Anda di halaman 1dari 7

PENCAPAIAN DAN SUMBANGAN PUAN HAJAH ZAINI BINTI MOKHTAR

DALAM BIDANG PENDIDIKAN PADA TAHUN 1964-2015

PENGENALAN

Tokoh pendidikan ialah individu yang telah banyak berjasa kepada masyarakat dan negara

khususnya dalam bidang pendidikan. Ketokohan tersebut membolehkan beliau/seseorang

tokoh itu menjadi role model kepada generasi pada masa akan datang dalam usaha memajukan

bidang berkaitan pendidikan. Sejarah telah banyak membuktikan betapa besarnya peranan

tokoh-tokoh pendidikan negara dalam memajukan pendidikan di Malaysia.

Masyarakat kita tidak asing lagi dengan tokoh-tokoh seperti Prof. Diraja Engku Aziz,

Dr. Khoo Kay Kim, Pendeta ZABA, Prof. Nik Safiah Karim dan beberapa tokoh lagi. Dalam

hal ini, negara juga tidak kurang memiliki tokoh-tokoh pendidikan tempatan yang wajar diberi

perhatian. Mereka ini sebenarnya telah meneruskan legasi perjuangan tokoh-tokoh pendidikan

terdahulu yang ada di negara kita. Berdasarkan matlamat tersebut, Puan Hajah Zaini binti

Mokhtar telah dilihat sebagai tokoh pendidikan tempatan yang banyak berjasa dalam

memajukan pendidikan di daerah Hilir Perak dari tahun 1964-2015.


OBJEKTIF KAJIAN

Penulisan kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti latar belakang tokoh dalam bidang

pendidikan. Dengan adanya kajian ini, masayrakat akan dapat mengetahui latar belakang tokoh

dalam bidang pendidikan dan menjelaskan bagaimana beliau telah menceburkan diri dalam

bidang pendidikan.

Selain itu, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk menilai sumbangan tokoh

dalam memajukan pendidikan di daerah Hilir Perak. Hal ini kerana dalam tempoh kajian, tokoh

telah menabur banyak bakti dalam bidang pendidikan sepanjang tempoh kajian.

Di samping itu, kajian juga bertujuan untuk menjelaskan pencapaian tokoh dalam bidang

pendidikan dalam Daerah Hilir Perak. Hasil perbincangan kajian membolehkan masyarakat

menilai pencapaian tokoh di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan seterusnya

menilai perubahan terhadap perkembangan pendidikan di kawasan kajian.


PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian dilakukan untuk mengetahui apakah latar belakang tokoh yang meliputi

aspek sejarah hidup, pendidikan awal sehingga ke peringkat tinggi dan bagaimana beliau

boleh terlibat dalam sektor pendidikan. Hal ini kerana sejarah latar belakang tokoh sangat

penting ditonjolkan sebagai usaha memperkenalkan tokoh kepada masyarakat dan dapat

memberikan gambaran penglibatan tokoh sejak awal dalam bidang pendidikan.

Selain itu, kajian ini dilaksanakan untuk mengenal pasti apakah sumbangan tokoh

dalam memajukan pendidikan di daerah Hilir Perak dalam tempoh kajian. Melalui kajian ini,

masyarakat dapat menilai sumbangan tokoh dalam bidang pendidikan yang bukan sahaja

pada peringkat tempatan malah pada peringkat negeri dan kebangsaan.

Akhirnya, kajian ini dijalankan untuk menilai sejauh manakah pencapaian tokoh

dalam bidang pendidikan di Daerah Hilir Perak dalam tempoh kajian. Secara tidak langsung,

kajian melihat bagaimana pencapaian tokoh telah membawa perubahan dan kemajuan bidang

pendidikan di kawasan kajian.


SKOP KAJIAN

Aspek tema kajian dipilih melibatkan tokoh dalam bidang pendidikan dimana tokoh

tersebut merupakan anak tempatan yang banyak berjasa dalam memajukan aspek pendidikan

khususnya malah masih belum terdapat kajian dimulakan berkaitan tokoh.

Dalam usaha menonjolkan tokoh tempatan ini skop masa yang dipilih meliputi tempoh

16 tahun iaitu dari tahun 1964 hingga 2015. Tempoh kajian tersebut dipilih memandangkan

sepanjang tempoh kajian, terdapat banyak sumbangan dan pencapaian yang telah dilakar oleh

tokoh sebagai guru dan pengetua.

Bagi skop kawasan pula, daerah Hilir Perak dilihat sangat sesuai memandangkan

sepanjang tempoh kajian tokoh berkhidmat di kawasan tersebut dan impak pencapaian tokoh

sangat jelas di sini.

SOROTAN KAJIAN LEPAS

Terdapat beberapa sorotan kajian lepas yang digunakan dalam usaha penghasilan kajian

berkaitan tokoh Puan Hajah Zaini binti Mokhtar. Antaranya, Buku Pendidikan Bestari

Daerah Hilir Perak, terbitan Jabatan Pendidikan Negeri, 2013. Buku ini telah memberi

beberapa maklumat penting berkaitan sumbangan tokoh dalam memajukan bidang pendidikan

di Daerah Hilir Perak dan secara tidak langsung memaparkan kejayaan yang dicapai oleh PPD

Hilir Perak semasa di bawah pentadbiran beliau.

Selain itu, buku Tokoh Guru Kebangsaan 1998: Sumbangan Bakti Mendapat

Pengiktirafan oleh Rahman bin Idris Shah, terbitan 1999, Nusantara Publication dilihat

dapat membantu kajian melalui kupasan ciri-ciri positif tokoh pendidikan dan memberi

gamabaran kepada pengkaji akan pentingnya sumbangan tokoh pendidikan ini kepada

masyarakat dan negara.


Di samping itu, karya Perjuangan Memperkasakan Pendidikan di Malaysia :

Pengalaman 50 tahun Merdeka oleh Nor Aini bt. Idris terbintan 2008, Utusan Publication

dapat memberi gambaran penulisan sejarah yang dilakukan mengikut kaedah kronologi.

Kaedah kajian

Dalam penghasilan kajian sejarah ini, kaedah kajian yang diguna pakai sangat penting dalam

usaha mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tokoh yang dikaji.

Antaranya, kaedah kepustakaan di mana pusat sumber menjadi lokasi utama bagi

mendaoatkan sumber rujukan bertulis yang sesuai sama ada dari sumber buku, jurnal, akhbar,

artikel dan sumber internet.

Kaedah seterusnya ialah kaedah temubual bagi memperolehi sumber perimer secara

lisan. Temubual dianggap antara kaedah yang penting kerana melaluinya pelbagai sumber

primer dapat diperolehi. Temubual boleh dijalankan dengan individu-individu yang berautoriti

dan mempunyai hubungan dengan tokoh serta mampu memberikan maklumat yang sahih.

Antaranya, kaedah lapangan turut digunakan bagi melengkapkan maklumat berkaitan

tajuk. Kerja lapangan ini melibatkan pengkaji mengunjungi kawasan kajian bagi menjalankan

soal selidik terhadap responden yang pernah berkhidmat di bawah pimpinan tokoh. Maklumat

kerja lapangan mampu memperkukuhkan maklumat berkaitan kajian tokoh tersebut.


PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Secara keseluruhannya, kajian dapat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian

pengenalan, isi dan kesimpulan.

Bahagian Pengenalan menerangkan perkara umum berkaitan tokoh seperti biodata

dan mengaitkan secara umum tujuan kajian dilakukan. Melalui pengenalan, membantu

masyarakat mengenali tokoh secara umum.

Bahagian Isi pengkaji memberi fokus kepada 3 aspek utama yang menjadi

permasalahan kajian iaitu latar belakang, sumbangan dan pencapaian tokoh dalam bidang

pendidikan. Jelas menunjukkan tokoh banyak memberi sumbangan dan meninggalkan impak

yang positif dalam aspek pendidikan di daerah Hilir Perak.

Bahagian Kesimpulan menjelaskan rumusan hasil kajian berkaitan tokoh dimana

kajian ini bakal menjadi kajian rintis berkaitan tokoh berkenaan.

PENUTUP

Kepentingan kajian dilakukan adalah sebagai kajian sulung berkaitan tokoh kajian kerana

pengkaji mendapati tiada kajian yang spesifik berkaitan tokoh berkenaan dilakukan sebelum

ini. Di samping itu, kajian ini berperanan dalam menilai sumbangan dan pencapaian tokoh

dalam bidang pendidikan. Oleh itu, hasil kajian ini membolehkan generasi muda untuk

menghargai sumbangan tokoh dalam memajukan bidang pendidikan di Hilir Perak. Akhirnya,

kajian ini juga akan menjadi panduan dan rujukan berharga kepada pengkaji sejarah berkaitan

tokoh pada masa akan datang. Jelas menunjukkan kajian cuba mengangkat ketokohan beliau

sebagai tokoh yang berkaliber.


BIBLIOGRAFI

Prof. Dr. Khoo Kay Kim, Budaya Pendidik Abad 21, Utusan Publication, K.Lumpur,2009

Rahman Shaari, Wawasan 2020 dalam Pendidikan Kini, Nusa Publication, Shah Alam, 2011

Anda mungkin juga menyukai