Anda di halaman 1dari 21

BAB II

GAMBARAN UMUM LOKASI PENELITIAN

Suatu kesulitan yang amat nyata sekali dalam menyusun bab ini ialah

kurangnya bahan-bahan bertulis yang dapat dirujuk sebagai panduan permulaan

untuk penulis. Oleh karena itu, maka seperti dinyatakan pada permulaan kajian

ini bukanlah suatu kajian yang definitive dan kebenaran fakta sejarah yang

terkandung di dalam penulisan ini boleh dipertikaikan.

Sejarah tempatan boleh dianggap sebagai micro-history yang termasuk

dalam bidang yang lebih besar yaitu macro history, yang di sini dapat kita

fahamkan sebagai sejarah kebangsaan. Adalah difikirkan sesuai di sini untuk

dipetik huraian yang dibuat oleh Teuku Ibrahim Alfian berkenaan dengan sejarah

tempatan ini,27

Sejarah lokal adalah sejarah unit-unit yang lebih kecil daripada


sejarah negeri dan sejarah negeri merupakan unit-unit sejarah yang lebih
kecil pula daripada sejarah nasional atau sejarah kebangsaan. Pusat sejarah
lokal adalah lingkungan sekitar. Konsep neighbourhood ini dipinjam dari
Philip D. Jordan yang menyatakan bahwa kata ini disamping berarti distrik
atau lokaliti berarti juga lembaga-lembaga politik, ekonomi dan sosial yang
beroperasi dalam lokaliti itu.

Penulis memilih cara naratif karena cara inilah yang sesuai dalam keadaan

kurangnya sumber-sumber rujukan untuk dibandingkan kesahihan fakta ini.

Walaupun demikian, penulis tidak akan menurut cara naratif ini secara mutlak. Di

27
Lihat Teuku Ibrahim Alfian, Sejarah Lokal dalam Pengkajian Sejarah Malaysia,
Dewan Masyarakat, Januari, 1971. Pendapat Jordan yang dipetiknya itu terdapat dalam Philip D.
Jordan, The Nature and Practise of State and Local History, 1958.

19
20

tempat-tempat yang sesuai untuk dibincangkan penulis akan cuba memberikan

pendapat-pendapat yang sesuai.

A. Gambaran Umum daerah Besut

Besut ialah sebuah daerah yang terletak di dalam Negeri Terengganu.

Menurut sejarah, Besut dahulunya merupakan sebuah negeri dan mempunyai

rajanya tersendiri sebelum masuk di bawah naungan negeri Terengganu. Daerah

Besut terletak paling ke utara di Negeri Terengganu dan ia bersempadan dengan

daerah Pasir Puteh di Kelantan dengan luasnya 878.2 meter persegi.28 Oleh

karena letaknya berhampiran dengan negeri Kelantan, maka bahasa penduduknya

adalah sama dengan loghat Kelantan. Bahasa inilah yang membedakan penduduk

Besut dengan penduduk negeri Terengganu di daerah-daerah yang lain.

28
Pesta Rakyat Besut Terengganu, (Kelantan : Meng Meng Printing & Stationery Co.
Sdn. Bhd., 1976), hlm. 16
21

Peta 1.

Peta Negeri Terengganu


22

Pekerjaan utama bagi penduduk daerah Besut adalah nelayan dan juga

petani. Terdapat lima buah sekolah yang awal di bina di daerah ini dan termasuk

sebuah sekolah menengah Inggeris. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di

Kampung Raja. Di sinilah terdapat Pejabat Daerah dan Tanah, Balai Polis daerah,

Jabatan Kerjaraya dan beberapa jabatan yang penting lagi.29

Namun dari tahun ke tahun, penduduk di daerah ini semakin bertambah.

Di bawah ini menunjukkan tabel data-data penduduk di daerah besut.30

No. Bangsa Jumlah Penduduk Peratus

1. Melayu 71, 028 97.88

2. Cina 1, 378 1.90

3. India 159 0.22

4. Lain-Lain 1 0.00

Jumlah 72, 566 100

Tabel 3
Jumlah penduduk di daerah Besut.

B. Sejarah Lokasi Penelitian

Besut pada awalnya diduduki dan diperintah oleh orang Pangan (orang

asli). Kemudian diperintah oleh orang Melayu yang baru datang itu tidak dapat

dipastikan dari mana tempat asalnya namun menurut sumber, orang-orang ini

29
Yusoff Nik Mohd Nor, dkk., Malaysia Dari Segi Sejarah, (Kuala Lumpur : Persatuan
Sejarah Malaysia, 1983), hlm. 33.
30
Majlis Daerah Besut, Rancangan Tempatan Jerteh-Kg. Raja- Kuala Besut 2001-2010,
(Kuala Terengganu : Percetakan Yayasan Islam Terengganu, 2002), hlm. 2-7
23

berasal dari Palembang. Ketua bagi orang Melayu ini dikatakan bernama Cik

Latif. Adalah menarik ceritanya bagaimana Besut ini kemudiannya bertukar

tangan dari orang Pangan kepada orang Melayu. Dikatakan bahwa ketua orang

Pangan itu yang bernama Besut telah menyerahkan kawasan pemerintahannya itu

kepada Cik Latif dengan tukaran hanya satu gantang mata kail. Dari sini kita

ketahui bahwa nama daerah Besut itu berasal dari nama ketua orang Pangan itu.31

Berikutan dengan pertukaran kuasa itu, maka dikatakan ramai orang

Pangan itu yang telah berpindah ke Ulu Besut. Namun begitu masih ada di antara

mereka yang terus tinggal di kawasan tersebut, di sekitar Besut. Cik Latif

kemudian memerintah Besut, yaitu menjadi rajanya. Beliau dan orang-orangnya

kemudian telah membina sebuah perkampungan di tepi sungai Besut yang diberi

nama Palembang, diambil sempena tempat asal mereka di Sumatera yaitu

Palembang. Adalah dikatakan bahwa keturunan Cik Latif ini masih ada tinggal di

daerah Besut pada masa ini.32

Cik Latif kemudian diganti oleh anaknya yaitu Cik Kamat. Semasa

pemerintahannya, Besut telah diserang oleh lanun-lanun yang telah lama

bermaharajalela di pulau-pulau sekitarnya. Antara ketua perompak lanun ini

termasuklah Panglima Ebeh dan Panglima Garang. Untuk mententeramkan

kekacauan ini, Cik Kamat telah memohon bantuan dari Terengganu. Permohonan

bantuan ini telah diperkenankan oleh pemerintah Terengganu pada masa itu yaitu

Sultan Mansur I (Marhum Berjanggut) yang memerintah dari 1726-1793. Baginda

31
Yusoff Nik Mohd Nor, dkk.,Op. Cit. hlm. 34
32
Keterangan ini diberikan oleh Ayah Su CIk Husin, Penghulu Kampung Seberang
Kastam. Dia mengatakan keturunan Cik Latif ini masih ada yang tinggal di Kampung Palembang,
Kampung Raja Besut. Namun begitu, penulis tidak berkesempatan untuk menemui orang yang
dimaksudkan itu.
24

telah menghantar satu angkatan tentera ke Besut dengan diketuai sendiri oleh

puteranya, Tengku Kadir. Lalu perompak-perompak tersebut telah berundur ke

Pulau Perhentian.

Berikutan dengan kejayaan itu, Tengku Kadir telah dianugerahkan oleh

Sultan Terengganu kuasa untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula telah dilantik

menjadi seorang Orang Besar Besut serta hak ke atas Pulau Rhu. Dari peristiwa

ini, satu kesimpulan dapat diberikan tentan tarikh bilakah Besut dibuka. Ianya

dibuka lebih kurang pada awal abad ke-18. Langkah pertama yang telah diambil

oleh Tengku Kadir setelah dilantik sebagai raja pertama negeri Besut ialah

memperkuatkan kedudukan dan pemerintahannya itu. Untuk ini beliau telah

membina benteng-benteng pertahanan di sepanjang Sungai Besut berhampiran

dengan Kota Palembang dan seterusnya juga mendirikan tempat kediaman yang

baru di Kampung Raja. Besut terus aman dan damai di bawah pemerintahannya.

Tengku Kadir telah digantikan oleh puteranya, Tengku Ali. Semasa

pemerintahannya satu peperangan telah berlaku antara Besut dan Terengganu.

Menurut Tuan Haji Salleh bin Haji Awang dalam bukunya Mengkaji Sejarah

Besut, peperangan ini yang lebih dikenali sebagai Peperangan Besut, berlaku lebih

kurang dalam tahun 1876 semasa pemerintahan negeri Terengganu diperintah

oleh Sultan Omar. Punca peperangan ini tercetus adalah karena sikap Tengku Ali

yang enggan tunduk ke bawah perintah Sultan Omar dan cuba pula untuk

menderhaka. Pada suatu ketika, perselisihan ini hampir-hampir turut melibatkan

orang-orang Kelantan. Sultan Omar telah menghantar satu angkatan perang dan
25

menyerang Besut. Tetapi pada saat terakhir, Tengku Ali telah melarikan diri ke

Kelantan. 33

Antara sebab-sebab Tengku Ali memberontak terhadap Sultan Omar

adalah karena dasar Marhum Baginda memerintah daerah-daerah secara langsung.

Tengku Ali telah memerintah Besut selama 15 tahun dengan tidak mempunyai

apa-apa hubungan yang rapat dengan pihak istana di Kuala Terengganu. Beliau

telah berusaha secara rahsia untuk mendapatkan bantuan dari Kelantan supaya

menurunkan baginda sultan dari tahtanya dengan menggantikan Tengku Cik

Muda (putera Yamtuan Muda Tengku Abdullah). Namun, usaha Tengku Ali ini

tidak berjaya. Arakian suatu persiapan telah diaturkan untuk melantik Tengku

Ahmad anak saudara kepada baginda Sultan Omar sebagai Yamtuan Muda dan

baginda telah menjemput Tengku Ali Besut supaya menghadiri istiadat ini. Tetapi

beliau enggan memperkenankan jemputannya apabila baginda sultan menghantar

pula beberapa orang utusannya untuk menjemput Tengku Ali. Mereka mendapati

Tengku Ali sedang berkumpul di Kampung Raja dengan beberapa pasukan

bersenjata dari Kelantan.34

Pihak baginda telah menghantar surat bantahan kepada pemerintah Siam

di Singgora dan memberi amaran supaya pihak Kelantan jangan mencampuri hal

ehwal di Besut. Setelah itu, baginda pun menghantar satu angkatan perang ke

Besut seramai 8,000 orang ikut laut. Angkatan ini dikhabarnya diatur oleh Syed

Sri Perdana (Engku Syed Zain bin Muhammad) yang dianggap sebagai Perdana

Menteri baginda sultan. Angkatan ini telah membedil Besut dari arah laut dan

33
Pesta Rakyat Besut Terengganu, Op. Cit. hlm. 17.
34
Yusoff Nik Mohd Nor, dkk.,Op. Cit. hlm. 34
26

Tengku Ali sempat melarikan diri ke Kelantan dan meninggal dunia di sana pada

11 Zulkaedah 1292 H. kemudian, pemerintahan Besut diwakilkan kepada Tengku

Ngah dan kemudiannya kepada Tengku Cik, anak kepada Tengku Kadir.

Tengku Ngah dan Tengku Cik adalah bersaudara. Pada peringkat awalnya,

Tengku Ngah yang telah menjadi pemerintah Besut. Tengku Ngah di kalangan

pengikut-pengikutnya dikenali dengan gelaran Tengku Kelantan karena beliau

beristerikan orang Kelantan. dikatakan semasa pemerintahan beliau, ramai orang

Kelantan yang datang ke Besut terutama sanak saudara dan kenalan atau orang-

orang isterinya. Dikatakan juga bahwa Tengku Kelantan ini tidak lama

memerintah. Beliau menyerahkan kuasa pemerintahannya kepada saudaranya

yaitu Tengku Cik. Pada masa pemerintahan Tengku Ngah, dikatakan telah berlaku

satu sengketa perebutan kuasa pemerintahan. Sengketa tersebut berlaku di antara

Tengku Ngah yang memerintah di Kampung Raja dan Tengku Cik yang

bekerjasama dengan Tengku Muda yang berkuasa di Kampung Lampu.

Jarak kedua-dua tempat ini tidak jauh dan hanya dipisahkan oleh sebatang

sungai sahaja. Pada masa kemuncak sengketa masing-masing telah menyeberangi

sungai tersebut. Betapa seriusnya peristiwa tersebut dapatlah dilihat dengan

kedatangan Sultan Terengganu sendiri untuk menyelesaikannya. Sultan telah

menyelesaikan persengketaan tersebut dengan melantik Tengku Cik menjadi raja

Besut alasan yang diberikan terhadap tindakan itu bahwa Tengku Muda tidak

layak menjadi raja karena dia tinggal di bagian matahari jatuh. Kebetulan pada
35
waktu itu, Kampung Lampu terletak di bagian matahari terbenam. Untuk

35
Ibid. hlm. 35.
27

mengelakkan kemungkinan berlakunya perselisihan, Tengku Cik telah

menyerahkan pemerintahan Besut ke bawah pemerintahan Terengganu sekalipun

tindakan itu kurang dipersetujui oleh keluarganya yang dan dan juga pembesar-

pembesar Besut.36

Selepas dari penyerahan pentadbirannya itu ke bawah Terengganu,

kedudukan Besut sebagai sebuah negeri pun berakhir. Sejak itu, Besut mula

ditadbirkan oleh seorang Pesuruhjaya yaitu wakil dari Sultan Terengganu. Tengku

Haji Cik juga telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Besut yang pertama. Tidak lama

selepas itu, Terengganu menerima naungan dari British. Ini turut sama melibatkan

Besut. Seorang pegawai British yang berpangkat Penolong Penasihat British yang

pertama bagi Besut adalah P.A.B. McKerron. Beliau mula tiba di Besut dalam

tahun 1927, semasa Tengku Long yang telah menggantikan Tengku Cik menjadi

Pesuruhjaya Besut.

Selepas itu, tiada lagi perubahan-perubahan penting yang berlaku. Sistem

Pesuruhjaya dan Penolong Penasihat British kekal sehingga saat bermulanya

kependudukan Jepun. Tengku Long telah digantikan oleh Tengku Sulong (Tengku

Lela Segara) sebagai Pesuruhjaya. Pada saat tercetusnya Perang Dunia Kedua,

jawatan ini disandang oleh Tengku Wira dan bagi jawatan Penolong Penasihat

British pula digantikan oleh E.V.G. Day dan kemudiannya diganti lagi

W.A.C.Goode.

Semasa kependudukan Jepang, Besut ditadbir oleh Wakil Gabenor Jepang

di Kuala Terengganu yaitu Aratake. Sistem Pesuruhjaya tetap diteruskan oleh

36
Pesta Rakyat Besut Terengganu, Op. Cit. hlm. 17.
28

pihak Jepang. Tuan Haji Wan Long (Datuk Sang Sura Pahlawan) menjadi

Pesuruhjaya Besut semasa kependudukan Jepang. Pada keseluruhannya tidak ada

kekacauan besar yang berlaku sehinggalah tiba saat kekalahan pihak Jepang. Tuan

Haji Wan Long telah digantikan oleh Tengku Seri Akar dan pada tika ini

berlakulah penyerahan Besut oleh Jepang kepada pihak Siam dan seterusnya

kekalahan Jepang dan perkembalian askar-askar British. Pihak British telah

menghapuskan jawatan Pesuruhjaya sebaliknya Besut diletakkan di bawah

pentadbiran seorang Deputy Resident commissioner. Orang yang pertama

menjawat jawatan ini adalah Encik Abdul Aziz bin Husin J.P. 37

Dari tahun 1947 sehingga 1954, pentadbiran Besut diletakkan pula di

bawah seorang Pegawai Tadbir yaitu C.C.Mowat. Setelah itu, sistem Pegawai

Daerah pula diperkenalkan. Seorang pegawai British yang bernama I.M.Edye

mula-mula dilantik untuk menjawat jawatan ini. Beliau kemudiannya digantikan

oleh Encik Mustaffa bin Abdul Jamal, seorang Pegawai Pentadbiran Awam

Negeri Terengganu. Semasa beliau menjawat jawatan ini, Tanah Melayu

mencapai kemerdekaan. Di Besut, upacara yang bersejarah itu diadakan di Padang

Bola Lama Kampung Raja.

37
Ibid. hlm. 18.
29

1. Geografis dan Demografis

Jerteh adalah bandar utama dan sedang berfungsi sebagai sebuah pusat

perniagaan bagi Daerah Besut. Ia terletak di lokasi yang strategik, yaitu di laluan

utama dari Kuala Terengganu ke Kota haru, Kelantan serta terletak dalam koridor

pembangunan Daerah Besut. Bandar ini sedang menerima tekanan pembangunan

dan density pembangunan pusat bandar yang agak tinggi. Selain mempunyai

lokasi yang strategik, bandar ini juga, mempunyai kelebihan dari segi kesediaan

tanah kosong yang berpotensi untuk pembangunan dalam kawasan pusat bandar

dan pinggir bandar. Keluasan keseluruhan daerah Besut adalah lebih kurang 10,

238.86 hektar. Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Besut38

38
Majlis Daerah Besut, Op. Cit., hlm. 1-1.
30

Peta 2.

Peta daerah Besut, Terengganu.


31

Kawasan penelitian penulis terletak di dalam daerah Besut, Negeri

Terengganu Darul Iman yaitu di sebelah timur semenanjung Malaysia. Daerah ini

terletak di utara negeri Terengganu dan bersebelahan dengan negeri Kelantan.

Daerah Besut ini merangkumi 15 mukim39. Di antara mukim-mukim tersebut

adalah Mukim Kuala Besut, Mukim Keluang, Mukim Kampung Raja dan

beberapa mukim lagi.

Rajah 1.

Rajah kedudukan mukim di daerah Besut.

Keadaan topologi kawasan penelitian adalah secara keseluruhannya rata,

rendah dan beralun. Secara amnya, topologi di kawasan ini adalah kurang dari 20
39
Mukim - penduduk tetap di suatu tempat, tinggal tetap lebih daripada satu masa haji di
Mekah.
- Kawasan tempat tinggal yang di bawah perintah seorang penghulu.
32

meter dari paras air laut. Keadaan tanah pamah yang rendah ini menyebabkan

kawasan ini mudah dinaiki air apabila tiba musim tengkujuh. Kawasan yang agak

tinggi terdapat di bagian barat yaitu di bagian barat daerah, kawasan perlancongan

Bukit Keluang (141M), dan di bagian timur daerah ini yaitu di Pulau Rhu (105M)

yang terletak di persisiran Pantai Air Tawar. Sebagian besar dari kawasan daerah

Besut ini merupakan kawasan yang rendah yaitu hanya 2 meter dari paras laut.

Kawasan yang paling rendah terdapat di kawasan persisiran Sungai Besut dan

Sungai Keluang. Analisa kecerunan mendapati hampir keseluruhan daerah Besut

mempunyai tahap kecerunan kurang daripada 5% melainkan kawasan berbukit

yang telah dikenalpasti seperti yang telah disebutkan di atas. Tiada pembangunan

yang digalakkan di kawasan berbukit ini kecuali aktivitas yang bersifat rekreasi

seperti mendaki bukit.

Data dan maklumat untuk ciri-ciri iklim diambil dari stesen Lapangan

Terbang Kuala Terengganu di mana daerah Besut mempunyai iklim khatulistiwa

lembab yaitu suhu yang seragam, kelembapan bandingan yang tinggi dan hujan

sepanjang tahun. Namun corak cuaca harian kawasan penelitian banyak

dipengaruhi oleh musim semasa. Taburan hujan di kawasan penelitian mengikut

jumlah taburan hujan bulanan selama 5 tahun (2005-2010). Dari data tersebut

didapati taburan hujan bulanan adalah rendah dari bulan Januari hingga Mei.

Taburan hujan agak tinggi dari bulan November dan Disember hingga mencapai

paras maksima 1,111.3 mm pada bulan Disember 2010. Paras taburan hujan

paling minima adalah pada bulan April 2008 yaitu hnya 0.5 mm hujan turun

selama 1 hari. Manakala purata suhu bulanan pula mempunyai perbedaan yang
33

agak ketara dimana suhu yang paling rendah dicatatkan pada bulan Januari yaitu

22.8°C dan yang paling tinggi pada bulan April/ Mei yaitu 34.9°C. peratus

kelembapan bandingan catatan paling tinggi pada bulan November 2005 yaitu

89.8% dan yang paling rendah pada bulan April dan Julai 2006 yaitu 60.9%

karena jumlah taburan hujan yang rendah.

Rata-rata kelembapan bandingan minima dan maksimal dalam daerah

Besut adalah 96% dan 65% masing-masing. Purata kelembapan bandingan harian

direkod sebanyak 82%. Ros tiupan angina stesen terdekat dengan kawasan

penelitian adalah stesen Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu

yang dikumpulkan dari tahun 1995-2005. Pada amnya, tiupan angina utama di

kawasan penelitian adalah angina Monsun Timur Laut. Angin yang bertiup dari

arah timur dan selatan bertiup dalam bulan April sementara dari bulan Mei hingga

September angina bertiup dari arah selatan. Pada bulan Oktober, angina bertiup

dari arah selatan dan barat-daya. Angin bertiup dari arah timur-laut dalam bulan

November hingga Mac.40

2. Aspek Ekonomi

Dari berbagai aspek kemajuan, sektor pertanian paling banyak menerima

perubahan. Hal ini adalah tepat sekali dengan kedudukan daerah ini yang terkenal

sebagai daerah pertanian. Berhubungan dengan ini, Besut amat berbangga dengan

Rancangan Pembangunan Pertaniannya yang telah dilaksanakan dalam

Rancangan Malaysia Kedua. Projek ini telah menelan belanja RM 23.3 juta adalah

40
Ibid. hlm. 2-1
34

yang ketiga terbesar di Malaysia yaitu selepas Rancangan Muda di Kedah dan

Rancangan Kemubu di Kelantan. Projek ini dapat membekalkan air kepada tanah

seluas 12,000 ekar sawah padi dan kemudahan-kemudahan kepada 3,000 orang

petani. Adalah dijangkakan, kemudahan-kemudahan dari projek ini akan

menambahkan hasil pengeluaran padi daerah Besut dari 10,000 gantang kepada

50,000 gantang padi setahun.41

Selain daripada rancangan yang disebutkan di atas, Kerajaan Negeri juga

telah melaksanakan projek yang sama secara mandirian, seperti Rancangan

Perairan Pelagat dan Lembah Setiu. Rancangan-rancangan ini akan menambahkan

lagi keluaran hasil sawah di daerah ini. Bersama-sama kemajuan ini, terdapat dua

lagi projek kemajuan yang bertujuan memesatkan lagi pembangunan pertanian di

daerah ini. Kedua-dua projek tersebut ialah pembinaan Institut Pertanian Besut di

Tok Dor dan Kompleks Lembaga Padi dan Beras Negara di Bukit Kenak. Kedua-

dua projek ini menelan belanja hampir RM 11.5 juta.

Mempelbagaikan jenis pertanian adalah merupakan satu lagi matlamat

penting yang cuba dicapai oleh kerajaan dalam rancangan kemajuan pertaniannya.

Dalam hubungan ini, daerah Besut tidak ketinggalan. Satu kawasan yang luas

10,000 ekar di Padang Saujana telah dipilih sebagai tapak percubaan untuk

tanaman gajus secara perdagangan. Projek yang ulung di Malaysia ini

diselenggarakan oleh CIMA dan telah mulakan sejak tahun 1973 lagi. Adalah di

jangkakan Ladang Gajus CIMA ini akan dapat mengeluarkan hasilnya yang

41
Pesta Rakyat Besut Terengganu, Op. Cit. hlm. 19.
35

pertama pada tahun 1976. Jumlah pengeluarannya ditaksirkan sebanyak 750 tan

dan jumlah ini meningkat kepada 3,533 tan setahun menjelang tahun 1980.

Perikanan merupakan lapangan hidup yang kedua pentingnya bagi

penduduk daerah ini. Sesuai dengan ini, berbagai perojek yang bertujuan untuk

meninggi dan mengubah kehidupan nelayan juga diambil alih oleh pihak kerajaan.

Pada akhir tahun 1975, Majuikan telah melaksanakan satu projek perikanan yang

menelan belanja lebih dari RM 1 juta. Di bawah projek ini, 12 buah motor bot

pukat tunda telah diserahkan kepada Majuikan Besut, di Kuala Besut. 72 orang

nelayan telah dipilih untuk menyertai projek ini dan tidak syak lagi penyertaan

mereka ini akan menambahkan lagi pendapatan bulanan mereka. Sebagai usaha

yang seterusnya, langkah-langkah sedang diambil untuk meluaskan lagi kegiatan-

kegiatan ini bagi meliputi pula beberapa perkampungan nelayan di daerah ini.

Dalam tempoh yang sama, khursus-khursus perikanan telah dianjurkan bagi

membolehkan nelayan mempelajari perikanan secara modern dan sebagai lanjutan

daripada ini, Koperasi Nelayan ditubuhkan bagi menyelaraskan semua kegiatan

nelayan-nelayan di daerah ini. Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga pula, satu

kompleks Perikanan dibina di Kuala Besut.42

3. Aspek Kemasyarakatan

Dari segi tempat tinggal, dikatakan bahwa kebanyakkan rumah di sini

bertiang tinggi, dibuat daripada papan beratap nipah dan jarak di antara sebuah

rumah dengan rumah yang lain sangat rapat. Sesuai dengan rumah yang tinggi itu,

42
Ibid. hlm. 20.
36

maka bagian bawah rumah itu dijadikan kandang haiwan ternakan seperti

kambing, ayam, itik dan sebagainya. Sebagai jalan di Kampung Palembang itu

hanyalah lorong-lorong yang sempit yang terjadi di celah rumah-rumah yang rapat

itu. Secara relatif, penduduk Kampung Palembang ramai yang tergolong dari

golongan yang berada. Di kalangan penduduk ini juga diadakan perayaan atau

keramaian seperti upacara perkahwinan, berkhatan, menyambut hari lebaran dan

banyak lagi. Keramaian ini selalu diadakan besar-besaran.

Di samping orang Melayu, terdapat juga orang Siam, Cina dan India yang

tiggal di daerah Besut. Orang Siam ini dikatakan baru saja datang ke Besut dan

mereka tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Melayu. Di daerah

Besut sekarang ini orang Siam ramai kedapatan tinggal di Kampung Tok Fakir

dan Kampung Pak Kiang dalam lingkungan mereka tersendiri. Orang Cina pula

dikatakan tiba di daerah Besut pada masa penguasaan Tengku Long dalam

memerintah Besut. Orang-orang Cina itu membuat kerja-kerja seperti berniaga,

bertukang besi dan banyak lagi di Kampung Raja. Terdapat kesan-kesan orang

Cina di daerah Besut ini seperti Pengkalan Cina di Kampung Raja, Bukit Mak

Mek berdekatan dengan bandar Jerteh. 43

4. Aspek Pendidikan

Institusi yang paling awal di daerah Besut adalah yang bercorak

keagamaan.pada masa pemerintahan Tengku Cik, beliau belajar agama Islam

dengan Haji Awang di Kampung Palembang. Di samping itu, terdapat juga

43
Yusoff Nik Mohd Nor, dkk.,Op. Cit. hlm. 40.
37

pengajaran agama di Kampung Lampu. Pada masa pemerintahan Tengku Long,

sebuah pondok telah ditubuhkan di bawah Tok Guru Haji Omar dan penuntutnya

berasal dari merata Besut, Setiu dan Kemaman. Selain dari pondok di Kampung

Raja ini, terdapat juga pondok yang baru dibuka seperti di Bukit Puteri, Besut.

Tuan guru yang mengajar di pondok ini bernama Haji Abas bin Haji Muhammad

yang berkelulusan dari India dan Mekah. Di antara kedua pondok ini, terdapat

beberapa perbedaan yaitu cara belajar di pondok Kampung Raja lebih kuno

berbanding pondok di Bukit Puteri. Di pondok Kampung Raja, penuntut-penuntut

hanya dikehendaki mendengar ajaran atau bacaan kitab daripada guru-guru

mereka dan kemudiannya dijelaskan supaya nantinya difahamkan oleh mereka.

Tetapi cara mengajar di pondok Bukit Puteri lebih modern dengan menggunakan

papan hitam dan mengamalkan sistem kelas dari kelas satu hingga ke kelas yg

berikutnya. Selain daripada itu, sebelum perang pada tahun 1941. Terdapat juga

pondok-pondok di Kuala Besut di bawah Tuan Guru haji Mat dan di Jerteh di

bawah Haji Wan Latif.44

Dari segi pelajar sekolah Melayu (vernakular), sekolah yang pertama

didirikan di besut adalah Sekolah Besut yang terletak di Pengkalan Teluk,

Kampung Raja. Namun tapak bangunan tersebut telah runtuh disebabkan hakisan

sungai. Sekolah ini didirikan pada tahun 1916. Menurut sejarah, daerah Besut ini

adalah daerah yang kedua yang mempunyai sekolah setelah daerah Terengganu

yaitu Sekolah Melayu kampong Keling yang dibangunkan pada 1912.

44
Keterangan tentang sejarah pondok dan terutama tentang cara belajar diperolehi
daripada bapa kepada salah seorang bapa rakan penulis yang pernah belajar selama lima tahun di
kedua-dua pondok tersebut.
38

Sekolah Besut ini dikenali dengan nama Sekolah Tengku Kasim yang

diambil nama tersebut sempena nama gurunya yang pertama. Secara rasmi

sekolah ini dimulai pada 4 Juli 1921 dan majlis perasmian ini diadakan di Balai,

perkarangan rumah Pesuruhjaya Besut, Tengku Seri Indera. Jumlah muridnya

ketika itu seramai 37 orang. Guru besar sekolah tersebut adalah Syeikh Ab.

Rahman Husin yang berketurunan Melayu-Arab berasal dari negeri Pahang.

Selain dari sekolah ini, terdapat beberapa lagi sekolah yang dibina sebelum tahun

1941 seperti Sekolah Kampung Raja (1916), Sekolah Kampung Payang (1927),

Sekolah Chung Hwa Jerteh (1937), Sekolah Pusat Jerteh (1938), Sekolah

Kampung Nangka (1940) dan Sekolah benting Lintang (1941). Sebelum tahun

1930, telah dilantik Nazir yaitu orang yang bertanggungjawab dan bertindak

sebagai Guru Kumpulan Daerah yaitu Wan Abu Bakar bin Cik berkelulusan SITC

dan juga pernah menjadi guru besar di Sekolah Kuala Besut.45

5. Malapetaka Sebelum Perang (1941)

Pertama, wabak penyakit taun yang telah merebak sehingga ramai

penduduk yang mati. Penduduk-penduduk menggunakan inisiatfi bomoh untuk

mengelak dari wabak penyakit tersebut karena kepercayaan mereka terhadap

bomoh masih lagi tinggi. Selain daripada itu, ada juga yang melakukan solat hajat

untuk menolak bala, meratib supaya malapetaka tersebut dijauhkan Tuhan.

45
Bahan-bahan ini diperolehi dari buku Sejarah Sekolah-Sekolah Besut 1916-1973, Julai,
1973 dalam bentuk saikelostail (tidak disebarkan) oleh Jawatankuasa Daerah atas arahan Pejabat
Pelajaran Terengganu.
39

Kedua, rebut besar selama satu hari satu malam. Dalam kejadian ini

banyak rumah yang roboh dan musnah.

Ketiga, kebuluran yang meragut banyak nyawa. Malapetaka ini terjadi

karena ramai penduduk tidak bersawah dan menanam padi.

Keempat, ternakan yang diserang penyakit sehingga dikatakan berates-

ratus ekor ternakan mati.

Kelima, kebakaran besar yang berlaku di Kampung Palembang. Hampir

kesemua rumah di kampung tersebut hangus dalam kebakaran tersebut. Tapak

Kampung Palembang sekarang ini sudah tiada lagi karena hanyut dihakis oleh

Sungai Besut.46

46
Ibid. hlm. 42.

Anda mungkin juga menyukai