesimpulannya, langkah pertama kaedah ini adalah menyebut perkataan dan langkah kedua pula ialah mencerakinkan perktaaan. Langkah seterusnya pula adalah membina dan membaca ayat. Aspek kedua literasi iaitu tulisan juga penting sebagai asas untuk kemahiran tulisan mekanis. Menulis merupakan penghasilan simbol yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk perkataan, frasa dan ayat. Tahap pratulisan merupakan tempoh masa pelajar disediakan dengan aktiviti menulis sebelum dapat menulis huruf dengan kemas dan jelas. Aktiviti pratulisan ini meurupakan latihan untuk membentuk mekanisme tulisan asas. Terdapat 4 latihan utama dalam pratulisan iaitu laithan pergerakan tangan, latihan gerakan tangan yang bebas supaya dapat menulis dengan sempurna, latihan pergerakan mata dan latihan koordinasi mata dan tangan. Setiap latihan ini memiliki aktiviti yang tersendiri. Aktiviti seperti menggenggam dan membuka tangan beberapa kali secara berulang-ulang, menggenggam dan menghancurkan atau meronyok sehelai kertas, dan memegang benda-benda seperti pensel dengan cara yang betul merupakan contoh latihan pergerakan tangan. Aktiviti seperti memasang butang baju dan sebagainya serta latihan membuka dan mengikat semula tali kasut pula merupakan latihan pergerakan jari . Latihan menggerakkan jari ini supaya murid-murid bersedia untuk menggunakan jari untuk memegang pensel disamping sebagai latihan penggunaan otot tapak tangan dengan aktiviti membuat bentuk daripada plastisin, tanah liat atau tepung yang dibancuh dengan air. Aktiviti gerakan tangan secara bebas yang dilakukan oleh murid ini bertujuan supaya murid dapat menulis dengan selesa dan sempurna. Selain itu latihan

membentuk garisan lurus, latihan membentuk corak campuran bulatan dan garis lurus boleh dilakukan secara bebas. Latihan melukis gambar-gambar mengandungi garisan lurus dan bulat juga termasuk dalam aspek gerakan tangan secara bebas supaya akhirnya murid dapat menulis dengan lebih sempurna. Aktiviti bagi tangan juga boleh dilakukan melalui aktiviti melukis bentuk bebas menggunakan jari di udara, di meja, di lantai, di rumput tanpa menggunakan alat tulis seperti membentuk bulatan, menulis bentuk-bentuk di atas pasir atau tanah. Latihan bagi mata seperti menutup kedua-dua mata murid dengan tangan, membuka mata dan menyebut benda-benda yang ditunjuk atau dipegang oleh guru. Aktiviti seperti menutup sebelah mata, melihat dan menyebut benda yang ditunjuk oleh guru dan dibawa dari kiri ke kanan dan sebaliknya. Aktiviti lain seperti menyebut benda-benda pelbagai saiz yang dipegang oleh guru. Seterusnya guru boleh menyuruh murid menyebut warna benda atau menyebut bentuk asas objek. Aktiviti mengelas benda mengikut golongan atau kumpulan merupakan latihan bagi kordinasi mata dan tangan. Aktiviti lain yang boleh dilaksanakan seperti menyusun, mencantum dan mewarna gambar yang diselaras mengikut urutan. Aktiviti lain dalam aktiviti kordinasi mata dan tangan ialah mencantum titik atau sempang untuk membentuk huruf, memadankan gambar bagi benda-benda yang serupa, mencari sejumlah benda yang tersembunyi dalam sebuah lukisan dan juga aktiviti membuat garisan lurus dari atas ke bawah dan sebaliknya. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan sebaliknya juga dapat melatih murid bagi kordinasi mata dan tangan. Setelah murid-murid menjalankan latihan pratulisan, faham dan tahu memegang pensel serta boleh duduk dengan cara betul, mereka boleh dilatih membentuk lambang-lambang tulisan. Bermula di kertas kosong tanpa garisan, diikuti latihan membentuk huruf pada garisan, di mana peringkat ini ialah peringkat menulis mekanis. Aspek yang seterusnya ialah pemulihan bacaan. Pemulihan boleh diertikan sebagai tindakan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas. Aspek ini amat penting dalam memperbaiki sebutan bunyi fonetik murid-murid. Penghasilan artikulasi murid-murid yang berbeza akan menyebabkan penerimaan akustik yang berbeza .Pengajaran bunyi vokal,diftong

dan konsonan perlu ditekankan dalam memperbaiki sebutan bunyi fonetik muridmurid. Sebagai seorang pendidik setiap guru haruslah bijak merancang strategi, kaedah dan teknik program pemulihan bagi membantu murid-murid yang lambat atau lemah untuk menguasai sesuatu kemahiran. Untuk merancang Program Pemulihan Bacaan, guru haruslah mengenal pasti dan menyenaraikan kemahirankemahiran membaca secara sistematik. Aktiviti seperti mengeja huruf dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk mengekspresikan diri dalam memperbaiki bacaan mereka agar lebih lancar dan tepat. Aktiviti seperti membunyikan huruf dan mengeja beberapa suku kata juga dapat memberi keyakinan kepada murid-murid dalam mengenal abjad dalam Bahasa Melayu seterusnya memantapkan lagi kefahaman mereka dalam membina suku kata,perkataan dan frasa. Aspek yang terakhir ialah pemulihan tulisan. Sebagaimana yang kita tahu,kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi melalui pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif. Namun begitu, terdapat sebilangan murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini dan guru-guru perlu mamainkan peranan dalam memulihkan murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Guru hendaklah mengasingkan murid yang memerlukan pengajaran tersebut bagi memberi tumpuan yang lebih kepada murid yang tidak dapat menguasai kemahiran menulis . Guru hendaklah membuat latihan dan pengukuhan kepada murid-murid. Menjadi model dalam menyalin tulisan adalah kaedah pengajaran pemulihan tulisan yang berkesan bagi membantu murid-murid dalam menguasai kemahiran

menulis.Guru juga hendaklah memberi dorongan dan tunjuk ajar dengan memegang jari murid-murid dan menggerakkannya kiri ke kanan bagi meyakinkan murid-murid menghasilkan tulisan. Masalah yang sering di hadapi oleh murid-murid ialah mereka gagal untuk menggerakkan tangan mereka sehingga menghasilkan tulisan yang bercelaru. Guru hendaklah mengajar murid-murid tulisan yang asas seperti abjad dan huruf yang mudah bagi memberi kepuasan kepada murid-murid apabila mereka menghasilkan tulisan.

Bagi mengatasi masalah menulis huruf yang tidak betul dan berbentuk senget, langkah yang sesuai digunakan adalah dengan meletakkan kertas lurus sebagai panduan untuk murid menulis. Pemulihan tulisan adalah satu aspek yang perlu dikuasai oleh semua murid kerana melalui tulisanlah akan lahir seorang wartawan dan sasterawan yang berjaya. Jika kemahiran ini tidak dapat dikuasai dengan baik, maka kita tidak akan memiliki kemahiran yang cukup-cukup penting untuk kemajuan kita pada masa akan datang.

Anda mungkin juga menyukai