Anda di halaman 1dari 2

HGM 239 GEOGRAFI MANUSIA

SEMESTER 1, SIDANG AKADEMIK 2020/21


TAJUK SOALAN ESEI [20%]

…………………………………………………………………………………………………………………………

ARAHAN PENULISAN ESEI

Sila ikut panduan berikut untuk penulisan esei:

1. Panjang esei adalah antara 3,000 -3,500 patah perkataan.


2. Pelajar perlu patuh kepada tatacara penulisan esei akademik dalam bidang
Geografi dan sila ikut APA referencing system.
3. Sebarang tindakan meniru atau plagiarism akan diambil tindakan tegas dan
jika terbukti melakukan kesalahan, esei pelajar akan diberikan markah ‘0’.
4. Sila gunakan font Times New Roman saiz 12, mengikut langkau 2 baris.
5. Tarikh tutup penghantaran esei seperti berikut:
(a) Esei Bahagian A – 7 Disember 2020
(b) Esei Bahagian B – 21 Disember 2020
(c) Esei Bahagian C - 28 Disember 2020

Esei perlu dihantar secara softcopy melalui saluran portal e-learing USM
selewat-lewatnya jam 5.00pm pada tarikh yang ditetapkan seperti di atas.
Esei yang dihantar lewat tidak akan diperiksa.

Pelajar perlu menulis tiga esei yang telah ditetapkan tajuknya.

BAHAGIAN A (SATU SOALAN = 20%) : Hantar pada 7 Disember

1. Dengan menggunakan contoh-contoh khusus, huraikan ENAM (6) perspektif


ruangan dalam geografi manusia.   

2. Pilih sebuah tempat bersejarah dan bincangkan bagaimana proses-proses


ruangan telah menjadikannya sebuah pusat budaya terkemuka.
3. Menggunakan  SATU budaya popular huraikan proses difusi ruangan budaya
tersebut hingga tersebar hampir ke seluruh dunia.       
  
4. Persepsi budaya yang berbeza boleh membawa konflik kepada masyarakat
yang berbeza budaya. Huraikan dengan contoh-contoh. 
BAHAGIAN B (SATU SOALAN = 20%): Hantar pada 21 Disember

5. Bincangkan perubahan yang dibawa oleh globalisasi di Malaysia dari segi


EKONOMI

6. Bincangkan perubahan yang dibawa oleh globalisasi di Malaysia dari segi


SOSIAL

7. Bincangkan perubahan yang dibawa oleh globalisasi di Malaysia dari segi


POLITIK

8. Bincangkan perubahan yang dibawa oleh globalisasi di Malaysia dari segi


BUDAYA

BAHAGIAN C (SATU SOALAN = 20%): Hantar pada 28 Disember

9. Berdasarkan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan bagaimana


perkembangan dalam sektor peruncitan global memberi implikasi terhadap
ruang ekonomi tempatan.

10. Dengan mengaplikasikan konsep dan teori yang telah anda pelajari,
bincangkan perubahan dalam lanskap sosio-ruangan bandar di Malaysia
berikutan kepenggunaan kopi.

11. Berdasarkan teori yang anda pelajari dan contoh mana-mana kawasan
bandar, bincangkan tentang kepentingan faktor-faktor tertentu di dalam
mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan bandar atau bandaraya.

12. Dengan mengambil contoh yang sesuai, bincangkan bagaimana konsep ‘fear
of crime’ dan ‘victimization’ dapat diaplikasikan dalam konteks kehidupan
masyarakat bandar masa kini.

Anda mungkin juga menyukai