Anda di halaman 1dari 10

LATIHAN MENGAWAL BOLA

Perhatikan pula langkah-Iangkah berikut sebagai latihan untuk mengawal bola.

1. Berpasangan
• Seorang pemain mengumpan bola untuk dikawal oleh pasangannya.
Bola diumpan ke pelbagai aras dan arah:
(a) Kepala, dada, perut dan bawah lutut. (b)
Bola leret dari kiri, kanan dan depan.
(c) Lantunan bola ke aras pinggang untuk dikawal dengan kaki.

2. Latihan dinding
• Sepak bola ke dinding dan mengawal bola yang melantun balik.
Latihan dilakukan setempat dan bergerak.

3. Latihan berkumpulan (statik/bergerak)


(a) Bulatan - seorang pemain berada di tengah-tengah bulatan dan
mengumpan bola kepada ahli pasukannya seorang demi seorang.
Selepas satu pusingan, pemain lain mengambil tempatnya.

(b) Barisan- Pemain dalam barisan berlari ke hadapan dan mengawal bola
yang dihantar oleh pengumpan dan kemudiannya menolak bola kembali
kepada pengumpan. Pemain yang akhir sekali mengawal bola akan
menjadi pengumpan barn.

Sesebuah pasukan bola sepak yang baik ialah pasukan yang berjaya menguasai
teknik tendangan dan hantaran yang baik. Kebolehan membuat sepakan dan
membuat hantaran sangat mempengaruhi kecekapan menghantar bola dan
menjaring. Oleh itu, latihan teknik ini amat penting untuk menjadi seorang pemain
bola sepak yang berjaya

Jenis-jenis Tendangan
Terdapat 3 jenis tendangan.
(i) Tendangan leret
(ii) Tendangan tinggi
(iii) Tendangan voli
Teknik asas menyepak

Berikut pula adalah teknik asas untuk menyepak bola:


• Untuk menggerakkan bola seeara leret atau rendah, kaki hendaklah diletakkan
di tengah-tengah belakang bola itu semasa menyepak.
• Untuk menaikkan atau membuat sepakan bola tinggi, kaki hendaklah diletakkan
pada bahagian bawah garisan tengah.
• Bahagian kaki yang leper dan senang bergerak adalah sesuai untuk menyepak
atau menggerakkan bola.

Teknik dapat membantu untuk membuat tendangan dan hantaran


yang tepat

(i) Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan leret,


tinggi, hantaran rendah jarak dekat dan jauh dan tendangan kencang ke pintu
gol (Rajah (a).
(ii) Menggunakan bahagian dalam kaki untuk tendangan tinggi, hantaran rendah,
hantaran dekat dan jauh serta menjaringkan gol (Rajah (b).
(iii) Menggunakan bahagian luar kaki untuk menghantar bola (Rajah (e).
(iv) Menggunakan bahagian tumit kaki untuk membuat hantaran (Rajah (d).
Menggunakan bahagian kura-kura kaki untuk membuat tendangan voli (Rajah (e).
(vi) Menggunakan bahagian perut kaki (inside foot) untuk tendangan voli atau
Iambung (Rajah (f).

Latihan Tendangan dan hantaran bola


Latihan tendangan Ieret 1

• A-B (menggunakan kura-kura kaki)


• B-C (menggunakan bahagian Iuar kaki)
• C-A (menggunakan bahagian perut kaki)
• (Untuk sepakan tinggi, jarak antara barisan
Latihan tendangan leret 2
• Seperti dalam Latihan pemain bertindak pengumpan tetap.

Latihan menghantar bola

• Susunan pemain adalah dalam bentuk bulatan. Pengumpan di tengah


bulatan menghantar bola kepada pemain yang lain. Pemain
menggunakan semua bahagian kaki untuk membuat hantaran bola.
Latihan menyepak dan menghantar bola

• Pemain X menghantar bola kepada pemain Y melalui 2 kon. Pemain Y


akan menghantar semula bola kepada pemain X yang kedua untuk
meneruskan latihan. Selepas menghantar bola, pemain bertukar tempat.

Latihan menjaring (membuat sepakan ke pintu gol)


• Menyepak bola secara leret, aras dada dan tinggi.
Latihan menghantar bola

• Pemain X membawa bola dan apabila menghampirl garlsan gol, tukar


haluan dan buat tendangan ke arah salah seorang pemain Y.

Jenis Hantaran
Jenis-jenis hantaran seperti hantaran dinding, hantaran terus, hantaran segi empat
dan hantaran zig-zig akan membolehkan anda membuat hantaran yang baik. Mari
kita lihat ke empat-empat jenis hantaran ini:

(i) Hantaran dinding

• Pemain Z bertindak sebagai dinding. Pemain X akan menghantar bola


kepada pemain Z. Kemudian pemain Z akan menghantar bola sekali lagi
kepada pemain X yang telah bergerak ke tempat lain X1. Latihan ini juga
turut dilakukan dengan seorang pemain G yang bertindak sebagai
penghalang.

(ii) Hantaran terus/sisip


• Pemain Z menghantar bola terus ke depan untuk diterima oleh pemain X
yang bergerak ke arah bola itu. Latihan dilanjutkan dengan pemain G
sebagai pengawal yang cuba merebut bola.

(iii) Hantaran segi empat


Latihan hantaran segi empat di antara pemain X dan pemain Z dengan
pemain G sebagai pengawal untuk merebut bola.

(iv) Hantaran zig-zag


Bola hendaklah dihantar ke ruang di depan penerima secara berselang-seli.