Anda di halaman 1dari 12

Olahraga (Acara Padang), Acara Lompat Jauh.

TAJUK:LOMPAT JAUH 1. PENGENALAN Lompat jauh adalah sejenis acara olahraga di mana seseorang atlet mencuba mendarat sejauh yang boleh dari tempat yang dituju. Dalam masa yang singkat, atlet mestilah membuat pelarasan bagi membetulkan kedudukan pusat gravitinya, kelajuan dan kedudukan kaki. Matlamat utama bagi pelompat jauh adalah berlari pada kelajuan maksimum dan berkebolehan meletakkan kaki di papan lonjak dengan betul dan tepat tanpa gangguan terhadap kelajuan awal. Pelompat jauh perlu mengekalkan langkah larian pada tiga ke empat langkah sebelum melonjak, Disamping itu pelompat jauh harus meningkatkan komponen kelajuan, kekuatan otot dan kuasa eksplosif

2.SEJARAH. Sejarah permulaan acara lompat jauh dikesan pada awal tahun 708 s.m. iaitu semasa Sukan Olimpik Kuno di Greece. Menurut catatan, lompatan pertama yang dilakukan adalah sejauh 7.05 meter oleh Chionis iaitu seorang atlit dari Sparta.Teknik dan gaya lompatan yang dilakukan adalah berbeza daripada lompatan yang dilakukan pada masa kini. Berdasarkan bukti-bukti yang didapati daripada lukisan yang terdapat pada tembikar pada zaman dahulu, lompatan di buat secara berkalikali sama ada dalam bentuk multiple, double , triple atau quintriple. Apabila Sukan Olimpik Moden dimulakan pada tahun 1896, lompat jauh telah dikategorikan dalam acara olahraga dan bermula daripada itu ia telah diterima dalam kebanyakkan kejohanan yang diadakan di pelbagai peringkat dunia. Peraturan dan teknik lompatan diperbaiki dari semasa ke semasa sehingga kepada bentuk lompatan yang digunakan pada masa kini. Lompat jauh dianggap acara yang mudah untuk dipelajari berbanding acara lompatan yang lain tetapi jika teknik dan peraturan lompatan tidak dipelajari dengan baik ia boleh membawa kepada risiko kecederaan.

Olahraga (Acara Padang), Acara Lompat Jauh.


2. PERALATAN DAN KELENGKAPAN i. Pita pengukur

Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan. Jarak dengan lompatan diukur papan pelepas dari ke hujung yang terdekat tempat Dalam

hujung terdekat pendaratan.

pendaratan

dalam

kawasan

kejohanan dunia, pita pengukur telah digantikan dengan alat pengukur elektronik dan menjadikan pengukuran lebih mudah serta cepat dilakukan.

ii. Kasut berpaku (spike)

Kasut yang sesuai adalah penting untuk larian dan sebagai perlindungan. Kasut yang berpaku dan bertumit plastik sesuai digunakan dalam lompat jauh.

iii. Bendera isyarat

Untuk Lompatan yang batal

Untuk lompatan yang sah

Bendera yang digunakan oleh pengadil adalah untuk mengawasi lompatan. Terdapat dua jenis bendera iaitu bendera putih dan merah. Bendera putih untuk lompatan yang sah dan bendera merah untuk lompatan yang batal.

Olahraga (Acara Padang), Acara Lompat Jauh.


iv. Lorong larian Lorong larian yang sesuai adalah penting untuk

melakukan pecutan,larian dan lompatan. Jarak standard lorong larian adalah 45 meter x 1.22 meter.
45 m

v. Papan pelepas Papan pelepas digunakan sebagai petanda dan

permulaan lompatan. Papan pelepas yang standard adalah bersaiz 1.22 meter panjang dan 20 meter lebar. Papan ini diletakkan satu meter dari hujung yang terdekat dengan kawasan pendaratan dan biasanya diwarnakan dengan warna putih.

vi. Kawasan pendaratan

Ia digunakan untuk mendarat dalam satu-satu lompatan. Kawasan ini penting dan merupakan peralatan utama dalam acara lompat jauh. Ia disikan dengan pasir halus dan dilembapkan. Saiz standard kawasan pendaratan adalah 9 meter panjang dan 2.75 meter lebar.
3

Olahraga (Acara Padang), Acara Lompat Jauh.

vii.Petunjuk Plastisin

Petunjuk plastasin ini digunakan untuk mengesan dan membuktikan pembatalan dalam satu-satu lompatan yang dibuat. Plastisin ini diletakkan pada hujung papan pelepas dan sebarang kesan tapak kaki yang terdapat padanya membuktikan bahawa lompatan itu batal dan tidak dikira dalam perhitungan lompatan yang dicapai.

viii. Pengukur halaju angin Alat ini digunakan untuk mengukur halaju angin ketika lompatan dilakukan. Ia penting untuk menentukan sama ada lompatan tersebut dibantu oleh angin atau tidak. Alat pengukur ini tidak digunakan dalam kejohanan peringkat sekolah atau kelab.

Rajah 2- Rajah Ruang dan keseluruhan alatan lompat jauh

Olahraga (Acara Padang), Acara Lompat Jauh.


3.TEKNIK LOMPATAN Terdapat empat aspek penting yang harus ditekankan dalam lompat jauh iaitu kelajuan larian, pelepasan lompatan, lompatan di udara dan pendaratan.

i.

Kelajuan larian Kelajuan lompatan adalah penting untuk menghasilkan daya dan jauh.

lompatan yang kuat

Kelajuan larian secara mendatar yang stabil akan membantu

pergerakan menegak yang kuat semasa


Rajah 3(i): Teknik membuat check mark

lompatan

dilakukan.

Untuk membuat kelajuan larian

pelompat perlu mengambil lajak atau membuat check mark seperti rajah 3(i) .

ii.

Pelepasan lompatan

Kelajuan

larian

dan

daya

konsistensi yang sesuai dapat membantu pelepasan lompatan. yang Di menghasilkan baik dalam anggarkan

pelompat hanya berada selama 0.11 saat pada tahap pelepasan


Rajah 3(ii): Membuat pelepasan lompatan

lompatan ini

tetapi

ia penting

dalam menentukan daya lompatan yang baik atau lompatanyang batal.

Olahraga (Acara Padang), Acara Lompat Jauh.


iii) Lompatan di udara

Semasa pelepasan lompatan dilakukan, momentum menegak mula mengambil tempat pada pelompat. Daya pergerakan menegak ini dikurangkan akibat daripada sudut hentian yang berlaku di awal pelepasan. Pergerakan menegak ini juga dikurangkan oleh daya graviti iaitu pusat graviti semasa di udara adalah pada badan pelompat. Terdapat 3 jenis pergerakan yang boleh dilakukan oleh pelompat semasa berada di udara.

RAJAH3(iii)a : PERGERAKAN BELAYAR(Gaya layar)

RAJAH3(iii)b :PERGERAKAN MENGAYUH(Gaya Tendang Kayuh)

Olahraga (Acara Padang), Acara Lompat Jauh.

RAJAH3(iii)c :PERGERAKAN AYUNAN PUNGGUNG(Gaya Gantung)

RAJAH 3(iii)d : GAYA LOMPATAN DALAM LOMPAT JAUH.

Olahraga (Acara Padang), Acara Lompat Jauh.


iv) Pendaratan

Dalam menentukan jarak pencapaian yang maksimum, aspek pendaratan penting.

memainkan Pergerakan

peranan yang

sesuai mampu

menghasilkan jarak yang maksimum dan dapat pada pendaratan yang sesuai digunakan adalah mengelakkan gangguan menegak. Teknik ini Teknik dapat

momentum

jack-knifing.

mengimbangkan pergerakan ke hadapan dengan pendaratan yang dilakukan. Ia dilakukan dengan membentuk ayunan kaki dan tangan ke bahagian hadapan. Melalui cara ini, rintangan yang terdapat pada badan pelompat akan dipindahkan ke bahagian kaki dan tangan.

FASA-FASA DALAM LOMPAT JAUH ADALAH i. Fasa larian

Larian pantas dan terkawal menuju ke papan lonjak (papan pelepasan).

ii.

Fasa lonjakan

Olahraga (Acara Padang), Acara Lompat Jauh.


Lakukan lonjakan yang kuat dengan lutut kaki diangkat tinggi semasa melonjak. Kedua-dua belah tangan hendaklah diayunkan ke atas bertujuan untuk membantu lonjakan.

iii. Fasa layangan

Semasa fasa layangan, mata memandang tepat ke hadapan. Kedua-dua belah kaki dilunjurkan ke hadapan badan semasa dalam kedudukan bersedia untuk mendarat.

iv. Fasa mendarat

Gerakkan badan ke hadapan supaya pelompat tidak terjatuh ke belakang iaitu dengan mengayunkan tangan ke hadapan dan kedua-dua belah kaki dibengkokkan semasa tumit mula mencecah pasir.

4. UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN ASAS

i. Setiap peserta hanya dibenarkan melakukan tiga atau enam lompatan sahaja berdasarkan keputusan yang telah dibuat. Biasanya, jika bilangan peserta yang ramai, hanya tiga lompatan (3 saringan) perlu di buat.

ii. Lompatan yang terbaik iaitu lompatan yang paling jauh akan dikira sebagai
9

Olahraga (Acara Padang), Acara Lompat Jauh.


pencapaian terbaik dan pemenang.

iii. Peserta perlu membuat lompatan pada papan pelepas yang disediakan dan peserta tidak dibenarkan membuat lonjakan sebelum kaki sampai ke papan pelepasan.

iv. Lompatan dikira batak jika peserta melakukan perkara-perkara seperti berikut; Memijak atau menyentuh kawasan hadapan pap an pelepasan melepasi tanda yang dibenarkan. Semasa mendarat, seluruh badan peserta berada di luar kawasan mendarat.

v. Jarak larian untuk membuat lompatan tidak dihadkan dan kebiasaannya jarak yang digunakan adalah antara 15 hingga 40 meter.

vi. Jarak lompatan diukur dari kesan atau tanda yang terdapat di kawasan mendarat. Ukuran dilakukan antara dari hujung papan pelepasan dengan hujung kawasan mendarat iaitu pada sudut tegak daripada tempat paling hampir yang disentuh oleh peserta.

vii. Penggunaan sebarang alat bantuan tambahan adalah dilarang.

viii. Sekurang-kurangnya tiga orang pegawai atau pengadil diperlukan untuk mengawasi lompatan iaitu mengawasi papan pelepasan, tempat mendarat dan sebagai pencatat.

5. LATIHAN ANSUR MAJU.

i)

Menentukan kaki lonjakan Pelompat berlari perlahan dan melompat ke tempat mendarat secara berulang.Ini akan menentukan kaki yang kuat untuk lonjakan.

ii)

Latihan lonjakan
10

Olahraga (Acara Padang), Acara Lompat Jauh.


Berlari dan melonjak dengan mengangkat lutut kaki yang melonjak seberapa tinggi yang boleh. Berlari dan melepasi halangan selepas papan lonjak. B.erlari 3 dan 5 langkah dan melompat. Berlari 3 langkah dan menanduk objek yang digantung.

iii)

Latihan mendarat Lompat jauh berdiri ke kawasan mendarat menggunakan kaki lonjakan. Lompat(dengan kaki lonjakan) dan mendarat dari peti lombol (atau peti kayu) atau papan anjal dan mendarat ke dalam kawasan mendarat. Lompat berdiri melepasi timbunan pasir (berbeza ketinggian)

iv)

Mengukur penujuan Pelompat membelakangkan tempat mendarat dan dengan kaki bukan untuk lonjakan di atas papan lonjak (hujung kaki sama dengan sisi papan). Pelompat mula langkah pertama dengan kaki lonjakan dan mengira sehingga 7 langkah dan menanda titik tersebut. Selepas ini pelompat mengadap tempat mendarat dan meletak tapak kaki bukan lonjakan di atas tanda dan mula melangkah langkah pertama dengan kaki lonjakan. Ulang dengan 9,11 dan 13 langkah.

v)

Latihan gaya lompatan berbeza Berlari 9 langkah dan melompat menggunakan gaya bebas. Melonjak dari peti lombol atau kotak dengan gaya yang berbeza (layar,gantung,tendang kayuh) Berlari dan melompat dari papan anjal menggunakan gaya layar,gaya gantung dan gaya tendang kayuh.

11

Olahraga (Acara Padang), Acara Lompat Jauh.


KESIMPULAN Setiap individu haruslah menjalani latihan yang berpanjangan dan sistematik. Semua fasa-fasa latihan di dalam lompat jauh hendaklah dikuasai oleh setiap individu yang ingin menjadi seorang atlit yang baik. Aspek biomekanik perlu difahami dan dilakukan oleh jurulatih mahupun atlit agar mereka dapat melakukan latihan bagi membolehkan mereka mendapat pencapaian yang cemerlang.

Dalam usaha untuk menguasai kemahiran, individu haruslah melakukan aktiviti dan teknik-teknik yang betul. Disamping itu faktor yang paling utama yang harus diberi perhatian adalah faktor keselamatan. Keselamatan penting untuk mengelakkan seseorang atlit mengalami sebarang kecederaan yang boleh memberi kesan terhadap penyertaan mereka dan boleh membantutkan usaha mereka untuk berjaya dalam acara lompat jauh.

12

Anda mungkin juga menyukai