Anda di halaman 1dari 7

Nor Azian bt. Zaini (761003-085852) Tugasan Esei- Ekosistem Hutan Konifer/Taiga 2.

Sediakan satu esei mengenai salah satu ekosistem di dunia kepentingan dan masalah yang dihadapi ekosistem tersebut serta cadangan mengatasinya . Ekosistem kajian ialah Hutan Konifer (Taiga)

1.0 Pendahuluan

Menurut ,ahli biologi, A.Tansley (1935) ekosistem merupakan suatu sistem yang terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan alam sekitar fizikal sebagai tempat hidupnya(habitat).Komuniti tersebut sentiasa berinteraksi dan saling mempengaruhi antara satu dan lainnya sesuai dengan fungsi masing-masing.Sebagai contoh,fungsi utama tumbuhan ialah sebagai pengeluar dalam menghasilkan sumber makanan dalam rantai makanan yang diperlukan oleh pengguna(haiwan dan manusia).Ini bermaksud ekosistem adalah satu sistem ekologi yang kompleks . Antara contoh-contoh ekosistem adalah akuatik, gurun,laut, savanna, Tundra, Hutan tropika dan Taiga.

Peta : Kawasan Hutan Konifer Utara (Taiga) Taiga berasal dari bahasa Turkik atau Mongol ialah biom daratan terluas dibumi. yang bercirikan hutan konifer. Hutan konifer terletak di hemisfera utara antara garis lintang 40U hingga 65U. Hutan konifer terdapat di Utara Asia, Utara Eropah, Chile Selatan dan Utara Amerika Syarikat. Hutan ini juga dikenali dengan pelbagai nama seperti Boreal di Amerika Utara dan Eropah, Taiga di Rusia dan Siberia. Hutan Taiga, Siberia 1

Nor Azian bt. Zaini (761003-085852) Tugasan Esei- Ekosistem Hutan Konifer/Taiga merupakan hutan konifer yang paling luas di dunia. Kawasan persekitarannya beriklim sederhana sejuk jenis Siberia, suhunya terlampau sejuk dan musim dinginnya sangat sejuk serta panjang. Hutan konifer juga berada di bawah takat beku antara 7 hingga 8 bulan. Musim panas amat singkat dengan suhu sederhana sejuk di sekitar 10C. Jumlah hujan pula di antara 380 mm dan 630 mm. Hutan ini bersifat monospesies, tumbuhan utama di hutan tersebut terdiri dari spesies konifer antaranya pain,fir, larch dan spurs yang ciri-ciri utama tumbuhannya ialah malar hijau, pokok berbentuk kon,berbatang lurus, berkayu lembut, berkulit tebal, bersaiz besar dan tinggi, daun berbentuk tirus dan tajam seperti jarum untuk tumbuhan itu beradaptasi bagi hidup pada iklim bersuhu rendah dan menghadkan kehilangan air yang berlebihan dalam proses transpirasi. Manakala spesies fauna yang terdapat di hutan konifer/taiga contohnya hutan taiga di Kanada terdiri daripada 85 spesies mamalia,contohnya pelbagai spesies rusa,musk,elk, beruang coklat, musang, serigala, harimau Siberia, spesies tikus termasuk memerang, tupai dan lain-lain, 130 spesies ikan dan kira-kira 32000 spesies serangga, memainkan peranan penting sebagai pendebugaan,pengurai didalam siratan makanan yang wujud. Spesies reptilia dan amfibia, seperti salamander dan beberapa spesies katak. Kebanyakan haiwan ini akan berhibernasi pada musim sejuk yang panjang. Lebih daripada 300 spesies burung terdapat di taiga apabila musim panas dan apabila dating musim sejuk burung burung ini akan bermigrasi ke tempat yang lebih panas seperti hutan tropika.

Antara spesies flora yang terdapat di hutan kanifer Utara / Taiga dan keadaan iklim. 2

Nor Azian bt. Zaini (761003-085852) Tugasan Esei- Ekosistem Hutan Konifer/Taiga

Antara spesies Fauna yang terdapat di hutan Konifer Utara/Taiga 2.0 Kepentingan Hutan Taiga (Konifer) Taiga adalah biom daratan terbesar di dunia dan membentuk 29% liputan hutan di dunia.Kawasan terbesar terletak di Rusia dan Kanada. Oleh itu kepentingan biom kepada dunia adalah a) mengawal suhu bumi,apabila tumbuhan bertindak mengimbangi kandungan gas oksigen dan karbon dioksida semasa proses fotosintesis dan fauna semasa proses respirasi. b) Menyediakan habitat komuniti biotik(komponen hidup ) Seperti yang telah diterangkan diawal, banyak spesies haiwan dan serangga yang hidup dikawasan hutan taiga ini walaupun taburan tumbuhannya hanya terdiri daripada spesies konifer, secara langsung atau tidak ia merupakan tempat tinggal dan sumber makanan. c) Mencegah kejadian tanah runtuh dan hakisan tanah d) Sebagai sumber ekonomi di Negara tersebut. Hutan konifer/ taiga ini juga berpontensi menjadi kawasan pelancongan eko contohnya Rusia dan Kanada dan sumbangan terbesar hutan Konifer/ Taiga ini 3

Nor Azian bt. Zaini (761003-085852) Tugasan Esei- Ekosistem Hutan Konifer/Taiga pada dunia adalah tumbuhan yang merupakan sumber dalam pembuatan kertas .seperti kertas tandas,kertas cetak, kayu- kayan serta batang mancis kerana batang pokok konifer merupakan batang yang mudah diproses.

3.0 Ancaman Kepada Hutan Taiga ( Konifer) Seperti hutan lain didunia ini ancaman yang dihadapi oleh Hutan Konifer / Taiga juga adalah sama iaitu: i. Aktiviti Manusia seperti Pembalakan, Perlombongan dan Pembagunan Disebabkan nilai batang spesies pokok konifer ini lembut dan mudah untuk pemprosesan menjadi kayu, kertas dan batang mancis, merancakkan aktiviti pernebangan pokok baik secara haram mahupun berlesen aktiviti ini tidak dapat dibendung contohnya aktiviti ini telah berlaku sejak kejatuhan kesatuan soviet(1991) kawasan besar taiga Siberia Rusia telah diterokai dengan rakus untuk pembalakan dan pembangunan bergitu juga di Kanada, telah merekodkan 110km kawasan hutan konifer ini ditebang. Aktiviti ini berlaku disebabkan oleh pertambahan penduduk untuk aktiviti pembangunan, pertanian, perlombongan, pengeluaran minyak dan gas dan aktiviti pembangunan iaitu jalan raya,infrastruktur, perumahan dan lain-lain. ii. Pencarian Minyak dan Gas sebagai sumber tenaga Usaha eksplorasi di dasar tanah hutan Taiga, dari Alaska ke Kanada hingga Rusia yang dikatakan, mempunyai sumber bahan api( Minyak mentah) dengan jumlah yang banyak.Eksplorasi ini dijalankan kerana keadaan yang tidak stabil di Negara penghasil minyak di Timur Tengah iii. Perubahan Iklim- pemanasan global Zon latitud, hutan conifer/taiga telah mengalami beberapa kenaikan suhu secara mendadak terutama pada suku akhir abad ke21 turut menjadi ancaman terhadap hutan ini contohnya taiga, Siberia pokok larch konifer telah menjadi jenis pokok daunnya malar hijau. Kesan lain daripada 4

Nor Azian bt. Zaini (761003-085852) Tugasan Esei- Ekosistem Hutan Konifer/Taiga pemanasan ini adalah pertumbuhan pokok conifer jenis spruce white terbantut , manakala ada pokok-pokok yang mengalami pertumbuhan yang lebih cepat berlaku pada bahagian-bahagian yang lebih panas terdedah kepada penggantian oleh padang rumput, taman atau hutan temperat. iv. Serangan Serangga Perosak gambar beetle atas adalah gambar

kumbang jenis Spruce bark manakala penuh adalah keadaan pokok yang diserangnya

Wabak serangan serangga perosak berlaku. Contoh serangga perosak ialah kumbang jenis Spruce bark beetle(Dendroctonus rufipennis),Mountain pain beetledan ,Spruce budworm , .Hal ini berlaku kerana perubahan suhu iklim musim sejuk di kawasan hutan konifer/taiga telah menurun antara -20 hingga -40C secara tidak sekata tetapi sistematik, membenarkan kelangsungan hidup yang lebih baik kepada serangga perosak. Menurut Rob Legare (forest health expert with the Yukon Forest Management Branch), pada 6,Ogos 2009 kumbang Spruce bark telah memusnahkan 400,000 hekta(1 juta ekar) hutan conifer/Taiga wilayah Kanada. v. Pemburuan Haram

Harimau Siberia

Nor Azian bt. Zaini (761003-085852) Tugasan Esei- Ekosistem Hutan Konifer/Taiga Pada pertengahan tahun 1980-an, jumlah harimau Siberia dianggarkan kira kira 250 ekor ekoran diburu secara haram dengan berleluasa setelah kejatuhan Soviet Union, ditambah dengan aktiviti penerbangan hutan secara haram dan penyogokan renjer taman menjadikan kegiatan penyeludupan harimau Siberia lebih mudah, menyebabkan subspesies terbabit berada dalam risiko kepupusan. Aktiviti ini mengamcam ekosistem hutan konifer/taiga apabila bilangan harimau ini berkurang poal pembiakan serigala akan bertambah, maka ekosistem akan tergangu. 4.0 Cadangan Mengatasi Masalah Ekosistem di Hutan Taiga (Konifer) Banyak Negara mengambil langkah-langkah serius untuk melindungi ekologi biom taiga antaranya a. Melalui Tindakan Undang-undang. Bagi menubuhkan akta melarang pembalakan, perlombongan dan pengeluran minyak dan gas. Contohnya kerajaan Kanada pada Februari 2010 telah mengwartakan rizad seluas 13,000km hutan boreal,mereka menjadi hutan simpanan.Langkah ini dapat melindungi sekurang-kurangnya separuh daripada hutan boreal utara mereka. b. Penanaman Semula Cara mengatasi masalah penerbangan hutan secara berleluasa adalah melalui cara penanaman semula hutan. c. Pemulihan Semulajadi Satu keunikkan biom conifer/taiga adalah kebakaran berterusan akibat daripada panahan kilat. Bagaimanapun kebakaran ini dari segi perspektif ekologi merupakan pemulihan ekosistem semulajadi ,kerana selepas kebakaran lantai tanah hutan dapat mengekalkan nutrien, ini membantu mengekalkan struktur dan mikro habitat dalam kawasan tersebut.Pembakaran ini juga mampu mengatasi masalah serangan serangga perosak. d. Mengatasi Pemburuan Haram 6

Nor Azian bt. Zaini (761003-085852) Tugasan Esei- Ekosistem Hutan Konifer/Taiga Pemburuan Haram juga diatasi dengan menggunakan sistem undang-undang. Manakala bagi haiwan yang hampir pupus akibat dari aktiviti ini dilakukan dengan penubuhan Projek Harimau Siberia pada tahun1992.Kajian ini menumpukan kepada usaha pemuliharaan bagi mengurangkan jumlah kematian harimau dan memperbaiki kualiti habitatnya sebaik mungkin.melalui kaeadah rondaan anti pencorobohan , perundingan dengan kerajaan tempatan berhubung konflik manusia dan harimau, mengurangkan berlakunya pembalakan haram dan sebagainya. 5.0 Kesimpulan Hutan Konifer/Taiga merupakan biom daratan terbesar dunia yang

membekalkan gas oksigen utama kepada pengguna. Ekosistem biom taiga ini perlu diperlihara dan dibaik pulih melalui proses pemuliharaan dan pemeliharaan kerana ia merupakan satu biom yang unit dengan keadaan iklim musim sejuk dan musim panas yang ketara suhunya menjadikan fauna dan flora yang wujud di situ mempunyai ciri-ciri khas untuk adaptasi pada iklim tersebut, semakin hilang dan pupus akibat daripada ancaman-ancaman yang dilakukan oleh manusia yang tamak dan tidak peka terhadap perubahan keadaan kelilingnya kesannya akan terkena pada diri kita juga walaupun biom ini berada jauh dari Negara kita, sebagai manusia kita juga sebenarnya secara tidak langsung penyumbang kepada kemusnahannya. Oleh itu tidak perlu menunjuk atau menyalahkan mana-mana Negara, yang sebaiknya perlu mencari satu kaedah atau akta yang boleh digubal seluruh dunia supaya semua hutan yang tinggal dipelihara sebaik yang mungkin untuk generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai