Anda di halaman 1dari 2

Kekurangan Bekalan Air Bersih

Secara umumnya negara kita mempunyai banyak sumber air, namun bekalan air bersih semakin
berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat. Keadaan ini timbul akibat
peningkatan jumlah penduduk dunia dan pelbagai kegiatan yang berkaitan dengannya.
Punca berlaku kekurangan bekalan air bersih
1. Peningkatan suhu global antara faktor menyebabkan bekalan air bersih berkurangan. Suhu
persekitaran menyebabkan kehilangan air akibat proses penyejatan. Peningkatan suhu global
menyebabkan kadar penyejatan air ke atmosfera adalah tinggi proses adalah tinggi.
2. Pencemaran akibat pengurusan sisa buangan yang tidak sistematik menyebabkan sumber air
bersih tercemar. Sungai merupakan sumber bekalan air bersih. Longgokan sampah di tapak
pelupusan menghasilkan sisa toksik yang akan mengalir ke sungai dan sumber air bersih yang lain.
Pengaliran sampah dan sisa toksik menyebabkan air tercemar, seterusnya mengurangkan bekalan
air
bersih.
3. Simpanan air bawah tanah semakin berkurangan. Air bawah tanah merupakan sumber bekalan
air bersih. Kegiatan pembalakan yang menjejaskan kawasan tadahan. Pembangunan pesat
menyebabkan air hujan tidak serap ke dalam tanah sebaliknya terus mengalir ke sungai. Keadaan ini
mengakibatkan kuantiti air bawah tanah berkurangan seterusnya menjejaskan bekalan air bersih.
Kesan/Masalah
akibat
kekurangan
bekalan
air
bersih
1. Kekurangan bekalan air bersih akan menjejaskan kesihatan. Kekurangan air bersih untuk
diminum akan menyebabkan masalah kekurangan air dalam badan 'dehydration.Kekurangan air
bersih untuk diminum akan menyebabkan penyakit seperti taun kerana terpaksa meminum air yang
tercemar.
2. Kekurangan air akan menyebabkan tanah menjadi kontang. Air yang tercemar akan menjejaskan
kualiti
tanah.
Keadaan
ini
akan
menjejaskan
aktiviti
pertanian.
3. Kekurangan sumber air akan mengakibatkan kepupusan flora dan fauna. Flora dan fauna
memerlukan sumber air untuk hidup. Air yang tercemar menyebabkan flora dan fauna akan mati
akibat
kekurangan
air.
Langkah
meningkatkan
bekalan
air
bersih.
1.Bagi meningkatkan bekalan air bersih lebih banyak loji rawatan air dibina. Pembinaan loji rawatan
air membolehkan air sungai, air tasik dan air dari sumber lain yang tercemar diproses menjadi
sumber
air
bersih.
2. Peningkatan dalam R & D dapat membantu menambah sumber bekalan air bersih. R&D
membolehkan penciptaan alatan moden bagi merawat air buangan. Melalui R&D juga air laut boleh
diproses
menjadi
air
untuk
minuman.
3. Menyediakan lebih banyak kawasan tadahan air dapat meningkatkan bekalan air bawah tanah.
Mengawal aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan dapat menyediakan lebih banyak kawasan
tadahan
air.

4. Mengawal pembuagan sisa kimia dan toksik dapat mengawal sumber bekalan dari tercemar. Sisa
buangan kimia dari aktiviti pertanian dan industri diurus secara sistematik.
Posted 7th November 2010 by perigibakti

Sumber : perigibakti.blogspot.

Anda mungkin juga menyukai