Anda di halaman 1dari 43

Lapisan Ozon

Apakah Ozon itu ?

Ozon adalah hasil reaksi antara oksigen dengan sinar ultraviolet dari matahari. Ozon di
udara berfungsi menahan radiasi sinar ultraviolet dari matahari pada tingkat yang
aman untuk kesehatan kita semua. Ozon juga diproduksi manusia untuk dipergunakan
sebagai bahan pemurni air, pemutih, dan salah satu unsur pembentuk plastik.

Lapisan OZON

Lapisan ozon mulai dikenal oleh seorang ilmuwan dari Jerman, Christian Friedrich
Schonbein pada tahun 1839. Ia berwarna biru pucat yang terbentuk dari tiga atom
oksigen (O3). Ozon adalah gas yang tidak berwarna dan ditemui di lapisan stratosfer
yaitu lapisan awan yang terletak antara 15 hingga 35 kilometer dari permukaan bumi.

Istilah 'ozon' atau lebih tepat lagi 'lapisan ozon' mulai mendapat perhatian sekitar
tahun 1980an ketika para ilmuwan menemukan adanya 'lubang' di lapisan ozon di
Antartika. Lubang tersebut merupakan hasil dari tenaga matahari yang mengeluarkan
radiasi ultra yang tinggi. Radiasi itu berpecah menjadi molekul oksigen sekaligus
melepaskan atom bebas di mana setengahnya diikat dengan molekul oksigen yang lain
untuk membentuk ozon.

Kira-kira 90% daripada ozon di atmosfera terbentuk dengan cara ini yaitu meliputi di
antara 15 sehingga 55 kilometer di atas permukaan bumi. Bagian ini disebut dengan
stratosfer. Walaupun begitu, ozon yang ada itu didapati terdapat dalam jumlah yang
sedikit yaitu maksimum hanya di antara 20 hingga 25 kilometer. Banyaknya ozon di
atmosfer tergantung pada keseimbangan dinamis di antara sejauh mana ia terbentuk
dan bagaimana ia musnah.

Manfaat lapisan ozon

Lapisan ozon sangat penting karena ia menyerap radiasi ultra violet (UV) dari matahari
untuk melindungi radiasi yang tinggi sampai ke permukaan bumi. Radiasi dalam
bentuk UV spektrum mempunyai jarak gelombang yang lebih pendek daripada cahaya.
Radiasi UV dengan jarak gelombang adalah di antara 280 hingga 315 nanometer yang
dikenali UV-B dan ia merusak hampir semua kehidupan. Dengan menyerap radiasi UV-
B sebelum ia sampai ke permukaan bumi, lapisan ozon melindungi bumi dari efek
radiasi yang merusak kehidupan.

Ozon stratospheric juga memberi efek pada suhu atmosfer yang menentukan suhu
dunia. Berdasar hasil penelitian ilmuwan, lapisan ozon yang menjadi pelindung bumi
dari radiasi UV-B ini semakin menipis. Gas CFC disebut juga sebagai gas yang
menyebabkan terjadinya penipisan lapisan ozon ini. CFC digunakan oleh masyarakat
modern seperti lemari es, bahan dorong dalam penyembur, pembuatan buih dan
bahan pelarut terutamanya bagi kilang-kilang elektronik. Para ilmuwan sebenarnya
sudah membuat teori dan ramalan mengenai penipisan lapisan ozon ini tahun 1970an.

1
Efek menipisnya lapisan ozon

Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan lebih banyak sinar radiasi ultra ungu
memasuki bumi. Radiasi ultra ungu ini dapat membuat efek pada kesehatan manusia,
memusnahkan kehidupan laut, ekosistem, mengurangi hasil pertanian dan hutan. Efek
utama pada manusia adalah peningkatan penyakit kanker kulit karena selain itu dapat
merusak mata termasuk kataraks dan juga mungkin akan melemahkan sistem
imunisasi badan.

Pada bidang pertanian, penerimaan sinar ultra violet pada tanaman dapat
memusnahkan hasil tanaman utama dunia. Hasil kajian menunjukkan hasil tanaman
seperti 'barli' dan 'oat' menunjukkan penurunan karena penerimaan sinar radiasi yang
semakin tinggi. Tanaman diperkirakan akan mengalami kelambatan pertumbuhan,
bahkan akan cenderung kerdil, sehingga merusak hasil panen dan hutan-hutan yang
ada. Radiasi penuh ini juga dapat mematikan anak-anak ikan, kepiting dan udang di
lautan, serta mengurangi jumlah plankton yang menjadi salah satu sumber makanan
kebanyakan hewan-hewan laut. Kerusakan lapisan ozon juga memiliki pengaruh
langsung pada pemanasan bumi yang sering disebut sebagai "efek rumah kaca".
Usaha-usaha untuk mencegah penipisan ozon menjadi mulai dilakukan bersama oleh
semua negara di dunia. Usaha itu pun telah di galakkan secara serius melalui UNEP
(United Nation Environment Programme) salah satu organisasi PBB yang bergerak
dibidang program perlindungan lingkungan dan alam.

Pada tahun 1977 lagi, UNEP telah mengambil tindakan Perancangan Dunia terhadap
lapisan ozon dan dalam tahun 1987, dibuat satu kesepakatan dunia mengenai
pengurangan pengeluaran bahan yang menyebabkan lapisan ozon telah
ditandatangani yaitu 'Protokol Montreal'. Protokol ini di antaranya menghasilkan
tindakan-tindakan dalam mengawal penghasilan dan pembebasan CFC ke dalam alam
sekitar.

Oleh karena itu, kita semua harus memandang serius masalah ini dan berupaya untuk
mencegah atau meminimalkan penipisan lapisan ozon di alam ini dengan cara
meminimalkan penggunaan bahan-bahan yang dapat mempertipis ozon agar generasi
yang akan datang dapat mewarisi alam sekitar yang masih baik.

Lapisan Ozon

Ozon adalah salah satu daripada gas-gas yang membentuk atmosfera. Molekul dwiatom oksigen
(O2) yang kita bernafas membentuk hampir-hampir 20% atmosfera. Pembentukan ozon (O 3),
molekul triatom oksigen kurang banyak dalam atmosfera yang mana kandungannya hanya
1/3,000,000 daripada gas atmosfera.

Kepentingan Ozon

Ozon tertumpu di bawah stratosfera di antara 15 dan 30 km di atas permukaan bumi yang dikenali
sebagai ‘lapisan ozon’. Ozon terhasil dengan pelbagai tindakbalas kimia, tetapi mekanisme utama
penghasilan dan perpindahan dalam atmosfera adalah penyerapan tenaga sinaran ultra-
lembayung (UV) daripada matahari.

2
Ozon (O3) dihasilkan apabila O2 menyerap sinaran UV pada jarak gelombang 242 nanometer dan
disingkirkan dengan foto-pengasingan dari sinaran bagi jarak gelombang yang besar daripada 290
nm. O3 juga merupakan penyerap utama sinaran UV antara 200 dan 330 nm. Penggabungan
proses-proses ini adalah efektif dalam mengekalkan kemalaran bilangan ozon dalam lapisan dan
penyerapan 90% sinaran UV.

UV dikaitkan dengan pembentukan kanser kulit dan kerosakan genetik. Peningkatan paras UV
juga mempunyai kesan kurang baik terhadap sistem imunisasi haiwan, organisma akuatik dalam
rantai makanan, tumbuhan dan tanaman.

Penyerapan sinaran UV berbahaya oleh ozon stratosfera amat penting untuk semua hidupan di
bumi.

Keseimbangan Ozon

Jumlah ozon dalam atmosfera berubah mengikut lokasi geografi dan musim. Ozon disukat dalam
unit Dobson (Du) yang mana, sebagai contoh, 300 Du setara dengan 3 mm tebal lapisan ozon
yang tulen jika dimampat ke tekanan paras laut.

Sebahagian besar ozon stratosfera dihasilkan di kawasan tropika dan diangkut ke latitud yang
tinggi dengan skala-besar putaran atmosfera semasa musim sejuk hingga musim bunga.
Umumnya kawasan tropika memiliki ozon yang rendah.

Ancaman dari Kloroflorokarbon (CFC)

Ancaman yang diketahui terhadap keseimbangan ozon adalah pengenalan kloroflorokarbon


(CFCs) buatan manusia yang meningkatkan kadar penyingkiran ozon menyebabkan kemerosotan
beransur-ansur dalam paras ozon global.

CFCs digunakan oleh masyarakat moden dengan cara yang tidak terkira banyak, dalam peti sejuk,
bahan dorong dalam penyembur, pembuatan busa dan bahan pelarut terutamanya bagi kilang-
kilang elektronik.

Hayat bagi CFCs bermaksud bahawa satu molekul yang dibebaskan hari ini boleh wujud 50
hingga 100 tahun dalam atmosfera sebelum dihapuskan.

Bagi tempoh kira-kira 5 tahun, CFCs bergerak naik dengan perlahan ke dalam stratosfera (10 – 50
km). Di atas lapisan ozon utama, pertengahan julat ketinggian 20 –25 km, kurang UV diserap oleh
ozon. Molekul CFC terurai setelah bertindakbalas dengan UV, dan membebaskan atom klorin.
Atom klorin ini berupaya untuk memusnahkan ozon.

Lubang’ Ozon

‘Lubang’ ozon di Antartik disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud tertentu seluruh
Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap tahun sejak sedekad yang lalu.
Pembentukan ‘lubang’ tersebut berlaku setiap bulan September dan pulih ke keadaan normal pada
lewat musin bunga atau awal musim panas.

Dalam bulan Oktober 1987,1989,1990 dan 1991, lubang ozon yang dalam telah diperhati bagi
seluruh Antartika dengan kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan paras lubang pra-
ozon. Dalam Oktober 1991, paras terendah atmosfera ozon yang pernah direkodkan telah berlaku
di seluruh Antartica.
3
Terdapat dua sebab utama bagi ‘lubang’ – peningkatan CFC dikesan di atmosfera, dan keunikan
persekitaran kajicuaca pada musim sejuk seluruh Antartica. Antara altitud tertentu di Antartika,
suhu stratosfera yang sejuk membenarkan kristal ais dibentuk.

Dalam awan tersebut, molekul klorin dibebaskan dari CFC semasa kegelapan kutub sejuk. Apabila
sinaran matahari bermula pada bulan September di seluruh Antartika, bilangan molekul-molekul
klorin ini akan berkurangan akibat tindakan UV kerana pembentukan atom klorin pemusnah-ozon.

Kemerosotan Ozon Global

Pengukuran latar dan satelit menunjukkan pengurangan signifikan terhadap jumlah kolum ozon
pada musin sejuk dan panas bagi kedua-dua hemisfera utara dan selatan pada garis lintang
tengah dan tinggi. Di dapati aliran ke bawah ini pada tahun1980 agak besar bila berbanding tahun
1970. Tiada statistik aliran signifikan dapat ditentukan bagi kawasan tropika semasa tahun 1980.
Dengan kemajuan komputer model bagi pemusnahan stratosfera ozon dapat menjelaskan
pemerhatian aliran jumlah ozon di latitud pertengahan pada musim panas, tetapi hanya
sebahagian daripadanya pada musin sejuk. Ini bermakna bahawa pada masa hadapan perubahan
global ozon belum boleh diramalkan lagi.

Pengukuran Ozon

Jumlah ozon diukur dengan beberapa cara:

Satelit

Penggunaan satelit mengelilingi kutub seperti Satelit NASA Nimbus7 yang membawa peralatan
“Total Ozone Mapping Spectrometer” (TOMS) telah merevolusikan pemantauan ozon sejak 20
tahun yang lalu. Kedudukan yang baik di atas cakerawala dan keupayaan setiap satelit untuk
perjalanan mendatar seluruh glob, menyediakan liputan yang lebih baik dari stesen daratan. Ini
sangat tinggi nilainya bagi menentukan aliran global. Ketepatan sensor satelit menggunakan
prinsip yang sama dengan spektrofotometer Dobson.

Spektrofotometer Dobson

Spektrofotometer pertama direka pada tahun 1920 oleh Gordon Dobson bagi tujuan mengukur
jumlah ozon. Kini terdapat lebih kurang 80 jenis alat ini digunakan di seluruh dunia untuk
mengukur jumlah ozon. Spektrofotometer Dobson mengukur ozon dengan membanding jumlah
sinaran pada jarak dua ultraungu. Satu jarak gelombang terjejas kuat dengan ozon manakala yang
satu lagi tidak. Perbezaan antara jumlah dua sinaran secara langsung berhubungkait dengan
jumlah ozon.

Ozon sonde

Ozon sonde adalah sel elektrokimia dan penghantar radio yang dilekatkan kepada belon yang
berisi gas hidrogen yang mana boleh mencapai ketinggian kira-kira 35 km. Udara dimasukkan ke
dalam sel kecil dengan pam. Pelarut dalam sel bertindakbalas dengan ozon, menghasilkan arus
eletrik yang mana berkadar dengan jumlah ozon. Isyarat dari sel ditukarkan kepada kod dan
dihantar melalui radio kepada penerima stesen. Dari pelepasan belon sehingga kegagalan,
lazimnya kira-kira 35 km, sonde ini menyediakan taburan menegak ozon.

4
Tindakan Dunia

Dalam tahun 1975, dikhuatiri bahawa aktiviti manusia akan mengancam lapisan ozon. Oleh itu
atas permintaan “United Nations Environment Programme” (UNEP), WMO memulakan
Penyelidikan Ozon Global dan Projek Pemantauan untuk mengkoordinasi secara jangka panjang
pemantauan dan penyelidikan ozon.

Kesemua data dari tapak pemantauan di seluruh dunia dihantar ke Pusat Data Ozon Dunia di
Toronto, Kanada, yang mana tersedia kepada masyarakat saintifik antarabangsa.

Dalam tahun 1977, mesyuarat pakar UNEP mengambil tindakan Perancangan Dunia terhadap
lapisan ozon; dalam tahun 1987, UNEP mengambil Protokol Montreal ke atas bahan yang
mengurangkan lapisan ozon.

Protokol ini memperkenalkan siri sukatan, termasuk jadual tindakan, mengawal penghasilan dan
pembebasan CFC ke alam sekitar. Ini membolehkan paras pengunaan dan penghasilan berkaitan
CFC untuk turun ke paras semasa 1986 pada tahun 1989, dan pengurangan sebanyak 50% pada
1999.

PENGARUH IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

Purata suhu tahunan I suhu musim panas I suhu musim dingin mempengaruhi aktiviti spt:
Petanian - i.e. suhu 27 C sesuai untuk tanaman padi / getah / kelapa sawit; suhu 18 C pada
musim panas sesuai untuk gandum + Ickasi.
Perikanan - suhu 27 (menyebabkan air suam - sesuai untuk pertumbuhan plankton iaitu
makanan ikan + lokasi
Pemburuan binatang - suhu musim dingin bawah 0 Cmenyebabkan bulu binatang tebal; keadaan
bersaji memudahkan binatang dijerat + cth binatang
Pelancongan - suhu 27 menarik pelancong negara-negara berikilm sejuk menikinati 'sun bath'
mempengaruhi pertumbuhan batu karang + lokasi
Pembalakan - Iklim 'hawa sederhana menghasikan Hutan Pokok Tirus(konifer) dan menyediakan
pokok pain, balsam fir, hemlok; salji yang menutup bumi pada muslim dingin memudahkan kayu
digolekkan ke sungai / Iklim Monsun Tropika menghaslikan Hutan Monsun Tropika dan
menyediakan pokok jati / Iklim khatulistiwa menghasilkan Hutan Hujan Tropika yang kaya
dengan pokok cengal, meranti dan keruing + lokasi,

Jumlah hujan tahunan (?mm) menggalakkan aktiviti.


Pertanian - Hujan 2030 mm setahun sesuai untuk tanaman padi,getah / kelapa sawit + lokasi
hujan > 3000 mm setahun sesuai untuk jut; hujan 750 mm setahun sesuai untuk gandum + lokasi.
Hujan lebat 2030 mm setahun menyediakan air yang cukup untuk menjana KHE - penting untuk
perindustrian + lokasi.

Angin tempatan Musim Panas mempengaruhi.


Angin Monsun Barat Daya membawa hujan lebat (2030 mm) sesuai untuk padi,kelapa
5
sawit,getah + lokasi.
Angin Cinuk di Timur B. Rocky mencairkan salji dan memecahkan fros menyebabkan tanah
menjadi gembur - Sesuai untuk pertumbuhan rumput yang penting untuk penternakan lembu
sesuai untuk penanaman gandum.
Pertembungan 'arus panas dan arus sejuk menyebabkan air laut suam dan sesuai untuk
pertumbuhan plankton (makanan ikan) dan ini menggalakkan aictiviti perikanan + nama aruss.
Musim panas yang panjang (90 - 120 hari) sesuai untuk tanaman gandum musim bunga,
tanaman pasar,penternakan, perikanan + lokasi.

PENGARUH MANUSIA TERHADAP IKLIM.

Kenaikan suhu oleh sebab aktiviti:


Perindustrian. - kilang mengluarkan asap, karbon monoksida, gas beracun menyebabkan kesan
rumah hijau; penggunaan CFC dalam racun arosol dan alat hawa dingin menyebabkan
penipisan lapisan ozon = kenaikan suhu + cth.
Pengangkutan - pembakaran bahan api dari fosil spt petrol oleh kenderaan menyebabkan
kesan rumah hijau := peningkatan suhu +lokasi.
Pembalakan - penebangan hutan menyebabkan tanah terdedah kepada pancaran matahari
dari hilang silara; kurang proses fotosintesis menyebabkan udara tidak seimbang kandungan
udara (karbon dioksida, oksigen, proses sejat peluhan terganggu - rnenyebabkan kenaikan
suhu. Pembalakan berterusan menyebabkan karbon dioksida bertambah - penipisan lapisan
ozon + lokasi.
Urbanisasi / pertanian - pada awal pembukaan, pokok ditebang rnenyebabkan tanah terdedab
kepada pancaran matahari / tanpa pelindungan; bangunan batu, jalan raya dan cermin di
kawasan urbanisasi / bandar menyebabkan penipisan lapisan ozon, cahaya ultra ungu terus ke
permukaan bumi = suhu meningkat.
Angin kencang - pada awal pembukaan urbanisasi / pertanian, pokok ditebang menyebabkan
kawasan jadi lapang = angin kencang / ribut + ccntoh.

Hujan / Hujan Asid / Jerebu:

Perindustrian kilang membebaskan sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara dan bertindak
dengan wap air lalu berkumpul dalam awan. Apabila hujan air yang diturunkan mernpunyai
nilai pH yang tinggi = hujan asid.
Pembangunan / urbanisasi menyebabkan debu dan habuk terampai = keadnan berjerebu +
cth.
Pembalakan yang berleluaas rnenyebabkan sejat peluhan terganggu dan rnenyebabkan udara
kering dan ini rnengakibatkan hujan berkurangan.

Faktor-Faktor yang Menyebabkan Kesan Rumah Hijau


Merupakan satu lapisan gas beracun yang terdiri daripada karon dioksida, karbon monoksida,
sulfur dioksida dan hidrokarbon yang menghalang pembalikan haba ke atmosfera suhu
meningkat.
Aktiviti perindustrian / pengangkutan - pelepasan gas spt karbon dioksida, karbon monoksida
yang terhasil daripada pembakaran bahan api fosil + cth.
Pembalakan yang berterusan rneningkatkan kandungan karbon dioksida.
Pembakaran / kebakaran hutan yang menghasilkan kabon dioksida.
Pertanian pindah yang menyebabkan kemusnahan / kebakaran hutan.
Urbanisasi yang menghasilkan banyak karbon dioksida / habuk + cth.

6
Faktor-Faktor yang Menyebabkan Hujan Asid dan Kesannya:

SEBAB:

Sulfur dioksida dan nitrogen oksida dalam atmosfera bertindak balas dengan wap air dan
menghasilkan asid sulfurik dan asid nitrik. Wap air akan membentuk awan dan. apabila
terpelowap hujan akan turun sebagai hujan asid.
Pelepasan gas sulfur dioksida daripada kilang + cth.
Pembakaran bahan api dan fosil spt oleh kenderaan yang menghasilkan nitrogen oksida.
Penggunaan baja dalam pertanian yang menghasilkan nitrogen oksida.

KESAN:

Penyakit kepada manusia. - sakit dada / batuk, tulang, buah pinggang


Air sungai, laut berasid membunuh hidupan akutik spt. ikan + cth.
bintatang yang bergantung kepada ikan akan mati + cth.
Ikan bahaya kepada manusia kerana kandungan raksa yang tinggi.
Kemusnahan hutan kerana terkena hujan asid.
Pokok mati kerana asid bertindak balas dengan nutrien dalam tanah -rnengurangkan
kesuburan tanih.
Air dan hujan asid yang bercampur dengan plumbum, kadmium dan aluminium berbahaya
kepada manusia apabila diminum.
Mempercepatkan hakisan bangunan spt cat bangunan.
Merosakkan cat kereta.
Mempercepatkan kadar hakisan/ pengkaratan barangan besi.

Sebab-Sebab Penipisan Lapisan Ozon


Lapisan ozon di lapisan stratosfera semakin nipis / berlubang menyebabkan sinaran ultra ungu
sampai ke permukaan bumi menyebabkan suhu meningkat.
Penggunaan bahan CFC dalam pembuatan pendingin hawa, penyembur aresol.
Penggunaan baja organik yang berterusan dalam pertanian yang menghasilkan nitrogen oksida.
Pembakaran bahan api fosil yang menghasilkan nitrogen dioksida.
ujian senjata nuklear.
Peperangan yang menggunakan bahan letupan + cth.
Jet supersonik yang melalui lapisan stratosfera.
Pembalakan yang beterusan rnenyebabkan kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam udara.

Kesan Penipisan Lapisan Ozon:


Bertambahnya sinaran ultra ungu ke perrnukaan bumi - meningkatkan suhu bumi.
Penyakit spt katarak mata, kanser kulit.
Mengurangkan proses fotosentesis tumbuhan - karbon dioksida bertambah.
Memusnahkan sel mikro organisma / bakteria pada tumbuhan dan binatang menyebabkan
tumbuhan / binatang mati.
Memusnahkan habitat rantaian makanan binatang apabila hutan musnah.
Berkurangnya hasil pengeluaran tanaman kerana penyakit dan pokok mati.
Membunuh sistem pelalian manusia dan binatang.
Peningkatan suhu rnenyebabkan pencairan ais / glesier - menyebabkan peningkata.n aras laut,
isi padu air laut bertambah, kawasan rendah ditenggelarmi air / banjir + lokasi.

7
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI PERUBAHAN IKLIM
menghapuskan penggunaan CFC dalam penyembur aresol dan alat pendingin hawa untuk
elakkan lapisan lapisan ozon yang menyebabkan kenaikan suhu diganti dengan helium.
Menapis asap dari kilang dengan menggunakan alat penapis asap untuk elakkan Kesan Rumah
Hijau yang menyebabkan kenaikan suhu /hujan Asid.
Pertanian / Urbanisasi - dialankan secara terkawal spt plastik / tanaman penutup bumi untuk
elakkan peningkatan suhu /jerebu.
Pengangkutan - kenderaan yang mengeluarkan asap dan gas beracun yang menyebabkan
kesan Rumah hijau atau kenaikan suhu di atasi dengan:
menggunakan petrol tanpa plumbum / gas asli.
kurangkan penggunaan bahan api dan fosil.
kenderaan berkuasa elektrik untuk elakkan kesan rumah hijau.
Kurangkan pembalakan untuk elakkan suhu meningkat / angin kencang; penghutanan semula
kawasan pembalakan.
Hapuskan ujian / penggunaan senjata nuklear / kapal supersonik untuk eIakkan penipisan
lapisan ozon yang meningkatkan suhu.
Perlaksanaan undang-undang spt Mutu Kawalan Alam Sekitar,
Kesedaran kepada masyarakat spt pendidikan alam sekitar di sekolah.
Persidangan antarabangsa spt Persidangan Bumi Rio (untuk atasi Kesan Rumah hijau dan
Persidangan Viena (untuk atasi penipisan lapisan ozon).
Kurangkan penyelidikan di Antartika.

CIRI-CIRI TUMBUHAN SEMULAJADI

Lokasi spesifik / negara.


Nama tumbuhan Semulajadi spt Monsun Tropika.
Lapisan / keIompok spt lapisan bawah jarang, dirian tulen dll.
Kepadatan spt jarang, padat.
Sifat pokok spt. kayu keras, berakar banir, gugur pada musim kemarau dll.
Ketinggian pokok.
Sifat daun spt lebar, berduri dll
Jenis haiwan.

LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN TUMBUHAN SEMULAJADI

Penghutanan / Menanam semula pokok yang ditebang.

mewujudkan hutan simpan / taman negara + cth.


mlewujudkan Estet Hutan Kekal + cth lokasi.
menebang pokok yang matang sahaja - garis pusat > 45 cm.
mendenda pembalak haram.
mengeluarkan / menghadkan lesen kepada pembalak.
menjalankan rawatan spt mencantas akar / sivilkultur.
Mewujudkan renjer hutan untuk mengawas pemalak haram / kebakaran hutan.
menghadkan kawasan pembalakan.
8
Peranan agensi kerajaan spt FRIM (Menjalankan penyelidikan).
Peranan pertubuhan antarabangsa spt. ITTA & TFAP.
alternatif lain spt kayu getah sebagai pengganti kayu balak.
undang-undang menghalang penerokaan hutan.
mengharamkan eksport kayu bulat.
menanam pokok / benih yang bermutu tinggi + cth pokok.
Kempen kesedaran di sekolah / badan pencinta alam /WWF.
latihan teknologi pengurusan hutan kepada pegawai hutan/ pembalak.
Akta perlindungan hidupan liar,
pusat pemulihan hidupan liar spt orang utan, badak,bison.

KEPENTINGAN TUMBUHAN SEMULAJADI


Membekalkan oksigen kepada manusia melalui proses fotosintesis.
menyederhanakan suhu melalui:
1. proses fotosintesis dan sejat peluhan.

2. Silara / payung yang menghalang cahaya matahari dari terus sampai ke permukaan bumi -
mengurangkan kadar luluhawa fizikal,

Menghalang tiupan angin kencang.


Sumber kayu balak (kayu keras / lembut).
Sumber perubatan tradisional, rotan.
Bekalan kain bulu untuk industri kasut / pakaian
Habitat kepada haiwan.
Mengekalkan rantaian makanan haiwan herbivor
Sumber kraftangan seperti rotan dan buluh.
Kawasan tadahan hujan.
Akar pokok memperlahankan aliran air hujan - mengurangkan hakisan tanah.
Kawasan rekreasi / pelancongan melalui aktiviti tracking.
Menggalakkan proses larut resap- punca air bagi sungai.
Akar pokok mengurangkan kelajuan aliran air - kurangkan hakisan.
Mengurangkan bebanan sungai - menghalang berakunya banjir.
Mengekalkan kesuburan tanah - membekalkan humus / nutrien.
Pekerjaan bagi pemburu / pembalak / renjer.

KESAN ALAM SEKITAR AKIBAT KEPUPUSAN TUMBUHAN SEMULAJADI

PENINGKATAN SUHU
Cahaya matahari terus memancar ke permukaan bumi. Karbon dioksida melebihi oksigen di
atmosfera
Kurangnya proses fotosintesis dan sejat peluhan.
Kurang penyederhanaan suhu kerana kadar sejatan yang tinggi.
Tiada pokok untuk menyerap haba matahari.
Tiupan angin kencang keran tiada pokok untuk menghalang tiupan angin.
Rantaian makanan haiwan terjejas.
Habitat haiwan terganggu.
Kekurangan sumber untuk industri pembalakan & kraftangan.
Hakisan tanah giat berlaku kerana permukaan tanah terdedah kepada hujan (i.e. akibat air
larian) angin dan cahaya matahari.
Sungai cetek, keruh dan tercemar kerana mendapan bahan hakisan / kelodak.
Banjir kilat mudah berlaku kerana sungai cetek
9
AKTIVITI-AKTIVITI MANUSIA YANG MENGHAPUSKAN HUTAN
Penebangan hutan kerana pembukaan kawasan:
Pentanian / pertanian pindah + cth lokasi.
perlombongan + cth lokasi.
Petempatan + cth lokasi.
Perindustrian + cth lokasi.
Pembikinan jalan raya + cth lokasi.
Pembinaan empangan KEH untuk mengairi sawah padi.
Aktiviti pembalakan yang berleluasa / berlebihan.
Hujan asid akibat industri kilang yang mengeluarkan sulfur dioksida.
Peperangan di kawasan hutan.

SUMBER DAN PENGURUSAN SUMBER

Jenis-jenis sumber di dunia

Tiga jenis sumber iaitu sumber semulajadi, manusia dan budaya [2m].
sumber semula jadi seperti udara, mineral, dan hutan [2m].
sumber semula jadi terbahagi kepada sumber yang boleh dibaharui dan sumber yang tidak boleh
dibaharui [2m].
sumber yang boleh (dibaharui tidak terhad digunakan secara berterusan [lm] contohnya tenaga
suria, tanih, dan tumbuh-tumbuhan [2m].
sumber yang tidak boleh dibaharui semakin kurang dan akan habis jika digunakan secara
berterusan [1m], contohnya petroleum, gas asli, dan arang batu [2m].
sumber yang tidak boleh dibaharui terdiri daripada yang boleh digunakan semula seperti bijih
besi, bijih timah, dan kuprum [2m]; tidak boleh digunakan semula - bahan fosil seperti
petroleum, gas asli, dan arang batu [2m].
sumber manusia - bilangan penduduk, keupayaan fizikal, serta mental [2m].
sumber budaya- barangan yang digunakan dalam proses pengeluaran seperti jentera, teknologi
dan bangunan [2m]

Faktor-faktor yang mempengaruhi penerokaan

sumber-sumber di dunia

permintaan tinggi daripada pengguna - harga meningkat - meningkatkan hasil penerokaan [1m].
permintaan tinggi untuk pdroleum menggalakkan penerokaan secara meluas di Arab Saudi
Amerika Syarikat, dan Malaysia [2m].
permintaan tinggi untuk petroleum menyebabkan negara Arab Saudi mengatasi halangan fizikal
seperti iklim gurun [1m].
perkembangan teknologi membolehkan penggerudian dijalankan di dasar laut [1m].
faktor kos perkgeluaran - kos pengeluaran bijih timah di Malaysia lebih tinggi berbanding dengan
kos pengeluaran bijih timah di Thailand - Malaysia mengurangkan pengeluaran [1m].
terdapat sumber gantian alternatif [1m]- penyahgaraman air laut di Arab Saudi telah
mengurangkan penerokaan air bawah tanah [1m].
kekurangan sesuatu sumber seperti petroleum menyebabkan penggunaan sumber air biomas, dan
geotermal bagi penjanaan kuasa elektrik [1m].
10
galakan kerajaan - kerajaan Bolivia memberilkan bantuan wang, sebanyak RM34 juta bagi
perlombongan bijih timah [1m].
mempunyai modal yang tinggi - Jepun dapat menjalankan perikanan laut dalam [1m]

Kesan-kesan penerokaan sumber air di Malaysia

Kesan-Kesan Positif

empangan yang dibina dapat menjanakan kuasa hidroelektrik [1m] contohnya Empangan
Temenggor. Empangan Kenyir dan Empangan Chenderoh di Sungai Perak [2m]
membekalkan air untuk keperluan domestik dan kilang[1m ] seperti Empangan Sungai Batu,
Klang Gates, Sungai Semenyih, dan Hulu Langat [2m].
membolehkan padi ditanam dua kali setahun yang dapat meningkatkan hasil padi [1m]
contohnya Projek Pengairan Muda, Kemubu dan Krian-sg Manik [2m].
dijadikan tempat rekreasi dan perlancongan seperti Tasik Kenyir [lm]
empangan juga dapat mengawal banjir [lm]

Kesan-Kesan Negatif

kos pembinaan empangan tinggi [1m]


pembinaan empangan melibatkan pembukaan kawasan hutan untuk membina jalan raya [1m]
penebangan hutan menyebabkan sumber hutan terancam [1m]
kawsan hutan luas ditenggelami air menjadi tasik buatan manusia seperti Tasik kenyir [1m]

Pengurusan air di Malaysia

empangan dibina untuk memastikan air sungai tidak mengalir terus ke laut [1m]; menjamin rizab
air [1m]; menakung 12 bilion meter padu air [1m]; contoh empangan - Empangan Kenyir,
Empangan Temenggor, Empangan Batang Ai [2m].
96% daripada penduduk bandar dan 66% penduduk desa mendapat bekalan air melalui paip [1m].
digunakan untuk tujuan domestik dan industri [1m].
saluran paip dibina supaya tidak bocor [1m]; pengawalan bekalan air bersih oleh Jabatan
Bekalan Air [1m]; mengkaji kualiti 86 batang sungai [1m].
pengurusan sumber air di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974[1m]; lawatan dan tinjauan ke
kilang-kilang untuk mengawal pembuangan sisa buangan ke dalam sungai [1m]; sungai yang
tercemar dipulih semula seperti Sungai Kelang [1m].

Pengurusan Sumber Hutan di Brazil

pengurusan sumber hutan penting memandangkan bekalan sumber hutan semakin merosot. [lm]
pembalakan tidak dibenarkan di kira-kira 50% jumlah kawasan hutan Brazil [1m]
kerajaan Brazil menghapuskan insentif kewangan untuk menebang hutan [1m].
kerajaan Brazil mengharamkan ekspot kayu bulat [1m]
memperkenalkan kawasan model pengurusan hutan sepeti Tapajos National Forest dengan

11
bantuan FAO (Pertubuhan Pertanian dan Makanan) [1m]
melalui Tapajos National Forest, silvikultur diperkenalkan yang mengenalpasti dan memberikan
perhatian kepada pokok berharga supaya cepat membesar [1m]
menubuhkan hutan simpan taman Negara dan hutan simpan untuk orang asli [1m]
menanam pokok yang cepat tumbuh seperti melina,eucalyptus, dan Pain Karibia untuk dieksport
bagi industri pulpa di Amerika Syarikat [2m].
mengadakan kempen dan denda untuk mencegah pembakaran sumber hutan [1m].
mengadaknn rizab biologi dan taman negara supaya kaum asli dapat meneruskan cara hidup
mereka [1m]
mengadakan kempen memelihara a1am sekitar di kalangan penduduk [1m]

Perubahan Pandagan darat dan kesannya akibat daripada perlombongan bijih


timah.

penggunaan kapal korek meninggalkan kolam-kolam besar [1m] seperti di Taiping dan Kuala
Lumpur [1m].
lombong pam kelikir dan pam hidraulik menggunakan pancutan air yang kuat memusnahkan
permukaan bumi [lm].
tahi lombong dan tanah tertinggal selepas perlombongan membentuk kawasan tandus [ lm ]
seperti di Serendah dan Lembah Kinta [lm].
hakisan tanih berlaku di perrnukaan bekas lombong dan kelodak dimendap di dasar sungai
menyebabkan banjir berlaku [1m].
kelodak dari lombong di Tapah membentuk kawasan paya di muara Sungai Manik [lm].
gelongsoran tanah berlaku di kawasan bekas lombong seperti di Puchong [1m].
perlombongan di Nigeria dengan jentolak menghasilkan pembentukan lekukan mandalam dan
bertebing curam [lm].
perlombongan bijih timah telerang di Bolivia juga meninggalkan permukaan berlubang [1m]

Pentingnya pengurusan sumber air di Arab Saudi

pengurusan sumber air penting kerana Arab Saudi mengalami iklim gurun yang sangat panas dan
kering sepanjang tahun [1m]; hujan tahunannya kurang daripada 250 mm.
keadaan iklim yang panas dan kering menimbulkan masalah kekurangan air kerana jarang-jarang
terdapat sungai kekal [1m].
kadar sejatan tinggi kerana udara kering dan pengurusan perlu untuk mengatasi masalah ini
[lm].
air disimpan di menara air yang tertutup [lm].
terusan air ke kawasan pertanian dibina sempit untuk mengurangkan kehilangan air melalui
sejatan dan resapan ke dalam bumi [1m].
jumlah simpanan air aquifer dianggarkan sebanyak 400 000 juta megaliter dan dijangka akan
kehabisan dalam masa 20 tahun tanpa pengurusan [lm].
permintaan untuk bekalan air sangat tinggi misalnya daripada sektor pertanian, peindustrian,
dan penggunaan domestik [2m].

12
pengurusan sumber air membolehkan perkembangan pertanian dan bandar seperti Mekah,
Madinah, dan Riyadh [2m]

Bagaimana petroleum mencemari alam

pertumpahan minyak berlaku di telaga dan pelantar minyak akan meresap ke dalam tanah atau
meliputi permukaan air lautan dan menjejaskan hidupan airnya [1m].
tumpahan minyak juga berlaku jika kapal berlanggar atau tenggelam [1m]; ini menjejaskan
ekologi laut kerana telah mengancam hidupan laut dan tumbuhan laut [lm].
tumpahan minyak juga berlaku semasa kapal mengepam air lautan dalam masa pelayaran [1m].
semasa di pelabuhan, pembersihan kapal tangki juga menyebabkan tumpahan minyak berlaku
[lm].
pembocoran yang berlaku di telaga minyak juga mencemari air lautan [1m].
minyak motor atau minyak buangan selepas menukar minyak kereta akan disalurkan ke Iongkang
dan sungai serta laut [1m]; mengotorkan sungai dan menjejaskan kualiti air sungai, dan
mengancam hidupan laut [1m].
penggunaan bahan berasaskan petroleum seperti penggunaan aerosol, plastik juga menjejaskan
alam sekitar [1m].
pencemaran udara juga berlaku daripada kilang memprosos minyak, kilang-kilang lain dan
pertambahan bilangan kenderaan yang membakar bahan api petroleum ini [1m]

Potensi sumber tenaga di Malaysia

tenaga solar yang diperoleh daripada pancaran cahaya matahari mempunyai potensi luas di
Malaysia [1m] kerana Malaysia terletak di kawasan khatulistiwa yang menerima cahaya matahari
sepanjang tahun dengan suhu tinggi 27° C [1m].
projek penjanaan tenaga solar telah didirikan di Kg Hulu Tembeling di Pahang dan di Teluk Apan
di Pulau Langkawi [2m].
tenaga solar digunakan untuk memanaskan air untuk kegunaan domestik [lm] juga digunakan
oleh telefon di Pulau Apan, Pulau Pinang [1m].
sisa pertanian yang menghasilkan biogas sebagai bahan pembakaran iaitu tenaga biomass juga
mempunyai potensi di Malaysia [1m] , kerana pertanian yang mengusahakan tanaman padi dan
kelapa sawit membolehkan tenaga biomass diperoleh [1m].
tenaga angin dan ombak juga mempunyai potensi di Malaysia yang merupakan semenanjung yang
dikelilingi oleh laut (hampir 3/4 daripada daratannya) walaupun masih dalam peringkat
penyelidikan [lm].
tenaga nuklear yang diperoleh dari uranium dan plutonium sangat mahal dan sisanya berbahaya
[1m] , masih dalam peringkat penyelidikan yang dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Atom Tun
lsmail [lm].

Kesan perlombongan petroleum terhadap landskap di Malaysia.

13
perkembangan infrastruktur nyata mengubah pandangan darat kawasan yang berkaitan dengan
perlombongan petroleum [lm].
perlombongan minyak di luar pantai Terengganu telah menyebabkan perkembangan jalan raya di
pantai timur Semenanjung Malaysia [im].
perkembangan bandar seperti Kerteh, Miri Lutong dan Bintulu juga berlaku [1m].
kelihatan juga kawasan tangki minyak dan kawasan simpanan gas asli yang besar di kawasan
tersebut [1m].
terminal minyak juga dibina di Kertih [lm].
stesen penjanaan kuasa elektrik di Paka dibina hasil daripada pengeluaran gas asli di luar pantai
Terengganu [lm].
lapangan terbang Kertih juga dibina hasil daripada aktiviti perlombongan ini [lm].
Juga kelihatan saluran paip dibina dari Terengganu hingga ke Singapura melalui Johor [lm].
pelantar minyak juga dapat dilihat di luar pantai seperti di Duyong, Bekok, Tapis, Erb West, dan
Temana [2m]

Kepentingan hutan kepada Malaysia

merupakan habitat hidupan liar dan tumbuhan [1m].


hutan hujan tropika di Malaysia terdiri daripada 14 500 spesies di mana 6000 jenis daripadanya
mempunyai potensi menjadi sumber perhutanan [1m].
dapat membekalkan sumber kayu keras seperti meranti cengal, keruing, kapur, balau, dan
merbau [2m].
di kawasan tanah tinggi hutan dijadikan perlindungan tadahan air [1m].
pokok berfungsi sebagai span besar untuk menyerap air hujan dan mengeluarkannya ke dalam
sistem sungai secara perlahan-lahan [1m].
akar tumbuhan mencengkam tanah dan dapat mengelakkan hakisan tanih [1m].
mengimbangi cuaca tempatan melalui proses transpirasi tumbuhan [1m].
kelembapan daripada tumbuhan menggalakkan pembetukan hujan dan menyempurnakan kitaran
air [1m].
sebagai sumber perubatan tradisional seperti akar daun dan herba hutan yang digunakan sebagai
ubat tradisional (1m].
membekalkan bahan mentah untuk kilang papan yang menghasilkan papan gergaji, papan lapis,
dan perabot [2m].
sumber rotan seperti rotan bulat juga digunakan dalam industri perabot [1m].
sebagai bahan eksport negara seperti pada tahun 1990 hasil kayu-kayan menyumbangkan RM7
106 juta atau 8.9% jumlah eksport negara [1m].

Kesan-Kesan Negatif Pembalakan

mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan tanih [1m].


tanah yang dihakis mengalir ke sungai mencetekkan dasarnyan menyebabkan banjir [1m].
juga mencemari air sungai dan mengancam hidupan air di sungai [1m].
penerokaan hutan di cerun mendedahkannya kepada kesotan tanih, gelongsoran tanih dan tanah
runtuh [1m].
menjejaskan spesies flora dan fauna dan lebi kurang 50 spesies dimusnahkan setiap hari [1m].
14
seterusnya mengancam sumber perubatan teradisional [1m].
memusnahkan kawasan tadahan air kerana kehilangan tumbuhan untuk menyerap dan menakung
air [1m].
tanpa tumbuhan untuk menjalankan proses sejatan peluhan keadaan kemarau berlaku kerana
kekurangan pembentukan hujan [1m].
kurang pembentukan awan juga meningkatkan jumlah bahangan matahari yang sampai ke
permukaan bumi [1m]

Pengurusan Bijih Timah di Malaysia

usaha melombong semula kawasan bekas lombong [1m].


usaha untuk mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan kecekapan pengeluaran [lm].
Malaysia bekerjasama dengan ITRI (Penyelidikan Bijih Timah Antarabangsa) dan SEATRAD (Pusat
Penyelidikan dan Pembangunan Asia Tenggara) untuk memperbaiki dan memperluas kegunaan
bijih timah [1m].
usaha mencari kawasan bijih timah yang baru seperti sekitar Gopeng dan Papan dekat dengan
Ipoh [2m].
kajian geoteknik digunakan untuk membolehkan usaha pemuliharaan bekas lombong bijih timah
[1m].

Pemuliharaan di kawasan bekas lombong

kawasan bekas lombong ditebus guna untuk kegiatan pertanian, penternakan ikan air tawar
sebagai kawasan perumahan atau kawasan perindustrian [2m].
untuk pertanian, kawasan berpasir di bekas lombong dibaja dan ditanami buah-buahan seperti
jambu batu, limau, belimbing, dan sayur-sayuran seperii ubi kayu dan kacang tanah [2m].
kawasan bekas lombong juga ditanami rumput untuk tujuan penternakan lembu dan kambing
[1m]
kolam bekas lombong disuaikan untuk penternakan ikan air tawar seperti jelawat, karp, talapia
dan udang [2m]
kawasan bekas lombong di lpoh, Taiping, Tapah, Puchong juga dimajukan untuk kawasan
perumahan dan perindustrian [2m].
kawasan bekas kolam lombong juga dijadikan tempat rekreasi seperti Tasik Titiwangsa, 'The
Mines Wonderland', dan 'Sunway Lagoon' [2m].

Perubahan pandang darat akibat daripada perlombongan petroleum dan gas asli.

kelihatan kawasan tangki simpanan minyak dan gas asli seperti di Kerteh, Bintulu, dan Lutong
[2m]
terminal minyak juga dibina di Kerteh [1m]
saluran paip dapat dilihat dari Terengganu hingga ke Singapura melalui Johor [1m]
stesen penjanaan kuasa elektrik di Paka telah dibina hasil daripada pengeluaran gas asli di luar

15
pantai Terengganu [1m]
perkembangan bandar seperti Miri, Lutong, Bintulu, dan Kerteh berlaku [1m]
jaringan jalan raya yang maju didapati di pantai timur semenanjung Malaysia dengan adanya
kegiatan perlombongan minyak di luar pantai Terengganu [lm]
lapangan terbang juga dibina di kawasan berhampiran seperti Kerteh untuk membawa pelajar ke
lapangan minyak [1m]

Kesan-kesan perlombongan bijih timah terhadap Alam Sekitar

cara perlombongan dengan kapal korek telah meninggalka kolam air yang besar dan terbiar [1m]
seperti di Puchong, Taiping, Kampar, dan Tapah[2m]
permukaan tanih dipecahkan dan dimusnahkan oleh pancutan air yang kuat [lm]
tanih menjadi tandus selepas perlombongan kerana terdiri daripada pasir kasar dan halus, tanpa
nutrien seperti di Serendah [1m]
permukaan tanpa tumbuhan terdedah kepada hakisan tanih [1m]
tanih dan kelodak yang dihakis dimendapkan di dasar sungai menjejaskan hidupan ikan dan
tumbuhan air [lm]
banjir juga berlaku seperti pemendapan kelodak dari Lembah Kinta ke dalam Sungai Perak
menyebabkan banjir berlaku di Ipoh [1m]
muara Sungai Manik di Perak telah menjadi kawasan paya akibat daripada pemendapan kelodak
dari lombong di Tapah [lm]
gelongsoran tanah juga berlaku di kawasan perlombongan seperti di Puchong [1m]

Pengurusan sumber hutan di Malaysia

mengadakan Majlis Perhutanan Negara untuk menghadkan luas kawasan dibalak oleh setiap
negeri tia-tiap tahun [lm].
kerjasama antara kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri melalui Dasar Perhutanan
Negara 1978 dalam hal pengurusan pemeliharaan dan pembangunan hutan [1m].
mengadakan Hutan Simpan Kekal untuk mengawal pengeluaran sumber hutan [lm].
pembalakan haram dan pembalakan berlebihan dilarang dalam Hutan Simpan Kekal [lm].
usaha perhutanan semula di kawasan Hutan Simpan Kekal yang telah dibalak [1m].
ladang hutan secara besar-besaran diadakan di Bt. Tinggi (Pahang) dan Kluang (Johor) sejak
tahun 1982 [1m].
menanam pokok jenis cepat membesar seperti akasia pain, batai, dan kelampayan [2m].
menanam kayu bermutu tinggi seperti kayu jati di ladang hutan di Perlis dan Kedah (1957) [lm].
luas ladang hutan 36874 hektar pada 1989 ditambah sehingga 188 200 hektar pada 1995 [lm].
menubuhkan Hutan Lipur seperti Teluk Bahang (Pulau Pinang, Kancing (Selangor) dan Sekayu
(Terengganu) untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan hutan di kalangan rakyat [lm].
Pusat Latihan Perhutanan Malaysia memberikan latihan untuk meningkatkan kepakaran dan
kemahiran pengurusan hutan [1m].

Kesan pembalakan terhadap cuaca tempatan


16
pembalakan mengurangkan proses sejat peluhan pokok dan menyebabkan udara kering yang
mengurangkan jumlah hujan tahunan [1m].
kelembapan bandingan semakin rendah [lm].
udara tidak dapat mencapai takat tepu menyebabkan lapisan awan semakin nipis [1m].
pembalakan membuka kawasan lapang dan menambahkan halaju angin (yang lebih kencang)
[lm].
angin kencang memudahkan hakisan layangan dan pencemaran udara [1m].
pembalakan menghapuskan kanopi hutan yang menghalang bahangan matahari sampai ke
permukaan bumi, meninggikan suhu [1m].
pembalakan menjejaskan imbangan gas di udara, karbon dioksida meningkat manakala oksigen
berkurangan [1m].
proses fotosintesis berkurangan dan kandungan karbon dioksida meningkat menyebabkan kesan
'Rumah Hijau' meningkat [1m].

Pengaruh sungai terhadap kehidupan penduduk di Malaysia

membekalkan air pengairan ke sawah padi supaya membolehkan penanaman dua kali setahun
untuk meningkatkan hasil pengeluran [1m] contohnya Sungai Kelantan, Sungai Muda, Sungai
Perak, Sungai Pahang, dan Sungai Bernam [2m].
membekalkan air untuk keperluan domestik perniagaan dan perindustrian [1m].
menyediakan dataran mendap yang subur untuk pertanian seperti Dataran Kedah di Sungai
Muda, Dataran Kelantan di Sungai Kelantan, dan Dataran Pahang di Sungai Pahang[2m].
banjir yang berlaku boleh memperbarui kesuburan tanah seperti mendapan tanih lanar [1m].
mengangkut barangan pukal dan penumpang di pedalaman [lm] contohnya Sungai Rajang dan
Sungai Kinabatangan mengangkut beras,kayu balak, dan penumpang [1m].
empangan yang dibina merentangi sungai boleh menjanakan kuasa hidro elektrik [1m] seperti di
Empangan Temenggor,Chenderoh, Bersia, dan Kenering di Sungai Perak, Empangan Kenyir Sungai
Terengganu, Empangan Sultan Abu Bakar di Sungai Pahnag, Pergau di Sungai di Kelantan [2m].
sungai juga dijadikan sempadan negeri seperti Sungai Golok antara Malaysia- Thai, Sungai Gemas
antara Johor - Negeri Sembilan, Sungai Endau antara Johor - Pahang, dan Sungai Bernam antara
Selangor - Perak [2m].
lembah sungai yang rendah juga memudahkan pembinaan jalan raya [1m] seperti jalan raya
dibina yang selari dengan Sungai Perak, Sungai Kelantan, Sungai Pahang, dan Sungai Padas [2m].
jeram di & sepanjang sungai seperti di Sekayu, Kota Tinggi dan Tanah Tinggi Cameron menarik
pelancong [2m].

Tindakan manusia yang menyebabkan pencemaran sungai

termasuk aktiviti pertanian, perlombongan, pembalakan,perindustrian, pelancongan, dan


perikanan [2m].

pertanian: penggunaan baja kimia racun serangga dan racun rumpai yang mengalir ke sungai
mencemarkanya [lm]. najis daripada penternakan khinzir yang disalurkan ke dalam sungai
mencemarkan Sungai Juru, Kelang, Sepang, Linggi, dan Merbok [2m]

17
oksigen yang diperlukan dalam pereputan najis mengurangkan kandungan oksigen dalam air
sungai [lm]; menjejaskan tumbuhan dan hidupan dalam air kerana sungai tercemar dan najis
juga membawa penyakit [1m].

ladang baru yang dibuka untuk pertanian mendedahkan permukaan tanah kepada hakisan yang
akan menambahkan muatan sungai [lm]; kuantiti kelodak meningkat dan dasar sungai menjadi
cetek menyebabkan banjir berlaku dan ikan dalam sungai berkurangan [lm].

perlombongan: air sungai dicemarkan oleh kelodak yang banyak yang disalurkan ke sungai dari
palung bijih timah seperti Sungai Kinta, Kelang dan Gombak [2m].
pembalakan di cerun bukit mendedahkan kawasan itu kepada hakisan alur yang menambahkan
muatan sungai [lm].
perindustrian:

kawasan perindustrian di Kuala Lumpur, Petaling Jaya,dan Shah Alam [lm] banyak mengeluarkan
bahan pencemar seperti nitrogen ammonia, jumlah pepejal dan pepejal terampai [lm].

juga menghasilkan pencemar logam seperti raksa,plumbum, zink dan kromium [2m].

pelancongan: pembuangan sampah sarap dan sisa makanan ke dalam sungai oleh para pelancong
di Sungai Tembeling,Sungai Bertam dan Sungai Johor [2m].
perikanan: penggunaan tuba atau bahan letupan yang beracun untuk menangkap ikan
mencemarkan air sungai [lm].

KEPENTINGAN SUMBER MINERAL

Sum Sumber bahan mentah untuk industri spt mengetin, kraftangan,, besi keluli + (bahan
mentah +lokasi) + (jenis industri + lokasi).ber pendapatan negara hasil eksport+ RM?

Mengurangkan import bahan mentah (mineral) - mengurangkan pengaliran Wang keluar.


Menyediakan peluang pekerjaan dalam bidang carigali ,buruh. Mewujudkan bandar- bandar + cth
lokasi. Memajukan sistem pengangkutan spt jalan raya / pelabuhan + cth jalan. Sumber tenaga
menggerakkan jentera / tenaga elektrik haba menggalakkan kemasukan teknologi moden spt
dalam carigali. menggalakkan kemasukan / pelaburan modal asing + cth negara Mewujudkan
hubungan dua hala dengan negara pengimpot + cth negara.

MASALAH PENGELUARAN

Kepupusan sumber kerana penerokaan yang berlebihan / tidak terancang.


Kos pengeluaran meningkat akibat kenaikan upah buruh / tenaga / harga Jente'ra.
Harga di pasaran antarabangsa yang tidak stabil / rendah.
Saingan dari negara pengeluar lain + cth negara.
Saingan dari bahan lain + cth bahan.
Kekurangan modal untuk memperluaskan operasi / beli alat.
Penggunaan teknologi yang rendah -hasil rendah.
Mineral terletak jauh di pedalaman = sukar untuk dihubungi dengan jalan raya
Mineral terletak dilaut dalam (petroleum) / jauh dari pantai = kos meningkat
18
Mutu mineral yang rendah + cth
Kekurangan buruh mahir
Kerja-kerja melombong berbahaya/ risiko tinggi

PERUBAHAN LANDSKAP AKIBAT PENEROKAAN MINERAL

Mewujudkan lekukan / tasik dan ditakungi air akibat penggunaan kapal korek+ cth lokasi.
Kawasan lekuk yang Iuas tetapi cetek akibat kaedab lombong pam kelikir.
Kawasan lekuk yang dalam akibat kaedab lombong dedah,
Mendedahkan satu dasar yang berbongkah.
Benteng dibina di sekeliling lombong untuk elakkan banjir.
Tebing yang berteres.
Mewujudkan pandangan semak samun / ditumbuhi lalang.
Timbunan / bukit pasir.
Kawasan menjadi gondol kerana tiada tumbuhan.
Tanah yang tandus/" badland" yang tiada nutrien dan tidak subur.
mewujudkan pasir jerlus.
Sungai menjadi keruh dan cetek akibat pemendapan pasir / kelodak dan kawasan perlombongan.
Wujudnya kawasan petempatan, jalan raya, talian elektrik.

KEPENTINGAN SUMBER AIR

Sumber air untuk kegunaan domestik (mandi , minum , basuh)


Mengairi kawasan sawah padi , kebun sayuran + cth sg.
Memutar turbin dalam penjanaan KHE.
Jalan pcngangkutan untuk mengangkut penumpang , padi , kayu balak +cth sg.
Jalan pengangkutan yang murah
Membentuk kawasan delta menyuburkan tanah apabila air melempah + cth lokasi.
Menggalakkan perdagangan / perdagangan antarabangsa.
Membina bandar berhampiran sungai + cth bandar.
Kawasan rekreasi / pelancongan dengan adanya jeram dan air terjun +cth lokasi.
Kegunaan industri spt industri tekstil (membersih) /besi keluli (rnenyejuk jentera).
Sungai sebagai sempadan negeri / antarabangsa +cth sungai.
upacara agama spt Sg. Ganges, India.
Sumber perikanan air tawar / ternakan air tawar +cth.sungai.
Sumber galian spt emas.
Menghubungi kawasan terpencil + cth lokasi.

KEPENTINGAN SUMBER TANAH

Untuk pertanian i.e, pertanian pindah / kontan / pasar + cth lokasi.


Tanah pamah yang rata / beralun dan jenis tanih:
laterit getah / kelapa sawit + cth lokasi.
Aluvium & Lanar Padi /jut + cth lokasi.
Gambut nanas + cth lokasi.
Cernozem gandum + cth lokasi.
Regur , tanah hitam = kapas + cth lokasi.
Pasir = kelapa + cth lokasi.
Tanah pamah rata untuk petempatan, tapak industri +cth lokasi.
19
Tanah membekalkan kayu (keras / lembut) untuk pembalakan + cth lokasi.
Tanah mengandungi bahan mineral spt emas, arang batu, bijih timah dll + cth lokasi.
Mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan pertanian / industri /perlombongan.
Habitat bagi beberapa jenis haiwan (tikus / arnab) / serangga (semut).
Penting bagi agen pengurai yang membekalkan nutrien untuk tumbuhan.
Sumber air bawah tanah spt akuifer / telaga artes/ oasis/ mata air.
Kawasan rekreasi / tracking spt kawasan pantai / gunung.

KESAN ALAM SEKITAR / PERUBAHAN LANDSKAP AKIBAT PEMBINAAN EMPANGAN

Kepupusan pokok-pokok berharga kerana ditenggelami air.


Kemusnahan habitat haiwan liar.
Kemusnahan rantaian makanan binatang.
Banjir mudah berlaku apabila empangan pecah.
Proses sungai balik muda berlaku di hulu sungai kerana pemendapan yang banyak.
Pemandangan kawasan yang digenangi air / paya.

PENEROKAAN SUMBER AIR

Kawasan Gurun:
Telaga artes dan akuifer + cth lokasi
Penyahgaraman air laut +cth lokasi.
Empangan di wadi / sungai + cth lokasi.
Simpanan air dalam tangki + cth lokasi.
Kawasan Lain:
Empangan di sungai + cth lokasi.
Air dalam tangki + cth lokasi.
Telaga + cth lokasi.
Diusahakan oleh Syarikat swasta + cth / agensi kerajaan spt. JBA.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGGALAKAN PENGELUARAN KUASA ELEKTRIK HIDRO

Hujan lebat melebihi 2030 mm setahun.


Hujan lebat sepanjang tahun.
Terdapat banyak anak sungai yang menyumbang air +cth sungai.
Hutan yang luas = Kawasan tadahan air yang luas + cth hutan.
Kawasan hutan yang padat - mengurangkan hakisan dan dapat mengurangkan pemendapan di
empangan.
Terdapat batuan tidak telap air di kawasan empangan.
Kawasan bergunung-ganang yang kurang penduduk.
Permintaan yang tinggi dari kawasan perindustrian / petempatan.
Modal yang besar dari kerajaan / swasta..
Kemasukan teknologi canggih dari luar negara.
Kepakaran / buruk mahir dari dalam / luar negeri.

20
SUDUT BIOLOGI

Malaysia adalah salah satu dari 12 kawasan mega-biodiversiti di dunia di mana ianya
dikenali dengan kekayaan spesis dan ekosistem yang pelbagai. Lebih dari 15,000
tumbuhan bunga telah didapati, 1,500 binatang vertebrata dan 150,000 haiwan
inverterbrata boleh didapati di seluruh Malaysia. Walaupun jumlah bilangan tumbuhan
dan spesis haiwan vertebrata darat adalah tidak seberapa banyak seperti di 4 buah
negara lain di Asia Timur, namun Malaysia mempunyai bilangan yang terbanyak dari
segi jumlah spesis per kilometer persegi. (Rajah 1.1).

Kekayaan kepelabgaian spesis ini adalah sumber yang penting untuk pembangunan
Malaysia dan juga untuk seluruh dunia amnya sebagai tabiat semulajadi manusia, di
mana bilangan tumbuh-tumbuhan dan vertebrata yang terancam di Malaysia per
kilometer persegi adalah tertinggi berbanding 4 buah negara lain kecuali burung.
Peningkatan kawasan yang dilindungi adalah kecil di Malaysia tetapi penurunan
habitat perhutanan adalah besar berbanding dengan negara-negara Asian yang lain.

Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur (Sabah dan
Sarawak). Kekayaan spesis per kilometer persegi di Malaysia Timur (1.2/1000 km
persegi, mamalia darat) adalah tinggi daripada purata keseluruhan Malaysia
(0.87/1000 km persegi). Kekayaan biodiversiti Malaysia terdiri daripada habitat yang
pelbagai, terutamanya oleh hutan hujan tropika. Terdapat deretan hutan di Malaysia
termasuk Sabah, di mana ianya bersamaan dengan hutan hujan tropika di Jepun.
Tetapi hutan tersebut telah berkuarangan sebanyak 63% dari tanah persekutuan oleh
perubahan penggunaan tanah.

Rajah 1.1:
Kekayaan spesis dan tumbuhan serta vertebrata tinggi yang terancam di 4
buah negara di Timur Asia
Kaw. Tumbuhan Mammalia Burung Reptilia
(1000 Dikenali/
Negara No. No./1000 No. No./1000 No. No./1000 No. No./1000
km Terancam
pers) Spesis km pers Spesis km pers Spesis km pers Spesis km pers
Dikenali 15,000 45.5 286 0.87 736 2.23 268 0.81
Malaysia 330
Terancam 522 1.58 23 0.07 35 0.11 12 0.04
Dikenali 20,000 10.5 515 0.27 1519 0.80 511 0..27
Indonesia 1,900
Terancam 70 0.07 49 0.03 135 0.07 13 0.01
Dikenali 8,000 26.6 166 0.55 395 1.32 193 0.64
Filipina 300
Terancam 159 0.53 12 0.04 39 0.13 6 0.02
Dikenali 30,000 3.1 394 0.041,100 0.12 282 0.03
China 9,600
Terancam 350 0.04 40 0.004 83 0.01 7 0.0007

Sumber data: Spesis yang dikenali di Malaysia known species = MOSTE (1997),
negara-negara lain dan spesis yang terancam = IUCN (1992)

Penurunan kadar hutan di Sabah adalah yang tertinggi di tiga buah kawasan di
Malaysia, manakala peratus kawasan yang dilindungi berbanding dengan kawasan
negeri adalah kurang dari di Semenanjung Malaysia, tetapi tanaman kelapa sawit
21
adalah bertambah dengan pesatnya (Rajah 1.2, Table 2.1-3). Pemuliharaan
biodiversiti dan ekosistem di Sabah adalah masalah utama yang perlu diselesaikan
untuk pembangunan mapan Malaysia.

Rajah 1.2:
Hutan lembap tropika (asli dengan kawasan yang tinggal) dan kawasan
yang dilindungi di Malaysia
Kaw. yg.
Keadaan hutan lembap tropika
dilindungi#
Lebih kurang
Hutan
Jum. Kaw. kaw. hutan
Kaw. lembap Kaw.
(km pers) lembap tropika % yg %
tropika (lebih
yang tinggal Negeri
sekarang krg)
ditutup(km
(km pers.)
pers.)
Sabah 73,711 70,000 36,000 51 3,900 5.2
Sarawak 124,449 130,000 94,670 79 2,600 2.1
Peninsular 131,573 120,000 69,780 54 7,400 5.6
Total 329,733 320,000 200,450 63 13,900 4.2

Sumber data: IUCN (1992) dan MOSTE (1997)


#Nota: Taman Negara, Hidupan Liar dan Sanktuari Burung (sumber: Thang, 1991)

Walaupun Malaysia adalah sebuah nagara yang kaya dengan biodiversiti, terdapat
bilangan yang besar spesis-spesis yang diancam seperti yang telah disebutkan di
atas. Definasi spesis yang diancam adalah agak rumit oleh kerana penilaian yang rapi
adalah amat sukar terutama untuk tahap ancaman, serta situasi diancam secara
global (atau terbiar) adalah berlainan untuk spesis-spesis tertentu. Rajah 1.3
menunjukkan endemik spesis, haiwan yang diancam dan tumbuh-tumbuhan yang
tersenarai di IUCN-RDB dan spesis yang dilindungi di Malaysia. Data mengenai
tumbuh-tumbuhan adalah endemik di Borneo. Bilangan spesis yang dilindungi dan
endemik juga adalah besar di Sabah.

Rajah 1.3:
Spesis endemik dan spesis yang dilindungi di Malaysia
Spesis yang dilindungi oleh perundangan
negeri
Bil. Spesis IUCN-
Taxon Sabah
Spesiss Endemik RDB
Peninsular Dilindungi Sarawak
dilindungi
sepenuhnya
Tumbuhan 15,000 746 510 nd 4 13 nd
Mammalia 286 27 42 5 6 65 6
Burung 736 11 34 495 131 8 8
Reptilia 268 69 14 1 3 7 3
Amfibian 158 69 0 0 0 0 0

22
Sumber data: 1. MOSTE (1997), 2) Japan Wildlife Research Center (1990), 3) Sabah
Wildlife Dept., 4) in 2,830 woody species (MOSTE, 1997)
Nota: Perundangan Negeri; Semenanjung = perlindungan Akta Hidupan Liar, Sabah =
Perlindungan Haiwan dan Burung, Sarawak = Perlindungan Hidupan Liar

Malaysia ialah salah sebuah daripada 12 negara 'megakepelbagaian' di dunia. Semua


negara ini mempunyai sekurang-kurangnya 60 peratus daripada spesies yang diketahui
dunia,
Flora Malaysia saja mengandungi lebih kurang 12,500 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga
dan lebih daripada 1,000 spesies paku pakis. Kebanyakan daripadanya sangat unik dan
tidak ditemui di mana-mana tempat lain di dunia.

(sumber: Estidotmy, Utusan Malaysia)

Pelihara semua spesies

Oleh Zaini Hassan (Yang membuat liputan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di
Persidangan Antarabangsa Biodiversiti: Sains dan Urus Tadbir di Paris, 24 Januari 2005).

Biodiversiti atau kepelbagaian biologi? Satu istilah yang jarang-jarang diguna pakai dalam masyarakat kita.
Semua kita mungkin faham mengenai biologi - pengajian yang berkaitan dengan organisma atau perkara-
perkara hidup. Menurut sarjana dari universiti tersohor, Universiti Havard, Amerika Syarikat, Edward O.
Wilson ``di dalam mulut kita sahaja ada 600 spesies bakteria (kuman baik dan kuman jahat).'' Kuman-kuman
ini hidup `bersatu-padu' mulai jasad kita dibentuk sehinggalah kita mati.

Tapi menurut ahli biologi itu, fokus sekarang bukan kepada biodiversiti itu sendiri yang wujud di sekeliling
kita, tetapi ancaman yang sedang dialaminya. Beliau memberi andaian jika ada di antara 600 spesies (jenis)
bakteria ini mati (secara sengaja atau tidak), pupus (terpupus dan dipupuskan) - atau hilang dari ruang mulut
kita itu, apa akan jadi kepada sistem mulut kita?

Ada rakan yang mendengar syarahan Wilson - sementara menunggu ucaptama Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi di Persidangan Antarabangsa `Biodiversiti: Sains dan Urus Tadbir' di bandar raya
romantis ini Isnin lalu - bergurau `jikalah satu spesies itu pupus, mungkin mulut kita akan berbau wangi
selama-lamanya.'

Mungkin juga wangi? Atau mungkin juga busuk selama-lamanya! Menurut Wilson, mungkin apa akan
terjadi `saintis belum menemui jawapannya'.

Senario itu hanyalah apa yang berkaitan dengan mulut kita. Sistem bakteria yang ada itu telah dibentuk atas
asas yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Tiada siapa yang mempersoalkan ketetapan itu.

Bagaimanapun, akibat perbuatan manusia - yang tamak, yang tidak peduli, tidak endah, tidak menghormati
kehidupan makhluk-makhluk hidup lain yang menumpang hidup dengan kita, hatta batu-batu karang di laut
23
sekali pun dimusnahkan, menyebabkan imbangan biodiversiti di alam ini mulai berubah sedikit demi sedikit.
Unsur-unsur organisma yang hidup bersama dalam kehidupan manusia dan hidupan-hidupan lain sedang dan
telah diancam kepupusan.

Batu-batu karang, yang kononnya kita kata cantik, dan terpaksa mengambil masa berpuluh-puluh tahun
untuk hidup matang, dibunuh dengan pelbagai cara. Di perairan Sabah, kegiatan mengambilnya untuk dijual
atau kemusnahan akibat aktiviti pengeboman ikan begitu menakutkan sekali.

Dijangka dalam tempoh beberapa dekad lagi batu-batu karang yang dibentuk oleh organisma lautan ini akan
pupus selama-lamanya. Jika kita bandingkan dengan mulut kita tadi, kepupusan satu spesies kelautan ini
akan memberi kesan kepada sistem ekologi dalam laut secara keseluruhan.

Orang tua-tua pernah berpesan, jika tidak pandai berenang, jangan berumah di tepi pantai. Jika laut
mengganas - tanpa punca yang munasabah - mungkin lautnya akan mengganas. Kita tidak tahu, tetapi
kesannya sedikit sebanyak telah dapat dilihat dengan mata kasar. Kiamat kecil, tsunami yang datang
bergulung-gulung, (mungkin) juga boleh dikaitkan akibat ketidakseimbangan sistem ekologi dasar laut?

Kemusnahan hutan tropika kita yang dihapuskan demi menampung perut manusia sekali gus melenyapkan
separuh spesies-spesies yang hidup di muka bumi ini. Pelbagai jenis organisma yang ada antaranya tidak
(sempat) dikenali oleh para saintis, terhapus. Tuhan telah menciptanya (ada spesiesnya) untuk membantu
mengubati pelbagai jenis penyakit kompleks manusia. Tapi disebabkan sikap kita yang tidak menghargai
spesies lain, kita tidak mengendahkan kewujudan mereka.

Spesies-spesies ini mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar kita, atau daun-daun pokok yang pada
pandangan kita sama sahaja. Semuanya hijau pada mata kita sudah tiada nilai.

Kita tidak pernah berfikir semasa memusnahkannya bahawa mungkin ada spesies pokok hutan di Hutan
Pergau, Jeli, yang ditebang atas nama ekonomi dan pembangunan, mempunyai penawar untuk AIDS, kusta
atau vaksin selesema burung?

Pernahkah kita mengimbau kembali pendidikan sains yang kita pelajari di bangku sekolah dulu mengenai
proses fotosintesis pokok-pokok ini. Fungsinya ialah menyerap gas-gas jahat dalam alam sekitar manusia,
karbon monoksida, bagi membebaskan oksigen kepada kita semua.

Oksigen yang kita sedut, sebahagian besarnya, datang daripada pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan ini.
Allah s.w.t. telah mencipta semua ini dengan begitu terperinci sekali. Semua jasad di alam ini bantu
membantu antara satu sama lain untuk hidup.

Tetapi, kita tidak pernah berfikir mengenai perkara ini, sehinggalah negara-negara Barat yang telah melihat
ancaman awal mengenai kesannya, akibat ketamakan nenek moyang mereka terdahulu, mengambil inisiatif
untuk membincangkan perkara ini.

Mungkin, kita akan berkata ``ahh peduli apa, di negara mereka hutan pun dah tak ada, sekarang nak ajar kita
pula (supaya jangan tebang pokok)''. Mungkin ia benar, tetapi sejarah mungkin akan berulang kepada kita
pula.

Sebenarnya, tangki oksigen dunia berada di dalam tangan kita - negara-negara sedang membangun ini.
Pokok-pokok hutan kita masih boleh menampung bekalan oksigen dunia. Disebab itulah terlalu banyak
rayuan daripada saintis-saintis dan penyelidik Barat yang menggesa supaya kita mengawal tindakan kita
menebang dan meratakan hutan untuk pembangunan.

24
Di Paris ini, sudah tiada lagi hutan. Semuanya terlalu rata. Yang ada hanyalah ladang-ladang kentang dan
gandum yang terbentang terlalu luas. Dulu, beberapa ratus tahun lalu, muka buminya hutan, tapi kita sudah
tiada.

Di Malaysia, kita masih bernasib baik. Hargailah hutan kita. Jangan tebang sewenang-wenangnya untuk
tujuan komersial yang keterlaluan. Hutan Bukit Cahaya Seri Alam di Shah Alam, ialah satu-satunya hutan
kekal di Lembah Klang. Malangnya, dikelilingnya, kerajaan Selangor telah `menyerahkan' kepada syarikat-
syarikat swasta untuk mengaut untung beratus-ratus juta ringgit.

Di lereng-lereng bukit sepanjang jalan baru ke Meru-Puncak Alam, semuanya telah binasa. Pembangunan
tidak seimbang - tanpa diambil peduli oleh pihak berkuasanya - bakal memusnahkan sistem ekologi dan
aliran air di situ. Jika beberapa bulan lalu ada papan tanda, kawasan itu ialah laluan tenggiling dan tapir. Kini
hanya tinggal papan tanda sahaja.

Di kedua-dua belah kawasan itu, antara jalan itu, telah rata - tinggal tanah merah. Tidak pasti ke mana
perginya tapir dan kumpulan generasinya - mungkin semuanya sudah mati. Tsunami jentera-jentera berat
bermaharaja lela membunuh mereka dan alam haiwan itu semua!

Kerajaan Selangor, yang sepatutnya menjadi custodian kepada sistem eko ini tidak mengendahkannya.
Sepatutnya rumah-rumah yang hendak dibina, diberi syarat supaya dibina dalam bentuk asal muka bumi dan
dalam hutan di situ, bukan ditarah dan dilukakan sewenang-wenangnya. Punca air dan tasik-tasik dikambus
untuk memaksimumkan keuntungan setiap inci tanah yang mahu dijual.

Senario ini hanyalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan kemusnahan yang sedang berlaku dalam
bentuk perlahan-lahan dan pantas. Aliran air bawah tanah, di ladang-ladang kelapa sawit mulai dicemarkan
dengan pelbagai jenis racun-racun serangga.

Racun-racun ini meresap dalam sistem air yang kita minum. Bayangkanlah ancamannya kelak kepada
kehidupan manusia. Mungkin kita tidak nampak, kerana kita tidak pernah sedar.

``Kerajaan akan menumpukan kepada pendidikan mengenai biodiversiti dan ancamannya kepada manusia,''
kata Abdullah kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan ucaptamanya di persidangan ini.

Rakyat kita, katanya harus mengetahui mengenai apa itu kepelbagaian biologi ini dan kesan-kesannya secara
langsung dan tidak kepada kehidupan kita.

Presiden Perancis Jacques Chirac dalam ucapannya di persidangan itu berkata: ``Perubahan sikap dan
tindakan terhadap alam sekitar dan kepelbagaian biologi sedang diambil berat oleh setiap orang. Kami akan
menggalakkan lagi sikap itu dengan mendidik kepada generasi akan datang. Tahun ini, pendidikan mengenai
alam sekitar akan dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah Perancis. Kami akan pastikan pendidikan ini
disebarkan seluas-luasnya kepada orang awam.''

Pendidikan. Ia adalah satu cara terbaik untuk menyedarkan rakyat kita yang rata-rata masih `buta' mengenai
soal alam sekitar dan soal kepelbagaian biologi ini. Kerajaan harus mengambil langkah yang sama
memperkenalkan mata pelajaran alam sekitar dan mengenai soal biodiversiti di dalam sistem pendidikan
kita.

Pengertian Keanekaragaman hayati

25
Keanekargaman hayati adalah total keseluruhan gen, spesies dan ekosistem dalam suatu daerah.
Kekayaan kehidupan bumi yang ada sekarang ini merupakan hasil proses evolusi berjuta-juta tahun.
Melewati masa tersebut, kebudayaan manusia telah berkembang dan telah menyesuaikan diri dengan
lingkungan setempat dengan menemukan, menggunakan dan merubah keanekaragaman hayati di sekitarnya.
Banyak areal-areal yang sekarang nampak alamiah (natural) sebenarnya merupakan hasil dari ribuan tahun
kebudayaan manuasia, budidaya tanaman serta pemungutan hasil alam. Pemeliharaan dan pemuliaan varietas
lokal juga lebih jauh telah membentuk keanekaragaman hayati.

Pada dasarnya keanekaragaman hayati dapat dikelompokkan kedalam tiga katagori:

1. Keanekargaman gen (genetic diversity)


2. Keanekaragaman spesies (spesies diversity)
3. Keanekaragaman ekosistem (ecosystem diversity)

Keanekaragaman Gen

Keanekaragaman gen menunjukkan kepada variasi gen dalam suatu spesies, yaitu perbedaan-perbedaan
yang terdapat dalam suatu spesies yang sama, misalnya keragaman gen yang terdapat pada ratusan varietas
tradisional padi India. Sampai sekarang, tolok ukur keanekaragaman hayati telah dipakai terutama untuk
memelihara spesies dan populasi pada kebun-kebun botani, disamping itu juga dipakai untuk spesies-spesies
liar di alam.

Keanekaragaman Spesies

Keanekaragaman spesies menunjukkan kepada keragaman spesies dalam suatu daerah. Keragaman seperti
ini dapat diukur dengan banyak cara, para ilmuan tidak membuat suatu tolok ukur tunggal. Jumlah spesies
dalam suatu daerah sering digunakan sebagai tolok ukurnya, namun tolok ukur yang lebih tepat adalah
keanekaraman secara taksonomi (taxonomic diversity) yang mempertimbangkan hubungan antar spesies
dalam suatu daerah.

Keanekaragaman Ekosistem

Keanekaragaman ekosistem meliputi total keseluruhan keanekaragaman spesies maupun keanekaragaman


gen yang terdapat pada daerah yang tergabung dalam suatu ekosistem tertentu. Keanekaragaman ekosistem
dapat diukur dari jumlah spesies, distribusi dan bentuk interaksi di dalam komunitas ataupun ekosistem
secara nasional maupun daerah tertentu suatu negara. Beberapa usaha juga telah mencoba membuat
klasifikasi keanekaragaman ekosistem secara global, seperti keanekaragaman ekosistem daerah tropis.

Pengelolaan keanekaragaman hayati tidak cukup hanya mempertimbangkan keanekaragaman gen, spesies
maupun ekosistem. Namun untuk membuat suatu managemen khusus dan kebijaksanaan tertentu, maka
bentuk dan fungsinya pada keanekaragaman kebudayaan suatu masyarakat sangat penting untuk dilibatkan.

Keanekargaman Kebudayaan (Cultural Diversity)

Kenaekaragaman kebudayaan dicerminkan oleh bahasa, agama, kepercayaan, seni, musik, praktek
pengelolaan tanah, seleksi tanaman, diet, struktur sosial dan beberapa attribut sosial masyarakat.

26
Ke arah melaksanakan pertanian ekologi
Berita Harian, 12 Nov 2002
Oleh Junita Mat Rasid

SEKTOR pertanian hari ini menghadapi cabaran serius untuk meningkatkan hasil bagi memenuhi
keperluan makanan selaras dengan populasi penduduk. Hasil pertanian perlu sentiasa
ditingkatkan dan pada masa yang sama kita perlu memastikan sumber alam semula jadi tidak
dieksploitasi secara keterlaluan yang boleh menyebabkan kerosakan.Bagaimana, proses
meningkatkan pengeluaran pertanian yang diamalkan sentiasa terdedah kepada kerosakan habitat
sehingga menyebabkan pelbagai spesies musnah.Di negara ini, dalam tempoh 1955 hingga 2000,
pengeluaran makanan meningkat 2.6 peratus setahun, berbanding keperluan makanan meningkat
antara 6 hingga 7 peratus setahun.

Bagaimanapun peningkatan kegiatan pengeluaran pertanian seperti yang diamalkan di


kebanyakan negara di dunia, menimbulkan ancaman kepada sebahagian besar sistem ekologi
semula jadi.Pertanian tidak boleh dihentikan tetapi jika polisi pertanian yang diamalkan sekarang
tidak diubah, tidak mustahil biodiversiti akan musnah dalam tempoh 50 tahun akan datang.

Hari ini biodiversiti terancam dan mungkin pupus kerana kegiatan manusia sendiri. Walaupun
Malaysia adalah antara negara di dunia yang kaya dengan biodiversiti, tanpa pengurusan
sistematik dan kesedaran semua pihak, biodiversiti akan musnah begitu saja.

Bidang ini perlu ada keseimbangan antara usaha untuk memulihara biodiversiti yang selalu
dilaung-laungkan negara maju dengan hak negara membangun yang kaya dengan khazanah ini
untuk menggunakan secara mapan.

Biodiversiti merujuk kepada unsur semula jadi yang meliputi haiwan, tumbuhan dan mikro
organisma yang membantu sistem ekologi. Ia membantu mengekalkan kepentingan
keseimbangan atmosfera bumi, melindungi tadahan air, memperbaharui tanah dan mengitar
semula nutrien.

Kepentingan biodiversiti tidak dapat dinafikan, malah di sesetengah kawasan yang mempunyai
jumlah biodiversiti yang sedikit seperti di gurun, kehadiran beberapa spesies di kawasan itu
masing-masing mempunyai peranan penting kepada semua hidupan di kawasan itu.

Penyelidik Pemodelan Ekologi Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula
Jadi di Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), Dr Mohd Norowi
Hamid, berkata haiwan termasuk serangga sebenarnya membantu produktiviti tumbuhan, selain
menyumbang kepada kesuburan tanah dan mengatur populasi serangga perosak.

Katanya, tumbuhan serta rumput pula membantu memastikan sumber air bersih dan mengawal
banjir, manakala mikro organisma memainkan peranan mengurai bahan organik termasuk
membentuk tanah, membantu pergerakan udara dan air serta memusnahkan serangga perosak.

Banyak kajian mendapati ada langkah yang boleh dijalankan untuk mengendalikan pewujudan
bersama antara hidupan alam sekitar dan pertanian. Dr Mohd Norowi berkata, serangga turut
menyumbang kepada ekologi, tanpanya fungsi ekosistem mungkin tidak seimbang.

“Serangga adalah antara binatang yang mula memproses tumbuhan kepada protein dan
menyediakan makanan dalam rantai makanan dan turut bertindak sebagai ejen kitar semula.
“Malah serangga turut membantu meningkatkan tahap kesuburan tanah dan menjadi ejen
pengawalan biologi serta ejen pendebungaan,” katanya.Katanya, tanpa pengurusan sempurna,
27
pertanian akan menghapuskan habitat hidupan liar.

Beliau berkata, kehilangan habitat yang disebabkan pembangunan pertanian dan perubahan
tanah pertanian menjadi bandar dikenal pasti sebagai ancaman moden yang serius terhadap
pengekalan biodiversiti.Katanya, separuh daripada hutan, kawasan tropika digunakan untuk
pembangunan, manakala lebih satu pertiga padang rumput dan savana turut digunakan untuk
kegiatan pertanian.

Di Asia Tenggara, penggunaan tanah pertanian meningkat 11 juta hektar tanah dalam tempoh
1980-an hingga awal 1990-an dengan kebanyakannya adalah tanah hutan yang diterokai.
Selain itu pertanian turut menyebabkan pencemaran bahan kimia yang akhirnya boleh
mengurangkan biodiversiti.Setiap tahun, negara membelanjakan kira-kira RM300 juta untuk racun
serangga dengan 75 hingga 85 peratus daripadanya adalah racun rumpai. Kebanyakan daripada
racun serangga ini menyumbang kepada hasil tanaman.

“Dianggarkan separuh daripada pengeluaran gandum akan musnah jika petani tidak
menggunakan racun serangga.

“Malangnya, kebanyakan racun serangga juga mempunyai kesan buruk terhadap biodiversiti,
sama ada melalui racun kimia oleh haiwan atau melalui pencemaran air dan habitatnya,” katanya.
Sisa racun serangga boleh mengganggu hidupan dalam air dan pesisiran pantai, termasuk batu
karang, hutan paya bakau dan rumpai laut. Pertanian perlu diuruskan dengan baik bagi melindungi
biodiversiti, nilai habitat dan pada masa sama menyediakan bekalan makanan serta pendapatan
kepada penduduk.

Pengurusan ekosistem yang dijalankan dengan gabungan strategi untuk menyediakan sumber
makanan dan pada masa sama melindungi haiwan boleh menjadi langkah berkesan pengekalan
biodiversiti. Pertanian berasaskan ekologi adalah sistem pertanian yang tidak bergantung
sepenuhnya kepada bahan kimia, sebaliknya menggunakan tindak balas ekologi sedia ada untuk
meningkatkan produktiviti dan perlindungan. Melalui pengurusan kegunaan biodiversiti ini, dunia
tidak perlu lagi bergantung sepenuhnya kepada bahan kimia.

Sebagai pusat mega biodiversiti, Malaysia mempunyai banyak pilihan ejen biologi yang lebih
selamat digunakan termasuk bakteria, tumbuhan, haiwan dan bahan galian.

Ejen biologi secara amnya mempunyai sasaran yang terhad dan mekanisme tindak balas yang
khusus untuk menghapuskan perosak.

Ada tiga jenis ejen biologi bagi mengawal makhluk perosak iaitu ejen tumbuhan, biokimia dan
mikrob. Ejen tumbuhan dihasilkan daripada bahan biak baka yang dimasukkan dalam sesuatu
pokok.

Ejen biokimia pula adalah bahan asli yang mempunyai mekanisme tindak balas tidak bersifat
toksik, manakala ejen mikrob terdiri daripada bakteria, kulat, virus dan protozoa sebagai bahan
aktif.

Pertanian organik adalah antara pertanian ekologi yang bergantung kepada sumber semula jadi
untuk meningkatkan hasil pertanian dan pemprosesan makanan.

Dr Norowi berkata, antara strategi mewujudkan dasar pertanian ekologi ialah dengan
mengurangkan kemusnahan habitat melalui peningkatan produktiviti pertanian dan pengekalan
tanah pertanian sedia ada.
28
Katanya, jika produktiviti ditingkatkan, keperluan untuk membuka kawasan pertanian baru
menurun dan secara tidak langsung mengelak daripada pemusnahan habitat biodiversiti.

Selain itu, katanya, penyediaan sebahagian kecil kawasan pertanian bertujuan mengekalkan
habitat tumbuhan dan haiwan sedia ada turut menyumbang kepada pertanian ekologi.

Sebagai contoh, katanya, negara Eropah turut memberikan bayaran kepada petani yang
mengekalkan habitat semula jadi di ladang mereka.

Beliau berkata, kita juga perlu melindungi lebih banyak kawasan berhampiran tanah pertanian
yang mengekalkan habitat asal kerana ia boleh bertindak meningkatkan produktiviti pertanian,
selain menjadi kawasan tadahan hujan.

Pelaksanaan kaedah pertanian yang mengurangkan pencemaran perlu diamalkan bagi


mewujudkan pertanian ekologi.

Sistem pertanian intensif melalui penggunaan racun serangga dan baja boleh meningkatkan hasil
tetapi penggunaan yang berlebihan tanpa pengurusan cekap boleh menyebabkan pencemaran
alam sekitar melalui sisa penggunaan racun dan baja.

Contohnya di Wilayah Yunnan, selatan China, petani berjaya mengurangkan penggunaan racun
serangga melalui penanaman pelbagai jenis padi dalam satu kawasan yang boleh mengawal
masalah penyakit.

Kajian menunjukkan melalui kaedah itu membantu mencegah penyakit dan secara tidak langsung
meningkatkan hasil sehingga 89 peratus.

Peningkatan kaedah pengurusan sumber semula jadi juga membantu banyak spesies liar yang
berbeza hidup. Contohnya kaedah pembalakan yang baik akan mencegah kerosakan dan
meningkatkan pokok yang ada terus hidup.

Pertanian berasaskan ekologi menyediakan garis panduan untuk membangunkan kepelbagaian


kaedah yang memberikan kelebihan kepada kesan gabungan tumbuhan dan haiwan biodiversiti.

Pertanian ekologi berupaya meningkatkan ekonomi dan mengekalkan agrosistem melalui sistem
pengurusan yang selaras dengan keadaan alam sekitar dan sosio ekonomi.

Dalam strategi pertanian berasaskan ekologi ini, komponen pengurusan mementingkan


pengekalan dan perkembangan sumber pertanian seperti tanah, fauna, tumbuhan dan biodiversiti
dengan menitikberatkan kaedah pembangunan yang menggalakkan petani turut bekerjasama
menjalankan kegiatan pertanian yang selaras dengan keperluan sosio ekonomi dan keadaan alam
sekitar.

Peningkatan kesedaran di kalangan orang ramai dan masyarakat mengenai isu biodiversiti penting
dengan setiap orang mempunyai tanggungjawab untuk menghormati kewujudan makhluk di dunia,
di samping mengurangkan tindakan yang boleh merosakkan alam sekitar kerana setiap organisme
mempunyai fungsi tersendiri dan saling berkait rapat dalam memastikan dunia ini terus sejahtera.

Tidak salah jika masyarakat turut menghormati alam sekitar yang menyumbang kepada
kesempurnaan kehidupan.

29
Biodiversiti berpotensi untuk dimajukan, misalnya, tumbuh-tumbuhan dan mikro organisme jadi
produk berguna seperti ubat-ubatan dan produk industri.

Biodiversiti berfungsi penting dalam memastikan alam sekitar di sesebuah negara atau tempat itu
terus stabil dan tidak tercemar.

Contohnya, dengan adanya hutan yang dijaga baik, kita juga dapat memperoleh sumber air bersih
di samping memastikan udara bersih dan suhu panas tidak meningkat secara mendadak.

Biodiversiti yang diurus secara baik juga boleh mendatangkan pendapatan tinggi kepada negara.
Sebagai contoh, hasil balak yang diuruskan secara mapan, ikan di laut yang terus boleh ditangkap
oleh nelayan serta tumbuh-tumbuhan, mikro organisme yang berpotensi dijadikan bahan industri
atau ubat-ubatan.

Langkah pemuliharaan alam sekitar harus dijalankan dengan rasional dan pragmatik iaitu
mengambil kira kemampuan dan juga kepentingan sesebuah negara.

Tidak dinafikan negara perlu meningkatkan pembangunan demi kepentingan ekonomi tetapi
khazanah alam semula jadi perlu dipulihara demi kepentingan bersama dan warisan untuk
generasi akan dating

---------------
Gas rumah hijau

Protokol Kyoto

From Wikipedia
Jump to: navigation, search

Protokol Kyoto bermatlamat mengurangkan pembebasan gas rumah hijau yang mengancam dunia

Protokol Kyoto ialah persetujuan dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan
Iklim(UNFCCC), yang diterima sejagat tentang perihal pemanasan global. Negara-negara yang bersetuju
untuk melaksanakan protokol ini di negara masing-masing berkomitmen untuk mengurangkan pembebasan
gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain, atau bekerjasama dalam perdagangan kontrak
pembebasan gas jika mereka menjaga jumlah atau menambah pembebasan gas-gas tersebut, yang menjadi
punca gejala pemanasan global.

Jika berjaya dilaksanakan, Protokol Kyoto berupaya menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02°C dan
0.28°C setahun sehingga tahun 2050. (sumber: Nature, Oktober 2003)

Nama rasmi protokol ini ialah '"Kyoto Protocol to the United Nations Framework Convention on Climate
Change (Protokol Kyoto dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim). Protokol
ini telah dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997, dibuka untuk penandatanganan pada 16 Mac
1998 dan ditutup pada 15 Mac 1999. Persetujuan ini mula berkuat kuasa pada 16 Februari 2005 setelah
pengesahan rasmi dilakukan oleh Rusia pada 18 November 2004.

[Sunting]

30
Detail Protokol

Menurut kenyataan media Program Alam Sekitar PBB:

Protokol Kyoto merupakan persetujuan sah oleh negara-negara perindustrian bahawa mereka akan
mengurangkan pembebasan gas rumah kaca mereka secara kolektif sebesar 5.2% berbanding tahun 1990
(tetapi jika dibandingkan dengan jumlah pengurangan pembebasan gas rumah hijau jika tidak wujud protokol
ini, pada tahun 2010, ialah kira-kira 29%). Enam gas rumah kaca itu ialah karbon dioksida, metana, nitrus
oksida, sulfur heksafluorida, kloroflurokarbon/CFC, dan perfluorokarbon/PFC. Manakala tahap pengurangan
pembebasan gas rumah kaca mengikut zon pula diperkirakan 8% untuk Eropah, 7% untuk Amerika Syarikat,
6% untuk Jepun, 0% untuk Rusia, dan penambahan yang diizinkan sehingga 8% untuk Australia dan 10%
untuk Britain.

Protokol Kyoto ialah protokol kepada Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan Iklim (UNFCCC),
yang ditubuhkan semasa Sidang Kemuncak Bumi di Rio de Janeiro pada 1992. Hanya pihak yang bersekutu
dalam UNFCCC berpeluang menandatangani atau mengesahkan Protokol Kyoto.

Sebahagian besar ketetapan Protokol Kyoto terlebih dahulu dikuatkuasakan oleh negara-negara maju yang
disenaraikan dalam Annex I oleh UNFCCC (kerana negara-negara maju yang paling banyak membebaskan
gas-gas rumah kaca).

[Sunting]

Status Persetujuan

Pada Februari 2005, iaitu ketika protokol ini mula berkuat kuasa, protokol ini telah disahkan dan diterima
pakai oleh 141 buah negara, yang mewakili 61% dari seluruh jumlah pembebasan gas rumah kaca.
Sebenarnya, negara-negara berkenaan tidak perlu menandatangani apa-apa persetujuan untuk
mengesahkannya: penandatanganan hanyalah suatu acara simbolik/rasmi (ceremonial). Senarai terbaru pihak
yang telah menerima pakai protokol ini ada di sini: [1].

Menurut syarat-syarat persetujuan protokol, protokol mula berkuat kuasa "pada hari ke-90 selepas
tercapainya persetujuan 50 buah negara peserta UNFCCC, termasuklah pihak yang disenaraikan dalam
Annex 1 yang bertanggungjawab membebaskan tidak kurang daripada 55% daripada jumlah gas rumah kaca
global pada 1990, yang telah menyatakan persetujuan, pengesahan, penerimaan, atau penyertaan"
Persetujuan 50 buah negara telah berjaya dicapai pada 23 Mei 2002 ketika Britain menerima pakai protokol
ini. Penyertaan Rusia pada 18 November 2004 memenuhi syarat "55%" tadi sekali gus menetapkan tarikh
berkuatkuasanya protokol ini, iaitu pada 16 Februari 2005.

Kadar pembebasan gas karbon dioksida sedunia antara tahun 1800-2000


[Sunting]

Status Terkini Protokol

Hingga Februari 2005, 141 buah negara telah mengguna pakai protokol tersebut, termasuk Kanada, China,
India, Jepun, New Zealand, Rusia dan 25 negara anggota Kesatuan Eropah, serta Romania dan Bulgaria.

Ada enam negara yang telah menandatangani protokol ini namun belum mengguna pakai protokol itu. Tiga
antaranya ialah negara-negara Annex I:

 Australia (dikatakan tidak berminat untuk turut serta)


31
 Monaco
 Amerika Syarikat -- AS, pengeluar terbesar gas rumah kaca, juga tidak berminat menerima protokol
ini.

Negara-negara berikut masih belum menyatakan persetujuan: Croatia, Kazakhstan, dan Zambia.

Sikap Amerika Syarikat yang tidak bersetuju dengan protokol ini dikatakan akan menjejaskan pelaksanaan
dan matlamat protokol ini, dalam jangka masa panjang, dan seterusnya menyebabkan usaha-usaha
mengurangkan kehadiran gas rumah kaca dalam atmosfera menemui jalan buntu.

Diperolehi daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Protokol_Kyoto"

Jerebu Melanda Lagi!...

JEREBU yang melanda Asia Tenggara pada Jun-Oktober 1997 telah meninggalkan kesan
buruk terbesar dalam sejarah pencemaran alam sekitar. Fenomena ini berpunca daripada
pembakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Dianggarkan 750,000 hektar
hutan terbakar. Kerugian ekonomi bagi negara-negara terbabit seperti Indonesia,
Singapura, Malaysia, Brunei, sebahagian Thailand dan Filipina bukannya sedikit. Semua
sektor pengangkutan udara, darat dan air, pembinaan, pelancongan, perhutanan dan
pertanian terjejas teruk. MALAYSIA mengalami kerugian sebanyak 34 bilion ringgit dari
sektor pertanian dan perlancongan sahaja. Ini tidak termasuk lain-lain sektor. Kesihatan
manusia juga telah terjejas, dianggarkan lebih 20 juta penduduk di rantau ini dikatakan
mengalami penyakit berkaitan pernafasan sepanjang kejadian itu.

Secara ringkasnya jerebu mengambarkan satu keadaan di mana mutu persekitaran kita,
khususnya udara sudah tercemar. Udara yang dihirup saban hari tidak lagi senyaman
biasa, tetapi dipenuhi dengan berbagai debu, habuk dan juga bahan-bahan kimia yang
terapung dan berterbangan di udara. Bahan-bahan tersebut dikenali juga sebagai partikel-
partikel kecil yang dapat membiaskan cahaya suria menyebabkan jerebu terjadi. Kesan
daripada jerebu ini akan menjejaskan jarak penglihatan terutamanya dalam industri
pengangkutan dan yang paling penting kesan kepada kesihatan manusia.

Bulan lalu, Jerebu melanda lagi….di seluruh negara, sama seperti tahun-tahun yang lalu
dan pada setiap kali musim panas-kering tiba. Walaupun tidak seteruk tahun 1997, namun
Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan supaya semua pusat perubatan
bersiap sedia berikutan ramai penduduk datang mendapatkan rawatan.

Sarawak juga hampir mengistiharkan darurat jerebu apabila Indek Pencemaran Udaranya
menunjukkan kualiti udara yang tidak sihat. Dan sekali lagi pembakaran terbuka samada
hutan atau sisa pertanian negara jiran akan menjadi penyebabnya. Atau di Malaysia sendiri
kawasan-kawasan pertanian seperti di Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara, pembakaran
ini berkait dengan pembakaran jerami padi selepas penuaian. Dan sekali lagi laungan
kemerdekaan kita tidak mampu menghalang jerebu dari mencerobohi ruang udara kita.

Kesemua pihak di rantau Asia Tenggara sedar betapa pentingnya kerjasama alam sekitar
merentasi sempadan dan tindakan proaktif dalam menangani dan mencegah jerebu.
Beberapa pelan tindakan serantau dipersetujui dan ditanda tangani, namun jerebu
32
melanda lagi……dimanakah silapnya!. Semua rakyat Malaysia memahami dan bersimpati
dengan masalah dan kekurangan yang dihadapi oleh negara jiran dalam menangani
pembakaran terbuka dan isu jerebu ini. Namun suatu tindakan segera perlu dilakukan. Isu
jerebu bukan lagi isu sensitif sesebuah negara. Ia telah memberi kemudaratan kepada
kesihatan dan sosio-ekonomi negara tetangga.

Kita juga semakin bimbang dengan kekerapan perlepasan asap pembakaran tersebut yang
berkemungkinan melebarkan lagi “Awan Perang Asia” yang sedia ada dan sedang
meliputi ruang udara negara-negara di Asia Selatan, Selatan Cina dan Asia Tenggara.. Ia
dikatakan mampu mengancam berjuta-juta nyawa manusia. Mengikut laporan berita oleh
Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu (UNEP) pada Ogos lalu, Awan Perang Asia
yang ditemui melalui kajian lautan Hindi (INDOEX) hanya memfokus kepada kesannya ke
atas Asia Selatan sahaja, sedangkan kesannya di Asia Tenggara dan Asia Timur adalah
sama ataupun mungkin lebih teruk lagi.

Kita mengharapkan jalinan politik dan moral Negara-negara kaya agar dapat berkongsi
kepakaran teknologi tinggi mereka di samping bantuan keewangan kepada negara yang
kurang berupaya dalam meningkatkan mutu pertanian dan pembalakan tanpa menjejaskan
kualiti udara alam sekitar. Penguatkuasaan undang-undang larangan pembakaran terbuka
oleh negara yang terlibat perlu dilakukan secara bersungguh-sungguh. Pengusaha tanah
pertanian dan pembalakan perlu dipantau agar mereka tidak rakus mengaut untung tanpa
mangambil kira kesan pencemaran yang telah dilakukan. Kita tidak ingin melihat sebarang
undang-undang pun kelihatan seperti harimau kertas.

Sebagaimana yang diketahui umum kesan daripada jerebu ini boleh menyebabkan
berbagai gangguan kesihatan kepada manusia. Walaupun manusia mempunyai keupayaan
untuk menapis debu dan habuk daripada memasuki rongga tubuhnya, tetapi keupayaan itu
mempunyai batasannya tersendiri. Dalam keadaan yang agak teruk, tubuh kita turut
dicemari. Inilah sebabnya berbagai gangguan kesihatan berlaku apabila alam sekitar
dicemari, terutamanya bagi mereka yang sedang menghidapi penyakit asma. Antara
penyakit yang disebabkan oleh jerebu adalah asma, sesak nafas dan radang paru-paru.
Begitu juga halnya dengan mata apabila terdedah kepada jerebu, boleh menjadi berair dan
rengsa serta terasa pedih-pedih.

Pendidikan berterusan ke atas orang ramai perlu dilakukan dari peringkat kanak-kanak lagi
bagi menekankan betapa pentingnya kebersihan udara bebas jerebu dan kesedaran
bahawa pembakaran terbuka walaupun kecil dan di atas sebab apa sekalipun samada
pertanian, perindustrian, perlupusan sisa sampah dan sebagainya akan memberi kesan
buruk pada alam sekitar dan hanya mengundang jerebu.

Awan Perang Asia

Pencemaran alam sekitar telah berlaku sekian lama dan padahari ini kita telah
menyaksikan kewujudan pelbagai fenomena yang mengancam alam sejagat diantaranya
ialah pemanasan bumi melalui perlepasan gas rumah hijau, penipisan lapisan ozon yang
mengancam kesihatan, hujan asid yang menyebabkan kerosakan tanaman, haiwan dan
bangunan, kejadian banjir dan kemarau ekoran fenomena iklim El-Nino dan lain lain. Kita
juga menyaksikan pelbagai perjanjian demi perjanjian yang di tandatangani bagi
33
membendung masaalah pencemaran dan langkah pemulihan bersama. Namun kerosakan
yang disebabkan oleh pencemaran ini berlaku lebih laju dari tindakan pemulihan itu sendiri.
Arus pembangunan dan kemajuan pesat perindustrian dan pertanian mengwujudkan ruang
ruang maut di muka bumi seperti.

“Lubang Ozon” di Antartika dan “Zon Maut” di Teluk Mexico. Pada hari ini kita menyaksikan
satu lagi ruang maut yang terbentuk di Asia iaitu “ Awan Perang Asia” yang mampu
bergerak hampir separuh dunia ini dalam masa seminggu dan mampu mengancam berjuta
juta nyawa manusia dalam masa 30 tahun.

Apa itu Awan Perang Asia


 Sejenis awan berjerebu setebal 3 kilometer. Ia menyelubungi ruang udara Negara
Negara selatan Asia, seperti India, Bangladesh, Bhutan, Maldives, Nepal, Pakistan,
Sri Lanka, Afghanistan, Asia Tenggara dan selatan Cina.
 Fenomena ini ditunjukkan oleh pemandangan yang berjerebu dan berwarna kuning
keperangan.

Kandungan Awan Perang Asia

 Habuk, jelaga, debu dan abu


 Gas karbon monoksida, Metan
 Nitrat berasid
 Sulfat berasid
 Lain lain kimia berbahaya

Bahaya Awan Perang Asia

Kesan ke atas iklim

Awan perang menghalang hampir 15 % cahaya matahari dari sampai kepermukaan


bumi dan lautan di bawahnya lalu menjadikan kawasan ini lebih sejuk. Di bahagian
atmosfera Awan Perang sendiri akan menjadi lebih panas kerana menyerap haba dan
memerangkap segala pencemar yang di lepaskan ke udara. Fenomena sejuk dan
panas ini mempengaruhi angin monsun lalu menyebabkan malapetaka yang dapat kita
lihat pada hari ini iaitu kemarau berlanjutan di kawasan selatan-barat Asia seperti
India, Pakistan, Sri Lanka dan banjir teruk di timur laut Asia seperti China dan Taiwan.

Kesan ke atas pertumbuhan sosio-ekonomi

Pengurangan cahaya dan hujan berasid dari jerebu menjejaskan kehidupan laut dan
seterusnya aktiviti perikanan. Sementara kemarau dan banjir yang berterusan pula
menjejaskan aktiviti pertanian, perhutanan, pembangunan, perlancongan,
perindustrian dan seterusnya kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

Kesan ke atas Kesihatan

Mengikut laporan ketua bahagian program alam sekitar Bangsa Bangsa Bersatu
(UNEP), pencemar di dalam jerebu tersebut akan menyebabkan kematian berjuta juta
manusia di rantau ini. Kematian ini di kaitkan dengan penyakit berkaitan sistem
pernafasan seperti lelah, radang paru-paru atau bronkitis. Di laporkan juga hampir 2
34
juta penduduk India mati setiap tahun akibat pencemaran udara.

Punca Kejadian Awan Perang

Perlepasan asap dari :

 Pembakaran hutan
 Pembakaran sisa haiwan dan pertanian
 Asap kenderaan
 Asap industri
 Asap dari stesyen janakuasa elektrik
 Pembakaran alatan memasak yang tidak sempurna

Awan Perang Asia bukan masaalah rantau Asia sahaja malah ia akan menjadi
masaalah global kerana kemampuannya bergerak di seluruh dunia dalam masa yang
singkat. Suatu tindakan pembendungan dan pemulihan yang segera dan bersepadu
perlu di lakukan oleh semua negara bagi menangani masaalah pencemaran ini. Adalah
di harapkan Sidang Kemuncak Bumi di Johannesburg pada akhir bulan Ogos ini dapat
berbincang dan menghasilkan satu tindakan bersama. Isu Awan Perang memerlukan
tindakan segera dan bukan lagi setakat bersetuju di atas kertas perjajian sahaja.

Semoga hari hari Alam sekitar berikut yang kita sambut setiap tahun akan menjadi
lebih bermakna:

Hari Hutan Se Dunia 21 Mac


Hari Air Se Dunia 22 Mac
Hari Bumi 22 April
Hari Tanpa Golf 29 April
Hari Alam Sekitar Se Dunia 5 Jun
Hari Populasi Se Dunia 12 Julai
Bulan Sains dan Teknologi Malaysia 1 - 31 Ogos
Hari Pembersihan Se Dunia 15 - 17 September
Hari Kanak-Kanak Universal 4 Oktober
Hari Makanan Se Dunia 6 Oktober
Hari Habitat Se Dunia 6 Oktober
Hari Antarabangsa Untuk Pembasmian 8 Oktober
Kemusnahan Semulajadi
Minggu Alam Sekitar Malaysia 21- 27 Oktober
Hari Kepelbagaian Biologi Se Dunia 29 Disember

35
Ketidaksuburan dan kecacatan bayi:

Polisiklik Aromatik Hidrokarbon (PAH)

Polisiklik aromatik hidrokarbon merupakan satu kumpulan bahan kimia pencemar organik
yang mengandungi molekul karbon dan hidrogen.

PAH terdiri dari lebih 100 jenis bahan kimia yang terdapat meluas di alam sekitar hasil
daripada proses pembakaran yang tidak lengkap seperti pembakaran tar arang batu,
dandang industri, rumah asap, incinerator, asap rokok, asap kayu, asap ekzos kenderaan
dan sebagainya. Apabila ia telah dilepaskan ke udara ia boleh mencemarkan alam sekitar
terutamanya udara, air dan tanah. Dari alam sekitar yang tercemar inilah manusia dan
haiwan terdedah secara langsung kepada PAH yang boleh memudaratkan kesihatan.

Antara bahan-bahan kimia tersebut adalah benz(a)antracin, benzo(a)pirin,


benzo(b)fluorantin, benzo(j)fluorantin, benzo(k)fluorantin, kraisin, dibenz(a,h)antrasin, dan
indenol(1,2,3-c,d)pirin dan lain-lain lagi.

Dari hasil kajian bahan-bahan kimia PAH di atas boleh menyebabkan tumor kepada haiwan
kajian apabila didedahkan kepada udara yang dicemari bahan kimia tersebut melalui
pernafasan, diberi makan atau secara sentuhan pada kulit dalam jangkamasa yang
panjang. Hasil kajian juga mendapati manusia yang terdedah melalui pernafasan dan
sentuhan pada kulit untuk jangkamasa yang panjang boleh menyebabkan kanser.

Ujian PAH ke atas mencit yang sedang mengandung mendapati anak mencit yang terhasil
sukar untuk mengandung begitu juga terhadap ibunya. Anak-anak mencit itu juga di dapati
mempunyai kadar kecacatan yang tinggi dan berat badan yang rendah. Kesan seumpama
itu juga boleh berlaku ke atas manusia, namun demikian tiada maklumat yang kukuh yang
dapat membuktikannya.

Kajian oleh saintis di Hospital Boston mendapati kesan PAH yang terdapat dalam rokok
dan alam sekitar ke atas ovari menyebabkan wanita semakin hilang kesuburannya dan
seterusnya mengalami menopaus.

Dalam ujian lain ke atas haiwan makmal, didapati ketidaksuburan semakin meningkat
dengan adanya benzo(a)pirin dan plumbum yang boleh didapati dari asap kenderaan.
Berat ovari di katakan menurun sebanyak 33 % termasuk penurunan ketara ‘ovarian
follicles’.

Benzo(a)pirin yang juga merupakan salah satu komponen di dalam arang batu, kerosin dan
juga bahan kimia semulajadi yang terdapat di dalam banyak bahan mentah dan makanan
yang dimasak. Ia berupaya merosakkan baka atau keturunan dengan merosakkan
kromosom dalam sistem pembiakan dan seterusnya kelahiran anak-anak yang cacat
melalui warisan.

36
Kecelakaan terbesar akibat radiasi terjadi di Chernobyl – pusat pembangkit tenaga nuklir di dekat
Pripjat Ukraina pada tgl 26 April 1986. Lebih dari 600.000 orang terlibat dalam proses pembersihan
radiasi, di antaranya 200.000 orang berasal dari Ukraina. Tugas berat ini dilakukan selama empat
tahun (s.d. 1990). Kontaminasi radioaktif menyebar sampai ke seluruh wilyah Ukraina, Belarus dan
Rusia. Tingkat kepadatan pencemaran radiasi dapat diamati seperti yang tampak di peta. Tingkat
pencemaran tertinggi mencapai level Cs-37 di sekitar wilayah Chernobyl.
Terlepas dari sukses yang sudah dicapai setelah revolusi sanitasi, kesehatan lingkungan akibat
kecelakaan reaktor nuklir di Chernobyl telah mengingatkan masyarakat dunia akan pentingnya
mencegah polusi lingkungan dan segala bentuk pencemaran lingkungan akibat ulah manusia. Kalau
dibiarkan tidak dicegah, akibatnya akan mengancam kesehatan manusia dan terutama generasi anak
cucu kita. Dampak radiasi nuklir pada kesehatan manusia dan berbagai upaya pencegahan sekunder
di kalangan mereka yang terkena radiasi merupakan pusat perhatian profesional kesehatan
masyarakat di Ukraina dan negara-negara lainnya yang terkena dampaknya. Slide ini dibuat oleh:
Boris Ledoshchuk, MD

RADIASI DALAM INDUSTRI

Tidak ada peraturan yang tidak mempunyai kekecualian. Contohnya, materi yang teriradiasi tidak
menjadi radioaktif. Namun, radiasi neutron adalah pengecualian. Satu partikel neutron yang
bergerak kesana kemari mungkin menabrak inti zat lainnya dan tetap berada di situ. Pada
keadaan ini perbandingan proton/neutron dan inti berubah, dan perbandingan inilah yang
menentukan apakah suatu inti tidak stabil (radioaktif) atau stabil. Untungnya, radiasi neutron yang
menyebabkan aktivasi hampir tidak ada dimanapun kecuali di dalam reaktor nuklir yang sedang
beroperasi. Aktivasi neutron digunakan dalam teknologi, obat-obatan dan penelitian. Persiapan
mengaktivasi neutron di arahkan dalam suatu tabung ke dalam sebuah reaktor yang beroperasi
dan disimpan di sana untuk beberapa waktu lamanya. Segera setelah mencapai tingkat aktivitas
yang diinginkan, hasil tersebut dipindahkan dari reaktor, dikemas dalam sebuah tempat yang
aman dan dibawa ke rumah sakit, tempat pengobatan dilakukan.

Aktivasi neutron digunakan juga dalam bermacam-macam analisis. Pada beberapa kasus, analisis
aktivasi neutron Iebih peka daripada analisis kimiawi. Sebuah sampel bahan diaktivasi dalam
sebuah reaktor seperti yang telah dijelaskan di atas, setelah itu aktivasi yang dihasilkan diukur dan
energi radiasi diperiksa. Spektrum energi radiasi adalah semacam sidik jari bahan-bahan tersebut
yang ada dalam sampel. Spektrum dengan pasti menunjukkan zat-zat apa saja yang berada
dalam sampel itu, walaupun konsentrasinya jauh lebih kecil daripada yang dapat dideteksi oleh
analisis kimia. Kemampuan radiasi neutron mengaktivasikan zat-zat juga dapat menyebabkan
kecelakaan. Pada reaktor nuklir, radiasi neutron mengaktivasikan produk kimia dan produk korosi
yang mengalir dalam air pendingin, dan selama itu bejana tekan reaktor juga berubah menjadi
sangat radioaktif. Ketika kotoran radioaktif disingkirkan dari air pendingin, kita akhirnya
mendapatkan limbah radioaktif. Membongkar suatu reaktor bejana tekan pada reaktor yang
diaktivasi membutuhkan teknik-teknik yang sangat khusus untuk menonaktifkan reaktor. Dengan

37
sinar-X, kita mudah memeriksa isi kopor selama inspeksi keselamatan di bandara, atau
memeriksa surat-surat di tempat dimana born-born surat merupakan ancaman.

Dalam bidang industri, sinar-X dapat digunakan untuk memeriksa sambungan pengelasan.
Kesalahan pengelasan yang mungkin terjadi, pemasukan kerak dan keretakan dapat terlihat pada
foto sinar-X. Jika lapisan bahan tebal diradiografi, waktu penyinaran dapat dikurangi dengan
menggunakan sumber-sumber radiasi yang memancarkan radiasi gamma seperti kobal-60 atau
iridium-192. Kebocoran pada sistem aliran bawah tanah dapat ditemukan dengan memompa suatu
larutan yang mengandung zat radioaktif berumur pendek ke dalam jaringan pipa (tahap 1). Suatu
campuran air dan larutan perunut radioaktif dialirkan ke dalam tanah melewati pipa yang bocor.
Setelah itu, saluran pipa dibilas bersih dan larutan perunut (tahap 2). Air yang mengandung zat
radioaktif yang masuk lewat pipa yang retak tetap tinggal dalam tanah dan lokasi kebocoran dapat
ditelusuri dengan alat pengukur radiasi (tahap 3, lihat gambar). Dan ketika pekerja dan
perusahaan air minum mulai menggali pipa air yang bocor, aktivitas zat radioaktif telah hilang
setelah mengalami penguraian alami.

Untuk menghasilkan produk kertas tertentu, film plastik dan lembaranlembaran baja, ketebalannya
dapat dikontrol dengan radiasi. Sebuah sumber radiasi ditempatkan pada satu sisi dan lembaran
tersebut dan pada sisi lainnya ditempatkan sebuah pengukur radiasi. Bila ketebalan dan lembaran
berubah, perubahan intensitas radiasi akan dideteksi oleh pengukur radiasi. Suatu tanda dan
pengukur radiasi bahkan akan mengendalikan gulungan penekan yang menjaga ketebalan
lembaran dalam batas-batas yang telah ditentukan. Radiasi gamma paling sering digunakan
dalam produksi lembaran baja. sedangkan radiasi beta paling sesuai untuk produksi kertas dan
film plastik. Tinggi rendahnya cairan pada tangki-tangki besar dapat diukur dengan radiasi.
Sumber radiasi penunjuk arah ditempatkan pada permukaan luar tangki, satu di atas yang Iainnya,
dan alat ukur radiasi yang bertindak sebagai penerima ditempatkan pada sisi berlawanan. Alat
ukur yang ditempatkan di atas permukaan cairan akan mengirimkan sinyal kuat, sedangkan sinyal
yang dikirimkan alat-alat ukur yang ditempatkan di bawah permukaan cairan lebih lemah.
Bermacam-macam ukuran yang diperlihatkan oleh alat ukur radiasi menunjukkan batas tinggi
rendahnya permukaan cairan.

Rumah kadangkala dilengkapi dengan alat deteksi asap yang mengandung sumber radiasi sangat
kecil yang memancarkan radiasi alpha yang dipasang pada langit-langit. Cat yang digunakan pada
angka dan jarum penunjuk yang mengandung zat radioaktif dapat memancarkan radiasi. Angka-
angka ini tidak akan bersinar dalam gelap kalau tidak ada suatu sumber energi di dalamnya.
Semula, sumber energinya adalah suatu isotop yang dinamakan radium-226. Namun,
penggunaannya dilarang pada tahun 1960-an, setelah tritium menjadi populer. Tritium adalah
nama khusus untuk bentuk hidrogen radioaktif (hidrogen-3). Tritium memancarkan radiasi beta,
yang tidak menembus kaca jam tangan. Radiasi seperti ini tidak bersinar, tetapi ia menembaki
bahanbahan phosfor dalam cat, yang bereaksi terhadap radiasi dengan memancarkan cahaya.
Senyawa-senyawa yang mengandung uranium radioaktif digunakan dalam industri porselen
karena warna birunya yang sangat indah. Pada lensa kamera mahal dan alat-alat optik lainnya
dilapisi torium karena dapat membuat permukaan kaca lebih keras. Dalam hal ini radioaktivitas
dari zat-zat tersebut bukanlah merupakan keuntungan khusus. Hanya kebetulan bahwa sifat yang
diinginkan ditemukan dalam bahan radioaktif tersebut.

Kenyataan lain yang pantas diutarakan adalah metode penentuan umur benda-benda arkeologis
berdasarkan radioaktivitasnya. Usia kerangka, tanaman, sepotong kayu dan sisa-sisa organ tubuh
dapat ditentukan dengan metode penentuan karbon-14. Cara bekerjanya adalah sbb: karbon-14
adalah zat radioaktif alam, yang diproduksi setiap waktu. Sebaliknya, peluruhan radioaktif juga
menghancurkannya. Selama milyaran tahun perbandingan karbon non-aktif dan karbon-14 di
atmosfer telah mencapai keseimbangan. Ini berarti bahwa perbandingan bentuk radioaktif dan non
38
radioaktif dari karbon dioksida di udara adalah konstan dan diketahui. Keseimbangan yang
konstan tersebut juga terdapat pada semua unsur kehidupan. Tetapi apa yang terjadi bila suatu
saat suatu organisme mati, ketika seekor mammoth berhenti bernafas, ketika tanaman pakis Iayu?
Jaringan-jaringan tidak memperoleh karbon baru, dan karbon lama tidak lagi dilepaskan. Namun,
jumlah karbon radioaktif terus menurun melalui peluruhan alami. ini akan menuju pada perubahan
perbandingan karbon radioaktif dan karbon non radioaktif.

Kita tahu bahwa waktu paruh karbon-14 adalah 5.730 tahun. Jika kandungan karbon radioaktif dan
sebuah sampel hanya separuh dan yang seharusnya, kita dapat menyimpulkan bahwa hidupnya
berakhir hampir 6.000 tahun yang lewat. Jika suatu analisis memperlihatkan bahwa jumlah karbon
radioaktif hanya seperdelapan dari normalnya, waktu yang telah berlalu adalah tiga kali waktu
paruh (1/2 —>1/4 —>118) yang berarti 18.000 tahun. Hal ini berlaku untuk semua benda, apakah
itu manusia purba, mammoth atau tanaman pakis yang telah mati.

Dalam bidang industri, orang kadang-kadang harus bekerja dengan radiasi, walaupun radiasi
tersebut tidak dieksploitir di dalam pekerjaan tersebut. Hal ini berlaku, misalnya, pada stasiun
pembangkit tenaga nuklir dimana zat-zat radioaktif adalah produk sampingan suatu proses yang
merupakan faktor negatif bagi lingkungan. Reaktor nuklir menghasilkan zat radioaktif dengan 2
cara
1. Proses pembangkit panas, yaitu pembelahan inti, uranium akan menghasilkan zat radioaktif
baru yang disebut produk fisi.
2. Radiasi neutron yang diakibatkan oleh reaktor yang sedang bekerja mengaktifkan zat dalam
air dan baja reaktor. ini disebut hasil aktivasi.
Zat radioaktif yang mengendap dalam pipa-pipa saluran, katup, pompa dan peralatan lain akan
mengenai beberapa pekerja. Zat radioaktif yang dibersihkan dan sistem penyaringan merupakan
limbah radioaktif. Jika sebuah sistem yang mengandung air radioaktif bocor, atau peralatan dalam
sistem radioaktif seperti pompa atau katup dibongkar atau diperbaiki, kain-kain kotor dan pakaian
kerja yang dipakai menjadi tercemar dan dapat dikategorikan sebagai limbah radioaktif. Walaupun
radiasi tidak dapat melekat pada pakaian atau manusia yang terkena radiasi tidak akan menjadi
radioaktif, pencemaran tentu dapat pindah dan satu tempat ke tempat lain. Secara sederhana,
pencemaran hanya merupakan kotoran radioaktif dan sama saja seperti kotoran lainnya.

Mengendalikan pencemaran radioaktif di pusat pembangkit tenaga nuklir adalah pekerjaan yang
tak boleh ditinggalkan dan banyak upaya dilakukan untuk itu. Alat ukur pencemaran yang mudah
dibawa dapat mengetahui adanya zat radioaktif dengan jumlah yang sekecil-kecilnya secara lebih
teliti dan alat ukur radiasi portabel lainnya. Ketika meninggalkan area pengawasan di pusat
pembangkit tenaga nuklir, karyawan melewati sebuah monitor pencemaran. Alat ini memeriksa
kebersihan pakaian dan kulit dalam beberapa detik. Tersedia juga beberapa monitor pencemaran
yang dibuat sesuai pesanan untuk mengukur pencemaran perkakas,. lantai, tempat jemuran,
cucian dan lain lain.

Limbah radioaktif dikemas dan disimpan di pembangkit tenaga nukir. Limbah yang tingkat
radioaktivitasnya rendah (bermacam-macam potongan dan kecil-kecil) disimpan dalam bentuk
padat dan rapat dalam drum biasa. Limbah dengan tingkat radioaktivitas yang sedang (filter-filter
dan sistem penyaringan, limbah evaporasi, dll) dicor dalam beton atau aspal, sehingga
mengurangi radiasi dan mengikat limbah. Limbah ini tidak membahayakan selama tidak lepas ke
lingkungan. Akhirnya limbah disimpan pada suatu tempat yang aman. Ada kasus-kasus pada
penggunaan radiasi dilarang hukum atau dihentikan karena dianggap tidak benar. Kerugian radiasi
dianggap lebih besar daripada keuntungannya. Baru pada tahun 1980-an, ada kebiasaan di suatu
negara untuk menandai kartu identifikasi nasionalnya dengan bahan radioaktif sehingga pihak
berwenang dapat memeriksa keasliannya dengan alat ukur radiasi. Yang palsu tidak
memancarkan radiasi. Toko sepatu yang memiliki persediaan Iengkap menggunakan sinar-X pada
39
kaki pelanggan bila mereka sedang mencoba sepatu baru. Sehingga mudah untuk melihat apakah
sepatu terlalu besar, terlalu kecil atau pas di kaki. Dan di antara berbagai kontes kecantikan yang
begitu populer pada awal abad ini, ada juga kontes ratu tulang punggung. Di samping para juri
memberikan nilai pada postur para kontestan, mereka juga mendapat pemeriksaan tulang
punggung dengan sinar-X. Kini karena cara pengukuran seperti itu dilarang, para jun harus menilai
apa yang mereka lihat dan luar.

Mempunyai sifat antioksidan yang diperlukan

VITAMIN E adalah nama generik bagi dua kumpulan sebatian yang mempunyai struktur sebatian
yang hampir sama iaitu tokoferol dan tokotrienol. Setiap satu sebatian ini mempunyai masing-
masing empat struktur (stereoisomers) iaitu dalam bentuk alpha-tokoferol , alpha-tokotrienol, beta-
tokoferol, beta-tokotrienol, gamma-tokoferol, gamma-tokotrienol, delta-tokoferol dan delta-
tokotrienol.

Vitamin E yang mengandungi lapan struktur di atas terdapat di dalam pelbagai jenis makanan
dalam jumlah dan kombinasi yang berbeza. Minyak sayuran seperti minyak sawit, kaya kandungan
Vitamin E. Selain itu, sayur-sayuran hijau, telur, daging dan ikan juga mengandungi vitamin E
tetapi dalam jumlah yang kecil.

Alpha tokoferol adalah unsur vitamin E yang paling banyak hadir secara semula jadi dalam
makanan. Ia memberi kebaikan untuk kesihatan dan digunakan secara meluas sebagai sumber
vitamin E.

Tokotrienol yang dianggap sebagai saudara kembar kepada tokoferol kerana struktur sebatian
yang hampir sama kecuali pada bahagian hujung hidrokarbonnya saja berbeza. Tokotrienol
mempunyai hujung hidrokarbon yang tak tepu manakala hujung hidrokarbon bagi tokoferol adalah
tepu.

Di bahagian inilah letaknya keunikan tokotrienol berbanding dengan tokoferol yang menyumbang
kebaikan dan manfaat besar kepada kesihatan manusia. Pada hari ini, keunikan ini menjadi daya
tarikan dan tumpuan utama saintis seluruh dunia untuk terus mengkaji kebaikan tokotrienol
kepada kehidupan manusia.

Kepentingan Vitamin E disebabkan sifat antioksidanya. Oleh kerana ia mempunyai sifat sebagai
pengambil oksigen. Justeru, kehadirannya akan menghalang daripada berlaku pengoksidan
radikal bebas ke atas asid lemak tak tepu, fosfolipida, vitamin A dan C dalam badan. Di samping
itu ia juga berupaya mengekalkan kestabilan sel membren dan membantu mengurang kerosakan
selular akibat aktiviti pengoksidan radikal bebas itu.

Tokotrienol mempunyai sifat antioksidan yang sangat diperlukan oleh badan. Ia berupaya melawan
dan menghalang risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan melambatkan proses
penuaan.

Tokotrienol kini di komersial secara meluas di pasaran sebagai dieteri tambahan dan disediakan
dalam bentuk kombinasi di antara tokoferol dengan tokotrienol. Melalui kombinasi itu, ia akan
menyediakan lebih banyak dan pelbagai kebaikan segi diet seimbang yang diperlukan oleh badan.

Badan manusia memerlukan oksigen untuk hidup tetapi melalui metabolisma anaerobic (tanpa
40
oksigen) di dalam badan akan menghasilkan bahan sampingan yang dikenali sebagai radikal
bebas. Bahan ini mempunyai sifat yang tidak stabil dan boleh bertindak sebagai pemusnah.

Radikal bebas akan terhasil melalui beberapa cara seperti oksidasi metabolisma tenaga atau dari
tindak balas kimia toksik atau dari menghidu udara tercemar.

Jika tidak diberi perhatian yang sewajarnya, radikal bebas itu boleh menyebabkan kerosakan
dalam badan, antaranya akan menyerang lipid di dalam sel membren menjadi teroksida pada
dinding arteri, merosakkan enzim selular dan merosakkan kod genetik pada DNA.

Ia juga boleh menyebabkan penukaran dan peningkatan ke atas paras LDL-C yang akan
membawa risiko penyakit jantung.

Sekiranya kerosakan pada DNA yang disebabkan oleh radikal bebas tidak dibaiki atau dipulihkan
sepenuhnya, kerosakan pada DNA ini akan kekal dan menjadikan keadaan bertambah buruk akan
berlaku di dalam badan.

Bagi jangka masa panjang kesan kerosakan ini akan dapat dilihat melalui tanda umum seperti
penuaan, kerosakan kesihatan mata (katarak) dan mengundang risiko penyakit jantung, kanser
dan lain lagi.

Dalam keadaan biasa, kerosakan yang berlaku itu dapat di pulihkan melalui sistem pertahanan
semula jadi yang ada dalam badan, umumnya terdiri daripada nutrien antioksidan seperti vitamin
E, vitamin C, selenium dan karotenoid.

Nutrien itu membantu pemulihan melalui tindakan spesifik metalloenzim dan berbagai bahan
phytokimia dari diet yang diambil pada setiap hari.

Kekuatan dan keberkesanan antioksidan tokotrienol adalah 40 hingga 60 kali lebih tinggi
berbanding dengan kekuatan alpha tokoferol. Saintis percaya bahawa kekuatan itu menjadi
penyumbang utama kepada keberkesanan ke atas pemulihan kerosakan akibat radikal bebas dan
menghalang risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan penyakit kulit.

Ketika radikal bebas menyerang di dalam badan, tokotrienol dan tokoferol dalam bentuk alpha-,
beta-, delta- dan gamma- berada dalam keadaan berserakan di merata bahagian bersama sel
membren dalam jumlah yang sedikit.

Walaupun dalam jumlahnya yang sedikit tetapi ia masih berupaya meneutralkan radikal bebas
berkenaan. Justeru itu, ia meminimumkan kerosakan yang berlaku pada selular serta
mengekalkan kestabilan sel membren badan.

Berikutan dari serangan radikal bebas berkenaan tokotrienol dan rakannya yang lain juga akan
berubah menjadi bahan radikal setelah mengalami pengoksidan semasa serangan itu. Ia perlu
diganti atau diperbaharui bagi mengembalikan semula sifat semula jadi sebagai pelindung untuk
menghadapi serangan berikutnya.

Oleh itu, pengambilan diet tokotrienol perlu dilakukan secara berterusan. Saintis membuktikan
radikal bebas Vitamin E itu akan pulih dan kembali semula kepada keadaan semula jadi melalui
pengambilan antioksidan itu dengan mencukupi secara berterusan.

Berbagai faktor luar lain seperti keradangan, merokok, pencemaran udara, sinaran radiasi (x-ray,
sinar UV), bahan toksik dan bersenam secara ekstrem juga boleh menggalakkan penghasilan
41
radikal bebas dalam badan. Oleh yang demikian, manusia yang terdedah kepada sumber oksidasi
itu memerlukan bekalan dietari antioksidan yang mencukupi.

Masalah Tidur
Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Masalah tidur merujuk kepada keadaan apabila seseorang itu sukar untuk tidur, tidak dapat tidur
nyenyak pada waktu malam, sentiasa merasa mengantuk walaupun tidur selama 8 jam atau lebih,
sering terjaga terlalu awal, sering tersenguk-senguk walaupun dikhayalak ramai, dan tidak dapat
menumpukan perhatian ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Masalah ini akan menyebabkan
anda berhadapan dengan keadaan yang berikut :-
 Mempunyai mata yang bengkak disebabkan kekurangan tidur.
 Sering merasa letih dan tertekan pada waktu pagi dan malam.
 Sering tertidur ketika berada dikhayalak ramai.
 Kurang aktif dan kurang mempunyai hubungan sosial.
 Sukar untuk menumpukan kepada isu yang dibincangkan dan fikiran sering merawang
kepada pekara lain.
 Sering mendapat masalah kesihatan seperti kejang otot, sakit perut, pening, dan lain-lain.
 Sukar tidur, sering terjaga malam, atau terjaga terlalu awal.
 Takut waktu tidur kerana risau susah tidur.
 Mudah tersinggung.
 Mengambil ubat-ubatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
 Sering menggunakan rokok, alkohol, ubat untuk menenangkan diri sebelum tidur.
 Ketagihan kepada ubat penenang.

Jenis-jenis masalah tidur.

Jenis-jenis masalah tidur yang biasa didapati adalah seperti berikut :-

1. Insomnia
2. Berdengkur dan Apnea
3. Narcolepsy
4. Sindrom Kaki Resah (Restless Leg Syndrome (RLS))
5. Masalah Pergerakan Anggota Berkala (Periodic Limb Movement Disorder (PLMD))

Akibat kurang tidur

Walaupun selama ini masalah tidur tidak dianggap sebagai masalah yang besar, kajian baru-baru
ini menunjukkan bahawa masalah tidur boleh membawa kepada masalah jantung. Dalam satu
kajian dari tempoh 1996 sehingga 1998, dan diterbitkan dalam journal "Occupational and
Environmental Medicine" keluaran Julai, terdapat bukti bahawa risiko mengalami serangan jantung
berganda bagi mereka yang bekerja lebih daripada 60 jam seminggu dan tidak tidur seperti
normal. Kajian itu membabitkan 260 lelaki berusia antara 40 - 79 tahun yang dimasukkan kedalam
hospital disebabkan serangan jantung kali pertama. Kajian tersebut turut membabitkan kumpulan
kawalan seramai 445 orang seusia tanpa penyakit jantung.

42
Kesemua peserta kajian menjawap soalan berkenaan jam bekerja seminggu, hati rehat, masa
tidur harian untuk bulan lalu dan selama tahun lalu. Potensi risiko sakit jantung terperinci seperti
gaya hidup, berat badan, dan kesihatan diri seperti darah tinggi, ketinggian kalesterol, dan kencing
manis (diabetes).

Kajian mendapati lebih panjang waktu bekerja berkait dengan lebih sedikit hari rehat, dan lebih
pendek waktu tidur termasuk waktu tidur kurang daripada 5 jam dalam kedua dua kumpulan.
Bagaimanapun mereka yang ada sakit jantung bekerja lebih lama, kurang tidur, dan tidur kurang
daripada lima jam lebih kerap berbanding mereka yang dalam kumpulan kawalan. Mereka yang
bekerja melebihi 60 jam seminggu menggandakan risiko sakit jantung berbanding mereka yang
bekerja 40 jam atau kurang seminggu.

Bagaimanapun pengkritik menyatakan kajian itu didasarkan kepada soaljawab peserta yang
mungkin tidak dapat meningati dengan tepat tempoh mereka bekerja dan tempoh mereka tidur
untuk setahun yang lalu. Selain itu, kajian dengan menggunakan tikus yang tidak dibenarkan tidur
sehingga mati tidak menunjukkan sebarang kelainan pada jantung tikus tersebut.
Kemungkinannya gabungan kurang waktu tidur dan kuat bekerja, meningkatkan tekanan darah
dan kadar degupan jantung, mengakibatkan jantung tidak berfungsi dengan normal.

Oleh itu adalah penting bagi anda untuk menjaga tidur anda. Pastikan anda mendapatkan tidur
yang mencukupi setiap malam. Sekiranya anda mengalami masalah tidur yang berpanjangan, sila
rujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan.

43

Anda mungkin juga menyukai