KITARAN HIDROLOGI
SUMBER & BEKALAN AIR
1
PENGENALAN
Hidrosfera – air
Permukaan bumi – 70% laut + 30%
benua
Air – nadi kepada kehidupan – manusia,
haiwan, tumbuh-tumbuhan
2
3
4
5
Kitaran Air
6
Proses Menegak
Penyusupan / Infiltrasi
Pergerakan air hujan yang berlaku secara menegak menerusi liang pori
atau menerusi ruang udara yang ada dalam tanah
Faktor Mempengaruhi kadar penyusupan air:
1. Litupan tumbuhan
2. Jumlah permukaan tidak telap air
3. Jenis tanih
4. Tempoh masa hujan
5. Intensiti hujan
6. Kecerunan
7. Kandungn air dalam tanah
8. Komposisi saiz butiran tanih
7
8
Samb…
Perpeluhan / transpirasi
Kehilangan wap air melalui liang stomata daun
95% kehilangan wap air melalui liang stomata pada waktu
siang
Faktor mempengaruhi proses transpirasi :
1. Suhu
2. Tekanan wap
3. Luas pemukaan daun
4. Warna daun
5. Orientasi daun – rimbunan daun menghadap ke tmpat
terbuka dan terdedah pada angin
6. Angin
9
Cegatan silara / pintasan
Halangan daripada tumbuhan terhadap air hujan
yang turun
Halangan ini datang dari daun, ranting, dahan
batang yang menyebabkan tidak 100% air hujan
sampai ke bumi
10
Sejatan
Proses pertukaran air dari bentuk
cecair atau pepejal ke bentuk wap
air atau gas
Berlaku apabila tekanan wap di
permukaan air seperti lautan,
tasik, sungai, telaga, empangan
dan sebagainya lebih tinggi
daripada tekanan wap dalam
atmosfera.
Faktor Mempengaruhi Proses
Sejatan :
1. Suhu
2. Angin
3. Kelembapan bandingan –
kelembapan udara yang
sebenarnya dan dibandingkan
dengan keupayaan
sebenar untuk tampung air
4. Luas permukaan air
5. Tekanan wap 11
6. Kemasinan air
Sejat-peluhan /
evapotranspiration
Kombinasi antara sejatan
dan permukaan air, sejatan
dari storan lembapan tanih
dengan perpeluhan oleh
tumbuhan
Faktor Mempengaruhi
sejat peluhan :
1. Suhu
2. Kelembapan udara
3. Angin
4. Sifat kualiti dan kuantiti
air
5. Sifat tumbuhan
6. Albedo – dipengaruhi
warna permukaan 12
13
14
Kerpasan
Proses pelepasan air dari
awan dalam bentuk hujan,
salji dan hujan batu
Proses ini merupakan laluan
penting bagi air di atmosfera
kembali semula ke bumi dan
kebanyakan proses berlaku
dalam bentuk air hujan
Bentuk hujan di kawasan
tropika – perenggan,
perolakan, bukit
15
AIR HUJAN
Malaysia menerima 990 billion
m3 setahun
Hujun turun secara
bermusim:
Monsun timur laut (Nov – Mac)
membawa hujan lebat ke
kawasan pantai timur
Semenanjung, utara Sabah, dan
Selatan Sarawak
Monsum barat daya (Mei – Sep)
membawa hujan lebat ke
kawasan pantai barat
Semenanjung, Sabah dan
Sarawak 16
Aliran air bawah tanah
Pengaliran air bawah
permukaan tanih menjadikan
tanih sebagai medium utama
Berlaku secara menegak
mendatar
Faktor mempengaruhi air
bawah tanah:
1. Geologi batuan
2. Jumlah liang pori tanih
3. Litupan tumbuhan
4. Jumlah hujan
5. Simpanan air tanih sedia
ada
17
Sumber air di bawah
permukaan bumi
wujud di bawah tanah
terutama di kawasan akuifer
dan zon ketepuan
akuifer adalah kawasan
formasi geologi bawah
permukaan bumi yang boleh
menakungi air
permukaan bebas air bumi
dipanggil aras air bumi dan
zon di bawah aras ini ialah
zon ketepuan
zon ketepuan berada di
bawah tekanan hidrostatik
bahagian antara permukaan
bumi dan air bumi dipanggil
zon berudara
18
Di Malaysia, air bumi tidak digunakan kerana sumber air
permukaan sudah mencukupi
Malaysia mempunyai bekalan air bawah tanah sebanyak
5000 billion m3
Batasan kepada penggunaan air bumi:
Belum tentu bersih (bakteria, kotoran, bendasing)
Pencemaran (logam berat, bahan kimia organik)
Penggerudian dan pengepaman air bawah tanah secara
berlebihan perlu dielakkan kerana:
Mengeringkan alur, anak sungai, paya
Penyerapan air masin di kawasan persisiran pantai
Pemendapan tanah
Kewujudan lubang rongga di kawasan batu kapur
sumber air jika ada kecemasan
Denmark telah menggunakan 99% air bawah tanah
19
20
Proses Mendatar
Larian Air Permukaan
Baki air hujan yang mengalir sama ada di permukaan bumi, sub
permukaan bumi atau sungai setelah jumlah keseluruhan hujan ditolak
dengan air yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan digunakan
oleh tumbuhan.
Faktor yang mempengaruhi kadar air larian pemukaan :
1. Kecerunan permukaan/gradien
2. Intensiti hujan/kepesatan hujan
3. Tempoh masa hujan
4. Litupan tumbuhan – menyebabkan cegatan silara berlaku
5. Keporosan tanih – dilitupi atau tidak
6. Jenis permukaan
21
Pengaruh manusia terhadap proses
kitaran hidrologi
1. Pembalakan & penyahhutanan
Kurang litupan tumbuhan
2. Pertanian
Proses awal pertanian, guna tanah hutan jadi tanah komersial
Tumbuhan dibalak dan sebab berlaku pengumpulan
kelodak dalam sungai
Tanaman baru kurang litupan
3. Pembandaran
Berlaku bila wujud pertambuhan bangunan dan rangkaian
jalan raya
Sebabkan banyak permukaan tidak telap dan banyak air larian
permukaan
4. Perindustrian
Berlaku penimbunan tanah paya dan ganggu kitran hidrologi
22
5. Pembinaan empangan
Pada peringkat awal telah musnah beribu-ribu hektar
hutan
Aliran anak sungai masuk 1 kawasan dan terganggu
Aliran air adalah dikawal oleh empangan dan jejas kitaran
hidrologi secara semula jadi
Empangan menyediakan permukaan air yang luas yang
membantu proses sejatan permukaan berlaku (positif)
6. Perhutanan semula
Dapat bantu kitaran hidrologi
Contoh : tanam pokok di kawasan pembalakan
23
24
Langkah Mengatasi
Kekurangan Bekalan Air :
1. Pengekalan kawasan
tadahan air
2. Penggunaan sumber air
bawah tanah
3. Memproses air lombong
dan tasik
4. Kitar semula air
5. Pembenihan awan
6. Penyaluran air ke sungai
lain
7. Penuaian air hujan
8. Penyahgaraman air laut
9. Pendidikan dan kempen
10. Catuan air
25
SUMBER BEKALAN AIR TAWAR
Sumber di permukaan bumi
air hujan
sungai dan alur
tasik dan kolam
takungan air
Sumber di bawah permukaan air
air bumi
mata air
- telaga
26
27
28
Alur
mengalirkan air ke sungai dan
sedikit ke tasik
kadar aliran adalah kecil dan
mungkin kering pada musim
kemarau
Sungai
sumber utama air tawar di
Malaysia
semakin tercemar akibat
pembangunan pesat
1987 – 1995, berdasarkan kepada
kajian ke atas 119 sistem sungai:
sangat tercemar: meningkat dari 3
– 12%
sedikit tercemar: menurun dari 50
– 45%
bersih: meningkat dari 47 – 53%
punca pencemaran:
buangan sisa domestik, ternakan
dan industri
endapan ampaian dari hakisan
tanah akibat pembangunan tanah
dan infrastruktur yang tidak
terkawal
29
Tasik dan kolam
terjadi pada lekuk
yang dasarnya tidak
telap air
punca air dari
kawasan tadahan
melalui alur atau
sungai, kadangkala
dari bawah tanah
melalui air bumi
Takungan air
Empangan yang
dibina merentasi
sungai:
Mengimbangi
ketidakstabilan
aliran sungai
Mengawal banjir
Kegunaan air di
musim kemarau
Menghasilkan
tenaga elektrik
hidro 30
31
32
Kesimpulannya, sumber air merupakan sumber alam semula jadi
yang sangat diperlukan oleh semua organisma dan bukan
organisma untuk meneruskan kehidupan seharian.
Perkembangan dan kemajuan yang menuju ke arah permodenan
telah menyebabkan kualiti dan kuantiti sumber air semakin
berkurangan. Pelbagai aktiviti manusia secara langsung atau tidak
langsung telah menyebabkan pelbagai kerosakan terhadap
sumber air.
Pencemaran air di Malaysia terutama air permukaan khususnya di
beberapa batang sungai yang terletak berhampiran dengan
kawasan perindustrian, boleh dikatakan berada pada tahap yang
agak membimbangkan. Walaupun pelbagai langkah mengatasinya
telah diambil, namun masalah tersebut belum lagi dapat
diselesaikan secara total.
Masalah ini terus menghantui kehidupan manusia sendiri. Oleh
itu, manusia perlu mengambil satu pendekatan dan inisiatif yang
bernas untuk mengurangkan faktor penyumbang pencemaran air,
mengkitarkan semula air tercemar, dan mengekalkan kualiti
sumber air di atas permukaan bumi ini. 33