Anda di halaman 1dari 16

SBA 3033 PENGENALAN SAINS ALAM SEKITAR

GROUP FORUM 1 :
Alam sekitar terdiri dari empat komponen utama iaitu atmosfera, hidrosfera,
litosfera dan biosfera. Apakah perbezaan antara keempat-empat komponen
tersebut? Bagaimanakah ianya saling berkaitan?
Jawapan :
Salam sejahtera.
Alam sekitar merupakan keadaan semula jadi di sekeliling manusia,
haiwan dan tumbuhan. Secara saintifik, alam sekitar juga dikenali
sebagai biosfera yang terdiri daripada atmosfera, hidrosfera dan
litosfera yang merangkumi segala hidupan di bumi. Keempat-empat
komponen alam ini berfungsi sebagai sumber alam yang amat berguna
kepada manusia.
Perbezaan antara keempat-empat komponen :

BIOSFERA

ATMOSFER
A

1. Sistem ekologi yang dihuni oleh manusia, tumbuhtumbuhan dan haiwan.


2. Membentuk ekosistem.
3. Menjadi habitat, membekalkan sumber makanan
dan kaya dengan kepelbagaian biodiversiti.
Kepentingan biosfera :
Sebagai penyedia makanan
Menyediakan habitat kepada seluruh hidupan.
Membekalkan sumber ubat-ubatan.
Sebagai tempat simpanan air atau kawasan
tadahan.

1. Merupakan lapisan udara yang mengelilingi bumi


dan mempengaruhi cuaca.
2. Berkaitan unsur iklim seperti cuaca, merangkumi
hujan, suhu, tekanan udara, kelembapan angin,
tiupan angin dan awan.

3. Tempat berlakunya fenomena cuaca seperti kitaran


hidrologi, proses sejatan, proses pemeluwapan dan
turun kerpasan.
4. Komponen atmosfera terdiri daripada troposfera,
stratosfera, mesosfera, termosfera, ionosfera dan
eksosfera.
Kepentingan atmosfera :
Troposfera - sebagai sumber air hidupan,
sumber oksigen untuk pernafasan, sumber
karbon dioksida untuk fotosintesis dan
pemantul cahaya matahari.
Stratosfera penangkis gelombang ultraungu.
Mesosfera menghalang / menghancurkan
meteorit besar yang jatuh di bumi.
Termosfera telekomunikasi.
1. Merujuk kepada semua jisim air yang berada di
permukaan bumi, dalam bumi dan di atmosfera.
2. Merupakan 70% daripada keseluruhan bumi.
3. Punca utama air ialah laut dan lautan, sumber lain
seperti air bawah tanah, tasik, sungai dan glasier.
HIDROSFER Kepentingan hidrosfera :
A
Sebagai sumber air kepada kehidupan.
Habitat pelbagai haiwan dan tumbuhan akuatik.
Pembekal sumber makanan.
Tempat mencari rezeki.
Jalan perhubungan dan pengangkutan.
LITOSFERA
1. Sistem geomorfologi
2. Merujuk kepada lapisan paling atas bumi meliputi
kerak bumi dan mantel.
3. Bersifat pepejal.
4. Membentuk daratan dan dasar lautan.
5. Ketebalan berbeza iaitu kurang 5 km di dasar
lautan dan 50 km di dataran.
6. Komposisi utama ialah batuan.
Kepentingan litosfera :
Menyediakan habitat kepada pelbagai hidupan

di bumi.
Menyediakan tanih yang penting untuk
pertanian.
Menyediakan tempat untuk pelbagai aktiviti
ekonomi.
Hasil mineral menggalakkan aktiviti
perlombongan.

Kesemua komponen atmosfera (udara), litosfera (batuan dan tanih),


hidrosfera (air) dan biosfera (flora dan fauna) saling berinteraksi
sebagai sistem terbuka dan mempunyai kebolehan pemulihan kendiri
bagi mewujudkan keseimbangan yang dinamakan keseimbangan
dinamik (Goudie, 1992; Park, 1997). Setiap komponen ini mempunyai
rangkaian proses-proses fizikal yang juga bertindak balas antara satu
dengan yang lain untuk mencapai keadaan keseimbangan dinamiknya
yang tersendiri melalui ruang dan masa (Jamalauddin,1989).
Contoh :
Bahan pencemar udara yang membentuk hujan asid seperti
sulfur dioksida dilepaskan ke udara (atmosfera) dan dipindahkan
ke tanah (litosfera) dan sumber air (hidrosfera) melalui air hujan.
Hujan asid memberi kesan kepada tumbuh-tumbuhan dan
organisma akuatik (biosfera).
Perhubungan antara komponen dalam alam sekitar membawa
kepada pembentukan ekosistem di mana kumpulan benda hidup
sama ada tumbuh-tumbuhan, haiwan atau organisma hidup lain
yang hidup bersama-sama dan berinteraksi dengan persekitaran
abiotik di mana mereka tinggal.
Proses ini berterusan mewujudkan keseimbangan dalam sistem
bumi.
Sekiranya dalam persekitaran fizikal terdapat gangguan melalui
sesuatu proses, gangguan itu akan menyebabkan berlakunya tindak
balas untuk memperbaiki keadaan. Cuma di dalam keadaan tindakan
proses yang melampau sahaja keseimbangan dinamik ini agak sukar
dicapai. Walau bagaimana, proses fizikal akan sentiasa bertindak ke
arah mewujudkan keseimbangan dinamik.

Tarikh : 07 Sep 2015 08:34:53 PM

Contohnya :
Tumbuhan hijau menjadi sumber makanan kepada kebanyakan
haiwan.
Tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari dan air , gas
karbon dioksida untuk melakukan proses fotosintesis karbon
dibebaskan melalui pernafasan manusia dan haiwan.
Manusia memerlukan oksigen untuk bernafas oksigen
dibebaskan oleh tumbuhan melalui proses fotosintesis.
Akar tumbuhan menyerap air dan mineral dari lapisan litosfera.
Mineral kembali ke lapisan litosfera melalui pereputan dan
penguraian apabila haiwan yang makan tumbuhan itu mati
(kitaran nutrient).
Proses ini berterusan mewujudkan keseimbangan dalam sistem
bumi.
https://www.scribd.com/doc/7413749/Mengenal-Alam-Sekitar

http://geog1stpm.blogspot.my/2012/06/sistem-bumi.html
http://cikguseri73.tripod.com/geografistpmkertas1dan2/id19.html
http://www.slideshare.net/ShizukaJijie/bincangkan-bagaimana-sistem-bumi-dapatmempengaruhi-aktiviti-maniusia-serta-kesan-perubahan-persekitaran-fizikal-ke-atasaktiviti-manusia
http://geografialamsekitar.blogspot.my/2010/07/komponen-alam-sekitar.html
http://cikguseri73.tripod.com/geografistpmkertas1dan2/id6.html
Respon 1:
Salam sejahtera. Saya setuju dengan huraian cikgu.
Alam sekitar kita amat kompleks. Di dalamnya terdapat beberapa bahagian yang
memainkan peranan tertentu tetapi berfungsi secara saling bergantung. Memang
tidak dinafikan bahawa kewujudan atau pembentukan bumi kita ini disokong oleh
beberapa komponen utama iaitu atmosfera (udara), hidrosfera (air),
litosfera (batuan / kerak bumi), dan juga biosfera (hidupan haiwan,
tumbuhan dan kepelbagaian biologi). Kesemua komponen utama
berinteraksi antara satu sama lain melalui pelbagai cara (Steven M. S.,
2009). Hidupan di permukaan tanah dan litosfera memperoleh
makanan melalui interaksi antara satu sama lain. Hidrosfera
menyediakan bekalan air dan sokongan fizikal kepada hidupan akuatik
dan juga kepada manusia. Dalam hal ini, matahari menjadi punca atau
tenaga utama dalam interaksi sistem-sistem bumi. Matahari
mempengaruhi proses penyejatan, membentuk awan dan kejadian
hujan untuk menyuburkan pertumbuhan pokok. Tumbuhan akan
membekalkan oksigen kepada pernafasan haiwan dan manusia dan
seterusnya membekalkan makanan. Manusia membebaskan karbon
dioksida ke udara dan digunakan oleh tumbuhan untuk membuat
makanannya.
Secara kesimpulan, komponen-komponen utama ini adalah saling
bergantung di antara satu sama lain dan juga interaksi di antara
keempat-empat sfera ini membolehkan manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan serta hidupan lain wujud di muka bumi ini. Hubungan antara
komponen-komponen ini amat harmoni dan kestabilan hubungan
komponen ini juga mengekalkan keharmonian alam sekitar dapat
mengelakkan berlakunya bencana alam.

Tarikh : 09 Sep 2015 08:21:02 AM


Responkepada : MUHAMAD SHAHRIL BIN ABDUL MANAF

Respon 2:
Salam sejahtera. Terima kasih kerana berkongsi pandangan cikgu. Memang
benar semua komponen termasuk benda hidup di bumi adalah saling bergantung
dan sangat berkait rapat antara satu sama lain. Ini adalah kerana secara
umumnya, empat komponen dalam alam sekitar adalah saling berkaitan bagi
membentuk ekosistem. Di samping itu, Interaksi antara sfera adalah bersifat dua
hala. Ini bermaksud bahawa setiap sfera mengalirkan bahan dan tenaga ke sfera
yang lain. Selain itu, bahan dan tenaga juga boleh mengalir dalam bentuk kitaran
dalam satu sfera sahaja. Perhubungan antara komponen dalam alam sekitar
membawa kepada pembentukan ekosistem. Ekosistem adalah satu ruang alam
semula jadi yang mempunyai dua jenis komponen, iaitu komponen hidup (biotik)
dan bukan hidup (abiotik) yang saling berinteraksi dan bergantung antara satu

dengan lain. Kumpulan benda hidup samada tumbuh-tumbuhan, haiwan atau


organisma hidup lain yang hidup bersama-sama dan berinteraksi dengan
persekitaran abiotik seperti udara, tanah, cahaya matahari, mineral dan air,
dengan kuantiti tertentu dan juga pola hubungan yang tersendiri. Contoh
ekosistem adalah seperti hutan hujan tropika, padang pasir, lautan, tasik, kolam,
padang rumput dan lain-lain. Hubungan dan interaksi antara organisma dalam
sesuatu ekosistem membolehkan aliran tenaga berlaku apabila proses makanan
dimakan berlaku. Aliran ini membolehkan sesuatu ekosistem dikekalkan.
Contoh proses perpindahan tenaga dalam rantai makanan bagi ekosistem
hutan tropika adalah :

Tenaga dipindahkan terus dari matahari kepada pengeluar/tumbuhan


untuk proses fotosintesis. Daun pokok akan melakukan proses
fotosintesis untuk membuat makanan & hasilnya ialah tenaga kimia yang
disimpan oleh tumbuhan dalam bentuk karbohidrat, protein, lemak & asid
tumbuhan.
Tenaga kimia & haba dipindahkan dari pengeluar/tumbuhan ke
pengguna primer.
Tenaga kimia & haba dari pengguna sekunder akan berpindah kepada
pengguna tertier(omnivor) iaitu apabila haiwan karnivor memakan
karnivor yang lain @ memakan herbivor serta pengeluar.

Organisma pengurai seperti bakteria & kulat pula memperolehi tenaga kimia
daripada molekul yang kaya dengan tenaga daripada tisu organisma yang
mereput & menguraikan jisim organik yang mati ialah seperti kulat, bakteria,
ulat,& cacing tanah.
Tarikh : 09 Sep 2015 09:25:46 AM
Responkepada : NORHAYATI BINTI ISMAIL

Contohnya perkaitan sfera :


Tumbuhan hijau menjadi sumber makanan kepada kebanyakan haiwan.
Tumbuhan hijau memerlukan cahaya matahari dan air , gas karbon dioksida
untuk melakukan proses fotosintesis karbon dibebaskan melalui pernafasan
manusia dan haiwan.
Manusia memerlukan oksigen untuk bernafas oksigen dibebaskan oleh
tumbuhan melalui proses fotosintesis.
Akar tumbuhan menyerap air dan mineral dari lapisan litosfera.
Mineral kembali ke lapisan litosfera melalui pereputan dan penguraian apabila
haiwan yang makan tumbuhan itu mati (kitaran nutrient).

Proses ini berterusan mewujudkan keseimbangan dalam sistem bumi.

Respon 3:
Salam sejahtera.
Saya setuju dengan pandangan cikgu bahawa atmosfera ialah lapisan udara
yang mengelilingi bumi dan mempengaruhi cuaca. Seperti yang dihuraikan oleh
cikgu bahawa atmosfera mengandungi beberapa lapisan seperti troposfera,
stratosfera, mesosfera, termosfera dan eksosfera. Kesemua lapisan mempunyai
ciri-ciri, suhu dan tekanan yang berbeza, serta kepentingan yang tersendiri.
Troposfera adalah lapisan paling dekat dengan permukaan bumi. Ia terbentang
sehingga 18 km dari paras laut. Ia mempunyai tekanan udara yang tinggi kerana
tarikan graviti bumi. Troposfera mempunyai kandungan udara yang sesuai untuk
kehidupan. Suhunya berkadar songsang iaitu menurun dengan ketinggian dan ia
dipisahkan oleh lapisan tropopaus. Lapisan troposfera penting untuk
menampung kehidupan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Lapisan ini
menjadi ruang kepada peredaran gas-gas di udara khususnya gas oksigen dan
karbon dioksida. Lapisan ini turut menjadi tempat berlangsungnya pelbagai
fenomena iklim serta cuaca, contohnya hujan. Lapisan ini juga bertindak sebagai
penebat kepada bahangan matahari dan bahangan bumi. Ia menyerap
bahangan daripada permukaan bumi dan matahari untuk membolehkan suhu
bumi sentiasa stabil dan menghalang kehilangan haba dari permukaan bumi.
Lapisan stratosfera atau ozonsfera pula terletak kira-kira 50 km dari permukaan
bumi. Lapisan ini tidak berawan, kering dan lebih stabil. Lapisan ini terdiri
daripada gas ozon yang berfungsi menyerap sinaran kembayung matahari.
Penyerapan ini membolehkan manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan bebas
daripada radiasi berlebihan sinaran tersebut yang boleh mendatangkan pelbagai
kesan negatif seperti kanser kulit. Stratosfera juga menjadi ruang laluan kapal
terbang supersonik.
Mesosfera merupakan lapisan udara ketiga di mana ia terletak di atas lapisan
stratosfera. Mesosfera terletak di antara 50 km hingga 80 km dari permukaan
bumi. Tekanan udara dalam lapisan ini adalah rendah dan suhunya berkadar
songsang. Proses pembakaran meteorit berlaku di lapisan ini. Lapisan
mesosfera penting untuk menghalang / menghancur meteorit besar yang jatuh
ke bumi.
Termosfera adalah lapisan terbentang di antara 80 hingga 600 km dari
permukaan bumi. Tekanan udara adalah rendah dalam lapisan ini dan suhunya
berkadar terus iaitu meningkat mengikut ketinggian. Lapisan termosfera
mengandungi zarah-zarah bercas (ion) dan ia penting dalam bidang

telekomunikasi - gelombang radio. Selain itu, ia mempunyai jaluran cahaya yang


dipanggil aurora.
Eksosfera merupakan lapisan yang paling luar iaitu selepas 700 km dari
permukaan bumi dan mengandungi udara nipis. Lapisan ini mengandungi gasgas ringan seperti helium dan hidrogen

Tarikh : 09 Sep 2015 08:23:07 PM


Respon kepada : YUSNIRA BTE YUSOF

Respon 4:
Salam sejahtera. Saya setuju bahawa kesemua komponen saling berhubung dan
bertindak balas antara satu sama lain. Ini adalah kerana wujudnya saling
berinteraksi atau saling bergantung antara sistem ini akan menuju kepada
keseimbangan alam semula jadi. Dalam interaksi ini, setiap komponen dalam
sistem dan setiap unsur dalam komponen tersebut mempunyai sifat dan fungsi
tersendiri yang membolehkan ia berperanan melaksanakan interaksinya dengan
sistem yang lain. Kepentingan hubungan saling bergantung antara sistem ini
sangat jelas apabila terdapat gangguan atau perubahan pada mana-mana
komponen menyebabkan komponen yang lain juga akan turut terjejas. Misalnya,
gangguan terhadap atmosfera akan mempengaruhi komponen hidrologi. Dalam
hal ini, apabila berlaku kekurangan turunan hujan daripada atmosfera, sumber
air tanah akan berkurangan. Kekurangan sumber air tanah ini pula akan
mengakibatkan kemarau yang akan menjejaskan haiwan dan tumbuhan (unsur
biosfera).
Tarikh : 13 Sep 2015 02:31:20 PM
Responkepada : ZURAIDAH BT ABDUL RASHID

Respon 5:
Salam sejahtera. Terima kasih kerana berkongsi pandangan cikgu.
Tarikh : 21 Sep 2014 07:24:59 PM
Responkepada : ASMAH LAILEE BT. BAHARUDDIN

GROUP FORUM 2
Kestabilan kitaran hidrologi dan kitaran karbon adalah amat penting dalam
menjamin keseimbangan ekosistem. Namun begitu, kestabilan kitaran tersebut
seringkali terganggu akibat aktiviti manusia. Bolehkah anda terangkan apakah
dan bagaimanakah aktiviti manusia boleh mengganggu keseimbangan kitaran
hidrologi dan kitaran karbon?
Jawapan :
Salam sejahtera.
Bumi wujud sebagai satu sistem yang kompleks melalui saling interaksi antara
komponen sistem bumi iaitu sistem geomorfologi, sistem atmosfera, sistem
hidrologi dan sistem ekologi. Wujudnya saling berinteraksi atau saling
bergantung antara sistem ini akan menuju kepada keseimbangan alam semula
jadi. Dalam interaksi ini, setiap komponen dalam sistem dan setiap unsur dalam
komponen tersebut mempunyai sifat dan fungsi tersendiri yang membolehkan ia
berperanan melaksanakan interaksinya dengan sistem yang lain. Dalam hal ini,
kepentingan hubungan saling bergantung antara kitaran hidrologi dan kitaran
karbon sangat jelas apabila terdapat gangguan dan perubahan menyebabkan
kestabilan turut terjejas.
Kitaran hidrologi memainkan peranan penting dalam menjamin keseimbangan
ekosistem dengan melibatkan proses pergerakan air melalui sejatan,
perpeluhan, sejat peluhan, respirasi, pemeluwapan atau kondensasi, presipitasi
dan penyusupan. Manakala dalam kitaran karbon, karbon merupakan sumber
utama dalam proses seperti fotosintesis, respirasi dan pereputan organisma,
untuk menjamin keseimbangan ekosistem.

Namun begitu, kestabilan kitaran tersebut sering kali terganggu akibat aktiviti
manusia seperti mengubah landskap fizikal secara tidak terkawal dengan
meneroka hutan, proses pembandaran, kegiatan perindustrian, perlombongan,
pertanian, perikanan, membina jaringan pengangkutan serta membangunkan
pelbagai kegiatan sosioekonomi yang lain. Keadaan ini akan menyebabkan
gangguan terhadap kitaran hidrologi dan kitaran karbon seperti :
1. Terjejasnya habitat hidupan liar yang mana hutan yang telah dimusnahkan
tidak lagi mempunyai rantaian makanan, berlaku peningkatan suhu dan
hutan tersebut tidak lagi boleh menjadi pelindung keselamatan haiwan.
2. Haiwan di kawasan terlibat akan pupus atau berpindah ke kawasan lain
untuk mencari habitat baharu yang sesuai dan selamat.
3. Hakisan permukaan juga akan semakin meningkat kerana ketiadaan
cengkaman akar pokok untuk mengukuhkan tanah. Aliran air permukaan
juga menjadi deras dan mempunyai daya hakis yang tinggi kerana
ketiadaan jajaran pokok yang menghalang. Hakisan percikan daripada
jatuhan titisan hujan akan lebih giat kerana ketiadaan kanopi daun untuk
melakukan pintasan silara.
4. Sumber wap air untuk kejadian hutan di atmosfera semakin berkurangan
kerana ketiadaan sejat peluhan daun pokok.
5. Kadar sejatan air tanah juga tinggi kerana bumi terdedah kepada sinaran
matahari. Akibatnya, tanah menjadi kering dan tidak subur.
Mikroorganisma dan haiwan tanah akan mati. Proses pereputan dan
penguraian organik menjadi perlahan.
6. Sumber oksigen dalam udara juga semakin berkurangan kerana
ketiadaan proses fotosintesis untuk membebaskan oksigen. Sebaliknya
berlaku pertambahan gas karbon dioksida kerana ketiadaan tumbuhan
untuk menyerapnya.
Tarikh : 16 Sep 2015 02:21:48 PM

Fenomena peningkatan suhu bumi yang berlaku kini antaranya adalah


disebabkan oleh ketidakseimbangan interaksi antara bahang matahari dengan
unsur air di atas permukaan bumi. Unsur air di
Keseimbangan kitaran karbon boleh terganggu akibat pengurangan pengeluar
seperti penebangan pokok yang berlebihan di samping peningkatan aktiviti
manusia seperti in
Gangguan dan perubahan terhadap kitaran hidrologi dan kitaran karbon boleh
berlaku secara semula jadi dan akibat kegiatan manusia. Begitu juga dengan
kitaran hidrologi dan kitaran karbon.

http://weatherandclimate.blog.umt.edu.my/2011/04/07/kitaran-hidrologi/
http://amsran85.blogspot.my/2007/11/konsep-kitaran-hidrologi.html
https://books.google.com.my/books?id=afRbigcDbMC&pg=PT307&dq=kitaran+hidrologi&hl=zhCN&sa=X&ved=0CCAQ6AEwAWoVChMIzraLu5b5xwIVTYOCh1uGQPy#v=onepage&q=kitaran%20hidrologi&f=false

Kitaran karbon merupakan kitaran yang paling bagi hidupan di bumi.


Keanekahidupan di planet bumi ini adalah berasaskan karbon. Karbon boleh
didapati dalam jumlah yang banyak di udara dalam bentuk karbon dioksida. Bila
tumbuhan berfotosintesis, ia menggunakan karbon dioksida daripada udara
untuk membina molekul
Respon 1:
Salam sejahtera. Saya setuju dengan cikgu.
Gangguan terhadap keseimbangan kitaran karbon, iaitu gangguan terhadap
hutan akan menyebabkan kepupusan hutan semula jadi yang luas serta
menjejaskan kualiti hutan sebagai habitat haiwan. Hutan dilenyapkan oleh
aktiviti pertanian ladang, pembalakan, pembandaran, perlombongan dan
pelbagai aktiviti ekonomi yang lain. Penyahhutanan akan mengubah saiz
keluasan hutan, kepupusan pelbagai spesies pokok, mengubah suhu
persekitaran dan melenyapkan fungsi ekologi hutan. Kesemua ini akan
membawa kepada gangguan dan perubahan, seterusnya menjejaskan
pembentukan ekosistem di atas bumi ini.

Kesan daripada keadaan tersebut menyebabkan terjadi fenomena cuaca, iaitu


pemanasan global. Fenomena pemanasan global ini memberikan kesan yang
lebih meluas terhadap sistem yang lain. Antaranya ialah pencairan ais benua di
Kutub Utara dan Kutub Selatan. Bukti-bukti masa kini menunjukkan bahawa
bongkah-bongkah ais benua di kawasan tersebut semakin menyusut setiap
tahun. Pencairan glasier Kutub Utara dan permukaan ais Greenland, dijangka
membantu menaikkan paras air laut global kepada 35 hingga 63 inci (90 hingga
160 sentimeter) menjelang 2100. Pencairan glasier di tanah tinggi di kawasan
sederhana dunia akan meningkatkan hakisan permukaan apabila berlaku
pergerakan glasier cair menuruni tanah tinggi. Dalam masa yang sama, kawasan
lembah berhampiran akan mengalami banjir.
Kesan lanjutan daripada fenomena ini ialah berlakunya kenaikan aras laut.
Keadaan ini akan menenggelamkan kawasan pantai yang rendah. Kawasan
ekologi paya bakau di pinggir pantai akan tenggelam dan sekali gus
memusnahkan ekosistem tersebut. Habitat haiwan akan musnah akibat
ditenggelami air laut.

Pencairan ais benua di Kutub Utara dan Kutub Selatan


Tarikh : 16 Sep 2015 02:23:33 PM
Respon kepada : YUSNIRA BTE YUSOF

Respon 2:
Salam sejahtera. Saya setuju dengan huraian cikgu. Selain daripada fakta di
atas, gangguan terhadap kitaran hidrologi, iaitu gangguan terhadap sumber air
sungai, laut, air bawah tanah dan tasik akibat tebus guna tanah, penerokaan

hutan, perlombongan, kegiatan pertanian, pelancongan dan perkembangan


petempatan. Kegiatan-kegiatan tersebut menyebabkan pencemaran sumber air,
kemerosotan aras air tanah dan kepupusan kawasan sumber air. Keadaan ini
akan menyebabkan :

Dalam jangka panjang, bekalan air bersih semakin berkurangan. Sungai


yang kotor dan tercemar amat sukar untuk dirawat dan dipulihkan.
Kejatuhan aras iar dalam tanah memerlukan hujan yang banyak untuk
mengembalikan keseimbangan air tanah.
Kawasan tadahan hujan akan musnah dan menyebabkan aras sungai
menyusut. Penerokaan hutan di kawasan tanah tinggi akan melupuskan
kawasan tadahan hujan. Sumber air tanah untuk mata air sungai dan
bekalan air sungai dari legeh akan kekeringan.
Pencemaran air sungai dan laut akan menyebabkan habitat akuatik
terjejas. Rantaian makanan ekosistem air terputus akibat kematian
hidupan air seperti zooplankton, plankton dan berudu yang menjadi
makanan ikan.

Tarikh : 16 Sep 2015 02:41:14 PM


Responkepada : ARUL SELVI A/P DURAR RAJ

Respon 3:
Salam sejahtera.
Saya setuju dengan fakta cikgu bahawa fenomena peningkatan suhu bumi yang
berlaku kini antaranya adalah disebabkan penebangan hutan yang berleluasa
dan tidak terkawal. Lanjutan daripada itu, berlaku ketidakseimbangan interaksi
antara bahang matahari dengan unsur air di atas permukaan bumi. Unsur air di
atas permukaan bumi telah berkurangan seperti dari hutan yang telah dilupuskan
dan permukaan paya yang telah ditimbus dan ditebus guna kerana pengurangan
kadar sejatan dan sejat peluhan wap air ke dalam udara. Permukaan bumi yang
semakin luas ditutupi tar dan simen akibat pembandaran yang pesat telah
mengurangkan susupan air ke dalam tanah. Air yang tidak memasuki tanah ini
akan hilang dan tidak menyumbang kepada proses sejatan. Keadaan ini turut
menyebabkan kekurangan hujan dan cuaca yang kering dan panas yang
meningkatkan suhu bumi. Jumlah haba matahari yang banyak diterima oleh bumi
menyebabkan
kadar
sejatan
lebih
tinggi
berbanding
kerpasan.
Ketidakseimbangan interaksi ini telah menyebabkan berlakunya kemarau yang
menjejaskan keseimbangan ekologi sesebuah ekosistem. Kadar sejatan dan
sejat peluhan yang tinggi pula akan menyebabkan kerpasan (hujan) yang
berlebihan. Ketidakseimbangan interaksi ini akan menyebabkan fenomena banjir.

Di kawasan sederhana dunia, ketidakseimbangan ini akan menyebabkan hujan


salji yang tebal.

Tarikh : 16 Sep 2015 09:04:15 PM


Respon kepada : LEE KIT LAI

Respon 4:
Salam sejahtera. Saya setuju dengan pendapat cikgu.
Sebenarnya proses kitaran hidrologi berlaku akibat interaksi antara komponenkomponen di dalam sistem hidrologi dan atmosfera. Unsur air di atas permukaan
bumi menyumbangkan wap air ke udara melalui proses sejatan dan sejat
peluhan. Wap air akan naik ke atmosfera dan mengalami pemeluwapan
membentuk hujan. Hujan yang turun ke bumi memasuki tanah (Proses susupan),
mengalir atas permukaan bumi masuk ke tasik, sungai dan laut (aliran
permukaan) serta akan disejatkan kembali ke atmosfera untuk kejadian hujan
seterusnya. Interaksi ini akan menyebabkan wujud keseimbangan air dalam
ekologi.
Manakala haba matahari dalam atmosfera akan menyebabkan
berlakunya sejatan air di atas permukaan bumi dan menghasilkan wap air ke
dalam udara untuk pembentukan hujan. Dalam masa yang sama haba matahari
juga melakukan proses sejat peluhan ke atas peluh daun dan hidupan untuk
menyumbangkan wap air bagi membentuk hujan. Sekiranya berlaku gangguan
pemanasan global akibat daripada : penebangan hutan, kebakaran hutan,
kegitan perindustrian yang banyak membebaskan gas-gas rumah hijau, maka ia
akan mengakibatkan gangguan keseimbangan kitaran hidrologi, pengurangan
kuantiti air benua daripada sumber-sumber sungai, tasik, kolam dan proses
transpirasi tumbuhan. Hal ini berlaku kerana kadar sejatan permukaan berlaku
dengan cepat, tidak sepadan dengan bekalan air yang ada. Selain itu, gangguan
ke atas kitaran hidrologi akan menyebabkan sungai, tasik dan kolam tidak
mempunyai bekalan air yang secukupnya dan lebih kritikal lagi jika punca-punca
air tersebut kekeringan air.
Untuk memelihara alam sekitar dan menjamin keseimbangan ekosistem, semua
pihak harus dipertanggungjawabkan kerana permasalahan alam sekitar
merupakan masalah bersama dan kita semua merupakan sebahagian daripada
alam sekitar itu sendiri. Kemerosotan kualiti alam sekitar akan secara langsung
menjejaskan kualiti kehidupan kita. Oleh itu, setiap lapisan masyarakat harus
memainkan fungsi masing-masing dalam menjamin kesejahteraan alam sekitar.
Tarikh : 17 Sep 2015 03:37:57 PM
Responkepada : CHAW WAI KUEN

Respon 5:
Salam sejahtera. Saya setuju dengan pendapat cikgu bahawa formula molekul
tidak
Tarikh : 27 Sep 2014 09:55:55 AM
Responkepada : NORAZMAIZA BT MIOR ANAS

Anda mungkin juga menyukai